Tebang gelam tebang kenanga,
Batang tumbang menimpa gadung,
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.
Loqman
yang bersandar dikerusi belakang memejamkan mata seakan tidur..tetapi fikiran
masih di rumah Amirah. Dia meneliti setiap inci wajah Amirah yang di pandangnya
sebentar tadi. Pada pandangan matanya
Amirah masih seperti dulu seperti ketika mereka baru berkahwin, tidak berubah. Datang
rasa rindu hendak berbual dan ada rasa rindu ingin menatap lama wajah bekas
isterinya. Datang juga banyak perkara yang dilalui bersama Amirah ingin
diulangi. Oh hati mengapa rindu pada yang sudah bukan miliknya lagi.
Rasa
kesal akan perpisahan yang terjadi mendera hatinya. Rindunya yang membuak-buak bagai
tidak boleh ditepis lagi. Masih terngia-ngia ucapan dan huluran maaf yang
diperkatakan Amirah sebentar tadi dicuping telinganya. Terasa lembut suara itu memupuk gegendang
telinganya. Lahir dalam dirinya keinginan akan kemesraan dulu. Tapi apa hendak dikata segalanya sudah
terlerai. Ikatan suamiisteri yang digengamnya dulu sudah tidak bersimpul lagi.
Dia bukan suami Amirah lagi. Timbul pula
soalan dibenaknya mahukah agaknya Amirah
pulang kepangkuanya dan membelai rindunya kembali..menjadi isterinya semula. Bilakah
agaknya waktu yang sesuai untuk dia menyatakan hasrat hatinya. Bagaimanakah
penerimaan Amirah jika diketahui dirinya sudah berkahwin lagi. Akhirnya itu
pula yang timbul di fikiranya. Ahh..makin difikir hati semakin bercelaru. Dalam
diam hatinya merintih. Dia sungguh-sungguh meyesali akan keterlanjuaran
perbuatanya. ‘Amirah aku masih sayang
pada mu’. Itulah jeritan yang membadai didalam hatinya.
Sudah
seminggu pertemuan dihari raya korban antara dirinya, Amirah dan anak mereka.
Tapi kenanganya semakin hari semakin segar berkembang mekar dalam mindanya.
Setiap hari Loqman terbayangkan wajah comel anaknya dan wajah manis bekas
isterinya. Rasa rindu menyerbu dan menyenak melanda hatinya. Loqman kini lebih
suka bersendirian sambil memejamkan mata menayangkan kembali wajah-wajah yang
dirindui. Dia sudah tidak menghiraukan lagi kehadiran Liza. Liza mula menyedari
perubahan dan tingkah laku suaminya, perasaan cemburunya mula menyerang tidak boleh dikawal lagi.
“Bang …kenapa dengan abang sekarang ni..asyik
pejam mata saja..penat sangat kerja ke..atau abang ingatkan yang lain.” Liza
menyergah suaminya yang masih bersandar disofa ruang tamu rumah mereka.
Ketika
sampai tadi suaminya membuka pintu rumah lalu duduk menyandar disitu. Hingga
dia sudah mandi, berpakaian dan bersolek sedikit, untuk mereka keluar lagi
mencari makan malam mereka, dilihat suaminya masih lagi tersandar seperti tadi.
Hatinya mula hangat dengan perlakuan suaminya. Walaupun disergah oleh isterinya dengan suara yang agak tinggi Loqman
masih sayang membuka matanya, sayang membuang bayangan bekas isterinya yang
terlayar dilayar kepalanya..Bagi Loqman jika dia memejamkan matanya bayangan itu
terang dan jelas, manisnya senyuman Amirah melambai kepadanya.
“Emm abang penat ni..Liza nak apa..abang
nak tidur sekejap dapat 5 minit pun jadilah, lepas itu jomlah kita masak.” Dia
masih beruniform kerjanya. Sambil menyandarkan kepalanya disofa ruang tamu, walaupun
dia menjawab apa yang diperkatakan oleh isterinya sebentar tadi. Tetapi matanya masih
dipejamkan.
