Kalau ada duit sekupang,
Boleh beli cuka mentahun;
Habis padi burung terbang,
Bagai ulat tak kenangkan daun.
Ketika Halim
masuk kebilik Tengku Farid, sahabatnya itu sedang berdiri termenung memandang
keluar tingkap,seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
“Assalamualaikum”
Halim memberi salam, kini salam sudah menjadi kebiasaan kepada Halim, kalau dia
berjumpa sesama Islam mesti dia memberi salam terlebih dahulu. Seperti yang di
beritahu oleh Tengku Farid kata isterinya…’Kita umat Islam wajib memberi salam
bila berjumpa..orang yang memberi salam dan menjawab salam akan mendapat pahala…“Apabila seseorang Islam itu memberi salam
kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat
untuknya 70 kali.” (Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)
dan itulah
juga yang dipelajarinya dulu ketika dia kecil dikampungnya. Tetapi setelah lama
keluar dari kampung halamanya dia terlupa.
“Waalaikumsalam
Lim…. kau tak pergi minum lagi.”Tengku Farid menjawab dan menyoal sahabatnya
sambil berjalan dan duduk semula dikerusinya.
“Ni aku
datang nak ajak kau minumlah.”
“Aku malas
nak minumlah Lim.. Jannah masak‘lempeng’
pagi tadi makan dengan sambal ikan bilis, aku makan sampai dua keping
itu yang masih kenyang lagi ni.”
“Untungnya
engkau seorang rajin masak kalau dari rumah dia kau kenyang.Seorang lagi
cantik… kau tak payah makan pandang dia saja pun kau dah kenyang.”
"mana
kau tahu pandang saja dah kenyang Lim".
“Alaah aku
tak tahulah, aku tak ada pengalaman lagi tapi ramai orang cakap kalau pandang
bini cantik tak payah makan pun kita dah rasa kenyang.Tapi apa-apa pun kau
beruntung dapat dua-duanya cantik".
“Aku tak
tahu dimana untungnya aku ni Lim, kalau aku dapat mengundurkan masa, aku tak
mahu menempuh ini semua. Kahwin dua ni awalnya saja rasa seronok tapi bila dah
lama aku rasa macam tersiksa pulak. Aku harap jangan kau cuba Lim, kalau dah
terjurumus macam aku ni tak boleh nak undur lagi.” terang Tengku Farid dengan
pandangan dan suaranya yang sayu.
“Kenapa
Farid aku tenguk engaku ni sejak akhir akhir ni muka kau sedih saja, kau ada masaalah ke?” Halimmenghulur
rasa simpati.Dia menyedari sejak kebelakangan ini wajah sahabatnya itu nampak
tidak ceria, sedih dan sayu sahaja suaranya.
“Aku tak
tahu nak cerita macam mana dengan engkau, tapi terus terang aku cakap dengan
engkau ni Lim, sebenarnya aku rindu sangat dengan
Jannah..rindusanga-sangat.”Tampa malu Tengku Farid menluahkan isi hatinyan kepada
Halim dengan mata berkaca-kaca terpancar kesungguhan diwajahnya.
“Tapi
tiap-tiap hari kau hantar dan ambil dia pergi kerjakan takkan rindu kot.Farid
aku rasa engkau patut berkongsi masaalah dengan seseorang, kalau kau tak
keberatan kau ceritalah dengan aku, aku sedia mendengar”.Tutur Halim ikhlas
ingin membantu.
“Lim
sebenarnya lama aku tidak bermalam dirumah Jannah. Lama aku tak berjemaah dan
mengaji dengan dia. Aku rindu dengan aktviti yang kami lakukan bersama. Kat
kondo tu kalau aku solat aku solat sorang mengaji dan berzikir pun
sorang-sorang.”
"Kenapa
kau tak ajak Diana solat dan mengaji sama dengan kau".
"Kau
tahulah dia tu..bila kita ajak dia kata 'Tak sampai seru lagi dan katanya Allah
belum membuka pintu hatinya lagi untuk beribadat'..aku memang pening dengan
tingkah dia Lim".
“Tak apalah
kau ajaklah perlahan-lahan jangan jemu pujuk dia. Berkenanan Jannah kau tu, tak
kesiah ke engkau dengan dia.Kau kata hari itu Jannah dah mengandung.Bukan ke
hati isteri mengandung kita kena jaga nanti terkesan pada bayi kalau dia
tertekan atau pun bersedeh.Aku tenguk engkau melebihkan Diana dari Jannah…tak
baik kau buat dia macam tu Farid.”
