Masuk
sahaja Syukri dalam hidup Nurizana, hidup nya bertukar dengan warna bahagia. Bahagia
Nuri kerana sudah ada tempat untuk bermanja dan ada teman masa susah dan
gembiranya. Rezekinya juga murah, selepas hari graduation Nuri dipanggil untuk
temuduga disebuah Jabatan kerajaan, Syukri
yang menghantarnya kePutra Jaya. Di akhir tahun Syukri dan Nurizana bersanding
bersama Pak Su Ahmad Lutfi dan pasanganya. Tidak
lama lepas itu dia mendapat jawatan itu dan berkursus di Petaling Jaya.
Selama
hidup bersama Syukri dia sangat bahagia. Mendapat kasih sayang yang tak
berbelah bagi. Syukri dimatanya sempurna sebagai seorang suami dan ketua
keluarga. Tapi mungkinkah Syukri tidak bahagia disampingnya. Itu yang
menyebabkan Syukri mencari bahagia bersama wanita lain, gadis yang pernah
menjadi kekasihnya dulu. Mungkinkah ada
kekurangan pada dirinya, tapi kenapa selama mereka bersama Syukri tidak pernah
menyatakan kekurangan dirinya. Lamunanya
terhenti bila pintu biliknya diketuk dari luar dia tahu nenek busu yang
mengetuknya. Mungkin kerana terlalu lama dia didalam bilik nenek busu
mencarinya. Nuri membuka pintu.
“Ada apa nek”.
“Dah nak Magrib ni jomlah kita
siap-siap, nenek puasa hari ni jom berbuka sama nenek. Nenek minta tolong Nuri
tolong hidangkan lauk atas meja, lemah sangat rasa badan nenek ni, macam budak
baru belajar puasa pula rasa nenek hari ni” he.he. gelak nenek dihujung kata.
Walaupun badannya terasa sangat tidak bermaya namun dia gembira berbukanya
petang itu dia berteman dan dia ada kawan untuk bercerita.
“Ialah nenek dah tak sihat mestilah
lemah, dah tahu tak sihat kenapa nenek puasa”.
“Saja Nuri, nenek dah tua, masa yang
ada pun tinggal sikit lagi, nenek nak cari bekalan masa dalam kubur nanti. Dulu
nenek ada dengar uctaz cakap kalau kita berpuasa dalam bulan Rejab kita akan
lepas dari siksa kubur. Tapi nenek taklah niatkan kesitu, nenek hanya mencari
reda Allah.. Nuri, Lagi pun nenek berhajat kalau nenek mati biar lah nenek sedang berpuasa.”.
Ketika sampai di Kuala Selamgor hari sudah larut petang. Rupanya nenek
busu masih pada kebiasaan dahulu makan malamnya sebelum Magrib.. 630 petang.
Tapi hari ini nenek busu puasa waktu Magrib sudah menghampiri itulah sebabnya
nenek busunya mengetuk pintu mengajak Nuri berbuka sama. Lauknya simple saja…
“Tak tahu Nuri nak datang, nenek masak
lemak pucuk ubi dengan ikan kering gelama saja ni Nuri, kalau kamu nak pedas
pergilah buat sambal belacan sikit. Belacan nenek dah bakar ambil dalam peti
sejuk. Nenek pun dah lama tak buat sambal belacan Nuri, tangan nenek ni dat tak
kuat nak menumbuk cili.”
Mendengar permintaan nenek busunya
Nuri kedapur membuka peti sejuk mencari bahan untuk sambal belacanya. Sudah ada
cili api dan limau kasturi didalam bekas didalam peti sejuk neneknya. Lalu
diambil lima enam biji cili api, belacan yang telah dibakar sebesar ibu jari
lalu ditumbuk, setelah lumat diperahkan dua biji limau kasturi kedalam lesung
batu tadi. Nuri mengaut sambal belacan
didalam lesung batu lalu memasukkan kedalam manggkuk kecil. Mereka duduk dimeja
makan sambil mengadap rezeki yang diuntukkan kepada mereka berdua malam itu
dengan ucapan Syukur Alhamdulillah.
Bila
kedengaran azan Magrib mereka berdua menadah tangan nenek membaca doa berbuka
puasa. Hanya mereka berdua sahaja menjamu selera Magrib itu. Sambil makan
mereka berbual. Nuri cuba menyelami kehidupan orang bermadu. Nenek busu nya
sudah bertahun dimadu oleh suaminya.
