Sudah
tiga bulan pemergian Tengku Faris ke Rahmatullah. Tengku Faizal bercadang mahu
membahagikan harta peninggalan Tengku Faris.
Walaupun tidak banyak mana harta dan wang simpanan yang Tengku Faris
ada. Lagi pun bilik tidur Tengku Faris tidak berusik sejak di pergi lagi. Dia
mahu bilik itu dikemasi dan barang-barang Tengku Fairs yang ada mahu
disedekahkan kepada yang sudi menerimanya. Dia sudah berbincang dengan cucu dan
isterinya tentang hasrat hatinya. Pada mulanya dia mendapat tentangan diri sang
isteri yang mahu bilik anaknya tidak diusik.
“Idah
abang cadangkan kita kemaslah apa yang ada dalam bilik Faris tu, carilah kalau
ada apa-apa harta Faris..kemudian mana yang patut kita sedekahkan kita
sedekahkan dan mana yang patut diberi pada Farid dan Hidayah kita bahagilah
dengan adil”.
“Bang
kalau kita biarkan sahaja bilik Faris tu tak boleh ke. Tiap-tiap hari Ida minta
tolong bibik lab habuknya. Dah bersih bilik dia tu bang”.
“Idaa..
nak sampai bila Ida tak redha Faris pergi. Sepatutnya bukan macam ni cara Ida
mengingati Faris..kita sebagai ibu bapa boleh sahaja menyedekahkan Yassin dan
Al Fatihah untuk arwah anak kita.. cara itulah yang sepatutnya kita menginati
dia. Semoga apa yang kita baca akan menjadi cahaya didalam kuburnya..kita pun
dapat pahala juga Ida”. Lembut sahaja Tengku Faizal mengingatkan isterinya,
pada isteri yan masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak tunggal mereka
sudah tiga bulan lebih meningggalkan mereka.
“Bukan
Idah tak redha Faris pergi, tapi Ida tak sampai hati nak usik bilik dia. Ida
tak sampai hati nak buang barang-barang Faris bang”.
“Jangan
dibuang barang-barang dia, baju dan seluar dia yang masih elok kita
sedekahkanlah. Moga-moga sedekah tu memberi menefaat pada Faris Idah. Pada kita
biarkan barang dia tu tak jadi apa.. reput begitu sahaja, kan baik kita
sedekahkan pada orang lain..cuba Ida fikir apa yang abang cakap ni”.
Derma
atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan
menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan
seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
“Ialah
bang, ikut suka abang lah..semoga Faris dapat ganjaran dengan apa yang kita
buat”. Akhirnya Tengku Faridah bersetuju bila mendengar kata-kata nasihat dari
suaminya.
“Esok
abang bincang dengan Farid. Biar dia tolong kita kemaskan bilik papa dia”.
“Abang
jangan lupa ajak Hidayah sekali ye. Abang tak tenguk-tengukkan ke kelakuan
Hidayah tu sejak kita bagi dia air jampi, dah baik agaknya budak tu. Mungkin
dia dah tak takut kan Ida lagi..cubalah ajak dia datang sini ye bang”. Tidak
ketinggalan Nur Hidayah juga dipelawa untuk mendengar pembahagian harta arwah
suami merangkap bapa biologinya.
“Sabarlah
Da bagi dia masa, ni baru bagi minum sebotol kecil entah dah habis ke belum air
tu. Abang tenguk ada sahaja air tu atas meja dia..”.
“Ehh
abang tak suruh dia minum..kalau tak di minum bila nak baiknya takut dia tu.
Baang..suruhlah dia minum. Ida nak sangat jumpa dia teringin Ida nak makan
masakkan dia baang”.
“Memang
abang dah suruh..tapi Hidayah ni kan puasa memanjang.. esoklah abang suruh dia bawa balik air tu,
suruh dia minum waktu berbuka..”.
Pembersihan
dan pengemasan dibilik arwah Tengku Faris dikediaman Tengku Faizal berjalan
dengan lancar. Biar pun dengan ketiadaan Nur Hidayah. Tetapi jelas kelihatan
wajah kecewa Tengku Faridah yang mengharapkan kemunculan cucu perempuanya itu.
“Manalah
Hidayah tak datang-datang ni bang. Farid! Farid dah bagi tahu tak, kat adik
Farid tu suruh datang sini hari”.
