Tidak disangka penangkapan sekumpulan mat rempit dapat
memberkas 2 orang dari 4 orang yang bertanggung jawab memukul Tengku Faris.
Bila dah tertangkap dua makin mudah mencari mastermind kes pukul hingga
menyebabkan kematian di pintu masjid tempuh hari.
Yang sebenarnya sehari sebelum Syed Borhan menemui Inspaktor
Azam pihak polis sudah menangkap seorang lagi yang disyaki. Ekoran penangkapan
2 orang mat rempit menghasilkan seorang lagi penangkapan. Rasanya penangkapan
kali ini akan merungkai persoalan kes pukul yang melibatkan Tengku Faris. Dan
dia sedang diosal siasat. Dia merupakan perancang kegiatan lumba haram geng-geng
mat rempit. Lelaki diawal tiga puluhan yang bernama sebenar Abdul Rasid adalah
pembekal dadah kepada geng-geng mat rempit yang beraksi disekitar Lembah Klang.
Kod rahsia mereka bila mereka mahukan bekalan dadah adalah Asid Berbisa,hanya
segelintir ahli kumpulan sahaja yang tahu kod rahsia itu.
Diakhir siasatan terbongkar juga mengapa Tengku Faris
dipukul. Nur Hidayah nyata tidak bersalah dan tiada kaitan langsung dengan
kejadian pukul itu. Namun untuk menguatkan bukti dia tidak bersalah, setelah
Syed Borhan pulang Nur Hidayah disoal sekali lagi namun sudah lain caranya. Dia
disoal dengan sopan dan lembut.
“Puan
boleh tak ceritakan malam kejadian suami puan dipukul”..
Nur
Hidayah menceritakan dari awal hinggak akhir kejadian yang berlaku..tetapi
diakhir cerita dia ditanya lagi..
“Kenapa
puan tak cerita sedari mula, kalau macam
ni kan senang tak lah kami siksa puan.Yang sebetulnya kami pun tak suka siksa
orang tapi kadang-kadang keradaan memaksa kami melakukan paksaan untuk mendapat
cerita yang sebenarnya”.
“encik..ada
tak encik Tanya saya macam ni. Yang encik tanya adakah saya kenal pada
sipemukul dan kenapa dia pukul suami saya.Sungguh-sungguh dengan nama Allah
saya tak kenal siapa yang memukul suami saya. Masa saya sampai pada suami saya,
dia sudah jatuh tertelentang, mungkin dia dipukul dipukul dari belakang.
…Walau pun saya nampak ada orang
yang berpaling menjauhi suami saya ketika itu. Tapi kedudukan saya yang jauh
tidak dapat melihat dengan jelas wajah orang itu. Boleh tak encik bayangkan
alam keliling selepas solat Isyak. Walaupun dikawasan masjid yang diterangi
lampu. Sama ke terang lampu buatan manusia dengan terang matahari lampu Allah...itu
sahaja yang saya dapat ceritakan dan bagi tahu. Hanya satu saya nak tanya kalau
pun saya melihat dengan jelas wajah orang itu, tuan rasa boleh ke secara outomatik saya kenal dan tahu
namanya..jika itu pertama kali saya melihat wajahnya??”. Terkedu pegawai yang
penyiasat yang menyiasat.. memang benar apa yang diperkatakan.Mereka hanya
memaksa Nur Hidayah mengaku sedang dia tidak tahu hujung pangkal sebab dan
mengapa suaminya dipukul. Hanya sebagai
satu pengajaran ciliapi biar pun kecil jangan diduga kepedasanya. Kata-kata Nur
Hidayah tajam dan pedas menusuk kehati.
Di awal petang hari keempat Nur Hidayah dibebaskan.
Dia tidak didapati tidak bersalah. Hanya telefon bimbit dan beg plastik yang
mengandungi telekong yang terkena darah Tengku Faris, beserta baju dan seluar
yang dipakai dimasa malam kejadian yang diserahkan kembali kepada Nur Hidayah
tiada barangan lain. Malah dia juga tidak membawa kad pengenalan dan beg
duitnya. Dia pulang memakai telekong pemberian doctor Johan Hamdi. Oleh kerana Ispektor Azam merupakan kenalan abang sepupu
Nur Hidayah jadi dia yang ditugaskan menyerah kan semua barangan Nur Hidayah.
“Puan!!
pihak kami memohon ribuan maaf kerana tersalah anggap pada puan. Harap puan
tidak menyimpan dendam di atas kesilapan kami menyiasat puan".
"
Tak apa itu sudah menjadi tugas polis ketika menyoal siasat pesalah..saya faham”.
“Terima
kasih dia atas pengertian puan”.
Ketika
sudah diluar balai..Inspktor Azam bertanya sebagai tanda prihatinnya.
