Angin turun bersama ribut,
Melanda segala apa jua,
Kasih ibarat embun di
rumput,
Datang panas keringlah ia.
Pagi itu apabila Nur Jannah hendak
mengejutkan suami untuk solat subuh, terasa tangan suaminya panas, bila ditekap tangannya kedahi
suaminya dahi suaminya memang panas. Ketika itu suaminya sudah mula tersedar.
Dia menggeliatkan bandanya yang terasa sakit-sakit diseluruh badan. Rasaberdenyut-denyut dan berbahang.
“Badan abang panas...abang demam ke??”. NurJannnah bertanya bila melihat
suaminya sudah memebuka mata.
“Ialah Jannah abang rasa nak demam... badan ni rasa tak selesa sangat ni.”
“Abang bangun dulu rihat kejap lepas tu mandi, kalau tak tahan mandi air
sejuk mandi air panas nanti Jannah onkan heater.” Nur Jannah bangun menuju
kebilik air. Tengku Farid pula duduk sambil memeluk kedua lututnya bila angin
kipas menyentuh dirinya dia merasa begitu sejuk sekali.
“Jannah abang rasa sejuk ni.”
“Abang mandi air panas ye...Jannah dah onkan heater tu”.
Semasa suaminya mandi Nur Jannah ke dapur. Dia memasakkan bubur nasi untuk
suaminya.
“Jannah buat apa tu, dah nak buat sarapan
ke?” dia ditegur oleh puan Zubaidah yang baru keluar dari biliknya.
“Tak nek, abang demam.. ni nak masak bubur nanti lepas
solat bolehlah dia makan sebangai alas perut kemudian makan panadol sementara
nak pergi klinik”.
“Biar nenek masakan”.
“Tak apalah nek ni Jannah masak pakai rice cooker nek”.
Nur Jannah memasak bubur menggunakan periuk eletrik
sahaja. Dia ke bilik semula apabila terdengar rengekkan anaknya Arif minta
disusukan, selepas menyusukan Arif, Nur Jannah menyusukan Aisyah pula, ketika
itu suaminya sudah selesai solat subuh. Mungkin kerana badan tidak sihat dia terasa
letih dan tidak bermaya, ingin baring semula.
“Abang bercadang nak panggil Halim-lah
Jannah, nak minta tolong hantarkan abang keklinik, kalau abang terlelap kejut
ye. Abang nak call Halim sebelum pukul lapan...lambat nanti Halim dah pergi
kerja pulak.”
“Baik lah bang ..tidurlah dulu nanti Jannah kejutkan.” ralid suaminya memandang Nur Jannh membelai
anak yang sedang menyusu. Kelihatanya ceria raut wajah isterinya ketika dia
menyusukan anaknya terdetik di hatinya
ingin bertanya, kerana perwatakkan NurJannah dan Diana jauh berbeza pada
pandangan mata Tengku Farid. Diana bagai rimas dengan kehadiran anaknya, ini
terbukti dia tidak mahu tidur bersama anaknya apatah lagi menyusukan. Selama
yang dia nampak, anaknya hanya tidur di bilik ibu mertuanya sahaja. Sedangkan
Nur Jannah pula bagaikan sayang untuk tidur meninggalkan anaknya, lalu dia bersuara..
“Jannah...dari tadi abang tenguk Jannah asyik dengan anak saja, lepas Arif
ni Aisyah pula Jannah tak jemu ke.. letih ke”.
“Entahlah bang ..Jannah rasa seronok pula penggang baby, bau dia Jannah
suka, mungkin pertama kali Jannah pegang budak kecil agaknya. Cuba abang cium..
baunya lain dari yang lain sedap… macam tak puas nak cium saja.” Tengku Farid
mencium anak-anaknya, dengan mata berkaca-kaca, dalam hatinya bersyukur dia di kurniakan
isteri yang penyayang seperti Nur Jannah, masih ada tempat untuk anaknya Arif
menumpang kasih ibu, walaupun bukan kasih ibu kandung. Makin bertambah kasih
sayang Tengku Farid kepada isterinya yang bernama Nur Jannah.
Pagi itu Halim datang seperti yang diminta oleh Tengku Farid. Dia
menghantar sahabatnya ke klinik. Diklinik
setelah di periksa oleh doktor Tengku Farid dinasihatkan agar berehat dengan
betul, dia di beri cuti selama tiga hari, dia demam kerana tak cukup rihat. Dalam kereta
Tengku Farid memberitahu sahabatnya Halim tentang dia dan Diana.
