Sudah hamper seminggu anak dudanya mengakhiri zaman dudanya
dengan dengan gadis muda. Dan sejak itu juga hati Tengku Faridah memang tidak
senang. Yang sebenar dia tidak percaya sama sekali akan keikhlasan Nur Hidayah
menjadi isteri anaknya. Dia percaya mesti ‘ada
udang disebalik batu’ tentang persetujuanya. Tak kan seorang gadis muda
yang tiada cacat cela dengan rela hati menjadi isteri kepada seorang duda yang
sudah berumur dua kaliganda tua dari umurnya, penghidap HIV positive pula tu.
Apa itu HIV, kuman yang akan merenggut nyawa sesiapa yang dijangkiti dan tiada
ubat untuk menyembuhkannya. Itu adalah
sebab utama mengapa dia mempertikaikan kesudian Nur Hidayah menjadi isteri
kepada anaknya.
Dengan hasrat ingin tahu kegiatan anak menantu, dia mula
memijak tangga naik keatas mahu memeriksa bilik anak menantunya. Secara
diam-diam dia mula menjadi ‘Detective
Conan’. Detective Conanlah sangat, bila menyiasat bilik anak
menantunya yang tidak berkunci. Tiada langsung cabaran untuk membukan pintu
bilik. Dengan sekali pulas bilik sudah terbuka.
“Laaa..tak berkunci rupanya bilik siFaris ni. Macam bilik
zaman duda juga rupanya.” Tengku Faridah mula melangkah masuk, dia membuka
pintu almari baju untuk mencari klu siasatannya. Tiada baju perempuan disitu,
ini bermakna Nur Hidayah tidak meletakkan bajunya satu almari dengan suaminya.
Selak sana, selak sini, tinjau sana , tinjau sini.. tiada apa yang menarik atau
lebih tepat tiada bahan bukti yang dijumpai. Dia keluar, kermudian dia masuk kebilik bersebelahan bilik anaknya
juga tidak berkunci. Seperti dibilik
anak nya Tengku Faridah membuka almari baju dan disitu terdapat beberapa helai baju perempuan. Kini dia tahu
Nur Hidayah menggunakan bilik itu sebagai biliknya. Dari siasatan pertama sudah kedapatan anak
dan menantunya tidak tidur sebilik dan itu disampaikan kepada suaminya.
“Bang kita kena tegur kelakuan menantu baru kita tu”.
“Kenapa Idah..dia buat apa yang kita nak kena tegur
kelakuan dia?”.
“Mereka berdua tu tak tidur sebilik. Entah-entah Hidayah
yang tak mahu sebilik dengan Faris”.
“Ia ye ke..Tapikan setiap pagi mereka turun sama-sama, pergi
kerja pun sama-sama. Cuba kita tenguk masa kat meja makan.. elok sahaja dia
melayani Faris makan. Dan Faris pun nampak happy sahaja. Macam mana yang Idah
tahu mereka tak tidur sebilik?”.
“Idah dah pergi tenguk bilik diorang..Faris tidur bilik dia
dan Hidayah kat bilik sebelahnya. Memang dia pandai berlakon depan kita. Faris
pun satu.. sokong sahaja apa yang dibuat oleh Hidayah tu.Macam dah kena queen
control sahaja. ”. Melihat riak suaminya seperti tidak mempercayai kata-katanya
Tengku Faridah mengajak suaminya menjalankan satu operasi..
“Kalau abang tak percaya malam karang kita intai
mereka..abang tenguk sendiri, nanti baru abang percaya apa yang Idah cakap ni
betul ke tak.” Tekad Tengku Faridah
mengajak suaminya menjalankan operasi untuk membongkar salah laku
menantu muda mereka..
Malam itu ketika anak dan menantunya pulang dari masjid.
Bila pintu masuk dibuka dari luar kedengaran salam diberi oleh anaknya.
“Assalamualaikum”. Suara garau memberi salam. Di jawab oleh
pasangan warga emas yang sedang berihat diruang tamu. Ketika anak menantu
melintasi mereka, anaknya tidak singgah duduk bersama mereka diruang tamu seperti dia dizaman dudanya dulu. Tetapi sebagai berbasa basi teguran dihulur.
“Daddy mommy kami naik dulu”. Suara anaknya memberi tahu dan
mereka berdua menuju ke anak tangga naik kebilik.
“Pergilah.” jawab mereka bersama. Naik sahaja anak dan
menantunya pasangan suamiisteri warga
emas mula mengintai. Yang dilihat…Nur Hidyah sama-sama memasuki bilik Tengku
Faris.
“Haa tenguk tu Idah Hidayah masuk kebilik Faris”.