“Apa pulak nak masak ..jomlah kita keluar
makan…Liza nak makan pizza malam ni. Tiba-tiba rasa teringin nak makan pizza
pulak.” penuh manja dengan suara lembut dia merengek dan memegang lengan
suaminya. Pandai sungguh Liza mengubah lakonanya..tadinya garang macam singa
betina kini manja macam kucing parsi pula.
“Abang malas nak keluar petang ni..semalam
abang dah beli sotong, udang dan ayam.. masaklah sikit untuk abang. Abang
teringin nak masak tom yam..sedap rasanya makan tom yam dengan nasi panas.” Balas
Loqman. Dia ingin membentuk isterinya
mengikut apa yang diingini. Loqman mengambil kira contoh yang diberi oleh mamanya.
Mamanya Puan Sharifah jarang sekali membeli lauk atau makanan diluar. Dia lebih
rela memask sendiri untuk keluarganya walaupun dia sorang wanita bekerjaya. Dia
masih ingat kata-kata papanya...
“Man makanlah..,mama dah masak tu”.
“Man teringin nak makan kat restoran yang
baru buka tu papa”.
“Buat apalah Man makan kat luar..kat luar
tu diaorang masak entah bersih entah tidak..mereka tu masak banyak-banyak jadi
kadang-kadang janji basuh saja..Ni mama Man masak masuh bersih-bersih baca
selawat dan dimulakan dengan bacaan BISMILLAH lagi. Itulah sebabnya anak-anak
papa semuanya lembut hati dan mendengar
kata lepas tu terang hatinya apa yang diajar senang masuk kekepala. Man kita ni
kalau selalu makan makan yang kurang bersih hati jadi bebal dan cepat nak marah
tau Man”. Ketika itu dia hanya terlopong mendengar keterangan papanya. Kini dia
ingin mengajar isterinya.Itu azamnya.
“Alaah malas lah Liza nak masak, Liza letih hari
ni..senang kita oder saja kat restoren tu, boleh terus makan.” Liza memujuk lagi. Bila
suami nya membuka matanya, wajahnya
dilembut dan disedehkankan sedikit, agar suaminya temakan pujuk rayunya. Sudah
dua hari suaminya memaksa dia memasak dirumah, semalam dan kemarin dituruti
juga kehendak suaminya tapi hari ini hatinya mula memberontak.
“Macam semalam kan sedap kita makan kat
rumah..tak payah susah-susah meredah jalan yang banyak kereta nak pergi makan,
makan nasi baru masak panas-panas kan sedap.” tambah suaminya juga memujuk.
“Yang kat restoran tu pun nasi baru lepas
masak juga..semuanya masih panas lagi..jomlah.. jomlah..” rengekkan Liza
bertambah manja diiringi dengan menggoyang-goyangkan badannya macam kanak-kanak
ribena pula.
“Kita masaklah..kat rumah, kita masak
beras wangi, lagipun abang dah beli semuanya tu..bukannya lama nak masak pun..kita
masak cincai saja..jomlah abang tolong.” Liza merasakan semua pujukkan tidak termakan
lagi oleh suaminya. Dia mendengus lalu berdiri..merentap tangan yang dilengan
suaminya. Dia mula menunjukan sikap keras hatinya pula.
“Ahh abang ni…kalau nak makan kat rumah..
abang masaklah sendiri..Liza nak keluar juga. Liza nak makan pizza juga malam
ni. Liza tak mahu makan nasi.” Liza membentak, terus sahaja dia kebilik semula
mengambil bag tangannya, kemudian dia mencapai kunci kereta suaminya diatas
meja. Dia melangkah kepintu dia berdoa agar suaminya menuruti langkahnya. Hanya
sesekali sahaja Liza akan menuruti
kehendak suaminya, tapi yang selebihnya memang suaminya yang akan menuruti
kehendaknya. Loqman membiarkan sahaja isterinya pergi. Liza hampa, tiada
pujukkan dari mulut suaminya atau suaminya mengalah dengan kehendaknya.
