Cikgu Nassir cuba menyelami masa silam cikgu Emil, supaya
dia memahami hati seorang wanita yang bercerai hidup.
“Ohh masa dia
nikah satu lagi tu awak tak tahu ke?”
“Tak.. dah tiga
tahun dia kahwin barulah saya terjumpa. Kalau tak terjumpa mungkin sampai
sekarang saya tak tahu saya bermadu.”.
“Cukuplah saya tak mahu membuka sejarah awak. Tak mahu
luka awak tu berdarah lagi. Saya tak kisah sejarah lama awak..kalau awak sudi
terima saya, saya pun terima awak seadanya”.
“Saya pun macam tu, kita menerima hanya kerana anak
sahaja”.
“Kalau cikgu tak
kisah ke kerana itu. Saya pun tak kisah juga. Sebetulnya kita ni saling
memerlukan. Hendak menutupi kekurangan kita”.
“Jadi apa keputusan cik gu sebenarnya. Saya nak jawapan
terus ternag jangan biarkan hati saya yang meneka takut tersalah teka”.
“Jawapan dari hati saya..saya setuju terima Emil jadi
isteri saya.” tegas jawapan cikgu Nassir.
“Kalau macam tu saya pun setuju. Tapi kalau boleh cikgu
datanglah jumpa ayah saya dulu untuk berbincang. Walau pun saya ni dah janda
tapi saya tak mahu membelakangkan ayah saya, kerana dia masih ada lagi”.
“Bila saya boleh jumpa dengn ayah cikgu?”.
“Tak kisahlah bila..bila cikgu senang lah”.
“Anak-anak saya kata kalau boleh mereka nak selesaikan
hal kita ni sebelum adik dia duduk SPM, boleh ke macam tu, tak rasa tergesa
sangat ke?”.
“Ok saja.. bukan
nak siapkan apa pun. Untuk menyenangkan hati anak-anak yang nak nak periksa
supaya fikiranya lapang hanya fikir belajar dan tak fikirkan hal kita, kita
turukan sahajalah apa yang mereka cadangkan. Tapi cikgu nak buat persiapan lain
ke?”.
“Nak buat persiapan apalah kita dah tua-tua ni. Ada orang
sudi ni pun Alhamdullilah sangat. Kita ni dahlah tak hensem anak yatim piatu
pula tu”.Sekali lagi kenyataan dia tak hensem dan anak yatim piatu
diulang. Ada senyum di hujung kata cikgu
Nassir. Hati jadi teruja pula bila menginagtkan dirinya akan beristeri lagi. Benar
juga kata-anak-anaknya dia perlukan teman sementara dia masih lagi bernyawa.
Dia merasa gembira pula ada teman berbual yang berlainan gender dan seusia
dengannya.Yang di sayang tetap tersemat dihatinya.
“Nak buat apa yang
hensem sangat, kalau hati kita sakit. Pada saya biar sakit dimata tapi senang
dihati.”
“Bekas suami cikgu
dulu tu hensem ke?”.
“Hensemlah juga..itu yang ada peminat, kalau tak.. tak
lah perempuan tu nikah dengan dia walaupun tahu bakal suaminya tu dah ada
isteri. Perempuan tu sanggup jadi isteri nombor dua, janji dapat pandang muka hensemnya tu. Sebab kalau kata dia terima kerana dia tu
kaya..dia hanya seorang guru, gaji dia banyak manalah, gaji cikgu macam kita ni ha. Nak kata mak
bapak dia orang kaya pun tak juga, hanya anak bekas ketua kampong, ayah dia pun
dah meninggal. Jadi kenapa dia sanggup jadi bini nombor dua, tentulah sebab nak
pandang muka hensem dia tu hari-hari”.
“Cik gu tak kisah
ke kita cerita tentang bekas suami. Nampak cikgu emo sikit ni, takut pula pinggan nasi tu melayang kat saya
kerana marahkan bekas suami”. Jelas kelihatan wajah Emil yang agak tegang masa
dia bercerita, mungkin terasa geram bila melepas kan apa yang ada dihatinya.
Tadi tidak lama mereka duduk
berbincang, datang pula pelayan untuk mengambil pesanan makan untuk mereka.
Tidak lama lepas tu makanan dihidangkan.
