Tetapi setelah hidup sebumbung, Nurizana
tidak seperti yang dibayangkan oleh adiknya alang. Dia sangat bersyukur
dikurniakan isteri yang sanggup susah bersamanya. Lamunan Syukri terhenti bila
seorang jurujual dibahagian handbag wanita datang menegurnya, untuk melayan permintaanya. Bila
melihat dirinya bagai terlihat-lihat dan tercari-cari beg tangan wanita jurujual tadi mengambil
sebuah beg tangan wanita… Di unjukkan kepadanya sebuah bag ditangan berjenama
PRADA.
“Encik
handbag ni memang bagus, beg ni beg kulit, kalau harga biasa tak dapat. Ini dah
ada diskaun 50%. Belilah untuk isteri encik..”.
Syukri membelek handbeg PRADA ditangannya. Memang
cantik. Dari bahan yang lembut berwarna
coklat. Hand bag hantaranya dulu berwarna hitam. Dia ingin melihat Nuri memakai
warna kegemaranya. Selain hijau lumut Syukri suka warna coklat tua. Kemudian
dia kebahagian kasut wanita pula. Dia memilih kasut dengan warna yang sama
berjenama SCHOLL. Yang dia tahu Nuri tidak suka kasut yang bertumit tinggi.
Kasut hantaranya juga seakan kasut yang
dibelinya sekarang ini.
Kemudian Syukri membeli swimming sut untuk
Nuri dan tiga orang lagi anak-anaknya. Dia bercadang mahu membawa keluarganya
ke sebuah kolam renang sempena menyambut ulang tahun perkahwianan mereka yang
kelapan tahun tidak lama lagi. Kini hidup Syukri penuh dengan perancangan
bersama keluarganya. Rancangan untuk menawan hati Nuri. Dia mahu kebahgiaan
yang dulu berulang lagi dalam hidupnya. Kalau dulu hanya dia dan Nuri sahaja
kini sudah bertambah tiga orang. Dia mahu bahagia berkeluarga bersama Nuri.
Pagi itu sebelum di kebengkel telefon
bimbitnya berdering. Bila dilihat discreen tertera perkataan ‘sayang ku’.Dia
tahu pangilan dari Nuri.
“Assalamulaikum
bang! Nuri nak pergi supermarket balik
kerja ni”. Itu sememagnya cara Nuri jika dia mahu keluar dari kebiasaan, dia
akan memberi tahunya dahulu.
“Nuri
balik dulu tak?”
“Rasanya
Nuri terus pergi saja, kalau dah balik susah pula nanti, semua anak-anak nak
ikut”.
“Tak apa
balik dulu.Kita pergi sama-sama”.
“Ehh
abang tak pergi bengkel ke?”
“Tak apa
abang pergi tengahari. Nanti abang call lah diorang abang datang lambat”.
“Kalau
abang kata nak pergi..saya call kak ton bagi tahu dia, sebetulnya dia pun nak beli barang dapur
juga. Tapi kalau saya dengan kak Ton lepas tu nak bawa anak lagi..susah juga
nak tolak tiga troli. Tapi kalau abang ada bolehlah abang tolak troli anak.
Boleh bang”.
“Boleh
sangat, call lah kak ton suruh dia siap..Nuri sampai saja kita terus pergi”.
Bila dilihat jam dipergelangan tanganya baru
menunjukkan pukul lapan pagi. Oh sepuluh minit lagi waktu kerja Nuri tamat.
Sempatlah dia kalau mahu menanak nasi. Pada fikiranya jika nasi sudah ditanak
balik dari membeli belah nanti Nuri
hanya perlu memasak lauk yang mudah untuk makan tengahari mereka. Itulah
Syukri yang sudah berubah..yang selalu mahu menyenangkan isterinya. Kemudian
dia menyediakan secawan besar air untuk minuman isterinya. Ketika Nuri sampai
jam baru menunjukkan pukul sembilan setengah pagi.
“Cepat
juga Nuri sampai..bawa kereta laju ke?”.
“Mana
ada laju.Jalan pergi Kampung Subang dah lengang. Kalau jalan pergi KL masih
sesak”.
