Bab 32
Bimbang
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat,
Rapat lagi pohon jati,
Kawan beribu mudah didapat,
Sahabat setia payah dicari,
Seperti yang telah
dirancang oleh dua sahabat, selepas dua minggu hari raya puasa, mereka dua
keluarga bertolak kePulau Pinang.Bagi Farhan dia kesana bersama isteri dan
anak-anaknya mempunyai dua tujuan yang pertama hendak memenuhi undangan Suhaila
menghadiri majlis perkahwinan adik bungsunya.Yang kedua dia hendak bercuti
bersama isteri anak-anaknya.Memang sudah lama dia beructi setelah mereka
beranak kecil.Dalam perbincangan dan telah dipersetujui mereka bertolak hanya
menggunakan sebuah keenderaan sahaja.Edlan menggunakan kereta kepunyaan
keluarganya, sebuah MPV Toyota Alphard berwarna putih.
“Han aku
rasa elok kita guna satu keenderaan saja..boleh kita drive ganti-ganti nanti,
taklah penat sangatkan.”
“Ok boleh
juga..tapi nak cari keenderaan kat mana..kau tahu mana nak sewa keenderaan”.
“Tak payah
sewa Han, aku dah cakap dengan abah aku pinjam Alphard dia.. dia kata boleh”.
“Tak
susahkan dia kenanti, dia nak bawa pekerja dia. Lagi pun ni musim orang kenduri
kahwin, tentu banyak tempahan keluarga kau nak siapkan?” Keluarga Edlan
menjalankan perniagaan Catering dia mengambil tempahan untuk pakaej majlis perkahwinan dan jamuan.
“Tak apa
diaorang bawa pakai kereta USER abang aku..SERENA kakak aku pun selalu juga
diorang guna. Aku pun letak kereta aku kat rumah keluarga aku
..takutlah..Sebelah rumah aku pun tak ada orang, kalau Nampak rumah aku tak ada
orang nanti ada pulak yang buat kerja..jadi aku letak kereta kat rumah keluarga
aku”.
“Elok lah
kita harus berjaga-jaga sebelum apa-apa yang tajk elok terjadi. Aku ada
petuauntuk menjaga keselamatan rumah Lan..akumemang amalkan walaupun aku ada
kat rumah, kita bertawakkal kepada Allah..masa kita tutup pintu atau tingkap
kita bacalah surah AlIkhlas..dari mula kita tutup sampai kita kunci barulah
habis surah tu kit baca..Insyaallah tak akan apa-apa..Ialah kita bertawakal dan
memohon Dia jagakan rumah kita siapa yang berani masukkan.”
“Tiap-tiap
pintu dan tiap-tiap tingkap masa nak tutup kita baca ke Han?”
“Ialah..tiap
pintu dan tiap-tiap tingkap masa kita nak kunci tu kitabacalah”.
“Insyaallah
aku akan buat nanti”.
Dihari
mereka bertolak ..dua sahabat bertolak bersama keluarga masing-masih pukul satu
pagi.
“Lan elok
kita bertolak malam…agak-agak kita dapat tidur sekejap, kemudian kita
berolaklah..sebab tak panas taklah gelisah anak-anak dalam kereta nanti. Lagi
pun mereka boleh tidur sepanjang perjalanan.”
“Ialah aku
ikut cadangan kau..nanti sampai masanya kau call aku lah”.
Mereka memulakan perjalan pukul
satu pagi. Di mulai dengan bacaan ayat Seribu Dinar, ayat Kursi dan doa naik
keenderaan kedua sahabat memulakan perjalan mereka. Perjalanan yang mengambil
masa 5jam akhirnya sampai kedistinasi yang dituju setelah tiga kali berhenti.
