Apa guna berpakaian batik,
Kalau bajunya bercorak hitam;
Apa guna berbini cantik,
Kalau hati tidak tenteram.
Tidak
sabar-sabar Amirah menanti kedatangan hari raya korban atau hariraya Aidil Adha kali ini. Ini kerana dia
dijanjikan mendapat cuti pada hari raya pertama. Rasa tidak sabar-sabar
menyambut hariraya bersama anak kesayanganya. Buah hati pengarang jantung Amirah sekarang
ini sudah pandai berjalan kata ibunya tempuh hari. Sudah tergambar dimatanya
mereka berdua menggayakan baju kurung sedondon dengan anaknya dipagi raya nanti.
Sehari sebelum hari raya dia pulang
kekampung dengan rasa sungguh gembira. Tidak rasa mengatuk atau jemu dengan
perjalanan jauhnya, disertai himpitan manusia yang sama sepertinya mahu pulang
bercuti. Dia baru sahaja pulang dari syift malamnya hari itu.
Ketika dia sampai lewat tengahari itu, keluarganya sedang sibuk menyiapkan juadah yang akan menjamu mereka sekeluarga
dan tetamu mereka esok. Ibunya sedang sibuk memasukkan beras pulut kedalam buluh lemang yang telah dimasukkan
daun pisang terlebih dahulu. Adnan dan Aizat sedang membantu ayanhnya membuat bara
api untuk membakar lemang. Amran adik bungsunya pula sedang mengelek anak dara
kecilnya AinNur Syifa. Atirah pula sendang meracik serai untuk masak rendang
mereka. Sudah terbayang kemeriahanya,
mereka sekeluarga bergotong royong memasak untuk menu hariraya mereka esok.
Suasana itu akan terbayang dimata jika mereka berjauhan kelak. Itulah pengalaman
Amirah ketika dia tidak dapat pulang di hari raya puasa tempuh hari.
Bagi
Loqman pula hari raya korban kali ini dia bertekad untuk berhari raya bersama
keluarganya di Port Dockison. Dia ingin meminta ampun dan maaf dari mama dan
papanya. Dia akan mengaku segala kesilapanya.. sesungguh nya memang itu
kesilapannya dan semuanya adalah kesalahanya. Dia menyuarakan hasrat hatinya
kepada isterinya.
“Liza.. abang rasa Hari Raya Haji ni kita balik Port
Dickson ye, dah lama sangat abang tak balik jenguk papa dan mama..rasanya dah hampir
setahun lebih abang tak balik.”
“Abang tak ingat lagi ke.. masa kita lepas
nikah dulu tu mama halau kita…dia tak suka Liza.”
“Itu dulu, waktu mama tengah marah..kita
balik ni masa hari raya takkan mama nak marah lagi..lagi pun perkara tu dah
lama, mama pun dah lupa agaknya.”
“Liza tak akan lupa macam mana mama buat
kita dulu walaupun perkara tu dah lama..tapi Liza rasa macam baru semalam
sahaja perkara tu berlaku..Kalau abang nak balik, abang baliklah sendiri..Liza
tak mahu nak tanggung risiko kena halau lagi.” Itulah sikap Liza. Dia bukan
orang yang mudah memaafkan. Dia juga seorang yang suka
berprasangka buruk.
“InsyaAlllah mama tak buat macam tu
lagi..lagi pun Lizakan tengah mengandung takkan dia nak buat macam tu. Liza nak
tahu mama bukan garang sangat orangnya, dia kalau marah sekejap saja..kalau
kita buat tak tahu apa yang dia cakap, dia akan cepat melupakan...kita minta maaflah
dengan mama dan papa tentu mereka maafkan kita.” Loqman memujuk isterinya.
“Untuk apa Liza minta maaf, Liza tak buat salah
dengan mereka, Dia yang bersalah pada Liza.. hina Liza abang tak ingat ke...Kalau
abang nak balik PD baliklah sendiri, Liza tak kisah..tapi Liza tak akan ikut
abang. Terus terang Liza katakan .. Liza tak boleh nak lupakan apa yang mama abang kata pada Liza..hati Liza
masih terasa dengan kata-kata mama abang tu tau”.
“Dia kan mak mertua Liza, apa salahnya maafkanlah dia..
masa tu dia tengah marah tentulah kata-kata nya tak terkawal..maafkan lah mama
abang..lagipun tak kemana kalau Liza tak nak melupakan perkara yang dah terjadi”.
