Sudah gaharu cendana pula,
sudah tahu bertanya pula.
Dalam diam Diana berusha mahu
memperkenalkan dirinya kepada keluarga suaminya
atau pun keluarga madunya. Dia sudah tidak sabar untuk menanti suaminya sendiri
memperkenalkan dirinya kepada mereka.
Sebenarnya dia tidak percaya dengan janji-janji Tengku Farid. Diana sudah ada rancangannya sendiri. Dengan
jalan baik atau jalan jahat dia harus dilakukan juga. Itulah tekadnya. Dia sudah mengupah seseorang untuk memerhatikan
pergerakkan datuk Tengku Farid ataupun nenda Nur Jannah. Tengah hari itu sipemberi
maklumat memberitahu bahawa nenda Nur Jannah Tengku Khalidah akan makan tengahari di sebuah hotel diPetaling
Jaya bersama beberapa orang rakanniaganya.
‘Inilah masanya’ detik hati Diana.
Dia terus menghubungil nombor suaminya dan menyatakan keinginanya memakan
sesuatu. Dengan rengekkan manja Diana
bertanya suaminya.
“Hello…you free tak tenghari ni, I
teringin sangatlah nak makan kat hotel .....
kat PJ tu…ada orang cakap desetnya
sedap.”
Mendengar rayuan isterinya
yang sedang sarat tidak sampai hati Tengku Farid untuk menghampakan permintaan
Diana. Sementalah Dianakan tengah mengandungkan zuriatnya juga. ‘Agaknya dia menyidam nak makanlah tu’
detik hati Tengku Farid. Dengan hati yang kasih dia menurutkan sahaja kemahuan
Diana. Waima kalau ke bulan dan ke bintang dia hendak makan pun ...InsyaAllah
dia akan menurutinya. Tengku Farid sebenarnya seorang suami yang penyayang dan
bertimbang rasa. Tidak pula disangka permintaan dari Diana ada udan udang
disebalik batu. Bukankah ada peribahasa mengatakan kalau tidak berada-ada
takkan tempua bersarang rendah.
Untuk memenuhi permintaan isterinya yang sedang sarat,
makan tengahhari itu mereka menuju
kehotel yang dimaksudkan oleh Diana. Dengan gaya manja Diana berjalan sambil
memegang lengan Tengku Farid rapat kebadannya. Dia mengenakan baju mengandung
tidak berlengan berwarna biru lembut dan
berseluar panjang untuk orang mengandung berwarna hitam. Dia kelihatan anggun
dan bergaya. Rambut lurusnya yang berwarna perang di lepaskan mencecah bahu. Menambahkan
lagi seri wajahnya yang sememang cantik, walaupun dia hanya mengenakan sedikit
make-up di wajahnya. Ketika sampai di hotel Diana mencari tempat duduk untuk
mereka. Waktu makan tengahari di hotel itu rupanya sibuk. Ramai pelanggan dari
berbilang bangsa makan di situ. Ingatkan tempat mahal seperti itu kurang di
kunjungi, ahhh di Malaysia... inikan negara makmur semua orang mampu makan di
mana sahaja, apa nak heran.
Tampa disedari oleh Tengku Farid
jauh di satu sudut sepasang mata merenung ke arah mereka. Setelah mendapat
tempat yang sesuai Diana beredar kemeja yang menghidangkan makanan dan mengambil
makanan yang di kehedakinya begitu juga Tengku
Farid. Sedang asyik mereka menjamu selera Tengku Farid di sapa oleh satu suara
yang sangat di kenalinya. Berderau darah Tengku Farid lalu memusingkan badanya untuk
memastikan yang dia tidak tersalah dengar dan memandang ke arah empunya suara.
“Farid…datang rumah malam ni...selepas
Magrib dan bawa sekali perempuan ini ya…jangan lupa selepas Magrib.” Tengku
Khalidah mengulangi arahannya dua kali agar jelas, dengan yang suara tegas.
“Ba..baik nenda.” pucat muka Tengku
Farid. Tengku Khalidah beredar bersama rakan niaganya keluar dari hotel itu.