“Ohh..Nuri
minumlah dulu abang dah buat air tu, kalau Nuri nak makan nasi pun abang dah
masak ni baru kering ni, nak makan tak? Kalau nak makan, abang gorengkan telur
mata kerbau makan dengan kicap. Abang pun teringin nak makan telur mata lah
Nuri”.
“Tak
apa biar Nuri gorengkan”.
“Tak
apa biar abang buat. Nuri pergi mandi salin baju ke”.
‘Tak
apa..tak apa saya dah tercongok ni biar
saya yang buat. Lagi pun saya tak payah tukar baju, pakai baju ni saja, tak lah
banyak sangat baju nak dibasuh. Saya nak panaskan lauk semalam pun masih ada
ni”.
Nuri mengambil alih tugas suaminya. Bahagia
rasa hati bila mereka bekerja sama seperti itu. Dalam diam hati mereka berbisik
perkara yang sama. Semoga keadaan itu berkekalan
hingga mereka menutup mata. Selepas makan
dengan menaiki kereta Syukri, mereka kerumah kak Ton. Dilihat kak Ton
sudah bersiap sedia dengan anak-anak yang sudah comel. (sudah mandi).
“Wahh
comelnya anak-anak baba hari ni. Hari ni kita shopping barang dapur ye, Jomlah kak Ton.
Cepat abang, kakak umi dah tunggu kat kereta tu”.Syukri mengambil anaknya yang
kecil dari dukungan kak Ton. Di kereta Nuri sudah bersiap sedia membuka pintu
belakang kereta suaminya.Tadi setelah kereta dibehentikan didepan pagar rumah
kak Ton Syukri melarang isterinya keluar.
“Dah!Nuri
tak payah turun biar abang yang ambil anak”.
“Kenapa
pula bang”.
“Nuri
kan penat baru balik kerja”.
“Tak
apa.. kitakan dah makan tadi..dah ada tenaga dah ni”.
“Tak apa
biar abang yang ambil anak..Nuri duduk saja”. Berkeras Syukri, dia yang mahu
mengambil anak-anaknya.
Selesai
membeli belah bila sampai dirumah Syukri membantu isterinya berkemas.
“Dahlah
bang!! saya dah ok ni.. hanya tinggal nak masak lauk sikit sahaja ni, kalau abang
nak pergi bengkel pergilah.”.
“Tak
apa Nuri, abang pergi kerja lepas makan dan solat Zohor nanti”.
“Kalau
macam tu abang nak masak lauk apa tengahhari ni”.
“Kita
masak nasi ayam saja lah Nuri, timun dan salat ada ni”.
“Ehh
nasi tadi banyak lagi lah bang, lagi pun saya nak masak laksa esok, itu yang
saya beli salat dengan timun ni”.
“
Esok Nuri nak masak laksa? Sedapnya, kita sarapan laksa lah esok?, kalau macam
tu masak lemak kobis cukuplah, anak-anak pun boleh makan. Lepas tu ayam masak
kicap untuk abang buatkan sambal belacan dahlah Nuri.”
“Ok”.
Pada
Nuri jika suaminya sudah memberinya menu mudah baginya meneruskan masakkanya,
tidak perlu dia terfikir-fikir untuk menunya tengahhari itu.
Yang sebenarnya tujuan Nuri membuat laksa
kerana mahu menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 8 tahun esok.
Selain laksa dia juga mahu membuat kek coklat dan bubur merah putih yang
dipelajari dari emak mertuanya di Pengkalan Hulu tempuh hari. Bubur itu sungguh
sedap di lidahnya.Tetapi oleh kerana ramai anak-anak saudara dan ipar duhai
Syukri yang pulang ketika itu, dia tidak dapat makan dengan puas. Esok dia mahu
memasaknya sendiri, untuk diri dan anak-anaknya juga.Kemudia dia mahu
mengagihkan sedikit pada kak Ton.
Malam itu ketika mereka duduk diruang tamu
menantikan waktu tidur Syukri menarik isterinya duduk rapat kesisinya. Setelah
Nuri duduk disisinya tangannya diletakkan dibahu isterinya. Sebuah ciuman
singgah dipipi isterinya. Nuri memalingkan wajah memandang kearah suaminya
sambil menarik seyuman lebar. Kemudian Syukri membungkukan badan mengambil
sesuatu dibawah sofa. Ketika itu semua anak-anak sudah ditidurkan.