“Aku memang
nak sangat berlaku adil Lim..tapi masaalahnya Diana, dia tak mahu langsung
bertolak ansur dengan aku. Dia kata kalau giliran aku dirumah Jannah dia boring
duduk dirumah sorang-sorang, jadi dia akan keluar dan tidur dengan
kawan-kawanya. Aku tak suka dia tidur kat rumah Bella tu..kau bukan tak tahu
siapa Bella pada Diana. Aku tak suka dia melakukan perkara tak senonoh tu sedangkan anak aku ada didalam rahim dia.
Lagi satu aku tak suka dia akan pergi kelab malam…aku takut kalau dia minum arak sedangkan dia tu tengah mengandung.”
“Ehh...Tak
kan Diana buat macam tu lagi diakan dah ada kau..”
“Entahlah aku rasa tak sedap hati kalau mereka
tu bersama..aku takut Diana dengan dia buat kerja tak senonoh…Cubalah kau
tenguk gaya Bella bila dengan Diana, depan aku pun dia tunjuk 'caring and
loving' dia tu. Aku pernah dengar dia kata Diana nampak lebih seksi masa dia
mengandung ni”.
“Kan aku dah
cakap dari dulu lagi..kau tak percaya”.
“Bukan macam
tu.. dulu aku ragu-ragu, sebab kalau dengan aku Diana pun nampak macam sayang
sangat dengan aku..aku hairanlah Diana ni dengan lelaki dia ON dengan perempuan
pun ON juga..Dia ni….” Tengku Farid tidak meneruskan kata-katanya terasa ngilu
hatinya untuk menyebut perkataan itu.
“Dahlah
Farid jangan kau fikir yang tidak-tidak, apa-apa pun dia dah jadi isteri
kau..kalau boleh kau bimbinglah dia
kejalan yang diredhai Allah”.
“InsyaAllah
akau akan cuba.Lim aku sebenarnya bersyukur sangat Jannah bertolak ansur dan dialah
yang mencadangkan aku menemani Diana”.
“Farid kau
cakap dengan Jannah ke perihal Diana dan Bella ni.”
“Perkara
yang ni aku tak cakap dengan dia..aku..aku sebenarnya malu dengan dia dapat
isteri yang macam tu..Diana tak solat pun aku tak cakap dengan Jannah.”
“Farid
engkau beruntung mendapat isteri seperti Jannah, baik dan bertimbang rasa. Aku
yang pandang dari luarnya saja susah nak cari keburukan dia, kalau kau
kehilangan dia, rasanya susah kau nak dapatkan balik isteri sebaik dia
Farid..jagalah dia baik-baik”.
“Betul cakap
kau tu Lim,tapi sekarang ni aku susah nak bagi masa pada dia, aku tersepit Lim.
Kalau aku pergi pada dia, Diana akan ambil peluang kekelab malam dengan
kawan-kawanya. Apalah akan jadi dengan anak aku nanti Lim, kalau dia minum air
syaitan..yang paling aku takut dengan perbuatan dia tu, menyebabkan anak aku
cacat, itulah yang paling aku takut”.
“Betul kata
Jannah tu Farid buat masa ni kau jagalah dulu Diana tu untuk kebaikkan anak dan
Diana tu sendiri. Tapi untuk Jannah carilah masa supaya dia tak rasa terabai,
cuba kau datang awal sikit waktu pagi..sebelum solat subuh ke, nanti dapat juga
kau berjemaah dengan Jannah kau tu, tapi
penat sikitlah dan waktu tidur kau kena cukai sikit pasal kau kena
bangun awal”.
“Aku pasal
bangun awal tak jadi masaalah, dirumah Jannah pun aku kena bangun awal,
biasanya Jannah akan bangun 30 minit sebelum waktu subuh, atau paling lewat pun
15 minit sebelum subuh.”
“Apa pasal
cepat sangat, tak kan nak masak sarapan pagi kot.”
“Dia bangun
cepat sikit supaya dia dapat buat solat tahajjud, kata dia solat tahajjud boleh
dibuat sebelum masuk waktu subuh.Jika terbangun 10minit sebelum waktu pun masih
sempat buat solat tahajjud. Solatnya hanya dua rakaat, yang biasa dia
baca..rakaat pertama surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun dan rakaat kedua
surah Al-Fatihah dengan surah AlIklas.”
“Kau pun
ikut dia juga ke Farid”.
“Dulu dia
buat sorang-sorang..tapi lama-lama aku
ikut dia..dia kata sembahyang Tahajjud.. sembahyang sunat malam..yang dapat
menghindarkan kita dari siksa kubur. Kemudian kalau dia ada masa lagi dia akan
berzikir, tapi sekarang ini dia sedang mengandung jadi dia mengaji, dia baca
surah Mariam supaya dia senang bersalin nanti, lepas tu baca surah Yusuf biar
anak aku nanti kacak macam nabi Yusuf
dan surah Lokman biar anak aku bijak,”.
