~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 29 August 2012

Bab 32. Jangan ada rahsia





Pokok cempedak di tepi tangga,
Berbuah sebiji gugur terbuang;
Janganlah mudah berasa bangga,
Bilalah diri dipuja orang.


             Didalam biliknya Diana mengamat-amati jika masih ada suara tangisan anaknya, bila sudah pasti Tengku Farid telah keluar bersama anaknya, Diana keluar dari biliknya dan masuk kebilik mommynya pula. Dia memanjat katil mommynya, Dia mengikuti apa yang dilakukan oleh mommynya duduk menyandarkan dirinya dikepala katil menyelesakan diri, sambil melunjurkan kakinya. Dia bertanya kepada mommynya...

 “Mommy …mommy nampak tak, selepas Farid ceraikan Didi tadi dia menangis”.

“Nampak.. dia duduk kat sofa sambil menutup mukanya dengan tapak tanganya, masa mommy letakkan anak dia dalam bilik, mommy dengar dia menangis kuat sampai teresak-esak..haa itu tandanya dia menyesal ceraikan lu Didi, sekarang biar dia ingat”.

“Padan muka dia.” balas Diana pula dengan rasa angkuh.

“Ya..padan muka dia, dah ada isteri cantik macam lu dia buat tak tahu..dia ingat senang ke nak dapat bini cantik..ingat Didi kalau dia ajak kahwin lagi jangan mahu, biar dia merayu sekali pun, kecuali kalau dia ceraikan bini dia yang kat sana  tu”.

“Kalau dia ceraikan bini yang  sana tu pun.. belum tentu Didi nak dia lagi, mommy.”dengan angkuh Diana menyatakan isi hatinya.

Dia membayangkan Tengku Farid akan datang semula kepadanya dengan muka tak malu dan merayu-rayu dengan menyatakan kekesalan menceraikan dirinya. Dia datang hendak rujuk semula, sebab apa Diana berfikiran begitu..kerana dia merasakan dirinya cukup sempurna dari segi wajah, bentuk badan dan kecerdikkannya. Siapa yang tidak terpesona dengan wajah dan bentuk badan yang dimiliki oleh Diana Natasya binti Sufian wanita yang cukup sempurna dimata semua orang. Wanita dambaan lelaki lah katakan. Kata-kata pujian yang sering diterimanya menyebabkan dia bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada dirinya.

“Rasa lega dan aman sikit, dia dan anak dia tak ada kan Didi.” Dua beranak duduk menyandar dikepala katil sambil melunjurkan kaki. Bagai orang kelegaan dua beranak itu bersantai diatas katil dengan mata terkebil-kebil seperti memikir sesuatu. Mungkinkah mereka memikirkan perkara yang sama...

“Didi!! apa yang lu dapat setelah bercerai dengan dia? Lu mesti minta kereta yang lu pakai tu, kalau boleh rumah ni pun minta tau.” belum pun sampai 24 jam perceraian anaknya, mommy Diana sudah mengira-ngira bahagian harta untuk anaknya.

“Kereta tu memang atas nama Didi tapi rumah ni tak tahulah sebab hari tu tak sempat nak tukar nama.”
“Itulah lu Didi..lambat sangat bertindak..kalau dia tak bagi minta..sampai dia bagi tau”. Diana juga memikir perkara yang sama, sambil matanya terkelip-kelip mungkin kesal kerana tidak berkeras menukar hak milik kodominium keatas namanya selepas mereka nikah dulu. Tiada sedikit pun rasa terkilan atau pun sedeh diatas perceraian yang baru terjadi, sibuk pula dirinya memikirkan harta yang bakal didapatinya kelak.

===============================

Manakala Tengku Farid pula setelah dia keluar dari kondo bersama anak yang masih merah terkial-kial memandu keretanya hanya menggunakan sebelah tangan. Tangan yang satu lagi mendukung anaknya yang sedang menangis dengan kuat. Dalam keadaan jiwanya yang kacau, serasa dia belum lagi dapat menerima kenyataan sebentar tadi. Dia tidak dapat memberi tumpuan dijalan raya.  Hampir dia terbabas bila secara tidak sedar dia terpulas stering kereta, bila hatinya kalut hendak menepuk belakang anak yang menangis. Matanya pula kabur digenangi air mata. Sepanjang jalan itu anaknya menangis tidak berhenti sama seperti dirinya. ‘Perkara sudah berlaku apa yang hendak ditangiskan lagi’. Itulah seru hatinya yang menyedarkan. Barulah dia tersedar dia memandu dalam keadaan merbahaya..bahaya pada dirinya dan juga pada diri anaknya, anak yang baru hendak memandang dunia. Dia beristifar berkali-kali dia mencari kekuatan dan semangat.

Tidak ada gunaya dia menangis, mungkin semuanya sudah tersurat untuk dirinya, dia cuba belajar menerima sesuatu yang diuntukkan untuknya, ‘mungkin ada manis disebalik kepahitan yang dirasa sekarang’..dia teringat akan kata-kata isterinya tidak lama dulu.. Dia memberhentikan keretanya dibahu jalan. Dengan membaca selawat keatas Nabi..ditepuknya belakang anaknya perlahan, dia meletakkan anaknya dikerusi sebelah dalam keadaan meniarap, seakan memujuk anaknya sambil menepuk lembut punggung anaknya, dia berkata dengan anaknya agar dia memahami keadaan diri mereka. ”sekejap ye sayang..kejap lagi kita sampai..papa nak bawa kereta ni..sayang jangan nangis ye.” diusapnya kepala anaknya dengan perasaan sedih dan penuh kasih. Dia mula memandu dengan cermat. Sepanjang jalan itu Tengku Farid tidak berhenti membaca Surah Al-Fatihah dengan kuat seolah-olah menyanyikan anaknya dengan surah itu. Alhamdulliah anaknya menangis tidak lah sekuat tadi.

                Sampai sahaja mereka dipintu pagar rumah banglo dua tingkatnya..Tengku Farid membunyikan hon keretanya sebanyak dua kali kerana pintu pagar sudah berkunci dan lampu diruang tamu juga sudak gelap, itu menandakan penghuni rumah itu sudah masuk kebilik masing-masing. Jika dia memberi salam dari luar pagar mungkin suaranya tidak didengari oleh penghuni rumahnya. Dia keluar dari kereta sambil mendukung anak yang masih menangis. Tangannya tidak berhenti-henti menepuk-nepuk belakang anaknya dengan perlahan. Dia berdiri dihadapan pintu pagar yang sudah berkunci.

Selepas solat Isyak dan makam malam keluarga mama Nur Jannah dan Tengku Faizal suami isteri yang berkunjung kerumahnya tadi sudah ansur pulang. Nenek dan datuknya juga sudah masuk kebilik mereka. Nur Jannah pula sedang menyusukan anaknya NurAisyah. Apabila terdengar ada kereta berhenti dihadapan rumahnya, tidak lama kemudian hon kereta pula berbunyi dua kali, Nur Jannah  meletakkan anaknya yang sudah kenyang menyusu kekatil bayi. Dia berjalan perlahan kebilik datuk dan nenek yang berada di sebelah biliknya, dia mengetuk pintu bilik.