Petama berhenti ketika mereka menunaikan solat subuh disebuah rumah rehat yang
terdapat disepanjang lebuh rayanya. Sekarang kita boleh menjalankan tanggung
jawab yang diwajibkan oleh setiap insan untuk menunaikan rukun iman yang kedua
itu dengan mudah husyuk dan tawaduk. Sungguh prihatin orang-orang yang
mengendalikan pembinaan lebuh raya, kerana menyediakan tempat sembahyang untuk orang-orang
yang berpejalanan jauh. Jadi tidak ada sebab mengapa orang tidak dapat
menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah dengan sempurna.
Kemudian mereka berhenti lagi untuk
membuang air kecil dan meluruskan sedikit pinggang mereka dan menjamu selera
digerai-gerai yang disediakan sambil menghirup udara segar.
Perhentian-perhentian rehat yang dibina disepanjang lebuhraya amat selesa
disinggahi. Dengan berlatar belakangkan hutan tropika menghijau kelilingi oleh pokok hutan dan disetengah
tempat pula dinyanyikan pula oleh deruan air sungai yang mengalir. Menjanjikan
susana yang nyaman dan segar. Setelah kenyang dan hilang sedikit keletihan,
mereka meneruskan perjalanan mereka hingga sampai kedistinasi yang dituju.
Sampai didistinasi Farhan menyewa sebuah bilik hotel untuk keluarganya. Edlan
juga menyewa sebuah bilik untuk keluarganya juga.
“Ehh Lan kau
tak payah temankan aku check in…pergilah kau balik tentu keluarga Su dah
tunggu.”
“Aku memang
nak book satu bilik untuk kami, aku memang dah cadang nak tidur hotel malam
karang. Rumah mentua aku mesti penuh punya..kalau Su nak tidur rumah keluarga
dia aku tak kisah aku bawaklah anak-anak aku tidur sini. ”
----------------------------------
Tidak disanggka oleh Edlan
pasangan Dato’ Fuad dan isterinya NurSaleha sudi datang kemajlis perkahwinan
adik Suhaila. Nur Saleha merupakan kawan mereka
ketika mereka menuntut di
Universiti dulu. Mengenali Dato’ Fuad Edlan rasa kagum. Dia bukanlah orang yang
suka membangga kan diri rupaya. Walaupun dia adalah Ahli Parliman Kawasan dia
tidak canggung mergaul mesra bersama orang-orang biasa.
“Ehh Nur
Saleha..sudi you datang…sila-sila jemput Dato’ datin makan” tegur Edlan ramah
selaku tuan rumah.
“Ehh..Edlan
janganlah panggil saya Datin..malu saya..panggil nama pun ok..kita kan kawan.
Orang dah jemput mesti datang..lagi pun kita sekampung”. Ramah juga jawapan Nur
Saleha.
“Dah itu
title awak Datin…tak kiralah kita kawan… kita kena hormat..tak pada awak, pada
Dato’ sebelah awak tu.”. Dato’ Fuad hanya tersenyum lebar.
“Su mana Lan..kau sorang terkial-kial ni dia
tak teman ke?”. Nur Saleha bertanya sambil tertinjau-tinjau memandang keliling.
“Dia ada kat
dalam tengah makan dengan Farhan sekeluarga..nak jumapa masuklah..dato’
sekali.”
“Nur nak masuk rumah kedalam kejap.. Bang Nur
nak ajak kawan-kawan Nur datang rumah sebelum mereka balik Seremban boleh bang”.
“Boleh
ajaklah.”
“Abang nak
masuk sekali?”
“Tak
payahlah..Nur nak masuk masuklah abang tunggu kat sini dengan Edlan”. Nur
Saleha menuju pintu manakala Dato’ Fuah rahmah bercerita dengan Edlan…sekejap
itu juga ramai orang kampong datang bersalaman dengan orang terhormat
Dato’Fuad.
5 hari mereka di Pulau Mutiara.
Farhan membawa keluarganya mengunjingi tempat-tempat peranginan seperti taman
ular dan bukit bendera. Sementara Edlan pula membantu keluarga mertuanya
berkemas. Sebelum berakhir percutian mereka, mereka memenuhi permintaan kawan
mereka Nur Saleha. Selepas solat Zohor dua sahabat bersama keluarga
masing-masing sampai kerumah Nur Saleha.
