~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 6 September 2012

Bab 35 Jangan ada rahsia




Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
Nama termasyhur zaman dahulu,
Baik-baik memilih intan,
Takut terkena kaca dan batu. 




              Kini perceraian Tengku Farid dengan Diana telah disahkan dipejabat kadi,Tengku Farid meyerahkan kondo yang didiami mereka selama ini dan kereta Suzuki Siwft  kepada Diana berserta wang edah selama empat bulan. Diana juga telah bersetuju dengan menandatangani surat perjanjian hak penjagaan anak mereka Tengku Muhammad Arief Daneal kepada bekas suaminya. Diana dibenarkan melawat anaknya pada bila-bila masa yang dia mahu hanya dirumah bekas suaminya sahaja, itu pun kalau dia mahu. Memandangkan cara hidup Diana,Tengku Farid mensyaratkan sehinggalah umur anaknya mencapai lima belas tahu barulah Diana boleh membawa anaknya kerumahnya. Dia berbuat begitu kerana diharapkan agar di waktu umur itu anaknya dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dengan kehidupan mamanya. Dia juga mengharapkan supaya anaknya Arief tidak terpengaruh dengan kehidupan sosial mamanya. Diana bersetuju tampa banyak soal, sebab memang itulah yang dirancangkan bersama mommynya. Tetapi perceraian itu belum diketahui oleh sesiapa kecuali Halim seorang sahaja, itu atas permintaan Tengku Farid sendiri.

               Setelah bercuti sakit selama tiga hari, Tengku Farid berkerja semula. Dia sudah sihat sepenuhnya,dia memulakan hari itu dengan hati yang ceria. Kisah cinta dan perpisahanya dengan Diana tidak dikenangnya lagi. Dia gembira dengan hidupnya kini.. terasa lebih teratur dan terurus. Rasa bahagia  kerana segala masaalahnya telah dapat diselesaikan..kedua anaknya  juga kelihatanya sihat. Anaknya Arief tidak lagi meragam. Rupanya  selama ini  perut Arief alah dengan susu berfomula, apabila Nur Jannah memberinya susu badan masaalah itu tidak timbul lagi. Anak perempuanya  Aisyah juga keliahatan sudah banyak menyusu, perubahan pada muka yang kelihatan sudah berisi sedikit. Betul juga kata nenek tempuh hari sedikit-sedikit perubahan kepada wajah Nur Aisyah, kini dia seperti bayi lain, keadaan jarinya juga sudah terpisah antara satu sama lain dan cuping telinganya juga sudah terkembang seperti bayi-bayi lain.

Seperti biasa dibilik lagi Nur Jannah sudah mendapat pelukan, ciuman didahi dan dibibirnya sebelum suaminya ketempat kerja pagi itu. Tetapi Nur Jannah tetap menghantar juga suaminya hingga kepintu utama, dia menyalami dan mencium tangan suaminya pula...tiba-tiba suaminya menariknya  kedalam dakapan  dan menciumnya sekali lagi di depan pintu. Sebenarnya Tengku Farid berat hati meninggalkan isterinya. Walapun masih didepan mata sudah terasa rindu yang bakal melanda sepanjang hari itu. Dalam hati bergema rasa syukurnya kepada Allah yang mengurniakan isteri seperti NurJannah.

“Hiss abang ni ..nenek nampaklah.” bisik Nur Jannah sambil menolak lembut tubuh suaminya tetapi tidak berjaya kerana suaminya memeluk dengan kejap dan kemas.

“Tak apa… kalau nenek nak dia boleh minta dengan atuk...atuk mesti bagi punya.”selamba saja suaminya menuturkan.

“Nenek nak apa, atuk bagi apa?”tanya Nur Jannah hairan ‘lurus pulak Jannah ni’ detik hati Tengku Farid dia tersenyum penuh makna.

“Nenek nak peluk dan kucupan azimatlah.”mereka berpandangan seketika lalu ketawa bahagia.

“Abang ni.” Nur Jannah berkata sambil melonggarkan pelukkan suaminya. Tengku Farid melepaskan pelukkanya dan mereka bertatapan seketika...

“Kata mama nenda balik Sabtu ni, mereka akan sampai petang.” mereka merujuk kepada Tengku Khalidah dan Ahmad Zulhelmi adik NurJannah yang nombor dua.