“Tak semudah tu bang..bagi Liza selagi mama abang
tak datang minta maaf pada Liza, selagi tulah Liza tak boleh nak pijak rumah
dia”.
“Sepatutnya kitalah yang minta maaf sebab kita ni
orang muda.. Bukankah orang muda yang sepatutnya minta maaf pada orang yang
lebih tua dari kita.. lagi pun kita kan anak...takkan seorang ibu yang
nak mita maaf pada anak Liza.”
“Itu Liza tak peduli, yang salah tetap salah...
hati Liza ni masih sakit lagi dengan apa yang dah diperkatakanya pada Liza dulu..selagi
dia tak datang minta maaf pada Liza selagi tulah Liza tak boleh nak maafkan dia.”
Sambil menepuk-nepuk dadanya Liza megambarkan kesakitan hatinya. Loqman
mengeluh lagi dengan sikap isterinya yang tidak mahu bertolak ansur..tidak mahu
menundukkan sedikit egonya untuk sebuah kemaafan.
“Habis sampai bila kita nak macam ni..sampai bila
abang tak dapat jenguk keluarga abang ..dia papa dan mama abang, orang yang
melahirkan dan memelihara abang selama ni. Lembutkan lah sikit hati Liza tu..mereka
tu keluarga abang.”
“Biarlah sampai bila-bilalah..tak ada maknanya Liza
nak lembut hati dengan papa dan mama abang tu...hati Liza ni masih sakit tau
bang dengar cakap-cakap dia tu dulu.” Liza tidak memandang suaminya yang
berwajah sedeh. Sungguh pedih hatinya mendengar kata-kata isterinya.
“ Kalau macam tu abang balik PD sendirinlah..” Bila dilihat isterinya tetap dengan pendirianya Loqman meninggikan sedikit suaranya untuk cuba bertegas. Tetapi ketegasan tidak sedikit pun mengetarkan hati isterinya.Malah isterinya makin mengeras dan memasamkan mukanya sambil berpeluk tubuh memandang kearahnya.
“Liza tak kisah.. baliklah jangan harap Liza ikut
sekali..tapi jangan lupa hantar Liza balik rumah emak abah Liza dulu..lepas tu
abang nak pergi mana Liza tak kisah..nak pergi jumpa Amirah pun Liza tak kisah.” Hatinya sakit kerana suaminya tidak mahu mendengar
apa yang diperkatakan dan mengikuti kehendaknya. Sekali lagi Liza menyertakan nama
Amirah dalam perbincangan mereka. Dia seakan-akan mencabar suaminya..tetapi
yang sebenarnya dia mengharapkan suaminya tidak meneruskan niatnya jika dia
menyebut nama bekas isterinya.
Tetapi
lain pula yang timbul diminda Loqman..mendengar sahaja nama Amirah dicuping telinganya,
bayangan Amirah mula terbayang diminda Loqman. Dia sudah membayangkan Amirah dengan penuh kerinduan
kini. Liza melihat suaminya menarik nafas panjang seakan-akan mengeluh tetapi tiada suara yang
keluar dari mulutnya. Dia berdoa didalam hati semoga suaminmya menjadi berat
hati untuk meneruskan apa yang dihajatinya tadi bila dicabar begitu.
Seperti
yang dirancangkan sehari sebelum hariraya korban Loqman dan Liza pulang
kekampung halaman Liza diSimpang Rengam Johor. Gembira hati Liza bila suaminya
tidak lagi membangkitkan perkara pulang kePort Dickson. Dilihat suaminya juga
duduk bersantai diruang tamu hingga ke petang. Tetapi selepas solat Asar
suaminya mula bersiap-siap untuk pulang kerumah keluarganya diPort Dokson.
Hatinya menjadi sebal. Ketika Loqman mahu melangkah menuju kekeretanya, sekali lagi dia mengajak isterinya.
“Kalau Liza nak ikut abang, jomlah...abang
tunggu”. Lembut sahaja suara Loqman..kedengaran ikhlas ingin membawa isterinya
berhari raya dirumah keluarga di PD. Tetapi lain pula jawapan dari isterinya
yang memerhati..Dengan kasar Liza menjawap sambil memberi jelingan tajam kepada
suaminya.
“Tak hingin aku...baliklah kau sorang..jangan
harap Liza nak ikut”. Begitulah Liza, dia tidak akan bertolak ansur atau
mengalah dengan kemahuan suaminya. Dia hanya memandang langkah suaminya
memasukki kereta MYVInya.