“Oklah kalau Liza nak keluar pergilah,
abang nak masak ni..abang memang malas sangat nak keluar.” Loqman bangun lalu
menuju kebilik untuk bertukar pakaian rumah. Liza masih menunggu suaminya
diambang pintu keluar dia berharap suaminya bertukar fikiran dan mengikuti
kehendaknya. Kini Loqman sudah tidak mampan dengan rengek manja isterinya
lagi..dia sudah jemu dengan sikap kepura-puraan isterinya.
Pada
Loqman.. kini dia perlu bertegas dengan isterinya. Dia ingin mengajar Liza
berjimat dan masak dirumah. Dia ingin membentuk Liza supaya menjadi isteri yang
diigininya. Jika diikutkan kehendak Liza
makin menjadi-jadi perangainya. Bila dikenangkan Liza begitu berkira dengannya.
Jika mengikuti rentak Liza keluar makan bersama isterinya nanti tentu sahaja
dia yang akan membayar segalanya. Biarlah dia yang keluar makan, biar dia
sendiri yang membayar. Kini sudah timbul perbuatan engkau engkau aku aku..tidak
ada lagi sifat bekerjasama dan tolak ansur antara Loqman dan Liza, sedangkan sifat
itu amat penting untuk hidup bersuamiisteri untuk keharmonian rumah tangga
mereka.
Sewaktu
Loqman masuk kebilik untuk menukar bajunya, Liza masih menanti diambang pintu
keluar. Dia masih mengharapkan suaminya cair dengan pujukkanya dan mengikuti
kehendaknya. Tetapi bila suaminya keluar dari bilik mereka, dilihat suaminya hanya
berkain pelikat sahaja, dia sudah tahu jawapanya. Liza memandang dengan hati
yang sebal. Hatinya juga berkeras, untuk
keluar mencari apa yang dihajatinya. ’Masak
lah kau sorang’ kata hati Liza dia menggenggam kunci kereta suaminya meneruskan
langkahnya keluar bersama jelingan tajam untuk suaminya, yang sudah menuju
kedapur.
Tinggallah
Loqman masak sendirian, memasak untuk dirinya sendiri. Kalau difikirkan apalah
gunanya dia beristeri, jika pulang dari kerja terpaksa memasak sendirian untuk
makan malamnya, ataupun terpaksa makan juga dikedai. Sekarang dia sudah tidak
peduli apakah tindakkan isterinya, sama ada ingin menemani dia memasak atau pun
tidak, dia tetap dengan tekadnya ‘makan
malam dirumah’. Selama dia masak dirumah dia merasakan masakkan itu lebih
sedap dan lebih bersih. Walaupun kadang-kadang yang dia masak hanya sekadar
telur dadar dan sayur yang ditumis sahaja. Alhamdullilah pengalaman
menolong Amirah memasak beberapa bulan ketika dia menjadi suaminya dulu masih
boleh digunakan. Walaupun ketika itu dia hanya menemani dan memandang apa yang
dilakukan oleh Amirah. Malam itu dia memasak kuah tom yam ayam. Berbagai bahan
dicampur kedalam kuah tom yamnya.. ada sedikit lobak merah, bunga kobis,
sotong, udang dan lima enam biji cili api itulah yang wajib agar tomnya berasa
pedas. Bukan ke senang satu masakkan tetapi merangkumi tiga fungsi, sebagai
kuah lauk dan sayur.
Selesai
masak dia menuang kuah tom yamnya kedalam mangkuk besar, diisinya sekali dua
senduk nasi. Dia menyudu sesudu demi sesudu nasi masuk kedalam mulutnya. ’Kalau dengan Amirah tentu aku tak macam ni,
makan berhidang dengan dua tiga jenis lauk. Pada kebiasaanya Amirah akan
menyediakan kuah, sayur dan lauk seperti ikan goreng atau pun ayam goreng.
