Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
Nama termasyhur zaman dahulu,
Baik-baik memilih intan,
Takut terkena kaca dan batu.
Kini perceraian Tengku
Farid dengan Diana telah disahkan dipejabat kadi,Tengku Farid meyerahkan kondo
yang didiami mereka selama ini dan kereta Suzuki Siwft kepada Diana berserta wang edah selama empat
bulan. Diana juga telah bersetuju dengan menandatangani surat perjanjian hak
penjagaan anak mereka Tengku Muhammad Arief Daneal kepada bekas suaminya. Diana
dibenarkan melawat anaknya pada bila-bila masa yang dia mahu hanya dirumah bekas
suaminya sahaja, itu pun kalau dia mahu. Memandangkan cara hidup Diana,Tengku
Farid mensyaratkan sehinggalah umur anaknya mencapai lima belas tahu barulah
Diana boleh membawa anaknya kerumahnya. Dia berbuat begitu kerana diharapkan
agar di waktu umur itu anaknya dapat membezakan mana yang baik dan mana yang
buruk dengan kehidupan mamanya. Dia juga mengharapkan supaya anaknya Arief
tidak terpengaruh dengan kehidupan sosial mamanya. Diana bersetuju tampa banyak
soal, sebab memang itulah yang dirancangkan bersama mommynya. Tetapi perceraian
itu belum diketahui oleh sesiapa kecuali Halim seorang sahaja, itu atas
permintaan Tengku Farid sendiri.
Setelah bercuti sakit
selama tiga hari, Tengku Farid berkerja semula. Dia sudah sihat sepenuhnya,dia
memulakan hari itu dengan hati yang ceria. Kisah cinta dan perpisahanya dengan
Diana tidak dikenangnya lagi. Dia gembira dengan hidupnya kini.. terasa lebih
teratur dan terurus. Rasa bahagia kerana
segala masaalahnya telah dapat diselesaikan..kedua anaknya juga kelihatanya sihat. Anaknya Arief tidak
lagi meragam. Rupanya selama ini perut Arief alah dengan susu berfomula, apabila
Nur Jannah memberinya susu badan masaalah itu tidak timbul lagi. Anak
perempuanya Aisyah juga keliahatan sudah
banyak menyusu, perubahan pada muka yang kelihatan sudah berisi sedikit. Betul
juga kata nenek tempuh hari sedikit-sedikit perubahan kepada wajah Nur Aisyah,
kini dia seperti bayi lain, keadaan jarinya juga sudah terpisah antara satu
sama lain dan cuping telinganya juga sudah terkembang seperti bayi-bayi lain.
Seperti biasa dibilik lagi Nur Jannah sudah
mendapat pelukan, ciuman didahi dan dibibirnya sebelum suaminya ketempat kerja
pagi itu. Tetapi Nur Jannah tetap menghantar juga suaminya hingga kepintu
utama, dia menyalami dan mencium tangan suaminya pula...tiba-tiba suaminya
menariknya kedalam dakapan dan menciumnya sekali lagi di depan pintu.
Sebenarnya Tengku Farid berat hati meninggalkan isterinya. Walapun masih
didepan mata sudah terasa rindu yang bakal melanda sepanjang hari itu. Dalam
hati bergema rasa syukurnya kepada Allah yang mengurniakan isteri seperti
NurJannah.
“Hiss abang ni ..nenek nampaklah.” bisik Nur Jannah sambil menolak lembut
tubuh suaminya tetapi tidak berjaya kerana suaminya memeluk dengan kejap dan
kemas.
“Tak apa… kalau nenek nak dia boleh minta dengan atuk...atuk mesti bagi
punya.”selamba saja suaminya menuturkan.
“Nenek nak apa, atuk bagi apa?”tanya Nur Jannah hairan ‘lurus pulak Jannah ni’ detik hati Tengku
Farid dia tersenyum penuh makna.
“Nenek nak peluk dan kucupan azimatlah.”mereka berpandangan seketika lalu
ketawa bahagia.
“Abang ni.” Nur Jannah berkata sambil melonggarkan pelukkan suaminya.
Tengku Farid melepaskan pelukkanya dan mereka bertatapan seketika...
“Kata mama nenda balik Sabtu ni, mereka akan sampai petang.” mereka merujuk
kepada Tengku Khalidah dan Ahmad Zulhelmi adik NurJannah yang nombor dua.
