Sudah kering dibuat tikar,
Diam suami bukanya takut,
Hanya malas untuk bertengkar.
(Kelerai adalah daun mengkuang yang telah buang duri dan jangka direndam..barulah dijemur).
Petang ituTengku Farid
sampai kebilik hospital dimana Nur Jannah ditempatkan.
“Assalamualaikum..sayang
dah sihat.”“Waalaikumsakum.” Jannah mencapai tangan suaminya dan menciumnya seperti selalu. Dia tersenyum ceria, menyambut kedatangan suaminya. Dia sudah duduk bersandar di kepala katil sememangnya kedatangan suaminya sangat diharapkan saat itu.
“Sakit lagi tak?” Tengku Farid bertanya isterinya sambil duduk di kerusi yang disediakan.
“Masa ni dah tak sakit dah. Bang Jannah rasa nak sangat jumpa baby kita.”Nur Jannah belum lagi melihat anaknya.Tadi selepas dia melahirkan dia tidak berapa kuat untuk bangun mahu pun berjalan atas nasihat doktor dia dikehendaki berihat sahaja dahulu.
“Jannah dah boleh jalan ke?..abang ambil kerusi roda, abang tolak ye.” Tengku Farid sudah mahu bangun..tetapi tanganya dipeganan oleh isterinya.
“Tak payah lah Jannah boleh jalan perlahan-lahan. Bukan Jannah buat operation, abang pimpin pun dah cukup, lagi pun nurse kata bilik baby di hujung bilik ni saja.”
“Betul ni??” soal suaminya meminta kepastian. Kemudian mereka beriringan berjalan kebilik yang dimaksudkan. NurJannah memegang lengan suaminya sambil mereka berjalan perlahan, dalam perjalanan Tengku Farid bertanya isterinya.
“Jannah... anak kita nak bagi nama apa ye.”
“Abang dah ada nama nak bagi..kalau Jannah nak bagi nama isteri kesayangan Rasullullah s.a.w, yang bijak, cantik dan berakhlak mulia..Siti Aisyah, tapi Jannah nak bubuh Nur di pangkalnya jadi Tengku NurAisyah, abang ada nama lain nak dicadangkan.”
“Ok..abang suka juga dengan nama tu..nanti boleh kita panggil dengan nama penuh Aisyah.”sebetulnya Tengku Farid ingin menamakan anaknya dengan nama Farah Elena terasa cantik orang yang memakai nama itu. Memandangkan keterangan isterinya siap dengan kaitan nama itu dengan baginda Rasullullah s.a.w, Tengku Farid terus sahaja bersetuju. Seperti nama Nur Jannah datuk Ibrahim memberitahu maknanya ‘Cahaya Syurga’, terasa kebenaranya sejak dia bersama Nur Jannah hidupnya terasa bahagia seperti di Syurga dan erti nama Ahmad Amin datuk Ibrahim menerangkan, Ahmad adalah nama Nabi Muhammad dilangit dan Amin bererti ‘Perkenankalah.’
Dulu datuk kata, dia dan isterinya nenek Zubaidah susah
mendapat anak setelah berkahwin hampir tiga tahun belum juga mendapat anak
tetapi akhirnya Allah memperkenankan permohonan mereka. Itulah mereka memberi
nama Ahmad Amin kepada anak mereka. Sedangkan erti nama Fara Elena dia tidak
tahu ertinya...dia suka kerana nama itu sedap didengar.
“Puan boleh cuba susukan bayi puan ni ya.”
Ketika melihat bayinya, sekali lagi Nur Jannah menangis.
“Kenapa Jannah...Jannah sakit ke?” bimbang sungguh suaminya melihat isterinya yang tiba-tiba menangis.
“Tak.. Jannah tak sakit..tapi bang kenapa anak kita macam ni..rambut halus penuh di dahinya, telinganya masih rapat terlipat dan jarinya macam bercantum sahaja..anak kita cacat ke bang?”.
