Harus menjadi ikan dilaut,
Hidup sepanjang hayat dilaut, namun dagingnya tetap tawar.
Suara azan
berkumandang di televisyen bersamaan dengan azan di surau berdekatan. Tengku
Farid menutupkan televisyen lalu masuk kebilik utama untuk mandi. Selepas mandi
dia merebahkan badannya ditilam empuk dan wangi. Dia bergolek-golek seorang
diri sambil merehat-rehatkan badannya. Hanya sekali-sekala sahaja dia bergolek
ditilam wangi dirumah isterinya NurJannah..itu pun jika dia singgah mandi. Jika
tidak dia akan hanya menemani isterinya hingga kemuka pintu sahaja. Bila
dipastikan isterinya telah selamat memasuki rumah dia akan turun semula dan
pulang kekondonya. Tetapi kali ini hatinya tergerak hendak bermalam di
pangsapuri isterinya. Dia ingin bercuti dari aktiviti malamnya, sementara Diana tiada untuk menemaninya malam itu. Tekad hatinya untuk tidak kemana-mana malam itu. Sudah
hampir dua bulan usia pernikahan dia dan NurJannah, inilah kali pertama dia
bermalam dirumah isterinya yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan kemewahan kondonya.
Dibilik dia baring
seorang diri memutar kembali perjalanan hidupnya. Sehinggalah kini dia sudah
bergelar suami kepada seorang gadis. Gadis merangkap isterinya dibilik sebelah
mungkin sedang mengadap Allah Tuhan sekelian alam. Sebenarnya telah lama benar
Tengku Farid tidak menunaikan kewajipan menyembah tuhannya yang Maha Esa.
Seingatnya waktu dia kecil-kecil dahulu datuknya ada mengupah seorang ustaz mengajar dia
mengaji dan bersembahyang. Setelah masuk sekolah rendah dan menengah datuk juga
cukup tegas memastikan dia bersembahyang atau mengaji. Jika kedapatan dia ponteng
sembahyang atau mengaji siaplah rotan akan singgah di betisnya.
Tetapi semenjak dia
tinggal di UK menyambung pelajaran disana, dia mula sedikit-sedikit melupakan
tanggungjawabnya sebagai seorang hamba
kepada yang Maha Esa. Walaupun di UK kadang-kala dia tinggal bersama papa dan
mamanya. Papa dan mamanya juga tidak pernah mengingatkan jika dia terlupa atau
saja-saja lupa. Mereka pun dua kali lima juga, tidak mengamalkan solat walaupun
mengaku Islam. Pada ketika itu umurnya sudah dua puluh tahun. Terlupa sesekali dan akhir terlupa terus dia kepada
sembahyang, sehinggalah kini umurnya
sudah menjangkau dua puluh tujuh tahun. Ini bermakna telah hampir tujuh tahun
dia tidak bersembahyang.Setelah habis penmgajianya dan pulang ke Malaysia dia
pula ingin berdikari, itulah sebabnya dia tinggal bersedirian dikondo yang
telah dibelikan oleh datuknya Tengku Faizal.Tengku Farid bermuasabah tentang
dirinya dalam hati.
Timbul keinginan
ingin tahu dibenaknya...apakah yang dia lalukan oleh isterinya di bilik sebelah
agaknya. Dia bangun dengan perlahan, dia berjalan keluar dari bilik tidurnya.
Tengku Farid mengamat-amati suara isterinya sedang mengaji sayu dan shahdu
tetapi menenangkan jiwanya. Timbul rasa berdosa menghimpit-himpit jiwanya yang kosong. Lama dia terpaku di
ruang tamu seorang diri. Lama juga isterinya mengaji. Sehinggalah jam
menunjukkan pukul 8.30 malam isterinya menghentikan bacaanya. Ketika isterinya
menghentikan bacaanya Tengku Farid masih duduk diruang tamu menunggu
kalau-kalau isterinya keluar dari bilik. Tidak...dia tidak keluar dari bilik
walaupun suaranya mengaji tidak kedengaran lagi.
Bagi NurJannah,
sudah hamper dua bulan dia tinggal bersendirian dirumah yang disewa oleh
suaminya untuk dirinya. Pada kebiasaanya setelah suaminya menghantarnya pulang
dia akan ditinggalkan, itulah sebabnya dia tidak menghiraukan lagi ruangtamunya
berpenghuni atau pun tidak. Dia juga tidak pernah mengharapkan, suaminya
menemani dirinya. Dia tahu dia bukan isteri pilihan, bukan juga isteri yang
dicintai. Suaminya terpaksa menerima kehadiran dirinya. Pernikahan mereka
terlaksana hanya kerana perancangan dari datuk dan nenek mereka yang ingin
megeratkan lagi hubungan silaturahim di antara mereka. Itulah sebabnya dia
tidak dihiraukan oleh suaminya selama ini. Sebenarnya NurJannah tidak tahu
sampai bila ikatan pernikahan mereka mampu bertahan. Walaupun begitu dia redha
dengan segalanya yang diatur untuk hidupnya dan selebihnya dia menyerahkan
nasibnya kepada yang Maha Mengetahui.