“Hmm.. sayang abang pergi kerja dulu ye Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam ...Pandu kereta elok-elok dan jangan lupa baca doa ye.”Nur
Jannah melambai suaminya dengan senyuman bahagianya.
============================
Seperti
yang telah dimaklumkan Tengku Khalidah dan cucunya Zulhelmi tiba di KLIA hampir
waktu Asar dari Manchester. Hanya menantu dan cucu-cucunya sahaja yang menjemputnya
diLapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Anaknya Tengku Raihana sibuk memasak
untuk dibawa kerumah Nur Jannah malam nanti. Dia dan suaminya bercadang
sepulangnya bondanya nanti, mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil makan-makan dirumah
Nur Jannah dan Tengku Farid. Tidak lupa Tengku Raihana menjemput sekali Tengku
Faizal dan Tengku Faridah makan besama.
Hubungan Tengku Raihana dengan Tengku Faizal suami-isteri
baik sahaja, walau pun dia tidak jadi menjadi menantu mereka. Mereka tidak
mengenang masa yang lalu. Sebenarnya Tengku Faizal suami isteri sememangnya
menyayangi Tengku Raihana sejak kecil lagi dan sudah dianaggap anaknya sendiri.
Itulah sebabnya bagi mengukuhkan lagi ikatan perasaan itu mereka bercadang
untuk dijadikan menantu mereka, tetapi lain pula jadinya. Mereka suami-isteri tidak
juga menyalahkan Tengku Raihana kerana tidak memilih anak mereka Tengku Faris
Ikhwan sebagai suaminya. Dia tahu sikap ‘playboy’
anak mereka yang menjadi buah mulut orang ketika itu. Mereka juga tahu anaknya
sudah berkahwin diluar negara tampa pengetahuan mereka. Mereka menghormati
keputusan Tengku Raihana. Tapi bila melihat kebahagiaan keluarga Tengku Raihana
mereka rasa terkilan.
Tengku Faizal suami-isteri selalu membayangkan
alangkah bahagianya jika anaknya memilih Tengku Raihana sebagai isteri, dan
alangkah bahagianya jika anaknya bersikap seperti doktor Razlan yang tidak
mementingkan keseronokan dunia sahaja. Dalam hal ini sememangnya anaknyalah
yang bersalah.Tengku Raihana seorang yang bijak memilih masa depannya, walau
pun masa itu dia masih mentah lagi dari segi usia, tapi dapat menilai mana yang
baik dan mana yang buruk untuk dirinya. Bukan hanya melihat pada fizikal dan
hartanaya sahaja. Dia tidak memilih pada
wajah yang kacak, bergaya dan kaya untuk
dijadikan suami. Mungkin dahulu lagi dia
sudah menimbangkan jika dia bersetuju dan berkahwin dengan anaknya dia tidak
akan bahagia. Betapa bersungguhnya dia menolak Tengku Faris anaknya, jika tidak
takkan sampai dua kali dia berkahwin tampa restu dari bondanya.Tengku Faizal
suami isteri telah maklum cara hidup anaknya Tengku Faris Ikhwan memang tidak bersesuaian
untuk mereka orang Timur. ‘Ohh anak ku
dimana silap didikan ku’..keluahan itu selalu bergema dihatinya, setiap
kali anaknya menghubungi. Semalam anaknya menghubugi dan kisah sedeh hidupnya
diceritakan kepada dua ibu bapanya yang jauh ditanah tumpah darahnya..
“Hello
daddy, mommy apakhabar..lama Ris tak call..”
“Orang sibuk mana nak ingat daddy dan mommy kat
sini..Ris apa khabar”. Seperti orangh merajuk sahaja Tengku Faizal melayani
panggilan anaknya. Pada Tengku Faizal walaupun anaknya jauh diperantauan dia
tidak pernah lupa pada anaknya. Itulah seorang anaknya yang dihgarap menggantikan
dirinya kelak..tetapi masih adakah harapan itu..anaknya masih belum puas hidup
merantau..walaupun usianya sudah menjangkau angka lima puluh.
“Khabar tak baik lah daddy”.
‘Ini mesti kisah rumahtangganya yang
bermasaalah’ detik hati Tengkju Faizal.
“Apa yang tak baiknya Ris..cuba cerita dengan
daddy”.