“Dah
nek..tapi dia kata In Syaa Allah ertinya dia tak janji boleh datang. Masa Farid
ajak tu dia kata dia dah janji nak jumpa kawan dia hari ni, kalau jumpanya tak
sampai kepetang dia akan datanglah. Dahlah nek tak payah nak ingatkan sangat
Hidayah tu nek. Kalau sempat nanti sampai lah dia”. Tengku Farid teringat
kata-kata adiknya.
“Hidayah..atuk nak kemaskan bilik papa. Nenek nak abang dan
Dayah datang tolong kemas. Kita kemas sama-sama ye”.
“Bila
abang Farid”.
“Sabtu
ni..datang rumah atuk atau Hidayah nak abang jemput Dayah kat Cheras kita
datang sama-sama. Kalau nak lagi senang Hidayah tidur rumah abang sahaja malam
ni esok kita pergi pagi-pagi nak”.
“Dayah
tak boleh tidur rumah abang Farid sebab hari Sabtu tu Dayah nak pergi jumpa
kawan.. In Syaa Allah kalau sempat Dayah datang, Dayah datanglah.. ”.
“Hai
dah ada kawan ke, tak pernah abang tahu pun Hidayah ada kawan rapat selain dari
Fatihah”.
“Entahlah..
boleh ke dianggap dia ni kawan..dia ni lelaki.” Keluh Hidayah.
“Lelaki??..abang
kenal ke? Kenapa mengeluh pula”
“Abang
Farid tak kenal kot..dia ni Dayah kenal masa Dayah duduk lokap dulu.. Inspektor
yang in charge kes arwah papa.”
“Kenapa
dia nak jumpa you..Kes papa tak selesai lagi ke? Dengarnya penjahat yang pukul
papa tu dah kena tangkap dan dah disumbat dalam penjara”.
“Dah
tak ada kena mengena dengan kes papa dah..tapi Dayah ada hutang duit dengan
dia..Ni Dayah jumpa dia nak bayar hutang Dayahlah”.
“Berapa
banyak you hutang kat dia??”. Terkejut Tengku Farid mendengar kenyataan adiknya
yang sudah panadai berhutang.
“Tak
lah banyak RM50.00 sahaja.”
“Ohhh
ingatkan sampai berpuluh ribu..”
“Nak
buat apa sampai berpuluh ribu..Dayah hutang dia pun sebab tak ada duit nak
bayar tambang teksi masa tu. Tapi hutang ni tetap hutang walaupun hanya 1 sen.
Kalau dah namanya hutang wajib DIBAYAR. Jangan sampai kerana hutang yang tak
seberapa kita merangkak mencari orang yang kita hutang dipadang Mahsyar nanti.
Padang Mahsyar ni bukan seluas Kuala Lumpur ni..tak tahu nak gambarkan macam
mana luasnya padang Mahsyar…”
Menurut Imam Ghazali, padang Mahsyar itu suatu
dataran bumi yang luas, saujana mata memandang tidak dapat dihitung dengan ilmu
manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok
kayu untuk dijadikan tempat berteduh.
“You
berjalan pergi mana sampai tak bawa beg duit. Atau terlupa bawa.”.
“Masa hari Dayah dibebaskan dari lokap, Dayah
nak balik..baru ingat Dayah tak bawa beg duit Dayah. Tapi kan yang sebetulnya
hutang kita dengan Allah senang kita nak bayar abang Farid. Hutang puasa dan
hutang solat kalau kita tunai kan dengan hati yang ikhlas dan khusuk dah
terbayarlah..tapi kalau hutang dengan manusia selagi mereka tak halalkah hak
mereka, selama itulah segala amalan kita tergantung ditengah langit tak sampai
pada Allah”. Itu cerita hari Khamis ketika dia mengajak Nur Hidayah turut sama
berkemas bilik arwah papa mereka.
sabda
Rasulullah SAW: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid,
kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38).
“Jiwa
seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.”
(HR. At Tirmidzi)
“Ia
Ida..abang pun ada juga cakap dengan dia. Mungkin adalah kerjanya tu. Jangan
harapkan sangat dia datang Ida.”.
“Agaknya
Hidayah dah tak nak jumpa Ida lagi bang”. Air mata Tengku Faridah mula
bergenang ditubir mata. Melihat kesedihan isterinya Tengku Faizal datang
menghampiri untuk meminjamkan bahunya. Dia juga merasa kasihan kepada sang
isteri yang selama mereka hidup serumah isterinya merupakan seorang wanita yang
lemah lembut dan baik orangnya. Tetapi terduga seperti itu. Sememangnya dugaan
Allah ada bermacam bentuk.
