~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 21 December 2012

Bab 29 Tidak terkikis kesal dihati


                     

                    Ramai-ramai makan berhidang,
                   Angkatlah tangan tanda syukur  mengadap rezeki,
    Ada kambing tak masuk kandang...
    Biarlah... hari masih siang lagi. (Kata perumpamaan, untuk menegur seseorang, ada nasi tak masuk mulut)

           
            Sejak keluarganya pulang dari kuala Pilah bertanyakan Amirah untuk dirinya sekali lagi, jantung Loqman sentiasa berdegup kencang. Sudah tiga hari Loqman berperang dengan hatinya sendiri. Kalau mengikut kata mamanya sudah tiga hari  Amirah pulang bercuti. Loqman berkira-kira dalam hatinya. Mungkin Amirah sudah diKuala Pilah sekarang ini.   Mengenangkan penerimaan Amirah terhadap dirinya jantungnya berdegup kencang. Ahh makin difikir makin bercelaru fikirannya. Dia berdoa agar terbuka pintu hati bekas isterinya untuknya. Dia juga sedang bercuti.  Tidak sabar rasanya dia ingin berjumpa dengan Amirah, supaya reda gelombang yang membadai dalam hatinya. Biar apapun jawapan Amirah, dia sudah bersedia. Loqman sudah tidak tahan lagi dengan hatinya sendiri terus terusan bersengketa didalam. Sudah lama  tidurnya tidak lena memikirkan Amirah. Lagi bertambah hebat sejak dua tiga hari ini memikirkan jawapan Amirah.

            Loqman keKuala Pilah dengan hati yang berdebar. Dikotak fikirannya sudah terkarang ayat yang akan diperkatakan pada Amirah nanti. Rasa ingin sahaja dia menulis pada sehelai kertas segala apa yang hendak diluahkann nanti, supaya tidak terlupa atau lari dari tujuan asal. Dia sampai dirumah keluarga Amirah jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi. Dia memberi salam…

“Assalamualaikum...” Salam Loqman disambut dengan suara garau dari dalam rumah.  Dihalaman rumah sudah terpakir sebuah kereta SAGA 1.3 berwarna ungu gelap milik Amirah. Rasanya sudah  hampir dua tahun Amirah membeli kereta itu.

            Sejak Amirah bekerja diKLIA dia terpaksa memiliki keenderaan sendiri. Kereta itu dibeli untuk memudahkan dirinya pergi dan balik dari tenpat kerjanya, kerana dari kuartersnya diNilai  kepejabatnya  dibangunan kerajaan KLIA masih belum ada lagi kemudah pengankutan awam. Mungkin penempatan baru itulah sebabnya masih belum lengkap dengan sepenuhnya. Mendengar cerita dari mamanya, Amirah merasa malu bila sering kali menumpang rakan untuk pergi ketempat kerja, terutama menumpang kereta kawan lelaki. Dia sedar, dirinya seorang janda yang sering dicurigai oleh setiap kaum hawa terutama para isteri.  Dia berusha membeli keenderaan sendiri untuk  kemudahan dirinya pergi dan balik dari tempat kerja. Sudah dua tahun lebih Amirah  ditukarkan keKLIA, walaupun sudah bertukar tempat kerja namun Amirah masih lagi berkerja mengikut giliran atau pun syift.

            Untuk melihat siapa yang datang, ayah Amirah yang menjenguk keluar rumah. Jika didengar dari suara yang memberi salam dia sudah boleh meneka siapa yang datang. Memang benar tekaan dalam hatinya tadi. Bekas menantunya yang datang. Dia juga sudah menjangkakan kedatanganya, kerana bekas besannya telah menghubunginya malam tadi. Dia mengambil cuti segera hari itu. Encik Abdul Rahim  mula memikirkan bagaimanakah caranya mahu menyuruh anak sulongnya berjumpa dengan bekas suaminya.  Dia sudah membaca sikap anak sulongnya, setiap kali bekas menantunya datang untuk menziarahi anak mereka, Amirah akan berbuat seribu dalih atau duduk didalam bilik untuk tidak berjumpa dengan bekas suaminya.

“Waalaikumsalam...Naiklah Loqman, murah rezeki kamu, kami tengah minum ni, naiklah jom kita minum sekali”.

 ‘ Lambatnya mereka minum pagi…’detik hati Loqman.

 “Tak apalah ayah, Man dah minum kat rumah tadi masih kenyang lagi ni.” Tetapi yang sebenarnya dia tidak berselera makan atau pun minum sejak dua-tiga hari lagi, memikirkan penerimaan dan jawapan bekas isterinya nanti. Selagi persoalan mereka belum selesai mungkin selama itulah seleranya akan tertutup. Loqman keruang tamu diiringi oleh bekas bapa mertuanya. Kemudian di berterus-terang tujuan dia datang kepada bekas bapa mertuanya.

“Ayah.. Man datang ni nak minta izin ayah….Man nak jumpa Mirah nak  bincang sikit dengan dia,’ pasal kami.’” Loqman menyatakan hasrat hatinya. Dia berterus terang tujuan kedatanganya. Dia tidak suka berselindung kerana kedua ibu dan ayah Amirah juga jenis yang suka berterus terang.

“Ialah.. nanti ayah panggilkan Mirah dia tengah masak untuk makan tengahari tu.” Ayah Amirah masuk kedapur, untuk memanggil anaknya.

“Kakak,  Loqman datang tu, kakak dah sudah minum, pergi temankan Loqman kat depan kejap. Tak baik membiarkan tetamu sorang-sorang.  Kita mesti menghormati tetamu, ayah nak minum dulu dengan ibu kamu.” sengaja ayah Amirah memberi alasan begitu supaya Amirah mahu menemankan Loqman. Encik Rahim walaupun lembut dan jarang memarahi anak-anak nya tetapi tegas. Tidak seorang anaknya berani membantah segala arahan yang keluar dari mulutnya. Begitu juga Amirah walaupun dia agak manja dengan ayahnya.

“ajaklah dia minum sekali ayah, nanti kakak ambilkan cawan.” Amirah  berhelah, untuk mengelak dari berberjumpa denga bekas suaminya.

“Dia kata dia masih kenyang lagi, biarlah nanti dia makan tengahhari  sekali dengan Syifa. Tentu Syifa suka makan dengan ayah dia. Dua tiga hari ni dia asyik sebut ibu dengan ayah dia saja agaknya dia dah  rindulah tu, sebab kamu dan Loqman lama tak balik.” terkedu Amirah mendengar jawapan ayahnya. Didalam kepalanya mencari-cari lagi alasan....

“Kakak  tengah kacau masak lemak nilah  ayah.” Amirah memberi alasan supaya dia tidak diarahkan melayan bekas suaminya. Kalau boleh memang dia tidak mahu berjumpa atau bertentang mata dengan bekas suaminya.  Dia tahu hatinya yang mudah bersimpati.

“Tak apa biar ibu sambung..kakak pergi keluar dulu. ” ibunya pula datang ingin menyambung kerja-kerja Amirah pula.

“Ibukan tengah minum dengan ayah..pergilah ibu minum, biar lah abang Man kat tu luar dulu.” Amirah berkata perlahan agar tidak didengari oleh ayahnya.

“Pergilah sekejap nanti ayah marah..ibu dah sudah tapi nak temankan ayah saja.”

            Amirah sudah tidak terkata, tiada alasan untuk dia mengelak lagi, ibunya bagai menyokong tindakkan ayahnya pula..lagi pun kerja-kerja memasak sudah hampir siap semuanya, hanya tinggal masak lemak cili api daging salai itu sahaja yang masih diatas dapur. Dengan rasa berat hati dia keruang tamu. Masak lemak itu adalah permintaan ayahnya yang teringin nak makan kerana sudah lama ibunya tidak memasakkan untuknya.

Amirah keruang tamu dan memberi salam kepada tetamu yang datang.

 “Assalamualaikum…abang Man nak minum apa.”  Wajahnya dimasamkan ketika Amirah menegur bekas suaminya. Kini oleh kerana Loqman bukan lagi suaminya, Amirah memanggilnya dengan menyebut nama di hadapan panggilan abang ‘ abang Man’ itulah panggilanya ketika dia masih remaja dan sebelum mereka nikah dulu, adik-adik Amirah juga memanggilnya begitu.

“Air mati cukuplah.” Amirah berlalu kedapur untuk mengambilkan air mati atau air kosong ada sesetengah orang memanggilnya air putih atau air jarang. Untuk keempat-empat istilah itu sama sahaja. Yaitu air yang telah masak dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik. Amirah kedapur untuk mengambilkan air untuk bekas suaminya, kemudian keluar semula lalu meletakkan segelas air mati di atas meja kopi. Sebelum Amirah masuk semula, cepat-cepat Loqman bersuara.

“Mirah duduklah sekejap ..abang nak minta tolong dengan Mirah.” Loqman memohon.’Kan betul’...bisik hatinya. Tadi semasa ayahnya menjawab salam dia tahu Loqman yang datang terdetik dihatinya ‘Ni tentu ada- apa-apa dia datang masa Syifa pergi sekolah...apalah yang dia nak ni.’

“Abang Man nak minta tolong apa?…kalau nak bawa Syifa balik PD boleh, tapi tunggulah hari Sabtu dan Ahad..kita jangan biasakan dia ambil cuti masa waktu sekolah.. nanti dia terbiasa.” Walaupun perlahan tetapi kasar sahaja intonasi suara yang keluar dari mulutnya.. Amirah  takut jika ayahnya mendengar layananya terhadap tetamu tentu dia ditegur nanti. Kebetulah hari itu hari Isnin..hari permulaan minggu bersekolah.