“Amboi
banyaknya sempat kedia baca dalam masa tu Farid..”.
“Taklah dia
baca satu juzuk habis, bacalah
sikit-sikit dua tiga muka surat, besok sambung lagi. Gila kau nak baca
semua..tak bangun-bangunlah dia dan kebuluranlah pulak aku.” Berderai ketawa
dua sahabat bila Tengku Farid menyebut pekataan yang terakhir terasa lucu pula.
Tetapi setelah berhenti mereka ketawa..Tengku Farid menyambung katanya dengan
wajah yang sedeh.
“Sekarang ni
aku rindu dengan apa yang kami buat bersama..kat rumah Diana aku tak dapat nak
buat semua itu..kau tahulah kadang-kadang dia ajak pergi jumpa kawan-kawan dia.
Kaupun tahu kalau dia dah keluar kalau tak pukul dua belas dia tak akan mahu
bila dia ajak balik..entahlah Lim sekarang ni aku rasa aku dengan Diana dah tak
ada kesesuian lagi. Cara aku dengan dia dah lain rasanya. Aku nak cari bekalan
diakhirat…dia pulak sibuk dengan keseronokkan didunia.”
“Farid..teringinnya
aku dapat isteri macam ‘Jannah kau’ tu,dah lah anak orang kaya, baik pulak.
Masih ada ke orang macam dia agaknya Farid. Aku tak dapat yang kaya tak
apa..tapi nak yang baik macam dia pun dah cukup.. harta dunia boleh dicari.
Tapi nak isteri yang dapat sama-sama mencari bekalan akirat.”.
“Yang Jannah
cerita kat aku dia yang sebetulnya tak tahu dia cucu orang kaya dan ada
keturunan Tengku. Datuk dan neneknya dikampung Kuala Selangor tu hanya penoreh
getah, hidup pun susah. Masa dia tunggu SPM nenek dia yang kat sini ambil
dia,masa tulah dia tahu dia ada nenek selain nenek dan datuk dia yang kat
kampong tu. Tapi kalau ikutkan dia, dia tak nak berpisah dengan datuk dan
neneknya yang kat kampong tu walaupun mereka susah. Kasih sayang yang beri oleh
datuk dan neneknya dikampung menyebabkan dia rasa bahagia dan gembira selalu. Tetapi
untuk menjamin masa depan..dia terpaksa belajar sebab itulah dia datang juga keKuala Lumpur ni, kerumah
nendanya Tengku Kalidah. Lagi pun datuknya kata dia akan menjadi sebatang kara,
kalau mereka berdua tak ada lagi didunia ini. Jadi sementara ada peluang untuk
menuntut ilmu dia terpaksa meninggalkan datuk dan neneknya dikampung untuk
bekalan hidupnya juga.Kau tahu Lim sampai sekarang pun dia tak pernah jumpa
emak yang melahirkan dia”.
“Kesianya..sedih
juga kisah hidup Jannah ya Farid.”
“Itulah sebabnya
dia tak pandai meminta-minta agaknya. Dia dah ajar hidup dengan apa yang ada
Lim. Aku tak pernah lagi mendengar Jannah meminta sesuatu dari aku. Tak macam
Diana, baru kami sah jadi suami isteri seminggu dah minta kereta, nakkan kondo
tu ditukar atas nama dia. Entahlah Lim, sebenarnya bukan aku berkira dengan dia
tapi kadang-kadang terfikir juga aku ni…Diana ni kahwin dengan aku macam nak
kumpulkan harta saja.Kalau aku tak kaya agaknya dia nak tak dengan aku atau
tiba-tiba aku susah masih sudi lagi tak dia jadi isteri aku..Lim”.
“Entah lah
Farid hati orang susah nak dijangka,tapi kalau dipandang dengan mata kasar,
kita dah dapat jawapanya ye tak.”
“Tapi aku
janji ni, lepas semuanya selesai… lepas Diana bersalin nanti aku nak ajak
Jannah balik kampong dia. Aku tahu dia rindukan datuk dan neneknya walau pun
dia tak pernah cakap dia rindu pada datuk dan neneknya. Ialah macam aku ni
kalau aku ingat aku akan sebut, sebab hati aku penuh dengan dia. Mungkin dia
begitu juga, kalau dia bercerita tak pernah dia tak sebut datuk dan nenek dia
Lim. Aku janji kalau Diana dah bersalin
nanti, IsyaAllah aku akan bawa dia jumpa datuk dan nenek dia”
bersungguh-sungguh Tengku Farid menanamkan janji pada dirinya.
