Ayam tambatan didalam pagar,
Ayam sabungan tajan tajinya,
Takkan lari gunung dikejar,
Hilang kabus
nampaklah dia.
Kini
hampir tiga bulan perkara ‘tunang dan
kahwin’ tidak pernah dibangkitkan
lagi oleh Loqman. Walaupun ada juga sekali dua mereka berjumpa, pergi makan-makan
sambil berjalan-jalan meneroka keindahan
kota yang sentiasa sibuk.. kota Kuala Lumpurlah
katakan. Sesekali jika Amirah bercuti dia menuruti sahaja kehendak
Loqman yang meminta dirinya ditemani. Dia tahu Loqman anak bungsu mungkin
peribadinya agak manja sedikit.
Hari
garudtion juga sudah sebulan berlalu. Amirah berdoa agar cepat dia mendapat
jawatan tetap, supaya dapat dia menyimpan duit dan juga dapat dia memberi lebih
sedikit kepada keluarganya. Sebenarnya dia risau dengan sikap Loqman yang sudah
tidak sabar untuk mengikat dirinya dengan ikatan pertunangan. Sebenarnya dia
cuba bersiap sedia jika tiba-tiba Loqman mahu meneruskan rancanganya dia sudah
mempunyai sedikit simpanan. Seperti malam-malam biasa Loqman akan
menghubunginya bertanya khabar dan bercerita aktiviti diri masing-masing hari
itu... seperti daily report pun ada perlakuan mereka berdua.
“Assalamulaikum, apa khabar sayang…” lain pula cara
Loqman berbicara malam ini, macam terlebih romantik pula pada pendengaran
telinga Amirah. Selalu kalau dia menghubungi dia akan berbicara biasa-biasa
sahaja, seperti abang dan adik.. kerana Amirah sendiri yang tidak suka
diperlaku seperti kekasih.
“Waalaikumsalam .. baik macam biasa… abang Man dah
makan..” Itu adalah soalan biasa dari
Amirah. Kadang-kadang terfikir dibenak Loqman tiadakah soalan yang lebih
romatik yang keluar dari mulut Amirah untuk menggambarkan dirinya sangat
dirindui olah gadis itu.
“Sudah... tapi makan pun rasa macam tak kenyang saja…”kedengaran
lemah sahaja suara Loqman dihujung talian.
“Kenapa pula? abang Man makan tak habis ke? Tak
baik membazir..banyak lagi orang yang tak makan kat dunia ni abang Man”.
“Abang makan habislah Mirah.. tapi mungkin abang
rindu kat Mirah tu yang abang makan tak kenyang. Mirah.. bukan ke orang kata...
kalau rindu mandi tak basah, makan tak kenyang.“
“Iss abang Man ni..kalau abang Man makan habis
tentu lah kenyang..biasanya kalau orang tu tu rindu dia tak lalu nak makan itu
yang tak kenyang.. ni abang Man makan habis tapi tak kenyang juga.. itu
tandanya dia nak gemuk”. Pecah juga tawa kecil Amirah dihujung talian, dia mempersendakan
kata-kata abang dua pupunya.
“ Betulah tu Mirah memang abang tak lalu nak
makan..tadi abang ambil nasi ‘suku’
saja..itulah abang rasa macam tak kenyang ni..nak ambil setengah tadi rasa
macam tak ada selera...tapi kalau tak makan nanti lain pula ceritanya”. Pandai
sungguh Loqman memutar belit ceritanya mencari simpati Amirah.
“...Mirah rasanya dah dekat sebulan kita tak jumpa
kan.. Mirah tak rindu kat abang ke?” Kerana kesibukkan tugasnya dan keletihan
dirinya, Amirah selalu menolak ajakkan Loqman untuk berjumpa. Bila mendengar
bicara rindu Loqman dia jadi terkedu..
Jika
Loqman sudah mula memperkatakan tentang rindunya, Amirah hanya berdiam diri
sahaja padanya susah dia mahu menjawap jika yang ditanya bersangkutan soal hati dan perasaan.. dia rasa malu dan segan. Rasanya belum masanya
dia membicarakan tentang rindu hatinya kepada seorang lelaki. Walaupun lelaki
itu adalah Loqman..abang dua pupunya yang sudah dikenali sejak dia kecil lagi
tetapi mereka halal nikah..itu yang menyebabkan
dia malu. Bagi Loqman dia sudah tahu jika soalan itu ditanya, dia tidak
akan mendapat jawapannya dari mulut Amirah.