“Siapa tu. “ Soal Diana pura-pura tidak tahu sebenarnya dia tahu siapa wanita itu,
Tengku Khalidah nenek Nur Jannah.
”Nenek Jannah…jangan lupa malam
ni lepas Magrib kita pergi rumah dia dan sebelum you balik nanti makan lah dulu.”
pesan Tengku Farid kepada isterinya, tapi selera makanya sudah tertutup. Dia
hanya menguis-guis makan di dalam pingganya yang baru luak separuh sahaja.
Diana pula meneruskan makannya dengan penuh selera sambil tersenyum bahagia
di dalam hati kerana rancangan nya berjaya. Selepas menghantar Diana kepejabatnya, Tengku Farid terus sahaja masuk
ke pejabatnya. Debaran dihatinya bagai tidak mahu berhenti sejak disapa oleh
Tengku Kahlidah tadi. Dia teringatkan
Nur Jannah isterinya yang lagi satu, setelah agak tenang Tengku Farid
menghubungi telefon bimbit Nur Jannah.
“Assalamualaikum, Jannah abang ni”..
“Waalaikumsalam…”
“nenda ada
beritahu Jannah apa-apa tak?”
“Nenda tak ada dalam office...nenda
keluar dari tadi belum balik lagi, pasal apa bang, pasal kerja ke pasal
peribadi?” soal Nur Jannah ingin tahu.
“Waktu tenngahhari tadi Diana
ajak abang makan kat hotel ..., lepas tu kami terserempak nenda dengan kawan-kawan
dia yang makan di situ juga, dia suruh abang dengan Diana pergi rumah dia malam
nanti lepas Magrib”.
“Ohh memang nenda ada cakap...dia
ada temujanji dihotel, dia ajak Jannah pergi pagi tadi..tapi masa dia pergi dia terus saja pergi ..mungkin
dia nampak Jannah sibuk agaknya itu yang tak jadi ajak Jannah tu”.
“Ehmm..Nanti.. kalau nenda ada
cakap apa-apa, Jannah call abang.”
“InsyaAllah..kalau ada apa-apa
nanti Jannah bagi tahu abang”.
“ok sayang... assalamualaikum”.
“Waalaikumsalam.” pening Tengku Farid
dan NurJannah memikirkan apa akan terjadi malam nanti..memikirkan akan segala
kemungkinan dengan tindakkan nendanya seterusnya.
Tidak lama selepas Nur Jannah memutuskan panggilan
telefon suaminya, nendanya melintasi meja Nur Jannah, berdebar Nur Jannah di buatnya. Apabila nenda tidak
memberi sebarang reaksi dan tidak juga
memanggilnya dan juga tidak menoleh
kepadanya... NurJannah menjadi lega . Dari ekor matanya dia mengikuti langkah nendanya
terus sahaja masuk ke dalam biliknya. Nur Jannah juga meneruskan kerjanya seperti
biasa.
Di dalam bilik
Tengku Khalidah termenung mengingati pertemuan tengahari tadi. Betapa berdebar hatinya bila melihat seorang lelaki
yang sangat dikenali bersama seorang
perempuan yang sedang mengandung jalan berkepit rapat. Yang perempuan
terlentuk-lentuk manja disis lelaki
tadi. Mereka masuk kehotel untuk menjamu selera. Jika mereka tiada hubungan
takkan silelaki tersebut membiarkan sahaja wanita mengadung itu beraksi
sedemikian di khalayak ramai. Kalau apa yang ada di fikirkanya betul mengapa
sahabatnya Tengku Faizal tidak memberi tahu kepadanya dan mengapa dia hanya
membiarkankan segala perlakuan cucunya. Dan jika ianya adalah kenyataan betapa
kasihannya Nur Jannah cucunya. Tidak tepat kah jodoh yang di tentu kan olehnya,
getus hatinya. Rasa bersalah menujah-nujah di dalam dadanya.
