Dara sunti duduk berdandan,
Sedang melentik bulu
mata,
Sama cantik sama
padan,
Bagai cincin dengan
permata.
Dalam perjalan pulang ke Pulau Pinang NurSaleha mula
memikirkan. Dia memandang kepada dirinya…Kalau pun Farhan memilih dirinya..hanya
dia seorang yang akan bahagia tetapi isteri Farhan akan menjadi dirinya
sekarang ini…anak-anak Farhan yang empat orang akan menjadi seperti
anak-anaknya juga… terabai. Dia mengambil keputusan untuk berundur. NurSaleha
sudah tersedar akan kesilapanya. Dia masih belum terlambat lagi. Dihati sangat
menyesali diatas keterlanjuran apa yang
telah dilakukan. Dia mengharapkan tidak akan ada apa-apa yang berlaku diantara
Farhan dan isterinya. Dia mendoakan kebahagian
rumah tangga bersama isterinya
berkekalan hingga kesyurga. Itu doanya didalam hati.
Sepanjang perjalanan dia termenung seorang diri mengimbau
kembali perjalanan hidupnya. Dari zaman remajanya lagi hidupnya begitu indah
penuh dengan kata pujian. Tidak kiralah dari orang keliling dan keluarganya. Kecantikan
dan keayuan disertai dengan sifat lemah
lembut dan sopan santun dirinya menjadi kebanggan keluarganya. Dirinya menjadi intipan mak cik-mak cik untuk
dijadikan menantu. Para jejaka pula
begitu teringin mahu menjadikan dirinya
suri hati mereka.Tetapi dengan iman didada dia dapat menangkis rasa riak dan
banggga diri, malah segala pujian diserahkan kepada Allah dengan ucapan ALHAMDULLIAH (Segala puji hanya untuk Allah).
Sungguh bertuah kedua ibu dan bapanya
yang telah dapat mendidiknya dalam kepercayaan Islam yang kuat.
Apabila dia diperkenalkan kepada sepupunya yang segak dan
berkerjaya dia tidak memandang orang lain lagi. Dia menerima dengan hati yang
terbuka. Walaupun itu adalah pilihan keluarga tetapi setelah dijab kabulkan
mereka sangat bahagia. Sehingga lahir
tiga orang buah cinta bagi membuktikan kebahagiaan mereka. Tetapi tidak disanggka bahagia yang dikecapai
terduga di pertengahan jalan. Dugaan yang tak mampu untuknya menempuhi seorang diri.
Deritanya bermula apabila bekas kekasih suaminya datang kembali menagih kasih. Dia juga tidak
menyangka kasih suaminya terpadam
setelah berpisah dengan kekasihnya beberapa tahun itu akan marak kembali bila
bekas kekasihnya datang merayu.. tidak lama kasih yang kecundang ditengah jalan
bersambung kembali. Dan yang sangat menyedihkan dia yang disingkirkan dengan
hanya sedikit permintaan.
Nur Saleha sebenarnya sangat tertekan dengan musibah yang
melanda diri dan rumah tangganya. Dia sungguh keliru untuk meneruskan kehidupanya yang dirasanya sungguh
malang untuk dirinya. Imannya sungguh nipis menghadapi dugaan Allah yang mungkin ada
hikhmahnya.
Nur Saleha
diperkenalkan kepada sepupunya sewaktu dia ditahun dua pengajianya
diUiTM Shah Alam. Jejaka itu adalah anak makcik sebelahibunya. Mereka jarang
berjumpa kerana keluarga makcik saudara yang satu ini tinggal diluar negara.
Tetapi bila anak-anak mereka besar,
makciknya sekeluarga pindah semula keMalaysia. Mereka bercadang untuk meniti
hari-hari tuanya ditanah kelahiran
mereka di Pulau Pinang Malaysia. Ketika itulah dia diperkenalkan dengan
sepupunyan yang baru habis belajar. Setelah berkenalan mereka merasakan ada keserasian. Mereka juga
sering keluar bersama ketika sepupunya menjalani tempuh percubaan sebangai seorang doctor (houseman) selama dua
tahu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Dia pula ketika itu sedang menuntut di UiTM Shah Alam dalam bidang
Farmasi. Dengan persetujuan dan restu
dari keluarga..mereka bertunang. Hanya
setahun sahaja mereka bertunang dan diakhir pengajian NurSaleha, mereka diijab
kabulkan. Ketika itu dia begitu bangga
menjadi tunangan dan kemudian menjadi isteri kepada seorang lelaki yang
cukup sempurna, bukan sahaja dimatanya bahkan dimata semua orang.