Sebenarnya
Liza hanya mahu melihat sejauh mana suaminya bertindak. Dia tidak terfikir
suaminya akan pulang juga ke Port Dickson dengan ketiadaan dirinya dan setelah dia menyebut
nama bekas isterinya. Begitu padu semangat suaminya..dia mula berfikir
dimanakah kedudukanya kini, dia akan memastikanya nanti. Ada berbagai cara
untuk mencari dimana dirinya dalam hati suaminya....Apakah itu isi hati orang
yang mempunyai sifat cemburu..mungkin juga. Kereta Loqman meluncur keluar dari
halaman rumah keluarga Liza. Tiada salam dan tiada buah tangan untuk kedua
mertuanya di Port Dickson. Yang hairanya abah dan emak Liza juga tidak mengajar
anak mereka berbudi bahasa. Entahlah mungkin lain orang lain pula caranya.
============================
Setibanya Loqman dirumah keluargaanya di Port
Dickson dia disambut dengan tangis gembira oleh mamanya. Puan Sharifah dan
Encik Abdul Majid sudah melupakan kisah
lama anaknya. Ibubapa mana yang tidak rindu dan sayangkan anak mereka. Itulah
Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah. Loqman tunduk mencium tangan kedua mama
dan papanya meminta ampun dan maaf.
“Kamu balik sorang Man..mana isteri Man tu, kenapa dia tak ikut sekali?”
“Ia mama Man balik sorang saja, Liza takut
nak ikut Man..takut mama marahkan dia lagi.”
“Man orang tua macam kami ni, memang marah
sebab kamu berdua dah buat salah, tapi janganlah dia buang kami ni, kamukan
anak kami dan dia tu menantu kami..mana boleh nak buang, kalau kamu berdua minta maaf, insyaAllah kami terima
...janji jangan buat lagi.” kata papa menerangkan kedudukan mereka sebenar.
“Ia Man.. mama bukan apa, memang tak patut Man
buat macam tu pada Mirah, Man ceraikan dia masa dia sedang mengandung. Man! berdosa
menceraikan isteri yang sedang
mengandung. Lepas tu Man tak hiraukan
dia selama ini, sedangkan yang dia kandungkan itu anak kamu Man.. Man dah
pernah jumpa dia, selepas dia bersalin ni?” Loqman hanya mendiamkan dirinya
sahaja. Kesalnya sudah lama membeliti hatinya. Dalam diam dia sudah mengakui
itu kesalahan dan kesilapanya.
“Mama… Man tak pernah jumpa Amirah selama kami
bercerai, Man nak sangat jumpa dengan anak Man tapi takut Mirah tak bagi
Man jumpa.” Loqman tertunduk sedeh bila membicarakan sesuatu berkaitan Amirah. Hatinya
menjadi sayu teringat segala perbuatan yang telah diperlakukan kepada Amirah.
Semakin lama percerianan mereka, kesalahannya kian terserlah dimata dan rasa
kesal sentiasa membelenggu dirinya. Dia sungguh menyesal.
“Man ni..macam tak kenal perangai bekas
isteri kamu tu macam mana. Amirah tu berhati lembut, dia tidak akan melarang
jika Man jumpa anak Man..esok petang kita pergi Pilah..jumpa anak Man..Syifa”
“Siapa..mama ..siapa nama anak Man mama.”
“Kesianya Man ni, nama anak sendiri pun tak
tahu…Ain Nur Syifa..kami panggil Syifa saja. Papa kamu yang bagi nama tu. Mulanya
papa nak bagi nama NurSyifa ertinya cahaya penyembuh tapi mama teringin nak
letak Ain jadi kami namakan dia AinNur Syifa.”
“Ohh.. AinNur Syifa...comel tak anak Man
tu mama.”
“Comel Man...macam muka kamu masa
kecil..tapi rambut dia keriting maggi macam rambut Amirah.” jawap papanya pula.
Tebias wajah Amirah tersenyum dimindanya..hati Loqman makin sayu. Hatinya makin
rindu..rindu yang tak terbendung lagi.