“Memanglah masa ni mereka masuk sama-sama. Nanti lebih kurang
sejam Hidayah akan keluar dari bilik
Faris dan masuk kebilik sebelahnya. Karang agak-agak pukul 4 pagi sekali lagi dia masuk
bilik Faris siap pakai telekung lagi. Apa agaknya tujuan dia berlakon macam
tu..kalau tak nak mengabui mata kita ni.”.
“Mana Idah tahu lebih kurang pukul empat pagi Hidayah masuk bilik Faris.
Idah tak tidur ke asyik nak jaga dia… dah berapa lama Idah mengintip ni”.Hairan
Tengku Faizal isterinya tahu pergerakkan menantu baru mereka.
“Ida tak sedap hati itu yang Ida intip tu. Ida tenguk dah
tiga hari dah. Kalau abang tak percaya tunggu
lebih kurang sejam nanti Hidayah akan keluar dari bilik Faris dengan masih
bertelekung.. Dia memang nampak mesra dan manja dengan Faris depan kita.
Tenguklah dia layan Faris kat meja makan, siap menyendukkan lauk lagi untuk Faris. Waktu pagi pula sekali
lagi dia keluar dari bilik Faris tu tau
bang.Dah siap berbaju kerja lagi, nampak macam dia pakai baju dia dalam bilik Faris, tapi yang
sebetulnya baju dia tak ada pun dalam almari baju Faris. Idah dah tenguk dah.
Pandai betul dia ni berlakon. Ida memang ragu dengan Hidayah ni dari mula lagi.
Kalau nak difikirkan mana boleh dengan senang hati dia terima Faris yang dah
ada kuman bahaya dengan begitu mudah sekali. Ni mesti dah rancang sesuatu ni..”
“Emmm”. Hanya itu yang keluar dari rongga rengkung Tengku Faizal tentang aduan isterinya mengenai tingkahlaku menantu
mudanya. Walaupun tidak percaya dengan cerita isterinya, namun untuk tidak
mengecewakan hati sang isteri dituruti juga kehendak isterinya..sama-sama
mengintai kegiatan anak dan menantu mereka.
Sungguh benar kata-kata Tengku Faridah. Lebih kurang satu
jam kemudian Nur Hidayah keluar dari bilik suaminya dengan masih memakai
telekung. Tengku Faizal melindungkan diri dari dilihat. Mereka memastikan Nur Hidayah masuk kebiliknya. Bila
kedengaran pintu bilik Hidayah ditutup dengan perlahan. Tengku Faizal suami
isteri mula memanjat tangga. Sambil mendaki anak tangga sambil isterinya
berbisisk ketelinganya.
“Pintu bilik dia pun dia tutup perlahan kan bang, dia takut
kita dengar lah tu dia masuk bilik dia”. Setelah yakin Nur Hidayah didalam
bilik, Tengku Faizal pula memasuki bilik anaknya.
Ketika pintu bilik dibuka yang dilihat Tengku Faris sedang meraup tangan
kemuka tanda baru selesai solat. Tengku Faizal tidak terus bertanya bila
melihat anaknya mengangkat tangan untuk berdoa.
Dia duduk dibirai katil anaknya. Isterinya agak lambat sedikit memasuki bilik
anaknya kerana dia kepintu bilik menantu untuk memastikan pintu betul-betul
telah ditutup. Tidak lama kemudian Tengku Faridah pula memasuki bilik anaknya
dan menutup pintu sekali. Usai anaknya berdoa..mereka berdua mula menyiasat.
“Ris daddy nak tanya…” kelihatan berat Tengku Faizal mahu
bertanya.. Tengku Faridah jadi tidak sabar. kerana hati nya penuh dengan rasa
curiga.
“Ris!!!....”kedengaran kasar panggilan Tengku Faridah. Mana
tak kasar suara yang keluar diikuti dengan rasa marah.
“Idaah biar abang yang tanya”. Lain pula dengan nada suara
Tengku Faizal yang lebih lembut.
“Tak biar Idah yang tanya..Ris!
Hidayah ke yang tak mahu duduk sebilik dengan Ris..Isteri apa dia tu kalau dia
tak sanggup melayani keperluan suami. Dia hanya nak menanti habuan harta sahaja
ke, selapas menjadi balu..”.
“Ida mengucaplah lah
Daah..jangan diikutkan sangat rasa hati”.
“mommy!! Ris yang tak
mahu. Ris yang suruh dia duduk bilik asing. Dia anak Ris mommy. Ris tak mahu
memusnahkan hidup dia. Ris tak mahu ada kuman ADIS masuk kedalam darah anak Ris.