Dia sudah
tidak mahu menginatkan Diana lagi sakit kepalanya. Sedang Tengku Farid melayang
perasaanya tiba-tiba Halim bersuara..
“Farid..kau
dah tanyakan tentang kawan-kawan dia yang masih single lagi, kenenkanlah satu
untuk aku. Aku serius ni. Aku harap dapa isteri yang rajin masak macam dia ”
Halim meluahkan hasratnya bersungguh-sungguh.
“Aku dah
cakap dengan dia..tapi dia kata seeloknya kau mintalah dengan Allah. Caranya
mula-mula buatlah solat taubat dulu, kemudian solat hajat masa tulah kau minta,
InsyaAllah kau akan jumpa macam yang kau hajati, tapi janganlah buat sekali
saja terus kau berharap..buat selalu..tiap-tiap malam Jumaat ke, selepas solat
fardu minta juga, InsyaAllah…
Tapi kata
Jannah kan Lim semua perempuan itu sama, yang pentingnya kita ni suami yang
mendidik dia macam mana. Jannah bagi petua...Kalau kau kahwin Lim kau cakaplah
kita tak suka makan luar, walaupun dia bekerjaya, tapi kita hendak juga makan
masakkan dia. Dia mesti buat sebab masa tukan sayangnya masih kuat lagi, jadi
kalau dah hari-hari dia masak, dah jadi kebiasaan taklah tertekan malah bangga
sebab suami dia nak makan masakan dia saja”.
“Tapi kalau
macam tu kesianlah, kalau dia wanita bekerja tentulah penat balik kerja kena
masak lagi,macam kejam pulak paksa masak untuk kita”.
“Apa pulak
paksa..kita mintalah elok-elok jangan samapai dia rasa terbeban lagi pun..
kalau kita kesian kat isteri kita, kita tolonglah dia, kalau masak, masak
sama-sama,macam aku, aku tolong dia didapur… tolong apa yang patut, kopek
bawang ke siang sayur atau basuh pinggan,yang mana kita boleh tolong. Sambil
masak sambil berbual tak terasa dah siap…Satu lagi jangan cerewet sangat, apa
yang dia masak makan saja, jangan banyak kerenah itu tak sedap, ini tak sedap,
kalau macam tu tentu dia bosan nak masak. Kau tahu Lim aku hari-hari tolong
Jannah aku tu masak.Dulu sebelum aku nikah dengan Diana aku selalu juga tolong
dia sidai kain terutama hujung minggu. Dia akan membasuh banyak sikit, kalau
hari-hari biasa dia cuci kain baju kita saja, kalau hari minggu dia akan cuci
tuala dan cadar…lepas dia bilas tu kita tolonglah sidai. Lagi pun kalau kerja
berdua cepat siap dan tak terasa, kerja sambil berbual-bual”. Panjang lebar
menerangkan Tengku Farid petua
rumahtangga yang bahagia. Halim termangu dalam hatinya membenarkan
segala kata-kata sahabatnya.
“Lim rupanya
kan..jika seorang isteri membuat sesuatu untuk suami dengan niat kerana Allah
isteri akan dapat pahala. Jadi kalau kita tolong isteri kita, selain dari kita
dapat meringankan kerja isteri kita, kita tolong juga isteri dapat pahala.”
macam ustaz pula Tengku Farid menceritakan kebaikan-kebaikan seorang suami
menolong isterinya.
“Farid kau
tolong Jannah masak dan buat kerja rumah?? “
“Kau tak
percaya ke Lim… kalau kau suruh aku masak pun rasanya boleh,sebab dah selalu
sangat tengok dia masak,setakat goreng nasi atau goreng sayur aku rasa aku dah
lepas.” Cerita Tenku Farid dengan bangga.
“Lim..aku
kalau dengan Jannah tak rasa bosan kerana ada saja kita nak buat, dalam satu
hari, penuh jadual kita. Bila hari berganti kita rasa puas kerana kita
melakukan kerja untuk diri kita sendiri.Tapi kalau dengan Diana hari cuti tidur
sampai meninggi hari. Aku rasa bosan tak tahunak buatapa. Walau hakikatnya aku
duduk berdua tapi aku rasa kesaorangan, ialah satu tidur dan yang satu lagi
jaga..lepas tu nak makan pun tak ada apa nak dimakan. Tunggulah sampai dia
bangun kemudian kena pulak turun mencari makanan. Entahlah Lim..aku rasa aku
makin tidak sehaluan hidup dengan Diana, aku rasa cara hidup aku dengan dia dah
jauh berbeza.” Lama Tengku Farid terdiam seumpama memikirkan sesuatu..kemudian
dia bersuara lagi..