=========================================
Tengku Khalidah mengimbau kezaman silamnya sehingga dia menjadi seorang
ushawan wanita yang berjaya dan mengapa dia membuang jauh diri dari keluarganya
hidup terlonta-lonta seorang diri diKuala Lumpur sedangkan ayahnya sorang
ushawan yang berjaya dan hidup mewah.
Dia merupakan anak sulung
dari dua beradik, kedua-duanya perempun. Oleh kerana dia anak yang tua ayahnya
mendidiknya dengan cara yang tegas dan keras, kerana kata ayahnya..dialah
yang akan di harapkan dapat menjaga
adiknya dan perniagaan keluarga di kemudian hari. Seperti apa yang di harapkan,
dengan didikan yang tegas dari ayahnya membawa dia berjaya dalam pelajaran dan dapat
melanjutkan pelajaran hingga keluar
negara. Ketika dia belajar diluar negara dia juga tidak dimanjakan oleh
ayahnya. Perbelanjaan dirinya hanya cukup-cukup sahaja. Dia terpaksa
berjimat-cermat dan bekerja untuk menambah perbelanjaan hidup di negeri orang. Maklumlah
pelajar kadang ada juga bahan belajar atau buku lain untuk tujuan menambah apa
yang ada. Tidak disangka ada yang
memerhati dan jatuh suka kepada sikap berdikarinya. Perkenalan sewaktu dia
belajar di luar negara dengan seorang pemuda Tengku Iqbal namanya, membawa
mereka kealam perkhawinan.
Sikap tegas dan keras ajaran ayahnya..terbawa-bawa
kealam rumah tangganya sendiri. Di tambah pula dengan masaalah lambat untuk
mendapatkan zuriat, menambah rapuh rumah tangganya, walaupun mereka membinanya
diatas rasa cinta. Kunjungan cahaya mata yang tidak kunjug tiba menambah lagi
rencah didalam ruimah tangga mereka. Kegagalan dirinya untuk melahirkan zuriat
untuk suaminya dijadikan punca kehambaran rumah tangga mereka. Perkahwinanya
yang telah mencapai usia tiga tahun mula goyah atas alasan yang tidak kukuh.
Suami dan keluarganya sendiri menyalahkan dirinya. Lama kelamaan cinta dan
kasih sayang suaminya berpaling arah.
Dalam diam rupanya
suaminya meminati adik iparnya sendiri Tengku Khairina. Tengku Khalidah tidak
menyalahkan sesiapa. Mungkin sudah ditakdirkan seseorang itu tertarik pada yang
cantik, manja dan lemah lembut seorang wanita adalah asas utama seorang lelaki
itu mendapat kebahagiaan..itulah adiknya yang berpewatakkan lemah lembut dan penuh sifat kewanitaan. Walau
tidak berpelajaran tinggi hanya setakat tingkatan lima sahaja, namun dia
mendapat memikat hati abang iparnya.
Pada mulanya dia tidak
mahu mempercayai, yang kasih dan cinta suaminya beralih arah kepada adiknya
sendiri, tetapi bila suaminya sendiri yang berterus terang, Tengku Khalidah
tidak berupaya untuk menghalang. Sebenarnya
bukan Tengku Iqbal sahaja yang meminati Tengku Khairina, Tengku Khairina juga
ada menyimpan hati dengan abang iparnya yang kacak dan bergaya, ’kalau bertepuk sebelah tangan takan
berbunyi’ itulah perpatah Melayu. Percintaan mereka mendapat sokongan pula
dari ibu mereka. Tetapi yang dikesalkan mengapa mereka mencari kesalahanya
diatas alasan tidak mendapat zuriat..dan segalanya berpunca dari dirinya.
Kononnya sikap Tengku Khalidah yang tegas dan garang dan kurangnya rasa kasih
sayang antara mereka menyebabkan mereka tidak mendapat anak. Pergolakkan dalam
rumah tangganya tidak dapat lagi diselamatkan apabila diaduk dengan campur
tangan keluarga.