“Duduklah dulu.. abang nak cakap ni.. kita bincang  sikit...” Amirah memandang bekas suaminyanya dengan pandangan tajam. Wajahnya dimasamkan kalau dilihat tahap kemasamanya, lebih masam dari asam gelugur. Tetapi dimata Loqman masih ada manisnya. Kalau hati dah suka yang busuk tu pun berbau wangi..betul ke?. Loqman  tidak tersinggung dengan layanan dingin bekas isterinya dia juga melihat raut wajah Amirah seakan bosan memandang kepadanya. Amirah tidak berganjak. Dia tetap berdiri.

“Mirah duduklah dulu, tolonglah abang Mirah..abang dah tak sanggup rasanya hidup macam ni..tolong terima abang Mirah..abang nak Mirah terima abang balik dalam hidup Mirah….. berilah abang peluang sekali lagi menjadi suami Mirah.  Abang mengaku semuanya yang terjadi selama ini memang salah abang, abang minta maaf banyak-banyak.”

            Amirah memandang Loqman dengan renungan yang bertambah tajam, kalau boleh renunganya itu mencederakan Loqman sudah tentu Loqman tergolek kerana cedera parah akibat renungan Amirah itu.  Dia sudah duduk bertentangan namun matanya masih merenung Loqman dengan mulut yang terherut herut menyatakan hati sedang marah. Tujuan renungan dan herotan mulutnya itu supaya Lqqman gentar atau terkelu untuk bertentangan mata dengannya.Dia juga  berharap  dengan renungan itu Loqman akan pulang sekejapan itu juga. Ingin sekali dia membalas kata-kata bekas suaminya ‘Dia benci dirayu begitu’. Tetapi jika  dia bersuara takut kata-katanya akan didengari oleh ayahnya pula, ayahnya tidak jauh dari tempat mereka bersidang hanya dipisahkan oleh dinding playwood sahaja . Jalan mudah dia mendiam diri sahaja mungkin dengan  menunjukkan bahasa matanya dan gerakkan mulutnya Loqman tahu dia sedang marah kepadanya. Loqman sengaja tidak mengerti bahasa yang dihantar oleh bekas isterinya. Bagi Loqman peluag bersemuka dengan Amirah akan digunakan sebaik mungkin... kemudian dia menyambung lagi kata-katanya.

“Mirah tolong lah terima abang ….abang nak hidup macam orang lain …abang nak serumah dengan Mirah dan anak abang Syifa.” Loqman memandang dengan pandangan sayu penuh pengharapan.

            Tetapi entah jampi apa yang dibaca oleh Loqman, pandang sayu yang penuh dengan harapan dan muka kesian yang dipamirkan oleh Loqman  mencairkan sedikit rasa yang berbuku dihatinya. Tidak disangka pandangan tajamnya tadi, tidak menggentarkan hati bekas suaminya, dia pula yang tertewas dengan pandangan memohon simpatinya. Amirah mula menundukkan pandanganya, jantungnya mula berdebar mendengar rayuan bekas suaminya.  Itulah sebabnya dia tidak mahu berjumpa. Dia tahu hatinya selalu lemah kalau dirayu. Walau dirinya nampak garang dan keras..tetapi yang sebenarya hatinya lembut, mudah kasihan dan cepat memaafkan dan mudah lembut dengan pujukkan. Dia tahu Loqman menanti jawapan darinya.  Mahu tidak mahu akhirnya Amirah menyatakan apa yang ada didalam hatinya..

“Pada Mirah perkara yang lepas biar lah lepas abang Man, Mirah bahagia hidup macam ni..Mirah takut Mirah tak boleh berubah seperti mana yang abang Man harapkan”.

“Abang tak pernah meminta Mirah berubah dan abang memang harap Mirah tidak berubah.. abang yang patut berubah,  abang dah janji pada diri abang ni abang akan berubah Mirah. Mirah.. abang dah sedar sekarang abanglah yang perlu berubah. Itulah sebabnya abang dah  mula mengubah diri abang ni sedikit demi sedikit, supaya hidup kita nanti tak kacau bilau macam dulu..Yang dulu tu memang  abang yang salah.”  bersungguh-sungguh Loqman menyatakan apa yang ada dihatinya. Dia sedar inilah peluangnya. Peluang sebegitu sangat sukar didapatinya jika berkaitan dengan Amirah. Dia akan menggunakan sebaik mungkin.

“Tapi  Mirah dah bahagia hidup macam ni..Mirah tak mahu fikir apa-apa lagi, yang lepas biar lah lepas..abang Man carilah kebahagian abang Man sendiri dengan wanita lain.” lembut sedikit kedengaran suaranya.

“Mirah tolonglah..kalau bukan untuk Mirah..berilah peluang untuk anak kita hidup dalam keluarga yang normal, biarlah dia merasa hidup dengan ibu dan ayah dia..macam kita.. tolong lah Mirah.”

“Nantilah Mirah bincang dengan ayah dan ibu dulu.” suasana sunyi sebentar. Disinilah kelemahan Amirah, jika untuk orang-orang disayanginya dia akan lemah dan sedia berkorban.

            Kedengaran bunyi injin motosikal masuk kehalaman rumah. Tidak lama kemudian kedengaran pula suara halus memberi salam dari luar. Anak mereka Syifa baru pulang dari sekolah tadika dijemput oleh datuk Rahimnya.  Encik Abdul Rahim juga memohon cuti rehat hari itu. Semalam bekas besan menghubungi, katanya jika tidak ada aral melintang dia akan menyuruh Loqman berjumpa Aimrah esok pagi. Ini bermakna hari ini. Kebetulan dia juga ingin bersama-sama anak sulongnya  yang telah lama tidak bercuti. Dia suamiisterin ingin makan-makan yang istimewa sedikit. Selepas menghantar cucunya kesekolah tadika, dia kepasar membeli seekor ayam  dan beberapa biji bacang muda, untuk juadah makan tengahari mereka sekeluarga.

 “Waalaikumsalam..”serentak Loqman dan Amirah menjawab salam anak mereka. Mata mereka berdua tertumpu kearah pintu.

“Syifa tahu ayah ada hari ini…seronoknya.” Syifa mencampak beg sekolahnya ketepi pintu lalu meluru kearah ayahnya. Dia menyalami dan mencium tangan ayahnya, kemudian dipanjatnya sofa yang diduduki oleh ayanhnya untuk memeluk dan mencium pipi ayahnya pula. Tapi perbuatanya ditegur oleh ibunya.
“Syifa kenapa campak beg sekolah macam tu pergi tukar baju dulu.”

“Syifa nak salam dan sayang ayah dulu.. Syifa rindu dengan ayahlah ibu, kenapa ayah lama tak datang.. Syifa rinnndu sangat kat ayah.” Dia memeluk leher ayahnya dan mencium pipi ayahnya sekali lagi. Kemudian Syifa menghampiri ibunya dan membuat perkara yang sama seperti apa yang dilakukannya kepada ayahnya tadi. Kemudian dia menambil beg sekolahnya dan berlalu kebilik mungkin untuk menukar bajunya seperti yang dia arahkan oleh ibunya sebentar tadi.

“Mirah pertimbangkanlah permintaan abang..abang berharap sangat-sangat…agar dapat Mirah terima abang menjadi suami Mirah semula..tolonglah  abang Mirah.”  tidak lama kemudian anakya muncul semula. Dia sudah bertukar bajunya, dengan girang keruang tamu..

“Ayah ..ayah jom kita makan..ibu masak ayam masak kicap..dengan masak lemak daging salai.”

“Mana Syifa tahu.” soal Amirah kepada anaknya. Ibunya yang meminta dia masak                     untuk mereka hari ini. Sepulang ayahnya dari pasar pagi tadi Amirah terus memasak untuk makan tengahhari mereka.. Bila semuanya sudah tersedia Amirah tidak tunggu lagi, dia terus memulakan misinya memasak untuk mereka sekeluarga. Didalam kepalanya dia sudah merancang sepulangnya  anaknya dari sekolah nanti dia ingin bersama anaknya membuat kerja sekolah. Dia ingin mendengar celoteh anaknya yang becok. Sepatutnya dia yang akan menjemput anaknya dari sekolah tadi..tapi tampa disedari masa yang berjalan tampa dapat ditangguh. Dia terleka kerana berbincang dengan bekas suaminya.

 “Mirah tengahari ini masakkan Syifa ayam masak kicap ye, dia kata nak makan ayam masak kicap..ni ayah kakak dah belikan ayam. Ayah kakak pula nak makan masak lemak cili api daging salai dengan buah bacang muda..ibu dah salaikan daging hari tu ada dalam peti sejuk .. memang ibu nak masak masa Mirah balik ni, Mirah masakkan ya.” tampa banyak soal Amirah mencapai barang yang hendak dimasak dan memulakan misinya..Amirah memang seorang yang tidak banyak kerenah, bila disuruh jarang dia membantah sedari kecil dia begitu.

 “Syifa dah buka tudung saji.. nenek dah hidang atas meja tu..jomlah kita makan, Syifa nak makan dengan ayah, Syifa nak makan dengan ayah dan ibu hari ni..jomlah Syifa pun dah lapar ni.” berulang kali menyatakan keinginanaya makan bersama ayahnya, sambil menarik tangan ayahnya, mereka kedapur..kemeja makan. Rupanya semasa mereka berbincang tadi ibu Amirah didapur menyambung kerja-kerja Amirah yang terbengkalai dan sudah siap berhidang. Bila dilihatnya ibunya masih duduk diruang tamu, Syifa kembali keruang tamu. Menarik tangan ibunya pula. Sebenarnya Amirah rasa keberatan untuk makan semeja dengan bekas suaminya.