“Hmm.. sayang abang pergi kerja dulu ye Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam ...Pandu kereta elok-elok dan jangan lupa baca doa ye.”Nur Jannah melambai suaminya dengan senyuman bahagianya.

============================

                           Seperti yang telah dimaklumkan Tengku Khalidah dan cucunya Zulhelmi tiba di KLIA hampir waktu Asar dari Manchester. Hanya menantu dan cucu-cucunya sahaja yang menjemputnya diLapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Anaknya Tengku Raihana sibuk memasak untuk dibawa kerumah Nur Jannah malam nanti. Dia dan suaminya bercadang sepulangnya bondanya nanti, mereka akan  berkumpul beramai-ramai sambil makan-makan dirumah Nur Jannah dan Tengku Farid. Tidak lupa Tengku Raihana menjemput sekali Tengku Faizal dan Tengku Faridah makan besama.

Hubungan Tengku Raihana dengan Tengku Faizal suami-isteri baik sahaja, walau pun dia tidak jadi menjadi menantu mereka. Mereka tidak mengenang masa yang lalu. Sebenarnya Tengku Faizal suami isteri sememangnya menyayangi Tengku Raihana sejak kecil lagi dan sudah dianaggap anaknya sendiri. Itulah sebabnya bagi mengukuhkan lagi ikatan perasaan itu mereka bercadang untuk dijadikan menantu mereka, tetapi lain pula jadinya. Mereka suami-isteri tidak juga menyalahkan Tengku Raihana kerana tidak memilih anak mereka Tengku Faris Ikhwan sebagai suaminya. Dia tahu sikap ‘playboy’ anak mereka yang menjadi buah mulut orang ketika itu. Mereka juga tahu anaknya sudah berkahwin diluar negara tampa pengetahuan mereka. Mereka menghormati keputusan Tengku Raihana. Tapi bila melihat kebahagiaan keluarga Tengku Raihana mereka rasa terkilan.

Tengku Faizal suami-isteri selalu membayangkan alangkah bahagianya jika anaknya memilih Tengku Raihana sebagai isteri, dan alangkah bahagianya jika anaknya bersikap seperti doktor Razlan yang tidak mementingkan keseronokan dunia sahaja. Dalam hal ini sememangnya anaknyalah yang bersalah.Tengku Raihana seorang yang bijak memilih masa depannya, walau pun masa itu dia masih mentah lagi dari segi usia, tapi dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk untuk dirinya. Bukan hanya melihat pada fizikal dan hartanaya sahaja. Dia tidak memilih  pada  wajah yang kacak, bergaya dan kaya untuk dijadikan suami.  Mungkin dahulu lagi dia sudah menimbangkan jika dia bersetuju dan berkahwin dengan anaknya dia tidak akan bahagia. Betapa bersungguhnya dia menolak Tengku Faris anaknya, jika tidak takkan sampai dua kali dia berkahwin tampa restu dari bondanya.Tengku Faizal suami isteri telah maklum cara hidup anaknya Tengku Faris Ikhwan memang tidak bersesuaian untuk mereka orang Timur. ‘Ohh anak ku dimana silap didikan ku’..keluahan itu selalu bergema dihatinya, setiap kali anaknya menghubungi. Semalam anaknya menghubugi dan kisah sedeh hidupnya diceritakan kepada dua ibu bapanya yang jauh ditanah tumpah darahnya..

 “Hello daddy, mommy apakhabar..lama Ris tak call..”

“Orang sibuk mana nak ingat daddy dan mommy kat sini..Ris apa khabar”. Seperti orangh merajuk sahaja Tengku Faizal melayani panggilan anaknya. Pada Tengku Faizal walaupun anaknya jauh diperantauan dia tidak pernah lupa pada anaknya. Itulah seorang anaknya yang dihgarap menggantikan dirinya kelak..tetapi masih adakah harapan itu..anaknya masih belum puas hidup merantau..walaupun usianya sudah menjangkau angka lima puluh.

“Khabar tak baik lah daddy”.

 ‘Ini mesti kisah rumahtangganya yang bermasaalah’ detik hati Tengkju Faizal.

“Apa yang tak baiknya Ris..cuba cerita dengan daddy”.