Bila ditunggu
isterinya tidak keluar..Tengku Farid mengintai dicelah pintu yang terbuka
sedikit, untuk melihat apa yang diperbuat oleh isterinya sendirian didalam
bilik.. rupanya dia membilang biji-biji tasbih. Ohh dia berzikir sementara
menunggu masuknya waktu Isyak agaknya, detik hati Tengku Farid. Bila kedengaran
azan Isyak isterinya menghentikan zikirnya. Kelihatanya dihuksyuk mendegnar
suara alunan azan sambil sesekali mulutnya terkumat kamit. Selesai azan
berkumandang, isterinya menadah tangan berdoa dan terus berdiri. Ketika diintai
sang isteri tidak menyedari pergerakkanya di perhatikan. Segala perlakuan
isterinya diperhatikan oleh Tengku Farid di celah pintu sahaja dia tidak mahu
menganggu. Isterinya mendirikan sembahyang lagi. Sembahyang Isyak detik hati
Tengku Farid. Tengku Farid turun ke bawah.. ke keretanya untuk mengambil pakaian tidurnya yang di bawa dari kondonya.
Tengku Farid yang
sudah memakai baju tidur baring semula diatas katil sambil menelentang
memandang siling biliknya. Dia bermuasabah tentang dirinya lagi. Oleh kerana
banyak masa yang terluag malam itu Tengku Farid menjadi ahli fikir pula..tetapi
yang difikirkan hanyalah tentang dirinya yang dahulu dan sekarang. Dalam setahun
dua ini dia merasa sangat letih berpeleseran hampir setiap malam. Ya..hampir
setiap malam, dia ke kelab malam bersama Diana dan kawan-kawan berhibur hingga
hampir kedinihari. Setiap pusat hiburan diserata Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
mereka telah mengunjungi.. Tetapi yang hairannya hatinya terhibur hanya sekejap
sahaja. Pulang sahaja kerumah jiwanya menjadi kosong semula, mengapa gembiranya
hanya sekejap sahaja. Dia tidak tahu
bagaimana mahu memenuhi kekosongan jiwanya.
Semalam
Diana menghubunginya, dia akan pulang ke kampung selama seminggu kerana
neneknya sakit katanya. Jika neneknya tenat dia akan menyambung lagi cutinya.
Diana orang Melaka anak kacukkan Portugis, Cina Baba dan Melayu. Itulah
sebabnya Diana Natasya binti Suffian cantik orangnya. Mempunyai bentuk badan
yang menarik, tinggi lampai, berkulit putih, hidungnya mancung, bermata bundar
dan rambutnya lurus diwarnakan keperangan. Dia kelihatan sungguh anggun dan
bergaya setiap hari. Tidak kira memakai apa jua fesyen pakaian.. Diana akan
nampak cantik dan bersesuaian. Ditambah dengan sikapnya yang pandai bergaul dan
bijak. Sesungguhnya Diana seorang gadis yang cukup sempurna itula sebabnya dia
menjadi kegilaan ramai jejaka ketika zaman belajarnya dulu. Tengku Farid merasa
sungguh bangga dipilih oleh Diana menjadi teman lelaki istimewanya. Tengku
Farid pernah menyuarakan hasrat hatinya ingin memperisterikan Diana. Tetapi
bagi Diana dia lebih suka mereka menjadi pasangan kekasih dahulu untuk megenali
hati budi masing-masing katanya. Lagipun dia belum bersedia ke arah itu, kerana
perkahwinan akan membataskan kebebasan dirinya nanti. Dia belum mahu terikat
dengan tanggung jawab sebagai isteri kelak. Itulah sebabnya Tengku farid
terpaksa menerima cadangan datuknya agar dia berkahwin dengan NurJannah.
Tetapi sejak
akhir-akhir ini segala kegiatan malam yang dijalankan oleh Tengku Farid tidak
menimbulkan rasa gembira dan seronok dihatinya lagi. Dia merasa sungguh jemu
dan bosan bila terkinja-kinja di kelab malam dengan bunyi bingit muzik dan
huru-hara keadaan. Bau dikelab malam pula menimbulkan rasa mual dan loya.
