Hari
berganti hari, dari hari sudah menjadi bulan, kini kandungan Nuri sudah
memasuki usia lima bulan. Setiap kali memandang isteri tuanya hati Syukri
menjadi sedeh. Dimanakah istimewanya dirinya sebagai suami kepada Nurizana. Lama
dia menunggu Nuri membuka mulut untuk memberitahunya dirinya sedang mengandung,
dari
awal mengandung hingga sudah memasuki usia lima bulan tidak pernah Nuri membuka
mulut. Penantianya bagai menanti buat
yang tak gugur.
Nuri
tidak pernah mengadu denganya keadaan dirinya selama dia mengandung. Biasa dia
melihat cerita-cerita tentang alahan atau keinginan makan orang mengandung
tetapi semua itu tiada ada pada Nuri atau mungkin ada tetapi disorok dari
pengetahuanya. Sakit pening juga biasanya akan ditanggung sendiri. Sebenarnya
Syukri sangat berkecil hati kerana dirasakan diri bagai tidak penting pada isterinya
yang bernama Nurizana bt Hj Mohd Zain.
Pada
suatu hari ketika dia duduk dirunag tamu. Nuri juga ada bersama sedang melayani
anaknya yang sudah lasak.
“Nuri! Agaknya bila Nuri nak bagi tahu
abang yang Nuri sedang mengandung. Agaknya bila Nuri dah sakit nak bersalin
baru Nuri nak bagi tahu abang. Nuri tahukan Nuri mengandung sejak dari awal
lagi? Tapi kenapa Nuri tak bagi tahu abang.
Nuri tak cakap pun Nuri dah mengandung berapa bulan, kenapa Nuri. Abang ni siapa
pada Nuri. Dimana letaknya abang dalam hidup Nuri. Tidak layakkah abang tahu
apa-apa tentang Nuri. Tentang kandungan Nuri. Abang rasa Nuri tak anggap abang ni suami Nuri”. Pada pendapatnya dia
tidak akan dapat mendengar pengakuan Nuri jika dia tidak bersuara. Menanti dan menanti lama-kelaman sabar Syukri
tidak dapat ditahan lagi. Itulah yang keluar dari bibirnya kerana desakkan
hatinya yang ingin mendengar pengakuan
Nuri sendiri.
“Sepatutnya Nurilah yang tanya abang
macam tu, Nurilah yang tanya kat mana letaknya Nuri ni hati abang, lagi pun
mana tahu Nuri mengandung?” Seperti kandungan pertama kali kedua keadaan
fizikal Nuri juga begitu, hanya kelihatan Nuri berisi sedikit dari dulu,
mungkin sekarang ini dia agak berselera dan badannya naik sedikit berat badanya
kini sudah mencapai 45 kg. Perutnya hanya nampak besar sedikit dari perutnya
ketika dia tidak hamil. Jika tidak diperhatikan betul-betul dia tidak kelihatan
seperti orang mengandung.
“Abang tahu pada perubahan diri abang
sendiri, dari mula Nuri mengandung abang tak boleh masuk kedai makan. Kalau
abang tak makan nasi kat rumah ni bermakna satu hari abang tak makan nasi.
Itulah sebabnya kalau Nuri kerja kadang-kadang abang balik sini juga cari apa
yang boleh dimakan. Ada tak Nuri ambil tahu hal abang”.
“Saya tak mahu kita bergaduh hal macam
ni. Kalau abang rasa saya menyusahkan abang dan sakit mata abang nak pandang
saya pergilah abang balik rumah Sarah. Yang sebetulnya keputusan saya tetap
sama, lepas saya bersalin ni, lepaskan lah saya. Saya tangguhkan permintaan
saya sebab saya mengandung. Ataupun kita pergi jabatan ugama bila abang ada masa, kita tanya boleh tak isteri yang
sedang mengandung diceraikan, biar saya hidup dengan anak-anak saja bang. Niat
hati saya ni dah lama sangat tertangguh”. Terkedu Syukri mendengar apa yang diucapkan
oleh Nuri. Lain yang ditanya lain pula jawabnya. Dia tidak menyangka pernyataan
tidak puas hatinya mendapat jawapan yang sebegitu.
Kini
tahulah Syukri isi hati Nuri. Sangkaanya sungguh meleset dari air muka yang
lembut, rupa tidak sama dengan hatinya. Hati Nuri sekeras kerikil. Disangkanya
dulu setelah lama dia dimadukan dia boleh menerima Sarah dengan hati terbuka
rupanya tidak. Sudah satu tahun lebih dia menikahi Sarah, namun Nuri masih tidak
dapat menerima apa yang telah dilakukanya. Syukri menarik nafas dalam.