Muhammand Fikri bin Abdul Gaffar nama orang memiliki diri dan
cinta NurSaleha, bukan calang-calang jejaka..dia merupakan seorang doctor
kacak. Batang tubuhnya tinggi dan sasa,
berhidung mancung dan berkulit putih. Maklumlah dia juga memiliki darah
keturunan Arab disebelah ibu dan Melayu campur Cina disebelah bapanya. Bak kata
orang pasangan Nur Saleha dan Muhamand
Fikir sama cantik sama padan. Bila mereka bersanding di atas pelamin seperti
cincin dengan permata. Pasangan yang berdiri sama tinggi duduknya juga sama
rendah. Tidak sedikit pun disanggah apa yang diperkatakan oleh Edlan tadi… dia
amat berbangga dengan bekas suaminya ketika itu. Diawal pernikahannya dirinya
didakap bahagia setiap hari.
Entah mengapa dengan
kehamilan pertama lemak dibadanya mula menambah. Bentuk fizikalnya dari kehari
hari mulai berubah.. dari kelahiran anak
yang pertama hinggalah ketika kelahiran kali ketiga bentuk fizikal yang
bertambah tidak mahu susut . Setelah mempunyai tiga orang cahaya mata dua
orang perempuan dan seorang lelaki dia meminta izin suaminya agar dia tidak
menmgandung lagi …. tujuan utama untuk menyusutkan lemak di badannya..
Sudah dicubanya mengawal permakanan hingga kadang-kadang dia
sungguh menderita kelaparan. Sudah puas dia berjogging, berpuasa dan juga
kepusat kecantikkan. Namun lemak
diserata tubuhnya begitu liat untuk mencair. Walaupun tempuh kelahiran ketiga sudah
berlalu hamper tiga tahun..keadaan
dirinya tidak banyak berubah. Akhirnya dia
tidak menghiraukan lagi keadaan fizikalnya… diri yang sudah seperti seorang
ahli gusti sumo. Dengan ketinggian
170cm berat badannya hamper mencapai
200kg.. menjadikan dia nampak sangat besar hamper satu setengah kali besar
badan suaminya. Tidak disangka dengan bertambahnya lemak didalam badan akan
mengurangkan rasa kasih dan cinta suami terhadap dirinya.
Alangkah pilunya bila suatu hari suaminya meminta sesuatu
yang bagai merentap tangkai jantungnya.
Suaminya meminta izin untuk dia berpoligami. Yang akan menjadi madunya kelak
seoarang doctor dan bekerja ditempat yang sama dengan suaminya. Alangkah peritnya dia
menanggung rasa cemburu bila membayangkan pertemuan suaminya dan bakal
madunya ditempat kerja setiap hari.
Dalam rasa kekalutan yang melanda jiwa, terlaksana juga Ijab dan Kabul sang suami. Bertimpa-timpa rasa kecewa
pabila madunya diperkenalkan kepadanya...dari pandangan matanya begitu menyerlah
kesempurnaan..ayu jelita, tinggi lampai bak model.. Hanya kulitnya sahaja yang
menyamai dirinya… hitam manis. Begitu cantik wanita baru disisi suaminya. Hati
yang meruntun kecewa mengenangkan cinta suaminya berpaling arah. Setahun bermadu
dia memendam rasa..setiap kali dicuba untuk menerima…makin parah hatinya
terdera. Ditambah lagi dengan sikap suaminya yang seakan mengabaikan diri dan
anak-anaknya. Dalam sebulan hanya beberapa kali sahaja sang suami menjenguk
diri. Alasanya SIBUK urusan kerja memanjang..ON
CALL.
Akhirnya dia minta
diceraikan. Setelah bercerai dia berusha
menurunkan berat badanya dengan bersungguh-sungguh dengan harapan suaminya akan
memandang kepadanya …kembali kepangkuanya. Walaupun fizikal mula mengecil
sedikit namun suaminya sudah jauh dari gapaian.
Hatinya makin menderita melihat kebahagian suaminya. Hatinya makin sakit
bila terasa diri dan anak-anaknya makin dilupakan.