“Lim, aku dah bercerai dengan Diana malam tadi…aku sekarang ni macam tak
boleh nak berfikir”.
“Kenapa sampai kau bercerai Farid.” terkejut Halim mendengar apa yang di sampaikan
oleh sahabatnya itu.
“Entahlah.“ sedeh terbunyi suara Tengku Farid.
“Kenapa kau mengeluh macam berat saja bunyinya.. kau rasa menyesal ke..tapi
kalau kau masih sayang kau boleh rujuk dengan dia.?”
“Sayang ke tak sayang ke, perkara
dah berlaku. Dia yang minta Lim, dia macam dah tak sabar-sabar…tak sempat aku
nak bagi alasan kenapa aku tak call dia dan tak balik, dia dah terjerit-jerit minta di ceraikan.
Dia tak ada langsung rasa nak bertolak ansur dengan aku Lim”.
“Kau masih sayang kat dia Farid?”
“Bukan pasal sayang atau tak, aku cakap ni tapi aku nak kau bagi candangan
bila agaknya boleh aku ke pejabat kadi nak sahkan perceraian aku”.
“Kat mana kau lafaz cerai??”
“Kat kondo aku malam tadi.”
“Ohh..Jadi kau nak suruh aku buat apa?”.
“Sebelum aku kepajabat khadi aku nak minta tolong kau buatkan surat 1. aku
nak buat surat mengatakan yang anak aku dengan dia, tidak boleh di bawa
kerumahnya sampai umur anak aku tu 15 tahun.
“Ehh..lama tu Farid habis macam mana dia nak tenguk anak dia.”
“Aku tak sekejam tu Lim, bukan tak boleh tenguk langsung, dia boleh tenguk
anak dia kat rumah aku..kalau dia nak tenguk bila-bila masa dia boleh datang.”
“Ohh..ok juga macam tu...walau kita suami isteri bergaduh..tapi jangan
pisahkan kasih ibu atau bapa dengan
anaknya, betul tak Farid.”
“ Emm.betullah tu no. 2.Aku nak tukar nama kondo aku tu ke atas nama dia, jadi
bila agaknya boleh aku pergi kepejabat kadi nak sahkan perceraian aku tu...Lim”.
“Betul-betul ke kau nak bercerai ni, lagi satu kalau dia berkeras nak jaga
anak engkau dengan dia macam mana??” Halim
bertanya meminta kepastian, bukan itu sahaja tapi Halim bagai tidak percaya apa
yang didengarnya tadi. Dahulu ketika mereka masih belajar diluar negara mereka
terkenal pasangan yang sungguh ‘loving and carring‘ dan pasangan belangkas yang tidak boleh
dipisahkan oleh rakan-rakan pelajar.
“Bukan nak bercerai, aku sudah bercerai aku dah lafazkan cerai malam tadi
dengan talak tiga.”
“Sekali tiga kau jatuhkan..tak ada harapanlah kau nak rujuk balik Farid”.
“Dia yang minta Lim. Bukan sekali
dia berkali-kali dan terjerit-jerit minta aku jatuhkan talak tiga untuk dia... dan
malam tadi juga dia dah suruh aku bawa anak aku tu sekali. Dia kata kalau dia dah bencikan aku,
anak aku pun dia benci juga, dia kata lagi aku dan anak aku tu menyusahkan dia.”
“Masyaallah kesianya kau..kesianya anak kau kecil-kecil lagi dah jauh dari
mama dia..Farid. “
“Entahlah Lim mungkin dah nasib anak aku macam tu aku kena terima, mungkin
juga ada hikmahnya disebalik semua ini terjadi. Pernah Jannah cakap dengan aku
dulu kadang-kadang yang pahit kita rasa sekarang mungkin ada manisnya
dikemudian hari..tapi kita kena sabar...aku berserah saja pada Allah.” terdengar sayu suara Tengku Farid menuturkan.
“Ialah Farid kau kena banyak bersabar...ini ujian Allah..Kalau ada apa-apa
kau minta tolong cakaplah dengan aku InsyaAllah kalau aku boleh tolong aku
tolong”. Halim turut simpati diatas nasib yang menimpa sahabat dan anaknya.
“Terima kasih Lim..aku memang banyak nak minta tolong pada kau”.
“Tak apa cakaplah.. ini masa kau Farid..Ohh berkenaan cerai tu Farid...yang aku
tahu.. sebaiknya lafaz cerai ni di pejabat kadi tapi kalau kau dah lafaz kat
rumah, baik cepat-cepat pergi kalau terjadi apa-apa nanti kau juga yang
berdosa..berkenaan surat yang kau nak tu, tolong kau drafkan surat macamana
yang kau nak, nanti boleh aku buat kat office hari ini, tapi pasal kondo tu kita
uruskan masa kau dah sihat esok..Diana tetap duduk situkan walau kau dan
ceraikan diakan”.