“Atuk…atuk macam ada orang berhentikan kereta kat depan rumah kitalah tuk.” datuk dan neneknya keluar dari bilik. Nenek membuka lampu luar dan menuju kepintu utama lalu membuka pintu. Dilihatnya Tengku Farid dihadapan pagar rumah mereka sedang mendukung seorang bayi yang sedang menangis. Cepat-cepat nenek mencari kunci dan membuka pintu dan pintu pagar diikuti oleh datuk dibelakangnya.
“Ya Allah ..ya Allah.” kata nenek sambil  menghulur tangan untuk mengambil bayi dari dukungan Tengku Farid. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu lalu dihempuskan ketelinga bayi tadi kiri dan kanan. Begitu juga datuk berbuat perbuatan yang sama lalu dihembus kekepala bayinya pula. Rupanya mereka berdua membacakan Ayat KURSI.

“Kesian budak ni Farid, masuk angin agaknya dia, dengan tak berstokin, tak bertutup kepala tak bersarung tangan, atuknya cuba pegang sejuk kaki tangannya ni.”  becok nenek berceloteh. Tengku Farid hanya diam termangu tidak tahu apa hendak diperkatakan untuk membalas kata-kata nenek isterinya.

“Dahlah tu..bawa masuk cepat.”arah datuk pula.

Nur Jannah menerpa kemuka pintu juga tetapi dia tidak keluar, neneknya berpesan orang belum habis pantang bersalin (44 hari) tidak boleh sewenang-wenang keluar rumah terutama waktu malam. Katanya takut diganggu oleh mahluk halus. Kata datuk pula siang untuk manusia  berkeliaran mencari rezeki mereka, manakala malam pula untuk mahluk Allah yang kita tak nampak berkeliaran  mencari rezeki mereka.

“Sayang nenek… saaayang nenek” sambil menepuk-nepuk belakang bayi tadi nenek membawanya masuk kerumah diikuti oleh Nur Jannah, datuk dan Tengku Farid dibelakang sekali. Nenek membawanya kedapur lalu membuka pili air dia membasahkan tanganya. Terdengar nenek berselawat tiga kali lalu menyapu muka bayi tadi dengan tangannya yang basah. Bayi yang menangis beransur tenang, nenek menuju bilik Nur Jannah dan membaringkan bayi tadi diatas katil.

“Jannah hulurkan nenek vicks.” arah nenek kepada cucunya. Sambil tanganya tidak berhenti bekerja membuka butang baju bayi tadi. Kemudian dia menyapu sedikit vicks keperut sambil mengusap-usap seolah-olah mengurut perlahan perutnya kemudian  kekakinya pula.

“Jannah ada stokin budak lebih..kesian kakinya sejuk ni…Farid!! sini” nenek memanggil Tengku Farid tapi pandangannya masih tertumpu kepada bayi dihadapannya.

“Lain kali budak kecik macam ni, pakaikan stoking kalau tak pakai nanti masuk angin perut jadi kembung. Kepala ni bubuh minyak kelapa dibahagian umbun-umbunnya. Itupun untuk mengelakkan dari masuk angin kemudian tutup sikit dengan topi ke, dengan kain ke. Farid!! ni namanya umbun-umbun tempat yang lembut ditengah kepala. Alahai Jannah tengok ni umbun-umbunya lekuk tanda dia lapar ni Farid.” Nur Jannah memanjangkan lehernya melihat apa yang dimaksukkan umbun-umbun oleh neneknya dia juga tidak tahu, inilah pertama kali dia memegang bayi itu pun kerana itu anaknya. Tengku Farid baru tersedar dia terlupa membawa susu anaknya tadi.

“Nek nak bagi apa nek..Farid lupa bawa susu dia..nanti Farid balik kejap..nak ambil susu.” Tengku Farid berpaling hendak keluar dari bilik Nur Jannah.

“Bang tak payah bang...biar Jannah susukan.”

“Jannah ingat ye kalau susukan anak tutup kemaluanya.”

 “ Kenapa nek??”. Serentak Tengku Farid dan NurJannah bertanya hairan.

“Orang tua-tua kata kalau sampai ada air susu kita terkena pada kemaluan bayi kita..nanti besar dia akan jadi gatal miang..nafsunya tak terkawal...Itu hanya cakap orang tua-tua, tak tahu lagi kebenaranya tapi bagi nenek kita harus jaga juga nanti kalau dah terjadi susah nak cari ubatnya”.

“Oooo” berbentuk bulat mulut NurJannah dan Tengku Farida diatas penerangan neneknya.

“Ialah InsyaAllah Jannah ingat tu”

 Nenek menghulur anak yang masih dipangkuanya kepada cucunya agar dapat disusukan. Tampa berlengah NurJannah mengambil anak suaminya  dan diletakkan dipangkuanya untuk disusukan. Bila bibir Arif tersentuh sahaja puting susu Jannah dia menyusu dengan lahapnya. Mungkin benar kata nenek anaknya itu lapar susu, apa tidaknya sepanjang jalan Arif menangis tentu tekaknya menjadi kering dan dahaga. Keadaan menjadi tenang bila Tengku Arif Daneal berhenti dari menangis.

“Lapar ye anak ibu ni.” tangan Jannah mengusap-usap kepala anak suaminya penuh kasih.

“Abang panggil apa kat anak abang ni.” Nur Jannah memandang suaminya yang sedang terpegun melihat perlakuannya. Sebenarnya Tengku Farid bagaikan tidak percaya Nur Jannah menyusukan anaknya.

Tengku Farid menghampiri isterinya, lalu memeluk bahu dengan rasa bersyukur dan terharu   perasaan itu bercampur aduk didalam jiwanya. Dia merapatkan kepalanya kekepala isterinya matanya sudah berkaca-kaca dengan sebak didada dia membisikan...
“Terima kasih Jannah ..terima kasih kerana susukan anak abang...abang panggil anak abang ni Arif.” nenek hanya memandang dengan perasaan bangga dan terharu. Dimuka pintu datuk  juga memandang dengan perasaan yang sama.

“Tak apa  bang, anak abang anak Jannah juga..Jannah gembira nenek, Jannah mengandung  tujuh  bulan saja, tapi dapat dua orang anak lelaki dan perempuan nenek ..atuk” Nur Jannah menuturkan dengan kekhilasan. Keikhlasanya jelas terpancar diwajahnya, sambil dia memandang nenek dan datuknya dimuka pintu.