Mula timbul dendam dihati
apabila melihat pasangan bahagia. Secara tidak sedar dia mula berazam ingin
meruntuhkan istana bahagia orang lain supaya orang lain juga akan merasa betapa
sengsaranya ditinggalkan. Tetapi kini dia mula sedar apabila dia disedarkan oleh kawanya Edlan suamiisteri
tadi. Sebetulanya ketika Edlan menjawab panggilanya bagi pihak Farhan
yang mengatakan ‘tak kan kita sanggup menghancurkan
kebahagian sahabat kita sendiri.‘ tempoh hari, dia mula berfikir betapa dia
sudah jauh lari dari pegangannya selama ini.
Tetapi bila SMS yang memberitahu’isteri
Farhan sudah bersalin’ harapan itu
datang kembali. Dia ingin mencuba sekali lagi untuk bertanya secara berdepan
dengan Farhan. Itulah sebabnya dia keSeremban untuk bertemu Farhan face to face mencari kepastian.Tetapi bila dia menghubungi Farhan dan mendengar jawapan yang
tidak berbelah bagi..dia tahu sememangnya dia tiada harapan.
Kini NurSaleha berazam didalam hatinya akan menyerahkan segala kesedihanya kepada yang Maha Mengasihinya.. Kini dia tersedar dari salah perbuatanya. Dia memandang sekelilingnya..memandang jiwa-jiwa yang masih mengharap kasih dan semangatnya. Dia merasa sungguh menyesal kerana mengabaikan anak-anaknya selama dia ditimpa masaalah.Timbul azam dihatinya akan membela nasib anak-anaknya walaupun kini dia sudah menjadi ibu tunggal. Mungkin ada hikmah dari segala yang terjadi..dia redha kini. Dia kini sedar akan perbuatanya. Janjinya padu..tidak akan mengganggu kehidupan Ahmad Farhan sekeluarga. Itu janjinya.Dia menyerahkan ketentuan nasibnya kepada Allah Aza Wajalla.
Kini NurSaleha berazam didalam hatinya akan menyerahkan segala kesedihanya kepada yang Maha Mengasihinya.. Kini dia tersedar dari salah perbuatanya. Dia memandang sekelilingnya..memandang jiwa-jiwa yang masih mengharap kasih dan semangatnya. Dia merasa sungguh menyesal kerana mengabaikan anak-anaknya selama dia ditimpa masaalah.Timbul azam dihatinya akan membela nasib anak-anaknya walaupun kini dia sudah menjadi ibu tunggal. Mungkin ada hikmah dari segala yang terjadi..dia redha kini. Dia kini sedar akan perbuatanya. Janjinya padu..tidak akan mengganggu kehidupan Ahmad Farhan sekeluarga. Itu janjinya.Dia menyerahkan ketentuan nasibnya kepada Allah Aza Wajalla.
=========================================
Setelah melahirkan Fatin tinggal
dihospital selama seminggu.Selama seminggu itu Farhan menziarainya setiap hari.
Dihari kelima Farhan menziarahinya Fatin berkata kepada suaminya.
“Kalau dah
boleh balik nanti Ha rasa Ha nak duduk rumah ayah dan ibu ye.”
“Kenapa
pula..selalukan abang yang jaga Ha dalam pantang.”
“Tak
apalah..Untuk yang kali ini Ha rasa macam Ha nak belajar berdikari…Ha perlu belajar dari sekarang bila
abang dah dapat pengganti Ha nanti, Ha dah jadi biasa.”
“Apa yang Ha
cakap ni..jangan fikir yang tidak-tidak..abang tak akan pergi mana-mana…abang
tak akan mencari pengganti atau pesaing Ha. Abang akan tetap dengan Ha sampai
bila-bila sampai abang menutup mata.”
“Entahlah..
Ha rasa macam abang akan tinggalkan Ha selepas dua atau dua tiga minggu Ha
bersalin ni.”
“Siapa yang
cakap macam tu.”
“Naluri
Ha…sebab kalau betul abang jujur malam tu kenapa abang tak jawap panggilan
Saleha didepan Ha. Tentu ada sesuatu yang abang cuba rahsiakan, itulah sebabnya
selepas Ha tidur baru abang cakap dengan dia..sebetulnya abang tak perlu
sorok-sorok dari Ha..sedaya upaya Ha akan cuba
memahami. Dia pun dah datang tempuh hari mungkin nak memastikan Ha
betul-betul dah bersalin.” Baru Farhan sedar dia sudah membuat satu lagi
kesilapan. Kini dia tahu isterinya tahu dia menghubungi Saleha malam itu.