“Kenapa Nuri cakap macam tu? Abang
hanya nak hak abang, abang nak tahu anak abang yang dalam kandungan Nuri tu
berapa bulan dan bila dijangkakan Nuri bersalin. Itu saja”.
“Entahlah”…itu yang keluar dari mulut
Nuri bersama keluhan.
Nuri
yang sebenarnya tidak sukakan pertengkaran, untuk tidak memanjangkan
pertelingkahan mereka, Nuri bangun menuju kebiliknya. Syukri mengeluh lagi. Dia
merasakan sangat sukar untuk berbicara dengan Nuri sekarang ini. Tidak lama
kemudian Nuri muncul semula dan mengunjukkan sekeping kad kepadanya. Ohh
sangkaanya meleset rupanya, tadi dia menjangkakan Nuri melarikan diri kebilik,
kerana tidak mahu dia tahu tentang kandunganya. Sungguh Syukri sekarang ini bagai
sudah tidak tahu membaca apa yang ada difikiran dan seakan tidak mengenali
peribadi Nuri.
Nuri
memberi kad pemeriksaan bulananya kepada Syukri. Diharap Syukri dapat memahami
apa yang ditulis dalam kad mengandung itu dan mengetahui maklumat mengenai janin
dalam kandunganya.
Percakapan
mereka diruang tamu rupa diperhatikan oleh Sarah dibilik bacaan Syukri.
Kebetulan malam itu adalah malam giliran Syukri dirumah isteri tuanya. Sudah
lama Sarah ingin mengetahui apakah yang menyebabkan suaminya selalu memerap
dibilik kerjanya. Setelah diselidiki rupanya Syukri mengintip pergerakan isteri
tuanya tapi mengapa.?? Kini Dia tahu apa yang ingin diketahui oleh Syukri
tentang isteri tuanya.
Berita
yang baru didengarinya tadi menimbulkan kembali keinginannya . Keinginan ingin
mengadung dan mempunyai anak sendiri. Lawatanya kepulau Dayang Bunting tidak
mendatangkan hasil. Cara itu tidak berkesan. Dia merancang mahu kehospital
pakar sakit puan untuk menguji tahap kesuburan dirinya.
Setiap
hari semua orang sibuk dengan tugas. Dari celik biji mata mahluk Allah yang
bergelar manusia sibuk memenuhi tanggungjawab hinggakan masa yang berlalu bagai
tidak disedari. Dengan kesibukkan itu tidak terasa waktu berganti. Begitulah
Nuri dari bulan pertama kini Nuri sudah sampai ke sembilan bulan sepuluh hari
usia kandunganya. Dia sudah didatangi tanda untuk bayinya keluar dari kantung
rahimnya. Selama Sembilan bulan sepuluh hari dia membesar disitu. Itulah tempat
sementara sebelum dia menjadi penghuni dunia. Saatnya telah tiba untuk dia
keluar menjenguk dunia.
Bila
Nuri kebilik air untuk membuang hajat, dia melihat seluar dalamnya telah dicemari
oleh sedikit lender bercampur darah. Patulah selepas solat Asar tadi pinggang
nya dirasakan agak lenguh sedikit. Kebetulan pula hari itu giliran suaminya
dirumahnya. Walaubagaimana pun dia harus memberitahu suaminya agar dapat dia
bersiap sedia. Tetapi dia takut suaminya lewat datang kerumahnya pula. Sedang dia mahu mencari nombor suaminya
tiba-tiba telefon yang sedang dibelek berdering.
Nama suaminya yang tertera...
“Asalamualaikum, Allhamdulliah…” belum
habis dia berkata-kata
suaminya dengan gaya kecemasan mencantas kata-katanya.
Bila mendengar suara suaminya yang cemas dihujung talian Nuri menangguhkan
niatnya, dia ingin mendengar dahulu apa yang akan diperkatakan oleh suaminya.
Nuri dengan sabar memberi lalu suaminya menyampaikan sesuatu yang penting
kepadanya dahulu. Tampa salam tampa bertanya khabar suaminya menyatakan
kesusahan yang dialami oleh madunya.
“Nuri! malam ni abang tak dapat datang
rumah Nuri ye, abang bawa Sarah pergi klinik ni, dia sedang dimasukkan air
kedalam badanya. Dia keracunan makanan, sejak tengahhari tadi cirit beret dan
muntah-muntah teruk pulak tu, bila doktor check, doctor kata teruk dan terpaksa
dimasukkan air.”. Kedengaran cemas suara suaminya dihujung talian.