Makannya juga akan berdua sambil berbual-bual. Ni aku makan sorang-sorang..ahhh, Amirah rindunya aku
padanya.’ Bergenang air mata Loqman bila nama Amirah melintas difikirannya.
Dia menyapu matanya dengan belakang tanganya.
Kini
ingatan Loqman kepada bekas isterinya semakin meruntun. Rindunya bergelombang
datang tidak mampu ditepisnya lagi. Pagi itu dia menghubungi telefon bimbit
bekas isterinya. Dia mendengar suara yang dirinduinya dengan rasa pilu. Suara
itu meresap terus kekalbunya. Tetapi Loqman tidak dapat bersuara, hatinya jadi
sebak tiba-tiba. Talian diputuskan. Amirah tidak dapat mengesan itu adalah
panggilan darinya, kerana dia menggunakan telefon pejabatnya. Keesokkan harinya
dia mencuba lagi tetapi mengunakan talian pejabat Amirah pula.
“Hallo…boleh saya bercakap dengan Amirah”
“Puan Amirah tak kerja hari ni…dia akan
masuk kerja malam ni ..ada apa-apa pesanan encik.”
“Kalau dia kerja malam ni bila dia balik
pula.”
“Dia habis kerja pukul 810 pagi esok ..encik
ni siapa”.
“Oklah kalau macam tu ..terimakasih, saya
kawan dia.” Loqman menyamar sebagai kawan Amirah.
Pagi
berikutnya Loqman nekad menemui Amirah. Dia tidak sabar lagi ingin menyampaikan
hasrat hatinya. Dia ingin Amirah pulang kepangkuanya sebagai isterinya kembali.
Loqman
menunggu Amirah ditepi pintu pagar tempat kerja Amirah. Dia mengulangi
perbuatannya seperti waktu dulu ketika Amirah masih menjadi isterinya. Dia tahu
bekas isterinya akan pulang dari kerja syift malamnya, pagi itu. Selepas menghantar
Liza kepejabat mereka, dia keluar semula. Dia memberitahu rakan setugasnya pagi
itu dia hendak keluar, ada hal peribadi yang perlu diuruskanya, itulah pesanan
kepada rakan setugasnya. Lama dia menunggu Amirah dipintu keluar dipejabatnya. Dulu semasa dia masih
menjadi suami Amirah, Loqman akan menunggu Amirah dipondok jaga bangunan pejabat
Amirah bertugas, pagi itu dia berbuat perkara yang sama disitu juga.
Ramai
orang yang masuk dari orang yang keluar. Maklumlah pekerja office hours lebih
ramai dari pekerja yang bekerja mengikut giliran. Pekerja office hours pula masuk sebelum 830 pagi. Sedangkan orang yang
keluar mungkin tidak sampai 10 orang. Dia memandang jam dipergelangan tangannya
sudah menghampiri jam 820 pagi. Dahulu waktu-waktu seperti itu Amirah sudah
keluar dari tempat kerjanya. Loqman terbayang dulu ketika Amirah masih lagi isterinya..ketika mereka bertemu
di pondok jaga, Amirah akan memberi seyuman manisnya kepadanya.
“Abang dah minum.” Itulah pertanyaan
yang akan ditanya oleh Amirah ketika
itu...
“Belum.” Itulah jawapanya dengan muka yang
masam.. ketika itu hubunganya dengan Amirah tidak begitu baik. Entah mengapa hatinya
seperti hendak marah sahaja bila berhadapan dengan Amirah ketika itu. Walaupun
jawapanya dingin. Tetapi Amirah tetap melayaninya dengan baik. Jauh disudut
hatinya ada juga bahagia kerana ada
orang yang ambil berat tentang dirinya.
“Kesian abang kalau Mirah kerja malam
abang lapar...nanti tengahhari abang balik makan tak..abang nak makan apa Mirah
masakkan.”...tapi mengapa segala kebaikkan Mirah tidak terpandang olehnya
ketika itu. Kini setelah tiada disisi,
dia tercari-cari pula.