“Dua
hari lepas abang ada beli sesuatu untuk sayang . Entah sayang suka
entah tidak”.
Syukri menghulur bungkusan didalam
beg yang cantik kepada isterinya. Setelah
membuka bungkusan yang diberikan kepadanya, Nuri memandang suaminya dengan rasa
terharu..
“Kenapa
abang belikan saya semua ni. Handbeg saya tu masih elok lagi, janganlah
membazir bang”. Sememangnya handbeg
hantaran yang selalu diguna oleh Nuri masih cantik lagi. Dua abangnya yang menetap di
Australia yang membelikan sebagai hadiah hari perkhawinanya dulu, tetapi dijadikan
sebagai barang hantaran oleh Nuri kerana ketika itu dia pun hendak berjimat.
Begnya sememang mempunyai kualiti yang bagus dan mahal sedikit harganya. Tetapi
kata orang alah membeli menang memakai. Walau pun sudah lama digunakan tetapi
masih ke;lihatan cantik lagi.
“Yang
itu pakailah juga jangan disimpan..tapi sesekali pakai lah yang ni sebagai
ganti-ganti. Nuri! abang tak pernah rasa membazir kalau belikan barang untuk
Nuri atau pun anak-anak.”
“Terima
kasih ye (Sebuah ciuman hinggap kepipi suaminya dengan rasa terharu) Abang
belikan Nuri ni kenapa. Ada apa-apa yang specil ke?”. Duga Nuri. Dia mahu
memastikan apakah suaminya mengingati hari bersejarah mereka.
“Hanya
ada apa-apa saja ke baru boleh abang belikan untuk Nuri. Kalau tak ada apa-apa
tak boleh?”.
“Hiss
abang ni..Taklah macam tu..manalah tahu abang menang loteri ke?”
“abang
tak pernah beli lotri macam mana nak menang. Hanya esokkan anniversary kita.
Abang nak memaknakanlah..Nuri tak ingat ke?”.
“Ingaaat..itulah
pasal saya masakkan abang laksa. Dah lama abang tak makan laksakan.Untuk
anak-anak saya nak masakkan bubur merah putih macam emak buat masa hari raya
hari tu. Kemudian saya nak masakkan kak Ton kek coklat, dia kata anak-anak dia
suka kek tu.”
“Untuk
Nuri nak makan, tak ada ke?”.
“Apa
pulak tak ada… saya nak makan semua yang saya masak tulah..Lagi pun ni abang
dah belikan hand beg dan kasut ni. Tak payah makan pun, Nuri rasa dah kenyang.
Mahal ni..kat mana abang beli berapa harganya bang”.
“Dah
tak jual lagi dah. Tak payahlah nak bayar”.
“Abang
ni… Kalau abang suruh Nuri bayar pun Nuri tak mampu Nuri nak bayar harga beg
PRADA dan kasut SCHOLL ni, cakaplah bang
berapa harganya.”
“Alaah
abang beli barang dah nak over due. Kan sekarang ni tengah MEGA SALE. Dua hari
lepas adalah pelanggan perempuan abang. Mereka cerita ada sale 50-70% kat SOGO.
Tengahhari tu abang pergi. Kalau Imah pergi mahu kering duit kat bank. Cantik-cantik
murah pulak tu Nuri. Masih ada lagi SALE ni..esok kita pergi nak? kita tenguk
baju pulak. Kita bawa anak-anak pergi merayau-rayau nak?.”
“Tak
nak lah nak buat apa… baju anak-anak dah banyak”.
“Yang
abang tenguk baju-baju anak kita..semua baju-baju anak buah Nuri yang kat Austrilia.
Kesin diorang”.
“Tak apa bang baju-baju tu masih elok lagi. Lagi pun budak-budak ni cepat besarnya.Beli hari ni dua tiga bulan daaah tak boleh pakai. Jadi yang dah ada ni pun dah cukuplah. Hari tu pun abang dah belikan diorang kat bebas cukai tu. Tahun depan nak dekat raya
barulah beli lagi ye.”
“Emm”. Hanya itu yang keluar dari bibir Syukri, mendengar penolakkan isterinya.
“Abang
marah ke..pada Nuri tak nak ajar anak-anak berbelanja pada yang tak perlu. Kerana ajaran
kita akan mempegaruhi cara hidupnya bila besar nanti”.