 “Jannah.. kalau dah kenyang siAriff ni bedung ya, biar nyenyak tidurnya.”pesan nenek sambil bangun untuk keluar dari bilik Nur Jannah. Tiada riak marah atau benci diwajah datuk Ibrahim mahupun nenek Zubaidahnya. Sungguh bersih hati mereka, menerima anaknya seperti cicit mereka sendiri. Rasa bertuah Tengku Farid menjadi keluarga Nur Jannah, dari datuk,nenek hinggalah kecucunya berhati bersih.

“Ok nek..Nur Jannah terus menyusukan anak suaminya sambil membelai rambut lebat anak suaminya. Kemudian dia memandang suaminya  yang masih  memandang anak yang sedang menyusu dipangkuannya dengan pandangan kasih, dia bersuara.

“Bang kalau abang tak keluar lagi pergilah masukkan kereta dan kunci pintu pagar rasanya dah malam sangat ni.” Nur Jannah teringat kereta suaminya masih diluar pagar lagi semasa mereka kecoh-kecoh tadi.

“Ohh ya dah dekat pukul duabelas rupanya..abang masukkan kereta dan tutup pagar dulu ya.” Selesai Tengku Farid mengunci pintu utama dia masuk semula kebilik isterinya. Nenek dan datuk sudah pun masuk kebilik mereka. Dilihatnya isterinya sedang membalut anak yang sudah lena kekenyangan dengan sekelai kain.

“Kenapa Janna buat macam tu.”

“Ini namanya “bedung” baby yang baru lahir elok di bedung, dia rasa macam didakap atau dipeluk dan rasa selamat. Ialah kan dia baru lahir mungkin terasa kedaan lapang dan tak selamat baginya, sedangkan dalam rahim ibunya pula kecil dan sempit. Lagi satu bang kata nenek bedung mengelakkan dia dari berjalan kengkang bila besar nanti. Cuba abang tenguk ni Jannah ikat pada peha sampai kekakinya, cara ni mengelakkan dia jalan kengkang nanti. Kalau kengkang nanti dahhh...orang panggil Arif kengkang pulak.” Boleh diterima pakai juga apa yang dikatakan oleh Nur Jannah ni.. fikir suaminya, tapi bila terkena pada ayat yang terakhir suaminya jadi lucu pula.

“Isteri abang ni luculah.” dia ketawa sambil memicit hidung isterinya kemudian mencium pipi isterinya. Itulah satu sikap isterinya yang sangat disenangi oleh Tengku Farid disaat-saat hatinya hiba ada sahaja perkataan yang membuatkan dia boleh ketawa. Dia merasa lega.

“Alah itu kepercayaan saja, tapi Jannah percaya yang pertama tu, janji anak kita tak menangis, tak kisahlah..ye bang.” sambil tangannya tidak berhenti terus membedung anak suaminya yang sudah terlena.

“Hmm.. iya…” Tengku Farid duduk dihujung katil sambil memandang Nur Jannah meletakkan anaknya yang sudah lena di atas katil bayi bersebelahan bayi perempuan mereka Tengku NurAisyah.

“Lupa pulak nak tanya, abang dah makan kebelum. Kalau belum jomlah kita kedapur tenguk apa yang ada.” Nur Jannah memandang suaminya yang leka memerhatikan dirinya membedung anaknya tadi, yang kini sudah lena tak berkutik.

“Belum ..abang pun lupa nak cakap bila Arif menangis tadi lupa semuanya..ni baru terasa lapar”

“Kalau macam tu.. jomlah Jannah temankan abang makan.”

“Tak apalah abang boleh ambil sendiri, Jannah tidurlah dah malam ni.” suaminya bangun menuju ke pintu.

“Tak apa Jannah temankan abang makan, Jannah pun nak buat air milo biar banyak air susu ni..lagi pun Jannah rasa lapar juga ni.” kedua-duanya beriringan kedapur. Sebenarnya Tengku Farid belum makan malam lagi, tadi ketika keluarga mereka berkumpul menyambut kepulangan Nur Jannah dari hospital dia tidak sabar-sabar ingin pulang menjenguk Diana dan anaknya Arif yang sudah hampir seminggu ditinggalkan. Hatinya berdebar-debar bagai ada yang tidak kena, apatah lagi teringat kata-kata ugutan dari Diana tempuh hari. Tapi apakan daya apa yang dikejar rupanya sebuah perpisahan yang tidak pernah dijangkanya. Tetapi setelah melihat anaknya mendapat susu ibu, susu kurniaan Allah yang tidak dapat disangkal lagi khasiatnya, Tengku Farid jadi reda diatas ujian yang Allah beri kepadanya. Walaupun dia kehilang cinta isteri, namun anaknya mendapat kasih sayang seorang ibu.

Selesai makan dan berkemas.. mereka beriringan masuk kebilik semula...

“Abang pergilah tidur bilik kita kat atas...pasang aircond selesa sikit..dah dekat seminggu abang tak rehat dengan betul sebab uruskan Jannah.” Prihatin Nur Jannah  akan kepenatan suaminya.

“Tak apalah itukan tanggungjawb abang..abang yang sebetulnya rasa bersalah dengan Jannah sebab abang asyik lebihkan Diana selama ni..Jannah sakit sorang-sorang”.

“Ehh..janganlah abang rasa bersalah, itukan takdir..takdir anak kita lahir tak cukup bulan sekarang dah selamat pun..kita patut bersukur..Jannah tak ada rasa apa-apa pun..Jannah lagi kesian tengok abang terkejar-kejar uruskan Jannah. Ni dah selamat semuanya..abang rehatlah betul-betul..pergilah tidur kat bilik kita kat atas..abang kena sihat abang dah banyak tanggug jawab..anak dah dua nanti nak kerja lagi”. Sesungguhnya NurJannah seorang isteri yang sanagt memahami..terharu Tengku Farid mendengar kata-kata isterinya.

“Tak apa sayang, sebetulnya abang lebih selesa tidur dengan Jannah dan anak-anak kat bawah ni..kat atas tu abang tidur sorang-sorang rasa tak boleh tidur pula.”

“Jannah  pasang kipas saja ni kesian anak-anak kita nanti sejuk pulak kalau kita pasang aircond.”
“Pun tak apa.. abang tak kisah, janji Jannah ada kat sisi abang.” Tengku Farid tetap merebahkan badannya disisi isterinya.

                  Malam itu Tengku Farid tidur dibilik Nur Jannah dan anak-anaknya. Dia tidur diatas katil sementara dua orang anaknya berkongsi katil bayi yang telah disediakan ditepi katil mereka.

“Esok nampaknya kita kena beli satu lagi katil bayi untuk Arif pula ye Jannah.”

“Kalau tak payah beli pun tak apa.. masih muat untuk mereka berdua tu bang.”

“Masa ni kongsi tak apalah  mereka tak lasak lagi ..tapi kalau dah besar sikit, abang takut anak dara abang yang kecil molek tu kena lanyak dek abang dia.”

