Limau purut
lebat di pangkal,
Daun selasih
di dalam raga,
Kalau kail
panjang sejengkal,
Lautan dalam
jangan diduga.
Mereka
memerhati Amirah yang telah selesai solat tetapi dia masih lagi termenung disejadah. Kemudian
mereka kedapur semula dan berbisik-bisik..
“Kenapa agaknya Mirah tu…mungkin dia ada masaalah dengan
suaminya kot.”
“Entahlah mungkin juga..nanti cuba kita tanya Ida, kalau
Mirah ada cerita apa-apa dengan Idah, mereka kan satu tempat kerja”. Siti
memberi cadangan.
“Biarkan lah dia dulu.. kalau dia cerita kita dengar tapi
jangan kita suruh dia cerita..aku tenguk macam berat saja masaalah dia.” kata
Ain bersimpati.
“Ialah... aku nampak pun macam tu, rasanya aku tak pernah
nampak dia begitu, macam orang tak berpijak dibumi nyata saja.” kata Siti lagi.
Mereka pelik
dengan perubahan watak Amirah.Tidak lama kemudian terdengar suara orang memberi
salam. Mereka sudah tahu siapa yang empunya suara.. Ida rakan serumah mereka
yang berkerja syift juga sudah pulang rupanya. Almaklum lah waktu sudah
menunjukkan tujuh setengah malam, sekejap lagi azan Mangrib akan berkumandang.
“Assalamualaikum. Ada orang kat dalam.” gurau Ida yang agak
lucu dan suka bergurau sedikit orang nya.
“Waalaikumsalam …ada masuklah jangan segan.” balas
kawan-kawannya. Ida menjengah kedapur bila mendengar kawan-kawan yang menyambut
salamnya dari dapur. Ketika dia melintas untuk kedapur dia memalingkan mukanya
kebilik Ain, dia terpandang ada orang memakai telekung di bilik Ain.
“Siapa yang tumpang solat kat bilik engkau, Ain” Ida
bertanya.
“Amirah.. dia datang, kitaorang jumpa dia kat bawah masa
kitaorang balik kerja tadi.” kemudian mereka diam meneruskan kerja-kerja
memasak, untuk makan malam. Selepas Magrib mereka makan bersama-sama. Sambil-sambil itu mereka menunggu Amirah
membuka mulut, menceritakan masaalahnya. Tapi hingga kewaktu Isyak Amirah masih
mengunci mulutnya dari menceritakan masalaah peribadinya.
=================
“Mirah boleh ke kau makan sardine ni.” tanya Ida yang tahu
masaalah mabuk mengandung Amirah yang
teruk.
“Entahlah cuba dulu..tak makan aku lapar ni.”
“Cubalah …kalau tak boleh nanti, aku ada quaker oat.” balas
Ain. Ketika menikmati makan malam mereka, Amirah cuba berlagak ceria. Mereka
juga berbual seperti biasa.
“Alhamdullilah ok pulak hari ni..siapa yang masak sardin ni?
esok-esok boleh masakkan aku lagi..entah jampi apa yang kau baca aku rasa sedap
dan tak loya pulak.”
“Banyaklah kau punya jampi, kau tu kalau nak suruh aku masak ..suruh saja lah nak jampi-jampi
segalabagai pulak.” tukas Ain kerana dia yang masak ikan sardine tin itu.
Kemudian mereka ramai-ramai ketawa.
Selesai makan mereka sama-sama berkemas, kemudian mereka
duduk diruang tamu berbual-bual sambil menunggu masuknya waktu isyak. Pada
kebiasaan meraka jika mereka ada lebih dari seorang didalam rumah.. mereka akan
solat berjemaah. Amalan solat berjemah amat digalakkan walaupun mereka wanita.
Bukankah Allah telah menjajikan pahala yang berganda jika kita solat berjemaah.
Imamnya sudah tentu Siti Zawana. Mereka solat diruang tamu rumah sewa mereka.Selesai
solat isyak berjemaah. Ketika mereka duduk-duduk menantikan waktu untuk tidur
barulah Amirah membuka mulut.
“Kawan-kawan…aku rasa nak tumpang kat sini boleh tak..kalau
tak boleh… sampai hujung bulan ni saja pun jadilah, nanti aku cari rumah lain.”
Siti menghampiri Amirah dan duduk disebelahnya.