Setelah
terasa lama menunggu dia menghampiri pegawal bertugas yang sedang bertugas ketika itu dan
cuba berbual-bual. Dari ekor matanya terlihat orang yang ditunggunya melintas laju
menuju kepintu pagar. Dia menghentikan bualannya. Dia mengejar Amirah yang berjalan laju.
“Amirah..Amirah” dua kali Loqman memanggil
nama bekas isterinya, barulah Amirah menoleh. Sekali lagi Loqman bersuara tapi
kali ini dia memberi salam.
“Assalamualikum ..Mirah apa kahbar.”
“Waalaikaumsalam” Amirah berhenti lalu
memusingkan badan memandangnya hairan, ingin disoalnya Loqman bekerja atau
tidak, tetapi dilihatnya Loqman memakai uniform kerja.
“Kenapa abang Man ada kat sini ada kes ke?”
tetapi soalan Amirah tidak dijawab oleh Loqman.
“Mirah boleh tak abang nak cakap kejap
dengan Mirah.” lembut suara Loqman seakan merayu.
“Nak cakap apa…cakaplah Mirah dengar ni.”
“Tak elok kita cakap kat jalan ni..jom
kita cari satu tempat yang boleh kita bercakap dengan selesa..atau pun kita
pergi minum dulu, abang pun belum minum lagi ni.”
“Mirah tak nak pergi minum..abang Man
sebenarnya lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tak baik makan dan minum
berdua nanti menimbulkan fitnah, lebih-lebih lagi abang Man suami orang.” Ohh
Amirah sudah tahu dia sudah beristeri lagi rupanya. Terkedu Loqman mendengar
ceramah pendek Amirah itu. Walau bagaimana pun dia ingin mencuba, apa yang telah
dirancang didalam hatinya.
“Oklah kalau Mirah tak sudi minum dengan
abang..tapi bagilah abang peluang nak cakap dengan Mirah..abang nak bincang hal
peribadi ... hal kita berdua.”
“Kalau macam tu jomlah kita duduk kat
bangku panjang, depan AMCOB tu..rasanya kat situ boleh kut.” mereka berjalan beriringan
kebangku yang disebutkan oleh Amirah, tidak berapa jauh dari pejabat Amirah.
Loqman
berkecil hati bila Amirah cuba duduk menjarakkan diri darinya. Namun dipendamkan
sahaja rasa hatinya, takut tersalah cakap nati terus hilang peluangnya. Setelah
mereka duduk Amirah menggesa Loqman memulakan bicaranya, kerana dia tidak mahu
berlengah-lengah, dia tidak selesa bila berduaan dengan Loqman kini. Dia tahu
Loqman kini suami orang.
“Cakaplah cepat..apa abang Man nak
cakap..Mirah dengar ni.”
“Mirah..abang minta maaf banyak-banyak
dengan Mirah..abang sedar selama ini abang dah melakukan banyak dosa pada
Mirah..abang minta maaf.”
“Kan Mirah dah cakap masa kat Pilah hari
tu…. Mirah dah maafkan abang lahir dan batin sikit pun tak tinggal kesalahan
abang Man pada Mirah.”
“Kalau macam tu kita rujuk balik
Mirah….abang nak kita duduk serumah dan bawa anak kita duduk sama..kesian dia
tak dapat manja dengan ibu dan ayahnya”.
“Mirah maafkan abang Man tak semestinya
kita rujuk…kenapa pulak nak rujuk?”
“Mirah..abang sayang Mirah…..sayang abang
pada Mirah masih macam dulu lagi tak pernah berubah.”
“Kita sekarang dah lain abang Man..simpan
sajalah sayang abang Man pada Mirah tu untuk isteri abang Man…Mirah doakan
abang Man bahagia..dah jangan ingat-ingat lagi pada Mirah.”