Esok malamnya mereka akan pulang keSeremban.
Mereka disambut oleh kedua
suami-isteri itu dengan ramah.Nur Saleha menitiskan air mata gembiranya.Tidak
disangka masih ada lagi kawan yang masih sudi berkawan denganya. Sebenarnya Nur
Saleha tidak pernah terlepas dari rasa bersalah dengan salah tingkahnya dulu.
Dia ingin meminta maaf kepada Farhan suamiisteri agar lapang dadanya.
“Tak sangka
sudi juga you datang rumah I Farhan Fatin.Terima kasih banyak-banyak.”Sambil
mengelap air matanya yang masih bersisa dipipinya.
“Nur ni suka
pun menangis. Masuklah..masuklah jangan tercegat kat depan pintu saja..Nur
ajaklah kawan-kawan tu masuk dulu.” tegur suaminya Datuk Fuad .
“Nur gembira
sangat bang..tak sangka masih ada lagi kawan Nur yang sudi jenguk Nur ni.
Walaupun Nur dah buat silap pada mereka.”
“Janganlah
cakap macam tu Saleha kita ni kawan dah lama tak kan tak datang kalau dah di
ajak datang. Yang lepas tu biarlah lepas jangan dikenang lagi..semua orang
pernah buat silap..kan manusia tu tak sempurna..tak gitu Farhan.” celah Edlan
bagi pehak Farhan..Edlan tahu kawannya yang seorang ini memang susah untuk
mengeluarkan kata-katanya. Dia hanya becok pada orang tertentu sahaja.. Farhan
hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Itulah Farhan dia bukan orang
yang sombong tetapi dia tidak tahu hendak memulakan cerita itu yang diberitahu
kepada Edlan sahabatnya bila ditanya mengapa dia tidak mahu bercerita dengan
kawan-kawan biasa disekelilingnya, dia hanya suka mendengar orang bercerita
sahaja. Farhan dia tidak banyak bicara selain dengan Edlan.
“Sebetulnya
I nak pergi Mekah tak lama lagi.Jadi sebelum I pergi I nak minta maaf jika ada
apa-apa kesalahan I pada you semua.”Nur Saleha memandang pada semua kawan-kawan
yang sudah mencecahkan punggung disofa ruang tamu..
“Alhamdulliah..murah
rezeki you Saleha..Abang pergi sama ke bang?”
“Alhamdulliah
abang tumpang rezeki Nur pergi kesana, kalau tidak susah juga sebab
abang dah pernah pergi dulu .. sementara masih sihat ni abang nak teman kan Nur
ni pergi nanti kalau abang dah tak ada susah pula Nur nak cari Mahram…nak
tunggu anak lelaki kami masih kecik-kecik lagi.” Ramah Datuk Fuad menyambung
bicara isterinya.
“Abang
kenapa cakap macam tu..tak kesihan pada Nur ke?.”
“Ialah Nur
abangkan dah tua bila-bila masa kalau Allah nak ambil kita tak tahu.”
“Janganlah
abang cakap macam tu..setiap kata-kata kita tu doa..jadi jangan lah abang cakap
macam tu lagi. Kita berdoalah supaya kita sihat..tua tak semestinya pergi
dulu..kesihan kan Saleha ni.” sampuk Edlan.
“Abang
jangan cakap macam tu lagi Nur tak suka..Nur tak sanggup nak besarkan anak
seorang diri..janji abang jangan cakap macam tu lagi.”
“Ialah
sayang abang tak cakap macam tu lagi abang akan teman Nur sampai Nur
tua..sampai Nur kerepot.” Dato’ Fuad mengalah. Semua orang dirunag tamu ketawa
lepas mendengar jenaka Dato’ Fuad..rupanya Dato’ Fuad kelakar juga orangnya
..tidaklah dia asyik membicarakan hal-hal serius sahaja hal-hal
raayat..maklumlah wakil raayat. Pada Saleha memang dia tidak sanggup hidup
tidak berteman didunia ini. Tiada tempat dia hendak mengadu tiada tempat hendak dia bermanja.