“Suka hati abang lah..Jannah ikut sahaja baik pada abang baik juga pada Jannah”

Lama kelamaan Tengku Farid terlena. Dia tidur nyenak malam itu fikiranya lapang terasa segala masaalah nya sudah terbang jauh.  Sememangnya dia keletihan sepanjang  minggu sejak dari Diana bersalin hinggalah ketika Nur Jannah tiba-tiba pula bersalin dia tidak dapat berehat dengan sempurna. Tidak pada NurJannah dia bagaikan tidak boleh terlena asyik teringatkan anak-anaknya, takut kalau anak-anaknya lapar hendakkan susu dia ditidak tersedar maklumlah pertama kali dapat anak… dua ornag pulak tu. Sekejap-sekejap menjenguk kekatil bayi disebelahnya, diangkatnya NurAisyah disuapkan puting susunya kemulut anaknya...’Aisyah ni kerja asyik tidur sahaja, kalau tidak disuapkan puting susu kemulutnya alamat tidur sampai kepagi lah dia’,Nur Jannah berkata-kata didalam hati. Atas nasihat jururawat yang merawatnya dihospital tadi, katanya..kalau nak cepat nampak anak  puan ni berisi rajin-rajin lah bagi susu. Tapi yang seeloknya bagilah susu badan kerana susu badan dah siap dengan anti body, zat yang diperlukan dan sentiasa segar. Itu pun salah satu sebab mengapa Nur Jannah tidak lena tidur. Setiap dua jam sekali dia akan menyuakan puting susunya kemulut anaknya NurAisyah. Arif  juga lena tidurnya tidak lagi meragam bila dia bangun untuk menyusu kemudian dia tidur lagi sampai kepagi.



Tuesday 28 August 2012

Bab 31. Jangan ada rahsia

Jemur kelerai sampai kecut,
Sudah kering dibuat tikar,
Diam suami bukanya takut,
Hanya malas untuk bertengkar.
 (Kelerai adalah daun mengkuang yang telah buang duri dan jangka direndam..barulah dijemur).


Petang ituTengku Farid sampai kebilik hospital dimana Nur Jannah ditempatkan.
“Assalamualaikum..sayang dah sihat.”
“Waalaikumsakum.” Jannah mencapai tangan suaminya dan menciumnya seperti selalu. Dia tersenyum ceria, menyambut kedatangan suaminya. Dia sudah duduk bersandar di kepala katil sememangnya kedatangan suaminya sangat diharapkan saat itu.

“Sakit lagi tak?”  Tengku Farid bertanya isterinya sambil duduk di kerusi yang disediakan.

“Masa ni dah tak sakit dah. Bang  Jannah rasa nak sangat jumpa baby kita.”Nur Jannah belum lagi melihat anaknya.Tadi selepas dia melahirkan dia tidak berapa kuat untuk bangun mahu pun berjalan atas nasihat doktor dia dikehendaki berihat sahaja dahulu.

“Jannah dah boleh jalan ke?..abang ambil kerusi roda, abang tolak ye.” Tengku Farid sudah mahu bangun..tetapi tanganya dipeganan oleh isterinya.

 “Tak payah lah Jannah boleh jalan perlahan-lahan. Bukan Jannah buat operation, abang pimpin pun dah cukup, lagi pun nurse kata bilik baby di hujung bilik ni saja.”

“Betul ni??” soal suaminya meminta kepastian. Kemudian mereka beriringan berjalan kebilik yang dimaksudkan. NurJannah memegang lengan suaminya sambil mereka berjalan perlahan, dalam perjalanan Tengku Farid bertanya isterinya.
“Jannah...  anak kita nak bagi nama apa ye.”

“Abang dah ada nama nak bagi..kalau Jannah nak bagi nama isteri kesayangan Rasullullah s.a.w, yang bijak, cantik dan berakhlak mulia..Siti Aisyah, tapi Jannah nak bubuh Nur di pangkalnya jadi Tengku NurAisyah, abang ada nama lain nak dicadangkan.”

“Ok..abang suka juga dengan nama tu..nanti boleh kita panggil dengan nama penuh Aisyah.”sebetulnya Tengku Farid ingin menamakan anaknya dengan nama Farah Elena terasa cantik orang yang memakai nama itu. Memandangkan keterangan isterinya siap dengan kaitan nama itu dengan baginda Rasullullah s.a.w, Tengku Farid terus sahaja bersetuju. Seperti nama Nur Jannah datuk Ibrahim memberitahu maknanya ‘Cahaya Syurga’, terasa kebenaranya sejak dia bersama Nur Jannah hidupnya terasa bahagia seperti di Syurga dan erti nama Ahmad Amin datuk Ibrahim menerangkan, Ahmad adalah nama Nabi Muhammad dilangit dan Amin bererti ‘Perkenankalah.’

Dulu datuk kata, dia dan isterinya nenek Zubaidah susah mendapat anak setelah berkahwin hampir tiga tahun belum juga mendapat anak tetapi akhirnya Allah memperkenankan permohonan mereka. Itulah mereka memberi nama Ahmad Amin kepada anak mereka. Sedangkan erti nama Fara Elena dia tidak tahu ertinya...dia suka kerana nama itu sedap didengar.

Sesampai dibilik bayi-bayi yang memepunyai masaalah, NurJannah bertanya kepada jururawat yang bertugas dan meminta keizinan untuk melihat anaknya.

“Puan boleh cuba susukan bayi puan ni ya.”

Ketika melihat bayinya, sekali lagi Nur Jannah menangis.
“Kenapa Jannah...Jannah sakit ke?” bimbang sungguh suaminya melihat isterinya yang tiba-tiba menangis.

“Tak.. Jannah tak sakit..tapi bang kenapa anak kita macam ni..rambut halus penuh di dahinya, telinganya masih rapat terlipat dan jarinya macam bercantum sahaja..anak kita cacat ke bang?”.
“Janganlah fikir sangat Jannah..kata nenek tadi... keadaan ni sementara sahaja..kalau umur dia mencapai satu bulan nanti dia akan berkeadaan biasa.. kata nenek lagi pusat dia akan terjojol keluar nanti..tapi bila dia dah mula meniarap pusatnya juga akan kembali normal.” Mereka ke sebuah sofa yang disediakan. NurJannah cuba menyusukan bayinya dengan linangan air mata.

“Kenapa sayang sakit ke?”tanya suaminya sambil memandang wajah isterinya. Kebimbanganya sentiasa berligar dikotak fikirannya kalau-kalau isterinya sakit. Kerana  Tengku Farid memikirkan kesakitan yang ditanggung oleh isterinyanya seorang diri mungkin dari malam tadi..Tidak seperti Diana tempuh hari, dia menjaganya dari kandunganya  berusia lapan bulan lagi. Mereka sudah bersiap sedia sedari awal lagi. Betapa Nur Jannah begitu terabai dari pemerhatianya. Rasa kesal itulah yang membelengu dirinya kini.

“Tak..Jannah rasa bahagia sangat bang..macam mimpi pulak Jannah dah ada anak sekarang.”