“Ialah”.
Kini dia sudah tahu sikap Nuri yang satu ini, susah mahu mengajak dia
berbelanja. Syukri akur dengan pandagan isterinya.Kemudian Nuri bangun, dia
menuju kedapur.
“Nuri
nak pergi mana tu”.
“Nuri
dah mengantuk ni, tapi sebelum tidur Nuri nak rendam mee laksa dulu, esok pagi
tinggal celur sahaja”.
“Dari
tadi abang nak tanya belum masak lagi laksanya abang dah tercium bau laksa,
mungkin teringin sangat makan laksa itu yang abang dah tercium baunya dulu.”
Suara Syukri sudah ceria kembali.
“Abang
ni..memang saya dah masak kuahnya
sebelum abang balik tadi. Kata emak kuah laksa ni kalau bermalam lagi
sedap. Boleh abang rasakan masin masam nya.”
“Ohh
boleh..boleh kenapa tak cakap tadi.” Laju langkah Syukri mendahului langkah
isterinya kedapur. Syukri memang hantu laksa Nuri mengetahui itu. Selesai
semuanya mereka kebilik tidur sebelum tidur, Syukri mengeluarkan rancanganya
bulan hadapan.
“Nuri
bulan depan kita pergi bercuti nak, abang teringin nak bermain dengan
anak-anak. Nuri mohon cuti barang dua tiga hari”.
“Kita
nak bercuti kemana?”
“Abang
rasa nak main air”.
“Nak
pergi pantai?. Pergi Pulau Pangkor ke?”.
“Pergi
tempat macam tu bawa anak-kecil abang
takut..rasanya macam bahaya”.
“Kalau
macam tu kita pergi Sunway Lagoonlah”.
“Tempat
macam tu ramai orang..Abang rasa macam nak sewa hotel yang ada kolam renang. Kalau
kat hotel orang tak berapa ramai..Lagi pun kat hotel kalau kita penat kita
boleh terus naik bilik berehat. Ok tak cadangan abang”.
“Ok
juga tu. Nanti Nuri mohon cuti atau pun Nuri kumpul cuti rehat dengan kelepasan
am satu masa, dapat banyak sikit”.
“Ok
juga tu. Kalau boleh Nuri minta waktu orang bekerja…masa tu tentu orang tak
berapa ramai. Kalau hujung minggu ramai orang,
susah..kita tak bebas. Abang dah beli kan swimming sut untuk kita semua. Nak tenguk?”. Syukri bangun
mengambil apa yang dikatanya.
“Cuba
Nuri pakai abang nak tenguk. Kalau dia tak menunjukkan aurat Nuri boleh pakai
nanti”. Nuri mencuba swimming sut dihadapan suaminya, terkekek-kekek Nuri
kerana rasa lucu pula dengan pakaian seperti itu tidak pernah tersarung
dibadannya begitu juga Syukri. Tetapi ketawa Syukri kerana dia bahagia.
Bagi
Syukri isterinya lain dari yang lain, diajak bershopping dia keberatan, di ajak
pergi bercuti mudah pula. Hujung bulan itu seperti yang dijanjikan mereka
sekeluarga bercuti. Duduk bermalam tiga hari dua malam dihotel sekitar Kuala
Lumpur sahaja. Syukri menyaksikan kegembiraan isteri dan anak-anaknya bermain air. Dalam diam dia berjanji akan
mengganti waktu-waktunya yang terlepas dihari yang akan datang. Mungkin cuti
yang akan datang dia mahu membawa Nuri dan anak-anaknya ke ‘A'Famosa Water World Melaka’ Dia sudah bertanya kepada MR GOOGLE
dan mr googlenya telah memberi gambaran yang baik.
Sebulan
selepas mereka pulang bercuti. Nuri didatangi oleh seorang tetamu yang
pernah hadzir dalam kehidupan mereka suatu ketika dulu. Hari itu hari minggu
kebetulan dia baru pulang dari kerja malamnya. Sedang dia sibuk didapur
kedengaran suara perempuan memberi salam. Laju tangan Nuri menyarung tudung
yang disangkut ditepi dinding. Sambil berjalan laju menuju kepintu sambil dia menjawab salam. Alangkah terkejutnya bila
pintu dibuka Sarah berdiri di hadapan pintu rumahnya Kebetulan pula dia tidak
mengunci pintu pagar kerana mungkin sebentar lagi suaminya akan pulang. Itu
sudah menjadi kebiasaan Syukri akan kebengkelnya walau pun dihari minggu, untuk
memastikan keadaan bengkelnya dan akan menyiapkan sedikit kerja-kerjanya dia
bahagian pejabat..