“Bang Nur ni tak banyak kawan, sebelum
kahwin dengan abang.. Nur tak ada tempat untuk menceritakan masaalah Nur . Dulu
masa kat U pun Nur tak ada kawan, dia orang kata Nur pendiam..tapi yang
sebetulnya bukan Nur pendiam, tak percaya tanya Suhaila..dia sebilik dengan Nur
dia tahu perangai Nur yang bermulut becok. Tapi dengan kawan-kawan satu kelas
Nur rasa malas nak cakap. Masa tu Nur rasa Nur tak suka berkawan dengan mereka.
Lebih-lebih lagi Farhan.. dahlah dia pendiam pemalu pulak tu. Tapi setelah kita
ditimpa musibah, Nur tercari-cari kawan untuk bercerita untuk meringankan
bebanan dalam dada kita. Entahlah duania ni macam roda, sekejap kita diatas
sekejap jugalah kita kat bawah..Farhan I minta maaf banyak-banyak pada you, I
harap you dah lupakan SMS I pada you tu
dulu, masa tu bukan diri I yang sebenar. Masa tu hanya dendam yangh meguasai
diri I… maafkan I Farhan. Sebetulnya I tenggelam punca bila rumahtangga I musnah
dulu. I bingung bila I diketepikan…I rasa macam tak percaya.. orang yang
menyayangi kita selama ini berpaling
arah, bila dia nampak yang lebih dari I. Masa tu hati I jadi sakit sangat.
Tampa I sedari I mula berdendam pada siapa sahaja yang bahagia dengan pasangan
mereka. Pada mulanya I cemburu melihat kebahagian Edlan dan Suhaila.. tapi
dalam pada tu I rasa tak tergamak kerana I kenal Suhaila. Bila Edlan dan
Suhailah kata you bahagia dengan isteri you, I cuba nak musnahkan kebahagiaan
you pulak Farhan. I nak orang rasa macam mana mendertianya I ni. I bersyukur
kepada Allah cepat menyedarkan I dari dendam I, bila Edlan cakap..‘Takkan kita hendak menhacurkan kebahagian
sahabat kita sendiri’. Barulah I sedar yang you, Edlan dan Suhaila adalah
sahabat I. Rupanya I masih ada sahabat didunia ini.I minta maaf diatas semua
kesalahan I Farhan Fatin.” Lama mereka terdiam mendengar pengakuan Nur Saleha.
Nur Saleha menyambung ceritanya lagi.Dia menoleh kepada suaminya disebelah.
“Bang
sebenarnya Nur jarang bercakap dengan Farhan walaupun kami satu kelas..
Farhan ni dahlah pendiam pemalu pulak
tu.”
“Tak apalah
itu cerita lama Nur… ni Nur dah sedar dan dah minta maaf..harap kawan-kawan
semua maafkanlah isteri abang ni ye.”
“Alah salah
faham saja..kami semua dah maafkan, semoga lapang dan dipermudahkan segala
urusan nak ke Mekkah nanti..dan semoga di berikan Haji yang Mabrur, InsyaAllah”
Bicara Edlan.. Farhan hanya mengaggauk-angguk kan kepalanya sahaja tanda
setuju.. Sedang mereka berbual-bual
sebuah Van berhenti dihadapan rumah banglo mewah mereka. Rupaya Van dari
sebuah restoran menghantar makanan. Bila pintu van terbuka bau dari makanan
tadi menyusup kehidung membangkitkan selera.
“Kita makam
malam kat sinilah ye..abang dah oder nasi beriani ni, kita makan ramai-ramai
malam ni.” Kata Datuk Fuad.