“Ok.. nanti aku buat, lepas tu kau siapkan surat tu hari ini ye, esok aku
cadang nak ajak Diana pergi pejabat kadi. Aku mintak tolong kau lagi ni...temankan
aku kekondo aku sekarang ni, aku nak ambil barang-barang aku dan nak serahkan
kunci kondo ni sekali, ada apa-apa hal susah pulak aku, satu lagi Lim tolong
rahsiakan dulu perkara ini dari sesiapa pun walaupun dengan Jannah dan datuk aku ye”.
“Farid..kenapa kau tak mahu diaorang tahu?”
“Nantilah pada waktu yang sesuai aku akan bagi tahu..sekarang ni aku tak
bersedia lagi nak menjawab soalan yang akan keluar dari mulut diaorang nanti.”
Bertemankan Halim, Tengku
Farid ke kondonya. Sampai sahaja di depan pintu Tengku Farid membuka pintu kondonya
dan memberi salam tetapi dia tidak masuk, lama juga mereka menunggu Diana tidak
muncul-muncul di depan pintu. Hingga berkali-kali Tengku Farid memberi salam, barulah bekas ibu mertuanya
muncul dari dalam biliknya dan menuju keruang tamu..
“Haa.. lu nak apa?” pelat Cina kedengaran bila dia menyapa, bengis sahaja
wajahnya.
“Mommy izinkan saya masuk, nak ambil barang-barang saya dan nak berbincang
dengan Diana.” Mommy Diana berlalu masuk ke bilik anaknya, tidak lama kemudian
Diana muncul dengan muka baru bangun tidurnya.
‘Macamanalah boleh aku jatuh
cinta dengan dia ni dulu, kalau muka dia tak bermake-up nampak macam orang lain
juga tak cantik manapun.. malah cantik lagi hantu dalam hutan, hai kau pernah
nampak hantu dalam hutan ke Farid oii.’ Tengku Farid berkata-kata dalam hatinya. Dia
tersenyum dengan kelakarnya sendiri sambil
memandang Diana.
“You nak bincang apa, kalau kata nak balik hidup macam dulu dengan I sorry.”
sombong Diana menutur kan seandainya bekas suaminya ingin rujuk kembali
padanya.
“Tak I tak terfikir pun macam tu....sebelum you kembali semula bekerja baik
kita selesaikan masaalah kita di pejabat kadi, kalau you dah kerja nanti susah
nak ambil cuti, jadi I candangkan esok
kita ke pejabat kadi mengesahkan perceraian kita, you call I bila you dah siap.”
“Ok I tak kisah, I akan call you bila I dah siap esok.” setuju Diana tampa
banyak soal.
“Hari ni I nak mintak izin you masuk bilik, I nak ambil barang-barang I dan
you tolong siapkan barang-barang Ariff I
nak ambil hari ini juga, you tak kisah kan kalau Halim masuk tolong I kemas
barang I dalam bilik you.”
“Ok I tak kisah masuklah.” Tengku Farid di bantu Halim megemaskan baju dan
barangnya. Setelah selesai mereka keluar, di lihat di ruang tamu juga sudah
tersedia barang-barang kepunyaan Ariff di dalam sebuah beg plastik. Diana dan mommynya
duduk di sofa ruang tamu dengan wajah yang tak berperasaan sambil duduk berpeluk
tubuh.
“Sebelum I pergi, I nak minta maaf jika ada kesalahan I dengan you semasa
kita jadi suami isteri. Mommy saya juga minta maaf sekiran saya ada menyinggung
perasaan mommy sepanjang saya menjadi menantu dan ini saya serahkan kunci rumah yang ada pada saya.”
sambil Tengku Farid memandang kepada bekas ibu mertuanya kemudian dan meletakkan
kunci rumah di atas meja kopi di hadapan Diana.. pandangan matanya terarah
kepadanya lama.
“Baiklah.” sepatah yang terkeluar dari mulut bekas ibu mertuanya dengan
wajah masam memuncung dan Diana pula selamba bagai orang tak pernah mesra
antara satu sama lain, dia enggan memandang wajah bekas suaminya walaupun bekas
suaminya memandangnya lama.
Baik sangat Tengku Farid.Bini macam tu pun nak bagi macam-macam . Sangat menarik ceriter ni.
ReplyDelete