“Ris dah bercerai dengan Caterina..dia pergi pada
bekas kekasih dia di Kanada..Dia tinggal kan Ris daddy.” sayu sahaja suara
anaknya dihujung talian menceritakan hal dirinya.
“Entahlah Ris... daddy tak tahu macam mana nak
tolong Ris, rasanya masaalah Ris, Ris yang buat sendiri....dulu dah elok dengan
Najwa...Ris tinggalkan dia. Daddy tak tahu wanita yang macam mana yang Ris nak.
Daddy tenguk Najwa tu dulu baik, cantik.. sempurna sebangai wanita... tapi Ris
pergi pada Caterina..ni sekarang dia pula yang tinggal Ris”. Tengku Faizal
sering bertanya didalam benaknya..anaknya yang seorang itu berganti isteri
seperti menukar baju..walaupun sudah ada isteri dirumah masih ada lagi kawan
wanita yang rapat dan mesra..hendak dinasihati ..aduhai dia lebih bijak
menjawab...dan yang paling ditakuti terlalu sangat dinasihati takut dia tidak
mahu pulang terus keMalaysia.
“Dulu Ris rasa nak hidup dengan wanita Asia yang
sama adat resam dan cara hidup...Najwa berbeza dari kita cara makan lain.. Ingat
Ris dulu Ris nak serumah dengan orang Asia..budaya sama masakan pun hamir
sama..tapi entahlah dah nasib Ris agaknya.. Ris ni asyik tersalah pilih saja.”
Keluh Tengku Faris Ikhwan dihujung talian. Najwa merupakan wanita keturunan
Negeria..orangnya cantik, tetapi entah apa yang di pandang oleh anaknya.
Caterina pula Cina Singgapore campuran Amerika.
Sebenarnya Tengku Faizal, sangat bersimpati dengan
nasib anaknya..Sudah masuk ke angka lima puluh usia anaknya.. tetapi masih
tercari-cari suri yang sudi menemani diwaktu susah dan senang. Bila melihat
kebahagian Tengku Raihan dan Doktor Muhammad Razlan hatinya jadi cemburu.
Tetapi apalah yang hendak diakata anaknya sememangnya tidak pandai menilai yang
mana intan permata dan yang mana kaca.
Kebetulan malam itu selepas Magrib kedatangan keluarga
Tengku Raihana serentak dengan Tengku Faizal dan Tengku Faridah macam berjanji
pula. Nur Jannah dan suaminya menunggu dimuka pintu untuk bersalaman dan mencium tangan mereka kecuali
adik-adik Nur Jannah yang akan mencium tangan mereka.Tengku Khlidah yang memang
sudah tidak sabar-sabar ingin melihat cicitnya. Selepas sahaja bersalaman terus
sahaja meluru masuk kebilik Nur Jannah. Bila sampai sahaja didalam bilik dia
terpandang dua orang bayi di dalam dua katil bayi...Dia menoleh kepintu bilik dimana
Nur Jannah mengekorinya tadi..Nur Jannah sudah tercegat berdiri dimuka pintu. Nur
Jannah sudah dapat menghidu apa yang ada dalam fikiran nendanya dan apa yang
akan terjadi...
“Jannah kamu bersalin kembar ke?” terkedu Nur Jannah dan Tengku Farid
mendengar soalan nendanya. Apabila tiada jawapan dari Nur Jannah mahupun suaminya,
Tengku Khalidah sudah tahu jawapannya. Dia keluar dari bilik dan merenung
Tengku Faizal, sementara suami-isteri
itu baru hendak mencecahkan punggungnya disofa ruang tamu terpinga-pinga
memandang renungan tajam Tengku Khalidah kearah mereka...seakan ada kesalahan
yang mereka lakukan.
“Zal ,Ida apa yang cucu you dah buat pada cucu I.” semakin terpinga mereka bila
mendengar soalan Tengku Khalidah. Adakah kerana Nur Jannah bersalin tidak cukup
bulan dia jadi marah. Mereka terpinga-pinga dan berpandangan antara mereka...mereka
tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Tengku Khalidah.
“Nenda jangan marah grandpa mereka tak tahu.., Jannah yang rela, Jannah
kasihkan anak abang, perutnya alah dengan susu tin, sedangkan ibunya sudah tak
ada air susu, jadi Jannah susukan dia, kasihan dia nenda.” sayu Nur Jannah
menerangkan perkara sebenar.
“Jannah dah banyak kali nenda pesan, jangan lembut sangat... nanti orang
pijak kepala kita.”