Tadi
bila telefonnya berdering dilihat nama suaminya yang tertera Nuri berdahuluan memberi salam, dia bersyukur kerana suaminya
menghubungi dirinya. Mungkin suaminya mendapat ‘rasa’ bila anak dalam kandungan mahu melihat dunia tidak lama lagi.
Tetapi lain pula yang sampaikan oleh suaminya, Nuri tidak jadi untuk menyampaikan berita tentang dirinya.
Sebenarnya
Nuri mula tersedar bila ditegur oleh suaminya tempuh hari kerana tidak
memaklumkan keadaan kandunganya. Jadi sekarang ini dia mahu memberi hak
suaminya agar dia tahu kelahiran anaknya, tetapi lain pula jadinya.
“ok, pergilah tenguk Sarah. Dia kat
mana sekarang ni.?”
“Dalam bilik rawatan, tengah masukkan
air, kata doctor memakan masa 4 jam juga nak masukkan air tu. Abang nak
bagitahu Nuri malam ni abang tak datang rumah Nuri ye.”
“ok, abang jagalah Sarah assalamualikum”
hanya itu yang keluar dari bibir Nuri. Tidak kedengar nada marah disuara Nuri
pada pendengaran telinga Syukri, dia mengandaikan Nuri memahami keadaanya.
Syukri jadi lega.
Nuri
menelan semula apa yang mahu disampaikan tadi. Dia berkira-kira bila memandang
jam didindingnya yang sudah menunjukkan 830 malam jika dicampur dengan 4 jam,
tentu sudah pukul 1230 pagi. Jika mahu menunggu suaminya datang mungkin sudah
tidak sempat dia hendak kehospital, mahu dia terbesalin dirumah seorang diri. Lagi
pun tidak guna dia menyuruh suaminya
datang tentunya suaminya mahu menemani isteri mudanya yang sedang sakit. Dia mengambil
keputusan akan kehospital dengan menaiki teksi sahaja. Dia berkemas keperluanya yang hendak di bawa kehospital. Dia juga menyiapkan keperluan Wafi untuk dihantar
kerumah kak Ton. Setelah siap dia meletakkan beg yang mengandungi keperluanya di luar pintu supaya senang nanti
untuk dia mencapainya.
Nuri
kerumah kak Ton yang berselang lima pintu dari rumahnya. Dia berjalan kaki
sambil mendukung Wafi yang sedang tidur dan bekalan untuk Wafi. Mungkin kerana bebanan
yang berlebihan, badan yang sedang sakit tidak mampu menanggung, sakit
dipingganya makin terasa lebih kuat dari tadi. Kelihatan rumah kak Ton masih
terang dan riuh. Kedengaran kemeriahan orang bergelak ketawa dan berbual
didalam rumah ‘oh anak-anak kat Ton ada yang
balik’ detik hati Nuri.
“Assalamualikum.” Laung Nuri didepan
pintu, kerana pagar masih belum berkunci Nuri membuka pintu pagar dan terus
menuju di hadapan pintu. Cepat sahaja pintu dibuka terjengul wajah anak sulong
kak Ton yang masih menuntut tahun tiga di Universiti Putra Malaysia, Bangi.
“Ibu!! kak Nuri datang...”
Terkedek-kedek kat Ton menjengah pintu.
Hairan dirinya kata Nuri kerja esok pagi
kenapa malam ni dia datang pula. Sedang kepalanya tertanya-tanya, keluar suara Nuri menerangkan keadaan dirinya.
“Kak Ton tolong jagakan Wafi malam ni
ye, saya dah sampai harilah kak Ton.”
“Ya Allah kenapa tak call saja Nuri ,
kak Ton boleh datang. Ni dukung anak bawa bekal anak lagi, Nuri, Nuri. Datang
sakitnya ke Nuri?” Sambil mengambil Wafi dari dukungan Nuri, sambil matanya
meneliti muka Nuri yang kelihatan pucat, mungkin dia menahan sakit.
“Tadi tu tak sakit sangat, tapi ni dah
terasa sakitnya, lemah rasanya lutut saya ni kak.” Perlahan suara Nuri bagai
tidak bertenaga.
“Ya Allah, Syukri mana? tak call dia?”
“Tadi Nuri call tapi dia tengah bawa
Sarah keklinik keracunan makanan tengah dimasukkan air, kena tunggu 4 jam lagi
katanya, kalau nak tunggu dia takut tak sempat”.