“Kenapa Mirah diam saja.. abang tanya Mirah tak
rindu kat abang ke?” makin menjadi-jadi
pula Loqman malam ni, makin berani membicarakan soal rindu hatinya dan cuba menyelidiki
jauh kedasar hati Amirah.
“Abang Man.. boleh tanya soalan lain tak…Mirah tak
suka lah abang cakap macam tu..bagi Mirah soalan macam tu susah nak jawab”.
“Kenapa Mirah malu ye...Mirah apa kata kita
bertunang minggu depan …Mirah pun dah
graduate.” terus sahaja Loqman menyatakan hasrat hatinya. Dia sudah tidak sabar
menunggu lagi. Itulah tujuannya dia menghubungi Amirah malam itu.
“Abang Man ni ..Mirah tak ada kerja tetap lagi..lagi
pun Mirah belum dapat kumpul duit macam mana nak beli barang hantaran dan duit
nak jamu orang..Mirah tak nak guna duit ayah.” Amirah juga berterus terang
tentang kesempitan dirinya.
“Apalah Mirah ni ..ada ke Mirah yang gaduh tak ada
duit..Mirah kan perempuan sepatutnya abanglah yang gaduh tak ada duit nak buat
hantaran.” tingkah Loqman pula.
“Betul
apa…. Mirah kena fikir juga.. Mirah perlu balas juga apa yang abang bagi
pada Mirah nanti, takkan nak pulangkan dulang kosong saja..”
“Tak payah balas apa-apa, kita orang sekeluarga
tahu Mirah tak ada kerja tetap, lagi pun ayah Mirah kerja sorang, kami faham.”
“Abang Man sekeluarga memanglah faham...tapi orang
lain? masa tu takkan kita-kita saja,
tentu nak jemput juga jiran-jiran sebelah menyebelah rumah, kalau dia orang
tenguk nanti malu pulak keluarga Mirah...kalau pihak keluarga Mirah pulangkan
dulang kosong. Tentu mereka akan mengata ‘Apa
senggkek sangat ke sarjan Rahim tu sampikan gula-gula sebiji pun tak dapat nak isi dulang.’.”
“Apalah yang nak digaduhkan orang Mirah. Biarlah
apa yang mereka nak cakapkan, kita buat cara kita sudahlah”.
“Abang cakap senanglah..tapi ayah ibu Mirah macam
mana? ”....Abang Man mesti ingat.. kita nikan orang Melayu, orang Negeri
Sembilan pulak tu..bangsa yang penuh dengan adat”.
“Alah Mirah.. kita hanya nak bertunang saja…tak
payah lah nak sediakan hantaran banyak-bayank setakat dua tiga barang cukuplah..
abang nak kita ada ikatan saja..kalau kita dah ada ikatankan senang.”
“Ialah Mirah tahu tu..tapi abang ni tak faham
Mirah lah. Susahnya cakap dengan abang Man ni..” rasa hendak menangis Amirah.
Dia merasa sangat susah hendak memasukkan kefahaman tentang pendirianya kepada
Loqman.
“Mirah…abang nak kita bertunang saja dulu…nikah
lambat sikit pun tak apa.. sebetulnya abang nak Mirah sah jadi milik abang baru
lah hati abang ni tak risau.” Hanya itu yang diperkatan oleh Loqman
berulangkali..Amirah merasakan Loqman tidak memahami pendiriannya lagi.
“Nak risau apanya.. Mirah takkan akan pergi mana
pun. Tentu-tentu kat KL dan Pilah saja.. kalau pun pergi lain negeri masih lagi
diMalaysia, abang Man boleh cari. Janganlah abang Man bimbang. Kata orang tu ‘takkan lari gunung di kejar, hilang kabus
nampaklah dia’”.
“Memanglah gunung tu tak lari, tapi kalau ditolak
dek buldozer lama-lama rata juga. Mirah
pun, abang tahu tak pergi mana..tapi yang abang takut hati Mirah tu... hati
Mirah tu yang tergoda dengan orang lain,
sebab hubungan kita tak ada ikatan
lagi..lainlah kalau kita dah bertunang tentu Mirah ingat abang ni tunang
Mirah..kita tunang ye.” Lembut Loqman memujuk. Dia berkeras juga mahu
melaksanakan apa yang dihajatinya. Akhirnya Amirah bertegas dengan pendirinaya.
Suaranya ditinggikan supaya Loqman mendengar ketegasanya juga.
“Abang Man..Mirah nak terus-terang saja kat abang..
Mirah tak nak bertunang lagi… Mirah tak
bersedia, abang cari lah orang lain …Mirah tak sanggup lagi nak terikat dengan
siapa-siapa pun.” selepas itu cepat-cepat Amirah memutuskan talian telefonya… hilang
kesabarannya dengan sikap Loqman yang tidak memahami keadaan dirinya. Jika sesekali
Amirah melenting. Loqman jadi terkedu.
Selepas kejadian itu, Loqman bagaikan merajuk. Dia
mendiamkan diri. Tiada panggilan telefon dan tiada juga SMS untuk Amirah
seperti kebiasaannya. Amirah melapangkan dada dan fikiranya. Dia bersiap sedia
jika Loqman mahu menjauhkan diri darinya ataupun mahu mencari penggantinya. Dia
redha. Sebagai langkah bersiap sedia dia menyibukkan dirinya. Dia tidak mahu
memikirkan hal Loqman. Walaupun sesekali ridunya singgah menyapa hatinya namun
ditepis dengan mengingatkan diri tentang tanggungjawabnya terhadap keluarga. Bagi dirinya soal jodoh
biar Allah yang menentukan. Tapi tanggungjawab kepada keluaganya harus
didahulukan.
Tekadnya
padu sekarang ini, dia harus meringankan beban ayah dan ibunya dahulu. Dia tidak mahu hanya
dirinya seorang yang berjaya dalam pelajaran. Dia ingin sama membantu adik-adiknya berjaya
menjejakkan kakinya kemenara gading seperti dirinya juga.. Kejayaan harus digenggam
bersama untuk menjamin masa depan. Pada
pendirianya dengan ilmu di dada menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi
kehidupan. Biar mereka miskin harta tapi setiap orang adik-adiknya mesti
berilmu. Sekiranya Loqman mencari gadis
lain sebagai calon isterinya pun tidak mengapa. Dia tidak akan rasa terkilan,
kerana dia tidak dapat memenuhi kehendak Loqman dalam waktu terdekat ini. Dia rela melepaskan Loqman kepada gadis lain
untuk mencari kebahagiaan dirinya.
Sudah
seminggu peristiwa itu berlalu dan sudah seminggu juga Loqman tidak menghubunginya.
Sesekali menyelinap juga perasaan tercari-cari dihati Amirah. Mungkinkah dirinya
rindui Loqman. Itu sudah semestinya...Ialah perkara yang sudah menjadi seperti
jadual harianya tiba-tiba senyap dan sunyi secara mendadak tentulah dia merasa
kehilangan. Tapi belum sempat rindu membelenggu, perasaan itu terbang melayang
dek kesibukkan dan keletihan dirinya. Sebenarnya dia sengaja membenamkan rasa
rindunya jauh-jauh kedasar hatinya.
Bekerja dengan syarikat kecil dengan bilangan pekerja
sedikit tetapi pelangganya pula ramai, memaksa dia melakukan kerja lebih dari
yang sepatutnya. Setiap hari, dirinya begitu sibuk bekerja. Bila malam badannya
terasa begitu letih. Selesai sahaja solat Isyak dia akan berehat dan terus
terlena, hingga tidak sempat memikirkan hal Loqman lagi. Amirah sememangnya
belum bersedia lagi memikirkan soal hati..dia lebih senang memikirkan soal
keluarganya dahulu. Amirah suka dengan
kesibukkan sekarang, ceritanya dengan Loqman hanya mampu singgah sekejap dimindanya,
kemudian terbang bersama kesibukkan dan keletihan dirinya.
Malam itu ibunya menghubungi dan memintanya supaya
dia pulang kekampungnya diKuala Pilah,
pada hari Sabtu yang akan datang. Ini bermakna ada tiga hari lagi, tertanya
juga hatinya...kenapa dan mengapa agaknya ibunya begitu mendesak agar dia
pulang.
“Assalamualaikum …kakak hari Sabtu dan Ahad ni
boleh tak kakak balik?”
“Entahlah bu..kakak ingat nak ambil overtime bu.”
“Janganlah macam tu.. tiap kali hari Sabtu dan
Ahad kakak asyik ambil overtime, rehatlah sikit kalau dah sakit nanti lagi
susah. Lagipun ayah dan ibu ada hal nak bincang dengan kakak.”
“Cakap dalam telefon ni tak boleh ke bu?”
“Tak boleh..lagi pun ibu dan ayah dah rindu nak jumpa
kakak, dah lama betul kakak tak balik.” Puan Halimah juga tidak berapa suka
dengan cara anaknya bekerja yang tidak memikirkan langsung hal dirinya. Lagi
pun memang sudah lama Amirah tidak pulang kekampung. Sejak dia bekerja dia sudah jarang pulang menemui
keluaraga.Walaupun ibunya berkata yang mereka rindukan dirinya, namun hatinya
tetap tertanya-tanya apakah perkara yang hendak dibincangkan oleh ayah dan
ibunya.
Petang
Jumaat itu bergegas dia pulang kekampungnya di Kuala Pilah. Habis sahaja waktu
bekerjanya dia naiki bas ke Bas Stand
Klang. Dari perhentian bas tepi sungai dia menaiki bas untuk keSeremban.
Dari Seremban nanti dia kan menaiki bas keKuala Pilah pula. Ditempat kerjanya
tadi Amirah sudah menunaikan solat Jammak ...yaitu solat zohor dan Asar. Jika
dia tidak berkesempatan untuk menunaikan solat Mangrib dia akan menunaikan
solat Jammak ...Magrib dan Isyak dirumahnya diKuala Pilah pula. Sungguh mudah
Allah memberi kelonggaran kepada umat nya yang berperjalanan jauh untuk menunaikan
kewajipan kepadaNya. Diberinya cara-cara bersolat Jammak supaya umatnya tidak tergesa-gesa atau meninggalkan solat yang diwajibkan.
Sudah hampir tiga bulan dia tidak pulang kekampung nya. Kepulangan
disambut meriah oleh keluarganya. Malam
itu ibunya menyediakan makan malam yang agak istimewa sedikit dari hari-hari
biasa kerana kepulangan Amirah. Malam itu juga ibu dan ayahnya membuka
permasaalah yang ingin dibincangkan kerana mereka tahu anaknya itu tidak
mempunyai banyak waktu untuk berkumpul bersama mereka.
“Kakak …ada
kakak jumpa Loqman berbincang tentang pertunangan? Betul ke.. Mak Long
kata kakak tak nak dengan Loqman dan kakak suruh Loqman cari orang lain?”
Amirah terkedu mendengar apa yang dibicarakan oleh ibunya. Ayahnya hanya memerhatikan mereka sahaja. ‘Loqman dah main kasar’… mengadu kepada mamanya
apa yang mereka bincangkan tempuh hari. Detik hati Amirah.
“Ibu ..ayah..dia cakap dengan kakak, dia nak kami
bertunang dalam waktu terdekat ni …itu yang kakak suruh dia cari saja orang
lain..kakak tak bersedia lagi nak bertunang. Kakak kata dengan dia.. kakak nak
kerja dulu, dia kata nak bertunang, nak bertunang... tak habis-habis dia nak
bertunang, itu yang kakak suruh dia cari orang lain saja..kakak tak sedia lagi
nak ber- tunang walau dengan siapa-siapa pun”.
“Ialah.. tentulah dia sedeh kakak cakap macam tu,
sebab Loqman dah suka dengan kakak sejak dulu, sejak kakak kecik lagi.. Mak
Long ada cerita dengan ibu dulu, Loqman
ni dari dulu lagi kalau dia makan mesti
dia ingat kakak, terutama kalau dia makan yang sedap mesti dia ingat kakak. Sejak
kakak tolak hendak bertunang dengan dia.. dia sedeh sangat”.
Encik
Abdul Rahim dan Puan Halimah teringat cerita kak longnya tentang Loqman yang sukakan anaknya Amirah sejak
dia kecil... Ketika
itu mereka masih disekolah rendah lagi. Sebenarnya Loqman kasihan melihat
Amirah, jika dilihat rakan-rakan seusia Amirah masih riang bermain besama
kawan-kawannya, sedangkan Amirah sudah diberi tanggung jawab menjaga adik-adik
yang masih kecil. Dia seperti tiada waktu bermain seperti kawan-kawannya yang
lain. Dia sering menyuarakan rasa kasihanya kepada mamanya.
“Mama..Man kesihanlah tenguk Mirah tu..asyik jaga
adik-adik dia saja, tak dapat dia nak main dengan kawan-kawan dia.”
“Tak apalah Man..dia kan anak sulong..kena
berkorban sikit..lagi pun mama tenguk dia tak kisah jaga adik-adik dia. Mama
ada tanya dia,dia kata dia tak kisah jaga adik sebab dia kasihan tenguk emak
dia yang tengah mengandung tu”. Loqman hanya mendiamkan dirinya sahaja
mendengar penerangan mamanya.
“Mama masak
apa tu?” Ketika itu mereka didapur, Puan Sharifah sedang mengacau sesuatu
didalam periuk yang bertenggek diatas dapur. Loqman menjengkitkan kakinya lalu menjeguk
kedalam periuk melihat apa yang sedang dikacau oleh mamanya.
“Mama masak bubur jagung yang Man suka tu...”
“Mama bubuh sagu mata ikan tak..kalau mama
bubuh lagi sedap.”
“Bubuh ni.. Alhamdullilah ada sikit sagu lebih
hari tu…ni dah masak bubur ni ambillah
mangkuk sejukkan, nanti senanglah Man nak makan.” bubur jagung dicampur sagu
mata ikan adalah kegemaran Loqman dan papanya Encik Abdul Majid. Kebetulah anak
murid Puan Sharifah ada memberinya tiga tongkol jagung, lalu dia memasakkan
bubur kegemaran suami dan anak bongsunya.
“Mama… bagi Mirah sikit boleh tak mama.” Baru sudu
bubur jagung masuk kemulutnya, Loqman teringatkan Amirah pula.
“Man bubur ni sikit, hanya tiga tongkul jagung
saja anak murid mama yang bagi..tak payahlah ye..kalau bagi sikit nanti
adik-adik Mirah tak cukup pula. Besok kalau kita beli kat pasar kita beli
banyak-banyak boleh lah kita bagi Mirah
sekeluarga ye.” Lembut Puan Sharifah memujuk anaknya.
“Kenapalah sikit sangat anak murid mama tu
bawa..kalau nak bagi bagilah betul-betul..ini tiga tongkol mana cukup.” Dengan
wajah memuncung Loqman menyatakan ketidakpuasan hatinya.
“Dia bawa banyak tapi dia agih-agihkan pada
guru-guru lain..tak apalah Man orang memberi kita merasa..sikit sama sikit
banyak sama banyak..kita ni tak boleh tamak-tamak nanti tak berkat rezeki yang
Allah bagi.” Dia menganggukkan kelapa mendengar penerangan tanda faham. Walaupun
begitu suapannya menjadi perlahan.
“Kenapa Man.. tak sedap ke bubur tu..Man rasa apa
yang kurang, manisnya tau lemaknya.” Puan Sharifah yang memerhati gerak geri
anak bungsunya bertanya.
“Seedap…semuanya cukup.” jawap Loqman
perlahan. Pada Loqman sebab sedap lah
dia teringatkan Amirah.. kalau dia makan benda sedap dengan Amirah bertambah
sedap lagi rasanya. Puan Sharifah
tersenyum penuh makna, dia tahu apa yang ada didalam hati anak bongsunya.
================================
“Ialah tu..agaknya dia saja-saja buat sedeh depan
Mak Long, biar Mak long bersimpati dengan dia.” Amirah mencebek.
“Mengikut kata mak long, dia pun dah kurus sangat
sekarang. Berat badanya turun mendadak dia
susah hati tak lalu nak makan kata nya..
kakak ada jumpa dia ke lepas cakap macam
tu.”
tanya ibunya lagi.
“Tak adalah pulak..masa tu kakak cakap dalam
telefon saja..ni dah dekat dua minggulah dia tak telefon kakak…mungkin dia
merajuk.. biarlah bu. Banyak lagi perempuan yang dia boleh cari.. kakak malas nak
fikir. ”
“Ibu takut dia kecewa”.
“Tak ada kecewanya bu..kakak dah cakap dengan dia
..suruh dia cari orang lain saja…kakak
nak kerja dulu..ni umur kakak baru nak masuk dua puluh tiga tahun takkan dah
nak bertunang tak lama lagi tentu dia ajak nikah pulak, kakak tak mahu lah bu.”Amirah memutuskan, ayah dan ibunya berpandangan.
“Kakak janganlah macam tu..dia sedara kita..nanti
apa pulak kata Mak Long..Mak Long memang dah suka sangat kakak jadi menantu dia.
Semalam tu beria-ia pujuk ayah dan ibu, supaya pujuk kakak terima Loqman..dia
takut kalau kakak tak terima Loqman.. Loqman kata dia nak pindah negeri lain.
Dia nak pergi jauh dari kita sekeluarga.” sambung ibunya.
“Tak kan sampai macam tu sekali..nak main
ugut-ugut pulak ni.” geram hatinya bila Loqman sudah mula megugut pula.
“Betul kakak dia dah isi borang pertukaran, belum tandatangan saja lagi. Itu yang Mak
Long takut tu. Dia cakap kalau boleh dia tidak mahu Loqamn kerja jauh dari
mereka. Sudahlah abang dia yang dua
orang tu kerja jauh susah nak balik...hanya pada Loqman pak long dan mak long
bergantung harap sekarang ni.”
“Macam mana ni ibu dan ayah ..kakak tak boleh nak
fikir sekarang, kalau ikut kakak nak kerja dulu. Biar umur kakak dua puluh lima
ke dua puluh enam ke, barulah kahwin. Kan elok macam tu, fikiran kita pun dah
matang waktu tu.” Memang itulah apa yang
difikirkan oleh Amirah.
Dia tidak mahu tergesa-gesa untuk berumahtangga.
Biar semua tanggung jawapnya membantu ayah dan ibunya memberi pelajaran kepada
adik-adiknya selesai, barulah dia selesa memikirkan hal dirinya pula. Amirah
menerangkan perancangan masa depannya, supaya ayah dan ibunya faham pendirianya.
Dia tidak mementingkn dirinya sendiri.
“Ayahnya macam mana ni..Limah pun dah tak dapat
nak fikir.” kata Puan Halimah juga buntu dengan hasrat Loqman dan keluarganya.
“Kalau ayah ..terima sajalah kakak..Mak Long tu sepupu ibu kamu,
lagipun dia banyak berjasa dengan ibu sebelum ibu kahwin dengan ayah lagi.
Keluarga dia yang jaga dan sekolahkan ibu dulu, sampai ibu kahwin dengan ayah.
Kalau kakak tak terima Loqman nanti takut kita putus sedara pulak. Susah..
jumpa kat mana-mana nak betergur pun serba salah. Lagi satu kalau sampai Loqman
tu pindah negeri lain tentu Mak Long salahkan kita sekeluarga.. anaknya pergi
jauh dari dia. Mak Long tu dulu banyak tolong kita kakak.” pujuk ayahnya. Memang
betul keluarga Loqman banyak membantu, sementelah mereka masih dalam ikatan
kekeluargaan.
“Ialah kakak..setuju sajalah..tapi bagilah syarat
kalau pun dah kahwin nanti bagilah kakak kerja walau kerja apa pun.” Ibu memberi
candangan. Amirah hanya mendiam diri mendengar cadangan dan alasan ayah dan ibunya.
Setelah lama Amirah berdiam diri ayah bersuara, mencari kepastian anaknya.
“Macam mana kakak setuju tak…?” ayahnya menyoal
lagi.
“Kakak ikut saja keputusan ayah dan ibu…kakak
malas nak fikir lagi.” Amirah memang serba salah untuk membuat keputusan ‘Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa’. Malam
itu juga ibu Amirah menghubungi kakak
sepupunya menyatakan persetujuan Amirah menerima Loqman.
“Assalamualaikum …kak Long .. Limah ni…Mirah ada
balik ni.”
“Bila dia balik Limah?” tanya Puan Sharifah ceria
kedengaran suaranya dihujung talian.
“Baru sampai lepas Magrib tadi …dia ada dalam
bilik tu…dia kata setuju nak terima Loqman.”
“Kalau macam tu minggu ni sajalah akak datang …kita
sarung cincin saja sebagai tanda cukuplah, supaya senang hati Loqman tu. Dia
ada kat luar tu tengah pandang langit… asyik termenung saja..susah hati akak ni
Limah.” terdengar lirih suara kak longnya memohon simpati.
“Minggu bila Kak Long.”
“Minggu nilah..esok Sabtukan hari Ahad ni, kamu
bincanglah dengan Rahim, kita buat syarat saja boleh ye Limah …”
“Haa..minggu esok ni…macam mana Kak Long.. Limah
tak ada buat apa pun, mana sempat nak
masak-masak ni..lagi pun Mirah pun tak tahu ni ..dia tak beli apa-apa pun.” Lintang
pukang Puan Halimah bercakap kerana
terkejut.
“Limah tak payah buat apa-apa..kita-kita
saja..sarung cincin sebagai tanda. Akak bukannya apa akak takut jadi apa- apa kat Loqman tu ..dah
masuk tiga hari dia tak kerja..bila akak tanya dia ambil cuti ke, dia macam tak
dengar saja..susah hati akak Limah. Kita ni Limah dari muda sampai ketua asyik
susah hati saja fikir anak-anak. Dulu masa anak-anak kecik-kecik kita susah
hati bila anak-anak sakit..ini dah besar susah hati cerita lain pulak ...entahlah
Limah.”
“Ialah Kak Long… nanti Limah cakap dengan Mirah.” talinan
diputuskan…gempar keluarga Mirah malam tu…mendengar pertunangan yang
mengejutkan.
“Kakak keluar sekejap kakak .“ ibunya memanggil
Amirah yang sedang berbaring didalam bilik, badannya terasa letih dengan
perjalanan jauh tadi belum hilang lagi..bertambah letih bila memikirkan halnya
dengan Loqman.
“Ayahnya macam mana ni... Kak Long kata minggu
esok ni dia orang nak datang.”
“Biarlah dia datang, apa yang nak digaduhkan…kan
biasa dia datang sini.”
“Dia datang nak sarung cincin kat Mirah.”
“Apa ? nak sarung cincin..begitu cepat.. cakap
setuju saja terus datang.“ terkejut juga Encik Abdul Rahim ayah Amirah
mendengar apa yang diberitahu oleh isterinya. Dia sudah terbangun dari
duduknya.
“Haa!! apa bu hari Ahad esok ni Mak Long nak
datang ..kenapa tergesa-gesa sangat ni??”
Kebetulan
Amirah sudah keluar dari biliknya. Dia juga terkejut... begitu mendadak majlis
pertunangan. Tidak ada angin tidak ada ribut esok dia akan bergelar tunangan
orang. Seakan bermimpi pula. Perlahan dicubitnya peha kirinya..ohh terasa
sakit. ‘Aku masih dialam nyata, aku tak
bermimpi’. Detik hatinya
“Kak Long
kata dia risau tengok Loqman yang asyik termenung..dia takut apa-apa terjadi
dengan anak bungsunya, dah tiga hari dia tak kerja bila ditanya ambil cuti ke
dia buat tak dengar aje.”.
“Kalau dah macam tu, kita jangan susah-susah
sangat..kita buat apa yang termampu kita buat saja. Dah dia orang yang tak menyempat, nak buat
macam mana..walau macam mana pun kita belilah juga lauk esok, masak sikit..
jemput saja jiran yang paling hampir dengan kita sudahlah, ”. Cadang ayah
Amirah memberi kata putus.
“Abang jangan lupa jemput sekali Abang Long Sudin...malam ni telefon dulu esok
pagi pergi rumah dia jemput sekali dia sekeluarga...nanti dia kecik hati
pulak.. kita tak berbincag dengan dia.. tiba-tiba Mirah nak bertunang”. Pesan
Puan Halimah kepada suaminya. Pak Long Sudin merupakan abang sulong Encik Abdul
Rahim.
No comments:
Post a Comment