“Puan
saya sebetulnya kawan abang sepupu awak Syed Borhan. Dia yang minta saya
tenguk-tengukan awak. Perlu ke saya bagi tahu abang Han yang awak dah keluar.”.
“Tak
perlu..saya bukan tanggung jawab dia”.
“Habis
awak balik ni dengan siapa. Nak saya hantarkan ke”.
“Juga
tak perlu sebab saya bukan tanggung jawab tuan”.
“Nur
Hidayah awak janganlah marah saya..Saya buat tu demi tugas. Saya tak boleh nak
buat macam mana”. Mendengar nada sura Nur Hidayah seakan marah Inspektor Azam
rasa dia poerlu menjernihkan keadaan.
“Saya
tak marah..hanya memang betul apa.. saya bukan tanggung jawab tuan.Tak payahlah
tuan rasa serba salah. Kalau saya lelaki adakah tuan ambil berat juga”. Dari
segi gaya bahasa yang lembut Nur Hidayah merasakan Inspektor Azam melayanya
dengan baik hanya kerana dirinya seorang wanita.
“Sebab
awak perempuanlah saya tepaksa ambil berat, kalau lelaki.. dia dicampak dalam
hutan boleh hidup kan. Macam lagu WARIS Rembau most wanted tu.”
“Emm”..hanya
itu jawapan ‘yang tak mesra alam’
keluar dari mulut Nur Hidayah. Memang dia tidak ada hati mahu menyahut guruan
Inspektor Azam. Yang sebenarnya hati berbolek balik mahu meminta pertolongan
dengan jejaka yang berdiri disampingnya.
“Sebelum
awak balik ni jom kita pergi minum dulu”.
“Tuan..”
Cepat dipints kata-kata Nur Hidayah oleh
Inspeltor Azrul Azam.
“Nur
Hidayah kita ni dah kat luar balai, janganlah panggil saya tuan lagi. Panggil
nama saya sudah lah..tapi kalau nak hormatkan saya panggil sahaja abang Azam.
Rasanya saya lebih tua dari awak. Umur saya dah 33 tahun..awak berapa”.
“Saya
30…”
“Haa
kan betul tekaan abang. Jom kita minum dulu. Tentu Hidayah lapar, sejak awak
ditahan orang kata awak tak makan pun”. Terus sahaja dia membahasakan dirinya
abang bila Nur Hidayah menyebut umurnya.
Yang sebetulnya Inspektor Azam cuba mahu beramah mesra dengan Nur Hidayah
sementelah dia adalah adik sepupu pada abang sineornya yang banyak berbudi
kepadanya ketika di Universiti dulu.
“Tak..
tadi saya ada makan sikit..maaf ye saya tak boleh nak terima ajakkan
encik..sebab kalau betul suami saya sudah meninggal beberapa hari lalu kerana
kejadian itu, ini bermakna saya dah jadi balu. Sekarang ni saya dalam
edah..tentu tidak elok saya keluar minum dengan lelaki yang bukan mahram saya”.
“Ohh..Memang
betul suami puan dah meninggal setelah dua hari koma..berita ni saya terima
dari hospital dimana suami awak dirawat tempuh hari”. Bila mendengar Nur
Hidayah tidak mengubah panggilan kepada dirinya, Azrul Azam tidak jadi mahu
beramah mesra dengan nya. ‘Tapi ialah
orang baru kehilangan orang tersayang tentulah hatinya sedang bersedeh, bodoh
betul aku ni..bergurau tak kena tempat..’ kutuk hatinya pada dirinya
sendiri.
“Encik!
boleh saya nak minta tolong?” Terkejut Azam mendengar lontaran suara Nur
Hidayah sedang dirinya bermenolong dengan dirinya sendiri.
“In
Syaa Allah boleh..tapi yang ringan-ringan sahaja ye.. cakaplah”. Entahlah sukar
mahu ikut bersedeh dengan Nur Hidayah bila hatinya rasa ceria. Entah apa yang
diceriakan dia pun tak tahu. Ada segarit senyum dibibir Nur Hidayah bila
mendengar jawapan Azrul Azam, namun kelihatan sangat manis dimata Azrul Azam.
“Saya
tak ada duit dalam tangan..rasa nak hutang dulu untuk tambang teksi”. Teragak-agak
Nur Hidayah menuturkan permintaanya.
“Ohh
tak jadi masaalah”. Azrul mengeluarkan
beg duitnya dan menghulur not lima puluh ringgit dua keping kepada Nur Hidayah.
“Saya
rasa satu dah pun dah cukup”. Nur Hidayah hanya mengambil sekeping sahaja.
“Ehh
ambillah kalau tak cukup nantikan susah”.
“In
Syaa Allah cukup. Rumah saya pun tak jauh dari sini..Kalau dia ambil lebih saya
akan adukan pada persatuan pengguna”.