“Kenapa
abang susah-susah ni..sepatutnya abang dan Saleha kena rehat nanti tak lah
penat bila pergi nanti.”
“Apalah yang
penat, bukan kena masak, oder saja..restoran tu keluarga ni punya. Dulu abang
yang jaga tapi sejak sibuk jadi wakil raayat ni, abang serahkan pada dua anak
abang yang pertama dan yang nombor dua tu jaga..Alhamdullih bertambah
maju..sebab mereka jaga sepenuh masa. Kalau abang dulu sekejap ada sekejap tak
ada tak dapat nak beri perhatian sangat.”
Setelah
semuanya siap terhidang mereka kemeja makan untuk menjamu selera, menu istimewa
dari restoran mereka.
“Saleha ada
surat khabar lama tak?” Baru itulah Farhan bersuara. Saleha mengambilkan surat
khabar lama seperti yang dipinta oleh Farhan.
“You nak
buat apa dengan surat khabar lama?”
“Rumah you
ni tak cukup tikar..jadi I nak buat alas duduk.”
“Haa.”Terperanjat
NurSaleha bila mendengar Farhan berkata begitu.
“Alah you
ni..janganlah mengelabah I guru saja..I nak suapkan anak –anak I kat bawah ni..you tak kisah kan I makan kat
bawah ni.”
“You ni
Farhan sekali bercakap terkejut beruk I dibuatnya..Pandai dah you berguru ni
tak sangka I” Edlan dan Suahila sudah ketawa mengekek, meraka juga tidak menyangka
Farhan akan berkata begitu.
“Isteri I yang ajar.” mereka semua ketawa bila Farhan
berkata begitu.
“Ialah tu
entah-entah dia yang ajar isteri dia..tapi mereka berdua tu sama saja..kalau
dengan mereka dia pandang kita senyum kita pandang dia pun senyum..susah nak
dengar suara emas mereka tu.” tokok Suhaila mengenai sahabat mereka suami isteri
itu.
“Ialah
Farhan memang macam tu dari dulu tak sangka dapat isterinya lebih kurang saja.”
celah Edlan menyokong kata-kata isterinya.
Farhan suami isteri duduk dilantai
baginya memudahkan dia membantu isterinya menyuapkan aka-anaknya makan..Kagum
Nur Saleha melihat keprihatinan mereka yang
nampak sungguh-sungguh menyayangi anak-anak mereka.
“You suami
isteri memang pasangan yang secocoklah Farhan…untung anak-anak you dapat ayah
ibu yang menyayangi mereka. I nampak macam you tak rimas dengan anak-anak yang
masih kecil kira ramailah ni empat orang kecil-kecil lagi.
“Sebab ramai
dan masih kecillah I terpaksa tolong isteri ni..nanti tak sempat makan pulak
isteri I nak makan..Isteri ini kalau anak dia tak kenyang dia tak akan makan..
nanti I gemuk gedempung dia kurus melidi pulak”. Jawap Farhan untuk menerangkan
keadaanya.
“Tak lama
lagi sorang lagi tu you jangan tak tahu.” celah Edlan.
“Ehh you dah ada lagi ke Fatin?..” Saleha cuba
berbual dengan Fatin juga.
“InsyaA llah
dah empat bulan” Farhan menjawab bagi pihak isterinya.
“Haa..tak
nampak pun perutnya..kalau kak Nur tak tahulah macam mana besarnya, bukan perut
saja besar dengan badan-badan sekali naik…ni hah dah setahun setengah bersalin
tapi badan belum susut sepenuhnya lagi..nasib baik abang tak lari bila nampak
badan Nur ni macam ahli gusti SUMO. Kalau kak Nur macam Fatin tetap kurus
walaupun mengadung nak juga kak Nur mengandung tiap-tiap tahun. Lagi pun Abang
Fuad ni lebih kurang Farhan juga sayang kat budak-budak”. Sebenarnya Nur Saleha
bukanya besar yang mengeleber tetapi oleh kerana fizikalnya yang tinggi dan
rangka badanya yang besar jika berisi sedikit dia nampak gemuk.