“Mirah kenapa ni..jangan kau cakap macam tu..kalau kau nak
duduk sini macam dulu pun boleh kami tak kisah..tapi macam mana dengan suami
kau..tak marah ke dia nanti.” Mendengar perkataan ‘suami’ Amirah menekup muka
dengan kedua belah tanganya, badannya mula terhenyut-henyut menahan tangis.
Mereka yang ada diruang tamu berpandangan antara mereka.
“Maafkan aku Mirah, aku tak bermaksud nak menyakitkan hati
engkau…maaf Mirah.” ulang Siti kerana dia yang membuatkan Amirah menangis.
Semakin kuat tangisan Amirah..lalu Ida datang memeluk untuk menenangkan Amirah
disertai urutan lembut Siti dibelakang badannya. Mereka semua mendiamkan diri
menanti tangisan Amirah reda. Setelah reda barulah Amirah bersuara.
“Kau orang semua tak salah tapi aku yang tengah sedih ..aku
nak cerita tapi tak terkeluar rasanya aku nak cakap”.
“Tak apa perlahan-lahan kami faham..” mereka cuba memahami
masaalah Amirah, mungkin Amirah dan suaminya bergaduh itu sebabnya dia
melarikan diri.
“Sebenarnya aku dah kena cerai petang tadi..aku dah jadi
janda.” tangis Amirah sambil bercerita, sambil dia menarik sedunya.
Ceritanya
terhenti kerana tangisan semakin kuat. Dia mula memeluk Ida dengan kejap dengan
muka dibenamkan dibahu Ida dan menangis lagi. Terhenjut-henjut badanya menahan
esakkan. Mereka sama mengelus-gelus belakang Amirah tanda bersimpati, dengan apa
yang menimpa Amirah. Mereka sebenarnya tidak menyangka masaalah Amirah sampai
diceraikan oleh suaminya.
==================================
Setelah melihat
Amirah pergi dengan menaiki sebuah teksi dan membawa bersama beg pakainya,
Loqman pulang semula kerumahnya. Sebenarnya dia hanya duduk dihujung bagunan
memerhati apakah tindakan Amirah seterusnya. Dia memandang dari jauh, dia bingung memikirkan.. adakah
tindakkannya itu betul. . Fikiranya juga buntu. Dia tidak tahu apakah yang harus dilakukanya.
Tidak terfikir difikiranya langkah Amirah seterusnya, dimanakah Amirah akan
bermalam malam. Dalam keadaan perut yang sudah besar kemanakah langkahnya akan
dihalakan. Sampai dirumah fikirannya
menjadi kosong, sekosong rumahnya di kala itu. Dia baring sendirian di katil
sambil telentang memandang siling, dia memutarkan kembali kejadian tadi.
Sebelum
dia memasuki rumah tadi, dia sudah memikirkan ayat yang akan menerangkan kepada isterinya,
siapakah wanita yang bersama dengannya di supermarket Giant AMCOB tengahhari
tadi. Tetapi apabila dia terpandang isterinya terbaring masih bertelekung dan
terlena disejadah dia terpegun seketika. Dia terkejut bila melihat Aimrah terjaga dari lenanya. Mindanya pula
jadi tidak bersedia bila isterinya bertanya ‘dia sudah makan’. Ayat-ayat yang
telah diatur sebelum dia hendak masuk kebilik tadi...hilang, hatinya menjdi
bercelaru. Jika sudah bersalah hati pun jadi tidak keruan, fikiran pun tidak menentu. Perasaan bersalah kerana menipu isterinya
yang mengatakan ‘dia bekerja’ berperang didalam dirinya, menjadikkan dia serba
tak kena. Bila di lihat Amirah tenang seperti dia tidak melihat dirinya tadi,
hatinya mula berbolak-balik untuk menerangkan siapa wanita yang bersamanya tadi
atau pun tidak. Tiba-tiba mulutnya terkeluar pula kenyataan yang dia ‘sudah
makan pula’.
Sebenarnya
dia menyesal menjawap pertanyaan isterinya tadi. Jika dia tidak berkata apa-apa
tentu perkataan itu tidak terkeluar dari mulutnya. Hati nya menjadi panas bila isterinya
memperkatakan ‘betina’ merujuk kepada Liza. Sedangkan Lizalah yang selama ini
mengganti kan tempat Amirah yang tidak
dapat lagi menemaninya. Kemudian Amirah bagai mengungkit cara mereka bernikah.
Seperti dia yang tergesa-gesa dan tidak sabar-sabar hendak nikah pula. Tetapi
jika difikirkan itulah kenyataannya, mengapa dirinya tidak dapat menerimanya pula.