“Isteri abang ni bahagia pun menangis.” kata Tengku Farid sambil menyapu airmata yang mengalir di pipi isterinya. nNurJannah sudah memangku dan cuba menyusui anaknya.

“Rasa macam tak percaya Jannah dah jadi ibu bang, boleh tak kalau kita bahasakan diri kita ibu dan ayah kepada anak kita.”

“Boleh juga.” jawab Tengku Farid dengan suara bergetar..dia terharu sebenarnya bila melihat NurJannah menyusukan anaknya. Walaupun nampak begitu terkial-kial dia mahu memasukkan puting susunya kemulut comel anaknya. Dia juga cuba membantu  dengan memegang kepala anaknya.
Seingatnya Diana tidak memberikan anaknya susu badan untuk anaknya, sama ada semasa dihospital mahupun masa  dirumah. Anaknya lebih banyak bersama ibu mentunya sahaja. Tengku Farid mendengar isterinya berceloteh sambil belajar menyusukan anaknya maklumlah anak pertama dan kali pertama pula tu,nampak macam terkial-kial. Walaupun cuba dibantu olehnya.

“Ada setengah orang panggil ibu dan ayahnya dengan pangilan papa dan mama.Macam Jannahlah kan panggil ibu Jannah mama. Lepas bersalin tadi Jannah terfikirkita nikan Melayu apalah salahnya anak kita panggil kita dengan panggilan Melayu..macam atuk dan nenek,mama Jannah panggil dengan panggilan ibu dan ayah sedap bunyinya tapi kalau abang nak anak kita panggil lain tak apalah”.

“Ok juga..kalau Jannah suka dengan panggilan itu...abang tak kisah anak kita nak panggil apa..pada abang janji dia orang sihat alhamdullilah.” mereka keluar dari bilik itu dengan ucapan terima kasih kepada jururawat yang bertugas dan meletakkan semula anaknya didalam inkuabator.

“Bang...Jannah tenguk anak kita mirip muka abang, abang perasan tak.”

“Perasan, ini tentu masa Jannah mengandung asyik ingatkan abang saja ya.” Tengku Farid menarik hidung isterinya.

“Mestilah abangkan suami Jannah,habis Jannah nak ingat siapa lagi?” sambil tersenyum manja Nur Jannah melintukkan kepalanya kebadan suaminya.

Malam itu Tengku Farid menemani isterinya yang baru bersalin dihospital.Dia tidur disofa yang sedia ada didalam bilik itu.Bersyukur dia membawa baju sejuk dan sepasang setokin yang tebal, rupayan ketika malam sejuknya makin terasa.Dia begitu besyukur mendengar nasihat nenek Zubaidah supaya membawa setokin tebal dan baju sejuk.Selepas solat Isyak Tengku Farid sudah terlena.Lena sungguh dia tidur malam itu setelah beberapa malam tidak cukup tidur.


Dikondominiumnya.. Diana bagaikan cacing kepanasan,kerana sehingga lepas Isyak suaminya Tengku Farid masih belum pulang. Dia mencubanya menghubungi telefon bimbit suaminya tetapi gagal asyik masok ke-dalam ‘voice mailbox’ sahaja. Marahnya berapi-api ditambah pula dengan leteran mommynya ditepi telinga yang ‘bagai mencurah minyak kedalam api yang sedang marak membakar’, lalu terbakar seluruh ruang rongga hatinya. Kalau suaminya ada dihadapannya ketika itu entah apa akan terjadi..mungkin suaminya menjadi seperti cucur kodok atau pun roti gardinia yang dihiris berkeping-keping. Begitulah kegeraman hati Diana ketika itu.

“Itulah lu..Didi, kenapa suka kongsi husband, bukan lu tak tahu dia dah ada isterimasa lu kahwin dengan dia dulu..mummy bukan apa...muka lu bukan tak cantik ..yang lu cari laki orang buat apa..”leter  mommy dengan loghat Cinanya.Walaupun mereka berbahasa Melayu tapi dailek Cina masih digunakan dalam pertuturan mereka, kerana bapa kepada mommynya Cina Baba.

“Memang Didi tahu dia dah kahwin,ingatkan kalau dia kahwin sama Didi dia akan tinggalkan perempuan tu.Hiss geram betul dia ni..Ini mesti bini dia tak kasi balik sini..nak telefon bini dia, Didi tak tahu tak tahu nombor..dia.”Diana memang tidak tahu nombor telefon rumah atau telefon bimbit Nur Jannah. Selama dia bernikah dan berkonsi suami dia tidak mahu tahu dan tak pernah ambil tahu apa-apa pun tentang Nur Jannah, untuk menyebut nama NurJannah pun terasa benci. Bagi Diana apa-apa berkenaan dengan NurJannah  bagaikan duri yang mencucuk-cucuk hatinya. Itulah Diana...cemburu tanda sayangnya menyiksa dirinya sendiri dan semua orang.

“Didi nanti kalau laki lu balik..lu mintak cerai..jangan tunggu lagi. Ini baru anak seorang dia sudah pandai tak nak balik, kalau anak sudah dua  macam mana agaknya.. Lagi pun kalau bini dia yang kat sana tu beranak, mungkin lu dengan anak lu dia dah tak ambil peduli lagi.“ Cucuk mommynya ditelannya dengan rasa yang makin meluap terhadap suaminya. Setelah lama mendiamkan diri mommynya menambah lagi..

“Entah-entah dia takut kita suruh dia jaga anak lagi malam ni.. itu yang dia tak balik. Itulah laki lu tu..tahu buat anak saja..ni dia sedap-sedap dengan bini kat sana..kita kat sini jaga anak dia yang kuat menagis ni.” bakar mommynya lagi menambah berbahang hati yang sudah hangus. Mendengar kata-kata mommynya Diana cuba menghubungi suaminya lagi..hampa.’Jagalah kalau kau balik nanti, baru kau siapa aku ni.’ getus hati Diana, penuh dendam.

“Mommy hairan dengan lu Didi..macamana lu boleh kahwin dengan dia.Lu tau tak Johan anak auntie Maria yang kawan dengan lu masa lu kecik-kecik tu.. masih tak kawin lagi sampai sekarang ..kata mommy dia, diatuggu lu...Didi tahu tak dia kerja apa, dia dah jadi doktor pakar dia kerja di Amerika. Mommy percaya bukan Johan saja suka pada Didi tau. Lu tu cantik  carilah orang yang kaya cari yang masih single, jangan yang dah ada bini macam ni..susah”.

                Johan yang diperkatakan oleh mommynya itu adalah teman sepermainan Diana diwaktu kecilnya. Mereka juga merupakan jiran sebelah rumah semasa mereka duduk menyewa di bandar Melaka. Auntie Maria seperti mommynya juga.. anak kacukkan Pertugis campur Cina Baba berkahwin pula dengan orang Melayu. Bapa Johan dan bapa Diana bersahabat baik. Jadi mereka sekeluarga bersahabat baik. Johan merupakan anak tunggal auntie Maria. Mereka terpisah ketika Johan masuk keasrama penuh selepas tingkaan tiga. Lepas kematian ayah Diana keluarganya pula berpindah tinggal di kampung nenek disebelah ibunya. Walau bagaimanapun mommynya masih berhubungan dengan Aunte Maria yang merupakan sahabat baiknya.