Untuk bermadu dengan adik
sendiri itu tidak dibenarkan oleh syarak..Akhirnya Tengku Khalidah beralah. Dia
minta diceraikan untuk memberi laluan kepada adiknya duduk disisi suaminya.
Hanya beberapa bulan sahaja Tengku Iqbal menduda kemudian bernikah semula
dengan bekas adik iparnya Tengku Khairina. Sanggup keluarganya melihat keruntuhan
rumah tangganya demi memberi kebahagiaan kepada adiknya. Ibunyalah yang begitu
bertegas . Ibu mereka lebih menyayangi
adiknya kerana kekurangan adiknya dari segi pelajaran. Tidak sanggup melihat
kepedihan didepan mata Tengku Khalidah menyisihkan diri dari keluarganya. Betapa
sakit hatinya bila kesetiaanya dicurangi dan betapa sakit hatinya bila cinta
dan kasihnya dikhianati. Kesakitan yang masih terasa hingga keusianya sudah
meniti senja kini. Tidak pernah kebah rasa sakit itu. Tampa di sedari sewaktu
di ceraikan Tengku Khalidah sedang mengandung dua bulan. Zuriat yang dinanti
hadzir ketika rumah tangga hancur berderai. Tetapi dengan kehadiranya dia
bersemangat semula.
Dengan semangat itulah dia meneruskan kehidupan walau dengan seribu
kepayahan. Dia mula bekerja di sebuah minimarket mengurskan hal-hal barangan
yang diperlukan dan wang modal pusingan serta hal-hal pejabat. Dengan
pengetahuan yang di kutip semasa dia belajar di luar negara dulu.. di jadikan
sandaranya untuk meneruskan kehidupanya demi untuk satu nyawa lagi, yaitu anak yang
dalam kandungan. Anak yang ditunggu sekian lama. Dia bertekad tidak akan
memeberitahu kandunganya itu walaupun kepada suaminya mahupun keluarganya. Dia
tidak mahu rumah tangga adiknya yang baru di bina dengan bekas suaminya goyah
dengan kehadiran anaknya nanti. Padanya biarlah dia beralah, untuk kembali
kepangkuan suaminya kerana anak, itu tidak mungkin. Dia bertekad menyinkir
dirinya dari keluarganya dan mula mencari kehidupanya sendiri dengan semagat
yang padu. Kepayahan padanya adalah dorongan yang akan dibuktikan kelak jika
dia berjaya. Oleh kerana kerajinan dan pengetahuannya yang baik dalam bidang
perniagaan dia diberi kepecayaan menguruskan secara langsung perniagaan itu
oleh tuan punya minimarket tempat dia bekerja.
Sepuluh tahun kemudian
dia mendapat perkhabaran bahawa ayahandanya sakit...ketika ayahandanya
terlantar dihospital dia datang berziarah dan membawa sekali anaknya Tengku
Raihana yang ketika itu sudah berusia sepuluh tahun..
“Ayahanda maaf kan Ida..tak
jenguk ayahanda selama ini..Ini anak Ida ayahanda.. Raihana mari dekat salam
atuk.” Keadaan ayahandanya ketika itu sungguh uzur.
“Tak mengapa Ida..ayahanda tak
marah..ayahanda bahagia sekali Ida datang sebelum ayahanda menutup mata..dapat
juga ayahanda melihat cucu ayahanda nan seorang ini.” ujar ayahandanya dengan
mata berkaca-kaca dan nafas yang agak tercungap sedikit. Tidak lama kemudian
datang seorang jururawat yang nampak ramah dimatanya. Jururawat tersebut
memandang dan mehampiri ayahandanya..kemudian ayahandanya berkata-kata..
“ Jangan bagi kat sini bahaya..nanti
masa dia nak balik baru bagi.” Ujar ayahandanya. Dia sedikit pun tidak memahami
apa yang dibicarakan oleh mereka berdua dihadapanya.
“Baiklah Tengku saya keluar dulu,
tapi jangan cakap banyak sangat.” Setelah jururawat itu berlalu...