“Ibu.. jomlah kita makan sama ayah bu.” dengan rasa berat Amirah bangun juga menuruti kehendak anak daranya.

             Buat pertama kalinya sejak mereka berpisah Amirah dan Loqman makan semeja ditemani oleh anak mereka. Mulut sikecil anaknya Syifa yang seperti  ‘berteh goring’ bercerita tentang kawan-kawan, cikgu dan pelajaranya di sekolah. Loqman melayani keletah anak daranya bercerita. Sesekali ketawa mereka berderai apabila ada yang lucu dari cerita anak mereka. Amirah tidak banyak berbicara, dia hanya ketawa bila ada yang lucu. Sedari dulu sememangnya Amirah pendiam orangnya.  Loqman merasa bahagia mendengar  tawa riang Amirah,  dia menaruh harapan untuk diterima kembali oleh bekas isterinya itu. Keadaan seperti itulah yang diangankan oleh Loqman selama ini. Sambil makan mereka bual-bual mendengar anak-anak berceloteh, terasa erat hubungan mereka sekeluarga. Loqman sudah mula bermimpi disiang hari, membayangkan perkara yang masih jauh dari jangkauan.

Sedang Syifa rancak berbual dengan ayah dan ibunya, tiba-tiba dia berhenti berceloteh. Dia memandang wajah ayahnya dengan penuh harapan.

“Kenapa Syifa …tercekik tulang ke…tapi Syifa tak makan ikan..takkan tercekek tulang ayam.”

“Tak.. Syifa tak tercekek tulanglah ayah…..tapi..”

“Tapi apa Syifa..anak ayah ni buat ayah takut saja..ingat tecekek tulang ayam yang besar ni.” kata Loqman dengan nada kelegaan.

“Besok pagi boleh tak ayah hantar  Syifa pergi sekolah...ayah tak pernah hantar Syifa pergi sekolah .. kawan-kawan Syifa kan,  hari-hari ayah dia hantar dia  pergi sekolah… Syifa teringin nak ayah hantar Syifa.”

“Biar ibu saja yang hantar Syifa esok pagi, ibu cuti ni sebab nak hantar Syifa pergi sekolah lah.” cepat-cepat Amirah bersetuju dia yang akan menghantar anaknya kesekolah esok pagi.

“Ibu dah selalu hantar Syifa pergi sekolah bila ibu cuti.  Syifa nak ayah yang hantar … Syifa nak tunjuk kat kawan Syifa, ayah hantar Syifa pergi sekolah. Dia orang kata Syifa tak ada ayah..  Syifa hanya ada atuk saja. Syifa dah cakap dengan dia orang,  Syifa ada ayah tapi mereka tak percaya sebab mereka kata mereka tak pernah jumpa ayah Syifa”.Ohh dia nak tayang ayah dia rupanya.

“Mana boleh ayah hantar Syifa..ayah kerja jauh nanti Syifa lambat masuk kelas cikgu denda tau.” Loqman memberi  alasan, kenapa dia tidak boleh menghantar anaknya ke sekolah.

“Kalau macam tu ayah ambil cuti macam ibu, tidur sini.. esok pagi-pagi bolehlah hantar Syifa pergi sekolah.” Anaknya memberi cadangan.

“Ayah tak boleh tidur sini Syifa. Kalau ayah nak tidur sini ayah kena kahwin dengan ibu.” lega hati Loqman dapat meluahkan apa yang tersirat dihatinya, sengaja dia berkata begitu.  Ha.ha.ha ambik kau .. terkejut beruk Amirah mendengar jawapan Loqman tadi, bulat matanya memandang Loqman..tapi Loqman tidak memandang  kearahnya..Loqman buat-buat tak mengerti saja.

“Kalau macam tu ayah kahwinlah dengan ibu..nanti bolehlah hari-hari ayah hantar Syifa pergi sekolah… Syifa pun nak belajar dengan ayah.” Duduk Amirah sudah tertegak matanya pula makin membuntang memandang Loqman bila mendengar jawapan  anaknya. Geram sungguh hatinya dengan bekas suaminya. Tiba-tiba anaknya menoleh kerahnya, bila dilihat pandagan mata ibunya seakan lain dari biasa memandang kearah ayahnya seperti orang marah...Syifa bertanya.

“Ibu kenapa ibu pandang ayah macam tu???” Kedengaran  marah suara Syifa mungkin dia tidak suka ayahnya dimarahi oleh ibunya.

“Ohh tak..tak tak  ada apa- apa..Cuma nak cakap  ada kambing tak masuk kandang kat ayah Syifa.” Kebetulan ada sebutir nasi terlekat dibawah bibir Loqman.

“Mana..ayah..mana ayah.. mana kambingnya ayah.” sibuk Syifa ingin melihat kambing ayahnya yang diperkatakan oleh ibunya. Loqman  hanya tersenyum sambil berkata...

“Biarlaah.. kan hari masih  siang lagi, kambing masih nak cari  makan.”  tetapi tangan kirinya menyapu di bahagian bibirnya.

“Mana ayah..” tanya Syifa lagi yang tidak tahu bahasa kiasan. Loqman mengambil nasi yang sudah ditangannya lalu ditunjukkan kepada anak dara kecilnya.

“Ni haaa.. ibu nak cakap ada nasi yang tak masuk dalam mulut ayah.”

“Oooo” bulat bibir anaknya tanda faham. Kemudian mereka berdua ketawa mentertawakan gelagat sikecil yang baru hendak mengenali hidup. Gaya sikecil agak lucu itulah sebabnyanya mereka berdua ketawa. Amirah sudah terlupa sebab mengapa hatinya geram tadi.

            Dari pandangan mata kasar,  Syifa lebih gemar berbicara dengan ayahnya, kerana Loqman pandai bercerita dan melayan, berbanding Amirah yang sentiasa tegas terutama tentang pelajaran.




p/s:      Mak Teh saja aje nak tahu pendapat anda..jika anda ditempat Amirah apakah tindakkan yang harus diambil.. patutkah   dia kembali kepangkuan Loqman???.  Untuk pengetahuan  mungkin hanya sampai disini sahaja cerita ini untuk sementara waktu. Jika ada rezeki mak teh akan sambung lagi....




Sunday 16 December 2012

Bab18 . Tidak terkikis kesal dihati




Apalah guna membawa rotan,
Kalau  tidak menjadi tali,
Apalah guna jauh dipesan,
Masa dekat tidak dipeduli.

            Oleh kerana terlalu bosan makan diluar, akhirnya Loqman bersendirian kesupermarket Giant dibangunan AMCOB diPetaling Jaya. Memandangkan dia dan Liza baru sahaja pulang dari tempat kerja, dia memilih supermarket yang paling hampir dengan tempat kediamanya. Dia bercadang mencari barang yang membolehkan dia masak dirumah hari itu. Jika diajaknya Liza menemani, mahu naik suhu badan  Liza  lebihi 100%  agaknya.  Dia sudah merancang dari tempat kerjanya lagi, jika isterinya tidak mahu masakkan untuknya, dia akan cuba masak sendiri untuk dirinya. Goreng telur mata kerbau dimakan bersama  kicap dicampur dengan hirisan cili api, hirisan sebiji bawang merah dan sedikit perahan limau kasturi sebagai cicahnya itu sudah memadai. Itu yang ada dalam anganannya. Menu itu adalah hidangan Amirah yang paling ringkas untuk dirinya sejak mereka bergelar suami isteri. Ini kerana ketika itu Amirah tidak boleh mencium bau masakkan ketika di awal kehamilanya.

“Bang hanya ini saja yang mampu Mirah masak untuk abang hari ini, kalau boleh.. abang tolong kopek dan hiriskan sebiji bawang merah masukkan dalam kicap ni ye.” Amirah telah menyediakan sedikit kicap dan hirisan cili api didalam manggkuk kecil. Dia diam tidak bersuara walaupun menuruti segala arahan isterinya ketika itu dia mengeluh dalam hati.. kerana menu tidak bersesuaian dengan seleranya.

“Cukup tak dua biji telur mata kerbau tu bang.. tak ada lauk lain ni”.

“Ok cukuplah tu.” Datar sahaja suaranya memandag lauknya hari itu.. Tapi dalam rasa tidak sedap..  dia menghabiskan dua pinggan nasi yang berasap nipis. Mungkin telur yang berkuah kicap dimakan dengan nasi yang baru sahaja dimasak menjadikan tajam seleranya. Sayurnya pula ketika itu hanya kobis mentah sahaja. Amirah sudah membasuhkan dua tiga kelopak, lalu diletakkan didalam piring. Tetapi kini  dia terbayang lauk itu  dan membayangkan kesedapanya untuk memenuhi seleranya.

            Ketika menuju kesupermaket kenangan lalunnya terimbau lagi. Dia terbanyag kenangan sewaktu bersama Amirah dulu, sebelum  Amirah mengandung, dia rajin memasakannya masak lemak cili api daging salai, goreng berlada ikan tengiri dan sayur kalian digoreng bersama ikan masin jeruk. Itulah masakkan yang paling digemari oleh mereka berdua. Cita rasa mereka seakan sama  maklum lah mereka berdua orang Negeri Sembilan. Masak lemak daging salai bersama buah bacang muda, adalah masakkan kegemaran mereka sekeluarga, sama ada keluarga Amirah maupun keluarga Loqman sendiri . Bagi Loqman dan Amirah jika hari-hari mereka dihidangkan masak kan itupun tidak mengapa.