Apa yang dia dengar dari arwah umminya
dulu..Nenek Busu sendiri yang pergi meminang seorang wanita untuk isteri muda
suaminya. Sungguh tabah hati nenek busu dihadapanya.
“Bila nenek masak semuanya ni nek?”
“Tengahhari tadi, bila nenek rasa
sihat sikit nenek cepat-cepat masuk dapur takut tak larat bila dah petang”.
“Kita makan berdua saja ke, nenek tak tunggu atuk”.
“Macam nilah Nuri, dia kat rumah yang
lain, rasanya dah tiga hari dia tak jenguk nenek ni”. Walau pun mukanya nampak
biasa sahaja tapi dari getar suaranya ada sebak disitu.
“Ohh..” hanya itu yang keluar dari
mulut Nuri suapanya terhenti. Sebenarnya dia mengharap mendengar lagi sambungan
kisah..’yang sudah tiga hari tidak dijenguk tadi’. Bagai ada telepati nenek
menyambung kisahnya.
Niat
dihati nenek bukan mahu membuka pekung rumahtangganya, tapi bagi nenek busu dia
tidak ada tempat untuk meluahkan rasa, sesekali rasa mahu juga membuang apa
yang berbuku didalam hatinya. Bagi nenek busu bukan tidak mahu dia bercerita
dengan anak-anaknya tapi dia tidak mahu anak-anaknya tidak menghormati ayah
mereka nanti. Jadi jika dia boleh dia mahu menyorok apa yang ada didalam hati
agar anak-anaknya tidak tahu apa yang dipendam selama ini.
“Macam nilah hidup kalau bermadu Nuri.
Atuk dah ada orang lain kat sisi dia, kalau nenek sorang isterinya mungkin dia
mengadap juga nenek ni walau pun dah tua. Nenek pun sedar nenek ni dah tua dah
tak ada apa yang menarik dimata suami.
Agaknya dah berat mata atuk nak pandang muka nenek ni Nuri, itulah nak
menjenguk pun rasa malas. Janji dulu bukan main manis lagi, tapi ialah janji
manusia kan boleh berubah-rubah”. Bersambung juga kata tidak puas hatinya
dihujung kata walaupun pernyataan awalnya dia seakan redza.
“Nenek boleh tak cerita macam mana
atuk boleh kahwin satu lagi, Nuri tenguk nenek dah lahirkan ramai anak untuk
atuk, ada lelaki ada juga perempun semuanya cukup sihat, sempurna dan pandai.
Apa kurangnya nenek sampai atuk cari yang lain.”
“Kita makan cepat-cepat kemudian
solat, malam ni kita ngaji sama-sama nak. Lepas Isyak nanti nenek cerita untuk
pengajaran Nuri”.
Seperti yang dijanjikan malam tu
setelah selesai urusan, mereka berdua duduk diruang tamu. Nenek mula membuka
kisahnya.
“Dengar cerita dulu nenek sendiri
pinang madu nenek tu betul ke nek”. Setelah melihat nenek busunya duduk
dihadapannya, terus sahaja Nuri ketajuk yang ingin diketahui. Malam itu selepas
Isyak mereka bersantai didepan television yang bermuka hitam. Sengaja dua
wanita itu tidak mahu melihat siaran yang ditayangkan di tv.
“Memang neneklah yang pinang madu
nenek tu tapi atuk suruh nenek pinangkan dia, nak tunjuk pada orang keliling
nenek memenag rela dimadu. Tapi nenek tak ada pilihan, hidup nenek bergantung
pada atuk.Hendak tak hendak rela tak rela nenek kena ikut cakap dia. Bukanya
nenek yang rela cari seorang wanita untuk atuk.” Oh berbeza rupanya rela dengan
terpaksa rela.
“Nuri! Dulu masa nenek mula jadi isteri atuk,
hidup kami susah. Atuk hanya ada kebun getah sekangkang kera pemberian arwah
atuk dia. Itulah punca rezeki kami sekeluarga. Melihat kesusahan anak isteri
hanya perkataan SABAR yang atuk ucapkan.
Atuk berusha mencari rezeki bersungguh, kalau tak kekebun atuk akan kelaut
mencari lauk, cari kerang, kalau musim
belangkas malam atuk kelaut lagi. Nenek pula bertanam sayur keliling rumah nak jimat
duit sayur, berikat perut kami anak
beranak mengumpul duit untuk atuk membeli tanah.