“Nuri tak cakap Nuri dah sakit?.”
“Tak apalah biar dia uruskan yang kat
sana, saya kat sini boleh minta tolong akak”.
“Habis siapa nak hantar Nuri pergi
hospital?”
“Saya nak panggil teksi. Ok kak
Ton takut tak sempat pula. Terima kasih
ye kkak jagakan Wafi malam ni.”
“Bahaya rasanya naik teksi malam-malam
macam ni Nuri, kalau Nuri tak keberatan akak minta tolong along hantarkan, tapi
pakai kereta Nuri boleh? Along dah ada lessen kereta.” Kak Ton nyatakan sekali
kelebihan along anaknya takut pula Nuri tidak beranai untuk menyerahkan
keretanya sekejap.
“Boleh”. Hanya itu yang keluar dari
mulut Nuri matanya dipejamkan tangannya pula mencengkam bahu kak Ton dengan
kuat, bila sakitnya tiba-tiba datang.
Tahulah kak Ton Nuri menahan sakit. Pilu hati mkak Ton melihat nasib Nuri. Tapi
apa yang hendak dikata ujian Allah pada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.
“Along!!” Tidak lama anak yang
mendengar kata, sudah berdiri disisi ibunya.
“Ye bu”.
“Jom kita bawa kak Nuri ni pergi
hospital. Nuri bawa kunci kereta?.” Kak Ton menyoal Nuri pula.
“Tak kak Ton! Nuri letak di atas meja
kopi tadi, memang niat nak panggil teksi saja tadi, itu sebabnya saya tak
keluarkan kereta.”
“Nuri tunggu akak kat sini, akak
dengan along ambil kereta mana kunci rumah? kak lang tolong jaga kan adik Wafi
ni. Kalau dia bangun buatkan susu. Ibu dengan along nak hantar kak Nuri pergi
hospital. Ambilkan kerusi duduk Nuri tunggu akak sekejap, jom long ” Wafi yang sedang lena bertukar tangan.
Kemudian Laju langkah kak Ton sambil menarik
tangan anak sulongnya menuju kerumah Nuri. Sebenarnya ada rasa cemas dihati kak Ton
melihat keadaan Nuri. Dia takut Nuri tidak sampai kehospital bayinya sudah
keluar pula. Bila melihat Nuri juga mengikutinya langkahnya, kak Ton membebel
lagi...
“Nuri duduk saja nanti along datang
dengan kereta Nuri tu”.
“Tak apalah kak ton Nuri jalan ni nak
senaman sikit, kata orang kalau banyak berjalan bersalin senang. Tak apa kak
Ton jalan dulu Nuri jalan perlahan-lahan, kak Ton ambil sekali beg saya kat
tepi pintu semua kad mengandung ada dalam tu.”
“Ok..ok”. Laju langkah kak Ton biar
pun terkedek-kedek dek badanya yang gempal. Macam jalan itek pun ada.
Malam
itu juga Nuri selamat melahirkan anak perempuan. Mungkin kerana dia berjalan
tadi bayinya mudah keluar. Setelah keduanya siap dibersihkan mereka berdua
ditolak masuk kewad. Kak Ton dan anaknya
Along menjenguknya sebelum mereka berdua pulang kerumah.
Semasa diwad tadi Nuri terkejut bila dihampiri
oleh kak Ton dan anak lelaki sulongnya.
“Ya Allah kak Ton kenapa tak balik
lagi, Nuri tak apa, kat sini dah ada doctor dan nurse yang jaga Nuri. Kesian
along tentu dia mengantuk”.
“Tak apalah, kak Ton nak pastikan Nuri selamat bersalin.
Boleh along ni belajar iqamatkan baby sekali”. Along
anak kak Ton yang mengiqamatkan anak perempuan Nuri. Menjelang subuh barulah
kak ton sampai kerumah.
“Terima kasih kak Ton terima kasih
banyak-banyak”. Mata Nuri berkaca-kaca dia sedeh, orang lain juga yang
meniqamatkan anaknya. Inilah nasib anak-anak yang ayahnya ada dua tanggung
jawab. Dan inilah kisah isteri yang suaminya mempunyai lebih dari satu isteri.
Walaupun cuba dielak namun terjadi juga, walaupun sudah bersiap sedia namun
tidak juga dapat mengelak. Jadi redza sajalah.
Diperjalanan pulah Kak Ton menasihati
akak lelaki yang sedang memandu kereta.