            Tampa sedar Loqman teringin makan  masakkan yang sering dirasainya dahulu. Entah mengapa sejak kebelakangan Loqman sering teringat masakkan dan makan bersama Amirah. Sedang dia memilih telur, dia seakan  terdegar suara yang telah lama tidak didengarinya. Secara spontan matanya pula memandang kekaunter pembayaran. Alangkah berdebar hatinya, bila dia terpandang Amirah sedang berbual dengan rakannya dikauter pembayaran. Kedudukan mereka begitu hampir tetapi Amirah mungkin tidak menyedari kehadiran dirinya kerana dia terlindung disebalik kotak yang tinggi sedikit. Lama dia terpaku mendengar suara perbualan itu. Terasa meresap kekalbunya suara yang dirinduinya. Ahh masih adakah rindunya  pada Amirah?.

“Kita nak masak daging kicap atau kari daging hari ni Mirah.” kawannya bertanya.

“Suka hati kaulah, aku tak kisah apa yang kau sebut aku masak..kau suka masak apa?”

  ‘Ohh rupanya Amirah yang menjadi tukang masak hari ini.’ bisik suara hati Loqman. Lama dia terkaku mendengar perbualan itu.

“Aku suka masak kicap kau lah, bubuh bawang besar banyak sikit..macam yang hari tu kau masak tu, sedap lah.” Loqman mula terbayang masak kicap daging di hari perpisahan mereka dahulu memang sedap..hatinya merintih. Amirah seru hatinya lagi..kalau diikutkan hatinya, ingin rasanya dia berdepan dan memandang wajah itu lagi.

“Oklah aku masak kicap daging hari ni, lepas tu goring kacang boncis ni, tapi masak kicap daging ni kita bubuh kuah banyak sikit, semuanya kering tak ada kuah pulak, kau buatkan aku sambal belacan boleh tak, sambal belacan kau sedaplah, kau bubuh apa..”.
“Aku guna limau kasturi lepas tu cilinya campurlah sebiji lada besar  bubuh gula sikit itulah ada rasa manis sikit, aku sebetulnya tak tahan pedas..tapi ok jugakan bukan manis sangat. Walaupun aku tak tahan pedas tapi kalau makan nak juga pedas sikit kan Mirah.” kemudian mereka menghentikan perbualan bila tiba giliran mereka membayar barang-barang yang mereka beli. Ohh..Amirah masih Amirah yang dahulu dalam makanan yang tidak boleh terlepas dari rasa pedasnya seperti dirinya juga.

            Loqman mengintai dari celah kotak memandang mereka keluar dari supermarket sambil menyambung perbualan mereka. Dari jauh Loqman memandang bekas isterinya, ‘Dia  masih tidak berubah, badannya masih langsing seperti mereka baru nikah dulu. Kalau dilihat dari mata kasar tidak percaya Amirah sudah mempunyai seorang anak’.Detik hatinya. Gelodak rindu menerpa hatinya. Dia mengekori Amirah dengan pandangan matanya hingga hilang dicelah-celah orang ramai. Bila tersedar dari khayalanya dia meneruskan apa yang hendak dibelinya tadi. Sepuluh biji telur, sayur kacang boncis, dan sedikit daging dan 5kilo beras. Dia cuba hendak masak daging masak kicap dan goreng kacang bonces seperti apa yang dibincang kan oleh Amirah dan kawannya sebentar tadi.

            Sampai sahaja Loqman dirumah dia terus kedapur membawa barang-barang yang telah dibelinya. Waktu sudah menunjukkan hamper pukul tujuh malam. Dia mengambil peruk nasi, lalu mengambil 5 kilo beras yang baru sahaja dibelinya tadi. Dia sudah ingat-ingat lupa  cara-cara menanak nasi, tetapi Loqman mencubanya juga.

            Dulu waktu  ketika dia masih bujang  pernah sekali mamanya mengajar cara-cara menanak nasi. ‘Man...Mula-mula sukat beras ni,  kemudian  basuh dua kali  kali saja.. kalau banyak kali sangat nanti semua zatnya hilang. Kemudian masukkan air sebanyak beras yang kita sukat tadi.. caranya..masukkan jari telunjuk kedasar periuk dan tandakan sampai takat beras tadi..air yang diperlukan juga sebanyak  tu juga. Masa kita sukat air angkat jari kita tadi letakkan betul-betul atas beras’. Masa bersama Amirah dulu pula, dia tidak pernah menanak nasi kerana semuanya dilakukan oleh Amirah. Dia cuma membantu, kerja-kerja megopek bawang dan menyiang sayur dan kadang-kadang membasuh pinggan manggkuk sahaja.

            Loqman mencuba. ‘Ahh..tak apalah kalau  terlebih air pun nasi akan menjadi bubur, masih juga boleh dimakan’. Dia meneruskan juga niatnya, jika tidak dicuba sampai bila tak akan tahu, bisik hatinya lagi penuh azam. Bukankah ada perpatah Melayu mengatakan ‘hendak seribu daya tak hendak seribu dalihnya’. Bila misi menanak nasinya selesai, dia mandi dan mengambil wuduk. Dia bersiap sedia untuk  solat Magrib. Ketika itu dilihatnya isterinya sudah bersiap-siap untuk keluar makan malam, dan menantinya diruang tamu. Tetapi bila dilihatnya suaminya hanya memakai kain pelikat, berbaju Melayu dan berkopiah, dia menegur.

“Hai bang…takkan nak keluar makan pakai macam ni kot?” Loqman memandang kearah isterinya sambil tersenyum.

“Malam ni abang nak makan kat rumah saja ..lepas solat Magrib ni abang nak goreng telur mata kerbau makan dengan kicap jadilah..tapi kalau Liza tak keberatan tolonglah masakkan abang masak kicap daging, abang teringin nak makan masak kicap daging.” Lembut suara suaminya seakan memujuk agar isterinya dapat membantunya memasak untuk makan malam mereka. Dia teringat dahulu kata isterinya pandai memasak kicap daging.

“Mana ada apa-apa dalam peti sejuk kita tu.” isterinya mencari alasan lagi. Alasan itu sudah acap kali dituturkan oleh isterinya, bila Loqman meminta supaya makan dirumah. Tetapi bila suamiya mengajaknya membeli barang-barang dapur dia akan mengatakan suaminya teringin berjumpa bekas isterinya disupermarket. Liza sememangnya banyak helah untuk menutup sikap malasnya kedapur.

“Tadi abang pergi  Giant AMCOB  beli kacang boncis, telur 10 biji dan daging sikit..ada dalam peti sejuk tu.” isterinya terkedu bila mendengar jawapan suaminya seakan tiada lagi alasan untuk mengelak.

            Ketika mereka sampai tadi suaminya menurunkan dirinya, kemudian dia keluar semula tampa memberitahu kemana. Setelah lama menanti suaminya tidak juga pulang, di kebilik membersihkan make-up di mukanya kemudian dia mandi.

“Kenapa tak cakap awal-awal lagi, perut Liza  dah lapar ni ..tak sempat nak masaklah”. Rengek Liza manja dengan memek mukanya sekali. Loqman sudah biasa dengan pemandangan sebegitu dia sudah jemu dengan kemanjaan Liza yang  tak tentu tempat. Kalau berlembut kemahuanya sahaja yang perlu dituruti.

“Masak bukanya lama, abang tolong nanti..Liza tolong masak saja, abang tak reti nak masak kicap daging..nanti basuh pinggan kuali dan periuk, biar abang yang basuh.” Loqman cuba bertolak ansur dengan isterinya, agar isterinya mahu memasakkan untuknya.

“Abang ingat masak daging itu macam goreng telur saja ke..panaskan minyak sekejap masukkan tekur tunggu sekejap dah siap telur goreng. Masak daging tu kena lama...nak rebus dulu sampai empuk, kalau tidak nanti liat tak boleh nak gigit..jomlah kita makan kat luar oder saja daging masak kicap mesti ada punya..esok saja Liza masak untuk abang eeh”. Masih dengan lenguk manjanya Liza memujuk suaminya.

“Abang dah jerang nasi tu kalau rasa tak sempat nak masak kicap daging tu tak apalah, Liza masakkan sayur dan goreng telur mata kerbau saja pun jadilah.” bersemangat Loqman menuturkan bila isterinya berjanji untuk memasakkan untuknya.

 “Abang masaklah sendiri..Liza dah tak tahan ni.. lapar sangat.” Bila segala pujukkan dan tingkah manjanya juga tidak dapat mematahkan semangat suaaminya yang mahu makan dirumah Liza menjadi geram. Dia melangkah hendak keluar  dengan hentak-hentakkan kaki mukanya juga dimasam. Hilang semua lenggok manjanya tadi.

“Kan dah nak masuk waktu Magrib ni Liza..solat lah dulu.”  tegur suaminya lembut, Loqman masih boleh berlembut memandangkan isterinya itu sedang berbadan dua. Liza kini sedang mengandung empat bulan, tetapi Liza tidak seperti Amirah yang mabuk ketika awal kehamilan nya. Dilihatnya Liza seperti biasa sahaja, segala jenis makan boleh dimakannya tidak kira yang berminyak sekali pun. Ialah lain orang lain pula kerenahnya.  Liza menoleh kearah suaminya.

“Abang sorang bolehlah abang tahan..tapi Liza ni dua orang ..Liza dah tak tahan ni lapar sangat.” itu hanya alasan Liza sahaja, sebenarnya bukan dia lapar sangat tapi sikap malasnya yang membuatkan dia begitu, kini anak dalam kandunganya pula dijadikan alasan.

“Abang buatkan air susu, makan dengan biskut untuk alas perut..nanti lepas Magrib kita masaklah sama-sama kemudian makan.” Lembut sahaja suara Loqman memujuk isterinya seperti memujuk anak kecil merajuk saja lagaknya.  Dia masih bertolak ansur..supaya isterinya tidak kelur diwaktu hampir masuk waktu Magrib.
“Abang masaklah sendiri..Liza dah lapar nasi ni ..Liza tak nak makan yang lain Liza nak makan nasi juga..kalau abang tak nak pergi tak apa, Liza boleh pergi sendiri, bukan Liza tak biasa, mana kunci kereta..Liza makan dekat-dekat sini saja, lepas makan nanti Liza baliklah.” Liza berkeras mahu makan diluar juga. Waktu itu kedengaran azan Magrib berkumandang dari masjid berdekatan.