“Janganlah fikir sangat Jannah..kata nenek tadi... keadaan ni sementara sahaja..kalau umur dia mencapai satu bulan nanti dia akan berkeadaan biasa.. kata nenek lagi pusat dia akan terjojol keluar nanti..tapi bila dia dah mula meniarap pusatnya juga akan kembali normal.” Mereka ke sebuah sofa yang disediakan. NurJannah cuba menyusukan bayinya dengan linangan air mata.
“Kenapa sayang sakit ke?”tanya suaminya sambil memandang wajah isterinya. Kebimbanganya sentiasa berligar dikotak fikirannya kalau-kalau isterinya sakit. Kerana Tengku Farid memikirkan kesakitan yang ditanggung oleh isterinyanya seorang diri mungkin dari malam tadi..Tidak seperti Diana tempuh hari, dia menjaganya dari kandunganya berusia lapan bulan lagi. Mereka sudah bersiap sedia sedari awal lagi. Betapa Nur Jannah begitu terabai dari pemerhatianya. Rasa kesal itulah yang membelengu dirinya kini.
“Tak..Jannah rasa bahagia sangat bang..macam mimpi pulak Jannah dah ada anak sekarang.”
“Isteri abang ni bahagia pun menangis.” kata Tengku Farid sambil menyapu airmata yang mengalir di pipi isterinya. nNurJannah sudah memangku dan cuba menyusui anaknya.
“Rasa macam tak percaya Jannah dah jadi ibu bang, boleh tak kalau kita bahasakan diri kita ibu dan ayah kepada anak kita.”
“Boleh juga.” jawab Tengku Farid dengan suara bergetar..dia terharu sebenarnya bila melihat NurJannah menyusukan anaknya. Walaupun nampak begitu terkial-kial dia mahu memasukkan puting susunya kemulut comel anaknya. Dia juga cuba membantu dengan memegang kepala anaknya.
Seingatnya Diana tidak memberikan anaknya susu badan
untuk anaknya, sama ada semasa dihospital mahupun masa dirumah. Anaknya
lebih banyak bersama ibu mentunya sahaja. Tengku Farid mendengar isterinya
berceloteh sambil belajar menyusukan anaknya maklumlah anak pertama dan kali
pertama pula tu,nampak macam terkial-kial. Walaupun cuba dibantu olehnya.
“Ada setengah orang panggil ibu dan ayahnya dengan pangilan papa dan mama.Macam Jannahlah kan panggil ibu Jannah mama. Lepas bersalin tadi Jannah terfikirkita nikan Melayu apalah salahnya anak kita panggil kita dengan panggilan Melayu..macam atuk dan nenek,mama Jannah panggil dengan panggilan ibu dan ayah sedap bunyinya tapi kalau abang nak anak kita panggil lain tak apalah”.
“Ok juga..kalau Jannah suka dengan panggilan itu...abang tak kisah anak kita nak panggil apa..pada abang janji dia orang sihat alhamdullilah.” mereka keluar dari bilik itu dengan ucapan terima kasih kepada jururawat yang bertugas dan meletakkan semula anaknya didalam inkuabator.
“Bang...Jannah tenguk anak kita mirip muka abang, abang perasan tak.”
“Perasan, ini tentu masa Jannah mengandung asyik ingatkan abang saja ya.” Tengku Farid menarik hidung isterinya.
“Mestilah abangkan suami Jannah,habis Jannah nak ingat siapa lagi?” sambil tersenyum manja Nur Jannah melintukkan kepalanya kebadan suaminya.
Malam itu Tengku Farid menemani isterinya yang baru
bersalin dihospital.Dia tidur disofa yang sedia ada didalam bilik itu.Bersyukur
dia membawa baju sejuk dan sepasang setokin yang tebal, rupayan ketika malam
sejuknya makin terasa.Dia begitu besyukur mendengar nasihat nenek Zubaidah
supaya membawa setokin tebal dan baju sejuk.Selepas solat Isyak Tengku Farid
sudah terlena.Lena sungguh dia tidur malam itu setelah beberapa malam tidak
cukup tidur.