Timbul juga keinginan untuk ke tepi pantai ataupun ke tepi tasik ataupun
kedalam hutan untuk mencari ketenangan. Tidak disangka dirumah yang tidak
seberapa,jauh bezanya jika dibandingkan dengan kondonya. Tetapi dia merasakan
ada ketenangan.
Jika dibandingkan
suasana kondonya dengan pangsapuri isterinya jauh bezanya. Kemewahan kondonya
amat menyerlah kerana susun aturnya diilhamkan oleh penghias dalaman yang
berpengalaman, perabutnya yang mahal dan aircondition seluruh ruang. Sekali
lagi Tengku Farid mengolekkan tubuhnya kekiri dan kekanan sambil mencium tilam
empuk yang berbau harum. Mungkin bau harum sabun atau pelembut kain yang
digunakan. Bau haruman yang lembut itu menimbulkan ketenangan dimindanya.
Dengan mata yang masih terkelip-kelip fikiranya merawang dan melayang entah
kemana.
Kini dia
membayangkan keadaan dirinya pula...sudah hampir dua bulan dia menjadi seorang
lelaki yang bergelar suami. Dalam tempuh dua bulan menjadi suami Nur Jannah
tugasnya hanya menghantar dan menjemputnya pergi dan balik kerja sahaja. Mereka
hanya bercakap-cakap didalam kereta dan berlakon mesra dihadapan keluarga
dikedua pihak. Dia meminta pandangan Halim tentang perhubunganya dengan isteri
yang seperti tidak bermakna baginya. Dia mahu menetapkan halatuju hubunganya
dengan isteri yang hanya diatas kata lafaz sahaja. Halim memberikan pendapat dan nasihatnya dengan panjang lebar.
Inilah yang di fikirkannya sekarang. Memang ada kebenaran akan kata-kata
sahabatnya tempuh hari. Tidak rugi air liur Halim menasihati.. ada juga berbekas
di hatinya.
“Kau suami dia, walaupun kau kena paksa nikah dengan dia.
Tapi nikah engkau dengan dia itu sah. Ini secara langsung akan mengikat dia
dengan kau. Dia tak boleh hendak menjalin hubungan dengan lelaki lain. Kalau
dia berlaku curang, dosa yang dilakukan terpikul diatas bahu kau Farid. Tapi
aku percaya kalau dilihat dari mata kasar pun kita dah tahu, dia tidak akan
mencari lelaki lain untuk dijadikan kekasih. Betul tak Farid?. Kau tak kesian
kat dia ke, kau tak pedulikan dia, tapi dia tidak dapat mencari pasangan,
disebabkan terikat dengan ijab kabul yang kau lafazkan. Kau pula seronok
berkepit dengan Diana kehulu kehilir. Kalau kau betul-betul tak dapat menerima
dia, apa salahnya kau cakap terus terang dengan datuk engkau, dan ceraikan dia,
biar dia juga ada peluang mencari bahagianya sendiri. Seperti engkau bahagia
dengan Diana”.
“Entah lah Lim, aku ni tidaklah kata tak suka sangat. Tapi
aku tak rasa tertarik dengan gaya penampilan dia. Dia tu pakai baju macam
kelambu, bertudung macam perempuan kampung saja. Kau tengoklah muka dia tak
berseri langsung..dengan bibirnya yang nampak pucat. Kalau dia make-up sikit tentu cantikkan, dia tu bukan
buruk sangat ye tak?. Masa bersanding hari tu.. cantik jugakan kau tenguk?.
Halim membayangkan ketika hari persandingan sahabatnya tempuhhari kelihatannya
isteri sahabatnya itu sungguh anggun dan ayu walaupun bertudung litup dan
berbaju kurung songket longgar.. Bak kata seri pengatinya menyimbah muka.Dia
masih nampak sungguh cantik dan menarik.
“Jadi apa yang menghalang kau dari menerima dia”.
“Entahlah..mungkin aku tak kenal dia kot..Tapikan Lim dia tu
lain lah..walau pun aku tak hiraukan dia, baju dan seluar aku yang aku
tinggalkan kat rumah dia, tak pernah tak bercuci. Aku rasa dia cuci lagi bersih
dari yang aku hantar kat dobi. Ini haa..baju ni dia yang basuh bau wanginya
sampai kepetang. Kalau aku pakai baju yang dia basuh aku tak payah pakai
pewangi tau.” Secara tidak sedar Tengku Farid sudah terpuji isterinya dihadapan
sahabatnya sambil menunjukkkan pakaianya yang dibasuh oleh isterinya.