“Abang
bersyukur sangat Nur dapat bagi abang anak lelaki bukan satu sekali
dua..sebetulnya abang tak kisah fizikal. Dapat Nur sayang abang dan anak-anak
abang seikhlas hati Nur pun abang dah besyukur sangat-sangat. Tapi abang nak
juga Nur jaga badan sikit..bukan untuk abang tapi untu kNur sendiri. Kalau kita
berisi sangat penyakit senang nak singgah.. pengalaman lama abang sungguh perit
abang tak nak ditinggalkan lagi..abang tak sanggup hidup sendiri.” Kali ini
Datuk Fuad pula yang memegang tangan isterinya dan memandangnya dengan pandagan
kasih.
“InsyaAllah..
Nur pun bukan suka besar macam ni susah nak bergerak, kalau buat kerja sikit
cepat penat. Nur ni bertuah sangat ..ada orang temankan kita bersenam tiap-tiap
hari. Tak main badminton dan berjogging.”
“Itu pun
untuk abang juga bukan untuk Nur saja..kalau abang nak berjogging sorang-sorang
pun abang tak bersemangat baik kita tidur ye tak”. Mereka ketawa lagi di meja
makan. Itulah pasangan Nur Saleha yang seia sekata walaupun umur mereka
berjarak namun keserasian jelas terpamir.
“Tapi
ialah..jogging sudah senaman sudah, jaga makan pun sudah..tapi yang hairanya
susah betul nak kecil badan ni”.
“Tak apalah janjinya
kolestrol kita dah terbakar kesihatan kita terjamin…kita ni kadang lupa dengan
fitrah seseorang..ada orang tu makan banyak mana pun tak jadi masaalah..tapi
ada setengah orang makan sikit pun dah naik badan.”
“Ialah bang
kita tenguk genetik kita jugalah.” Sampuk Farhan dia ingin juga sama berbual.
“ Mungkin
juga tu..I ni ada darah Arab sikit mungkin itu yang menyebabkan I macam ni tapi
kalau tenguk dari sebelah mak I memang diaorang semuanya macam I. X-husband
I pun macam I sekarang ni, I macam Adibah Nor..dia sama juga macam Malek
Nor” semua orang ketawa bila Nur Saleha membuat leluncun begitu.
“Tapi I
sekarang tak kisah sangat..walaupun I macam ni, I dah bagi dia tiga orang
anak..isteri dia sekarang walaupun dah lama kahwin satu pun tak ada lagi. Sekarang ni dia cuba berbaik-baik dengan I,
supaya dia dapat merasa kasih anak-anak dia.”
“Dahlah tu
Nur..walau macam mana pun dia masih sepupu kita..buang yang keruh ambil yang
jernih..tak baik bermasam muka sesama Islam apatah lagi kalau sedara, kemana
pergi pun sesekali akan terserempak juga.” Nasihat Dato’ Fuad kepada istrerinya
yang kedengaran ada rasa terkilan yang tersimpan dihatinya.
“Ialah
bang…Nur ni bernasib baik dapat abang…suami dan ayah yang penyayang..dapat juga
anak-anak dia merasa kasih sayang seorang ayah, harapkan dia asyik sibuk
memanjang…Nur rasa anak-anak Nur lebih sayangkan baba dari papa dia walaupun
baru dua tahun lebih kita serumah.”
“Ialah
Saleha kadang kita ni diuji…supaya kita dapat yang lebih baik lagi.”Farhan
menyampuk.
“Terima
kasih ini mungkin doa you all juga. I
sangat bersyukur dapat kawan
macam you all semua...terima kasih ye. Ehh cerita-cerita juga makan lah ..”
Sedang mereka menjamu selera
kedengaran orang member salam .Datuk Fuad bangun melihat siapa yang
datang.Rupanya Pasangan Doktor Muhammad Fikri dan isterinya doctor Nor Shamilah
datang berkunjung.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikum
salam ohh..Fikri, Milah masuklah murah rezeki you, kami tengah makan ni, jomlah sekali”.