Dikondominiumnya.. Diana bagaikan
cacing kepanasan,kerana sehingga lepas Isyak suaminya Tengku Farid masih belum
pulang. Dia mencubanya menghubungi telefon bimbit suaminya tetapi gagal asyik
masok ke-dalam ‘voice mailbox’ sahaja. Marahnya berapi-api ditambah pula
dengan leteran mommynya ditepi telinga yang ‘bagai mencurah minyak kedalam
api yang sedang marak membakar’, lalu terbakar seluruh ruang rongga
hatinya. Kalau suaminya ada dihadapannya ketika itu entah apa akan
terjadi..mungkin suaminya menjadi seperti cucur kodok atau pun roti gardinia
yang dihiris berkeping-keping. Begitulah kegeraman hati Diana ketika itu.
“Memang Didi tahu dia dah kahwin,ingatkan kalau dia kahwin sama Didi dia akan tinggalkan perempuan tu.Hiss geram betul dia ni..Ini mesti bini dia tak kasi balik sini..nak telefon bini dia, Didi tak tahu tak tahu nombor..dia.”Diana memang tidak tahu nombor telefon rumah atau telefon bimbit Nur Jannah. Selama dia bernikah dan berkonsi suami dia tidak mahu tahu dan tak pernah ambil tahu apa-apa pun tentang Nur Jannah, untuk menyebut nama NurJannah pun terasa benci. Bagi Diana apa-apa berkenaan dengan NurJannah bagaikan duri yang mencucuk-cucuk hatinya. Itulah Diana...cemburu tanda sayangnya menyiksa dirinya sendiri dan semua orang.
“Didi nanti kalau laki lu balik..lu mintak cerai..jangan tunggu lagi. Ini baru anak seorang dia sudah pandai tak nak balik, kalau anak sudah dua macam mana agaknya.. Lagi pun kalau bini dia yang kat sana tu beranak, mungkin lu dengan anak lu dia dah tak ambil peduli lagi.“ Cucuk mommynya ditelannya dengan rasa yang makin meluap terhadap suaminya. Setelah lama mendiamkan diri mommynya menambah lagi..
“Entah-entah dia takut kita suruh dia jaga anak lagi malam ni.. itu yang dia tak balik. Itulah laki lu tu..tahu buat anak saja..ni dia sedap-sedap dengan bini kat sana..kita kat sini jaga anak dia yang kuat menagis ni.” bakar mommynya lagi menambah berbahang hati yang sudah hangus. Mendengar kata-kata mommynya Diana cuba menghubungi suaminya lagi..hampa.’Jagalah kalau kau balik nanti, baru kau siapa aku ni.’ getus hati Diana, penuh dendam.
“Mommy hairan dengan lu Didi..macamana lu boleh kahwin dengan dia.Lu tau tak Johan anak auntie Maria yang kawan dengan lu masa lu kecik-kecik tu.. masih tak kawin lagi sampai sekarang ..kata mommy dia, diatuggu lu...Didi tahu tak dia kerja apa, dia dah jadi doktor pakar dia kerja di Amerika. Mommy percaya bukan Johan saja suka pada Didi tau. Lu tu cantik carilah orang yang kaya cari yang masih single, jangan yang dah ada bini macam ni..susah”.
Johan yang diperkatakan oleh mommynya itu adalah teman sepermainan Diana diwaktu kecilnya. Mereka juga merupakan jiran sebelah rumah semasa mereka duduk menyewa di bandar Melaka. Auntie Maria seperti mommynya juga.. anak kacukkan Pertugis campur Cina Baba berkahwin pula dengan orang Melayu. Bapa Johan dan bapa Diana bersahabat baik. Jadi mereka sekeluarga bersahabat baik. Johan merupakan anak tunggal auntie Maria. Mereka terpisah ketika Johan masuk keasrama penuh selepas tingkaan tiga. Lepas kematian ayah Diana keluarganya pula berpindah tinggal di kampung nenek disebelah ibunya. Walau bagaimanapun mommynya masih berhubungan dengan Aunte Maria yang merupakan sahabat baiknya.