“Ha..malam
tu abang yang panggil dia sebab abang tak mahu dia tertunggu dan membina
harapan yang tak mungkin dapat abang ditunaikan. Abang call dia sebab abang nak
jelaskan pada dia abang tak dapat nak terima dia dalam hidup abang. Tolong percaya cakap abang ni”. Fatin hanya memandang
sayu wajah suaminya. Dia mencari kepastian. Bila melihat isterinya masih ragu
akan dirinya Farhan merapati isterinya.
“..kenapa
tak nak percaya abang…dahlah jangan fikir yang bukan-bukan nanti mudharat
jadinya. Lagi satu Ha ke yang call bagi tahu dia, yang Ha dah bersalin.” Fatin
hanya memandag wajah suaminya ..hatinya begitu sukar mahu
mempercayai kata-kata suaminya. Soalannya tidak berjawap. Farhan juga tidak
mahu mendesak... diam isterinya meniakan akan soalanya tadi. Memandangkan isterinya baru seminggu sahaja melahirkan anaknya jika
dia berkeras takut sakit lain pula jadinya.
Dihari kepulanganya, Fatin sekali
menegaskan… meminta dia dihantar kerumah kedua ibu dan ayahnya. Farhan sudah
tidak dapat berkata apa-apa lagi dengan hati yang berat dia menghantar
isterinya kerumah ibu dan bapa mertuanya. Fatin sekali lagi bersuara tentang
tidak kepuasan hatinya.
“Ha
mengharapkan kejujuran abang..kalau abang pergi pada dia jangan dibelakang Ha.
Tolong abang jangan tipu Ha. Walau pun dalam waktu terdekat ini..abang mesti
jujur dengan Ha.”
“Sayang
abang tak pernah berniat nak pergi pada dia..dalam hati abang ni hanya ada Ha
sorang.” Buntu Farhan mahu meyakinkan
keteguhan hatinya. Mengenangkan ini adalah kesalahanya, Fahan cuba membina
tembuk kesabaran yang cucup tebal didalam hatinya.
“Kali ini
biarlah Ha habiskan masa berpantang kat
rumah ibu dan ayah. Kalau abang tak ada masa nak jenguk tak apa, Ha
faham..jangan susah-susah mencari masa untuk jenguk Ha..Ha tak nak susahkan
abang.”
“Kenapalah
Ha cakap macam ni..Ha dan anak-anakkan tanggujawab abang.”
“Pada
anak-anak boleh lah tapi pada Ha jangan abang ambil berat lagi, Ha nak belajar
berdikari.”Farhan diam tidak terkata. Terasa dirinya tidak diperlukan lagi. Hatinya
sedih..isterinya sudah tidak mempercayai dirinya lagi.Serasa ingin dia menjerit
mengeluarkan bukuan yang berbuku-buku
didalam hatinya.
Setelah tiga hari Fatin dirumah ibu dan ayahnya, setiap hari
Farhan menjenguknya. Untuk tidur dirumah ibu mertunya Farhan keberatan. Dia
tidak mahu menyusahkan keluarga mertuanya.Sudahlah isterinya kini diuruskan
oleh ibu mertuanya, dia tidak mahu menambah beban .
“Bang kalau
abang penat janganlah jenguk Ha kat sini..ibu dan ayah ada jaga Ha..anak kita
pun ok tak ada apa-apa masaalah.” Farhan hanya memandang sayu.Sudahlah dirumah
ibunya sendiri tidak mahu bercakap denganya. Bila ditanya kepada ayahnya
mengapa ibunya bersikap dingin kepada dirinya, ayahnya Haji Abu Bakar
berterus terang..
“Han ayah
terpaksa berterus terang pada ibu kamu bila ibu tanya ayah, ibu kamu siap teka
wanita yang jumpa Fatin kat hospital tempuh hari itulah orangnya..tapi ayah nak
kepastian Han betul ke perempuan tu.”.
“ Betul
ayah..Ayah cakap juga ke..apa yang Han tanya ayah haritu?”.