“Ris dah bercerai dengan Caterina..dia pergi pada bekas kekasih dia di Kanada..Dia tinggal kan Ris daddy.” sayu sahaja suara anaknya dihujung talian menceritakan hal dirinya.

“Entahlah Ris... daddy tak tahu macam mana nak tolong Ris, rasanya masaalah Ris, Ris yang buat sendiri....dulu dah elok dengan Najwa...Ris tinggalkan dia. Daddy tak tahu wanita yang macam mana yang Ris nak. Daddy tenguk Najwa tu dulu baik, cantik.. sempurna sebangai wanita... tapi Ris pergi pada Caterina..ni sekarang dia pula yang tinggal Ris”. Tengku Faizal sering bertanya didalam benaknya..anaknya yang seorang itu berganti isteri seperti menukar baju..walaupun sudah ada isteri dirumah masih ada lagi kawan wanita yang rapat dan mesra..hendak dinasihati ..aduhai dia lebih bijak menjawab...dan yang paling ditakuti terlalu sangat dinasihati takut dia tidak mahu pulang terus keMalaysia.

“Dulu Ris rasa nak hidup dengan wanita Asia yang sama adat resam dan cara hidup...Najwa berbeza dari kita cara makan lain.. Ingat Ris dulu Ris nak serumah dengan orang Asia..budaya sama masakan pun hamir sama..tapi entahlah dah nasib Ris agaknya.. Ris ni asyik tersalah pilih saja.” Keluh Tengku Faris Ikhwan dihujung talian. Najwa merupakan wanita keturunan Negeria..orangnya cantik, tetapi entah apa yang di pandang oleh anaknya. Caterina pula Cina Singgapore campuran Amerika.

Sebenarnya Tengku Faizal, sangat bersimpati dengan nasib anaknya..Sudah masuk ke angka lima puluh usia anaknya.. tetapi masih tercari-cari suri yang sudi menemani diwaktu susah dan senang. Bila melihat kebahagian Tengku Raihan dan Doktor Muhammad Razlan hatinya jadi cemburu. Tetapi apalah yang hendak diakata anaknya sememangnya tidak pandai menilai yang mana intan permata dan yang mana kaca.

Kebetulan malam itu selepas Magrib kedatangan keluarga Tengku Raihana serentak dengan Tengku Faizal dan Tengku Faridah macam berjanji pula. Nur Jannah dan suaminya menunggu dimuka pintu untuk  bersalaman dan mencium tangan mereka kecuali adik-adik Nur Jannah yang akan mencium tangan mereka.Tengku Khlidah yang memang sudah tidak sabar-sabar ingin melihat cicitnya. Selepas sahaja bersalaman terus sahaja meluru masuk kebilik Nur Jannah. Bila sampai sahaja didalam bilik dia terpandang dua orang bayi di dalam dua katil bayi...Dia menoleh kepintu bilik dimana Nur Jannah mengekorinya tadi..Nur Jannah sudah tercegat berdiri dimuka pintu. Nur Jannah sudah dapat menghidu apa yang ada dalam fikiran nendanya dan apa yang akan terjadi...

“Jannah kamu bersalin kembar ke?” terkedu Nur Jannah dan Tengku Farid mendengar soalan nendanya. Apabila tiada  jawapan dari Nur Jannah mahupun suaminya, Tengku Khalidah sudah tahu jawapannya. Dia keluar dari bilik dan merenung Tengku Faizal, sementara  suami-isteri itu baru hendak mencecahkan punggungnya disofa ruang tamu terpinga-pinga memandang renungan tajam Tengku Khalidah kearah mereka...seakan ada kesalahan yang mereka lakukan.

“Zal ,Ida apa yang cucu you dah buat pada cucu I.” semakin terpinga mereka bila mendengar soalan Tengku Khalidah. Adakah kerana Nur Jannah bersalin tidak cukup bulan dia jadi marah. Mereka terpinga-pinga dan berpandangan antara mereka...mereka tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Tengku Khalidah.

“Nenda jangan marah grandpa mereka tak tahu.., Jannah yang rela, Jannah kasihkan anak abang, perutnya alah dengan susu tin, sedangkan ibunya sudah tak ada air susu, jadi Jannah susukan dia, kasihan dia nenda.” sayu Nur Jannah menerangkan perkara sebenar.