Mungkin malam itu tidak ramai pelanggan untuk dilayani, jadi mereka sempat
melayan pelanggan dari meja ke meja.
“Saya dah tak rasa
apa. Sebab saya dah tak ada ikatan lagi dengan dia. Dia dan saya dah jadi orang
lain. Saya doa kan dia bahagia dengan pilihan emaknya”.
“Oh perempuan tu pilihan emaknya. Yang sebenar cikgu
kenal bekas madu cikgu tu”.
“Kenal..perempuan tu dulu duduk sekali dengan keluarga
bekas suami saya. Dialah yang temankan bekas mertua saya duduk dikampong. Saya
difahamkan mereka masih bau-bau bacang.”. Mereka menjamu selera sambil
berbual-bual, tidak sedar nasi dipinggan sudah habis masuk ke perut. Mungkin
mereka sudah berusia atau pun mereka memamang sudah ada keserasian cepat sahaja
mereka menjadi selesa berbual bersama. Diakhir pertemuan, sebelum mereka
berpisah Emil bertanya untuk merungkai pertanyaan yang sedari tadi bergayut
dihatinya..
“Cikgu!! Cikgu ke yang mengatur pertemuan kita ni dan nak
cepat kerana nak sama berbincang dengan anak-anak yang sedang bercuti sekarang
ni.” Kelihatanya cikgu Nassir terpinga-pinga dengan soalan Emil, dia seakan
tidak faham akan kata-kata Emil.
“Tadi Sofian kata cikgu yang nak jumpa, sebab nak
kepastian dari saya. Betul ke macam tu?.” Soalan Emil berjawab dengan soalan
juga. Kini fahamlah Emil siapa yang merancang semuanyai untuk mengatur jodoh
mereka.
“Kita dah kena main dengan anak-anak kita. Tadi Uwais
kata cikgu yang nak jumpa sebab lepas ni cikgu nak bincng dengan anak-anak
cikgu yang sedang bercuti sekarang ni. Saya rasa semuanya di atur oleh
anak-anak kita..Tak sangka betul anak-anak zaman sekarang kan cikgu pandai pula
dia mengatur kehidupan emak ayah dia. Sekarang kita dah tahu..macam mana
penerimaan cikgu pada saya, saya takut cikgu terpaksa sahaja”.
“Taklah keputusan saya tetap sama, saya terima Emil
seadanya, keputusan saya tak dipengaruhi oleh anak-anak. Pada pendapat saya
anak-anak hanya mengatur pertemuan kita supaya kita dapat menilai atau mencari
keserasian antara kita. Anak-anak buat untuk kebaikkan kita. Mencarikan teman
sebelum kita mereka tinggalkan kerana tuntutan hidup. Saya bangga dengan
anak-anak saya. Ada anak-anak tak suka emak ayah mereka kahwin lain walaupun
emak ayah mereka tak hidup sebumbung lagi. Mereka tak suka tempat emak atau
ayah mereka diganti dengan orang lain betul tak. Tapi anak-anak kita lain pula.
Emil macam mana? Masih dengan jawapan yang sama macam tadi?”.
“Kalau dah cik gu muktamat dengan jawapan tadi saya pun
samalah. Betul kata cikgu anak-anak merancang untuk kebaikkan kita.”.
“Kalau macam tu hari Ahad ni saya jumpa ayah cikgu Emil,
minta restu dia untuk pernikahan kita ni”.
Selepas pertemuanya
direstoran Tasik keesokkan harinya selepas waktu bersekolah, Emil bertemu
dengan ayahnya. Tujuannya untuk ayahnya bersiap sedia dan tahu tujuan orang
yang datang untuk bertanyakan dirinya hari Ahad nanti.
“Ayah hari Ahad ni ada orang nak jumpa ayah”. Uwais yang
turut sama cepat memintas kata-kata mamanya.
“Ma! Kenapa hari Ahad ma..suruahlah ayah Pian datang hari
Sabtu”.
“Abang! tak baik menyampuk bila mama dan atuk bercakap”.
“Abang bukan menyampuk tapi sebelum mama cakap dengan
atuk abang nak cakap dulu. Abang dah ada
rancangan hari Ahad tu, jadi macam mana abang nak sama-sama dengan mama nanti.”.