“Ayah tak
suka cakap bohong pada ibu kamu Han..ayah takut, sekali ayah cakap bohong
esok-esok ibu tak percayakan ayah..ibu kamu pun tak pernah berbohong pada ayah”.Tetapi dengan kejujuran ayah
kepada ibunya, Farhan menerima padah… ibunya bersikap dingin kepadanya. Farhan
makin tertekan…
Dia tiada
pilihan lain untuk meluahkan kocakkan
perasaannya. Untuk mencari jalan penyelesaian sebelum Farhan pulang dia
berjumpa ayah mertuanya.Dia mahu
memecahkan kebuntuan masaalah yang dihadapinya.
“Ayah Han
rasa nak minta tolong ayah, sebelum tu Han nak cerita sikit punca masaalah Han
ni.”
“Ceritalah
ayah dengar.” Haji Rasid bagai sudah menjangkakan hubungan anak dan menatunya mempunyai
masaalah.Dia dapat membaca riak dan wajah anaknya sendiri yang nampak muram.
Farhan dengan jujur menceritakan apa yang terjadi.Sesungguhnya Haji abdul Rasid
soraang ayah mertua yang memahami dan seorang pendengar yang baik.
“Han minta
tolong ayah pujukkan Fatin supaya mahu dia balik kerumah. Biar Han yang jaga
dia masa dalam pantang ni. Han nak rasasama-sama susah ketika dia dalam pantang ni. Han
berterima kasih dengan ayah kerana memahami Han.”
“Nantilah
ayah nasihatkan kakak tu..kakak ni degil sikit, kalau tak kena gayanya mahu dia
tak nak langsung balik nanti. Kamu nak balik..baliklah dulu, esok ayah hantar
kakak kat rumah kamu.”Janji Haji Abdul Rasid melegakan Farhan.
Pada Haji Rasid mengapa harus dipersalahkan
menantunya, jika sudah dia mengaku kesalahanya. Itulah asam garam rumah
tangga. Berselisih faham tidak dapat dielakkan..Bak kata orang sedangkan lidah
lagi tergigit inikan pula suami isteri. Sedangkan adik beradik yang sekantung rahim pun bergaduh inikan pula suami isterri yang emaknya asing-asing .Tetapi jika
mereka bersabar, tolak ansur dan sedar akan kesilapan InsyaAllah rumah tangga
akan harmoni semula. Bagi Farhan pula janji ayah mertuanya membuka sedikit
harapan.Dia berdoa agar hati isterinya lembut semula. Dia sudah merasa hidupnya begitu
sunyi dengan ketiadaan isteri dan anak-anaknya.
Salam. Nampak gayanya Farhan perlu menyelesaikan kekusutan perhubungannya dengan Fatin. Buat Nur Saleha pula diharap dapat bersabar. Pasti suatu hari jodoh ada untuknya. Jika bekas suaminya adalah jodohnya yang sebenar pasti kembali pada apabila sedar kesilapannya.
ReplyDeleteKali ni mak teh tak nak megembalikan suami NurSaleha..biarlah dia dpt orng lain. Dia trsdar bila dah tua dn bila istri barunya tak boleh beranak. ok tak.
ReplyDeleteBanyak pengajaran untuk kaum lelaki la ni. Bagus juga mak teh. Talaq di tangan suami, senang sangat nak ubah selera. Tau nak poligami, tapi tak mampu berlaku adil. Hehehe....
ReplyDeletep/s nak tinggalkan komen kat blog mak teh kena buat macam². cuba mak teh setting kat komen supaya tak perlu varification tu. Mungkin tak banyak komen kat entry ni sebab benda alah ni.
Trma kasih misza..Anak mah teh dah tlong settingkan dah ok agaknya. benda2 macam gini mak teh kurang arif sorry ye.
ReplyDeleteFatin terlalu baik sehingga Farhan tidak menghargainya. Kenapa Farhan selalu shj mendpt apa yg diingininya dan Fatin yg terpaksa berkorban? Tak adil kan?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSememangnya kbyakkan kaum wanuta atau isteri mudah memaafkan dan mudah mengalah..cubalah tenguk asraf muslim dan dayana..kesian diaterduka macm tu..tpi yang peliknya sanggup pula sakinah buat macm tu pada kaum sendiri..semoga siapa yg membaca dpat mendoakan yg terbaik untk dayana Amin.
Delete