“Kenapa Mirah, besar sangat ke dosa abang
pada Mirah yang Mirah tak boleh nak maafkan abang.”
“Abang Man tak pernah ada dosa pada Mirah
dan Mirah dah cakap pada abang Man…kalau ada pun Mirah dah maafkan.”
“Mirah.. abang dah berubah sekarang..abang
dah berubah terimalah abang Mirah, abang merayu pada Mirah tolonglah terima
abang balik, abang betul-betul menyesal lepaskan Mirah.” semakin bersungguh Loqman
merayu kepada bekas isterinya.
“Itulah yang susahnya abang Man… memang Mirah
nampak abang Man dah berubah, tapi Mirah yang masih tak berubah ..Mirah masih
Mirah yang dulu, Mirah yang masih banyak tanggung jawab…dahlah abang Man…
biarlah abang Man dengan hidup abang Man dan Mirah dengan hidup Mirah..Mirah
bahagia hidup macam ni..pergilah abang Man dengan isteri abang Man..tentu
isteri abang Man tengah mengandung sekarang ni...itu yang abang Man meragam ni.”
Amirah teringat kejadian setahun yang lalu Loqman berubah kerana dirinya hamil
mungkin ‘pembawa budak’ kata orang
tua-tua.
“Mirah.. berilah abang peluang..jangan
hampakan abang Mirah.” rayu Loqman lirih memohon simpati agar dirinya diterima
semula.
“Abang Man jangan sampai pisang berbuah
dua kali….banyakkan bersabar… nanti kalau isteri abang Man dah bersalin,
perasaan abang pada dia akan kembali
normal..jangan jadi macam ni lagi..pergilah. Sepatutnya abang Man lebih
mengasihi isteri abang Man yang sedang mengadung, berilah dia lebih perhatian,
jangan abang Man menyesal macam ni lagi …Mirah nak balik ni..fikirkanlah apa
yang Mirah cakap ni.” Loqman rasa tersindir dengan kata-kata Amirah tadi. Tetapi
bila difikirkan memang ada kebenarnya. Sepatutnya dia lebih menyayangi ketika
Amirah mengandung dulu. Kesalnya datang menyerbu hatinya yang semakin pilu. Loqman
sudah tidak terkata apa lagi..dia sudah benar-benar kehilangan Amirah. Setelah
habis berkata-kata dengan raut wajah yang tenang Amirah bangun. Dia sudah bersedia
untuk pulang.
“Mirah.. abang masih sayangkan Mirah lagi,
berilah abang peluang menyayangi Mirah..tolonglah abang Mirah.” Cuba Loqman
lagi. Sudah tidak malu-malu Loqman merayu kepada bekas isterinya agar dirinya
diterima kembali.
“Abang Man..sayangilah Mirah ni macam adik
abang Man sendiri, kita pun bukan orang lain, kita masih adik dan abang dua
pupu, hubungan itu tak akan putus sampai bila-bila..Mirah pun tak larang abang
Man jenguk Syifa kat Pilah bila-bila
masa abang Man suka. Hanya satu Mirah ingatkan jagalah rumahtangga abang Man..
Mirah sentiasa mendoakan kebahagiaan abang Man...Assalamualaikum.” Amirah berjalan
menuju perhentian LRT untuk pulang kerumah sewanya. Dia meninggalkan Loqman
dengan wajah yang tenang. Tiada senyuman sinis, tiada rasa marah dan dendam yang
tersimpan apa yang diucapkan tulus dari hatinya. Loqman yang ditinggalkan masih termangu-mangu
di hujung padang yang semakin panas dek sinaran matahari. Amirah oh Amirah
hatinya menjerit..langkah Amirah di ekori dengan pandagan mata. Hidup terasa kosong
tak bererti, setelah mendengar jawapan Amirah tadi.
Gila talak la pulak Loqman ni.
ReplyDeleteDulu bukan senang nak dapat Amirah.
Dah dapat tak tau nak hargai...
Dah terlepas baru nak terkejar².
Amirah dah tak sudi...