“Dah
lah Ida..biar dulu Hidayah tu, nanti dia oklah tu..jangan paksa kalau dia masih
tak mampu nak jumpa Ida. Abang tahu dia tak benci Ida.”.
“Ialah
ini memang semuanya salah Ida. Kesian Hidayah masuk lokap sebab cakap-cakap
Idah yang tak berfikir, itu sebabnya dia takutkan Ida..tak apalah bang Ida akan
bersabar sampai hilang rasa takutnya dengan Ida”. Ketika itu mereka bertiga
berada di dalam bilik arwah Tengku Faris. Manakala Nur Jannah dan anak-anaknya
didapur bersama bibik menyediakan makanan untuk mereka makan tenghhari
tengahhari itu.
Yang
sebenar Tengku Faridah baru sahaja memasukki ruang rumahnya. Tadi dia melihat
seakan ada terpandang kereta KELISA milik Nur Hidayah diluar pagar
rumahnya. Dia berkejar keluar pagar bila
sampai diluar, kereta itu sudah hilang
di hujung jalan. Rupanya hampa lagi harapan Tengku Faridah yang menantikan
kunjungan Nur Hidayah.
==========
Hari
Isnin itu tiba dipejabatnya terus sahaja Tengku Farid menemui Nur Fatihah PAnya
yang sedang tekun menaip sesuatu di computer mejanya.
“Asalamualaikum
Fatihah..Hidayah kerja tak hari ni”.
“Walaikumsalam..ada
bos, dalam bilik dia..”
“Ok
thank..Saya nak masuk bilik dia sekejap”. Sampai didepan pintu bilik Nur
Hidayah terus sahaja Tengku Farid membuka pintu dan memberi salam. Dilihat Nur
Hidayah sedang menyemak fail.
“Assalamualaikum
Hidayah! boleh abang masuk”.
“Walaikumsalam..Masuklah
bos..pagi lagi dah jumpa Dayah ada masaalah ke”.
“Kenapa
hari Sabtu hari tu Hidayah tak datang rumah atuk..lama sangat ke jumpa kawan
Dayah tu..Yang sebetulnya abang bimbang betul..takut dia apa-apakan Dayah”.
“Tak
lah lama sangat abang Farid..Inspektor Azam tu datang dengan emak ayahnya.
Kebetulan emak ayahnya turun dari Temerloh melawat dia. Dia ajak Dayah makan
sekali dengan mereka”.
“Wahh
dah makan sekeluarga. Kalau dah sampai ke emak ayah sekali datang, abang rasa
macam ada cerita lain pula ni”.
“Ehh
cerita apa pula bang ni.”
“Manalah
tahu Inspektor tu dah berkenan dengan you, itu yang ajak mak-ayahnya datang
sama..sambil-sambil tu boleh dia menilai you boleh ke you jadi isteri anaknya”.
“apa
pula macam tu bang.. Dah sahlah tak boleh, kan Dayah ni bekas banduan..bekas
pesalah yang dah dituduh..mesti lah orang cakap kalau tak ada angin takkan
pokok bergoyang..kalau dah pernah kena tuduh mestilah ada sikit-sikit sifat
jahat dalam diri Dayah. Siang-siang hari dah tahu Dayah ni memang tak sesuai jadi
menantu.. Abang Farid ni suka lah berangan yang tidak-tidak...ehh abang Farid
cari Dayah pagi-pagi ni nak apa sebetulnya”. Nur Hidayah melencongkan cerita
abangnya. Dia sebenarnya tidak pernah memikir untuk mencari teman hidup untuk
dirinya.
“Abang
nak tenguk keadaan Dayah yang sampai tak datang kerumah atuk tolongn abang
kemas bilik arwah papa. Penat abang buat sorang tau. Abang tak sangka adik abang ni rupanya suka mengelat bab kemas
mengemas..”.Bila mendengar kata-kata abangnya rasa bersalah menyelubungi
dirinya..biar pun dia tahu Tengju Farid hanya bergurau sahaja.
“Abang
Farid..Yang sebetulnya balik dari jumpa Inspektor Azam tu, Dayah datang rumah
atuk..dah sampai pintu pagar pun..tapi Dayah tak mampu nak masuk rumah..maafkan
Dayah ye bang… Dalaman diri Dayah ni lembek sangat bila bersangkutan dengan
arwah papa..Dayah dah cuba bang, tapi Dayah tak mampu”. Yang sebenarnya Nur
Hidayah memendam rasa apa-apa berkenaan arwah Tengku Faris. Dia tidak menangis
ketika diberi tahu Tengku Faris sudah meninggal. Dia juga tidak pernah mahu
bertanya berkaitan Tengku Faris selepas Tengku Faris meninggal dunia. Tengku
Farid memandang wajah adiknya yang berubah dari ceria menjadi mendung. Kasihan
pula Tengku Farid melihat keadaan adiknya.