“Bila aku
cerita tentang Jannah ni hati aku rasa terasa rindu sangat….rindu sangat-sangat
Lim.”
sambil
tanganya meraup rambutnya kebelakang,matanya pula bekaca-kaca nyata sekali
bukan lakunan rindu Tengku Farid kepada isterinya Nur Jannah dia betul-betul
rindu.
“Kalau macam
tu telefonlah dia sekarang, orang kalau dah rindu dengar suara pun jadi.”Ujar
Halim memberi cadangan.Tengku Farid mamandang jam ditanganya,
”Baru pukul
sepeluh lima minit…entah ada entah
tidak” gumam Tengku Farid perlahan, tapi dapat di fahami oleh Halim yang duduk
di hadapanya.
“Dia pergi
mana..dia pergi minum …ehhh ajaklah dia minum sekali.”
“Aku rasakan
Jannah mungkin tak pernah makan atau minum kat luarlah Lim…sepanjang aku kahwin
dengan dia, kau tahu..belum pernah aku minum atau makan diluar dengan dia Lim..
Adalah sekali lepas malam pertama aku sebelum kami pergi kerumah datuk aku, aku
ajak dia sarapan di hotel.”
“Malam
selepas kau bersanding dengan dia, kan kau tidur kat kondo engkau dengan aku.”
“Ialah..pagi
tukan aku jemput dia hotel kita ni.”
“Ohh..Habis
tu masa ni dia pergi mana?”
“Dia pergi
solat sunat duha,solat memohon rezeki kapada Allah.”lalu Tengku Farid
menceritakan kebaikan solat sunat Duha kepada Halim seperti yang diceritakan
oleh NurJannah kepadanya.
“Farid….aku
rasa nak mengamalkan solat duha jugalah,kau tanya tak cara macam mana nak solat
sunat tu”.
“Ada ..ni
dia bagi sekali buku solat-solat sunat ..ni haa dah ditandakan pun” Tengku
Farid sambil menyelak-nyelak muka surat buku kecil ditangannya pemberian
NurJannah kepadanya.
“Jomlah kita
kesurau….kita belajar solat sama-sama.”
ajak Tengku Farid
Dalam
perjalannan kesurau.
“Farid sejak
engkau kahwin dengan Jannah aku rasa setiap hari aku nak berbual dengan
engkau…sebab apa tahu …setiap hari ada saja perkara baru berkenaan ilmu hidup
yang kau kutip dari isteri engkau.Sedikit sebanyak dapat juga aku kebaikan dari
mendengar cerita-cerita engkau..kau janji dengan aku ya… ada apa-apa lagi ilmu
yang dia bagi kat engkau bagi jugalah pada aku biar kita sama-sama belajar.
Berkenaan masaalah engkau dengan Jannah cuba cari masa untuk dia, kesian dia
walau pun dia kata dia reda segalanya, tapi engkau mesti ingat dia juga ada
hak….cuba lah kau datang pagi sikit masa kau nak jemput dia pergi kerja, dapat
juga kau solat berjemaah dengan dia, kau kata kau pun dah pandai jadi imam pada
diakan, lepas tu ambil lah kesempatan golek-golek sekejap sebelum pergi kerja.”
sambung Halim memberi cadangan.
“Banyaklah
kau punya golek-golek” berderai mereka berdua ketawa, terasa hilang sedikit
beban yang ditanggung oleh Tengku Farid.Disurau mereka sama-sama mengerjakan
solat duha.
Semenjak
Tengku Farid bernikah dengan Nur Jannah, Halim juga mendapat tempias kebaikanya
juga.Kini Halim juga sudah patuh menunaikan rukun Islam yang kedua itu setiap
waktu. Setiap hari Jumaat pula dia akan bersama Tengku Farid bersembahyang Jumaat. Kegiatan malamnya juga
sudah ditinggalkan, diisi dengan mengaji atau berzikir selepas solat fardu.
Besar sungguh pengaruh seorang kawan, jika kita berkawan dengan orang yang suka
berfoya-foya sebanyak sedikit kita akan terikut juga. Berkawan dengan orang
yang berpegang kepada ugama InsyaAllah kita akan mendapat Hidayah dan RahmatNya
juga. Semuga di berkati Allah dua sahabat ini.Amin.
Macam biasa cerita ni tetap best dan menarik untuk pembaca.
ReplyDelete