Dia masih muda baru nak kenal dunia. Lagi
pun Ris hidup tak lama mommy..Lelaki kat Malaysia ni lain, kalau tahu gadis tu
anak luar nikah diorang tak sudi nak ambil dia jadi isteri. Ris tak mahu
setelah Ris tak ada, Hidayah hidup dalam dunia isteri yang gersang belaian
kasih seorang suami. Dahlah selama ini Ris tak pernah bertanggungjawab pada dia.
Sekarang ni Ris nak berkorban untuk dia, Ris nak jaga dia sebagai anak Ris.”.
“Kalau nak bertanggung
jawab.. bertanggung jawablah sajalah, tak payahlah ambil dia jadi isteri. Tak
guna Ris nikah dengan dia kalau dia tak jalankan tanggung jawab sebagai
isteri.”.
“Sebelum Ris mati Ris nak
duduk sebumbung dengan dia... Ris nak melindungi anak Ris. Ris nak jadi mahram
dia, mommy. Tapi kalau kami tak nikah dia bukan mahram Ris..kami bertentang
mata, padang memandag kami akan mengumpul dosa. Takkan mommy sampai hati
membiarkan Ris mati dengan dosa yang bertambah setiap hari. Kata Hidayah dosa
ni, kalau berkumpul dalam hati akan menyebabkan kita susah nak menerima
kebaikkan. Ris takut menambah dosa lagi, dahlah kita tak tahu taubat Ris ni di
terima oleh Allah ketidak. Tapi Ris pun nak bersangka baik.. Allah terima
taubat Ris ni. Sekarang ni Ris cuba tak mahu menambah dosa yang boleh di elak,
mommy.”
“Habis keperluan Ris
sebagai lelaki macam mana..Sanggup ke Ris bertahan selama Ris hidup. Tak tambah
derita Ris ke?”.
“Sejak Ris tahu jangka
hayat Ris, rasa nak berseronok dah tak
ada mommy. Ris tak pernah fikir pasal peremopuan lagi. Yang Ris ingat sekarang
Ris nak bertaubat. Ris nak Allah pandang Ris. Ris nak Rahmat dan HidayahNya. Semoga kubur Ris
lapang dan terang. Ris perlukan keampunan Allah mommy”. Tengku Faris sudah menangis dan
mencapai tangan mommynya.
Tengku Faridah jadi tertunduk mendengar
penerangan anaknya yang sudah tahu dosa sekarang ini. Dirinya juga sudah mudah
menangis mungkin dia menginsafi dirinya yang terlalai.
“Habis yang Ris berlakon
macam ni kenapa..balik masjid Hidayah duduk lama dalam bilik Ris, nanti kami
dah tidur dia masuk bilik dia”. Sambung Tengku Faizal bila dilihat isterinya
jadi terkedu mendegar jawapan anaknya tadi. Bagi Tengku Faizal bukan dia tidak
percaya keikhlasan anak menantunya namun sudah alang-alang bertanya biar sampai
keakar umbinya mereka tahu tentang lakonan yang diceritakan oleh isterinya.
“Mana ada Ris berlakon.
Hidayah masuk bilik Ris bukan duduk sahaja
dia temankan Ris solat ganti (kadaq). Ris akan cuba mengkadaqkan solat-solat
yang dah Ris tinggal dulu. Ni dapatlah Ris kadaq dua waktu untuk solat Isak.
Hidayah pula dia buat solat sunat hajat dan solat witir. Katanya dia buat solat
hajat memohon pada Allah tetap dan tabahkan hati Ris dengan ujian dariNya.
Lepas tu dia buat solat sunat witir tiga rekaat. Dia kata solat sunat witir ni sunat
muakkad, sunat yang di tuntut dilakukan sekurang-kurang seorang dalam satu rumah. Kadang kadang Ris teringin
nak buat solat sunat macam dia daddy tapi Ris tak boleh, sebab hutang salot
Ris masih banyak”.
Haram baginya mengerjakan
solat sunat sebelum diqada’kan solatnya.
Sumber:
http://soleh.net/2008/08/25/qada-solat-hutang-yang-wajib-dibayar/
Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting
dan digalakkan melakukannya.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun
sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:
“Sesiapa yang
tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan
oleh Ahmad dan Abu Daud)
“Habis yang pagi tu dia
masuk pukul 4 pagi untuk apa pula”.