“Tak
apalah..you cubalah perlahan-lahan hilangkan rasa takut you tu. Ehh air yang
atuk buat untuk Hidayah tu dah habis diminum ke belum?”.Untuk tidak
memanjangkan cerita bab berkemas, Tengku Farid bertanya tentang air jampi pula…
“Dayah
tak sempat nak minum abang Farid..ni haaa. Atuk ada suruh bawa balik hari
Jumaat hari tu tapi Dayah lupa pula”.
“Emmm
kalau tak diminum macam mana nak baik. Hidayah minumlah kesian nenek kita, dia
harapkan Dayah cepat baik..dia rindu sangat kat Dayah..minumlah ye”. Untuk
menyenangkan hati abang nya dan untuk menunjukkan kesungguhannya Nur Hidayah
membuka penutup botol. Dengan bacaan Bismillah doa makan dan selawat keatas
Nabi tiga kali dia meneguk air jampi dihadapan abangnya.
“Ehh
you tak puasa hari ni”.
“Abang
punya pasal Dayah berbuka”.
“Haa..Lain
kali jangan buat lagi ye, lebih kan Allah dulu dari abang ye Dayah..abang rasa
bersalah kalau Dayah buat macam ni”.
“Iss
abang ni Dayah gurau pun tak boleh Dayah memang tak puasa hari ni”.
“Adik
abang ni dah pandai dia tipu-tipu abang”.
“Siapa
lagi yang taolong abang kemas bilik papa semalam”.
“Atuik
dengan nenek sahaja..nenek tak suka orang lain masuk bilik arwah papa tu. Kalau
ada pun bibik yang setiap hari menyapu habuk. Tapi semua kain baju papa nenek
dan atuk dah sedekahkan pada orang. Tapi atuk serahkan pada abang Ramlee kalau dia nak dia boleh
ambil kalau dia tak mahu atuk kata bagi pada orang.. Abang ada juga ambil
sehelai baju dan kain pelikat dia. Ini untuk Hidayah.” sebuah jam tangan ROLEX
lelaki milik Tengku Faris.
“Jam
ni abang dah potong talinya meh sini abang pakai kan”. Tengku Farid mencapai
tangan adiknya untuk dipakaikan jam arwah papa mereka ketangan Nur Hidayah.
“Hmm
muat pun longgar sikit boleh lah.”
“Ehh
kenapa pula bagi Dayah..”.
“Ini
papa yang pesan. Hari Jumaat dua minggu sebelum dia meniggal dia pesan dengan
abang dan atuk dalam kereta. Masa tu
kita orang nak pergi solat Jumaat. Dia kata…Jam Dayah jam tak ada jenama dia
suruh bagi jam Rolex ni kebetulan dia pakai jam ni waktu tu..tapi selalunya dia
pakai jam ni kan”. Tengku Farid
menunjukkan jam yang sedang dipakainya yang berjenama BREITLING.
“Atau
Dayah nak yang ni.. rugged sikit”..
“Ehh
tak payah..tak payah yang ni pun dah cukup cantik”.
“Dan
ni papa bagi you beg duit dia..dia pesan pada abang bagi beg duit dia pada you.
Dia pernah tenguk beg duit you yang dah lama tu..tapi beg duit lama you jangan
buang simpan buat kenangan itu kan mama you yang bagi. Dan ini kenangan dari
papa pula.”.
“Nur
Hidayah mengeluarkan isi beg duit Tengku Faris. Ada sekeping kad kredit dan
sedikit duit mungkin dalam jumlah tiga atau empat ribu ringgit lalu ditolak
kehadapan abangnya.
“Abang
ambillah..Dayah nak beg duitnya sahaja isinya Dayah tak nak”.
“Janganlah
macam tu..kad kredit ni pun bukan banyak isinya hanya lebih kurang sepuluh ribu
sahaja isinya. Papa kita bukan mengumpul harta masa kat luar Negara..Mungkin
you pun maklum macam mana kehidupan papa sebelum dia balik sini dan jumpa
dengan you kan”.
“Dayah
tak nak mempertikaikan kehidupan papa sebelum Dayah mengenali dia bang. Tapi
sungguh-sungguh Dayah tak mahu kad dan duit
ni cukuplah hanya beg duit ni sahaja sebagai kenangan Dayah pada papa”.