“Ok Kenapa abang nak cepat sangat ni..abang ni pandai
pandai sajakan. Ini semua rancangan abang dengan Pian kan, kalau ikutkan mama
malas tau”. Haji Mohd Noh terpinga-pinga mendenar apa yang diperkatakan oleh
anak dan cucu nya yang didepan mata. Seperti bertengkar pun ada.
“Mel apa ni Mel, kalau Emil nak cakap dengan ayah
cakaplah dulu, ni dia bertekak anak beranak depan ayah. Kata ada hal nak cakap
dengan ayah”.
“Nilah Uwais ni yah..pandai-pandai dia kenenkan Emil
dengan ayah kawan dia. Lepas tu dia suruh kita jumpa dia. Tapi tulah lepas
kami bincang malam semalam dia kata nak
datang jumpa ayah hari Ahad ni. Nak minta restu kami nak nikah”. Muka Emil memuncung bila mengenagkan semuanya
adalah gara-gara Uwais. Dia tidak suka jalan hidupnya ditentukan orang,
walaupun oleh anaknya sendiri. Tetapi bila melihat sikap periang cikgu Nassir
terasa ada keserasian disitu hatinya jadi menerima.
“Ohh Emil dah nak nikah Alhamdullilah..Kiranya dia datang nak meminag lah ni”.Terkejut juga Haji
Mohd menerima berita yang diucapkan oleh anak sulongnya, tetapi dia gembira
kerana anak sulong yang sudah menjanda lima tahun akan bernikah semula.
“Meminang ke yah..Entahlah tapi dia nak jumpa ayah”.
“Yang Emil marah sangat kenapa?”. Haji Mohd Noh hairan
dengan memek muka anaknya yang memuncung marah. Adakah kerana dia hendak
menikah hatinya jadi marah.
“Bukan apa yah..Uwais ni pandai-pandai dia saja. Nanti
cikgu Nassir tu kata Emil yang beria sangat nak nikah. Nasib baik tanya
semalam. Dia pun tak tahu semuanya yah. Ni rancangan Uwais dengan anak dia
Sofian.”.
“Ohh ayah budak yang selalu datang belajar sama-sama
dengan Uwais tu ke yang nak jadi dengan kamu ni Mel?”
“Ialah”..
“Tak apalah budak tu pun Nampak baik, cerdik nampaknya.
Kenapa pula ayahnya dikenekan dengan kamu, emaknya mana”.
“Isteri cikgu Nassir tu dah meninggal katanya dah hapir
tiga tahun istrinya meninggal kerana barah usus”.
“Oklah tu mereka buat semua tu untuk kebaikkan Emil dan
cikgu Nassir juga. Emil bertuah dapat anak macam Uwais ni, dia selalu
bimbangkan Emil. Dia selalu cakap dengan ayah, Emil masih muda dan masih cantik,
dia nak tinggalkan Emil kat ruamh sorang dia bimbang sangat”. Memang ada
kebenarnya, sejak dia menjadi janda Uwais sudah tidak selalu keluar lagi. Selalunya
dia akan mengulang kaji pelajaran dirumah. Sering kali Sofian yang datang
kerumah mereka untuk berbincang tentang pelajaran. Uwais sudah tidak seperti
dulu yang keluar mencari kawan.
“Ia ma, pada abang ayah dah ada isteri lain dan mereka
gembira dengan kehidupanya, jadi buat apa mama nak sedih duduk sorang-sorang.
Kalau mama dah ada teman abang tak risau lagi nak tinggalkan mama pergi
belajar. Kalau abang ok saja abang duduk kat kampong ni. Tapi mamalah yang
beria nak suruh abang keluar dari kampong ni. Cuba mama tenguk pak Long Muaz tu, boleh pun hidup senang jadi
makanik kereta sahaja. Duduk kampong ni banyak kelebihan ma barang murah, udara
bersih hidup pun tak berebut, makan pakai pun senang”.
“Selama ni mama gembiralah bang, walaupun mama duduk
sorang. Bab pak long tu takkan semuanya nak jadi makanik macam dia juga.”.
“Dahlah Mel kalau dah ada orang yang suka terima sajalah,
suruhlah dia datang ayah tunggu..bila? hari ahad ni? jadi ye”.