….Sedikit demi sedikit kami mengumpul
harta dapat juga atuk beli tanah, kemudian tanam pokok kelapa sawit. Masa kelapa sawit
atuk rancak berbuah masa tu harga sawit tengah tinggi, masa tulah pendapatan
atuk berlipat ganda. Atuk kumpul duit lagi dan beli tanah lagi. Sampai kami
senang dan atuk pun tak payah bersusah payah pergi kekebun. Semuanya upah orang
buat. Bila atuk senang nenek pun tumpang senang. Rupanya bahagia senang dan mewah untuk nenek
sekejap saja.
…Nuri nak tahu, bila orang melihat kesenangan dan kebahagiaan kita ada
pula orang nak menumpang. Tapi nenek tak boleh nak kata apa bila atuk pun suka.
Siapa tak suka kalau dapat isteri yang muda, hampir-hampir usia pak long kamu
Nuri, nenek muda kamu tu hanya tua lima ke enam tahun sahaja dari pak
long kamu Nuri.
…Masa atuk pujuk nenek.. masa tu atuk
belum nikah lagi, atuk janji atuk akan adil dalam memberi kasih sayang pada
kami berdua dan yang paling nenek ingat
atuk janji akan suruh isteri muda dia membantu nenek dengan kerja-kerja rumah
tangga dan menguruskan anak-anak. Itu janji atuk pada nenek supaya nenek rela
dimadu. Nak tunjukkan yang nenek rela dimadu atuk suruh nenek pergi meminang
bakal isteri mudanya. Berkecai rasa hati ni Nuri, tapi apa nak buat kita ni
isteri, kita macam mentimun dengan durian mengelek luka digelek lagilah
parah.” Nuri melihat berkaca mata tua
itu memandang kosong kehadapan. Hebatnya dugaan seorang wanita yang bergelar isteri.
Terbayang
kembali pernyataan suaminya sebulan yang lalu ketika dia menyampaikan khabar
yang dia sudah mempunyai isteri seorang lagi. Bagai mahu pecah gegendang
telinganya. Dia terkedu hingga terlupa semua perkataan. Sehingga sekarang ini
pun dia bagai sudah lupa bagai mana mahu bercerita dan dia juga sudah terlupa
untuk terseyum manis jika dia berhadapan dengan suaminya.
..Sebagai langkah awal untuk
memudahkan atuk menggilir kami sebelum atuk nikah sekali lagi, atuk buatkan
rumah madu nenek dekat saja. Bukan Nuri tak tahu rumah nenek muda kamu tu
bumbung rumah dia pun kita boleh nampak kalau kita buka jendela depan tu kan….
… Nuri! Setelah nenek bermadu nenek
rasa nenek lagi bahagia masa kami susah dulu. Walau pun susah nak dapat makan
yang sedap, susah nak dapat baju cantik, susah dengan keadaan rumah yang sempit
dan buruk tapi nenek bahagia dan gembira,
sebab atuk ada sama-sama mendidik anak, sama-sama menyuapkan anak makan.
Bila nenek sakit dia ada tolong picit dan ambil berat, masa tu nenek rasa sangat disayangi, nenek bahagia Nuri.
…Selepas atuk mempunyai kelebihan
rezeki semuanya senang, senang nak
makan, senang nak pakai apa saja. Boleh katakan nak apa sahaja dapat, tapi
bahagia tu tak ada lagi. Atuk dah jarang-jarang depan mata, sakit pening nenek
dan anak-anak pandai-pandailah cari ubat sendiri dan nenek terpaksa berkorban
rasa.
… Kalau difikirkan nenek tak mampu nak
hadapai Nuri, tapi ialah bila mengenangkan anak-anak tengah nak besar, nak sekaloh, nenek telan semua kepedihan,
pada nenek biarlah nenek menderita
sedikit untuk kepentingan anak-anak…
…
Nenek pesan pada anak-anak supaya belajar rajin-rajin biar jadi pandai
supaya senang dapat kerja, manalah tahu suatu masa nanti atuk buang nenek
bolehlah nenek tumpang rumah mereka. Alhamdullilah mereka anak-anak yang
mendengar kata Nuri. Mungkin diaorang tahu juga kepedihan hati nenek ni.