Bukan Diana tidak tahu dia cantik..masa dia belajar lagi
ramai jejaka yang cuba mendekati dirinya. Tapi yang datang ada kekurangan
dimatanya. Diana duduk disofa ruang tamu sambil mengelamun.. kenangan lamanya
datang bertandang di kepalanya. Satu-satu jejaka yang berminat kepada dirinya
terlayar dikota memorinya... Eric dia anak orang kaya tapi tak kacak, matanya
sepet dan rendah pula. Eric merupakan anak tauke udang harimau kelahiran Kedah.
Perniagaan udang harimau bapanya memenuhi permintaan luar negara. Alif sama
juga kaya namun gemuk dan berkulit gelap maklumlah anak mamak Penang tetapi
ayahnya mempunyai rangkaian restoren nasi Kandar di Pulau Pinang, dikira dia
anak tauke nasi kandarlah. Hanya Muhammad Zarif yang mempunyai cici lelaki
tampan. Berwajah kacak, tinggi dan berwajah manis sekali pandang seperti
pelakon Asraf Muslim, tapi tidak kaya. Dia hanya anak seorang kaki tangan
kerajaan. Katanya dulu ayahnya bekerja sebagai guru tetapi kini telah
ditukarkan diKementerian Pelajaran dan ibunya seorang Guru besar disebuah
sekolah menengah. Orang sering berjimat cermat. Dia merupakan anak sulong dari
enam orang adik beradik yang kesemuanya masih belajar lagi.
Hanya Tengku Farid yang mempunyai ciri-ciri lengkap yang
diingininya.Tampan, bergaya kaya dan pemurah. Cucu tunggal seorang
pengusha hotel diMalaysia, datuknya dikenali ramai. Sejak mereka berkawan tidak
pernah Tengku Farid menghampakan permintaanya. Tapi kalau dah jadi macam
sekarang ni dia tidak lagi memandang semua itu. Kini baginyaTengku Farid
memang menyakitkan hati. Dia nekad sepulangnya suaminya nanti walau apa alasan
yang diberi..dia akan meminta cerai seperti yang disarankan oleh mommynya.
Kerana Diana yakin dia akan mendapat lelaki yang lebih hebat dari Tengku
Farid.Yang lebih kaya lebih kacak dan yang lebih penting suaminya akan selalu
dihadapanya dan mengikuti segala kehendaknya. Azamnya dalam hati kali ini kalau
dia memilih suami pasti yang masih bujang. Dia sudah tidak rela berkongsi
kasih suami dengan mana-mana perempuan lagi.
Setelah hampir dua minggu lebih
Tengku Farid tidak datang bekerja datuknya Tengku Faizal mula risau. Pada
kebiasaan..cucunya akan menghubungi jika dia perlu menyambung cuti. Tengku
Faizal juga tahu masaalah cicitnya yang kuat menangis. Difikir-fikir cucunya
itu tidak pula menghubungi untuk menyatakan apa-apa masaalahnya. Sudah
berkali-kali Tengku Faizal menghubungi telefon bimbit cucunya tetapi tidak
bersambung hanya masuk kedalam ‘voice mailbox’ sahaja. Untuk memastikan
apakah yang berlaku, malam itu dia datang berkunjung kerumah banglo cucunya.
Dia ingin menyiasat melalui NurJannah apa-apa berita tentang Tengku Farid.
Sebenarnya Tengku Faizal agak kurang senang bertanyakan sesuatu dengan Diana.
Mungkin kerana sikap Diana yang kurang mesra menjadikan Tengku Faizal
keberatan. Kebetulan Tengku Farid tidak menemani NurJannah malam itu.