“Jannah dah banyak kali nenda pesan, jangan lembut sangat... nanti orang pijak kepala kita.”

Tinggi suara nenda tanda tidak puas hati, mendengar suaranya nenda sudah meninggi Helmi cucunya menghampiri  dan memeluk bahu nendanya.

“Nenda jangan fikir sangat... nanti nenda kena sakit darah tinggi, sabarlah nenda. Kak Jannah kan dah besar pandailah dia nak selesaikan masaalah dia suami-isteri. Lagi pun betul kata atuk IB hari tu.. biarlah kak Jannah dengan cara dia, kita yang ada sokong sahaja, jika perkara itu baik untuknya. Kalau kita berkeras akan menjadi tekanan pada Kak Jannah pula. Dia rela dengan apa yang dilakukan tentu dia bahagia dengan apa yang dia buat. Nenda.. kita ni jangan fikir perkara tak baik saja, tentu ada hikmahnya semua yang terjadi tapi kita belum nampak kebaikannya.Yang Me nampak dengan adanya anak abang Farid tu, abang Farid senanglah nak balik sini selalu, kakak yang kat sana tu tentu bagi kelonggaran pada abang balik sini sebab kak Jannah dah jagakan anak dia. Yang kedua pula ini satu pengajaran bagi kak Jannah juga, supaya dia jadi wanita yang kuat dan sabar seperti nenda ni dan yang paling penting menjadi seorang manusia yang mengasihani. Untuk abang Farid pula dapat lah dia belajar menjadi suami yang adil dan sabar juga, kalau dia berjaya boleh tambah satu lagi.” terjegil mata nendanya memusing memandang Helmi.

“Tak…tak nenda jangan marah..jangan marah..ingat abang Farid jangan tambah, kalau Me tahu kak Jannah susah hati, kurus kering tak lalu makan Me cari abang.” Helmi memandang abang iparnya seolah-olah memberi amaran kemudian menyambung lagi katanya.

“Tapi apa-apa pun Kak Jannah kalau ada masaalah jumpa counselor nombur satu ..ni.” Helmi menunjuk dirinya sendiri.

“Dan counselor numbor dua ..ni.. jangan lupa tau.”Helmi menunjuk kearah nendanya pula, semua yang ada di ruang tamu berderai ketawa.

“Papa, dapat keputusan SPM nanti kalau Me dapat masuk U Me nak minta course counselling lah,papa”.

“Banyaklah Me punya counselling, mari sini tolong  Mak Mil angkat pinggan susun atas meja. Kenapa Me asyik peluk nenda…nak manjalah tu.” tiba-tiba Ibunya Tengku Raihana keluar dari pintu dapur men- dengar riuh suara Helmi, bercakap itu dan ini. Sekarang Helmilah yang paling rapat dengan Tengku Khalidah dan yang dapat melembutkan hatinya. Dipejabat Helmi menjadi pembantunyan. Sifat Helmi yang lembut tetapi kelakar menyebabkan Tengku Khalidah menyenangi cucunya yang seorang ini. Mendengar apa yang disuarakan oleh cucunya itu, Tengku Khalidah terdiam lalu duduk disofa berdekatan. Dalam fikiranya ada juga kebenaran segala kata-kata Helmi cucunya tadi.

“Abang Me apa nama atuk tadi …yang abang Me sebut.” soal adik nya yang bungsu ZulFadli.

“Atuk Ib..kenapa nampak glamor ke?..sedapkan” jawabnya masih berkepit rapat dengan nendanya.

“Habis kalau nenek Zabedah ..apa nak bagi singkat…nenek Bed” sambung adiknya yang bernama Zulkamal.

“Tak naklah ada pulak bad nenek nicelah… tapi lebih sedap nenek Bedah, dengar macam  klasik sikit.” kata Helmi pula.

‘Nenek Faridah..nak singkat jadi nenek Fed.”sambung Kamal lagi.

“Lagi tak mahu nanti, anak kak Jannah pelat dia panggil nenek fat..nenek tu kalau panggil nenek slim bolehlah..alah panggil grandma lagi best, macam mat sallehlah sikit”.  Sememangnya Tengku Faridah langsing orangnya.

“tadi tu mama pangil Mak Milah, Mak Mil …Mel Gebson lah tu Mil Gebson versi wanita.” sambung ZulKamal.