“Nampak
ramai saja bang..abang ada tetamu ke?”
“Ia Fikri
kawan-kawan Nor dari Seremban Farhan
dan Edlan sekeluarga.. Mereka datang berziarah..masuklah jom kita makan
sekali.” Ramah Dato’Fuad mempersilakan mantan suami isterinya kemeja makan di
ruang keluarga.
“Nor..ambilkan
pinggan untuk Fikri dan Milah ni.” Nor Saleha juga menjenguk keruang tamu untuk
memastikan tetamu yang datang bila mendengar nama-nama yang disebut oleh
suaminya tadi.
“Meh..masuklah..Milah..sini..duduk
sini makan dengan mereka sekali.” NurSaleha juga ramah mengajak bekas suami dan
bekas madunya makan. Dihatinya sudah tidak ada dendam, padanya yang lepas biar
lah berlalu..jangan dikenang lagi, buanglah yang keruh ambil yang jernih.Tetamu
yang baru sampai diiringan kemeja makan.
“Tak
mengganggu kawan-kawan Nur ke ni?” Soal Nor Shamilah.
“Tak
lah..The more the merrier ye tak” Suhaila bersuara.
“Dengar
khabar abang dengan Nor nak pergi Mekkah..bila?” Soal Muhamad Fikri setelah dia
duduk…Nur Saleha sedang menyendukkan nasi kepinggan tetamu yang baru sampai.
“InsyaAllah Fitri..InsyaAllah kalau tak ada aral
melintang, dua minggu lagi kami berangkatlah”.
“Tahniah
bang..tapi abang dah pernah pergi dulu kan”.
“Ni tumpang
tuah Nor, Fitri…abang pergi lagi sebab jadi mahram dia. Kalau tidak susah juga
nak dapat pergi..kuota Negara kita terhad
kan”.
Setelah selesai mereka
makan..mereka keruang tamu menyambug bualan mereka. NurSaleha selepas dia
menyendukkan nasi bekas suami dan
madunya tadi dia menghilang diri. Tidak lama mereka duduk diruang tamu keluar
tiga orang anak-anak NurSaleha dan Muhamad Fikir menyalami ayah dan ibu tiri
mereka…sebelum anak-anaknya masuk semula Muhammad Fikri bersuara.
“Syira, Dina
dan Ikram duduk dulu papa nak cakap sikit ni”.Mereka bertiga beradik duduk jauh sedikit dari
tempat duduk papa mereka. Mula Doktor Fikri meluahkan hajatnya.
“Papa rasa
masa mama pergi Mekkah nanti Syira, Dina dan Am duduk dengan papa…senang pergi
sekolah, papa yang hantar”.
“papa.. masa
mama pergi Mekkah nanti kami dah cuti sekolah…jadi tak payahlah papa
susah-susah nak hantar kami.” Jawap
Syira anaknya yang tua mewakili adik-adiknya.
“Ohh kalau
macam tu lagi senang..sebetulnya papa nak minta kamu bertiga temankan
papa..sebab tak lama lagi mummy nak pergi seminar dua minggu.” Sampuk NorShamilah membantu suaminya memikat hati
anak-anak suaminya. Dia cuba semesra mungkin dan mengelar ganti dirinya sebagai
mummy untuk merasai dirinya sebagai ibu anak-anak suaminya.
“Kenapa baru
sekarang papa nak kami temankan? kenapa tidak lima enam tahun dulu?..pernah tak papa fikir
hal kami lima enam tahun dulu?.”
“Sayang
jangan cakap macam tu selama ni papa
memang betul-betul sibuk..papa tak sempat bukan tak nak ambil tahu”. Muhammad
Fikri terkedu mendengar bicara anak sulungnya..Dia terbayang lima enam tahun
dahulu sibuknya kerana asyik menguliti cinta NurShamila maklumlah cinta pertama yang hadir semula.
“ialah sibuk
sangat… sampai nak hadir dalam majlis baca Yassin kami yang hanya beberapa jam
pun tak sempat..Syira sedeh sangat masa Syira mengahdapi perikasa besar
langsung papa tak tanya hal kami. Orang lain semua papa dia datang untuk sembahyang sunat hajat dan
baca Yassin beramai-ramai, memohon pada
Allah ditenangkan hati, dimudahkan masa nak jawab periksa..Syira siapa yang
datang hanya mama saja..kalau kami tak
terlibat dengan kemelut papa dan mama tentu Syirah boleh berjaya juga macam
Dina.”
Bagi Insyira dia sungguh menyesal
dalam dia kalut untuk pertama kali menghadapi pepereksaan besar rumah tangga
papa dan mamanya menghadapi krisis. Papanya sudah jarang pulang
kerumah..mamanya yang kesedehan jarang mahu membuka mulut . Wajahnya mamanya
mendung setiap hari. Akhirnya dia hanya
mendapat 2A 2B dan 1C dalam UPSRnya. Dia tidak dapat menyambung pelajaran disekolah MRSM seperti yang dicita-citakan..Tetapi
adiknya Irdina lebih bernasib baik ketika itu mamanya sudah ceria kembali.
Mamanya sering membantu mereka dalam pelajaran dan akhirnya Irdina
mendapat 5A dalam peperiksaan besar itu
dan telah ditawarkan untuk kesekolah yang berasrama penuh bila ketingkatan satu
nanti. NurSaleha datang menghapiri anaknya, dia rasa sungguh bersalah dalam hal
itu.
“Jangan
cakap macam tu Syira..semuanya takdir dari Allah kita wajib menerima denga
redha..mungkin ada hikmah disebaliknya”. Dia juga terharu kerana kesilapanya
mengabaikan anak-anaknya , anakya yang sulong tidak cemerlang dalam peperiksaan
UPSR nya.
“Syira redha
mama..hanya Syira nak melepaskan apa yang ada dalam hati Syira ni saja ..sebab
Syira kesal sangat dengan papa yang asyik nak kejar cinta dan
kebahagiaanya sendiri, sampai terlupa
pada kami ni anak-anak yang sangat memerlukan dirinya..sekarang ni bila kami
dah bahagia baru nak datang minta ditemani. Mungkin dia tak ada anak selain
kami ..itu yang dia datang pada kami, kalau papa ada anak lain tentu kami ni
akan terus dilupakan.” Terkedu Muhammad Fitri dan NorSharmilah mendengar apa yang diperkatakan
oleh anaknya…Dia bangun dari duduknya.
“Nur..Nur ke
yang ajar anak-anak bencikan abang..”mencerun
matanya menikam wajah bekas isterinya.
“Papa!!kenapa
papa nak salahkan mama pula…Syira cakap apa yang Syira rasa. Papa nak tahu mama tak pernah
sebut hal papa sejak papa tinggalkan mama.. dahlah papa Syira tak mahu duduk
dengan papa, Syira nak tolong kak Iman
jaga adik-adik. Dina ambil adik Me, akak nak dukung adik Man tu, baba nak layan
tetamu”.Ketika itu dua adik kembar mereka yang berumur setahun enam bulan sudah
duduk dipangkuan baba mereka. Habis
sahaja jawapan kakaknya, Dina pula bersuara..
“Dina pun
nak tolong kak Iman jaga adik-adik Dina”.Iman adalah Nur Iman Saffiyah anak
Dato’ Fuad yang bungsu bersama arwah isteri pertamanya.
“Am pun”.
Sambung Ikram, Kemudian tiga beradik berlalu meninggalkan ruang tamu.
Anak2 mangsa penceraian akan terasa bahang drp perpisahan ibubapa walaupun sedikit. Cerita ni is so close to reality.
ReplyDelete