“Ida..Nanti sebelum balik tanya
kat kaunter...sebut nama Jamilah binti Osman.. ye.” ketika Tengku Kahlidah mahu
membuka mulut untuk bertanya ayahandanya bersuara...
“Tak ada apa ..jangan tanya ikut
saja apa yang ayahanda suruh” ...tidak lama kemudian terdengar pintu bilik
ayahandanya dibuka dari luar terjengul wajah bondanya. Belum sempat bersalaman
haburan kemarahan ibunya terhambur dahulu dari mulut bondanya.
“Dah sakit terkedang macam ni
baru nak cari ayah kau..ini tak lain nak tuntut hartalah ni.”
“Mah kenapa cakap macam tu..dia
anak saya..dia ada hak.”
“Kalau bonda tak senang dengan
kehadiran Ida..Idah beransur dulu ayahanda.”
“Pergilah dari menyakitkan hati
Ida..ayahanda rela lepaskan Ida balik tapi sebelum tu bagi ayahanda cium cucu
ayahanda yang seorang ni dulu..sini sayang atuk.”
“Ini anak pungut ..anak haram
mana yang kamu dapat? Dan jangan kamu nak memerangkap kami dengan anak ini.”
“Bonda..ayahanda jangan salah
sangka ini memang anak Idah dengan Iqbal..masa bercerai dulu Idah tak tahu Idah
dah mengandung dua bulan.” Sesungguhnya itu ada lah yang sebenarnya..dia juga
tidak tersedar pusingan haidnya sudah tidak hadir kerana kemelut rumah tangganya. Dan akhirnya tumbang hancur
masjid yang mereka bena diatas nama cinta.
“Jangan kau kaitkan nama
Iqbal..jangan dengan budak ni pula kau nak tuntut harta Iqbal pula.. jangan
ingat senang-senang kami nak percaya.” jerkah ibunya lagi..seperti orang naik
hantu pula.
“Mah cukuplah Mah” dengan
pernafasan yang tercungap-cungap Tengku Badli cuba menenangkan isterinya yang
marah..
“Apa yang sudah..kanda jangan nak membela
sangat anak yang tak mengenang budi ni...Ingat Ida kamu dah buang kami jangan datang lagi
pasal nak tuntut harta.” Sempat lagi bondanya memberi pesan..takut benar harta
ayahandanya tebahgi-bahagi. Bonda oh bonda...sampainya hati.
“Bonda Ida datang bukan kerana
harta tapi ayahanda ni ayah Ida bonda..janganlah salah sangka.”
”...Ida dahlah pergilah balik ayahanda percaya cakap kamu
Ida..biarkan ayahanda dengan bonda kamu kat ini.”
Kerana kekecohan yang
terjadi dibilik wad tersebut menyebabkan dada Tengku Badli menjadi sesak
kembali..sakit jantungnya menyerang lagi.. Doktor dan jururawat berkejaran
kebilik ayahandanya memberi bantuan. Setelah lima jam.. keadaan Tengku Badli
agak berkuarangan sedikit..Tengku Khalidah menemui ayahandanya sekali lagi.
“Ayahanda ..Ida minta maaf
banyak-banyak. Ida tak ada niat untuk
menuntut harta..untuk pengetahuan ayahnada, Ida dah ada perniagaan Ida sendiri
jadi janganlah ayahanda risau dengan diri Ida ni..Ida bersyukur ayahanda beri
pelajaran untuk Ida hidup tampa bergantung kepada sesiapa.” Dia mencium tangan dan pipi
ayahandanya Tengku Badli pula menariknya dalam pelukkan. Lama dua beranak itu
berpelukkan..seakan itulah pelukkan mereka yang terakhir. Tetapi itulah
kebenaranya... itulah pelukkan ayahnya yang terakhir yang dapat dirasainya.
“Baliklah Ida.. ayahanda dah
maafkan segala kesalahan Ida. Jika sekiranya ayahanda menutup mata ayahanada
tak rasa terkilan kerana anak ayahanda dah pandai berdikari..”