“Long! along pandanglah kak Nuri tu jadikan
pengajaran. Kalau along dah kerja nanti, kalau nak kahwin tak payahlah sampai
dua tiga. Tak akan terkejar kita dengan tanggung jawab. Tenguk kak Nuri tu
sakit nak bersalin ditanggung sorang-sorang kesian ibu tenguk dia”.
“Ia bu along pun sedeh iqamatkan
anaknya tadi, sepatutnya ayah atau atuknya yang iqamatkan dia, ni along yang
belum tamat lagi belajar dan tak ada
pengalaman hidup laksanakan tugas tu. Along kesian dia bu.Kenapa abang Syukri
tak datang dia tak tahu kak Nuri dah sakit nak bersalin ke bu?”
“mana nak terkejar yang kat sana sakit
juga. Tapi kak Nuri ni baik sangat, dia tak cakap dia sakit nak bersalin bila
dengar yang kat sana pun sakit. Dia lebih suka kita tolong dia dari mengganggu
suami dan madunya.Ibu rasalah itu tanda sakit hati seorang isteri yang dimadu
long. Dia nak tunjuk dia ‘boleh’
walaupun tampa pertolongan suaminya”.
kesiannya nuri. moga lpas ni dia kecspi kebahagiaan.
ReplyDeletedisarah tu mmg patut keracunan mkn sb asyik mkn luar je.
sabarle nuri..dh dpt anak sepasang alhamdulillah..tp kesian asyik org lain yg azankn dn iqamatkn.
-dibah-
dh rasa terlalu sebal dgn si syukri yg tak pernah nk memahami perasaan nuri dn mnjaga hati nuri.
ReplyDeletepadanle dia dgn si sarah tu.
biar nuri bahagia dgn anak anak dia.
-dibah-
suka sangat. Walaupun kesian kat Nuri tapi padan muka syukri. Orang tamak selalu rugi. Anak dah dua tapi tak dpt hak nak azan&iqamatkan. Lepas ni lagi terdera perasaannya. Biar dia rasa Nuri dah tak perlukannya. cctv pun tak dapat nak tolong....hehehe...
ReplyDeleteSarah ni pun timing dia kena je. Bertahun makan kat kedai masa Nuri nak bersalin jugak dia sakit perut. Syukri ni pulak isteri dah ckup bulan prihatin la sikit. Siang dah sama kerja dengan yang tak mengandung. Sampai bila sisarah ni nak belajar hidupkan api dapur. Pada2 la nak manja pun.
ReplyDeletealahai mak teh dh tak sabar nk tunggu reaksi si syukri bila tahu nuri dh selamat melahirkn..jgn dia nk cari salah nuri je dh mcm mane balik raya tmpoh hari. dh family dia tak bolih trima sisarah dia nk salahkn nuri plak. menyampah
ReplyDeletebiar si syukri rasa terpukul dgn kelahiran anak kedua pun dia tak dpt nk iqamatkn.
-dibah-
rasanya Sarah tu sengaja sebab dia kan dah tahu macan mana nak tengok CCTV tu.
ReplyDeleteAlahai mak teh, sakit hatinya dengan perangai .ni... Aduilah... Bilalah Nuri akan dapat kebahagiaan dan ketenangan.... Tak maulah sad ending mak teh...
ReplyDeleteMakin tak sabar nk tau apa yg akan terjd slps nie......
ReplyDeleteDah nak masuk 5kali baca bab ini. Si Syukri ni memang le harus kena tinggal tak prihatin langsung, Dah ada jadual kandungan Nuri pun masa tak endah. Memang harus pun sakit perut dah tak pernah kenal manusia macan dia yg tak pernah masuk dapur. Betul 1 in a million case. Dah lah tu Si Syukri manjakan dia terlebih2. Jadikan dia punching bag lagi tak puas hati kena marah ibu sendiri Si Nuri juga yg kena. hhhmmmm cepat lah le sambung. sakit perut nak tahu kisah selanjutnya. Balik2 buka blog.
ReplyDeleteIkutkan hati yang panas dan terbakar mmg nak suruh Nuri bercerai je dari Syukri, Bila fikirkan anak-anaknya rasa kesian. Sedih hidup anak yang ibu bapa berpisah ni, Pincang hati terdera perasaan.
ReplyDeletemmg betul tp klu x bercerai pun slalu terabai lebih baik hidup senfiri dgn anak2. klu kluar rumah dn hndak kemana menguruskn keperluan pun tak perlu nk mnta izin. dn x de le ternanti nanti giliran yg tak pernah adil.
ReplyDelete-dibah-