Mereka tertawa mendengar celoteh anak-anak Tengku Raihana. Tengku Raihana keluar dari dapur sekali lagi  memanggil anaknya yang tidak datang-datang bila di panggil sekali.

“Me apa yang berkepit dengan nenda ..nak bermanjalah tu.”

“Alaah mama ni nak manja dengan nenda sikit pun tak boleh…Me nak manja puas-puas dengan nenda ni sebelum dua adik Me belum ada masa boleh bermanja. Nanti kalau abang balik lagi tak ada chan.”

“Dah…dah sini tolong Mak Mil angkat pinggan susun atas meja.”

“Siapa mama…Meli Gibson mintak tolong ..ok..ok Kamal nak tolong.” berderai tetamu diruang tamu mendengar jawapan dari Zulkamal,ada-ada sahaja anak-anak Tengku Raihana yang periang, menceriakan suasana. Semua orang beransur kemeja makan kerana makanan sudah siap terhidang. Tengku Khalidah masuk kebilik Nur Jannah, dilihatnya NurJannah sedang menyusukan Ariff, dia melihat Nur Jannah membelai-belai rambut Arif yang hitam lebat.

“Jannah..sebetulnya nenda sayang Jannah,nenda sedih ..ini semua salah nenda kalau tak paksa Jannah dulu tentu semua ini tak terjadi pada Jannah, nenda rasa bersalah sangat.” Tengku Khalidah menghampiri cucunya lalu duduk dibirai katil.

“Janganlah macamtu nenda..abang dah memang jodoh Jannah, Jannah redha semuanya dan Jannah tak pernah salahkan nenda..nenda Jannah memang sayang kan Arif Danial ni, Jannah tak fikir apa-apa. Pada Jannah anak abang anak Jannah juga, ni tenguk ni Jannah dah susukan Arif, Arif dah pun jadi anak susuan Jannah. Anak susuan kan sama macam anak sendiri jugakan nenda.” Nur Jannah memandang nendanya kemudian memandang anak yang masih menyusu dipangkuannya. Dia menyambung kata-katanya.

“Nenda.. Jannah minta sangat-sangat dengan nenda janganlah bezakan antara Arif dan Aisyah, dua-dua ni anak Jannah nenda.” Tengku Khalidah rasa sungguh terharu dengan keikhlasan cucunya menerima anak suaminya dengn isteri lain bagaikan tiada rasa terkilan dengan perlakuan suaminya yang menduakan kasihnya.

“Jannah …kamu tak rasa apa-apa ke dimadu.”

“Kalau nenda nak tahu perasaan Jannah.” Nur Jannah menarik nafas seolah mencari kekuatan lalu menyabung katanya.

“Memang Jannah rasa cemburu, sedih dan marah... mana ada perempuan yang rela 100% bila dimadu nenda, itulah yang Jannah rasa masa pertemuan dirumah nenda dulu. Masa Jannah menangis malam tu… bukan kerana nenda marah, tapi Jannah rasa tak terbendung dengan rasa itu..Bila nampak ada perempuan lain memegang lengan abang bila ada perempun lain duduk rapat dengan abang. Kerana itulah nenda, Jannah minta sungguh-sungguh dengan nenda jangan meminta ada pertemuan macam itu lagi. Biar pun Jannah tahu jannah bermadu tertapi kalau Jannah tak nampak Jannah boleh bertahan.” kemudian Nur Jannah menyambung lagi.

“Nenda nak tahu..itulah sebabnya Jannah balik juga malam itu, Jannah nak menangis sendiri tak bagi nenda nampak. Jannah takut kalau nenda nampak nanti nenda susah hati. Berminggu juga Jannah terbayang dan sedeh sendiri. Tapi kalau Jannah tak nampak tak apa Jannah tak membayang apa-apa Jannah tak kisah. Bagi Jannah dalam rumah ni abang adalah suami Jannah dan tak nak ingat apa-apa.” nendanya memegang Nur Jannah dengan pandangan penuh simpati dia berkata.

“Jannah kalau ada apa-apa.. Jannah cakaplah dengan nenda. Jannah sajalah satu-satunya cucu perempuan nenda, ada masaalah jangan simpan sendiri cakap dengan nenda kalau boleh nenda tolong, mesti nenda tolong... kita sedeh sama sedeh, susah sama susah..jangan Jannah sedeh sorang-sorang”.