“Ehh
Sarah masuklah.” jemput Nuri ramah sambil membuka grill yang berkunci.
“Terima
kasih”.
“Kawan
Sarah pun jemputlah masuk”.
“Ini
Maryam.” Sarah memperkenalkan teman yang menemaninya.
“Abang
ada ke Nuri?”
“Dia
pergi bengkel..katanya ada kereta yang nak disiapkan cepat sebab orang tu nak
pakai pergi kerja”. Nuri kedapur untuk
menyediakan sedikit juadah untuk menjamu
tetamunya. Kebetulan pula Syukri mengoreng mee hoon untuk minum pagi
mereka sekeluarga pagi tadi.
“Nuri
tak payahlah susah-susah..kak Sarah datang ni nak minta tolong Nuri ni”.
“Tak
apa sekejap saja. Semuanya dah ada ni. Pagi tadi abang gorengkan saya me hoon
ni masih ada lagi ni”. Anak-anak Nuri
mengerumuni Nuri bila ada tetamu yang tidak dikenali mendatangi rumah mereka.
“Abang
kakak bawa adik masuk bilik ye, umi nak cerita dengan kawan umi tu sekejap”. Sarah
masuk kedapur untuk membantu.
“Boleh
ke kak Sarah masuk dapur Nuri”.
“Boleh
tu boleh lah tapi dapur saya ni bersepah sangat”.
“Dah
nak mula masak tengahhari ke Nuri.”
“Kena
masak cepat, masak berebut dengan anak,”.Sarah membatu membawa pinggan dan
cawan keruang tamu dan meletakkan dimeja kopi. Nuri yang membawa semangkuk mee
hoon dan teko berisi air teh lalu menuang kedalam cawan.
“Meh
jemputlah minum”. Tiga orang anaknya sudah duduk disisi dan seorang lagi
dipangkua Nuri.Wajah Nuri tenang sahaja sambil melayani tetamunya.Walaupun
didalam hati berdebar bagai mahu pecah rasanya didinding jantungnya.Setelah
berbasa basi lebih kurang terus sahaja Sarah ke tujuannya datang menziarahi Nuri.
“Nuri
sebetulnya kak Sarah datang ni ada hajat, nak minta tolong Nuri sampaikan pada
abang. Kak Sarah nak abang…” dek kerana debaran hatinya yang mengila Nuri tidak
sabar mendengar kata akhir yang keluar dari mulut Sarah, cepat sahaja dia
memintas..
“Boleh..boleh
nanti Nuri sampaikan pada abang. Memang abang masih sayangkan Sarah. Tapi mungkin
tak boleh bulan ni agaknya, mungkin bulan depan boleh tak Sarah sabar sikit nak
tunggu waktu tu”.
“Apa
yang Nuri maksudkan???”. Nuri pegun
memandang Sarah, bila Sarah menyoalnya begitu.
“Yang
sebetulnya apa maksud Sarah bila Sarah kata ‘nak abang’?”
“Kak
Sarah nak abang jadi wakil akak.Yang sebenarnya kak Sarah dah nikah dua minggu
sudah. Ini adik ipar kak Sarah, tapi majlisnya bulan depan. Kak Sarah cepat-cepat
datang sini sebab dulu abang kata.. Nuri kena minta cuti sebulan lebih awal,
sebab nak susun jadual tugas Nuri tu
betul begitukan”.
“Ohh!!
Minta maaf ye saya dah salah anggap pada…”
“Nuri
panggillah kak Sarah..akak memang lebih tua dua tahun dari Nuri”.
“ingatkan
tadi kak Sarah nak rujuk balik dengan abang…”
“Tak
Nuri..akak dah tak ada niat nak rujuk pada abang. Dulu selepas kami berpisah
dia janji akan jadi abang angkat pada
akak. Kami pun memang adik beradik angkat masa zaman sekolah dulu. Tapi ialah
akak yang silap percaturan.. akak minta
maaf banyak-banyak pada Nuri kerana menyiksa perasaan Nuri selama ni. Akak
harap berilah penuh kepercayaan Nuri pada abang balik. Sebetulnya dia sangat
sayang pada Nuri. Dulu akak cuba bertahan nak duduk disisi dia, tapi lama-lama
akak kasihan kat abang… hidupnya jadi tak ceria bila Nuri minta cerai dari dia.