“Dahlah ayahanda jangan cakap
banyak-banyak..nanti memudharatkan kesihatan ayahnda”.
“Tak apa Ida... rasanya inilah
percakapan kita yang terakhir...tapi ayahanda rasa sangat bahagia..Ida dah bagi
ayahanda cucu untuk menyambung keturunan kita... Ayahanda minta maaf segala
kesalahan ayahanda pada Ida..kerana memberi ibu yang salah pada Ida.. pergilah
balik ayahanda tak apa-apa..pergilah.” Kelihatan pernafasan Tengku Dadli
tercungap.. mungkin kerana penyakit yang dihidapinya. Tengku Khalidah ingin
bertanya tentang ayat terakhir yang diperkatakan oleh ayahandanya tetapi
terhalang bila mendenganr suara bondanya mencecah gegendang telinga. Ketika dia
mencium ayahandanya sekali lagi terdengar bisikan ayahandanya ditelinganya.
“Hai anak tak guna ni masih tak
balik lagi..masih tak putus asa nakkan harta yang tak seberapa tu”. Bila
mendengar suara bondanya cepat-cepat Tengku Khalidah meraih tangan dan memeluk ayahandanya
sekali lagi. Sempat lagi Tengku Badli membisikkan sesuatu ditelinga anaknya.
“Jangan lupa jumpa jururawat tadi
di kaunter.” kemudian Tengku Raihana..pula mencium ayahandanya.
“Hana jaga bonda kamu
baik-baik..dia tidak ada siapa-siapa lagi kat dunia ni.” Makin termangu dia
mendengar perkataan yang diucapkan oleh ayahandanya.
Sejak itu dia tidak lagi
pergi berjumpa ayahandanya. Walaupun seminggu selepas pertemuan itu ayahandanya
meninggal dunia..dia tidak dibenarkan masuk untuk melihat jenazah arwah
ayahandanya sendiri. Hanya ketika wasiat dibacakan dipejabat peguam..dia
diwajibkan datang. Keputusannya dia tidak mendapat apa-apa harta dari arwah
ayahandanya. Tetapi dia reda...padanya ayahnya sudah memberinya cukup bekalan
untuknya hidup dimuka bumi ini... yaitu ilmu.
Setelah sebulan arwah ayahandanya kembali
kealam baqa..dia secara tidak sengaja terlihat sampul surat yang diserahkan
kepadanya oleh seorang jururawat ketika dia melawat ayahandanya dihospital
tidak lama dulu didalam beg tanganya. Didalam surat itu diminta dia bertemu
dengan seorang peguam dialamat yang telah dituliskan. Rupanya pada peguam
itulah arwah ayahandanya meluahkan segala rahsia dan sedikit harta dan wang
simpanan milik arwah ibunya. Dari situlah dia mendapat tahu bahawa wanita yang
dianggap bondanya selama ini sebenarnya bukan ibu kandungnya. Dia adalah bekas
setiausha ayahandanya. Mereka berkahwin selepas arwah ibunya meninggal dunia
ketika melahirkan dirinya. Dia juga mendapat tahu bekas suaminya juga telah
meninggal dunia setelah tujuh tahun berkahwin dengan adiknya, namun mereka juga
tidak dikurniakan cahaya mata.
Jika difikirkan mengapa
ayahnya mendidiknya dengan ketegasan... rupa supaya dia dapat berdikari.
Setelah apa yang terjadi kini baru dia sedar mengapa ibunya lebih mementingkan
adiknya..kerana adiknya adalah anak kandungnya..makin sesak fikiran Tengku
Khalidah memikirkan jika apa-apa terjadi ketika Nur Jannah ketika melahirkan
anaknya kelak. Dia tidak sanggup cicitnya diabaikan oleh ibu tiri seperti
dirinya. Rasa kesal menjalar diseluruh kalbunya.