Setelah dua tiga hari melihat suaminya terkejar-kejar
kehulu kehilir menguruskan dirinya. NurJannah dengan yakin menyatakan bahawa
dirinya sudah cukup sihat dan tidak perlulah suaminya menemani malam itu. Dia
menyuruh suaminya berehat sahaja dirumah. Setelah urusan
pendaftaran untuk kelahiran anaknya selesai petang itu, dia menyuruh suami, datuk
dan neneknya pulang, supaya mereka dapat berehat dirumah. Terkejut campur
gembira Tengku Faizal bila mengetahui NurJannah telah melahirkan dan mendapat
anak perempuan. Sudah sepasang cicitnya untuk meyambung zuriat keturunanya.
“Betul grandpa baru 32 minggu, baby pun kecil hanya 1.85kg saja.. tak macam Arif berat masa dia lahir hari tu pun 3.3 kg.” menyebut sahaja nama anaknya Tengku Muhammad Arief Daneal barulah Tengku Farid tersedar yang dia sudah lama tidak menghubungi Diana. Barulah dia teringat telefon bimbintnya tidak bersamanya. Tengku Farid memikir-mikir dimana dia meletakkan telefon bimbitnya.
“Grandpa pinjam telefon sekejap, Farid lupa kat mana Farid letak telefon, Farid nak call Diana.” Tengku Farid menghubungi Diana malam itu.
Dirumah Diana pula bila telefon bimbitnya berbunyi
dilihatnya ada nombor lain yang tertera ditelefon bimbitnya. Diana menjawab
dengan teragak-agak, apabila mendengar suara suaminya memberi salam, apa lagi
terhambur segala kemarahan dicurong telefon. Diana tidak memberi peluang
langsung untuk suaminya menerangkan.. mengapa dia tidak menghubungi ataupun
tidak pulang kerumah. Kata-kata makian yang terhambur bagai dia terlupa yang
dicercanya itu adalah suami yang perlu dihormati, setelah merasa puas memaki
hamun barulah dia diam.
“I tak kisah kalau you tak balik pun..tapi ceraikan I senang cerita.You boleh pergi mana yang you suka. You boleh peluklah bini you tu..I tak kisah tapi ceraikan I supaya I boleh cari lelaki lain nak jadikan suami. You ingat Farid bukan you seorang lelaki dalam dunia ni. You pergi ..sepuluh orang yang akan datang pada I.” kalau hati tengah marah apa-apa pun boleh terkeluar dari mulut. Disaat kita marah kita tidak dapat berfikir dengan waras dicampur pula dengan hasutan syaitan.
“Diana apa yang you cakapkan ni. Cubalah bertolak ansur sikit, I bukannya saja-saja tak nak balik, I betul sibuk. I kena uruskan Jannah dulu.”
“Itu masaalah you..pada I apa yang I cakap akan I pegang...” Belum sempat suaminya membalas kata-katanya Diana sudah memutuskan taliannya,Tengku Farid hanya mengelengkan kepala. Dia bertekad hanya besok malam dia akan pulang kerumah Diana.Pada Tengku Farid pula, dia terpaksa bertegas dengan Diana kali ini, supaya dia belajar bertolak ansur denganya. Diana pasti dengan ugutanya, suaminya akan datang kepadanya. Tetapi sangkaanya meleset. Hatinya bertambah geram...suaminya perlu diajar itu yang ada dalam kepalanya.