…Satu baiknya atuk kamu Nuri bab duit
belanja, nenek tak pernah kurang pelajaran anak-anak dia tak pernah abaikan,
nak nak belajar kat mana semua atuk
benarkan, sampaikan busu kamu nak belajar kolej swasta pun dia tanggung, nenek
bersyukur sangat anak-anak nenek berjaya belajar tinggi.”
“oklah atuk adil dengan dua isterinya.
Nenek tak diabaikanya”.
“Adil memang adil, tapi dalam soal
sayang, nenek rasa sayang dia pada nenek dah kurang. Mungkin dia sayang nenek
kerana terpaksa saja. Dia terikat dengan anak-anak, tapi ialah perasaan orang
kita tak boleh nak paksa nenek redha saja, tapi Nuri bila dikenangkan suami
kita tak sayang kita disebabkan dah ada orang lain disisi dia, nenek sedeh
sangat. Kalaulah nenek muda lagi hendak rasanya nenek berpisah dengan atuk.
Bukanya apa kalau kita dah tak ada apa-apa ikatan dia tak sayang tak apa..tapi
bila kita masih isteri dia dia tak sayang rasanya sakit sangat.”
“mana tahu atuk tak sayang nenek atuk masih adil pada giliranya kan”.
“Kalau sayang mesti ada rasa rindu..ni
dah tiga masuk hari keempat atuk tak jenguk nenek, mungkin dia dah tak ingat
lagi kat nenek Nuri. Nuri! adilnya hanya untuk setahun dua saja. Lepas tu
banyak alasan yang dia bagi. Dia meminta kefahaman nenek yang disana anak masih
kecil minta perhatian lebih.
…entahlah Nuri, selepas dimadu dan
sepanjang nyawa dikandung badan nenek harus memahami keadaan atuk saja, macam
ni dah empat hari atuk tak jenguk nenek, walaupun bukan jauh sangat rumah nenek
muda kamu tu,..bumbung rumah diapun kita boleh nampak mungkin sekarang ni atuk
suruh nenek faham yang nenek ni dah tua. Nenek yang sebetulnya faham yang nenek
dah tua tapi nenek tak minta lebih hanya nenek nak perhatian dia saja jenguk
nenek yang dah tak berdaya ni. Nenek fikir sekarang ni nenek selalu demam,
bukannya demam teruk, tapi ialah kalau Allah dah nak jadikan sebab demam sikit
pun dia ambil juga nyawa kita siapalah yang nak bimbing nenek baca SYAHADAH
tepi telinga…
…Sekarang ni pandai-pandai sendiri
nenek mencari bekalan kalau nenek ditakdirkan dalam sakaratulmaut nenek
sendirian. Sebagai persediaan nenek menuju kealam kubur ni Nuri, InsyaAllah kalau nenek larat nenek
selalu mengerjakan solat sunat Awwabbin solat untuk menguatkan iman. Solatnya
enam harakat dengan tiga kali salam.
sedih baca, tapi tak tau nak komen. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
ReplyDeleteKesian pula, sedeh orng nak baca tpi mak teh crita ni crita biasa yg terjadi.Jngn terbuai dng crita bila dah khwin suami kaya atau kacak hnya kita dimatanya. slu seronok kita baca crita orang nak memikat, sdnag dipikat atau yg sma2 terpikat, tpi ni msalah dlm rumahtngga. Hanya nak menyedarkan jngalah cuba berkonsi ksih klu tak ada alasan yang cukup kukuh. Hati permpuan semua sama baik yg petma atau yg kedua. Kta suami mak teh dulu..musuh wanita ialah wnita betul ke?
ReplyDeleteKesian pula, sedeh orng nak baca tpi mak teh crita ni crita biasa yg terjadi.Jngn terbuai dng crita bila dah khwin suami kaya atau kacak hnya kita dimatanya. slu seronok kita baca crita orang nak memikat, sdnag dipikat atau yg sma2 terpikat, tpi ni msalah dlm rumahtngga. Hanya nak menyedarkan jngalah cuba berkonsi ksih klu tak ada alasan yang cukup kukuh. Hati permpuan semua sama baik yg petma atau yg kedua. Kta suami mak teh dulu..musuh wanita ialah wnita betul ke?
ReplyDeletebetullah makteh..musuh wanita adalah wanita sendiri kalau dah bermadu la.. jika dimadukan dgn kawan sendiri lg la x tau apa rasanya
ReplyDeleteMemang ternanti2kan hasil tulisan makteh.... Best ceritanya.... Byk pengajaran yg dpt diambil dan menjadi tauladan....
ReplyDelete