Walau kejadian itu mungkin
sudah boleh dilupakan, tapi kesakitan di hianati membuatkan dia menutup pintu
hatinya rapat-rapat untuk semua lelaki. Kini hidupnya telah meniti senja, dia
tidak pernah lagi membuka ruang untuk mana-mana lelaki bertahta di hatinya. Dulu
ketika bangun dari kecewa ada seorang lelaki yang mengharapkan dirinya iaitu
datuk Tengku Farid, Tengku Faizal. Dia pernah merayu untuk menjadikan dirinya
suri hidupnya, kerana katanya isterinya tidak boleh lagi melahirkan anak
untuknya lagi. Ketika isterinya melahirkan anak pertama. Dia mendapat masaalah kerosakkan
rahim, pendarahan berlaku tidak mahu berhenti, untuk keselamatan dirinya
rahimnya terpaksa dibuang. Tengku Faizal tidak sedar dengan alasan itulah dia
di tolak oleh Tengku Khalidah.
Yang kedua disebabkan Tengku Faizal
telah pun beristeri dia tidak mahu isteri Tengku Faizal juga merasai derita
sepertinya, dia juga perempuan. Akhirnya dia menerima Tengku Faizal hanya
sebagai seorang sahabat sahaja. Tetapi cinta Tengku Faizal sememangnya ikhlas
dia tetap membantu Tengku Khalidah walaupun kasihnya tidak di terima. Sewaktu Tengku Khalidah hampir tersungkur
dalam perniagaanya Tengku Faizal-lah yang membantunya bangun semula sehingga
berjaya seperti sekarang ini.
Untuk membalas budi baik
Tengku Faizal mereka merancang agar anak
mereka yaitu Tengku Raihana dan Tenku Faris Ikhwan satu-satunya anak Tengku
Faizal disatukan. Tetapi rancangan mereka tak menjadi, bila Tengku Raihana kahwin lari bersama
pemuda pilihan hatinya yang di kenali masa dia menuntut di University Sains
P.Pinang. Apabila dia mengetahui dia mempunyai seorang cucu yaitu anak Raihana,
di ambilnya anak itu dari datuk dan neneknya yang telah menjaganya selama 18
tahun. Selain untuk menggantikan dirinya suatu kelak, dia juga merancang untuk
melaksanakan janji kepada sahabat baiknya. Sahabat yang membantunya dari jatuh
dan bangun semula dalam perniagaan. Inilah sahaja jalan yang dia nampak.
Rancangan untuk
menjodohkan cucu-cucu mereka pun tidak lama. Dua tiga kali Tengku Faizal
berjumpa dengan Nur Jannah dia sudah menetapkan dan merasakan sangat sesuai
untuk di jadikan isteri cucu tunggalnya. Tidak ada masa bertunang. Sebenarnya
Tengku Faizal mengharapkan seorang wanita yang patuh pada pegangan ugama, supaya
dapat mengawal sedikit sifat liar cucunya. Setelah berbincang antara mereka,
mereka bersetuju dalam masa tiga bulan sahaja pernikahan itu di jalankan. Tiada
pilihan langsung untuk Nur Jannah menolak. Tengku Khalidah percaya Nur Jannah
akan bahagia, kerana Tengku Faizal dan isterinya Tengku Faridah mengaku
menyayangi Nur Jannah dan akan membantu Nur Jannah menyesuaikan diri dalam
keluarga mereka terutama dengan cucu mereka Tengku Farid Izzuddin.
Tapi lain pula cerita bila dia
sendiri menyaksikan adegan tengahari tadi. Kalau benarlah apa yang di fikirkan,
ini bermakna kesakitan yang di alami akan juga dirasai oleh cucunya yang
seorang ini. Ahhh..terasa pedih hati Tengku Khalidah memikirkanya. Untuk
mencari penjelasan daripada Nur Jannah dia tidak sampai hati menanyakan. Dia
bertekad malam ini dia akan merungkai
segalanya. Semua ini terjadi adalah berpunca dari dirinya yang terlalu ingin
membalas budi. Lamunan Tengku Khalidah tercantas oleh deringan telefon di atas
mejanya.
Banyak sangat tragedi dalam ceriter ni.Apalah kesudahannya.tapi ceriter tetap best.
ReplyDelete