Tinggi suara nenda tanda tidak puas hati, mendengar suaranya nenda sudah
meninggi Helmi cucunya menghampiri dan
memeluk bahu nendanya.
“Nenda jangan fikir sangat... nanti nenda kena sakit darah tinggi, sabarlah
nenda. Kak Jannah kan dah besar pandailah dia nak selesaikan masaalah dia
suami-isteri. Lagi pun betul kata atuk IB hari tu.. biarlah kak Jannah dengan
cara dia, kita yang ada sokong sahaja, jika perkara itu baik untuknya. Kalau
kita berkeras akan menjadi tekanan pada Kak Jannah pula. Dia rela dengan apa
yang dilakukan tentu dia bahagia dengan apa yang dia buat. Nenda.. kita ni
jangan fikir perkara tak baik saja, tentu ada hikmahnya semua yang terjadi tapi
kita belum nampak kebaikannya.Yang Me nampak dengan adanya anak abang Farid tu,
abang Farid senanglah nak balik sini selalu, kakak yang kat sana tu tentu bagi
kelonggaran pada abang balik sini sebab kak Jannah dah jagakan anak dia. Yang
kedua pula ini satu pengajaran bagi kak Jannah juga, supaya dia jadi wanita
yang kuat dan sabar seperti nenda ni dan yang paling penting menjadi seorang
manusia yang mengasihani. Untuk abang Farid pula dapat lah dia belajar menjadi
suami yang adil dan sabar juga, kalau dia berjaya boleh tambah satu lagi.”
terjegil mata nendanya memusing memandang Helmi.
“Tak…tak nenda jangan marah..jangan marah..ingat abang Farid jangan tambah,
kalau Me tahu kak Jannah susah hati, kurus kering tak lalu makan Me cari abang.”
Helmi memandang abang iparnya seolah-olah memberi amaran kemudian menyambung
lagi katanya.
“Tapi apa-apa pun Kak Jannah kalau ada masaalah jumpa counselor nombur satu
..ni.” Helmi menunjuk dirinya sendiri.
“Dan counselor numbor dua ..ni.. jangan lupa tau.”Helmi menunjuk kearah
nendanya pula, semua yang ada di ruang tamu berderai ketawa.
“Papa, dapat keputusan SPM nanti kalau Me dapat masuk U Me nak minta course
counselling lah,papa”.
“Banyaklah Me punya counselling, mari sini tolong Mak Mil angkat pinggan susun atas meja.
Kenapa Me asyik peluk nenda…nak manjalah tu.” tiba-tiba Ibunya Tengku Raihana
keluar dari pintu dapur men- dengar riuh suara Helmi, bercakap itu dan ini.
Sekarang Helmilah yang paling rapat dengan Tengku Khalidah dan yang dapat
melembutkan hatinya. Dipejabat Helmi menjadi pembantunyan. Sifat Helmi yang
lembut tetapi kelakar menyebabkan Tengku Khalidah menyenangi cucunya yang
seorang ini. Mendengar apa yang disuarakan oleh cucunya itu, Tengku Khalidah
terdiam lalu duduk disofa berdekatan. Dalam fikiranya ada juga kebenaran segala
kata-kata Helmi cucunya tadi.
“Abang Me apa nama atuk tadi …yang abang Me sebut.” soal adik nya yang
bungsu ZulFadli.
“Atuk Ib..kenapa nampak glamor ke?..sedapkan” jawabnya masih berkepit rapat
dengan nendanya.
“Habis kalau nenek Zabedah ..apa nak bagi singkat…nenek Bed” sambung
adiknya yang bernama Zulkamal.
“Tak naklah ada pulak bad nenek nicelah… tapi lebih sedap nenek Bedah, dengar
macam klasik sikit.” kata Helmi pula.
‘Nenek Faridah..nak singkat jadi nenek Fed.”sambung Kamal lagi.
“Lagi tak mahu nanti, anak kak Jannah pelat dia panggil nenek fat..nenek tu
kalau panggil nenek slim bolehlah..alah panggil grandma lagi best, macam mat
sallehlah sikit”. Sememangnya Tengku
Faridah langsing orangnya.
“tadi tu mama pangil Mak Milah, Mak Mil …Mel Gebson lah tu Mil Gebson versi
wanita.” sambung ZulKamal.
Mereka tertawa mendengar celoteh anak-anak Tengku Raihana. Tengku Raihana
keluar dari dapur sekali lagi memanggil
anaknya yang tidak datang-datang bila di panggil sekali.
“Me apa yang berkepit dengan nenda ..nak bermanjalah tu.”
“Alaah mama ni nak manja dengan nenda sikit pun tak boleh…Me nak manja
puas-puas dengan nenda ni sebelum dua adik Me belum ada masa boleh bermanja. Nanti
kalau abang balik lagi tak ada chan.”
“Dah…dah sini tolong Mak Mil angkat pinggan susun atas meja.”
“Siapa mama…Meli Gibson mintak tolong ..ok..ok Kamal nak tolong.” berderai
tetamu diruang tamu mendengar jawapan dari Zulkamal,ada-ada sahaja anak-anak
Tengku Raihana yang periang, menceriakan suasana. Semua orang beransur kemeja
makan kerana makanan sudah siap terhidang. Tengku Khalidah masuk kebilik Nur
Jannah, dilihatnya NurJannah sedang menyusukan Ariff, dia melihat Nur Jannah
membelai-belai rambut Arif yang hitam lebat.
“Jannah..sebetulnya nenda sayang Jannah,nenda sedih ..ini semua salah nenda
kalau tak paksa Jannah dulu tentu semua ini tak terjadi pada Jannah, nenda rasa
bersalah sangat.” Tengku Khalidah menghampiri cucunya lalu duduk dibirai katil.
“Janganlah macamtu nenda..abang dah memang jodoh Jannah, Jannah redha
semuanya dan Jannah tak pernah salahkan nenda..nenda Jannah memang sayang kan
Arif Danial ni, Jannah tak fikir apa-apa. Pada Jannah anak abang anak Jannah
juga, ni tenguk ni Jannah dah susukan Arif, Arif dah pun jadi anak susuan
Jannah. Anak susuan kan sama macam anak sendiri jugakan nenda.” Nur Jannah
memandang nendanya kemudian memandang anak yang masih menyusu dipangkuannya. Dia
menyambung kata-katanya.
“Nenda.. Jannah minta sangat-sangat dengan nenda janganlah bezakan antara
Arif dan Aisyah, dua-dua ni anak Jannah nenda.” Tengku Khalidah rasa sungguh
terharu dengan keikhlasan cucunya menerima anak suaminya dengn isteri lain
bagaikan tiada rasa terkilan dengan perlakuan suaminya yang menduakan kasihnya.
“Jannah …kamu tak rasa apa-apa ke dimadu.”
“Kalau nenda nak tahu perasaan Jannah.” Nur Jannah menarik nafas seolah
mencari kekuatan lalu menyabung katanya.
“Memang Jannah rasa cemburu, sedih dan marah... mana ada perempuan yang
rela 100% bila dimadu nenda, itulah yang Jannah rasa masa pertemuan dirumah
nenda dulu. Masa Jannah menangis malam tu… bukan kerana nenda marah, tapi
Jannah rasa tak terbendung dengan rasa itu..Bila nampak ada perempuan lain
memegang lengan abang bila ada perempun lain duduk rapat dengan abang. Kerana itulah
nenda, Jannah minta sungguh-sungguh dengan nenda jangan meminta ada pertemuan
macam itu lagi. Biar pun Jannah tahu jannah bermadu tertapi kalau Jannah tak
nampak Jannah boleh bertahan.” kemudian Nur Jannah menyambung lagi.
“Nenda nak tahu..itulah sebabnya Jannah balik juga malam itu, Jannah nak
menangis sendiri tak bagi nenda nampak. Jannah takut kalau nenda nampak nanti
nenda susah hati. Berminggu juga Jannah terbayang dan sedeh sendiri. Tapi kalau
Jannah tak nampak tak apa Jannah tak membayang apa-apa Jannah tak kisah. Bagi
Jannah dalam rumah ni abang adalah suami Jannah dan tak nak ingat apa-apa.” nendanya
memegang Nur Jannah dengan pandangan penuh simpati dia berkata.
“Jannah kalau ada apa-apa.. Jannah cakaplah dengan nenda. Jannah sajalah
satu-satunya cucu perempuan nenda, ada masaalah jangan simpan sendiri cakap
dengan nenda kalau boleh nenda tolong, mesti nenda tolong... kita sedeh sama
sedeh, susah sama susah..jangan Jannah sedeh sorang-sorang”.
“Dulu Jannah memanglah takut dengan nenda, tapi sekarang kalau ada apa-apa
mesti Jannah mengadu kat nenda sebab sekarang nenda dah lain, muka nenda
sekarang ni nampak ceria, nampak macam happy saja”. NurJannah cuba mengubah
tajuk perbualan mereka agar nenda ceria semula.
“Sekarang ni memang nenda bahagia Jannah. Nenda tak sangka nenda ada ramai cucu, ingatkan kita berdua saja kat
dunia ni Jannah. Adik-adik Jannah semuanya kelakar termasuk yang kat Manchester
tu tak sangka, nenda bahagia sangat sekarang ni.”. Sememangnya cucunya ZulFahmi
yang berada diluar negara itu pun sama perangainya dengan adik-adiknya yang
disini. Terpancar wajah bahagia Tengku
Khalidah bila menceritakan kisah cucu-cucunya. Ketika itu sikecil Aisyah
bergerak-gerak dan merengek hendak menyusu pula.
“Aisyah pula nak susu ya, nanti ibu tepuk abang kejap.” Nur Jannah
berbicara seolah-olah anaknya faham apa yang dibicarakan.
“Mari..Nyang tepuk abang ..Aisyah dah lapar susu ya.” Tengku Khalidah
menghulur tangan untuk mengambil Arif untuk ditepuk belakangnya.
Tengku Farid yang yang ditugaskan memanggil
nendanya terhenti di luar bilik isterinya. Diluar pintu bilik dia terdengar
semua cerita Jannah dan nendanya. Dia terharu dengan keiklasan hati isterinya menerima
anaknya Arif tampa berbelah bagi kasihnya dan terharu dengan derita perasaan
yang disimpanya sendirian. Dia berazam dalam hatinya selepas ini dia akan menjadikan
Nur Jannah isteri yang paling bahagia..itulah azamnya dan akan hanya Nur Jannah isterinya.. InsyaAllah.
“Bang mana nenda kata nak panggil, semua orang tunggu nenda.. nak makan. Me
ni lagi tak sabar nak makan.. dah lama Me tak makan masakkan mama tau.” kini
Helmi pula mencari nendanya bila ditunggu dimeja makan nendanya tak
muncul-muncul, sedangkan dia sudah tidak sabar melihat sahaja hidangan yang
sudah siap terhidang. Dia sudah teringin sangat makan masakkan Malaysia, yang
sudah hampir dua minggu tidak dirasainya, kerana mengikuti nendanya keluar
negera tempuhhari. Asar tadi baru sampai selepas Magrib nendanya sudah tidak
sabar-sabar untuk datang kerumah kakaknya Nur Jannah pula.
“Syysst..nenda kat dalam tu.”
“Abang takut nenda ya.” Tengku Khalidah terdengar apa yang dibicarakan oleh
cucunya Helmi, Setelah cicitnya Arif sendawa.. Tengku Khalidah meletakkanya
dalam katil bayi. Dia keluar dari bilik Nur Jannah.
“Farid takut nenda?” Tengku Farid hanya menundukkan kepalanya. Tengku
Khalidah menepuk bahu Tengku Farid..
“Farid jangan takutkan nenda... kamulah satu-satunya cucu menantu lelaki
yang nenda ada, nenda minta sungguh-sungguh pada kamu jagalah Jannah baik-
baik”.
“InsyaAllah, Farid akan bahagiakan Jannah.. nenda.”
“Jomlah kita makan Farid.” ajak nendanya sambil menuju kemeja makan.
Apabila melihat nendanya muncul di depan pintu terus sahaja Helme menghulur
tangan untuk memimpin tangan nendanya.
“Cepatlah nenda Me tak sabar nak
makan ni, jomlah bang”.
“Tak apalah Me dan nenda makan dulu, abang nak makan dengan kak Jannah nanti.”
sementara semua orang dimeja makan menjamu selera, Tengku Farid menemani
isterinya menyusukan anak-anaknya.
“Pergilah abang makan dengan mereka..Jannah nak tidurkan anak-anak kita ni dulu.”
“Tak apalah abang nak makan dengan Jannah nanti.” Tengku Farid masuk kebilik isterinya dan duduk dibirai katil sambil memerhati perlakuan isterinya menyusui anaknya
Bahgianya Jannah ! Berkat orang yang sabar . Best.
ReplyDelete