Bukan Diana tidak tahu dia cantik..masa dia belajar lagi ramai jejaka yang cuba mendekati dirinya. Tapi  yang datang ada kekurangan dimatanya. Diana duduk disofa ruang tamu sambil mengelamun.. kenangan lamanya datang bertandang di kepalanya. Satu-satu jejaka yang berminat kepada dirinya terlayar dikota memorinya... Eric dia anak orang kaya tapi tak kacak, matanya sepet dan rendah pula. Eric merupakan anak tauke udang harimau kelahiran Kedah. Perniagaan udang harimau bapanya memenuhi permintaan luar negara. Alif sama juga kaya namun gemuk dan berkulit gelap maklumlah anak mamak Penang tetapi ayahnya mempunyai rangkaian restoren nasi Kandar di Pulau Pinang, dikira dia anak tauke nasi kandarlah. Hanya Muhammad Zarif yang mempunyai cici lelaki tampan. Berwajah kacak, tinggi dan berwajah manis sekali pandang seperti  pelakon Asraf Muslim, tapi tidak kaya. Dia hanya anak seorang kaki tangan kerajaan. Katanya dulu ayahnya bekerja sebagai guru tetapi kini telah ditukarkan diKementerian Pelajaran dan ibunya seorang Guru besar disebuah sekolah menengah. Orang sering berjimat cermat. Dia merupakan anak sulong dari enam orang adik beradik yang kesemuanya masih belajar lagi.

Hanya Tengku Farid yang mempunyai ciri-ciri lengkap yang diingininya.Tampan, bergaya  kaya dan pemurah. Cucu tunggal seorang pengusha hotel diMalaysia, datuknya dikenali ramai. Sejak mereka berkawan tidak pernah Tengku Farid menghampakan permintaanya. Tapi kalau dah jadi macam sekarang ni dia tidak lagi memandang semua itu.  Kini baginyaTengku Farid memang menyakitkan hati. Dia nekad sepulangnya suaminya nanti walau apa alasan yang diberi..dia akan meminta cerai seperti yang disarankan oleh mommynya. Kerana Diana yakin dia akan mendapat lelaki yang lebih hebat dari Tengku Farid.Yang lebih kaya lebih kacak dan yang lebih penting suaminya akan selalu dihadapanya dan mengikuti segala kehendaknya. Azamnya dalam hati kali ini kalau dia memilih suami pasti yang masih bujang. Dia sudah tidak rela  berkongsi kasih suami dengan mana-mana perempuan lagi.



Setelah hampir dua minggu lebih Tengku Farid tidak datang bekerja datuknya Tengku Faizal mula risau. Pada kebiasaan..cucunya akan menghubungi jika dia perlu menyambung cuti. Tengku Faizal juga tahu masaalah cicitnya yang kuat menangis. Difikir-fikir cucunya itu tidak pula menghubungi untuk menyatakan apa-apa masaalahnya. Sudah berkali-kali Tengku Faizal menghubungi telefon bimbit cucunya tetapi tidak bersambung hanya masuk kedalam ‘voice mailbox’ sahaja. Untuk memastikan apakah yang berlaku, malam itu dia datang berkunjung kerumah banglo cucunya. Dia ingin menyiasat melalui NurJannah apa-apa berita tentang Tengku Farid. Sebenarnya Tengku Faizal agak kurang senang bertanyakan sesuatu dengan Diana. Mungkin kerana sikap Diana yang kurang mesra menjadikan Tengku Faizal keberatan.  Kebetulan Tengku Farid tidak menemani NurJannah malam itu.

Setelah dua tiga hari melihat suaminya terkejar-kejar kehulu kehilir menguruskan dirinya. NurJannah dengan yakin menyatakan bahawa dirinya sudah cukup sihat dan tidak perlulah suaminya menemani malam itu. Dia menyuruh suaminya  berehat  sahaja dirumah. Setelah urusan  pendaftaran untuk kelahiran anaknya selesai petang itu, dia menyuruh suami, datuk dan neneknya pulang, supaya mereka dapat berehat dirumah. Terkejut campur gembira Tengku Faizal bila mengetahui NurJannah telah melahirkan dan mendapat anak perempuan. Sudah sepasang cicitnya untuk meyambung zuriat keturunanya.

“Farid, Jannah mengandungkan baru tujuh bulan..dah bersalin? Dia ada terjatuh ke Farid? ..esok grandpa nak ajak grandma kamu jenguk dialah kat hospital“. Berbagai soalan keluar dari mulut datuk..menyiasat.

“Betul grandpa baru 32 minggu, baby pun kecil hanya 1.85kg saja.. tak macam Arif berat masa dia lahir hari tu pun 3.3 kg.” menyebut sahaja nama anaknya Tengku Muhammad Arief Daneal barulah Tengku Farid tersedar yang dia sudah lama tidak menghubungi Diana. Barulah dia teringat telefon bimbintnya tidak bersamanya. Tengku Farid memikir-mikir dimana dia meletakkan telefon bimbitnya.

“Grandpa pinjam telefon sekejap, Farid lupa kat mana Farid letak telefon, Farid nak call Diana.” Tengku Farid menghubungi Diana malam itu.

Dirumah Diana pula bila telefon bimbitnya berbunyi dilihatnya ada nombor lain yang tertera ditelefon bimbitnya. Diana menjawab dengan teragak-agak, apabila mendengar suara suaminya memberi salam, apa lagi terhambur segala kemarahan dicurong telefon. Diana tidak memberi peluang langsung untuk suaminya menerangkan.. mengapa dia tidak menghubungi ataupun tidak pulang kerumah. Kata-kata makian yang terhambur bagai dia terlupa yang dicercanya itu adalah suami yang perlu dihormati, setelah merasa puas memaki hamun barulah dia diam.

“Diana..I minta maaf tapi I betul-betul sibuk,I tak dapat balik malam ni tolong faham Diana.” Tengku Farid tidak boleh lagi berlembut kepada Diana, semakin hari semakin kasar tingkah lakunya dan kini Diana semakin suka mengugut. Jika tidak diajar dengan tegas, Diana tidak pandai untuk bertolak ansur dengannya.

“I tak kisah kalau you tak balik pun..tapi ceraikan I senang cerita.You boleh pergi mana yang you suka. You boleh peluklah bini you tu..I tak kisah tapi ceraikan I supaya I boleh cari lelaki lain nak jadikan suami. You ingat Farid bukan you seorang lelaki dalam dunia ni. You pergi ..sepuluh orang yang akan datang pada I.” kalau hati tengah marah apa-apa pun boleh terkeluar dari mulut. Disaat kita marah kita tidak dapat berfikir dengan waras dicampur pula dengan hasutan syaitan.