“Kami selalu jumpa cucu kami tu. Ni dah
dekat sebulan juga kami tak jenguk dia. Lepas raya puasa hari tu, sampai
sekarang. Mama dan papa tak sempat nak jenguk dia, entah-entah dia dah pandai
berjalan. Masa raya hari itu pun dah pandai jalan jatuh. Cepat anak Man tu
berjalan ..bercakap hari tu pun dah
pandai sikit-sikit, panggil nama ibu,nenek atuk nak susu dan nak makan pun dia dah
pandai tapi pelat lah sikit... tapi kita faham apa yang dia cakap. Kalau dia
panggil mama ‘enek didi’ kalau
panggil papa ‘angok didi’..agaknya nenek dan
atuk PD lah tu..Suka kami tenguk dia Man. Becuk mulut dia macam kamu kecik-kecik.”
sambung mama Loqman pula sambil terkekek ketawanya membayangkan kelucucn
cucunya. Tergambar keceriaan kedua papa dan mamanya bila bercerita tentang
anaknya..ahh comel agaknya anaknya itu.
“Tapi masa kecil Amirah pendiam sikit kan
Pah..kalau nak dengar suara dia pun payah rasanya, macam dah besar ni Amirah
memang pendiam sikit tapi kalau kena pada gayanya boleh tahan juga dia
bercerita kan Pah.” Papa Loqman pula menambah berkenaan bekas menantunya.
Loqman pula sudah membayangkan celoteh Amirah ketika mereka masih menjadi
suamiisteri. Itulah Amirah setelah sebumbung celotehnya tak larat nak
mendengarnya. Bercerita tentang kerjanya dan bercerita tentang kawan-kawannya. Rindunya
bergumpal datang.
“Masa kecil Mirah memang pendiam..tapi
budak pendiam ni selalunya pandai kan bang..” Loqman hanya mendiamkan dirinya,
keinginannya berjumpa dengan Amirah dan anaknya semakin membuak-buak.
Mereka
berbual-bual didapur sambil Puan Sharifah meneruskan kerja-kerja memasaknya dibantu
oleh suaminya Encik Abdul Majid. Itulah rutin kehidupan mereka sejak mula
ditinggalkan oleh anak-anak. Anak-anak yang sudah dewasa dan mempunyai
kehidupan mereka sendiri. Mereka rela dengan keadaan itu... bukankah itu lumrah kehidupan setelah anak-anak dewasa
mereka akan meninggalkan kita untuk menyara keluarga dan membesar kan anak-anak
seperti mereka dahulu. Malah mereka bangga kerana anak-anaknya telah berjaya
meneruskan kehidupan mereka dengan selesa. Itu semua hasil didikan mereka.
Anak
menantu mereka yang sulong dan yang tengah tidak pulang berhari raya bersama
mereka kali ini, kerana Hari raya Aidil Fitri yang lepas mereka sudah berhari
raya bersama mereka. Kini giliran mereka dirumah keluarga isteri mereka pula.
Malam itu tidur Loqman tidak lena. Sekejap-sekejap dia melihat jam
ditangan, sekejap-sekejap dia melihat jam ditelefon bimbitnya. Dia resah kerana terasa lambat pula matahari terbit pagi itu.
==============================================
Selepas
solat sunat hari raya, waktu masuk kekereta
WAJA milik papanya, Loqman bersuara.
“Papa boleh tak kalau kita terus pergi
kePilah..Man rasa macam tak sabar nak jumpa anak Man.. lagi pun takut kalau
lambat sikit Pak Su dan Mak Su keluar pula.” Loqman menyuarakan hasrat hatinya
dengan alasan.
“Alah Man ni..mereka bukan ada keenderaan, setakat dua biji motor kemana sangatlah dapat
mereka berjalan, habis-habis pun pergi masjid dengan kubur saja.. janganlah Man
bimbang, kita balik makan dulu lah Man.” Mendengar jawapan papanya, Loqman tertunduk
dengan wajah yang sedeh. Melihat wajah keruh anaknya Puan Sharifah menyapuk..
“Jom lah papanya..kita makan sajalah kat
rumah mereka.. tadi kita pun tak makan lemang.” Pada kebiasaanya, mereka akan
menyediakan lemang untuk minum pagi hari raya mereka. Tetapi kerana mereka
bercadang hendak kekuala Pilah...mereka tidak jadi membeli lemang. Encik Abdul
Majid memandang wajah anak bungsunya yang telah masuk kedalam kereta, sedangkan
dia masih lagi tercekat disisi keretanya. Bila dilihatnya suaminya agak
keberatan untuk terus kerumah bekas besan mereka...
“jomlah papanya..kesian pula Pah tenguk
Man ni..abang dah lapar ke?” sekali lagi Puan Sharifah bersuara perlahan..
“Taklah lapar sangat…makan makan nasi
empit lepas subuh tadi rasa kenyang lagi tapi macam pagi sangat kita pergi
rumah diaorang takut mereka tak siap lagi.”