“Dah masuk waktu Liza..hormatlah sikit waktu sembahyang, sembayanglah dulu, baru pergi.”

“Abang ni tak faham-fahamlah..Liza dah tak tahan lapar sangat ni..Liza pergi dulu nanti balik Liza solatlah..abang jangan bimbang Liza pergi dekat-dekat sini saja.” Itu juga salah satu perangai Liza ‘keras kepala dan dan tak makan nasihat’ kata-katanya tidak boleh dibantah. Dia mencapai kunci kereta suaminya, lalu keluar dari rumah untuk mengisi perutnya yang lapar sangat kononnya. Loqman sudah tidak dapat berkata apa-apa lagi melihat kesungguhan isterinya untuk menjamu selera.

            Selesai solat, Loqman kedapur meneruskan misi untuk masak makan malamnya. Dia nekad walaupun isterinya tidak membantunya memasak, dia akan mencubanya juga. Dia mengopek bawang bawang besar. Menunya sudah bertukar, dia ingin masak ringkas dan yang dia tahu sahaja dahulu yaitu telur dadar. Dia tidak tahu hendak masak kicap, dia terpaksa belajar dahulu dengan mamanya bagai mana mahu memasak kicap daging itu nanti.

            Yang ada didalam kepalanya hanya..telur dadar dengan hirisan bawang 360 darjah dengan sedikit cili api. Dia teringat telur dadar masakkan Amirah, ketika itu sambil memasak Amirah suka berceloteh tentang menunya.. ’Bang kita masak telur dadar  dengan bawang besar dihiris 360 darjah, cili api pun potong 360 darjah juga’ masa  itu Loqman termenung memikir bawang dan cili api yang dipotong 360 darjah, setelah dilihatnya.. 360 darjah yang dimaksudkan oleh Amirah bawang yang dipotong bulat, jika potong 180 darjah bawang yang dibelah dua kemudian dipotong bulat seperti biasa. Dia tersenyum sendirian mengenangkan perangai bekas isterinya ‘mentang-mentang mengambil bidang matamatik ketika  diUniversiti dulu hinggakan masak pun menggunakan istilah matamatik’ detik hatinya. Dia jadi terhibur bila terkenang tingkahlaku bekas isterinya. Sambil memasak Loqman membayangkan Amirah ketika itu. Kemudian dia menyiang lima enam biji kacang buncis. Memadailah hanya untuk dirinya seorang akan ditumisnya bersama daging yang dihiri nipis supaya senang empuk itu kata mamanya.  Sedang dia memasak didapur terdengar pintu rumahnya dibuka dari luar, Liza memberi salam.. tidak lama kemudian dia menjenguk suaminya yang sedang memasak didapur..
“Yang abang susah-susah nak masak kenapa..Liza dah kenyang ni..hulur saja duit pilih saja menu yang kita nak.. dah siap terhidang depan mata.”

“Tak apalah ..abang rasa dah jemu sangat makan kat kedai…abang masak sekejap lagi siaplah..dah pergilah solat.” Lembut sahaja suara Loqman, dihatinya berbisik dia perlu bersabar menangani isteri yang sedang mengandung. Liza hanya mencebek dia menuruti juga kata-kata suaminya, masuk kebiliknya berwuduk dan solat Magrib tampa menghiraukan lagi suaminya didapur.

            Setelah semua masakkanya siap dimasak,  Loqman mencapai pinggan lalu menyenduk nasi yang telah dimasak sebelum solat Magrib tadi.. ‘Hmm..jadi nasi juga beras aku tadi..berkesan juga ilmu yang mamanya berikan kepada aku dahulu’. Dia berkata perlahan sambil tersenyum sendirian, terasa puas hati apabila apa yang dihajatinya menjadi. Melihat hidanganya malam itu nampak sungguh menyelerakan. Dia meletakkan sepinggan nasi yang berasap nipis dia atas meja.  

‘Hmm..telur dadar dicampur bawang besar dan cili api hiris,berserta goreng kacang boncis berperencah hirisian daging dan cili api juga yang dibelinya tadi..orang Negori ni kalau tak makan cili api tak sah’ detik hatinya sambil tersenyum simpul. Dia menadah tangan dimulakan dengan bacaan Bismilah dan membaca doa makan dia memulakan suapannya..rasanya enak dan lazat dilidahnya.

‘Sedap juga aku masak ni..esok boleh masak lagi lah..rasanya macam nak goreng ayam lah pulak esok.’ Loqman berkata sendirian dengan perlahan mengenai menunya esok.

             Kini sudah menjadi kebiasaan Loqman sering berkata-kata dengan dirinya sendiri. Seolah-olah ada seseorang disampingnya. Walaupun sebenarnya dia  bercerita dengan dirinya sendiri. Selesai makan dia mengemas dan mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan. Dalam hatinya berkata lagi ‘kalau dengan Mirah tentu dia akan bersama-sama didapur dan sama mengemas sambil bergelak ketawa dan bergurau senda. Setelah selesai, mereka akan sama-sama keruang tamu duduk menyambung bualan mereka lagi. Yang hairanya jika mereka berdua cerita bagaikan tidak pernah habis walau pun Amirah pendiam orangnya, tetapi jika bersama denganya ada pula bualanya’.. kini Loqman terasa sunyi pula. Apalah aku ni memikir perkara sudah terlepas ..barang yang lepas jangan dikenang, jika dikenang merosak badan itu adalah senikata sebuah lagu nanyian Allahyarham P.Ramle, hatinya memujuk.
            Selesai mengemas dan mencuci pinggan mangkuk, periuk dan kuali yang digunakan, dia keruang tamu untuk berihat menantikan masuknya waktu Isyak, sambil menonton televesyen. Sedang dia leka menonton  berita ditelevisyen, Liza keluar dari bilik tidur mereka, mungkin dia telah selesai menunaikan solat Magribnya. Dari pandangan matanya walaupun matanya suaminya memandang televisyen, tetapi fikiranya sedang melayang entah kemana. Dia seakan termenung. Dia tahu suaminya tidak menyedari dia sedang memerhatikan dirinya dari ambang pintu bilik mereka, dia menegur suaminya yang sedang berkhayal..

“Abang termenung kenapa, dah kenyang teringat Amirah ke?..rasa macam Amirah yang masak tadi ye.”  ejek Liza bagai mahu mengocak ketenangan jiwa suaminya..’Liza ni kalau sehari tidak disebut nama Amirah tak sah..kenapa agaknya’ bisik hati Loqman. Loqman hanya mendiam kan diri, tapi dimata mula terbayang kejadian diGiant tadi…hatinya semakin rindu pada Amirah.

“Kalau abang diam tu betullah… entah-entah abang jumpa Amirah tadi..ye?” tidak disangka oleh Liza sangkaannya tepat mengenai sasaranya. Kini suaminya sedang membanyangkan wajah bekas isterinya. Yang sebenarnya Liza hanya ingin tahu dan menyelidiki hati dan perasaan suaminya sahaja. Tetapi perbuatanya memakan dirinya sendiri.

            Rasa cemburu Liza pada Amirah tidak pernah padam, walau pun kini dia memiliki Loqman. Dia ingin sekali mendengar  suaminya menyatakan yang hatinya tidak lagi pada Amirah..  sayang dan cintanya hanya pada dirinya seorang sahaja. Tapi kenapa suaminya tidak pernah hendak memperkatakan itu kepadanya. Mengapa dia tidak pernah menyatakan yang dia telah melupakan Amirah sepenuhnya. Tujuan utama dia menyebut nama Amirah, supaya Loqman membuat pengakuan, bahawa Amirah sudah tidak memberi makna dalam hidupnya lagi. Liza menjadi penasaran begitu kerana, dia pernah mendengar suaminya meyebut nama bekas isterinya ketika dia mengigau. Walaupun hanya diadalam igaunya tetapi jika hatinya tidak terkenang mungkinkah nama itu tersebut. Entahlah...hatinya makin hari semakin terasa ingin mencari kepastian.

            Setiap kali dia menyebut nama Amirah, suaminya akan mendiamkan diri..atau paling kurang dia akan menjawab ‘Jangan sebut nama dia boleh tak’. Pada Liza dengan cara seperti itu tidak memadai.  Dia ingin suaminya bersumpah, dia telah melupakan bekas isterinya 100%. Sumpah itu sebagai bukti hanya dirinya yang dikasihi. Begitu tamak Liza terhadap kasih suami nya, dia tidak mahu dirinya disaingi walau  hanya didalam mimpi sekali pun.
             Ketika itu azan Isyak berkumandang di kaca tv. Loqman bangun menuju bilik air untuk berwuduk. Dia ingin mengerjakan solat Isyak kemudian dia akan tidur. Itu adalah  lebih baik dari melayani kerenah Liza. Liza hanya memandang tingkah laku suaminya dengan perasaan yang sebal. Dihatinya berazam akan mencari kepastian kasih suaminya terhadap dirinya. Itulah sikap tidak matang Liza.. kepastian yang dicari akan menjerat dirinya sendiri. Bila dari sehari kesehari suaminya mula jemu dengan tingkahnya.

Monday 10 December 2012

Bab 28. Tidak terkikis kesal dihati



Pagi hari murai berkicau,
Mencari makan dihujung pekan,
Di dalam kilat ada kilau,               
 Rupanya awan mengandung hujan.