“Tahu pun kau... aku rasa dia isteri yang baik Farid,
cubalah rapati dia...kenal-kenal tak salah, diakan dah jadi isteri kau. Kalau
kau nak dia pakai make-up belikanlah, mungkin dia tak tahu.Dia kan budak
kampung, muda lagi pulak tu.. kau kata berapa umur isteri kau tu 23 ke 24
tahun. Kemudian suruhlah dia pakai macam yang kau nak tu..perlahan-lahan ajar
dia. Kalau kau nak lagi bagus... suruh di pergi kursus tentang pendandanan
diri, sekarang ni macam-macam kursus ada.. tak susah. Cari benda-benda macam tu
kat internet..hanya kau tunjukan cara macam mana nak cari saja. Kalau semua dah
kau buat tapi kau tak terpikat juga, lepaskan lah dia.Tak baik kau seksa dia,
dia tak buat salah dengan kau, dia juga mungkin dikpaksa nikah seperti engkau
juga.” nasihat tulus dari seorang sahabat.
“Tapi macam mana pulak dengan Diana..aku dah janji dengan
dia, aku tak akan terpikat dengan Nur Jannah ..Lim.”
“Kenapa kau ingat janji kau dengan Diana, kenapa kau tak
ingat janji kau pada Allah. Aku ingat dulu datuk aku ada cakap pada abang aku
yang baru nikah, ijab kabul ni adalah janji kita pada Allah untuk menjaga
seorang wanita yang telah kita nikahi sebaik mungkin. Menyediakan makan,
minumnya, pakaian dan tempat tinggalnya dan juga kita mesti menyenagkan hatinya. Ini bermakna
kita tidak boleh menyiksanya zahir ataupun batinya. Dengannya kita diwajibkan
untuk mengembangkan zuriat keturunan
kita dijalan yang betul. Itu janji kita pada ALLah. Janji kau dengan Diana hanya janji pada
seorang kekasih yang tak ada ikatan apa apa pun. Tak ada tanggungjawap kau
keatas dia...lagi pun dia yang tak mahu nikah dengan kau kan Farid. Kau
fikirkanlah mana yang wajib kau dulukan. Isteri adalah amanah yang wajib kita
jaga”. Terang Halim lagi..
Walaupun
Halim berperangai lebih kurang sahaja
dengan sahabatnya Tengku Farid dalam bab
ibadah, tetapi segala ajaran datuk dan ayahnya semasa kecil masih diingati
lagi. Mungkin dia hanya mengikuti keadaan sekeliling, maka tingkah lakunya
terikut-ikut tingkah laku kawan-kawan yang didampingi. Mungkin Halim tersalah mengikut kata bidalan
Masuk kandang kambing megembek masuk kandang rimau mengaum..Sepatutnya Halim
menjadi dirinya seperti ikan dilaut, yang tidak akan terikut keadaan
sekeliling..’ikan dilaut walaupun hidupnya diair masin sejak lahir hingga
keakhir hayatnya namun dagingya masih tawar hingga kemati. Kecuali setelah dia
mati orang menjadikan dia ikan masin atau ikan jeruk maka akan masinlah
dagingnya’.
“Tengoklah aku cuba.” dan malam ini dia mengambil kira
nasihat sahabatnya Halim. Dia ingin mengenali Nur Jannah isterinya. Pagi tadi
mereka sarapan bersama dan tadi baru dimeja makan, dia merasakan sudah ada
keserasian pula. Ada keistimewaan yang tersembunyi pada peribadi isterinya yang
pada mulanya pemalu tetapi lucu juga orangnya.
Tengku Farid mula
membayangkan fizikal Nur Jannah ahhh…
macam-macam pulak aku ni…Tengku Farid tersenyum geli hati mengenangkan gelagatnya sendiri. Hmmm….orangnya tinggi dan tidak juga terlalu rendah, kalau dia berdiri dengan aku hanya separas dagu aku saja,
kulitnya putih kuning alah kata orang putih Melayu, hidungnya…tidaklah mancung tidak pula kemik tapi kecil dan comel seperti bibirnya, bibirnya pula
seperti orang tersenyum, pandangan matanya redup, keningnya hitam dan tebal
tapi tersusun cantik. Yang nyata bila wajah itu dipandang ia akan menimbul satu
ketenangan dan sukar mengalihkan pandangan kita, terasa suka memandangnya.