“Ok
kalau dayah tak nak kad kredit ni, Dayah
ambil ni (Tengku Farid menolak sejuuml;ah wanag yang terdapat didalam beg duit
papanya tadi)..Ini gaji akhir papa…ambillah sebagai tanggung jawab terakhir
papa pada Dayah..Ambillah ”. Tangan Tengku Farid bertahan kerana tangan Nur
Hidayah juga cuba menolak semula duit yang ditolak kepadanya. Mendengar suara
sayu abangnya..akhirnya diambil juga duit gaji terakhir arwah Tengku Faris..
Kemudian
Tengku Farid menunduk mengambil sebuah beg plastic dihujung kakinya, lalu
dihulur kehadapan adiknya. Beg plastik yang mengadungi dua helai kemeja
kotak-kotak dan sehelai kain pelikat milik Tengku Faris.
“Yang
ni nenek suruh bagi kat Dayah”. Nur Hidayah menjenguk kedalam beg plastic untuk
mengetahui apakah isi kandunganya..
“Kenapa
bagi baju papa kat Dayah”.
“Tak
apa pakai kat rumah ye supaya arwah papa dapat pahala. Nenek kata baju ni nak
bagi kat orang macam tak sesuai pula, sebab baju ni baju lama. Baju masa papa
masih muda tenguklah, fesyennya pun fesyen orang dulukan.. kotak-kotak”.
“Fesyen
ni dah kelaur balik dah bang..abang sahaja yang tak mengikuti fesyen terkini.
Abang Farid lah yang pakai..”.
‘Emm
tak payah lah Hidayah, abang dah tak teringin nak bergaya sekarang ni. Waktu
abang nak bergaya dah berlalu. Sekarang nia yang abang nak jaga anak bini abang
sahaja. Nak didik anak-anak abang dengan ilmu dunia dan akhirat Dayah. Ha kain
pelikat tu nenek kata kain pelikat yang atuk bagi masa dia mula berubah dan
ingat nak solat, itu berkat dia berkenalan dengan you”.
“Kenapa
bagi Dayah kain pelikat papa, kan lebih baik bagi pada orang yang boleh gunakan
kain ni.”.
“Ambillah sebagai kenangan. Nenek kata kalau you
rindukan papa you boleh selimut dengan kain papa ni.”. Perlahan sahaja
pergerakkan tangan Nur Hidayah mencapai kain pelikat. Bila kain itu sudah
ditanganya kain itu ditekup kemukanya kedengaran bisikkan perlahan seolah-olah
berkata-kata dengan dirinya sendiri..
‘Ya
Allah rindunya Dayah dengan papa’ Badannya sudah bergoyang sedikit rupanya Nur
Hidayah menahan tangisnya. Lama kelamaan makin kuat badanya bergoncang. Tengku
Farid menghampiri adiknya dan menepuk-nepuk belakang adiknya perlahan.
“Dah
lah Dayah.. papa pergi sesudah dia bertaubat..doakan sahaja Allah menerima
taubat papa kita Dayah”. Bila agak reda tangisan..
"Sorry
abang Farid terpaksa tenguk Dayah menangis pula"
"Yang
sebetulnya elok you menangis lepas kan apa yang ada kat hati you tu..kalau
simpan pun tak bagus juga untuk kesihatan. Hidayah kalau you ada apa-apa yang
you rasa tak dapat nak tanggung sorang ceritalah dengan abang. Ingat you masih
ada abang".
"Ialah..terima
kasih abang Farid..kerana terima Dayah dalam kehidupan abang". Lama Tengku
Farid di bilik adiknya. Mereka berbual tentang kisah masing-masing.
"Oklah
Hidayah lama betul abang kat bilik you ni".
Keluar sahaja Tengku Farid dari
biliknya, Nur Hidayah menyambung kerjanya. Bila waktu menghampiri waktu makan
tengahari Nur Hidayah mula mengeluarkan duit yang diberikan kepadanya tadi. Dia
mula mengira not berwarna ungu sekeping-sekeping. Itulah duit gaji terakhir
Tengku Faris. Habis mengira jarinya mula mengendang meja matanya terkelip-kelip
lagaknya seperti orang yang sedang memikir masaalah negara. Kemudian dia
mencapai telefon bimbitnya. Dia menghubungi seseorang....
baru dayah nak menangisi permergian tengku faris...kesian
ReplyDelete