Setelah disahkan oleh
doktor NurJannah dan bayinya “NurAisah” tidak mempunyai apa-apa masaalah dia
dibenarkan pulang. NurJannah dinasihatkan jika ada apa-apa berlaku kepada
bayinya cepat-cepatlah datang kehospital bertemu doktor. Tetapi jika
tidak ada apa-apa berlaku, dia dinasihatkan datang enam bulan kemudian untuk
memantau perkembangan bayinya. Hamper masuk waktu Asar barulah NurJannah dan
bayinya sampai dirumah. Dirumahnya pula sudah ramai menanti. Datuk dan nenek
Tengku Farid dan keluarga mama NurJannah, Mak Milah juga tidak terkecuali. Yang
tiada hanya nenda dan adiknya Zulhelmi sahaja. Kerana mereka sedang
berurusan kekeluar negara, selepas itu mereka bercadang berjumpa anak sulung
Tengku Raihana yang belajar disana. Yang sebetulnya Tengku Khalidah yang
beria-ia sangat hendak berjumpa dengan cucunya itu, lagi pun Tengku Khalidah
tidak menjangka Nur Jannah akan bersalin secepat itu.
Kepulangan Nur Jannah dan bayi disambut penuh meriah oleh
kedua belah keluarga. Masing-masing ingin melihat bayi tidak cukup bulan Nur
Jannah. Selepas solat magrib berjemaah mereka yang perempuan sibuk menyediakan
makan malam.
“Jannah abang rasa nak baliklah, abang rasa tak sedap hati dari tadi. Entah kenapa hati abang ni berdebar-debar sahaja. Abang bimbangkan Arief dah lama abang tak tenguk dia.” diluahkan isi hatinya kepada isterinya.
“Abang nak makan dulu, nanti Jannah sendukkan nasi.”
“Tak payahlah...tak payah nanti abang makan kat sana. Jannah abang nak cakap dengan dia orang ke abang nak balik ni atau abang balik senyap-senyap”.
“Elok abang cakap, bukan siapa pun, nanti tidaklah dia orang tertanya-tanya abang pergi mana.” Tengku Farid keluar dari bilik NurJannah setelah memberi ciuman didahi isterinya. Dia kedapur untuk memeberi tahu mereka yang didapur.. mengikut apa yang disarankan oleh isterinya.
“Nenek, grandma, mama dan Mak Milah, Farid nak balik dulu ya, nak tenguk anak yang kat sana pula.” lalu Tengku Farid menghampiri mereka bersalam dan mencium tangan mereka satu persatu.
“Pandu kereta tu baik-baik.”pesan mereka.Tengku Farid hanya menangguk-ngagguk. Diruang tamu Tengku Farid menyatakan dan melakukan perkara yang sama seperti didapur tadi, mereka juga berpesan ”Pandu kereta baik-baik.”
“InsyaAllah.. Farid balik dulu.” Itulah juga jawapanya, dia keluar diikuti oleh datuk Ibrahim yang menghantarnya sampai kekereta Tengku Farid.
“Farid... balik malam macam ni bacalah baca ayat Kursi, ayat Seribu Dinar dan baca selawat nabi banyak-banyak kalau boleh sepanjang jalan. Sebelum masuk rumah duduk dulu ada seminit dua, bagi salam dulu baru masuk ya..supaya hantu dan syaitan tak ikut masuk dalam rumah, rumah kamu tu ada anak kecil”.
“Baik tuk, Farid ingat pesan atuk, terima kasih tuk Assalammualaikum.” Tengku Farid menghulur tangan dan mencium tangan datuk Ibrahimnya sekali lagi.
“Waalaikumussalam.”
Tengku Farid melakukan apa yang telah dipesan oleh datuk
Ibrahim, hingga sampai didepan pintu kondonya. Dia duduk diluar rumah beberapa
ketika, barulah Tengku Farid memberi salam dan membuka pintu mengunakan kunci
yang ada padanya. Ketika Tengku Farid masuk kerumah, tiada siapa pun diruang
tamu, keadaan sunyi sahaja. Dia menjengah kebiliknya juga kosong...Diana
tiada disitu. Kemudian dia berjalan perlahan bila mendegar orang bercakap-cakap
di bilik ibu mertuanya, dia berdiri di sebalik dinding mencuri dengar apa yang
dibualkan oleh mereka dua beranak.
“Didi cantik sangat ka bini dia yang kat sana tu, sampai tak ingat nak balik tenguk lu dengan anak lu ni.”