“Tak apa..mereka tu ramai bang.. banyak
yang tolong Halimah tu, anak-anak dia bukan macam anak orang, semuanya
baik-baik dan bertimbang rasa. Anak-anak lelaki mereka pun tak cangung buat
kerja dapur.” sambung Puan Sharifah. Dia merasa kasihan melihat pandangan hampa
anak bongsunya itu, dia dapat meneka apa yang ada didalam fikirkan anak
bungsunya.
“Kalau macam tu jomlah..” Akhirnya Encik
Abdul Majid bersetuju. Dari masjid mereka terus menuju keKuala Pilah. Loqman yang
memandu, manakala papanya duduk disebelah,
mamanya pula duduk dikerusi belakang. Sepanjang perjalanan Loqman hanya
mendiamkan dirinya sahaja, hanya papa dan mamanya sahaja bercerita itu dan ini.
Tiba-tiba mamanya bertanya pada dirinya.
“Man isteri kamu Liza tu dah mengandung
Man.” tersentak Loqman dengan pertayaan mamanya yang tiba-tiba. Sebenarnya dia
terlupa pada Liza ketika ini, difikirannya kini hanya anaknya dan Amirah
sahaja.
“Dah mama…dah tiga nak masuk empat bulan.”
“Lambat pula Man dapat anak kali ni, masa
dengan Mirah dulu masuk dua bulan sahaja..Mirah dah mengandungkan.”
“Entah lah mama..” lemah sahaja suara Loqman
menjawap pertanyaan mamanya. Kerana dengan soalan itu dia terbayang apa yang
telah dilakukan kepada Amirah ketika itu.
“Kamu raya kat sini dia tak marah ke Man?”
“Dia kata dia tak kisah... janji Man
hantar dia balik kampong dia..Lepas tu Man nak kemana dia tak kisah.”
“Baiknya isteri kamu Man..Man tak ajak dia
balik PD, Man.” papanya pula menyampuk.
“Dah papa..tapi dia takut mama marah macam
dulu..mama halau kami itu yang dia takut.”
“Man tak cakap ke, mama memang macam tu,
tapi mama ni marahnya sekejap saja..mama kamu ni pemaaf orangnya.” sambung papa
Loqman yang sudah masak dengan perangai isterinya. Ialah bukan sekejap mereka
sebumbung sudah berpuluh tahun. Walau pun garang tapi bertempat, dia marah pada
perkara yang salah. Loqman hanya berdiam diri sahaja. Kerana perkara itu juga
telah diperkatakan pada Liza tempuh hari, mungkin Liza hanya mencari alasan,
kerana tidak mahu berhari raya dirumah keluarganya. Hatinya kesal, mengapa Liza
tidak mahu cuba berbaik-baik dengan papa dan mamanya.
Kini
mereka sudah menghampiri tempat yang dituju. Hati Loqman makin berdebar bila keenderaan
mereka semakin menghampiri kampong Amirah. Keluarga Amirah tinggal dikampung
Terachi Kuala Pilah, kerana ayah Amirah sememang berasal dari Terachi. Kini dia
bertugas dibalai Polis Kuala Pilah dan sudah
berpangkat Sarjan. Encik Abdul Rahim adalah anak bungsu dalam keluarganya. Setelah
kematian kedua orang tuanya, rumah pusaka tinggalan kedua orang tuanya
diwariskan kepadanya. Abang dan kakaknya yang lain sudah mempunyai rumah
sendiri di kawasan Kuala Pilah juga. Sedangkan Encik Abdul Rahim masih belum mempunyai
rumah sendiri. Kerana dirinya yang sering merantau dan berpindah bila dia
dikehendaki bertugas dikawasan yang diperlukan. Kini dia kembali dan bertugas dikampung
halamanya dan duduk dirumah pusaka yang wariskan kepadanya oleh orang tuanya.
Dia merasa aman dan tenang bertugas di kampong halamanya sendiri.
Tak sabar nak baca next part.takpe.take ur time...
ReplyDeleteBlog ni kurang orang kenal kot. citer ni best.
Harap akan kuar dalam versi cetak akan datang.
Lokman berdebar-debar nak jumpa Amirah dan anaknya...mungkinkah mereka saling merindui...tak sabar nak tunggu ni...
ReplyDeleteciter okay, tp tatabahasa, kata nama, dan penggunaan bahasa inggeris kena baiki...
ReplyDelete