Mungkin inilah yang dikatakan oleh penyayi Nash Ada Syurga diwajahnya.Geraklaku
serta tutur katanya pula, lemah lembut sopan dan nampak pemalu tapi sesekali
pandai juga berlelucun, suara..perlahan tapi kata orang nak dengar suara orang
perempuan yang sebenar perlahan atau kuat tunggulah sampai beranak dua tiga
orang ketika itu barulah terserlah, Tengku Farid tersenyum lagi dia membuat
kelakar sendiri di dalam hati.
Sedang dia megelamun didalam gelap sendirian membayangkan isteri yang
tidak pernah disentuhnya, terdengar pintu bilik dibuka dari luar. Bila lampu
terpasang terjerit Nur Jannah dengan beristighfar berulang kali sambil mengurut
dada..hari ini sahaja sudah dua kali Nur Jannah terkejut..kena seminggu mahu
dia masuk ke IJN (Intitut Jantung Negara)... kerana serangan sakit jantung.
”Maaf…maaf Jannah tak tahu abang ada dalam bilik.” cadangnya
tadi setelah dia mengunci pintu dan memeriksa semua tingkap dia hendak baring
sahaja di katil sambil membaca novel yang dipinjam dari seorang kakak ditempat
kerjanya. Dengan cepat Nur Jannah memadamkan lampu bilik tidurnya, ingin
berlalu dan menutup pintu tapi terhenti oleh suara panggilan suaminya.
“Jannah..Jannah tunggu.” dari samar lampu luar, Nur Jannah
dapat melihat Tengku Farid melambai dan menepuk bantal disebelahnya,
mengisyaratkan supaya dia datang dan baring
disisinya. Bertambah kencang debaran didada Nur Jannah…dahlah debar
terkejut tadi tak hilang lagi…Jannah memandang dengan perasaan tidak percaya.
‘Apa demam ke pak cik ni.. mungkin demam kepanasan sebab
makan sambal sardin, petang tadikan dia terpaksa makan sambal sardin cili api
ala Negori Sembilan’ detik hati NurJannah. Dia masih lagi tercegat didepan
pintu bilik dengan pandangan tidak percaya.
“Jannah mari..lah.” Tengku Farid bangun dari baringnya dan
menghampiri lalu mencapai tangan isterinya lalu menariknya masuk kedalam bilik.
Nur Jannah menjadi serba salah untuk mengikuti kemahuan suaminya, tetapi
kakinya mengiringi langkah suaminya perlahan. Suaminya mendudukanya dibirai
katil. Kemudian kedua belah tangan Tengku Farid di letakkan di bahu isterinya
dengan suaranya yang kedengaran sayu.
“Jannah..mulai hari ini abang nak jadi suami Jannah zahir
dan batin. Abang minta maaf atas perbuatan dan perkataan yang telah abang
lakukan dan cakapkan dulu… abang minta maaf ya.” lembut Tengku Farid berbicara,
sambil memegang kedua belah bahu isterinya. NurJannah menundukkan wajahnya. Belum
pernah dia duduk serapat itu antara dia dan suaminya selama mereka menjadi
suami isteri. Hatinya jadi berdebar.
Pada NurJannah dia
tahu dia adalah isteri kepada seorang lelaki. Neneknya berpesan sebelum dia
bernikah dahulu. Berdosa menolak kemahuan suami, jika dia sudah sah menikahi
kita.. kita wajib mengikuti kehendaknya walaupun lelaki itu kita tidak
kenal..selagi permintaannya tidak menyalahi syarak dan akidah.. kita
wajib menunaikan. Suaminya juga sudah meminta maaf..sedangkan Nabi pun
memaafkan umatnya. Inikan pula dirinya yang hanya manusia biasa yang tidak ada
keistimewaan. Itulah yang ada difikiran NurJannah.
Tengku Farid
memegang dagu isterinya dan mendongakkan wajah itu untuk melihat kedasar mata
isterinya…dilihat wajah tenang isterinya lalu menariknya dalam pelukanya, Nur
Jannah tidak pula membantah. Sebuah kucupan singgah di dahi isterinya lama..apabila
dirasanya tiada bantahan dari isterinya Tengku Farid memberanikan dirinya
memberi ciuman dipipi isterinya kemudian keleher dan sebuah lagi kucupan
hangatnya singgah dibibir isterinya pula.
Didalam hati NurJannah berbolak balik..perlukah dia membantah
perlakuan suaminya..sedang dia sudah menjadi isteri kepada lelaki itu dan dia
berhak keatas dirinya..dan dia akur dirinya adalah milik suaminya. Jika dia
benar-benar tidak rela dia harus menentang ketika hendak dinikahkan dulu.
No comments:
Post a Comment