            Sepulangnya dari Kuala Pilah terus sahaja Puan Sharifah  menghunginya anaknya. Loqman tinggal bersama kawan bujang dikuarters polis di Bandar Baru Salak Tinggi. Jika cuti kelepasan Am atau Sabtu dan Ahad sahaja dia akan pulang ke Port Dickson menemui papa dan mamanya atau keKuala Pilah menemui sijantung hatinya Ain Nur Syifa.

                   “Assalamualaikum...Man tengah buat apa tu Man.. tengah kerja ke? “

“Waalaikumsalam... Man baru balik dari KLIA  mama, tadi ada kerja sikit kat bangunan kerajaan KLIA.. ada apa mama?”

                  “Man  boleh balik PD tak lepas habis kerja nanti? kita bincang kat rumah dalam telefon macam tak sesuilah pulak, nanti kerja Man terganggu.  Banyak  mama nak cakap ni.”

                      “Bincang apa mama?”

                      “Alah kita bincang pasal Mirah lah.. balik ye Man.”

“InsyaAllah..Man cuba petang nanti.” jantung Loqman berdegup kencang bila nama Amirah    disebut. Tadi dia kebangunan kerajaan KLIA. Dia terjengah-jengah ketempat parking kereta yang dikhaskan untuk para pekerja. Dilihat kereta Amirah ada terpakir disitu. Kereta SAGA 1.3 berwarna ungu gelap, tetapi tidak ternampak tuannya. Sehingga dia selesai berurusan kelibat Amirah juga tidak kelihatan. Dia hampa.. tapi hati rindunya terubat sedikit kerana sudah melihat keretanya. Hai ..Loqman tak nampak tuannya, nampak kereta sudah memadai baginya..  teruk juga angau Loqman pada jandanya rupanya.

                                  Petang itu dia pulang kePort Dickson seperti yang diminta oleh mamanya. Selepas makan malam mereka bertiga berbincang diruang tamu rumah mereka.

“Pagi tadi mama dan papa pergi   Pilah. Papa dan mama dah sampaikan hajat kita. Bagi pihak Pak Su dan Mak Su tak ada masaalah, tapi mereka tak tahu macam mana penerimaan Mirah pula..Pak Su kata kamu kena tanya pada Mirah sendiri.” Jelas mamanya.

“Bila Man kena jumpa Mirah..dia tu cutinya tak tentu..kadang-kadang hari Sabtu dan Ahad pun kerja.. cuti kelepasan Am pun kerja juga, lagi pun Man ada kerja Sabtu dan Ahad ni.”. Bunyi kalam kabut sahaja Loqman mencelah kata-kata mamanaya.

“ Dengarlah dulu cakap mama, ni belum habis mama cakap.. Man dah potong.”rungut Puan Sharirah dengan kekalutan anaknya.

“Ialah Man dengar ni.” Hatinya menjadi tidak sabar dan jantungnya mula berdegup kencang bila nama Amirah disebut itu yang menyebabkan dia menjadi kalut.

“ Kenapa pulak Sabtu dan Ahad ni Man kerja pula..Mak Su kata tadi Amirah mula bercuti  Jumaat ni, jadi mama rasa elok Man ambil cuti juga masa tu, betul tak papanya”.  Papa Loqman mengangkat wajahnya bila dirinya diminta memberi pendapat. Sedari tadi hanya isterinya yang teruja berkata itu dan ini kepada anaknya, dia hanya mendiamkan diri kerana dia ingin memberi peluang kepada cikgu Sharifah melepaskan isi hatinya.

“Betullah cakap mama tu..Man sendiri pergi berbincang dengan Amirah tentag hasrat kita  tu, sebab ibu dan ayahnya memang dah setuju kalau kamu tu jadi menantu mereka lagi. Tapi kalau Man ada kerja Sabtu  dan Ahad cutilah hari Isnin..kerja tetap kerja.. itu tanggungjawab yang harus didulukan. Perkara ni jangan buat tergopoh-gopoh.”

“Ialah papa...Man akan memohon  cuti hari Isnin. Berapa hari agaknya Man nak cuti papa?”

“Ikut suka Manlah cuti Man banyak lagi?”

                “Banyak ... Man nak bincang kat mana mama,papa?”

“yang seeloknya bincanglah kat rumah mereka..Amirah tak akan mahu kalau Man ajak dia keluar, papa jamin memang Amirah tak akan ikut Man keluar, walaupun ayah dia benarkan.”

“Betul kata papa tu Man, Amirah ni lain.” Sokong Puan Sharifah akan kata-kata suaminya.

“Oklah, Man akan turun Pilah hari Isnin nanti, kalau dia kata setuju saja  Man akan nikah terus. Man dah beli cincin, baju dan telekung hantaran untuk Mirah.  Papa dan mama nak tenguk?.”

“Patutlah mama tenguk tadi Man bawa beg besar, bila Man beli?”

“Hari tu.. Man ada kerja kat Putra Jaya, ada masa sikit Man jalan-jalan kat Alambandar.. terjumpa pulak yang Man berkenan.. itu yang beli tu.”

“Man ni terlebih pantas pulak..mana dia mama nak tenguk cincin dan barang-barang yang Man beli tu, sesuai tak.” Loqman kebiliknya mengambil barang-barang yang telah dibelinya untuk Amirah dan sedikit barang untuk dirinya, supaya nanti Amirah tidak bersusahpayah membelikan hantaran balas untuk dirinya pula. Loqman juga ingin menunjukkan kesungguhanya memiliki Amirah kembali kedalam hidupnya. Dalam diam rupanya dia sudah bersiap sedia.

“Ni mama,papa..yang ini barang untuk Man dan yang ni Mirah nak bagi untuk balasannya. Sehelai sejadah, sepasang baju melayu berwarna hijau muda sama warna dengan baju yang untuk Amirah dan sehelai kain pelikat. Ok tak mama”

“Ok lah ni, tapi Man kamu tu nak nikah kali kedua nak bagi hantaran juga ke  Man?. Rasanya tak payahkan papanya. Kalau cincin ni tak apalah kan..”

“Dah beli tak apalah..baju ni nanti pakai masa nak nikah, elok ni sama warna  hijau...yang lain lain ni kamu boleh juga pakai untuk pakai harian nanti..betul tak mamanya.”

“Elok juga cadangan papa tu...”

“Man tak nak bersanding.Man nak nikah  saja. Kami pun dah pernah bersanding dulu, lagi pun kami dah ada anak..malu pulak nampak dek Syifa. Nikah kemudian buat makan-makan jemput jiran-jiran tepi rumah memadailah kan papa.. boleh tak buat macam tu.” Setelah lama berbual dan berbincang barulah mereka tersedar perbincangan mereka sudah terlalu jauh.

“Kita cakap-cakap ni  macam dah nak jadi betul. Kita terlupa pulak Mirah belum cakap setuju lagi kita dah berangan..kalau dibuatnya Mirah tak setuju macam mana. Kita ni.. macam kata peribahasa ‘Burung terbang dipipiskan lada.’” Loqman terkedu bila papanya berkata begitu. Sesungguhnya mereka bertiga beranak, sungguh mengharapkan kehadiran  Amirah dalam keluarga mereka,tapi kata-kata papa nya memang ada kebenarnya.

            Pada Loqman jika kedua papa dan mama mengharapkan kehadiran Amirah, dirinya apatah lagi memang itulah harapan agar Amirah bersetuju menerima dirinya kembali, itulah juga doanya setiap hari..  Harapannya makin menggunung bila  mendapat sokongan papa dan mamanya dan juga ibu dan ayah Amirah sendiri, itulah sebabnya dia lupa diri sebentar tadi. Tetapi yang lebih menguatkan lagi harapanya adalah janji adik Amirah yang akan cuba membantu membuka pintu hati kakaknya untuk menerima dirinya tempohhari. Yang sebenarnya Loqman ada terserempak adik Amirah yang numbor dua (Adnan) DiPutra Jaya sebelum itu....

Ketika dia keluar dari Masjid Putra Jaya, belakangnya ditepuk oleh seseorang,  ketika ditoleh...

“Assalamualaikum apakhabar abang Man.”

“Waalaikumsalam..baik..lama betul tak jumpa angah..apa macam sekarang?. Dah makan? Jom kita pergi makan.” mereka bersalaman dan berpelukkan dihadapan pintu masjid.

“Jomlah angah pun belum makan lagi memang cadang nak makan selepas Jumaat.” Panjang bual mereka hari itu.

“Abang Man kerja kat sini ke?..tapi tak pernah terserempak pun”.

“Takk..Abang masih kerja kat Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang..ni datang ada kes mahkamah.. ingatkan lama nak selesai rupanya sekejap saja.”

“Angah macam mana...bila lagi nak berdua..kerja dah ada..calon dah ada?”

“Entahlah abang Man, calon memang dah ada..tapi angah ni anak lelaki yang tua, tanggung jawap pada ibu bapa lebih besar dari anak perempuan..tapi kalau angah kawin dan kak Mirah tak kawin lagi, tentu dia yang akan memikul tanggungjawap tu. Angah tak mahu macam tu bang, angah akan tunggu sampai kak Mirah kawin dulu, lepas tu barulah angah fikir nak kahwin. Tapi kak Mirah tu susah sikitlah bang...kalau kita sebut saja pasal kawin, naik angin dia satu badan. Bila ayah dan ibu yang tanya banyak pula alasan yang dia bagi. Dia tu sepatutnya dah tak payah fikir sangat pasal keluarga lagi..ayah dah tak susah sangat. Angah dan Tirah pun dah kerja dah bagi ayah ibu duit.” Keluh Adnan mengenai kakaknya. Loqman hanya mendiam- kan dirinya sahaja. Perit hatinya jika ada cerita yang bersangkutan dengan Amirah.

“Abang Man nak tahu, ada sekali angah cadangkan kawan angah.  Dia ni dah agak berusia kalau tak salah umurnya dah nak masuk 38tahun, orangnya pemalu dengan perempun, tu yang tak dapat cari girlfrend..dia minta tolong angah carikan. Dia kata dia tak kisah anak dara atau pun janda..dia memang nak sangat berumah tangga.. jadi angah tanya kak Mirah kalau dia setuju angah jalankan. Angah bukan apa, kawan angah ni baik orangnya.. penyabar lagi pun orangnya pandai berjimat cermat, ekonomi dia pun dah stabil maklumlah kerja dah lama. Dia pun memang dah sepatutnya berumah tangga.  Tapi bila angah cakap dengan kak Mirah..dia marah angah sampai sekarang. Perkara tu angah cakap tiga ke empat bulan dulu. Tapi sampai sekarang kalau angah call dia tak angkat pun, takut sangat kita ungkit pasal tu. Kalau jumpa kat rumah ayah, siap dia bagi amaran kat angah lagi.. kalau sebut saja perkara tu, dia tak akan keluar bilik. Bukan itu saja abang Man, ibu ada cakap juga dengan angah, bila ada orang datang merisik dia kat kampung tu, tapi semuanya dia tak nak. Angah berharap sangat dia kahwin..tapi kalau macam tu gayanya bila lah agaknya dia kahwin lagi. Pening kita orang dibuatnya....entah lah abang Man kak Mirah tu macam dah serik nak kahwin.”

“Ini semua salah abang.. ngah, mungkin sikap abang  dulu menyebabkan dia serik nak kahwin lagi. Abang minta maaf sangat-sangat ngah, cakaplah dengan ayah dan ibu angah, abang minta maaf banyak-banyak, sebab perangai abang dulu menyebabkan kak Mirah serik nak kahwin, yang sebetulnya abang menyesal sangat atas perbuatan abang tu.” Dengan wajah yang sayu Loqman menyatakan kekesalanya.

                   “Ehh tak adalah macam tu. Dah ditakdirkan jodoh abang Man dengan kak Mirah hanya setakat  tu apa nak buat. Janganlah abang salahkan diri abang. Kalau dah ditakdirkan kita macam tu redha sajalah abang.”

“Entahlah ngah...abang menyesal sangat dengan apa  yang abang dah buat pada Mirah dulu.”

“Sorrylah bang.. angah dah buat abang sedeh pula, dahlah bang kita jangan pikir pasal kak Mirah lagi, kalau ada jodoh dia, IsyaAllah kawinlah dia. Emm abang Man bila lagi? takan nak jadi macam kak Mirah juga? Abang jadi solo lagi pun dah tiga tahun kan?.” Adnan cuba menceriakan keadaan bila dilihat mendung diwajah bekas abang iparnya.

“Abang sebenarnya tunggu kakak angah,  kalau dia  nak lagi kat abang ni abang nikahlah dengan dia, kalau dia tak nak, abang pun rasa tak nak nikah lagi.” kedengaran  sedih suara Loqman meluahkan isi hatinya. Walaupun bekas adik iparnya cuba menceriakan keadaan.

“Kenapa pula macam tu?”

“entahlah ngah..abang rasa, abang hanya sesuai dengan dia saja..dengan perempuan lain abang rasa macam susah nak cari keserasaian.”

“Serasi macam mana abang Man?.”

“Cara hidup kita seharian..cara makan kita.. abang ni susah nak ubah cara makan kita dengan orang lain..kalau  kita sama kita kan senang ngah. Kita ni kalau masak lomak tiap-tiap hari pun tak apo tak gitu ngah.”

“Ialah bang, angah pun macam abang juga..tapi angah sejak kerja ni,cuba juga nak ubah cara makan, lagi pun angah berkenan pun dengan bukan dengan orang Negeri Sembilan..dia orang Selangor jadi angah kena belajar juga makan asam pedas dan nasi kerabu..rasanya ok juga.. tapi kalau dapat masak lomak daging salai mak mentuo lalu belakang ko.. lalu dopan ko.. angah buat tak tahu saja asalkan langsai ‘misi’ kito.” berderai ketawa dua beradik dua pupu tidak mengira orang keliling lagi.

“tapi abang tak tahulah.. rasa tak boleh nak masuk pulak. Ni haa kuah lemak ayam ni tak macam masakkan emak kita..kalau dapat sipi-sipi pun tak apa.. ini entah apa-apa rasanya..tak terasa podeh..tak terasa asamnya, tak berbau serainya pun ....tu yang abang tak suko sangat makan kat luar, banyak bonar yang tak terkenan kat tokak kito.” kata Loqman pula. Adnan hanya memandang bekas abang iparnya yang makan macam orang tak lapar terkuis-kuis saja sedari tadi.

“Bang..Abang tak pernah tanya kak Mirah ke abang nak rujuk dengan dia balik?”

“Abang nak cerita pun malulah ngah..sebab semua ni memang salah abang.  Abang sebenarnya masih sayang kat kakak Angah tu, sayang abang  pada dia masih macam dulu tapiii..”. Loqman menghentikan bicaranya..dia merasa malu lalu menundukkan mukanya berpura-pura memandang nasi yang hendak disuapnya.

“Ceritalah bang.. apa yang  nak dimalukan.. kita nikan masih adik beradik walaupun bukan adik ipar lagi tapi masih adik beradik dua pupu, mana tahu angah boleh tolong. Kita sama-samalah cari jalanya.” mendengar Adnan berkata begitu, Loqman mula berfikir mungkin ini peluangnya mendapatkan Amirah semula. Dia harus menceritakan cerita sebenar dan isi hatinya.

“Yang sebetulnya  setahun lepas abang bercerai dengan isteri abang orang Johor tu , abang dah cakap kat Mirah yang abang nak rujuk balik  kat dia..  Asal mulanya macam ni...abang ternampak kakak  angah keluar dari bagunan kerajaan kat KLIA. Abang beranikan diri call dia..mula-mula dia ok.  Bila dengar kak Mirah kamu tu macam ok saja kat abang, abang pun selalu call dia.   Dia layan abang macam biasa, kami cerita  pasal Syifa, kadang-kadang pasal keluarga abang. Bila abang rasa macam dia dah boleh terima abang balik.. abang cakaplah hajat  abang nak rujuk balik. Dia marah abang dan lepas tu lansung dia tak jawap call atau SMS abang sampai sekarang. Abang rasa kalau cakap-cakap sebagai seorang kawan atau sebagai adik beradik dia tak kisah, tapi kalau bab nak jadikan dia isteri kita balik, dia tak boleh nak terima. Dia memang dah buang abang dalam hidup dia ngah.” Kelihatan sayu wajah Loqman dimata Adnan menceritakan rahsia yang dipendamnya selama ini.

 “Jadi abang adalah jumpa kak Mirah kat KLIA tu.”

“Bukan jumpa, cakap-cakap ‘face to face’.. abang hanya pandang dari jauh saja kemudian cakap dalam tetefon..tapi sekarang ni dah tak ada lagi..dia tak jawab call abang..abang hanya dapat pandang dia dari jauh saja.”  Loqman menundukkan wajahnya melindungi matanya yang sudah mula berkaca-kaca seakan mahu menangis, mengambarkan kesedihan hatinya.

“Tapi abang Man.. memang abang sungguh-sungguh ke nak rujuk balik dengan kak Mirah?”

“Jangan tanya macam tu angah. Abang ni kalau dia cakap setuju sahaja.. jam-jam ni juga abang nak nikah dengan dia balik..abang betul- betul nak rujuk balik dengan dia..abang menyesal ceraikan dia dulu.. menyesal sangat-sangat.”

“Yang sebetulnya kenapa boleh abang ceraikan kak Mirah dulu..sorry lah bang kalau angah tertanya perkara yang abang nak lupakan.”

“Tak apa ngah..supaya jadi pengajaran pada angah dan pada abang juga..lagi pun abang memang nak cerita dengan seseorang, supaya lega dada abang ni..cerita ni abang tak pernah bagi tahu sesiapa, dengan mama dan papa abang pun abang tak cerita. Sebab abang betul-betul malu dengan kebodohan diri abang ni. Tapi ngah.. simpan cerita yang pedih ni rasa macam simpan bom dalam hati..kadang-kadang tu macam nak pecah dada abang ni, bila terkenang dan kita kesal sendiri.” Loqman mula menceritakan kesilapanya dulu untuk dikongsi bersama bekas adik iparnya.

                “Entahlah ngah masa tu.. bila doktor bagitahu saja Mirah mengandung, abang jadi kecewa pula. Abang rasa baru saja dapat hidup berdua dengan dia, baru saja nak manja-manja  dengan dia..tak lama lagi abang nak  ‘share’  kasih sayang dia dengan anak pula. Bodoh betul abang masa tu.. cemburu dengan anak sendiri. Mungkin Allah nak duga abang..di baginya kakak angah masa awal mengandung teruk sangat mabuk mengadungnya, sampai tak boleh nak bangun. Ternyata abang kalah dengan duagaan itu. Angah tahu masa tu abang rasa..abang terkontang kanteng sendiri,  abang rasa macam kakak angah dah tak hiraukan abang. Yang heran kenapa abang jadi lupa.. dia macam tu sebab abang juga. Angah nak tahu masa tu tak ada rasa simpati abang kat dia..hati ni rasa macam nak marah saja, bila dia tak hiraukan abang. Makan dan pakai abang dia dah tak boleh jaga.Dia hanya tergoleek saja atas katil.  Bila dia bangun saja.. tempat yang dituju bilik air.. muntah-muntah kadang-kadang dia duduk dalam bilik air tu dekat setengah jam..abang jadi rimas dengan keadaan dia. Untuk meredakan tekanan abang, abang pun mula keluar dengan gadis lain, yang akhirnya dia perangkap abang jadi suami dia”.

“Ohh abang diperangkap ke?..Macam mana dia perangkap abang Man?”.

“Itulah dalam pandainya kita, kita terkena juga. Ngah..kita ni antara lelaki dan perempuan tak boleh menjadi kawan rapat. Jangan sekali-kali merapatkan diri dan menceritakan masaalah kita terutama masaalah rumahtangga dengan orang  yang berlainan gander...kalau kita buat juga tanggunglah atas perbuatan kita, sebab apa tau ngah, kita ni berlainan gander walau macam manapun.. sifat akan tertarik antara satu sama lain mesti akan terjadi. Kalau dah berlainan sifat, sama lah  macam magnet yang berlainan kutub, macam mana halang pun dia akan melekat jugakan. Katakanlah memang abang  jujur pada istilah persahabatan dan tak ada rasa apa-apa, selain dari rasa sebagai seorang kawan..kita tidak tahu hati dia pulak. Pada mulanya abang macam tulah, abang tak ada rasa apa pun dengan dia..pada abang dia hanya tempat abang meluahkan rasa tidak puas hati abang  saja.”

“Ceritalah bang macam mana abang boleh terperangkap.” Angah bagai tidak sabar ingin mendengar cerita bekas abang iparnya. Seingatnya dahulu abang iparnya yang beria-ia ingin memiliki kakaknya. Tetapi nikah mereka tidak sampai setahun, sudah berkecai mahligai yang mereka bina. Umpama mahligai pasir ditepi pantai bila dilanda ombak, sudah roboh tidak meninggalkan bekas lagi.

“Yang sebetulnya dia tu kerani tempat abang kerja, jadi kami selalu lah bertemu dan bertegur sapa. Pada mulanya  dia tunjuk simpati pada abang..simpati pada masaalah yang melanda isteri abang yang mabuk teruk.. Abang pun tak perasan yang dia suka kat abang. Dia selalu ambil berat..bila abang sampai waktu pagi, mesti dia tanya keadaan abang. Bila nak makan tengahari dia offer diri nak temankan abang.. Abang apa lagi, bila  ada orang tunjuk baik kat kita, ada orang sudi nak temankan, abang on ajelah...ajak makan dan  minum sama-sama.. kat rumah pula kita macam terbiar saja tak dipedulikan. Bila dah selalu makan minum sama-sama, mulalah kita ceritakan masaalah kita..masaalah rumahtangga kita. Dek selalu sangat bersama dia, abang rasa semacam pula kalau tak jumpa dia.”

“Rasa macam mana bang?”

“Ialah kalau dah selalu jumpa bercerita-cerita..kita akan rasa tak sempurna hari kita kalau tak jumpa dia..pada abang rasa tu bukan rasa sayang atau rindu..tapi rasa macam tak lengkaplah hari kita, sebab ada satu aktiviti yang kita tak buat. Lepas tu makin menjadi-jadi kelaku abang. Kalau mula-mula dulu minum pagi dengan makan tengahari saja dia temankan abang.. tapi lama-kelamaan makan malam pun abang ajak dia. Rupanya dalam baik.. dia menanamkan rasa ragu pada isteri kita. Bila dah ada rasa ragu-ragu pada isteri kita..kita mulalah nak marah saja kalau pandang muka Mirah. Satu hari kami bertengkar, abang terlepas perkataan cerai. Bila dah bercerai makin galak abang jumpa dengan dia. Tapi abang memang tak ada  rasa apa-apa pada dia..tak rasa pun nak jadikan dia kekasih.. nak jadikan  isteri jauh sekali. Sebab dia buka citarasa abang. Abang suka wanita yang bertudung dan tak bersolek. Abang suka wanita yang asli muka dia. Tapi dia ni jenis orang bersolek tebal. Tapi abang suka dia sebab dia sudi temankan abang, masa abang tengah sedeh. Ajak saja bila dan kemana, dia tak pernah menolak. Abang rasa  terhutang budi pula dengan dia. Tak sangka pula.. baik dia ada makna...ada udang sebalik batu.  Abang sebetulnya terlupa pula  pada kata bidalan ‘ Kalau tidak berada-ada takkan tempua bersarang rendah’...
            Masa abang bercerai  dengan Mirah abang tanya pendapat Liza..dia kata tunggu sampai kak Mirah merayu pada abang, nak rujuk balik..kalau kak Mirah merayu ertinya kak Mirah masih sayangkan abang dan  mengharapkan abang dalam hidup dia..tapi kalau kak Mirah tak merayu memang dia dah tak sayang kan abang. Abang ni bodoh betul masa tu abang tak boleh berfikir..abang ikut saja cakap dia. Angah nak tahu, kak Mirah memang tak merayu pada abang.. walaupun abang bagi tempuh seminggu untuk kak Mirah merayu..masa kat pejabat kadi pun dia tak cakap apa-apa.. dia tak salahkan abang apa-apa.
            Masa tu abang rasa memang betul cakap dia ... Mirah tak sayangkan abang lagi. Abang rasa sedeh sangat. Abang pun kehulu kehilir dengan dia nak hilangkan rasa sedeh konon.  Rupanya dalam diam, dia berpakat dengan keluarganya perangkap abang supaya nikah dengan dia”.

“Macam mana abang boleh terperangkap?.”

“Hari cuti tu dia ajak abang berkelah kepantai Danga Bay...sebelum pergi pantai dia ajak singgah rumah dia dulu.. yang tidak jauh dari pantai tu. Angah tahu bila samapai rumah dia, orang dah ramai. Dah siap pasang kemah, memang mereka dah siap-siap tinggal tunggu abang sampai saja. Lepas tu ayah dia ugut abang supaya nikah dengan dia. Siap dengan pengawal dua tiga orang. Kalau abang tak nak, diorang akan pukul abang..rupanya bapa dia ketua kampung kat situ. Abang tak ada pilihan abang nikah. Abang sedar dan abang tak salahkan dia 100%..abang juga salah, abang  sendiri yang membiarkan diri abang diperangkap. Walaupun dia ada cakap kalau abang tak suka dia lepas nikah tu abang boleh ceraikan dia.. Tapi tak tahulah masa dah lepas nikah tu abang terfikir baru tiga bulan lepas abang melafazkan cerai untuk kak Mirah.. ni baru beberapa jam nikah dah nak lafazkan cerai lagi, abang serba salah jadi abang teruskan jugalah perkahwinan tu. Tapi rupanya tak mampu bertahan lama. Bila ada berselisih faham sahaja hati sering mengingatkan kita cara dia dapatkan kita..mulalah terungkit .. Walau pun abang cuba nak terima dia seadanya tapi tak boleh.. akhirnya kami bercerai juga”.

“Ialah bang kadang-kadang kita ni, selalu tak berfikir secara waras..main ikut hati saja”.

“Ngah.. abang sebetulnya makin lama abang duduk serumah dengan Liza, rasa tertipu dalam diri abang makin terserlah kat mata abang ni, makin abang buang jauh rasa terkilan tu makin dia datang dengan tingkah laku dia, itulah sebabnya abang tak boleh nak terima dia...entahlah ngah.“ keluhan berat  keluar dari mulut Loqman lagi.

“Kenapa pula?”

“Dulu masa dia ajak abang pergi berkelah ke Danga Bay, dia ajak bersungguh-sungguh sangat.. tapi angah nak tau  ..sampai kami dah bercerai ni, abang tak pernah pergi pantai tu dan tak tahu macam mana rupa pantai tu. Dia tak pernah ajak pun ngah.. selalau abang terfikir ajakkanya dulu tu hanya alasan kerana dia nak perangkap abang .”

“Ohh ye ke..sekarang ni apa perasaan abang pada dia?”.

“Abang tak rasa kesal bercerai dengan dia ngah, tapi abang rasa cukup menyesal bila abang ceraikan kakak angah. Abang tersedar yang abang sangat sayang kat kakak Angah bila dah setahun kami bercerai.. pertama kali abang jenguk Syifa..nampak betapa jenihnya mata anak abang tu, baru abang tersedar abang sangat perlukan mereka berdua. Sejak pada tu hidup abang ni terasa kosong sangat..hidup abang rasa macam tak ada semangat. Setiap saat rasa kesal dengan perbuatan abang.. perkataan menyesal mendera abang walaupun abang cuba menepisnya. Kalau dulu abang tak pedulikan kak Mirah sebab rasa dia tak sayang abang, tapi sekarang ni kalau kak Mirah tak sayang abang pun, abang nak balik  hidup dengan dia juga... biarlah dia tak sayang abang tapi abang sayangkan dia, abang akan jaga dia sampai dia akan sayang pada abang. Abang memang perlukan dia dalam hidup abang ni..ngah.”

“Kenapa agaknya macam tu ye bang?”

“Entahlah ngah... dengan Liza..hilang dimata hilang juga dihati, rasa tak teringat langsung..tapi dengan kak Mirah...makin lama tak pandang, dia makin subur pula kenangan bersama dia .. agaknya masih ada tak jodoh abang dengan kakak angah tu.” Dengan pandangan kosong dia memandang bekas adik iparnya.

“InsyaAllah..kita carilah jalanya sama-sama... nanti angah  call Tirah..kadang-kadang Tirah ni bab-bab macam ni banyak saja akal dia”.

“Kalau angah dan Tirah sanggup tolong.. abang bersyukur sangat. Abang janji kalau masih ada jodoh abang dengan kakak angah. InsyaAllah abang akan jaga dia sebaik mungkin.” Itu janji Loqman.