“Yang dinihari tu, dia
kata sebelum bersahur dia nak tunaikan solat tahajud empat rekaat dengan dua
salam pula..solat disepertiga malam, sambil-sambil dia temankan Ris solat kadaq
zohor dan asar, kalau ada masa lagi
kadang-kadang Ris buat kadaq solat subuh juga. Biasanya siang Ris cepat letih
mungkin sebab kita puasa tenaga jadi kurang. Pukul lima baru kami bersahur dan
terus ke masjid untuk solat subuh. Kalau masih ada waktu Ris ganti kan lagi
solat subuh satu atau dua waktu ”. Dimata Tengku Faizal anaknya begitu
bersungguh menggantikan puasa dan solat yang telah ditinggalkan. Dia bersyukur kepada
Illahi kerana anak diberi HidayahNya sebelum dia menutup mata.
“Yang Ris berkejar ke
masjid buat apa solat berjemaah sahaja dengan daddy kat rumah..pun kita dah
dapat kebaikkan solat berjemaah”.
“mommy Ris nak cari
sebanyak mungkin pahala..kata Hidayah makin ramai jemaahnya makin banyak pahala
yang kita dapat mee.Hanya ini sahaja kesempatan yang Ris ada, dengan hidup yang
semakin hari semakin hamper masa tamat mee”.
“Habis yang pagi sebelum
pergi kerja Hidayah masuk bilik Ris juga macam berlakon dia pakai baju kerja
kat bilik Ris buat apa?”.
“Dia tak pernah berlakon daddy. Daddy Ris ni masih Ris yang
dulu..kalau dah dapat tidur Ris macam tak ingat dunia. Biasanya balik masjid
Ris akan tidur balik. Ris yang pesan bila dia dah siap nak pergi kerja masuk
bilik Ris kejutkan Ris kalau tak Ris memang tak boleh nak bangun sendiri. Ris
dah cuba set jam tapi tak menjadi.. Hidayah terpaksa juga masuk bilik kejutkan
Ris, lepas tu sementara Ris mandi dia kemaskan katil Ris. Walau macam mana pun
dia nak juga pahala buat sesuatu untuk suaminya. Itu sebabnya dia akan bangun sediakan sahur dan masak sedikit untuk berbuka untuk Ris katanya yang mana dia boleh dia akan buat untuk Ris.”
Kedengaran nafas panjang keluar dari
mulut Tengku Faridah..wajahnya jadi muram bila mendengar cerita anaknya. Yang
sebenarnya hatinya dijentik rasa bersalah kerana mencurigai menantunya. Terasa
dirinya tidak berguna bila mengetahui usha-usha Nur Hidayah membantu anaknya
menjadi hamba yang mahu membetulkan kesalahan diri. Dia sebagai ibu apakah
peranannya.
Untuk memesongkan rasa bersalah kerana
mencurigai Tengku Faizal meminta…
“Esok Ris puasa lagi”.
“In Syaa Allah..sekarang ni Ris tak
boleh tak puasa..banyak sangat hutang Ris pada Allah. Ris takut dituntut hutang
ni oleh Allah masa Ris didalam kubur. Masa tu Ris dah tak boleh nak buat
apa-apa. daddy”.
“Kalau macam tu tolong kejut daddy
juga. Daddy rasa nak puasa juga, Farid pun puasa.. Idah nak puasa kita puasa
bulan Rejab”.
Tengku Faridah hanya menganggukkan
kepala sahaja untuk menjawab pertanyaan suaminya.
Al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa
Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai
doa yang tidak ditolak”.
Al-Dailami meriwayatkan
daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat,
doanya mustajab dan amalannya digandakan”.
Imam Ahmad, al-Tirmidzi
dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang
berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga
selesai makanannya”.
Begitulah hikmahnya puasa kadaq Tengku Faris, dari puasa
ganti untuk dirinya sendiri, diikuti pula oleh kedua orang tuanya dengan berpuasa
sunat dibulan Rejab...
Kini sudah dua minggu dia berpuasa. Dirinya sudah biasa. Dia
tidak terlalu menderita, malah dia merasa selesa bila perutnya tidak dipenuhi
dengan makanan yang kadang-kadang menyenakkan. Pagi itu seperti biasa pada
pukul sepuluh pagi Nur Hidayah akan
menjenguk kebilik Tengku Faris. Dia mengetuk pintu dan membuka nya lalu memberi
salam. Dia datang menjenguk kerana mahu melihat keadaan Tengku Faris.
“Assalamualaikum pa..”
dia melangkah masuk, dilihat Tengku Faris tekun mengadap komputernya. Tidak
seperti seminggu sebelumnya,di waktu itu papa merangkap suaminya sudah tergolek
disofa bersebelahan meja kerjanya.
“Walaikumsalam..anak dara
papa ni dah minum?” Walaupun dia melihat
Nur Hidayah masuk dan duduk di hadapanya, namun dia tidak memalingkan
mukanya memandang.Tekun dia mengadap komputernya melunaskan tugas yang
diamanahkan kepadanya.