“Tuk janganlah hari Ahad suruhlah dia datang hari Sabtu.
Abang ada hal hari Ahad tu..hari Sabtu ye tuk”.
“Atuk tak kira hari apa pun boleh”.
“Ok abang call Pian suruh ayah dia datang hari Sabtu”.
Sekejapan itu juga Uwais menghubungi sahabatnya. Setelah menyampaikan apa yang
dihajatinya. Dia berpaling memandang wajah mamanya yang masam mencuka.
“Ma ayah Pian datang hari Sabtu belah pagi dalam
lengkungan pukul 10 pagi gitu.”
“Dah lah Mel terima sahajalah cadangan anak kamu tu..dia
buat pun untuk kebahagian kamu juga. Tenguk lengkap dengan waktu lagi dia
rancangkan,senang tidaklah kita tertunggu-tunggu. (Haji Mohd Noh memandang
isterinya yang baru keluar dari dapur) Nor kita masaklah sikit untuk hari Sabtu
ni. Kita akan ada tetamu istimewa Nor”..
“Siapa yang nak datang De?”
“Ada orang nak tanyakan Emil”.
“Yah tak payahlah yah.. susah-susahkan mak ngah nanti”.
“Tak apa Mel menjamu tetamu akan murah rezeki kita nanti
Mel. Agaknya ramai tak yang datang nanti Mel”. Hajjah NorIza mencari kepastian
untuk memudahkan dia memasak juadah.
“Entahlah mak ngah..kata dia semalam mak ayah dia dah tak
ada tapi tak tahulah kalau mak cik-mak cik dia”. Mendengar perbincangan
mama, datuk dan nenek ngahnya Uwis
menyisih. Dia menghubungi sahabatnya lagi. Setelah mendapat jawapan apa yang
dikendaki dia meghampiri ahli keluarganya yang masih berbincang diruang tamu.
“Tuk! ayah Pian
tanya kalau dia datang anak beranak saja boleh tak. Sebab nak panggil keluarga
nya yang lain macam tak sempat.”
“Ok saja”.
“Bang!! cakap dengan Pian adik beradik dia saja..jiran
pun tak payah. Mama tak suka ramai-ramai.”
“Mel apa cakap macam tu Mel”. Tegur Haji Mohd Noh dengan
sikap anaknya yang mula dengan perangai lamanya.
“Ia Mel jangan ditahan kalau orang nak datang bertandang
rumah kita. Jangan Emil tak tahu tetamu yang datang ni membawa rezeki pada tun
rumah”
“Bukan apa mak ngah..Emil tak suka kecoh-kecoh belum jadi
pun. Dia datang nak tanya ayah dulu..kalau ayah tak setuju nanti buat malu
sahaja”. Cepat sahaja Haji Mohd Noh mencantas kata-kata anaknya.
“Apa pulak ayah tak setuju. Ayah setuju. Ayah suka kalau
Emil ada teman. Yang sebentulnya ayah pun risau Emil duduk sorang”.
“Ialah..ialah ..tapi memang Emil tak suka ramai-ramai, cukup
kita-kita sahaja. Dah bang cakap dengan Pian macam tu jangan bawa orang lain
mama tak suka”. Sudah keluar sikap Emil yang mahu kata-katanya diikuti. Mereka
akur. Emil tetap Emil Atilia rupanya. Sesekali akan keluar sikap Emil yang
dulu.
Cik gu Mohd Nassir datang
menemui Haji Mohd Noh untuk bertanyakan anaknya. Itulah adat Melayu yang dijunjung, meminta
restu emak ayah jika mahu ‘mendirikan
masjid’, tidak kiralah kita muda atau pun tua, teruna dara atau duda janda. Cikgu Mohd Nassir hanya ditemani oleh
empat orang anak-anaknya, tiada wakil dan tiada orang lain turut serta dalam
pertemuannya dengan Haji Mohd Noh bapa janda yang bakal menjadi isterinya. Diatas
permintaan Emil, Haji Mohd Noh juga tidak mewakilkan sesiapa untuk menyambut
tetamu istimewanya, hanya dia suami isteri, Emil dan anaknya Uwais bak kata
Emil, dia tidak mahu ‘kecoh-kecoh benda
belum jadi’. Tetapi Hajah NorIza tetap menyediakan sedikit juadah untuk menjamu para tetamunya.