“Pandai
awak menggunakkan hak awak sebagai pengguna kan”.
“Terima
kasih…In Syaa Allah saya akan bayar nanti. Boleh bagi nombor telefon Encik
Azam. Nombor office encik pun boleh”. Terus sahaja Azrul Azam menekan nombor
telefon Nur Hidayah yang ada didalam simpanannya. Dengar sahaja deringan
telefon ditangan Nur Hidayah..
“Ok..’save’lah itu nombor saya tu”. Azrul
Azam masih sibuk menekan nombor telefonnya.Kemudian dia bercakap dengan
seseorang bila panggilan disambungkan. Nur Hidayah sudah menyisih menjauhi sedikit
Azrul Azam. Dia berdoa agar ada teksi yang lalu, dia hendak cepat pulang dan
pulangnya kali ini bukan ke kediaman banglo Dato’ Tengku Faizal seperti selalu,
tetapi ke Cheras aparmentnya sendiri. Tidak lama menunggu dari jauh Nur Hidayah
nampak ada sebuah teksi datang kerahnya.. Azrul Azam dengan bahasa isyarat yang
ditujukan kepada pemandu teksi.. pemandu teksi berhenti dihadapan Nur Hidayah.
Dengan bahasa isyarat juga Azrul Azam menyuruh Nur Hidayah memasuki teksi.
Sebelum Nur Hidayah meloloskan diri kedalam perut teksi..
“Terima
kasih..In Syaa Allah saya akan pulangkan duit encik”.
“Ok..
bila-bila masa yang awak senang. Ingat saya kawan baik abang sepupu awak, kalau
ada apa-apa hal nak minta saya tolong.. Call sahaja ye.. In Syaa Allah saya
akan tolong.”
“Baiklah
terima kasih”. Menderum teksi meninggalkan Azrul Azam yang masih berdiri
melihat teksi yang membawa Nur Hidayah pergi..Entah hatinya rasa senang bila
berhadapan dengan balu muda itu. Sambil dia berfikir teringat dia mahu
berkongsi rasa gembira dengan sahabat baiknya doctor Johan Hamdi.
Jalan raya masih belum sesak maklumlah belum waktu
puncak orang pulang dari tempat kerja menyebabkan perjalan agak lancar. Ketika Nur Hidayah sampai kerumah nya yang
dibeli diCheras, kawannya Nur Fatihah ada dirumah. Dua hari pekerja Hotel Impian
dibahagian pengurusan diberi cutii kerana kematian Tengku Faris. Bila dia
mengetuk pintu rumah dan memberi salam cepat sahaja pintu rumah dibuka..
“Waalaikumsalam..
kak Dayah!!!” Jerit Nur Fatihah terperanjat dan teruja dengan kemunculan rakan
sekerja dan juga rakan serumah dulu. Terus sahaja mulutnya tidak berhenti
menyoal itu dan ini…
“..akak
pergi mana..akak tahu tak Tengku Faris dah meninggal.. Sibuk bos tanya akak
pergi mana. Serba salah juga dia nak kebumikan papa dia, bila akak tak ada.
Akak hilang empat hari tak
dapat dikesan. Dia nak cari akak kat kampong akak, tak tahu pula mana nak
tuju.. dia nak tunggu juga akak balik, tapi dia tak nak menyiksa jenazah
papanya, jadi mereka kebumikan juga semalam. Akak pergi mana?. Datuk dengan bos
risau akak kena culik betul ke?” Segala pertanyaan Nur Fatihah tidak dihiraukan
oleh Nur Hidayah.
Dia menuju kebiliknya yang memang sudah lama tidak
didudukinya. Sejak dia bernikah dengan Tengku Faris hanya sesekali sahaja dia
pulang menjenguk kawan-kawan yang menyewa bilik di apartment nya. Dia mengambil
tuala dan baju ganti lalu kebilik air dibiliknya.
Kedengaran percikkan air hujan dari bilik mandi Nur Hidayah
Nur Fatihah tahu Nur Hidayah sedang mandi. Sambil mandi dan mengosok gigi air
mata Nur Hidayah terjun laju dari tubir matanya. Sahih kejadian malam itu
membawa kematian pada Tengku Faris. Tidak lama rupanya dia mengecapi kasih
sayang seorang ayah. Hanya dua tahun Allah meminjamkan rasa bahagia mempunyai ayah
sebagai pelindung. Kini dia kehilangan lagi rasa selamat dan rasa bahagia itu. Dikeluarkannya
segala sedeh dan hibanya pada deruan air hujan mandianya bersama-sama air
matanya. Setelah merasa sedikit kelegaan dia menyudahklan mandianya. Bila dia keluar
sahaja dari bilik mandi perutnya terasa sangat kosong. Nur Hidayah mengigil
seolah-olah kesejukkan dan terjelepuk didepan pintu bilik air, walaupun dia
sudah siap berbaju kepalanyanya juga berbungkus dengan tuala tandanya dia
membasuh rambutnya. Terasa dirinya tidak bertenaga lansung..lalu dia mereangkak
mahu menuju kekatilnya.