“Takk Dayah..nak makan
dengan papa Magrib nanti”.
“Ehh kan Hidayah tak
boleh puasa hari ni. Minumlah jangan tunggu papa..papa ni wajib berpuasa”.Mendengar
jawapan Nur Hidayah barulah Tengku Faris
menghentikan kerja-kerjanya, mengadapkan mukanya memandang Nur Hidayah yang
sudah duduk dihadapanya.
Dia hairan melihat anak perempuanya tetap tidak makan dan
minum walaupun dia tidak berpuasa. Pagi itu Nur Hidayah berpakai biasa ketika
mengejutkan dirinya seperti biasa. Bila ditanya mengapa dia tidak solat. Dia mengatakan dia sedang uzur syarie’ yang
menghalang dia bersolat dan berpuasa untuk kira seminggu lamanya. Walau bagai
mana pun, dia tetap menemani dirinya bersolat dan bersahur. Waktu kebiasaan
mereka kemasjid Nur Hidayah tetap bersiap juga memakai tudung dan berpakaian
labuh untuk kemasjid. Bila dia agak lewat keluar dari bilik Nur Hidayah
menjenguk ke biliknya.
“Papa tak pergi masjid ke?”.
“emmm”. Yang sebetulnya Tengku Faris rasa keberatan bila
mahu pergi seorang diri. Melihat Tengku Faris teragak-agak..
“Jomlah pa..Dayah temankan”.
“Kan Hidayah tak solat”.
“Tak apa Dayah boleh duduk dalam kereta”. Melihat
kesungguhan Nur Hidayah Tengku Faris kemasjid juga pagi itu. Bila tiba dimasjid
rasa tidak sampai hati pula melihat Nur Hidayah duduk didalam kereta
bersaorangan.
“Hidayah!! Duduklah kat
koridor masjid tu”.
“Tak boleh pa. Yang sebenarnya kalau kita tengah uzur lalu
dikawasan masjid yang boleh digunakan oleh orang solat pun tak boleh. Dayah duduk dalam kereta pun tak apa pa.
Dayah kunci kereta, kemudian Dayah buatlah tahi mata.. papa jangan risaukan Dayah.
Nanti papa dah sudah ketuk cermin kereta ye. Tapi kalau ada tazkirah papa
dengar lah dulu, jangan risau kan Dayah, Dayah selamat dalam kereta ni”. Hingga
seminggu lamanya Nur Hidayah menunggunya didalam kereta tidak kira solat waktu
apa. Dia menunggu dirinya didalam kereta sambil membaca novel atau pun majalah.
Bukan sahaja menunggu didalam kereta dia juga turut tidak menjamah makanan
kerana menemaninya berpuasa. Sungguh
bersyukur Tengku Faris dipertemukan dengan anak perempuanya. Biar pun bertaraf
anak tak sah taraf namun pegangan ugamanya sangat teguh dan keinginnanya
melihat papanya menjadi hamba yang taat pada perintah Allah menjadi semangat
yang kuat untuk Tengku Faris melaksanakan dan melunaskan segala hutang-hutangnya
kepada Allah.
“Tak apa, Dayah nak
temankan papa puasa. Hari ni papa ok pula..selalu gini hari papa dah tergolek
kat sofa tu”.
“Alhamdullilah papa dah
didik perut ni,(tangan Tengku Faris mengusap-ngusap perutnya) papa dah bisikkan
minta dia bekerja sama dengan papa. Papa kata jangan berbunyi minta makanan. Waktu-waktu begini
tak akan ada makan masuk. Nanti malam
sahaja papa akan isi. Macam dia dah faham pula Hidayah...” ha.ha.ha dua beranak
yang ada dua status tergelak bahagia.
Bagi Tengku Faris bahagia kerana berjaya melakukan ibadah
puasanya dengan jayanya selama seminggu. Bagi Nur Hidayah sememang dia bahagia
kerana ada papa dan mahram yang akan melindungi dirinya. Sebutan atau panggilan
papa sangat membahagiakan dirinya. Biar
pun sebutan itu hanya ketika dia dikalangan ahli keluarga sahaja. Diluar dikalangan para pekerja Tengku Faizal,
Nur Hidayah akan menanggilnya Tengku, seperti
semua para perkerjanya memanggil.
Alhamdulillah... akhirnya kebenaran diketahui oleh mummy dan daddy Faris....
ReplyDeleteAlhamdulillah... akhirnya kebenaran diketahui oleh mummy dan daddy Faris....
ReplyDelete