“Diana apa yang you cakapkan ni. Cubalah bertolak ansur sikit, I bukannya saja-saja tak nak balik, I betul sibuk. I kena uruskan Jannah dulu.”

“Itu masaalah you..pada I apa yang I cakap akan I pegang...” Belum sempat suaminya membalas kata-katanya Diana sudah memutuskan taliannya,Tengku Farid hanya mengelengkan kepala. Dia bertekad hanya besok malam dia akan pulang kerumah Diana.Pada Tengku Farid pula, dia terpaksa bertegas dengan Diana kali ini, supaya dia belajar bertolak ansur denganya. Diana pasti dengan ugutanya, suaminya akan datang kepadanya. Tetapi sangkaanya meleset. Hatinya bertambah geram...suaminya perlu diajar itu yang ada dalam kepalanya.


Setelah disahkan oleh doktor NurJannah dan bayinya “NurAisah” tidak mempunyai apa-apa masaalah dia dibenarkan pulang. NurJannah  dinasihatkan jika ada apa-apa berlaku kepada bayinya  cepat-cepatlah datang kehospital bertemu doktor. Tetapi jika tidak ada apa-apa berlaku, dia dinasihatkan datang enam bulan kemudian untuk memantau perkembangan bayinya. Hamper masuk waktu Asar barulah NurJannah dan bayinya sampai dirumah. Dirumahnya pula sudah ramai menanti. Datuk dan nenek Tengku Farid dan keluarga mama NurJannah, Mak Milah juga tidak terkecuali. Yang tiada hanya nenda dan adiknya Zulhelmi sahaja. Kerana mereka  sedang berurusan kekeluar negara, selepas itu mereka bercadang berjumpa anak sulung Tengku Raihana yang belajar disana. Yang sebetulnya Tengku Khalidah yang beria-ia sangat hendak berjumpa dengan cucunya itu, lagi pun Tengku Khalidah tidak menjangka Nur Jannah akan bersalin secepat itu.

Kepulangan Nur Jannah dan bayi disambut penuh meriah oleh kedua belah keluarga. Masing-masing ingin melihat bayi tidak cukup bulan Nur Jannah. Selepas solat magrib berjemaah mereka yang perempuan sibuk menyediakan makan malam.

Tengku Farid pula selesai solat magrib dia masuk kebilik NurJannah disebelah bilik nenek dan datuknya dekat dengan dapur.

“Jannah abang rasa nak baliklah, abang rasa tak sedap hati dari tadi. Entah kenapa hati abang ni berdebar-debar sahaja. Abang bimbangkan Arief dah lama abang tak tenguk dia.” diluahkan isi hatinya kepada isterinya.

“Abang nak makan dulu, nanti Jannah sendukkan nasi.”

“Tak payahlah...tak payah nanti abang makan kat sana. Jannah abang nak cakap dengan dia orang ke abang nak balik ni atau abang balik senyap-senyap”.

“Elok abang cakap, bukan siapa pun, nanti tidaklah dia orang tertanya-tanya abang pergi mana.” Tengku Farid keluar dari bilik NurJannah setelah memberi ciuman didahi isterinya. Dia kedapur untuk memeberi tahu mereka yang didapur.. mengikut apa yang disarankan oleh isterinya.

“Nenek, grandma, mama dan Mak Milah, Farid  nak balik dulu ya, nak tenguk anak yang kat sana pula.” lalu Tengku Farid menghampiri mereka bersalam dan mencium tangan mereka satu persatu.

“Pandu kereta tu baik-baik.”pesan mereka.Tengku Farid hanya menangguk-ngagguk. Diruang tamu Tengku Farid menyatakan dan melakukan perkara yang sama seperti didapur tadi, mereka juga berpesan ”Pandu kereta baik-baik.”

“InsyaAllah.. Farid balik dulu.” Itulah juga jawapanya, dia keluar diikuti oleh datuk Ibrahim yang menghantarnya sampai kekereta Tengku Farid.

“Farid... balik malam macam ni bacalah baca ayat Kursi, ayat Seribu Dinar  dan baca selawat nabi banyak-banyak kalau boleh sepanjang jalan. Sebelum masuk rumah duduk dulu ada seminit dua, bagi salam dulu baru masuk ya..supaya hantu dan syaitan tak ikut masuk dalam rumah, rumah kamu tu ada anak kecil”.
“Baik tuk, Farid ingat pesan atuk, terima kasih tuk  Assalammualaikum.” Tengku Farid menghulur tangan dan mencium tangan datuk Ibrahimnya sekali lagi.

“Waalaikumussalam.”

Tengku Farid melakukan apa yang telah dipesan oleh datuk Ibrahim, hingga sampai didepan pintu kondonya. Dia duduk diluar rumah beberapa ketika, barulah Tengku Farid memberi salam dan membuka pintu mengunakan kunci yang ada padanya. Ketika Tengku Farid masuk kerumah, tiada siapa pun diruang tamu, keadaan sunyi sahaja. Dia menjengah kebiliknya juga  kosong...Diana tiada disitu. Kemudian dia berjalan perlahan bila mendegar orang bercakap-cakap di bilik ibu mertuanya, dia berdiri di sebalik dinding mencuri dengar apa yang dibualkan oleh mereka dua beranak.

“Lu ni bodoh betullah Didi…tengok ni dah seminggu laki lu tak balik..lu suka ka kena tinggal macam ni, Didi.” suara ibu mertuanya dengan loghat Cina berbicara. Tapi tiada kata-kata balas dari isterinya. Mommy Diana keturunan Cina baba di sebelah ayahnya dan campuran Cina baba campur Portugis di sebelah ibunya, sememang nya keluarga mereka berbahasa Melayu ketika dirumah. Kemudian ibu mertuanya menyambung lagi.

“Didi cantik sangat ka bini dia yang kat sana tu, sampai tak ingat nak balik tenguk lu dengan anak lu ni.”

“Tak adalah cantik sangat, macam perempuan kampong saja.. pakai pun macam kelambu.”

“Entah-entah dia sudah kasi ubat tak dengan laki lu tu Didi...jangan main-main, orang Melayu pandai ubat-ubat sampai laki kita tak ingat kita tau. Kalau macam ni Didi, baik lu mintak cerai saja..Lu  cari orang bujang atau yang duda pun tak apa jangan kahwin laki orang, susah macam ni, kena jaga anak sorang-sorang, ni masa mommy ada bolehlah mommy tolong lu..kalau mommy balik Melaka nanti macam mana.”mommynya berkata lagi.

“Ialah nantilah dia balik tahu lah dia siapa Didi ni mommy.”dengan nada geram Diana bersuara pula.

“Lu tahu ka.. siJohan masih tunggu lu lagi,dia masih tak kahwin.” mommynya mengulangi lagi cerita yang telah diceritakanya berulang kali, berhajat benar dia bermenantukan Johan anak  sahabatnya itu.