“Kak Dayah…” Fatihah terkejut melihat keadaan Nur
Hidayah. Cepat dia bangun dan membantu Nur
Hidayah bangun dan memapahnya kekatil. Dengan suara tenggelam timbul kerana
menggigil itu yang diminta...
“Teha tolong buat kan akak air..Teha ada maggi tak??”
“Ada..”
“Buatkan akak..cepat Teha..akak rasa lapar sangat ni”.
Sambil menyuruh sahabatnya sambil dia menekan perut. Kemudian dia bangun berteleku
kemudian dia meletakkan bantal diperutnya dia baring menelangkup dikatilnya. Kerana kelaparan yang teramat sangat membuatkan Nur Hidayah tidak tentu arah...tenaganya hilang sama sekali. Nur
Hidayah menangis lagi… tetapi tangisan tidak tahu apa yang ditangiskan.
Nur Fatihan membuatkannya secawan holick untuk Nur
Hidayah itu adalah air kesukaanyha dan sebungkus meggi berperisa ayam.
“Kak..akak tidur ke? Ni Teha dah buatkan akak air
holick dan ni megginya. Duduklah makan kat sini”. Nur Hidayah mengerakkan kan
tubuh dan turun dari katil dia mengambil mug holick ditangan sahabatnya.
Perlahan-lahan dia menghirup air kegemaranya. Habis
setengah mug. Dia memandag Nur Fatihah.
“Terima kasih Teha. Buatkan air dan meggi untuk akak”.
Tidak lama air holick didalam kantung perutnya..Nur Hidayah bekejar kebilik
air..dia muntah disitu. Nur Fatihah datang membantu mengososk-gosok belakang
Nur Hidayah… terdetik dihatinya..apakah Nur Hidayah mengandung?.
Tadi ketika soalannya tidak berjawab dia sungguh tidak
puas hati. Bila dilihat Nur Hidayah tidak menghiraukan pertayaanya dia hanya
memandang perlakuan Nur Hidayah yang pelik dimatanya. Bila Nur Hidayah masuk
kebilik airnya dia duduk dibirai katil sahabatnya sambil menanti Nur Hidayah
habis mandi di berfikir..
Pulang dari luar dengan memakai telekung bagai.
Sudahlah begitu selama empat hari dia menghilang diri tidak sekali pun dia
dihubungi. Dihari pengkebumian suaminya juga dia tidak nampak batang hidung,
sungguh tidak patut perlakuan Nur Hidayah kepada arwah suaminya. Selama dia
mengenali Nur Hidayah dia bukan seoprang suka melepaskan tanggung jawabnya. Dan
selama dia bernikah dengan Tengku Faris dia akan menemani Tengku Faris walau
kemana sahaja dia pergi. Apatah lagi waktu solat..mereka akan kemasjid
bersama-sama.
Tetapi yang
meghairankan dirinya sejak Tengku Faris dimasukkan kehopspital dia
menghilangkan diri tampa dapat dikesan oleh Tengku Faizal ataupun Tengku Farid.
Mereka berdua sering menghubungi diri
bertanyakan ke mana atau dimana Nur Hidayah dan akhir sekali mereka berpesan...
“Fatihah kalau Hidayah balik atau call you..tanya dia
kat mana..kemudian cepat-cepat hubungi I ye. Dan jangan lupa cakap dengan dia
papa I dah di kebumikan”. Itulah
perbualannya dengan Tengku Farid semalam ketika dia menziarahi jenazah Tengku
Faris dikediaman Tengku Faizal bersama rakan sekerja yang lain. Dan ketika itu
jenazah sudah di masukkan kedalam van jenazah untuk dibawa kekubur.
p/s: esok mlm juga mungkin tak ada..belum ada cerita
lagi…
Harap-harap lepas ni pihak polis akan berjumpa keluarga tengku faiz untuk memberitahu tentang penangkapan dan motif pembunuhan tengku faiz serta memberitahu yang hidayah tak bersalah. Biar semua tahu tentang tuduhan palsu tengku faridah...orang yang membuat tuduhan palsu boleh diambil tindakan
ReplyDeleteBetul tu. Kenakan sedebuk Tengku Faridah tu.
DeleteGeram dengan Tengku Faridah yg sanggup berdiam diri atas kehilangan Nor Hidayah.
ReplyDeleteGeram dengan Tengku Faridah yg sanggup berdiam diri atas kehilangan Nor Hidayah.
ReplyDeleteSyak wasangka x brtmpat. Kesian cucu tu x DPT melihat jenazah papanya buat Kali terakhir.
ReplyDeleteDibah