“Tak adalah cantik sangat, macam perempuan kampong saja.. pakai pun macam kelambu.”
“Entah-entah dia sudah kasi ubat tak dengan laki lu tu Didi...jangan main-main, orang Melayu pandai ubat-ubat sampai laki kita tak ingat kita tau. Kalau macam ni Didi, baik lu mintak cerai saja..Lu cari orang bujang atau yang duda pun tak apa jangan kahwin laki orang, susah macam ni, kena jaga anak sorang-sorang, ni masa mommy ada bolehlah mommy tolong lu..kalau mommy balik Melaka nanti macam mana.”mommynya berkata lagi.
“Ialah nantilah dia balik tahu lah dia siapa Didi ni mommy.”dengan nada geram Diana bersuara pula.
“Lu tahu ka.. siJohan masih tunggu lu lagi,dia masih tak kahwin.” mommynya mengulangi lagi cerita yang telah diceritakanya berulang kali, berhajat benar dia bermenantukan Johan anak sahabatnya itu.
“Tahu… mommy dah cerita.”
“Kalau lu bercerai anak kasi Farid jaga, nanti tak lah susah, kalau bawa anak, takut orang tak nak lu pula.”nasihat mommynya lagi.
Cepat-sepat Tengku Farid kepintu utama semula, malas dia mahu mendenagar perbualan anak beranak. Dia memberi salam kuat sedikit supaya dapat didengari oleh mereka dua beranak itu.
“ASSALAMUALAIKUM”…Tengku Farid membuka pintu seolah-olah baru sampai.
Mendengar suara suaminya memberi salam lantas Diana keluar dari bilik mommynya, ketika itu anaknya sudah tidur dibilik mommynya. Dengan muka garang yang dipamir dan sambil bercekak pinggang menyambut kepulangan suaminya.
“Pandai pun you balik….atau perempuan bodoh itu yang suruh you balik, ialah dah puas berkepit dengan you, dah jemu.. dia suruh you balik sini”.
“Diana apa you cakap ni..I ni baru saja sampai, bagilah I duduk dulu atau ambilkan l air, air sejuk pun jadilah.”
“Tak payah duduk tak payah minum, you ceraikan I sekarang juga, lepas tu you boleh duduk sana tak payah you balik-balik sini lagi.”
“Diana you faham tak dengan apa yang you cakap ni.”
“I faham dan mengerti.Apa..you ingat I ni bodoh sangat ke?, I nak bagi tahu you lagi..sudah lama I sabar dengan you, I sebenarnya dah bosan hidup dengan you, bosan dengan cara kehidupan you, you tahu tak.. I nak you ceraikan sekarang juga.”jerit Diana.
Sebenarnya Tengku Farid malas mahu bertengkar dengan Diana. Badanya sangat letih. Tengku Farid berpaling kepintu semula ingin keluar dari rumah. Dia ingin mendingin hati isterinya yang sedang membara, tetapi dengan pantas Diana menarik tangannya dengan satu lagi jeritan.
“Farid !!dengar tak .. cerai kan I sekarang juga, jangan you keluar sebelum you ceraikan I.” Tambah berani Diana menjerit, ditepi telinga suaminya.
Jeritan Diana menyebabkan emosi Tengku Farid tidak
terkawal. Ringan tangannya melayang dan sebuah penampar hinggap kepipi
isterinya yang sedang marah. Tujuan Tengku Farid menampar Diana supaya dia
sedar apa yang telah diucapkannya, tetapi waktu itu mommy Diana keluar dari
bilik dan melihat kejadian itu.
Apabila mendengar suara mommynya, Diana memandang suaminya dengan pandangan marah seperti singa lapar.
“Farid!!!,ceraikan I dengan talak tiga sekarang.” jerit Diana lagi. Dia tambah berani dengan sokongan mommynya.
“Tunggu dulu I nak pergi ambil air sembayang.” Tengku Farid teringat pesanan Nur Jannah kalau kita marah cepat-cepatlah ambil air sembayang, InsyaAllah akan reda kemarahan kita. Dia menuju kebilik air, diikuti oleh pandang mata Diana dan mommynya. Setelah selesai dia mengambil wuduk dia keruang tamu semula. Dia melihat Diana dan mommynya masih berdiri ditempat yang sama tidak berganjak.
“You masih dengan permintaan you Diana.”Tengku Farid menyoal Diana meminta kepastian.
“Ya, I nak you ceraikan I dengan talak tiga.” tegas dan yakin Diana memperkatakan.
“Ini you yang minta Diana,you jangan salahkan I nanti”.
“Hei Farid I tak heranlah dengan you. Ceraikan I sekarang..banyak lagi yang boleh gantikan tempat you”. Dengan sombong Diana megeluarkan kata-katanya.
“Ok kalau itu yang you nak...Sekarang depan mak you, saya Tengku Farid Izzuddin bin Tengku Faris Ikwan menceraikan Diana Natasa binti Sufian dengan talak tiga.” Selesai menucapkan lafaz cerai itu, air mata Tengku Farid mengalir kepipinya. Dia duduk sambil menekup mukanya dengan tapak tangan, hatinya begitu sayu dan sedih. Terlerai sudah satu ikatan yang sangat diharap suatu ketika dulu, tapi kini apakah perasaan nya. Adakah dia sedih dengan perpisahan ini..tapi yang dia tahu dirasa bersalah kerana tidak dapat mendidik Diana menjadi seorang isteri idaman dan menjadi ibu yang mengasihi. Diana pula terus masuk kedalam bilik dan menutup pintu. Seperti dia menutup pintu hatinya kepada Farid ketika itu..hatinya puas. Tidak terlintas dihatinya rasa kesal atau bersalah dengan permintaanya. Tidak lama kemudian dia membuka pintu dengan wajah yang masih tegang.
“Jangan lupa, kalau you keluar bawa sekali anak you. Kalau I dah benci dengan you dengan anak you pun I benci, menyusahkan saja.” Setelah habis menghamburkan kata-kata yang menghiris hati, Diana menghempas pintu biliknya dengan kuat.
Tengku Farid berpaling bila mendengar suara rengekkan
anaknya, rupanya ibu mertuanya mengangkat cucunya dan meletakkan dibilik dimana
Tengku Farid selalu menjaga anaknya. Diletakan diatas katil kemudian dia masuk
kembali kebiliknya dan menutup pintu dengan kuat juga. Dentuman pintu yang kuat
membuatkan anaknya terkejut dan menangis dengan kuat. Seakan mereka berdua
berpakat mengenakan Tengku Farid malam itu.
Dengan rasa sedih Tengku Farid mendapatkan anaknya.
Didukung lalu ditepuk-tepuk belakang anaknya. Air mata Tengku Farid tak
terbendung lagi, dia menangis dengan kuat untuk melepaskan dengkulan dihati
yang mendengkul sedih. Hanya tuhan sahaja yang tahu rasa hatinya ketika itu.
Sampai hati Diana memperlakukan dirinya sebegitu. Bukankah mereka saling
mencintai suatu waktu dahulu. Kalau pun marah tak kan tidak ada langsung rasa
kasehan di hatinya. Jika tidak pada dirinya pandanglah pada anaknya, bukan anak
orang lain..anak yang sedangkan yang sedang menangis itu adalah anaknya. Anak
yang dikandung dalam rahimnya selama sembilan bulan. Tidak adakah rasa kasih
dan sayang walau sedikit pun untuk anaknya itu?.Tampa membuang masa Tengku
Farid keluar dari rumah, tiada tempat lain yang akan ditujunya,melainkan kerumah
NurJannah.
Alhamdulillah! Selamat Jannah dan anak lelaki Farid.Bestnya ceriter ni.
ReplyDelete