Seperti yang dijanjikan
cikgu Mohd Nassir berlima beranak sampai dirumah Hajjah NorIza hamper pukul 10m
pagi. Mereka disambut oleh Cikgu Mohd Noh di muka pintu...tertegak pegun cikgu
Nassir memandang orang yang menghulur salam
yang menyambutnya dimuka pintu rupanya orang yang dikenali.
“Asalamualaikum”. Bisu sesaat cikgu Nassir kerana
terkejut. Itulah sebabnya Haji Mohd Noh berdahuluan memberi salam kepada tetamu
yang datang.
“Walaikumsalam. Dah terbalik kita ni cikgu. Ini ayah cik
gu Emil ke?”
“Ialah saya Mohd Noh”.
“Tak sangka saya cik gu Emil ni anak cikgu rupanya.”
“Cikgu kenal saya ke?”.
“Kenal.. rasanya ini cikgu Mohd Noh yang pernah mengajar
di Kota Kinabalu dulukan?”.
“Memang saya pernah mengajar disana . Saya dah tak ingat
maklumlah dah tua. Lama dah saya mengajar kat sana masa tu anak-anak kecil-kecil lagi. Pernah
mengajar kat sana juga ke? atau pun ini anak murid saya”.
“Saya tak mengajar kat sana tapi pernah buat Praktikum
kat sana kat sekolah cikgu mengajar”.
(Program Praktikum bermatlamat untuk
melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam
situasi sebenar. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih mendekati dan
mempelajari situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran sebelum menjadi seorang
guru permulaan di sekolah).
“Ohh dah lama lah tu.. minta maaflah ingatan dah tak kuat
lagi”.
“Ialah cikgu dah berpuluh tahun”.
Setelah berbasa basi lebih kurang terus sahaja cikgu Mohd
Nassir ketujuan dia bertandang kerumah Haji Mohd Noh.
“Sebenarnya kamu berdua dah berbincanglah ni”.
“Bincang gitu-gitu saja lah cikgu. Kami nak nikah ni pun
sebab anak-anak. Mereka semua ni bimbang nak tinggal kami tinggal sorang kalau
mereka pergi belajar nanti, tak gitu Mel.” Cikgu Mohd Nassir memandang kearah
Emil yang turut serta diruang tamu rumah mak ngahnya. Emil hanya
mengangguk-anggukkan kepala tanda membenarkan kata-kata cikgu Nassir. Dia
disuruh oleh mak ngahnya turut mendengar perbincangan ayahnya dan bakal
suaminya ketika itu. Manakala Uwais dan nenek ngahnya didapur menyiapkan
hidangan.
“Saya bukan apa, kalau nak ikutkan usia saya ni, rasanya
macam dah sesuai saya ni nikah sekali
lagi”. Cikgu Nassir melanujtkan lagi kata-katanya untuk menerangkan keradaan
dirinya.
“Eh apa pulak tak
sesuainya, umur berapa pun tak kiralah. Yang penting kita berkemampuan zahir
dan batin. Jangan dipertikaikan bab nikah kahwin sebab ini adalah Sunnah Nabi,
kalau kita ikut dengan cara yang bertul mengikut yang disyariatkan kita dapat
pahala. Jangan nak dinafikan dan jangan pula malu, kalau kita nak nikah takut
orang mengata kita gatal atau kuat nafsu. Sedangkan nafsu tukan anugerah Allah
untuk semua hambaNya. Tapi kita harus pandai menangani nafsu ni. Ikut
cara yang diredhai Allah. Kita nikah supaya halal apa yang kita
lakukan. Kalau dah halal, apa yang kita
kerjakan akan menjadi ibadah. Kan Allah dah janjikan setiap hambanya jika
melakukan ibadah kepadanya akan mendapat ganjaran pahala”. Bila melihat semua
orang diam membisu mendengar dia berbicara Haji Mohd Noh meneruskan lagi
kata-kata sebagai nasihat pada yang mendengar diruang tamunya.