“Tahu… mommy dah cerita.”

“Kalau lu bercerai  anak kasi Farid jaga, nanti tak lah susah, kalau bawa anak, takut orang tak nak lu pula.”nasihat mommynya lagi.

Cepat-sepat Tengku Farid kepintu utama semula, malas dia mahu mendenagar perbualan anak beranak. Dia memberi salam kuat sedikit supaya dapat didengari oleh mereka dua beranak itu.

“ASSALAMUALAIKUM”…Tengku Farid membuka pintu seolah-olah baru sampai.

Mendengar suara suaminya memberi salam lantas Diana keluar dari bilik mommynya, ketika itu anaknya sudah tidur dibilik mommynya. Dengan muka garang yang dipamir dan sambil bercekak pinggang menyambut kepulangan suaminya.

“Pandai pun you balik….atau perempuan bodoh itu yang suruh you balik, ialah dah puas berkepit dengan you, dah jemu.. dia suruh you balik sini”.

“Diana apa you cakap ni..I ni baru saja sampai, bagilah I duduk dulu atau ambilkan l air, air sejuk pun jadilah.”

“Tak payah duduk tak payah minum, you ceraikan I sekarang juga, lepas tu you boleh duduk sana tak payah you balik-balik sini lagi.”

“Diana you faham tak dengan apa yang you cakap ni.”

“I faham dan mengerti.Apa..you ingat I ni bodoh sangat ke?, I nak bagi tahu you lagi..sudah  lama I sabar dengan you, I sebenarnya dah bosan hidup dengan you, bosan dengan cara kehidupan you, you tahu tak.. I nak you ceraikan sekarang juga.”jerit Diana.

Sebenarnya Tengku Farid malas mahu bertengkar dengan Diana. Badanya sangat letih. Tengku Farid berpaling kepintu semula ingin keluar dari rumah. Dia ingin mendingin hati isterinya yang sedang membara, tetapi dengan pantas Diana menarik tangannya dengan satu lagi jeritan.

“Farid !!dengar tak .. cerai kan I sekarang juga, jangan you keluar sebelum you ceraikan I.” Tambah berani Diana menjerit, ditepi telinga suaminya.

Jeritan Diana menyebabkan emosi Tengku Farid tidak terkawal. Ringan tangannya melayang dan sebuah penampar hinggap kepipi isterinya yang sedang marah. Tujuan Tengku Farid menampar Diana supaya dia sedar apa yang telah diucapkannya, tetapi waktu itu mommy Diana keluar dari bilik dan melihat kejadian itu.

“Farid!! mommy nak, Farid ceraikan Diana sekarang juga...depan mommy berani Farid pukul anak mommy, kalau mommy tak ada entah apa lagi Farid akan buat pada dia.Mommy tak suka anak mommy orang tampar, sedangkan mommy pun tak pernah tampar dia”.

Apabila mendengar suara mommynya, Diana memandang suaminya dengan pandangan marah seperti singa lapar.

“Farid!!!,ceraikan I dengan talak tiga sekarang.” jerit Diana lagi. Dia tambah berani dengan sokongan mommynya.

“Tunggu dulu I nak pergi ambil air sembayang.” Tengku Farid teringat pesanan Nur Jannah kalau kita marah cepat-cepatlah ambil air sembayang, InsyaAllah akan reda kemarahan kita. Dia menuju kebilik air, diikuti oleh pandang mata Diana dan mommynya. Setelah selesai dia mengambil wuduk dia keruang tamu semula. Dia melihat Diana dan mommynya masih berdiri ditempat yang sama tidak berganjak.

“You masih dengan permintaan you Diana.”Tengku Farid menyoal Diana meminta kepastian.

“Ya, I nak you ceraikan I dengan talak tiga.” tegas dan yakin Diana memperkatakan.

“Ini you yang minta Diana,you jangan salahkan I nanti”.

“Hei Farid I tak heranlah dengan you. Ceraikan I sekarang..banyak lagi yang boleh gantikan tempat you”. Dengan sombong Diana megeluarkan kata-katanya.

“Ok kalau itu yang you nak...Sekarang depan mak you, saya Tengku Farid Izzuddin bin Tengku Faris Ikwan menceraikan Diana Natasa binti Sufian dengan talak tiga.” Selesai menucapkan lafaz cerai itu, air mata Tengku Farid mengalir kepipinya. Dia duduk sambil menekup mukanya dengan tapak tangan, hatinya begitu sayu dan sedih. Terlerai sudah satu ikatan yang sangat diharap suatu ketika dulu, tapi kini apakah perasaan nya. Adakah dia sedih dengan perpisahan ini..tapi yang dia tahu dirasa bersalah kerana tidak dapat mendidik Diana menjadi seorang isteri idaman dan menjadi ibu yang mengasihi. Diana pula terus masuk kedalam bilik dan menutup pintu. Seperti dia menutup pintu hatinya kepada Farid ketika itu..hatinya puas. Tidak terlintas dihatinya rasa kesal atau bersalah dengan permintaanya.  Tidak lama kemudian dia membuka pintu dengan wajah yang masih tegang.

“Jangan lupa, kalau you keluar bawa sekali anak you. Kalau I dah benci dengan you dengan anak you pun I benci, menyusahkan saja.” Setelah habis menghamburkan kata-kata yang menghiris hati, Diana menghempas pintu biliknya dengan kuat.

Tengku Farid berpaling bila mendengar suara rengekkan anaknya, rupanya ibu mertuanya mengangkat cucunya dan meletakkan dibilik dimana Tengku Farid selalu menjaga anaknya. Diletakan diatas katil kemudian dia masuk kembali kebiliknya dan menutup pintu dengan kuat juga. Dentuman pintu yang kuat membuatkan anaknya terkejut dan menangis dengan kuat. Seakan mereka berdua berpakat mengenakan Tengku Farid malam itu.

Dengan rasa sedih Tengku Farid mendapatkan anaknya. Didukung lalu ditepuk-tepuk belakang anaknya. Air mata Tengku Farid tak terbendung lagi, dia menangis dengan kuat untuk melepaskan dengkulan dihati yang mendengkul sedih. Hanya tuhan sahaja yang tahu rasa hatinya ketika itu. Sampai hati Diana memperlakukan dirinya sebegitu. Bukankah mereka saling mencintai suatu waktu dahulu. Kalau pun marah tak kan tidak ada langsung rasa kasehan di hatinya. Jika tidak pada dirinya pandanglah pada anaknya, bukan anak orang lain..anak yang sedangkan yang sedang menangis itu adalah anaknya. Anak yang dikandung dalam rahimnya selama sembilan bulan. Tidak adakah rasa kasih dan sayang walau sedikit pun untuk anaknya itu?.Tampa membuang masa Tengku Farid keluar dari rumah, tiada tempat lain yang akan ditujunya,melainkan kerumah NurJannah.