Perkataan
cerai yang pertama itu memang tidak sengaja dia melafazkan. Tetapi ucapan kali
yang kedua terucap kerana egonya. Dia melafazkan dengan yakin, supaya nampak
ketegasanya dan untuk menampakkan kuasanya sebagai seorang suami. Tetapi
tersalah tempat pula meletakkan kuasa dan sikap tegasnya. Bila difikir kembali
tidak sebesar mana pun masaalah mereka.. tapi kenapa hati akan cepat marah bila
dia berhadapan dengan isterinya. Mungkinkah kerana dia sudah mendapat pengganti
Amirah. Mungkinkah Liza lebih istimewa dan perasaannya lebih condong kepadanya.
Kita tunggu dan lihat...Loqman mahu mengukur ketinggian langit itu tinggi
kerendah.
‘Ahh..tak apalah malam nanti jumpa Liza nak tanya pendapat
dia’ dia berkata-kata seorang diri. Perkataan yang terlontar dari hatinya
sekadar untuk mencari kelegaan untuk dirinya sendiri. Dia bergolek seorang diri
dikatilnya dengan fikiran yang masih bingung. Dia bangun dan menuju kedapur tiba-tiba perutnya terasa lapar
memikir apa yang telah terjadi. Dia
membuka tudung saji diatas meja, ada semangkuk masak kicap daging dan semangkuk
bayam masak rebus. Tampa berlegah dia mengambil pinggan dan menyenduk nasi
diperiuk nasi. ’Emm..sedap pula lauk hari ini’,detik hatinya. Tidak terfikir
itulah lauk terakhir yang akan dirasainya dari air tangan isterinya.
Selepas solat Magrib dia menghubungi Liza mengajaknya
berjumpa.
“Assalamualaikum..Liza boleh tak kita jumpa sekarang, I ada
benda nak tanya youlah.”
“Waalaikumsalam..tanya dalam telefon tak boleh ke?” Liza
cuba berjual mahal..padahal hati nya melonjak kegirangan. Dia merasa sekarang
ini Loqman asyik menghubunginya sahaja, bagaikan rindu walau baru siang tadi
mereka berjumpa.
“Kalau Liza sibuk tak apalah.” rajuk Loqman pula.
“Alah kenapa ni merajuk pula..gaduh dengan isteri you
ke?…dia nampak kita ke tengahari tadi?” Liza cuba meneka. Liza terbayang,
betapa Loqman menjadi tidak tentu arah bila terpandang Amirah dikaunter
pembayaran. Selepas itu Loqman bagai tidak berminat lagi meneroka Petaling Jaya
bersamanya. Selepas makan tengahari sahaja Loqman menghantarnya pulang. Ketika
itu hati Liza menjadi sebal. Keceriaan dan keseronokkannya bersama Loqman
ingatkan sampai kepetang, rupaya awal tengahhari dia sudah dihantar pulang.
“Itulah yang I nak tanya.” Loqman menjawab dengan lemah.
“Ok boleh..datanglah jemput I ..I tunggu.” lembut mengoda
suara Liza menuturkan kesudiannya. Lima belas minit kemudian Loqman sudah pun
sampai di apartment Liza yang disewa bersama kawan-kawanya.
“Kita nak kemana ni?” tanya Liza setelah dia duduk didalam
kereta Loqman.
“Ke tempat yang boleh kita berbual..Liza nak makan dulu
ke?..I kenyang lagi. Kalau you nak makan I temankan. Sebetulnya I dah makan
sebelum Magrib tadi..hari ni isteri I masak daging masak kicap dan sayur bayam
rebus kegemaran dia.” Loqman berterus terang..terkedu Liza, dia membayangkan
tentu isteri Loqman pandai memasak. Tetapi dia tidak boleh kalah dimata Loqman.
Liza cuba mempromosi kebolehanya dirinya pula, agar Loqman tertarik kepadanya.
“You nak tahu, kalau kat kampung emak I yang selalu suruh I
masak kicap daging, dia kata I masak kicap sedap, bukan apa kalau I masak I
suka bubuh bawang besar banyak dan bubuh lada besar lebih sikit, biar nampak
cantik barulah sedap nak makan. Isteri you masak kicap bubuh apa agaknya.”
“Entahlah I ni mana
reti apa yang dia masukkan, I tahu makan saja, nampak kuah itu hitam pekat, I
tahulah itu masak kicap..Ehh you nak
makan kat mana?..jomlah I teman kan.” Kereta masih belum bergerak.
“Liza pun masih kenyang juga, tadi dah minum petang dengan
kawan-kawan. Diorang balik dari pasar malam beli apam balik dan goreng pisang.”
Sememangnya dia minum petang bersama kawan-kawannya tadi, bila salah seorang
dari mereka membeli apam balik dan seorang membeli goring pisang sebelum Magrib
tadi.
“Kita pergi dataran sajalah atau pun pasar seni..kita
duduklah kat bangku yang boleh kita bincang masaalah you tu.” Liza memberi
candangan.
“Ok.. kita pergi Pasar Seni sajalah, disitu senang kalau
kita lapar nanti, kita makan saja kat tepi sungai tu..” kata Loqman sambil menekan minyak
keretanya. Kereta MYVInya meluncur menuju ke pasar seni. Mereka duduk di satu
tempat yang agak jauh sedikit dari orang tapi dekat dengan lampu-lampu.
“Apa masaalah you sebetulnya..isteri you mengamuk ke?” Liza
menyelidik.
“Dia tak mengamuk tapi I lah yang dah terlepas perkataan
‘cerai’ kat dia tadi. Dia kata.. dah kira bercerai betul ke?” Loqman menduga,
sebetulnya dia tahu memang sudah jatuh talak kerana dia menyatakan dalam
keadaan sedar tadi.
“Kalau ikut hukum memanglah dah jatuh talak tu..berapa you
kasi dia.” bagaikan senang sahaja masaalah Loqman di mata Liza. Didalam hatinya
sudah bersorak kegembiraan. Sudah terbuka peluangnya untuk memiliki duda muda
lagi macho dihadapanya.. ‘Diri kau milik ku saorang’ itulah detik hatinya.
“I cakap talak satu.”
“Kalau macam tu you
boleh rujuk balik, kalau you masih sayangkan dia…lepas tu dia tak cakap apa-apa
ke atau merayu minta rujuk balik.” Liza bagaikan penyiasat pula. Yang
sebenarnya dia mahu menyusukkan jarum halusnya supaya tidak terkesan. Dia akan berusha
kerana ini adalah peluang nya untuk memiliki Loqman yang sudah terlepas dari
ikatan perkahwinanya.
“Itulah yang I heran..dia tak menangis pun… merayu apatah
lagi..dia terus kemas kain baju dia dan pergi.”
“Jadi sekarang dia duduk kat mana?”
“I rasa dia pergi kerumah kawan-kawan dia di Taman
Paramount, dulu sebelum kami kahwin dia duduk situ”.
“Kalau dia merayu tadi you nak rujuk balik dengan dia ke?”
“Entahlah...I ni kalau I pandang dia, I rasa macam nak marah
saja ...I tak tahu perasaan I sekarang.. tapi sebab dia sedang mengandungkan
anak I..I kena fikir juga”. Kelihatanya bagai bercelaru fikiran Loqman. Kalau
dibiarkan kemunkinan besar Loqman akan pulang semula kepangkuan isterinya..Dia
mesti berusha itu azamnya.
“Ia ke yang dia kandungkan tu anak you, you kata dia ada
kerja malamkan?” Liza menambah lagi celaru fikiran Loqman. Bila Liza berkata
begitu Loqman mula berkira-kira...
“Kenapa pula Liza rasa macam tu?...I rasa dia tak ada orang
lain selain dari I…tapi baru masuk dua bulan kami nikah dia dah
mengandung.”..adakah hatinya meragui kejujuran isterinya. Loqman bagai sudah
tidak mengenali isterinya lagi.
“Ialah cepat sangat…tapi tunggulah dia merayu dulu ..kalau
dia memang sayangkan you sehari dua ni, tentu dia akan datang merayu nak rujuk
dengan you balik…tapi kalau dah sampai seminggu dia tak jumpa..atau call you
nak rujuk, you kena sahkan perceraian you di pejabat kadi.” Pada Liza seminggu
terlalu lama..hatinya mula bimbang jika dalam seminggu itu Loqman suami
isterinya merujuk semula tetapi tiba-tiba Loqman bertanya membuka peluangnya
sekali lagi.
“Liza rasa macamana… dia sayang I lagi tak?” Ahha ini peluang
kedua untuk meracuni fikiran Loqman yang sudah bercelaru..
“Liza rasa macam dia tak sayang you..sebab dia tak rasa
sedeh pun bila you ceraikan dia..dah lah tak menangis tak merayu lagi..tapi itu
yang Liza rasa… you tunggulah sampai seminggu.. tenguk keadaan.” cucuk Liza
lagi. Pandai sungguh Liza memainkan kata-katanya disaat kekeliruan bersimpang
siur dikepala Loqman.
“Ok juga cadangan Liza tu…malam ni Liza nak makan apa?”
Selesai Liza memberi pendapat dan nasihat percuma dalam kepincangan rumah
tangga Loqman, Loqman mengajaknya makan ditepi sungai.
Selepas
makan malam itu, mereka meronda-ronda ‘malam diKuala Lumpur’ menikmati simbahan
cahaya lampu di seluruh kota raya itu. Hingga pukul sebelas malam barulah
Loqman menghatar Liza pulang ke apartment nya. Dia pula pulang kerumahnya,
sampai sahaja dia rumah dia menunaikan solat Isyak. Oleh kerana keletihan terus
sahaja dia merebahkan dirinya dikatil. Lena berlabuh hingga kepagi. Tidak
terkenang isteri yang tiada disebelah menemaninya.
Loqman
menanti Amirah merayu jika dia ingin
rujuk kembali kepadanya, seperti yang disarankan oleh penasihatnya Norliza.
Bagi Amirah untuk apa dia merayu, bukan dia yang minta diceraikan. Dia melihat
sendiri Loqman sudah ada wanita lain. Wanita itu begitu cantik dan manja,
tentulah dia lebih menghibur dan dapat menyenangkan hati bila bersama
dengannya. Dia juga melihat betapa
gembiranya Loqman ketika itu. Sambil berjalan mereka ketawa dan bergurau senda,
tentu mereka sedang bercinta. Kalau pun mereka rujuk mungkin kerana anak yang
dalam kandungannya, tentunya Loqman akan tetap bersama wanita itu kelak. Jika
begitu dia tidak rela kasih dan sayang Loqman terbahagi dua. Dia tahu dari cara
Loqman sekarang ini, tidak mustahil dia
yang akan terpinggir jika mereka berkongsi kasih.
Amirah
menyedari perubahan diri suaminya sejak dia disahkan mengandung dan mengalami
alahan teruk. Sedikit-sedikit sifat suaminya yang penyayang dan prihatinnya
kepada dirinya kian luntur. Dirinya tidak lagi mendapat perhatian dari suaminya
lagi. Segala-galanya dilakukan sendirian. Dari memasak atau mengemas rumah dan
membeli keperluan harian, malah pergi pertama kali membuat pemeriksaan
kandunganya dia juga pergi bersaorangan.
Kemesraan antara mereka seakan-akan membeku. Mereka seakan-akan membawa
diri masing-masing sebelum mereka bercerai lagi, walaupun hakitanya mereka
masih lagi duduk sebumbung dan tidur sekatil.
Dimanakah
keharmonian, kemesraan dan segala pengertian yang ditunjukkan ketika diawal
perkahwinan mereka dulu. Jika mereka berduaan dirumah kegembiraan dan belaian
kasih dari suaminya hampir setiap saat. Dia bagaikan susah untuk meloloskan
diri dari pelukkan suaminya, walaupun ketika itu dia sedang memasak didapur.
Suaminya akan sentiasa memeluknya dari belakang.
“Bang pergilah duduk depan Mirah nak masak ni.”
“Aalah tak apalah abang nak tolong ni”.
“Tolong apanya kalau macam ni.”
“Nikan abang tolong ..tolong pegang sudip ni.” Ketika itu
suaminya memeluknya dari belakang sambil memegang sudip yang dipegangnya.
Tetapi sekejap-sekejap ciuman suaminya akan singgah dilehernya, sekejap lagi
ciuman suaminya singgah dipipinya dan sekejap lagi kerambutnya pula.
“Macam ni bahaya.. nanti terpercik minyak kat tangan..siapa
susah. Kalau terpercik minyak kat tangan abang nanti mama mesti marah
Mirah..dia kata Mirah dera anak dia masak kat dapur”.
“Ada ke macam tu..mama lagi suka abang tolong Mirah masak
..Mirah nak tahu mama tu lebih sayang Mirah dari abang anak bungsu dia ni,
tau.”
“Ialah tu”.
Mengapakah
suaminya berubah dengan sekelip mata..Suaminya bukan lagi suami yang prihatin
dan penyayang, suaminya yang sentiasa romantis dengan kata-kata sayang dan
rindu kepadanya. Bila seharian mereka ditempat kerja pulangnya sahaja kata-kata
rindu itulah yang dibisikkan ditepi telinganya. Kadang-kadang belum sempat lagi
dia mandi membersihkan dirinya dia sudah dipeluk dan dicium bertubi-tubi bagai
rindu yang ditahan bertahun lamanya.
“Bang Mirah belum mandi lagi ni janganlah peluk..Mirah busuk
lagi ni.”
“Ingat Mirah..wangi saja abang peluk Mirah ..busuk pun tak
apa..walau dalam keadaan apa pun Mirah tetap isteri abangkan”.
“Ialah tu..”
“Mirah tak percaya ke?”
“Ialah..ialah Mirah percayaaa...”Terjerit dia ketika itu dia
terpaksa mengiakan kata-kata suaminya.. kerana suaminya mula mengganas..dia
dicium bertubi-tubi keseluruh muka dan lehernya hingga dia rasa kelemasan..saat
itu bahagia hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu.
Sebenarnya
Amirah tercari-cari dimana kesilapanya. Siapakah yang bersalah dalam hal ini.
Adakah dia sudah berkasar atau tidak memenuhi kehendak suaminya, sehingga
lenyap segala kemesraan antara mereka selama ini. Dirinyakah yang tidak pandai
memberi kebahagian dan keceriaan untuk suaminya atau mereka sememangnya tidak
ada keserasian. Tetapi diawal perkahwinannya mereka dulu dirasakan, setiap hari
kehidupan mereka diselubungi dengan kebahagiaan.
Begitu
cepat suaminya bertukar watak. Baru menjangkau dua bulan usia pernikahan
mereka, suaminya sudah bertukar 180 darjah dari sifatnya yang asal. Dia sering
memarahi dirinya, berbicaranya juga sudah kasar. Dia seakan tidak memperdulikan
dirinya lagi. Untuk apalah dia menaggung risiko untuk merasai semua perubahan
baru suaminya, jika mereka bersama semula. Silap-silap hari bulan mungkin kaki
dan tangan Loqman akan singgah kebadannya pula. Amirah melapangkan dada.
Mungkin segala berpunca dari kesilapannya, mungkin dirinya sudah tidak dapat
membahagiakan suaminya lagi. Dia tidak mahu disalahkan kerana Loqman tidak
mendapat kebahagian. Biarkanlah Loqman mencari bahagianya sendiri. Lagipun dia
tidak mahu menambah lagi keperitan hidupnya bila dia terabaikan kelak. Lebih
baik seperti sekarang dia telah diceraikan.
Dia rela.
Dia bertekad
didalam hatinya untuk meneruskan hidupnya tampa Loqman dan menyambung hasratnya
membela nasib keluarganya itu lebih penting. Jika anaknya lahir kelak dia akan
membesarkan anaknya sendiri. Dia yakin, dia mampu kerana dia sudah ada pekerjaan
tetap.
Seminggu
lepas kejadian itu, Amirah dan Loqman kepejabat kadi untuk mengesahkan
perceraian mereka. Dipejabat kadi, bila pegawai bertugas bertanya mengapa
mereka bercerai hanya Loqman yang menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh
pegawai bertugas. Loqman memberi alasan mereka sudah tidak sehaluan lagi untuk
hidup bersama. Loqman juga mencari kesalahanya mengatakan dirinya yang selalu
berleter, tidak menjaga makan dan minumnya dan yang menjadi hati Amirah
bertambah pedih bila Loqman berkata ‘dia sudah tidak menjadi isteri yang baik
lagi untuk dirinya, kerana sikap yang mementingkan diri sendiri’. Diakhir
perbicaraan perceraian telah dipersetujui .Ohh Loqman.. Dia ingin menduga
dalamnya laut Pasifik dengan kailnya yang hanya panjang sejengkal.
“Walau bagaimana pun…
Encik telah menceraikan isteri Encik dalam keadaan dia sedang mengandung.. jadi encik Loqman wajib menyara
kehidupanya sehingga dia selamat bersalin kelak.. dan edahnya habis selepas dia
bersalin juga..puan tidak menuntut apa dari bekas suami puan.”
“Tidak” hanya itu yang keluar dari mulut Amirah sepanjang
perbicaraan itu.
Pecerainya antara mereka tidak diketahui oleh kedua belah
keluarga keluarga Amira mahu pun keluarga Loqman. Perkara itu menjadi rahsia
mereka berdua.
No comments:
Post a Comment