..Walaupun nafsu Allah yang kurniakan kepada kita, dan
nikah tu cara menghalalkan segala perbuatan juga kurniaan dari Allah, tapi
janganlah disalah gunakan pula..terdetik hati nak nikah kita nikah sampai cukup quato..
nikah dua tiga empat, tapi anak isteri tak terjaga.. Atau nikah cerai, nikah cerai anak
bersepah-sepah dan akhirnya anak-anak jadi kacang hantu atau kutu rayau. Semua
dosa yang mereka lakukan para ayah dan para suami lah yang tanggung tau.
Bila seorang lelaki yang sudah
mengucapkan ''aku terima nikahnya nama
isteri binti ayah isteri dengan Mas Kawinnya…..''Singkat, padat dan jelas. Tapi
tahukan makna "perjanjian atau ikrar'' tersebut ?
''maka
aku tanggung dosa2nya siisteri dari ayah dan ibunya, dosa apa saja yg telah dia
lakukan, dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan solat. Semua yang
berhubungan dengan siisteri, aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya yang
menanggung, serta akan aku tanggung semua dosa calon anak2ku''.
Jika
aku GAGAL?
''maka
aku adalah suami yang fasik, ingkar dan aku rela masuk neraka, aku rela
malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku''.(HR. Muslim)
Ertinya kalau masuk kubur bergegar kubur kita bila kita
dipalu oleh Malaikat Mungkar Nangir.
..Lagi satu, saya nak cakap ni betulkanlah niat kita nak
nikah..Jangan diniatkan kita nikah kerana kehendak anak-anak, tak jadi apa
nikah kita. Nikah hanya dapat memuaskan nafsu sahaja kita tak akan keberkatan
Allah. Cuba kita niatkan, kita nikah kerana Allah itu terlebih baik sebenarnya.
Sebab kalau kita niat kerana Allah segala apa yang kita lakukan jadi ibadat dan
mendapat pahala dan kita mendapat keberkatanya. In Syaa Allah jika niat kita
betul Rahmat Allah akan melimpah pada keluarga kita, kita pun bahagia. Ini tak
orang sekarang ni kata nak nikah kerana cinta, itulah banya pasangan yang
bernikah tak sampai beberapa tahun kahwin daaah bercerai berai, sebab apa bercerai?
sebab tak bahagialah, dah jauh dari Rahmat Allah mana nak bahagia. Jadi
betulkanlah niat tu..Emil pun sama niatkan kita nikah ni kerana Allah.” Cikgu
Mohd Nassir menunduk mendengar ceramah dari Haji Mohd Noh memang benar apa yang
diperkatakan olehnya. Dihatinya sudah memperbetulkan niatnya dia menikahi Emil
Atilia kerana Allah.
“Jadi macam mana Nassir, jadilah Nassir nak ambil anak
saya ni sebagai isteri”.
“Memang itulah niat saya.Saya mengambilnya kerana
Allah.Saya nak persetujuan cik gu sahaja”.
“Alahamdullilah, dah betul niat Nassir tu. Saya tak ada
halangan, lagi pun kamu berdua dah bertaraf balu dan janda tak perlu
persetujuan saya, walau pun saya ayahnya. Tetapi saya sebenarnya sangat
berterima kasih kerana Nassir masih memandang saya sebagai ayah Emil dan meminta
restu saya. Kamu berdua dah bincang ke bila tarikh nikahnya?”.
Diakhir perbincangan mereka
akan bernikah semasa cuti penggal pertengahan sekolah tahun itu. Masa cuti
sekolah di minggu kedua ertinya hanya tinggal dua minggu sahaja tarikh nikah
mereka. Itulah ketentuan Allah kalau dah jodoh bertemu juga walaupun pada
mulanya tidak terbayang pun itu adalah jodohnya.
Amiinn. moga emil akn mnjadi isyeri yg soleh dn mndengar kata duami dn moga cikgu nassir dpt menjadi imam yg sempurna kpd keluarga barunya
ReplyDelete-dibah-
Alhamdullilah..walaupun jodoh kedua namun setiap insan berhak untuk hidup bahgia.meroyanlah duda emil.......
ReplyDeleteAmin. Moga akan lahir rasa cinta sejati antara emil dan cg nasir bersama anak2 merka yang soleh dan bertuah itu... Seronok sangat baca kisah ni mak teh.. sejuk rasa hati ada anak macam uwais dan sofian tu...
ReplyDeleteSape hero & heroin citer ni mak teh.
ReplyDelete