Nuri tak perasan ke, masa Nuri mengandung anak yang ketiga abang jadi kurus.
Sebetulnya dia tak lalu makan, malam pun tidur sering terjaga.Dia selalu
termenung. Kak Sarah tahu dia susah hati mengenangkan permintaan Nuri. Bila
akak yang minta cerai cepat saja dia ceraikan akak.Yang sebetulnya dari dulu
lagi akak tahu dia dah tak sayangkan akak, sejak arwah emak akak tolak pinagan
dia. Dia hanya kesihankan kat akak saja”.
Sedang mereka berbual Syukri pulang dari
bengkelnya. Dari jauh dia sudah nampak kereta Sarah terpakir ditepi pagar. Hatinya
jadi berdebar. Berbagai soalan menerjah ke otaknya. Mungkinkah..mungkin kah…
itulah pertanyaan yang tidak dapat dijawab oleh kepalanya. Mampukah bahagianya
yang baru hendak menjengah kehidupanya bersama Nuri bertahan jika Sarah meminta
yang tidak-tidak. Rasa tidak sabar mahu mendengar apakah yang dimahukan oleh
Sarah hingga datang menemui Nuri dirumah.
Setelah
memberi salam dan terjengul sahaja dia dimuka pintu…
“Ehh
Sarah kenapa datang sini???..”Nuri menghampiri suaminya, dicapainya lengan
suaminya lalu ditarik supaya dia duduk disofa bertentangan dengan Sarah.
Mengapa Nuri berbuat begitu..kerana dia
nampak ada kemarahan diwajah suaminya..
“Bang duduklah dulu. Sarah datang ni dia nak
abang….” Syukri yang baru mencecahkan punggung kesofa terbangun semula bila
mendengar apa yang diperkatakan oleh Nuri. Gaya spontan Syukri membantutkan
kata-kata Nuri.
“Sarah!!
Sarah tak faham ke apa yang abang cakap..abang tak mampu..betul betul abang tak
mampu..”
“Bang
kalau abang tak mampu nak bayar minyak dan tol nanti biar Nuri yang bayarkan…”
Bila Syukri berkata begitu seolah-olah Sarah pernah menghubungi Syukri dan Syukri sudah tahu permintaan Sarah (meminta
menjadi wakilnya), jadi itulah yang keluar dari mulutr Nuri pula.
“tak
Nuri kak Sarah hanya nak abang datang saja, duit minyak dan duit tol nanti
Sarah yang sediakan”. Makin bercelaru otak Syukri.
Dia cuba memahami apa yang diperkatakan oleh
dua orang wanitya dihadapannya. Syukri
jadi terpinga-pinga mendengar bicara Nuri dan Sarah sungguh-sungguh dia tidak
faham.Maryam yang duduk memerhati hanya tersenyum. Dia hanya mendengar tiga orang manusia yang ada hubungan pada
suatu ketika dahulu bercelaru kepala sebab tidak sabar. ‘Mereka bertiga sudah salah tafsir.Itulah bahananya kalau suka memintas
kata-kata orang. Lain kali kalau orang bercakap dengar dulu sampai habis kalau
tak inilah jadinya’. Detik hati Maryam yang menjadi tukang tenguk, pandang
dan dengar, namun dia tetap bersiap sedia kalau ada pergaduhan yang ada adigan
ganas nanti..
“Ehh
apa maksudnya ni? Nuri apa tujuan Sarah datang jumpa Nuri yang sebenarnya.” Syukri
mencari kepastian.
“Kak
Sarah datang nak abang jadi wakil pada majlis dia bulan depan.. kan kak Sarah”.
“Haah
Bang,Nuri.. Sarah ni perempuan Melayu
bang. Sarah naklah jadi macam wanita Melayu yang lain. Hari sanding Sarah
diiringi oleh kaum kerabat dia. Walaupun kaum kerabat tipu”.
“Abang
tak mahu dengar cerita kaum kerabat tipu tu. Cerita terang-terang tujuan Sarah
datang rumah abang ni”.
“Mana
ada tak terangnya bang,ni Sarah cuba nak terangkan kat abanglah ni. Dengarlah
dulu..”
“Ialah
dengar lah ni..”
“Dua
minggu sudah Sarah dah nikah dengan abang Maryam. Ini adik ipar Sarah..
Maryam.. Tapi majlisnya bulan depan. Jadi Sarah nak minta tolong abang jadi
wakil Sarah dalam rombongan pengantin perempuan pergi kerumah pengatin lelaki. Duluabang
kata..abang adalah abang angkat Sarah. Jadi
ni Sarah datang sebagai adik minta tolong abang jadi wakil Sarah. Boleh ye
bang”. Sayu kedemgaran suara
Sarah.Sememangnya dia sedeh bila Syukri mengherdiknya begitu.
“Ohh
abang dah salah faham tadi”.
“Apa
yang abang faham?”
“Tadi
abang ingat, Sarah nak balik dengan abang. Malu abang fikir yang buruk tentang
Sarah maaf ye.Berkenaan setuju nanti abang bincang dengan Nuri dulu”.
“Bang!
Biarlah Sarah jelaskan kat sini depan Nuri, supaya kita tak ada salah faham
lagi. Sarah dah tak terfikir dan tak terniat lagi nak hidup sebumbung dengan
abang lagi. Sarah dah sayang sangat dengan suami Sarah sekarang. Dialah jodoh
yang Allah tunjukkan pada Sarah. Sarah cakap macam ni bukan kerana ada adik
ipar Sarah kat tepi Sarah ni. Tapi apa yang Sarah nyatakan adalah diri hati
Sarah yang ikhlas. Sarah dah tak pandang lelaki lain dah, dialah suami Sarah
dunia akhirat.” Sarah mengatakan apa yang benar dari hatinya. Sememangnya kasihnya
sudah melimpah kepada Mizan. Dia tidak sedar bilakah kasih nya berputik untuk
suaminya namun sekarang ini bagai tidak sabar menanti kepulangan suaminya tiga
minggu lagi.
“Alahamdulliah,
bertemu juga Sarah dengan jodoh Sarah.Yang sebetulnya tahu tak suami Sarah yang
Sarah nak minta bekas suami Sarah jadi wakil dia masa majlis Sarah nanti.” Suara
Syukri sudah lembut kembali bila dia tahu duduk perkara yang sebenarnya.
“Tahu..
Sarah dah cerita pasal kita dulu”.
“Habis
dia tak marah..abang takut pasal abang nanti rumah tangga Sarah yang baru
dibena purak peranda kerana salah faham”.
“Taaak,
Sarah dah terus terang dengan dia. Sarah
dah cakap juga dengan dia, Sarah ni tak boleh nak harapkan abang-abang Sarah.
Sarah dah tak ada siapa-siapa lagi, hanya abang yang Sarah dah anggap, abang
Sarah dunia dan akhirat”.
“Semoga
jodoh Sarah dengan dia kekal hingga keSyurga”.
“Amin..In
Syaa Allah bang, Sarah akan jaga hubungan kami. Dia sangat baik pada
Sarah..majlis sanding ni pun dia buat kerana nak tunaikan impian Sarah.Tapi
yang sebetulnya dulu Sarah cakap main main saja.Tak sangka pula dia nak tunaikan
juga impian Sarah. Walau pun tak adalah besar-besaran tapi adalah juga majlis
bersanding nanti.” Nuri bangun hendak menuju kedapur nampun tangan cepat
disambar oleh Syukri.
“Nuri
nak pergi mana duduklah sini. Dengar apa yang Sarah cakap dengan abang”.
“Tak
apalah abang ceritalah dengan Sarah, Nuri nak siapkan makan tengahari kita. Nuri
nak ajak Sarah dan Maryam makan tengahari, semua bahan dah siap dah tinggal nak
buat saja”.
“Tak
apa kejap lagi abang tolong masak”. Tiga orang anak-anak Syukri sudah mengerumi
dirinya.Tadi..Mendengar sahaja deruman kereta babanya mereka turun dari kerusi
danmeluru kepintu, untuk menyambut kepulangan baba mereka. Itulah sebabnya Nuri
sentiasa mengunci pintu grill, ditakuti anak-anaknya akan menerpa kereta baba
mereka yang sedang masuk kedalam pagar.
“tak
apa bang biar Sarah dan Yam yang tolong. Abang jagalah anak-anak abang tu.
Patutlah Nuha melekat sangat dengan abang, raut muka abang sama betul dengan
dia. Kalau abang tak ada misai memang samakan Yam”.
“Haah
lah.Ohh inilah Nuha, anak perempuan kak Nuri sorang saja ke?”. Sambung Maryam
dia selalu mendengar nama Nuha bila Sarah bercerita deganya dulu.
“Haah
Yam..tapi melekat sangat dengan baba dia, dah besar macam ni pun kalau nak susu
nak mandi nak pakai baju pun dia tak suka akak yang buat untuk dia, semua nak
baba dia”.
“Sebab
peremapuan lah agaknya tu, tapi kalau anak perempuan ikut muka ayah dia orang
kata ‘sejuk’.”
“Apa
yang sejuk” Balas Syukri ingin tahu.
“Entahlah,
Yam ni belum kahwin mana nak tahu sejuk tu apa”. Terkekek tiga orang mentertawakan Maryam yang terkulat-kulat.
Tengahari itu Sarah dan Maryam makan dirumah
Nuri. Selesai makan dan berkemas Sarah dan Maryam meminta diri. Sekali lagi
tarikh persandingan dirinya dinyatakan agar Syukri mahu pun Nuri tidak terlupa.
Kelihatannya Sarah sungguh mengharapkan
pertolongan dari mereka berdua. Pulang sahaja tetamu mereka, Nuri kelihatanya
termenung dibiliknya. Syukri yang memerhatikanya diambang pintu bilik pun tidak
disedari. Kemanakah agaknya lamunanya.Tanya hati Syukri.Yang sebenarnya Syukri
takut menghadapi kebisuan Nuri seperti dulu.
“Nuri!”.
“Astagfirfullah!!Abang
ni terkejut Nuri”.
“Nuri!!kalau
Nuri tak suka abang jadi wakil Sarah takapa.. abang boleh cakap dengan dia”.
“Apa
nak cakap dengan dia. Abang nak cakap Nuri yang tak bagi abang tolong dia?”
“Janganlah
cakap macam tu..kita carilah alasan lain. Nuri kena balik Kuala Selangor
ke..atau cuti Nuri tak diluluskan ke..banyak kita boleh cipta alasaan”.
“Tak
apalah bang..abang tolong lah dia. Tadi saya nampak Sarah sangat mengharapkan
abang tolong dia.”.
“Jangan
paksa diri kalau Nuri rasa tak selesa. Abang lebih pentingkan perasaan Nuri
dari perasaan orang lain Nuri. Abang tak mahu istreri abang tersiksa kerana nak
bahagiakan atau nak gembirakan orang lain.”.
“Taklah Nuri ok aja. Nuri tak rasa apa pun”.
“Habis
yang Nuri termengung jauh tu kenapa? hampir lima minit abang berdiri kat pintu
tu, Nuri tak perasan, tentu Nuri fikirkan perkara serius..itu sebabnya Nuri tak
perasan kan abang.”
“Tak
adalah.. mana ada Nuri termenung…Nuri berfikir saja”.
“Apa
yang Nuri fikirkan.Cuba cakap dengan abang”.
“Tak
ada- apa..bang anak-anak mana bang?”.
“Ada
kat depan tu..haa mulalah Nuri nak pusing cerita. Cepat cakap dengan abang”.Syukri
mula menghapiri isterinya.Dia mula mengomol isterinya.Terjerit-jerit Nuri
kerana tidak tahan dengan perlakuan suaminya.
“Banng!!!Jangalah
bang Nuri gelilah..” kerana jeritan uminya anak yang diruamg tamu berkejaran
mencari uminya yang terjerit.
“Cepat..cepat
anak-anak baba kita geletek umi”. Anak-anaknya mula mengikuti arahan babanya.
Mereka sekeluarga berkubang diatas katil.
alahai mak teh... bestnya... teruja rasa hati nak baca n3 seterusnya sambungan cerita nuri dan syukri ni.... TQ mak teh... Mak Teh tetap the best.
ReplyDelete