“Dulu Jannah memanglah takut dengan nenda, tapi sekarang kalau ada apa-apa mesti Jannah mengadu kat nenda sebab sekarang nenda dah lain, muka nenda sekarang ni nampak ceria, nampak macam happy saja”. NurJannah cuba mengubah tajuk perbualan mereka agar nenda ceria semula.

“Sekarang ni memang nenda bahagia Jannah. Nenda tak sangka nenda ada  ramai cucu, ingatkan kita berdua saja kat dunia ni Jannah. Adik-adik Jannah semuanya kelakar termasuk yang kat Manchester tu tak sangka, nenda bahagia sangat sekarang ni.”. Sememangnya cucunya ZulFahmi yang berada diluar negara itu pun sama perangainya dengan adik-adiknya yang disini. Terpancar  wajah bahagia Tengku Khalidah bila menceritakan kisah cucu-cucunya. Ketika itu sikecil Aisyah bergerak-gerak dan merengek hendak menyusu pula.

“Aisyah pula nak susu ya, nanti ibu tepuk abang kejap.” Nur Jannah berbicara seolah-olah anaknya faham apa yang dibicarakan.

“Mari..Nyang tepuk abang ..Aisyah dah lapar susu ya.” Tengku Khalidah menghulur tangan untuk mengambil Arif untuk ditepuk belakangnya.

Tengku Farid yang yang ditugaskan memanggil nendanya terhenti di luar bilik isterinya. Diluar pintu bilik dia terdengar semua cerita Jannah dan nendanya. Dia terharu dengan keiklasan hati isterinya menerima anaknya Arif tampa berbelah bagi kasihnya dan terharu dengan derita perasaan yang disimpanya sendirian. Dia berazam dalam hatinya selepas ini dia akan menjadikan Nur Jannah isteri yang paling bahagia..itulah azamnya dan akan hanya  Nur Jannah isterinya.. InsyaAllah.

“Bang mana nenda kata nak panggil, semua orang tunggu nenda.. nak makan. Me ni lagi tak sabar nak makan.. dah lama Me tak makan masakkan mama tau.” kini Helmi pula mencari nendanya bila ditunggu dimeja makan nendanya tak muncul-muncul, sedangkan dia sudah tidak sabar melihat sahaja hidangan yang sudah siap terhidang. Dia sudah teringin sangat makan masakkan Malaysia, yang sudah hampir dua minggu tidak dirasainya, kerana mengikuti nendanya keluar negera tempuhhari. Asar tadi baru sampai selepas Magrib nendanya sudah tidak sabar-sabar untuk datang kerumah kakaknya Nur Jannah pula.

“Syysst..nenda kat dalam tu.”

“Abang takut nenda ya.” Tengku Khalidah terdengar apa yang dibicarakan oleh cucunya Helmi, Setelah cicitnya Arif sendawa.. Tengku Khalidah meletakkanya dalam katil bayi. Dia keluar dari bilik Nur Jannah.

“Farid takut nenda?” Tengku Farid hanya menundukkan kepalanya. Tengku Khalidah menepuk bahu Tengku Farid..

“Farid jangan takutkan nenda... kamulah satu-satunya cucu menantu lelaki yang nenda ada, nenda minta sungguh-sungguh pada kamu jagalah Jannah baik- baik”.

“InsyaAllah, Farid akan bahagiakan Jannah.. nenda.”

“Jomlah kita makan Farid.” ajak nendanya sambil menuju kemeja makan. Apabila melihat nendanya muncul di depan pintu terus sahaja Helme menghulur tangan untuk memimpin tangan nendanya.

 “Cepatlah nenda Me tak sabar nak makan ni, jomlah bang”.

“Tak apalah Me dan nenda makan dulu, abang nak makan dengan kak Jannah nanti.” sementara semua orang dimeja makan menjamu selera, Tengku Farid menemani isterinya menyusukan anak-anaknya.

“Pergilah abang makan dengan mereka..Jannah nak tidurkan anak-anak kita ni dulu.”

“Tak apalah abang nak makan dengan Jannah nanti.” Tengku Farid masuk kebilik isterinya dan duduk dibirai katil sambil memerhati perlakuan isterinya menyusui anaknya







1 comment: