~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 28 March 2015

Nur Hidayah 47



“Long!! Ceritalah macam mana boleh mak long restu kita nikah”. Masuk sahaja dia kedalam SUV  Syed Borhan itu soalan yang terpacul dari bibirnya.

“Maksud Dayah along ugut ibu..tapi tak kiralah along ugut ke tidak..kalau ibu dah bagi restu macam ni Dayah nak nikah dengan along?”.

“Long  dari dulu lagi Dayah dah tanam dalam hati Dayah ni.. along adalah abang Dayah. Abang yang memberi nasihat dan perangsang untuk meneruskan hidup dan abang yang memberi perangsang belajar bersungguh-sungguh. Tak pernah terdetik kat hati Dayah along akan jadi suami Dayah suatu masa nanti..tak pernah long. Along nak tahu kenapa.”

“Nak lah juga..sebab dari cakap-cakap orang diaorang kata along ni hensem, kacak, maco dan sewaktu dengannyalah..tak kan Dayah tak tergoda melihat kesempurnaan fizikal along ni”.

“Eleeh perasan along ni, jangan di buat selalu perasaan diri tu lebih, nanti syaitan akan menambah gula dan madu dalam perasaan along tu taau. Tapi memang Dayah akui susah nak tolak rasa kagum bila Dayah pandang along. Menolak permintaan along supaya kita serumah pun susah yang sebenarnya. Pada Dayah along  adalah lelaki yang menjadi idaman semua wanita long. Wajah kacak, berduit, penyabar dan penyayang. Memang ciri-ciri jejaka idaman dara lah…” Nur Hidayah berlucuan mengenai abang sepupunya tetapi memang itu kenyataanya.

“Kalau dah Dayah kata macam tu.. Dayah setujulah nikah dengan along”.

“Tak long.. Dayah hanya kagum dengan along sahaja, kagum dengan kesempurnaan kejadian tuhan.. MASYA ALLAH. Dayah suka macam sekarang.. tak payah nak fikir orang lain, sekarang Dayah fikir diri Dayah sendiri sahaja”.

Kalau kita takjub, kagum, atau mendengar hal baik dan melihat hal indah, hendaklah kita mengucapkan Masya Allah yang bermakna “Hal itu terjadi atas kehendak Allah”.
Saat mendengar atau melihat hal buruk/jelek, ucapkan SUBHANALLAH sebagai penegasan: “Allah Mahasuci dari keburukan tersebut”.

 “Sebab apa Dayah tak nak terima along jadi suami kerana ibu ke  atau sebab along dah ada isteri”.

“Kedua-duanya pun tidak..tapi sebabnya diri Dayah sendiri, status Dayah.. status yang memisahkan Dayah dengan orang lain.”

“Tapi along tak kisah..along percaya Dayah seperti gadis lain yang terdidik dengan baik biar pun orang lain mempertikaikan bagaimana kelahiran Dayah..”.

“Long yang Dayah perlu untuk kehidupan bukan along sorang sahaja. Dayah perlukan saudara mara. Kalau pun memang betul mak long dah boleh terima Dayah menjadi menantunya..Tapi apa pandangan emak saudara dan bapa saudara kita yang lain..boleh ke mereka menerima kenyataan yang Dayah merampas along dari kak Nisa…”

“Mana pula Dayah rampas along dari Nisa..Nisa akan tetap jadi isteri along walaupun along nikah dengan Dayah.”

“mana pula tak rampas.. waktu yang sepatutnya jadi waktu along bersama kak Nisa, Dayah dah ambil tak rampas ke namanya tu. Kalau dulu 24jam along boleh bersama kak Nisa tapi kalau Dayah dah ada, waktu yang 24 jam tu dah dibahagi. Boleh ke kak Nisa menerima kenyataan itu..dan boleh ke mak lang dan pak lang menerima keyataan itu. Takut-takut nanti mereka akan suruh along dan kak Nisa berpisah. Kalau itu yang terjadi lagi parah Dayah kena kutuk dengan mereka. Dahlah macam tu anak along akan kehilangan salah satu kasih ayah atau pun kasih ibu..Walaupun along kata boleh bergilir menjaga anak tapi lain perhatian bila kita serumah dengan perhatian kita dilain rumah.  Long! jadi sebelum timbul kerumitan jangan dicuba. Jangan jadikan anak along macam Dayah, hidup dalam keluarga yang tak sempurna. Tapi macam Dayah lain.. Dayah kena redha sebab memang sudah takdir Dayah..tapi anak along, along masih boleh dipilih takdir untuknya..nak macam Dayah kea tau sebaliknya. Kita hidup ni jangan nak fikir bahagia kita sahaja.. Sebab hidup kita kat dunia ni bukan hanya kita-kita sahaja. jadi sebelum kita melangkah walaupun setapak kita kena fikir orang yang disekeliling kita long. Dayah tak mahu diumpat dan di keji oleh emak dan bapa saudara kita yang lain. Itu Dayah tak campur lagi kutukkan orang kampong. Jadi jalan yang mudah biarlah Dayah macam ni..walau pun Dayah tahu semua keluarga kita memang tak suka Dayah, tapi mereka tak kutuk Dayah.. tak cerca Dayah. rasanya itu lebih baik, dari Dayah dapat pekaj dapat along dengan dapat kutukan dan cercaan.”.

“Along kesian dengan Dayah, kesian sebab bukan salah Dayah tapi Dayah menerima segala kutukkan saudara kita. Jadi macam mana along nak tolong Dayah.. sekarang ni Dayah dah tak ada tempat bergantung.. suami Dayah meninggal tak ada siapa yang jaga Dayah.”.

“Dari dulu lagi Dayah tahu siapa Dayah,  jadi Dayah tak mengharapkan seseorang waima suami sekali pun. Dayah bergantung pada Allah long. Jadi along tak payah susah-susah fikir pasal Dayah. Kalau along kesiankan Dayah,  biarkanlah Dayah macam ni. Sekurang-kurangnya jurang antara Dayah dengan keluarga kita tidak berjurang lebar sangat. Sesekali kalau Dayah balik kampong menziarahi pusara mama, Dayah masih boleh diterima  oleh mereka disini. Tapi kalau Dayah nikah dengan along, benci yang sedikit akan bertambah..jurang yang pada mulanya hanya  seluas longkang jadi macam selat Melaka pula”.

“Kalau macam tu kata Dayah, along redha kita tak berjodoh. Along akan anggap Dayah adik along”

“Memang itu sebaiknya..dulu bila along bagi ‘bunga-bunga’ suka kan Dayah..Dayah ada buat solat istiharah..tapi tak ada petunjuk yang hadir dalam mimpi Dayah. Tapi rupanya petunjuk tu memberi tunjuk bukan dalam mimpi sahaja..jika kita susah untuk mencapai matlamat yang kita hajat kan itu juga satu petunjuk. Dayah rasa pun macam tu. Dulu masa kita terjumpa diSeremban dua..Dayah rasa Dayah dah dekat dengan along..tapi terhalang juga. Dari sejak tu Dayah tak pernah mengharap lagi along untuk Dayah.  Allah ada sebab mengapa kita tidak berjodoh. Dan Allah ada sebab juga jadikan Dayah anak tak sah taraf”.

“Jadi Dayah rasa juga yang along memang ada hati pada Dayah sejak dulu lagi?”.

“Rasa..sejak Dayah pandai ‘merasa’ Dayah dah mula kira buruk baiknya kalau kita berjodoh long. Dayah tahu mak long tak pernah merestui kehadiran Dayah dalam keluarga along..dan Dayah juga tahu mak long buat macam tu bersebab. Kalau Dayah ni macam anak saudara dia yang lain mungkin dia pun suka Dayah jadi menantu dia. Tadi terkejut sungguh bila dia kata dia memberi restu kalau kita bernikah. Kembang sekejap hati Dayah ni. Alahamdulillah Dayah cepat sedar..Dayah tahu restu mak long bersebab  betul tak long..mungkin along ugut dia. Restu yang bersebab susah long. Dayah tak mahu anak-anak yang bakal lahir akan menerima nasib macam Dayah juga..tak disukai oleh nenek sendiri. Along tak pernah rasa dibenci oleh nenek sendiri. SEDEH long bila nenek menjegkil mata pada kita tapi dengan cucu lain nenek akan senyum dan ketawa dengan riang. Dengan Dayah suaranya ditekan-tekan tanda marah yang disorok, tapi bila dengan sepupu-sepupu kita yang lain nenek cakap lembut-lembut siap puji itu dan ini..cucu lain nenek tak berkira, tapi dengan Dayah... bila Dayah buat tak faham nenek akan ketil (cubit) peha Dayah. hai malas Dayah nak cakap long. Dayah terpaksa ungkit kisah Dayah dan nenek untuk along tahu macam mana rasa jadi cucu yang tidak disukai.  Along tak pernah tahukan nenek buat macam tu. Jadi Dayah tak mahu anak Dayah akan merasa apa yang Dayah alami.” Syed Borhan menyapu tubir mata nya yang basah.Terdetik rasa kagum dihatinya melihat ketabahan hati seorang anak luar nikah di sebelahnya. Dia berjanji pada dirinya sendiri.. tidak akan menyusahkan lagi kehidupan Nur Hidayah binti Abdullah. Biar pun hasrat ingin hidup bersamanya berkobar menyala bak obor sukan olimpik. Namun untuk tidak menyusahkan kehidupan Nur Hidayah lagi dia akan membendungnya. ‘Rasa’ yang hamper padam berkobar semula bila mendengar restu ibunya tadi.

“Dayah along Tanya ni nak tahu sahaja.. bukan nya apa”.

“Tanyalah..semoga lepas ni tiada soalan lagi yang berlegar dikepala along”.

“Berapa ribu mak long bagi Dayah untuk Dayah keluar dari rumah nenek dulu”.

“Untuk keluar dari rumah nenek mak long bagi 3 ribu..untuk pergi dari Seremban 5 ribu..tapi long duit tu sangat berguna untuk Dayah. Dengan duit tu Dayah memulakan kehidupan Dayah..mula keluar dari kampong kita, kemudian keluar dari Seremban..di Kuala lumpur Dayah jumpa keturunan sebelah bapa Dayah. Itulah aturan hidup Dayah yang telah diatur oleh Allah..bukankah itu aturan yang sangat cantik long. Sekarang Dayah dah ada mahram didunia dan akhirat Dayah sendiri.  Atuk dan abang merangkap bapa mertua dan abang Dayah. Bukan kah itu satu kurniaan yang sangat baik dari Allah. Biar pun pada mulanya sangat perit..rupanya perit itu adalah lorong untuk  Dayah berjumpa apa yang Dayah cari selama ini. Menyempurnakan hajat hati Dayah yang ingin merasa kasih ayah Dayah”.

“Tapi yang along kesalkan ibu tak pernah nak fikir keselamatan Dayah..ibu tak pernah terfikir kesusahan Dayah bila keluar dari rumah nenek tu. Along bersyukur sangat Dayah tak terjebak pada perkara-perkara yang tak elok.”.

“In Syaa Allah long jika kita bergantung pada Allah..Allah akan jaga dan pelihara kita. Dayah amalkan setiap kali nak keluar rumah Dayah akan baca  Ayat Seribu Dinar dan Ayat Kursyi..kemudian bacalah selawat banyak-banyak long. Kita yakin kan diri kita hanya pada Allah kita meminta perlindungan. Allah akan tolong kita ketika kita dalam kesusahan dengan pertolongan yang tidak disangka-sangka.”.

“Alhamdulliah pengangan Dayah menyelamat kan Dayah dari segala kermungkaran. Entahlah along tak faham sungguh kenapa ibu tak boleh nak sayang Dayah. Dayah bukan orang lain pada dia darah daging sendiri..anak saudara sendiri..”

“Tak apalah..Dayah rasa dia tak benci Dayah hanya untuk berjaga-jaga sebab anak-anaknya ramai lelaki. Memang tak elok Dayah duduk rumah along bila kita bukan mahram. Susah pada adik-adik along dan along juga dan Dayah pun susah juga nak jaga aurat kitakan. Tapi dengan ‘sebab’ mak long..memberi satu lorong pada Dayah mencari kehidupan Dayah sendiri. Kalau mak long merestui hubungan kita dari awal lagi, mungkin sampai sekarang pun Dayah tak keluar dari sini. Kalau dah macam tu mana mungkin Dayah jumpa bapa biologi Dayah. Kalau dah tak jumpa macam mana Dayah ‘nak tolong dia mencari jalan pulangnya long’. Pada Dayah mak long adalah pemangkin untuk Dayah jumpa papa Dayah.”

“Susah tak kehidupan Dayah masa mula keluar dari rumah nenek tu dulu..sebab along selalu fikir masa tu Dayah muda lagi ..dalam keadaan sedeh pula tu. Tentu ibu suruh keluar selepas Dayah hantar along dari KLIA kan”.

“Betullah tu yang sebetulnya Dayah keluar dari rumah nenek esok paginya selepas Dayah balik hantar along tu..dalam perjalan balik tu mak long berterus terang pada Dayah dia tak suka Dayah jadi menantu dia”.

“Ohh”.

 “Tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa yang buruk terjadi pada Dayah..masa mula-mula Dayah keluar dari sini Dayah memang buntu, tak tahu nak tuju kemana. Tiba-tiba Dayah terfikir pergi rumah sewa mama dulu..kat sana Dayah jumpa jiran sebelah rumah kami dan dia yang bagi jalan pada Dayah kerja kat syarikat catering yang menyebabkan kita jumpa semula di Seremban 2. Lepas tu bila mak long suruh Dayah keluar dari Seremban.. tuan rumah tu kenal kan pula Dayah dengan anak rakan surau dia. Bila sampai KL, Dayah dapat kerja kat hotel tempat keluarga bapa biologi Dayah. Dayah tak pernah tercabar dengan kehidupan yang tak senonoh long. Dalam pada tu Dayah bersyukur mak long suruh Dayah keluar dari sini”.

“Habis Dayah bersyukur juga ke sampai kena masok lokap dan disoal siasat bagai”.
“Bagi Dayah itu satu pengalaman dan Dayah ambil kira.. kifarah untuk menyucikn kita dari dosa-dosa kita”.

“Jadi Dayah tak berdendamlah dengan ibu..sebab suruh Dayah keluar dari rumah nenek tu”.

“tak long, malah Dayah bersyukur..kalau tak,  Dayah tak jumpa dengan mahram Dayah..tak jumpa dengan papa Dayah. Kita ni long kadang-kadang dah terantuk barulah nak terngadah..kalau kita tak diberi susah kita tak akan berusha memajukan diri..itu memang sikap manusia long…”. Agak lama mereka mendiamkan diri..

“Long kalau dah tak ada apa lagi, Dayah nak balik lah. Tapi  Dayah nak pesan dengan along jaga lah kak Nisa baik-baik, jangan marah dia sebab dia bagi tahu mak long tenatng rancang along ni. Jangan disebab perkara kecil macam ni along marah dia..Dayah takut pada perpisahan dan takut akan ada anak yang macam Dayah… tercari-cari kasih sayang ayah. Ini pengalaman Dayah long. Dayah harap along dapat berkorban sedikit perasaan along.. In Syaa Allah along akan membahagiakan ramai orang disekililng along. Biar kita menderita janji kita dapat membahgiakan ramai orang disekeliling kita. Apatah lagi kalau kita dapat membahagiakan perasaan ibu kita sendiri..doa ibukan doa yang paling mustajab untuk anak-anaknya”.

“In Syaa Allah. Ha Dayah tolong call Inspektor Azrul Azam..dia kata ada perkara yang nak dicakapkan pada Dayah”.

“Ialah”..Nur Hidayah teringat akan hutangnya pada Inspektor Azrul Azam.

Dalam perjalan pulang ke Kuala Lumpur Tengku Farid bertanya tentang perbincagan antara Nur Hidayah dan abang sepupunya tadi.

“Hidayah apa keputusan perbincagan tadi..kalau jadi nikah cakaplah boleh abang bersiap sedia untuk mengadakan majlisnya nanti”.

“Hiss abang Farid ni suka sangat doakan Dayah kahwin dengan laki orang. Tak pernah terdetik kat hati Dayah ni nak merampas kasih laki orang bang. Dayah tak akan memampukan diri untuk membina bahagia Dayah diatas rasa sedeh wanita lain. Banyak lagi lelaki yang boleh Dayah pilih untuk jadikan teman hidup. Dayah lebih rela tak kahwin dari menjadi perosak kebahagian wanita lain. Kalau Dayah tak suka suami Dayah dikongsi dengan wanita lain, begitu juga isteri dia dan begitu juga semua isteri-isteri kat dunia ni. Mana ada wanita yang suka suaminya dikongsi..kalau pun ada isteri dimaduklan oleh suaminya semuanya kerana terpaksa rela. Kalau abang Farid nak tahu perasaan seorang wanita dengan wanita yang menempel kasih suami orang..BENCI..Benci melihat wanita yang memampukan dirinya berkahwin dengan suami orang. Kalau dah tahu mejadi kebencian orang buat apa dia buat, itu nama nya menempah cacian, kutukan, umpatan dan kejian . Abang Farid suka ke dikutuk, dicaci, diumpat dan dikeji orang”.

“Tentulah tak suka Hidayah oii”.


“Dayah pun tak suka jadi tak tak akan buat perkara macam tu..biar kita macam ni tak menyusahkan orang..hidup kita hanya untuk diri kita sahaja”. Memang benar Hidayah tidak suka dikaitkan dengan suami orang dia kelihatan ‘berangin’ bila diajukan soalan begitu oleh abangnya.

Thursday 26 March 2015

Nur Hidayah 46






“Tidak! mak long ..Dayah tak akan pergi dari sini..” Melihat Tengku Faizal disisinya Nur Hidayah jadi bersemangat. Terasa dia ada darah daging yang akan melindunginya,  entah mengapa tiba-tiba perasaan itu hadir  dalam dirinya dan dia jadi kuat untuk membantah.

“Puan apa yang puan cakapkan ni”. Rendah suara Tengku Faizal yang mahu meredakan rasa marah dua wanita dihadapanya. Terus sahaja dia berjalan mendekati Nur Hidayah.

“Kalau  tuan nak tahu Hidayah ni adalah anak luar nikah”. Dek kerana geram melihat Hidayah yang sudah menjadi budak yang keras kepala..terus meluncur perkara yang disimpan sebagai ugutan.

“Kalau dia anak luar nikah kenapa??”.

“Tak sepatutnyadia kerja kat sini tuan, kalau orang tahu dia tu siapa, tentu dia akan memalukan hotel tuan”.

“I tak kisah pun..dia adalah pekerja I yang pandai buat kerja. Kerja kemas dan cekap..dia pekerja I yang tak pernah curi tulang”.

“Saya tak kisah dia pandai buat kerja  ke apa..tapi kalau tuan tak berhentikan dia, saya akan hebahkan pada pelanggan tuan.. siapa dia, biar lari semua …

“Ibu!!!  Kalau ibu buat macam tu ertinya ini adalah pertemuan kita yang terakhir..” Cepat kepala Syarifah Aminah memandang kearah pintu bila mendengar jeritan suara yang amat dikenali. Rupa Syed Borhan sudah lama mendengar perbualan orang-orang yang didalam bilik. Sejak Tengku Faizal membuka pintu bilik Nur Hidayah lagi. Bila memandang wajah anaknya yang terpacak di ambang pintu, terus tersekat kata-kata Syarifah Aminah.Tadi dia bercakap macam tak ingat orang keliling.

“A.along..kenapa along ada kat sini..along nak jumpa Dayah ke”. Syed Borhan tidak menjawab pertanyaan ibunya, namun lama dia memandang kearah ibunya dengan pandangan yang sayu. Yang sebenarnya dia sedang berfikir adakah didua kehilangan Hidayah ada kaitan dengan perlakuan ibunya. Itu adalah kemungkinan yang  tidak dapat diterima oleh Syed Borhan. Bila dia tersedar terus sahaja dia berpaling keluar dari bilik Nur Hidayah.

Menyedari akan kemarahan anaknya pada dirinya, cepat Syarifah Aminnah mengikuti langkah anaknya. Sampai ditempat pakir dilihat  anaknya sudah menutup pintu keretanya. Tampa berlengah cepat sahaja tanganya membuka pintu penumpang  dan memasuki kereta MAZDA CX5 kepunyaan Syed Borhan. Sementara Syed Borhan mengundurkan kereta dia menghantar SMS kepada anak lelaki yang ketiga bahawa dia pulang ke Jelebu, dan anak ketiganya pulang semula ke Putra Jaya.

Sudah setengah perjalan anatara Kuala Lumpur dan Jelebu namun Syed Borhan tidak membuka mulut. Dia memandu kereta seolah-olah hanya dia seorang didalam kereta, yang sebenarnya hatinya pijar dengan tindakkan ibunya. Dia tidak menyangka sampai begitu sekali ibunya mencari jalan supaya dirinya tidak dapat memiliki Nur Hidayah. Duit yang diberi kepada ibunya setiap bulan rupanya digunakan oleh ibunya untuk membeli cinta Nur Hidayah. Sakitnya hatinya dengan tingkah ibunya.

“Loong ibu minta maaf..ibu minta maaf sangat-sangat. Bukan saja-saja ibu ibu berusha untuk menjaga kebaikkan keturunan kita long.. Lagi pun dulu ibu yang beria nakkan Nisa jadi menantu ibu. Kalau ibu batalkan perjanjian, ibu malu pada mak lang dan pak alang. Lebih-lebih lagi Nisa memang tunggu along..umi dia kata selama dia jadi anak dara dia tak pernah nak berkawan dengan lelaki, setelah uminya bagi tahu along dengan dia dah bertunag dari kecil lagi.”. Namun tiada jawapan yang keluar dari bibir anaknya. Syarifah Aminah jadi penasaran. Itulah sikap along atau Syed Borhan jika dia sangat marah dia akan mendiamkan diri biar pun wajahnya kelihatan tidak beriak.

“Long cakaplah dengan ibu..tolonglah maafkan ibu..long”.

“Along tak sangka perbuatan ibu macam tu..berapa ribu ibu bayar Hidayah untuk dia pergi dari rumah arwah nenek tu dulu”.

“Ibu terpaksa long..lagi pun rumah tu bukan milik emak dia sorang..milik kami adik-beradik. Malah nenek talk pernah pun cakap rumah itu dia bagi pada mak su. Ibu hanya nak ambil hak ibu sahaja.”.

“Sampainya hati ibu merebut harta yang tak seberapa dari maruah  seorang gadis. Begitu tak berharga maruah Hidayah dimata ibu rupanya, sedangkan dia adalah anak saudara ibu sendiri. Ibu lagi suka melihat lagi ramai anak yang macam Hidyah tu lahir  agaknya. Entahlah bu.. setelah along tahu apa yang ibu buat pada Hidayah, along malu dengan dia.”.

“Ibu buat macam tu sebab ibu nampak along macam dah tak boleh dengar cakap ibu, kalau along bersama dia kemungkinan besar along tak akan dengar cakap ibu lagi.”

“Kenapa pula ibu fikir macam tu, along tak nampak dia jenis orang yang macam tu, gadis yang bersikap angkuh yang hanya mahu kita mengikut telunjuk dia sahaja. Along nak ambil dia sebagai isteri sebab along kesian dengan dia..dari kecil dia hidup terbiar. Rasa nya dari dia tingkatan empat lagi dia hidup sendiri. Kita yang kat sebelah rumah pun tak boleh nak kasi tumpang dia duduk dengan kita, alasan ibu sebab dia bukan mahram kita dan adik-adik along semuanya lelaki takut terjadi perkara yang tak elok. Jadi along ambil keputusan ambil dia jadi isteri supaya dengan ikatan itu,  ibu boleh bela dia sebagai ahli keluarga kita”.

“Ibu nak jaga keturunan kita long..ibu tak mahu dia akan melahirkan keturuan kita. Ibu takut anak-anak yang dia lahirkan akan susah nak di jaga dan nak diberi tunjuk ajar”.

“Memang betul dia anak luar nikah tapi tak boleh ke kita  pandang  Dayah dengan pandangan yang baik. Kenapa ibu tak boleh percaya Dayah juga boleh melahirkan anak-anak yang baik.  Sebab apa along cakap macam ni sebab along sendiri nampak selama dia didepan mata kita, rasanya tak pernah dia buat perkara sumbang.. tak pernah dia buat perkara jahat. Malah dia lebih baik perangainya dari anak-anak yang dijaga  oleh ibu dan ayah didepan mata. Along mengaku sendiri.. along ni tak pernah nak menunaikan solat sunat..dia..tak pernah disuruh solat..ditambah lagi dengan solat sunat, bukan kah menampakkan dia seorang yang baik..kenapa ibu tutup mata tentang kebaikkan dia  yang ibu pun tahu.”.

“Long. Kalau dah anak luar nikah, tetap akan jadi anak luar nikah selama nya long…” Syarifah Aminah sudah menjadi dirinya semula..dia sudah menjadi orang yang  tak boleh berfikir secara waras dek rasa tidak suka pada anak saudara yang tidak sah taraf kelahiranya.

“Memang lah bu..mana boleh seorang yang dah lahir masuk balik dalam rahim ibunya untuk menukar status dirinya. Ibu terus lah dengan pendirian ibu tu. Dan along tetap dengan pendirian along.. lepas ni anggaplah along dah mati bu. mungkin inilah pertemuan kita yang tekahir. Lepas ni anggap lah along dah mati bu..lagi pun memang itu cakap –cakap ibu dari dulu lagi.. ibu lebih rela mati anak kan. Ibu! kalau ini pertemuan kita yang terakhir along minta maaf dan along minta halalkan air susu ibu yang along tenguk untuk menjadikan along jadi besar macam ni. Ibu pun tak akan terasa kalau along tak jenguk ibu..masih ada tiga lagi anak ibu untuk menjaga ibu”.

“Long!!! Kenpa cakap macam ni..along kecewa sangat ke bila tak dapat kahwin dengan Hidayah”.

“Entahlah bu..tapi memang itukan yang ibu doakan. Ibu tak pernah nak fikir perasaan along..tapi lepas ni  tak payah lagi ibu fikirkan along..anggap sahaja along dah tak ada”.

“Long jangan cakap macam ni long..”

           Dalam pada memandun dengan kelajuan yang boleh dikatakan laju, 140/km/j perjalanan mereka sampai juga keJelebu dengan selamat. Ketika sampai diperkarangan rumah Syarifah Aminah. Syed Borhan mula  mendiamkan diri. Dari lagaknya tiada tanda- tanda dia mahu turun singgah kerumah ibunya. Injin kereta masih lagi berdengung itu menandakan dia mahu menyuruh ibunya keluar dari kereta dan dia  akan meneruskan perjalannya.

“Masuklah rumah ibu dulu..tolonglah long”. Syed Borhan  tidak menoleh kepada ibunya.

“Long! Nisa ada kat rumah uminya tu..turunlah dulu”. Rayu Syarifah Aminah. Dia tahu anaknya sedang marah kepadanya..itu sebabnya dia tidak mahu singgah kerumahnya.

“Along ibu mint a maaf long..ibu mengaku selama ini memang ibu yang suruh Dayah pergi dari rumah nenek  dan ibu juga yang suruh Dayah pergi dari Seremban tu dulu..tolong maaf kan ibu”.

“Tak  benda yang nak dimaafkan oleh seorang anak pada ibunya..tiada kesalahan pun seorang ibu pada anaknya kerana semua itu untuk kebaikkan keturunan ibu”.

“Aloong maafkan ibu along, tolong jangan buat ibu macam ni..” Syed Borhan mematungkan diri.  Matanya memandang ke depan biar pun ibunya sudah melekapkan mukanya  ke lenganya sambil menangis. Syed Borhan tidak beriaksi.. akhirnya Syarifah Aminah membuat kenyataan mungkin kenyaatan itu yang ditunggu oleh Syed Borhan..

“Kalau dengan cara ini along boleh maafkan ibu..ibu izinkan along nikah dengan Dayah.  Sekarang juga ibu call  Dayah datang sini nikah dengan along”. Sebagai bukti dia memberi keizinan bernikah, terus sahaja Syarifah Aminah menekan nombor Nur  Hidayah.

“Hello Dayah tolong mak long..tolong balik kampung kita Dayah..” Nur Hidayah mendengar esakkan mak longnya di hujung talian hatinya bertanya-tanya mengapakah mak longnya menangis.

“Kenapa mak long..kenapa mak long menangis ..mak long kat mana ni”.

“Mak long baru sampai rumah ni. Mak long minta tolong dengan Dayah ni. Tolong datang  sini bincang dengan along. Datang sekarang ye Dayah..mak long takut jadi apa-apa kat long… tolong ye Dayah”. Yang menjadikan Syarifah Aminah tidak senang hati bila  Syed Borhan berkata ‘kalau ini adalah pertemuan terakhir mereka dia meminta maaf’…terasa anaknya mahu meninggalkan dirinya selamanya, itu yang dia takut.

         Sebenarnya Syarifah Aminah sungguh bersyukur kerana mendapat anak sulong yang sangat bertanggung jawab, tak banyak kerenah dan pemurah.Sejak suaminya meninggal Syed Borhanlah yang menanggung mereka sekeluarga. Dari makan pakai, perbelanjaan dapur dan perbelajaan adik-adik nya belajar kesemuaya ditanggung oleh Syed Borhan. Biar pun setelah anak-anaknya yang lain sudah bekerja, meraka tidak juga menghulur secara tetap kepada dirinya.  


          Takut anaknya pergi meninggalkan dirinya,  Syarifah Aminah menemani anaknya duduk dilalam kereta yang masih hidup injinnya. Tiga jam kemudian sebuah BMW hitam menjalar di hadapan rumah Syarifah Aminah. Tidak lama kereta berhenti keluar Hidayah dari tempat penumpang dihadapan dan tidak lama kemudian keluar pula seorang lekai dari pintu pemandu. Oh Nur Hihayah datang ditemani oleh abangnya Tengku Farid. Terkocoh-kocoh Syarifah Aminah keluar dari kereta anaknya untuk menyambut kedatangan Hidayah.

“Terima kasih Dayah datang..mak long harap Dayah boleh pujukkan along jangan tinggalkan mak long ye. Mak long restu Dayah dan along nikah. Dayah bincang elok-elok, mak long izinkan Dayah nikah dengan along, bila pun tak kisah.  Kalau Dayah kata setuju.. esok pun boleh Dayah nikah dengan along”. Bila melihat Nur Hidayah hanya tercegat tidak bergerak dari tempat dia berdiri, mungkin kerana terkejut dengan peneragan mak long, sekali lagi Syarifah Aminah mengesanya. Yang sebenarnya Nur Hidayah terkedu dan terkaku mendengar kata-kata mak longnya.

“Ehh cepatlah jumpa along dalam kereta dia tu..dia tak keluar dari sampai tadi. Cepat bincang,  cepat dapat kata putus,  cepatlah kita buat majlis nya”. Wahh mak longnya bagai sudah tidak sabar-sabar lagi nak dia jadi menantu. Betul ke apa yang didengar oleh telinganya, macam  tak percaya pun ada. Kemudian Syarifah Aminah menoleh kepada lelaki yang masih tertegak di pintu kereta yang masih terbuka pintunya. Tadi lelaki itu keluar dari pintu tempat duduk pemandu. Takkan pula pemandu Nur Hidayah atau pekerja hotel..kerana kelihatan pemuda itu sungguh segak dan bergaya biar pun lengan bajunya sudah berlipat sampai ke siku dan tidak bertali leher namum kesegakkanya masih jelas terlihat.

“Ini siapa ye pada Dayah”.

“Oh saya Tengku Farid  abang Hidayah”.

“Abang kandung ke atau abang yang boleh dibuat suami”. Waah bahasa mak long Hidayah pedas berapi tak bertapis lansung detik hati Tengku Farid..

“Abang satu bapanya merangkap anak tiri Nur Hidayah”.Ahhaa tu dia jawapan mantap dari Tengku Farid. Sepanjang  jalan tadi Nur Hidayah sudah menceritakan permasaalahan dirinya dengan keluarga mak longnya di Jelebu Negeri Sembilan. Dia juga menceritakan kisah antara dirinya dengan Syed Borhan. dan pendirian Nur Hidyaha tentang keiginan abang sepupunya terhadap dirinya. Tetapi lain pula yang didengar sebentar tadi..ibu saudara adiknya sudah memberi restu adiknya bernikah dengan anaknya..apakan pendirian Hidayah akan berubah. Itu yang menjadi tanda tanya dikepala Tengku Farid. Itu yang menyebabkan dia tak bergerak kerana kepalanya sibuk memikir pendirian adiknya.

“Abang Farid Dayah rasa Dayah mesti bersemuka dengan sepupu Dayah ni, supaya dia tidak memaksa ibunya menerima Dayah..Dayah tak mahu dia mengharap Dayah datang kepadanya.”

“Kenapa Dayah tak suka dia..”.

“Bukan tak suka.. dulu memang Dayah suka dia. Dia baik, dulu masa Dayah masih di U dialah  yang beri perangsang Dayah belajar bersungguh-sungguh selain dari mama Dayah, ingatkan Dayah jaga maruah diri..tapi ibunya tak suka Dayah, sebab status. Pernah sekali Dayah dengar mak long kata dia lebih rela mati anak dari bermenatukan Dayah anak luar nikah ni..sebab anak luar nikah  akan melahirkan zuriat yang susah untuk di bentuk..itu kata mak long.” Ingatan Tengku Farid dengan kata-kata adiknya sepanjang jalan tadi terhenti, bila mendengar gesaan mak long adiknya menyuruhnya masuk kerumah.

“Kalau macam tu marilah masuk, biarkan mereka berdua berbincang dalam kereta. Ketika itu Nur Hidayah sudah pun memasukki kereta SUV MASDA CX5 Syed Borhan. Tengku Farid mengikuti langkah Syarifah Aminah masuk kedalam rumah. Sebelum berlalu Tengku Farid membuka pintu kereta disebelah Nur Hidayah..

“Bincang elok-elok..abang tunggu kat dalam.” Tadi dia mendengar maklong adiknya berkata hal nikah kahwin yang bakal mereka bincangkan.

“Dia tu siapa pada Dayah…sepupu atau abang yang boleh diangkut”.

“Dia tu abang Dayah merangkap anak tiri Dayah..senang cerita anak arwah Tengku Faris bapa biologi merangkap suami Dayah. Long apa cerita nya.”

“Cerita apa yang Dayah nak tahu, cerita yang ibu along memberi restu kita bernikah ke? Kalau ibu dah restu dan kak Nisa pun beri izin kita nikah Dayah nak ke kita NIKAH.”.





Tuesday 24 March 2015

Nur Hidayah 45



  Baru dapat sikit mak teh post juga..entah sekarang macam dah tak tahu apa nak cerita tentang Hidayah ni. Lagi pun yang sebetulnya cerita ni sampai bab 25  sahaja tapi dah melalut panjang pula.




Nur Hidayah dilawati oleh maklongnya dari Jelebu Negeri Sembilan, di biliknya dapat dilihat oleh Tengku Faridah dikediamanya melalui cctv yang dipasang dibilik Nur Hidayah. Tujuan Tengku Faizal memasang cctv bukan untuk mengintip kegiatan Nur Hidayah tetapi untuk isterinya Tengku Faridah memandang dan mendengar suara cucu mereka Nur Hidayah. Itulah cara dia melepaskan rindu pada menantu merangkap cucu perempuan tunggalnya.

Yang sebenarnya selepas kejadian hitam yang yang menimpa anaknya sehingga membawa kematian, Tengku Faridah mengalami kemurungan. Dia tidak boleh dibiarkan sendirian..dia akan tiba-tiba menangis dan tidur malamnya juga meracau-racau. Bertambah parah bila diketahui Nur Hidayah dikenakan tahanan reman selama empat hari akibat dari kata-katanya yang menuduh menantu merangkap cucunya sediri bersubahat dengan penjenayah. 

Yang sebenarnya kata-kata suaminya ketika dia baru pulang dari melawat Nur Hidayah di hospital tempuh hari memberi kesan kepada Tengku Faridah. Dia tidak menyangka apa yang diperkatakan kepada polis menyebabkan Nur Hidayah tidur dilokap selama empat  empat hari. Natijahnya Nur Hidayah menjadi truma bila mendengar namanya disebut.

“Bang teruk ke Nur Hidayah kena disiasat dek polis hari tu bang”.

“Teruk juga lah Dah. Yang sebenarnya abang ada tenguk dia masa dia tengah tidur kat hospital hari dia dimasukkan hospital. Farid yang hantar dia pergi hospital. Mukanya cengkung sangat badanya pun jadi sekeping sahaja Dah”.

“Macam mana Farid boleh hantar dia pergi hospital”.

“Masa dia dibebaskan dari lokap, dia balik rumah dia kat Cheras. Dia minta kawan dia buat kan air dan masakkan meggi..lepas makan tu dia muntah-muntah sampai pengsan. Dia muntah sebab perut dia macam terkejut sebab dah lama tak masuk makan. Kawan serumah dia call Farid minta tolong bila tenguk Hidayah macam teruk sangat”.

“Ohh ..Kenapanya jadi macam tu, diorang tak bagi makanan kat Hidayah ke.”.

“Abang ada Tanya Inspektor yang jaga Hidayah masa kat lokap tu dulu, dia kata Hidayah ni tak lalu nak makan dan minum kalau dia makan pun sikit.. Dia cerita kat abang Hidayah ni air minum dia tulah dia buat untuk berwuduk..”.

“Ye kebang..dia orang tak bagi dia ambil wuduk ke”.

“Itulah caranya mereka mendera mental dan fizikal pesalah untuk mengaku Ida. Kemudian Inspektor  tanya Hidayah kenapa dia tak makan dan minum..Ida nak tahu apa jawapan Hidayah..dia tak mahu ketandas selalu takut pakainya terkena najis, sedang pakai tu nak digunakan untuk dia solat. Idah tahu dia pakai telekong masa kat lokap. Abang rasa telekong yang dia pakai itu, telekong masa dia pergi masjid dengan Faris kot”. Makin sedeh Tengku Faridah mendengar cerita suaminya.

“Teringinnya Ida nak jumpa dia bang..bila agaknya Idah dapat jumpa dia minta maaf. Ida memang bersalah pada dia. Ida tak sangka cakap Ida polis ambil kira. Masa tu Ida terkejut sangat. Bang! maafkan Ida bang, buat cucu kita macam tu”.

“Tak apa Da, abang faham keadaan Ida. Pasal Ida nak jumpa dia, Ida kena sabar dulu ye. Biarkan dulu Hidayah menjalani kehidupan dia dengan tenang. Sekarang ni dia dah kerja, biar dia sibuk dengan kerja dia, abang harap dia dapat pelupakan apa yang pernah berlaku pada dirinya. Sekarang ni perkara tu baru lagi pada dia. Abang ada  cakap dengan dia Ida nak jumpa nak minta maaf.  Masa tu dia baru masuk kerja dua tiga hari. Tiba-tiba dia terjelepuk menggigil dan menangis ketakutan. Abang kesian tenguk dia mengis kerana takutkan Ida. Biar pun abang janji yang Ida tak akan buat dia masuk penjara lagi, namun dia tak dapat nak meredekan perasaan takutnya itu. Nantilah ye biar dia perlahan-lahan berusha melupakan apa yang terjadi pada dirinya. In Syaa Allah masa tu dia dah boleh duduk rapat dengan Ida.”

“Ialah bang Ida tunggu..tapi Ida rasa dah rindu sangat nak tenguk Hidayah..teringin nak dengar suranya abang. Inilah balasan Allah pada Ida agaknya bang, salah Idah memakan diri Ida sendiri bang.” Tengku Faridah sudah menangis dipangkuan suaminya. . Biar pun dia berkata begitu namun kerinduannya pada Hidayah menjejaskan kehidupan harianya. Dia menjadi murung..selalu menangis bila dia sendirian.

Bagi Tengku Faizal duduk dirumah rasanya tidak sampai hati pula membiarkan Tengku Farid mengendalikan perniagaan seporang diri. Walaupun dia sudah dibantu oleh adiknya Nur Hidayah. Tengku Faizal bercadang dia kan duduk dirumah menemani isterinya yang kemurungan bila semua kerja perjabat berjalan dengan lancer. Jadi untuk mengurangkan sedikit tekanan yang dialami oleh Tengku Faridah dan demi untuk mengurangkan sedikit kerinduannya pada Hidayah dia bercadang memasang cctv di bilik Nur Hidayah. Cadagangan itu dia suarakan kepada Tengku Farid.

“Farid nenek kamu rindu sangat dengan Hidayah Farid..malam tadi  dia mengigau lagi menyebut nama Hidayah berkali-kali. Kadang-kadang tengah malam dia menangis bila atuk kejut..dia cakap dia mimpi jumpa Hidayah tapi hidayah lari tinggalkan dia..kesian atuk tenguk dia Farid”.

“Kita nak buat macam mana tuk..Hidayah kalau dengar nama nenek sahaja dia pula yang mengigil dan menangis.. bukan main-main tuk dia menggigil betul-betul. Pernah sekali tu atuk call masa kami di meja makan, bila Faris sebut nenek sahaja dia secara sepontan menunduk macam nak menyorok bawah meja tok”.

“Teruk juga fobia Hidayah tu ye”.

“mana tak teruk tuk, sampai pecah hujung jari dia kena kepit dek polis. Farid ada dengar jari yang pecah tu bukan sekali kepit tok, malah berkali-kali sampai kita mengaku. Kalau tak tahan kena dera perkara yang kita tak buat pun akan terpaksa kita mengaku kita yang buat, sebab tak tahan dengan sakit. Ialah tangan dah luka dikepit lagi”. Cerita Tengu Farid.

“Hai..” Tengku Faizal menarik nafas dalam dan menghembus sambil mengeluarkan keluahan  dihadapan cucunya .

“Kenapa tuk mengeluh pula..kan mengeluh tu tak baik..atuk selalu cakap macam tu”.

“Atuk tak tahu nak buat macam mana nak hilangkan rindu nenek kamu dengan Hidayah ni Farid. Hidayah pula tak boleh nak sebut nama nenek mengigil dia ketakutan. Farid!! kalau atuk pasang cctv kat bilik Hidayah tu ok tak. Atuk nak suruh nenek kamu tenguk Hidayah kerja dari rumah..Biar  dia leka tenguk Hidayah kerja..moga-moga hilang sikit rindu nenek pada Hidayah.”.
“Ok juga tuk tapi jangan bagi tahu Hidayahlah kita pasang cctv tu”.

“Ialah memaglah”.

Rupaya cadangan  Tengku Faizal mendatangkan kebaikan kepada mereka. Semalam Tengku Faridah dapat melihat seorang pemuda yang dipanggil ALONG oleh Nur Hidayah mengajaknya bernikah. Apa yang dilihatnya diceritakan kepoada suaminya.
“Bang tadi ada Hidayah ada cakap sedara ada datang jumpa dia”.

“Tak adalah pula..tapi abang dari pagi tadi tak masok office Dah..abang jumpa Abang Ubaidillah pengusha dari Brunei Darussalam tu..tak sempat nak junguk Farid dengan Hidayah hari ni”.

“Bang agak nya lelaki tu abang sepupu dia yang suka pada dial ah bang”. Terlintas dikepala Tengku Faridah akan kata-kata Nur Hidayah sebelum dia bernikah dengan Tengku Faris dulu. Dia tidak di benarkan pulng ke kampungnya lagi, kerana ada seorang sepupunya yang ingin mengambilnya menjadi isteri, namun di larang keras oleh ibunya ini.

“Kenapa Ida syak dia abang sepupu yang suka kan dia..Ida kenal ke dengan sepupu dia”.

“Hssy mana Ida kenal bang, mana Idah berjalan kalau tak dengan abang. Baru nak berjalan sekali daah terbantut bila dah jadi macam ni. Ni semua salah Ida,  kalau tak Ida dah ada cucu merangkap menantu perempuan dah..Ida kesal dengan apa yang Idah dah buat pada Hidaya bang”.

“Tak apalah perkara yang dah lepas jadikan pengajaran untuk kita..Haa pasal yang Ida syak itu sepupu Hidayah..Ida tenguk dia ada iras Hidayah ke?”. Melintas bayangan lelaki yang menemui Hidayah siang tadi di mata  Tengku Faridah.. wajahnya mirip orang Pakistan hidung mancung mata besar kening lebat dan berkulit sowo matang.

“Tak ada iras langsung muka dia macam orang Pakistan..Tapi Hiodayah panggil dia along…dan lelaki tu ajak Hidayah nikah dengan dia..Tapi Hidayah tak mahu.  Dari yang Ida dengar macam Hidayah kata dia tak sanggup nak bermadu agaknya lelaki tu dah ada isteri kot bang”.. Tengku Faridah terkejut dari lamunan ceritanya bersama suaminya petang semalam bila gegendang telinganya  mendengar suara keras wanita yang dibilik Nur Hidayah mengatakan TIDAK!!. Cepat-cepat dia menghubungi  suaminya untuk membantu Nur Hidayah yang kelihatanaya dalam keadaan tertekan.

“Bang!! cepat kebilik Hidayah ada sorang perempuan tu sedang mengamuk dalam bilik Hidayah cepat ye bang”. Tidak sempat dia memberi salam, tidak sempat dia mahu berbasa basi dan tidak sempat dia berkata manja dengan sang suami, terus sahaja Tengku Faridah meminta suaminya kebilik cucunya. Bila mendengar kekalutan isterinya terus sahaja Tengku Faizal menghentikan kerjanya. Dia bergegas kebilik Nur Hidayah.

 Ketika dia membuka pintu kedengaran suara seorang wanita yang sedang membuat tawaran kepada NurHidayah. Mendengar perkataan wanita tadi perbuatan Tengku Faizal membuka pintu menjadi perlahan. Dia merenggangkan daun pintu, dia ingin mendengar dengan lebih lanjut apakah tawaran yang ditawarkan oleh wanita itu.

“Berapa yang Hidayah hendak.. mak long akan bayar tapi berhenti kerja kat sini..cari lah kerja tempat lain..Ijazah Dayah tu tentu akan laku kat-mana-mana sahaja”.

“Mak long buat apa mak long membazir duit nak bayar Dayah, along bagi mak long duit untuk makan pakai mak long bukan nak bayar Dayah”.

“Hidayah anak aku ada ramai lagi lah yang bagi duit, bukan along sorang. Cepat!! berapa yang kamu nak mak long boleh bagi”. Panas hati Syarifah Aminah bila Nur Hidayah bagai tidak menerima tawaranya. Yang sebenarnya sampainya Tengku Faizal bersamaan dengan sampainya Syed Borhan, namun dek kekalutan Tengku Faizal dia tidak menyedari ada seorang pemuda yang sama mahu memulas tombol pintu juga.

Dari rumah sahabatnya dia bercadang mahu singgah berjumpa Nur Hidayah untuk menyampaikan pesanan supaya Nur Hidayah menghubungi Istektor Azrul Azam sebelum dia pulang  ke Melaka. Dia berbuat begitu dengan harapan membuka peluang sahabatnya memulakan langkah pertama untuk memulakan satu perhubungan dengan Nur Hidayah. Namun ketika dia dipintu masuk dia melihat kelibat ibu dan adik ketiganya dipintu lif. Terdetik hatinya mahu mengintip tujuan ibunya datang kehotel dimana Nur Hidayah bekerja. Dia memperlahankan langkahnya. Bila mereka sudah memasuki lif barulah dia juga menekan nombor tingkat di mana pejabat Nur Hidayah.

“Mak long Dayah tak akan pergi dari ni..Dayah dah suka kerja kat sini”.

“Kalau kamu tak nak pergi dari sini mak long akan bagi tahu tuan punya hotel ni siapa Dayah sebenarnya.” Terus sahaja Tengku Faizal masuk ke dalam dan bertanya bila mendengar Nur Hidayah seakan diugut oleh seorang wanita yang sudah agak berusia.Siapa kah dia agaknya Tanya hatinya yang ingin tahu.

“Hidayah!! bayaran apa yang wanita nak bagi pada you..dan untuk apa bayaran tu..cakap terus terang dengan I. Puan katakan terus terang pada I,  siapa Hidayah ni”. Terhenti kata-kata yang meluncur dari bibir Syarifah Aminah..dia memandang kepada Tengku Faizal dan boleh mengagak orang tua tu mungkin ada pengaruh di hotel itu.

“Hidayah betul ke kamu tak nak pergi dari sini atau mak long berterus terang sahaja dengan bos Dayah ni”. Meluncur lagi kata-kata ugutan dari bibir Syarifah Aminah.

“Mak long jangan lah buat Dayah macam ni..Dayah ni macam tak ada tempat kat dunia ni..kenapa mak long benaci sangat dengan Dayah”.

“Mak long tak benci kamu tapi kamu mesti menjauhi along dia dah ada isteri dan isterinya sedang mengandung. Itu yang mak long harap sangat supaya kamu jauh dari along”.

“Tapi bukan Dayah yang cari along..Dayah tak pernah pun berhubungan dengan along, tak pernah call along pun”.

“Habis macam mana dia boleh tahu kamu kerja kat sini..mak long tak kira siapa yang bagi tahu along Dayah kerja kat sini yang penting pada mak long, nak kamu jauhkan diri dari along..pergi dari sini.. mak long tak mahu along jumpa Dayah lagi. Kalau Dayah janji nak  pergi dari sini, mak long tak akan cakap siapa Dayah pada bos Dayah ni. Biar macam mana dia paksa mak long nanti.”













Sunday 22 March 2015

Nur Hidayah 44





           Terkejut Inspektor Azrul Azam bila melihat kedatangan abang seniornya Syed Borhan dimuka pintu.

“Ehh bila abang sampai..kenapa tak call dulu nak datang . Ni Alhamdulillah saya tak melilau kemana, kalau tak berjanggut abang tunggu saya. Masuk bang ..masuk saya pun baru sampai ni.”. Azrul Azam kedapur mengambilkan minuman ringan untuk Syed Borhan. Duduk sahaja di dihadapan Syed  Borhan terus sahaja dia bertanya tujun kedatangan Syed Borhan.

“Abang nak terus kan misi mencari  Nur Hidayah lagi ke, bang”.

“Abang dah jumapa dia dah..memang dia kerja kat hotel Impian tu..memang betul hotel impian tu kepunyaan bapa mertuanya”.

“Haa apa cerita selanjutnya.. bila saya dapat makan nasi minyak nya”.

“Nak makan nasi minyak abang belanja sekarang pun boleh..jom kita pergi ke restoran oder sahaja Azrul”.

“Nasi minyak restoran tak naklah bang.. nak yang nasi minyak bawah kemah abang”.

“Yang tu tak dapatlah Azrul,  dia tak terima abang ..Itu yang abang datang sini ..tak mampu nak memandu balik Melkaka bila hati sedeh macam ni Azrul”.

“Kenapa dia tak terima abang cintanya pada abang dah pudar ke..ialah sebab dia kan dah pernah nikah tentu cintanya dah berpindah pada suaminya”.

“yang sebentulnya kami tak pernah bercinta..abang suka dia dalam diam sahaja. Bab cinta ni rasa Hidayah pun tak  bercinta dengan suaminya tu ialah suaminyanya kan bapa biologi dia, dia nikah sebab nak rasa ada ayah. Itu yang abang faham bila dia cerita dengan abang dulu masa kat lokap tu”.

“Habis di tak terima  abang kenapa?”.

“Mungkin sebab abang dah ada isteri..Dia kata dia tak sanggup hidup bermadu. Kalau Azrul macam mana?..abang sayang dengan dia..tapi dengan isteri abang, abang sayang juga, lagi kami akan ada anak tak lama lagi..itu tanggung jawab juga kan Azrul”.

“Dah dia kata tak sanggup bermadu nak buat macam mana..dulukanlah tanggung jawab abang pada anak dan isteri yang sedia ada. Bang! kalau  Hidayah setuju bermadu.. isteri abang benarkan ke abang nikah sekali lagi”.

“Abang dah cerita dengan dia dan kami dah bincang, dia setuju, sebab dia pun kesian kat Hidayah ni, kami sepupu kan”.

“Abang tak cakap dengan Hidayah yang  isteri abang setuju kalau abang nikah dengan dia”.

“Dah Azrul, dia yang tak sanggup bermadu nak buat macam mana, tak kan abang nak ceraikan isteri abang..tapi  entahlah Azrul, nampaknya memang abang tak ada jodoh dengan dia”.

“Cubalah abang pujuk dia, kalau dia termakan pujukkan abang nanti”.

“Tak mungkin Azrul.. Hidayah ni tegas orangnya, nampak sahaja dia lembut  dan macam menurut kata, tapi tidak dengan sikap dalamanya. Kalau tak, takkan dia boleh duduk sorang kat rumah nenek kami. Jiwanya cukup berani dia cukup kuat, sekali dia kata tak nak, rasanya macam tak ada harapan untuk dia ubah fikiran. Itu yang abang faham sikap dia Azrul”.

“Bang! kalau saya pula yang cuba boleh tak bang..”.

“Elok juga.. cubalah, abang suka juga kalau Hidayah dah ada orang yang jaga. Tapi kalau BERJAYA jaga dia elok-elok ye.  Abang akan bahagia kalau nampak dia bahagia Azrul. Dan abang akan rasa senang hati kalau dah ada orang yang baik jaga dia. Abang percayakan  Azrul ”.

“Habis rasa sayang abang tu macam mana?”

“Azrul! Sayang  tak semesti hidup bersama..kalau kita betul cinta, nampak dia bahagia itu pun dah cukup untuk kita Azrul”. Biar dengan suara bergetar sebak,  dia masih mampu menyuruh orang lain membahagiakan Nur Hidayah. Sememangnya itulah hakitat isi hati Syed Borhan. Dia sungguh-sungguh mencintai Nur Hidayah.  Rasa cinta yang dipupuk dari zaman dia remaja lagi, namun apakan daya jika Allah tidak melorongkan jodoh untuk nya, dia pasrah menerima dengan dihati yang redha.

Bagi Azrul pula sejak dia melihat kekuatan Nur Hidayah mempertahankan pendirianya tidak membuka auratnya, menjaga solat walaupun ketika itu sangat sukar untuknya dan hafalan surah Yassin dihujung lidahnya itu yang menjentik rasa dihati Azrul Azam. Dia begitu kagum melihat kekuatan dalaman yang dipengang oleh gadis itu. Kini azamnya mahu mencuba memikat hati Nur Hidayah namun apakah peluangnya untuk menghampiri gadis itu..Azrul Azam mencari cara dan jalan dalam diam. Sedang dia memansang azam kedengaran suara Syed Borhan yang lemah..

“Azrul abang nak tumpang bermalam semalam kat sini boleh. Abang nak tenangkan hati abang ni.  Nak terus balik Melaka rasanya takut jadi apa-apa kat jalan nanti”.


            Di Melaka resah hati  Syarifah Nur An- Nisa menanti sang suami yang turun ke Kuala Lumpur mencarikan madu untuknya tak dapat dibendung. Dia mencari tempat untuk meluahkan rasa hatinya yang sedeh. Mana tak sedeh rasanya baru sahaja mahligai bahagianya di bina, suaminya sudah mahu membahagi kasih sayangnya dengan wanita lain. Anak yang bakal menyerikan mahligai bahagia mereka pun belum lahir lagi, dirinya sudah mahu diberi pesaing untuk menyaingi kasih suami kepadanya. Wanita mana yang mampu menerima dengan rela bila suaminya mahu membahagi masanya dengan isteri lain. Kepada ibu yang menyayangi dia meluahkan rasa duka. Cepat dia menekan nombor uminya di Jelebu Negeri Sembilan. Kedua abah dan uminya berpindah dari Terengganu setelah berpencen menjadi guru. Mereka menduduki rumah arwah nenek mereka bersebelahan sahaja dengan rumah emak mertuanya merangkap emak saudaranya juga. Ibu Syed Borhan.

Mendengar esakkan anak dihujung talian Syarifah Zainab rasa sangat bersimpati. Sementelah itu adalah anak perempuan tunggalnya. Untuk mendamaikan  hati anak perempuannya yang keresahan mereka  ke Melaka. Syarifah Zainab merupakan adik ketiga Syarifah Aminah.  Syarifah Nur An-Nisa merupakan anak solung  dari empat orang anak pasangan Syarifah Zainab dan Syed Hussin.

“Kenapanya yang jadi macam ni Nisa..Kamu tak layan along dengan baik ke?”. Selidik sang ibu kepada anak yang baru membina mahligai diatas tunjuk jodoh mereka adik beradik. Lahir sahaja anak perempuanya, kakak sulongnya Syarifah Aminah sudah meminta agar anaknya yang belum bernama ditunangkan dengan anak lelaki sulongnya Syed Borhan.

“Nap Hussin akak ‘booking’lah anak kamu ni untuk jadi menantu akak”.

“untuk anak akak  yang mana?”. Ketika itu sudah dua orang anak lelaki kakak sulongnya.

“Untuk Borhanlah..kita tunangkan mereka..ok tak”. Itulah janji mulut antara mereka dua keluarga.  Ketika anaknya  baru sahaja dua hari menghirup udara dunia. Namanya pun beli didaftarkan..kerana Syed Hussin sibuk mahu mencari nama yang baik untuk anak sulong mereka.
                                                                                        
“Kami ok sahaja..tapi macam mana pula dengan abang long..”. jawab mererka berdua. Ketika itu Syed Borhan sudah berusia 3 tahun dan adiknya Syed Benjamin baru berusia 5 bulan.

“Abang long pun ok juga”. Jawab birasnya Syed Bakri yang agak pendiam orangnya. Setelah anak-anak dewasa mereka dikhabarkan dengan cerita mereka dulu. Pada pandagan mata kasar  Syarifah Nur An-Nisa dan Syed Borhan tidak ada  masaalah. Mereka tidak membantah perjanjian antara keluarga yang dimetrai ketika mereka masih kecil lagi…Walupun Syed Borhan sering menangguhkan pernikahan dengan anak  mereka, namun mereka berdua memahami akan kesulitan Syed Borhan yang terpaksa membiayai keluarga dan persekolahan adik-adiknya bila ayahnya meninggal ketika dia baru sahaja habis belajar. Dan sikap tanggung jawab bakal menantu juga sangat mengembirakan mereka  suami isteri… tetapi ini pula jadinya. Dimanakah silapnya..adakah Nur Hidayah yang mengoda Syed Borhan??.

“Entahlah umi..rasanya Nisa macam biasa sahaja. Apa dia nak, Nisa turutkan..kata suruh cuti, Nisa ambil cuti teman kan dia, sampai cuti Nisa dah kat paras hidung sahaja untuk sampai hujung tahun”.

“Kamu ada bergaduh”.

“Tak juga..bulan lepas masa dia balik cuti tak sempat nak tanya, dia bergesa pergi KL,  bila dia balik dia cerita dia jumpa Hidayah. Masa tulah dia cakap dia nak ambil Hidayah jadi isteri dia. Dia kata dia kesian Hidayah hidup sorang kat Kuala Lumpur tu.”.

“Haii anak haram tu tak sudah-sudah menyusahkan orang”.

“Umi janganlah cakap Dayah macam tu..dia anak sedara umi..sepupu Nisa juga. Dia jadi macam tu bukan dia yang minta mi”.

“Habis kamu sanggup ke nak bermadu dengan dia..entah apa yang dia bagi ubat kat along tu, hingga  along terkejar-kejar kan dia.. tak mustahil suatu hari nanti dia minta along ceraikan Nisa tau..macam mana emak nya macam tulah anaknya ..gatal..semua jantan dia nak control”. Bebel uminya yang kegeraman bila mendengar menantu pilihan berhajat memadukan anaknya. Nur An-Nisa hanya mendiamkan diri mendengar.

“Abahnya macam mana dengan hal Nisa ni bang.. kita nak ke KL juga ke, cari si Borhan ni.”

“Sejak bila along ni bercinta dengan Dayah..”. Syed Hussin tidak menjawab soalan isterinya..Dia menyoal anaknya untuk menyiasat..

“Mana pula dia bercinta..dulu sebelum Nisa nikah dengan along.. Nab ada tanya kak long dia kata anaknya si Borhan tu tak ada buah hati..tak kan dia nak bohong Nab pula. Lagi pun kan Hidayah tu duduk rumah arwah mak masa tu, tak kan dia tak tahu tingakah laku anak dan anak sedara yang kata depan mata.”

“Manalah tahu..dia nak sorok dari kita, dia katalah anaknya tak ada buah hati”

“Bang! kalau ada pun kak long akan halang ..sebab dia nak tunaikan perjanjianya dengan kita. Dulu yang buka mulut nak tunangkan Nisa dan Borhan dia, bukannya kita. Dia yang beria.”

“Habis,  kalau tak bercinta dengan Hidayah  macam mana pula tergerak hati dia nak jadi kan Hidayah tu istreri dia..Kamu tak tahu ke yang along tu bercinta dengan Hdiayah ni Nisa.”

“Entahlah bah Nisa pun tak tahu. Selama kami nikah tak pernah pun dia menyebut nama Hidayah”.

“Entah-entah konon yang dia kerja sebulan tu.. adalah  masa untuk berjumpa dengan Hidayah. Kamu tak periksa  ke telefon suami kamu tu  Nisa, tenguk kalau-kalau ada nombor Hidayah dalam telefon along tu”.

“tak kan lah sampai Nisa nak buat macam tu abah..Nisa percaya dia. Bukan ke suami isteri perlu ada sifat percaya mempercayai”.

“Haa kalau dah jadi macam ni percaya sangat lah ni. Kita nak buat macam mana ni uminya”.

“Kita pergi KL  cari  along, suruh  batalkan kehendak dia tu. Kita tak rela anak kita dia buat macam ni, kahwin pun baru setahun dah dan nak nikah lain.”.

“Kalau kita nak pergi pun kemana nak dituju Nap oii. Kuala Lumpur tu bukan macam Jelebu semua tempat kita tahu. Kamu tahu kat mana Hidayah duduk Nisa”.

“Tak tahullah bah..tapi abang kata Hidayah kerja kat hotel Impian”.

“Haa abahnya jomlah kita cari hotel Impian tu kat Kuala Lumpur”.

“Jangan nak buat kerja bodoh Nab. Kuala Lumpur bukannya kecil. Kita balik bagi tahu kak long..kita tenguk apa tindakkannya.  Kalau betul dia nak menghalang macam yang dia cakap dulu. Kalau dia buat tak tahu, barulah kita bertindak. Ni nak suruh mereka bercerai pun tak boleh juga, Nisa tengah mengandung..nak bercerai pun kena tunggu Nisa bersalin dan habis pantang  sekurang-kurangnya pun empat  bulan lagi baru boleh gugur talak”.

“Kalau boleh janganlah sampai bercerai berai, susah. Kita duduk sebelah menyebelah rumah. Lagi pun nak pusing kemana mereka bersepupu..dia anak sedara kita juga”.

“Habis Nisa sanggup ke hidup bermadu. Dahlah jumpa pun hanya sebulan sekali..dalam sebulan nak dibahagi lagi dengan isteri lain, sanggup ke Nisa”.

“Entahlah bah..Nisa buntu yang sebenarnya..Nak bercerai Nisa sayang abang Borhan..tak bercerai rasanya Nisa tak sanggup berkongsi kasih”.

“Nab jomlah kita balik kita bincang dengan kak Long macam mana. Duduk sini tunggu Borhan balik tak guna juga..Tunggu punya tunggu Borhan balik bawa Hidayah dah selamat nikah kat Siam.  Kita dah tak boleh buat apa dah..Ni dah berapa hari suami kamu tak balik Nisa”.

“Dia pergi semalam”.

“Haa ni dah sehari tak balik..entah-entah dia dah pergi ke Siam..Kalau nikah kat Siam, tak perlu  kebenaran isteri mereka dah boleh terus nikah sahaja. Itu yang ramai nikah kat Siam sebab semuanya mudah dan murah”. Terkedu dua wanita mendengar penjelasan Syed Hussin. Makin kencang debaran didada dua wanita anak beranak, membayangkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi. Cepat sahaja Syarifah Zainab dan anaknya mengikuti saranan suaminya pulang semula ke Jelebu. Mereka hendak berbincang dengan besan mereka merangkap kakak  sulong mereka juga.

Ketika mereka sampai kedengaran laungan azan Asar mengingatkan hamba-hamba Allah agar menunaikan kewajipan mereka mengingati yang Maha Berkuasa Tuhan Seluruh Alam. Tidak bertangguh mereka menunaikan solat Asar kemudian…

“Nisa duduk rumah sahaja biar umi dan abah yang pergi jumpa ibu mertua kamu”.

Selepas solat bergesa kedua umi dan abah Syarifah Nur An-Nisa kerumah besan mereka…

“Haa apa kamu kata??? Borhan nak ambil Hidayah jadi isterinya? siapa yang cakap?..bila dia jumpa Hidayah akak tak tahu pun dia tak bagi tahu akak pun”. Seperti peluru mesingun soalan yang keluar dari mulut Syarifah Aminah. Dia sungguh terkejut bila nama Nur Hidayah disebut. Sudah lama nama itu hilang dari ingatan tetapi kini disebut lagi.

“Nisa yang cakap, yang sebetulnya dari bulan lepas lagi Borhan dah cakap macam tu..Ni dia balik cuti baru tiga hari dah bergegas mencari Hidayah  diKuala Lumpur untuk melaksanakan janjinya”.

“Mereka dah berjanji ke?..Kalau Nisah dah tahu dari bulan lepas lagi, kenapa baru sekarang bagi tahu akak. Walau apa yang akan terjadi akak memang tak restu mereka kahwin. Nisa tahu alamat Nur Hidayah jom kita pergi sekarang.”

“Kak bertenag lah kak long, fikir perlahan-lahan kita tak tahu kat mana tempatnya di Kuala Lumpur tu, mana kita nak tuju kalau kita sampai kat sana. Kak Long cuba tanya anak kak long  yang kerja kat Putra Jaya tu..minta tolong dia hantarkan”. Syarifah Aminah menghubungi anak ketiga nya yang bernama Syed Badli diPutra Jaya.

Kesokkan paginya, pagi lagi Syarifah Aminah bersama anaknya ke Kuala Lumpur. Kebetulan Syed Badli baru sahaja ke Hotel Impian kerana meghadiri Kursus Pengurusan Majlis Rasmi dan Keterampilan Diri, yang diadakan di hotel itu oleh Jabatangannya dua bulan sudah. Mudah sahaja dia menuju kehotel yang menjadi sasaran ibunya. Hai nampaknya Nur Hidayah kena serang lagi oleh mak longnya.

Dari kaunter pertanyaan Syarifah Aminah menuju kepejabat anak saudara yang sangat ditakuti menjadi ahli keluarganya. Diadalam pejabat Nur Hidayah sudah menanti dengan debar. Setelah diberitahu oleh penyambut tetamu yang melayani pertanyaan Syarifah Aminah, Nur Hidayah sudah boleh meneka siapa tetamu yang akan bertemu dengan nya. Tidak berhenti mulutnya terkumat kamit membaca  Surah Al-Ikhlas.
 Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Bacalah surat QUL HUWALLAHU AHAD, QUL A'UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A'UDZU BIRABBIL FALAQ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan." (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428)

Ketika pintu diketuk tiga kali barulah Nur Hidayah bersuara menyuruhnya masuk. Bila pintu terkuak terjengul Mak Long dengan wajah mencuka. Tampa salam dia masuk bersama anak ketiganya Syed Badli..

“Assalamulaikum mak long, alang apa khabar. Masuklah mak long alang”. Anak ketiga Syarifah Aminah digelar alang oleh ahli keluarga mereka.

“Walaikumsalam..kahbar baik”.

“Tak sangka Dayah mak long datang jenguk Dayah..tahu pula mak long Dayah kerja kat sini”. Nur Hidayah cuba beramah mesra dengan mak longnya.

“Mak long datang bukan saja-saja Dayah.. Mak long datang nak minta tolong Dayah”.

“Minta tolong apa mak long..kalau boleh Dayah tolong Dayah tolong”.

“Tolong pergi dari sini Dayah..mak long minta tolong sangat-sangat”.

“Kenapa pula Dayah kena pergi dari sini mak long..Dayah dah ada kerja tetap kat sini..”.

“Dayah mak long tahu along ada jumpa Dayah..Bila along datang jumpa Dayah. Dah berapa kali dia jumpa Dayah”.

“Semalam along jumpa Dayah…”.

“Dia cakap apa dengan Dayah”.

“Dia ajak Dayah nikah dengan dia..tapi Dayah tak mahu”.

“Tak!! mak long tak percaya sekarang memang kamu tak mahu tapi bila dah selalu dia pujuk, Dayah akan termakan juga pujukkan along. Mak long nak Dayah pergi dari sini.”.

“Kemana lagi Dayah nak pergi mak long”.