Ayam hutan
terbang ke hutan
Turun ke
tanah mencari makan
Kerana
digila burung di hutan
Denak di
rumah mati tak makan
Maksud: Sanggup
tinggalkan seseorang yang dekat kerana dapat orang baru.
Kini
kandungan Amirah sudah masuk bulan keempat.Sudah berkurangan sedikit mabuk
mengandungnya,tetapi jika dia tersalah makan, dia akan merasa mual dan
termuntah juga. Kadang-kadang lebih teruk lagi, terutama sekali jika dia makan
makannan yang berminyak. Ada sekali dia memakan goreng pisang yang di beli oleh
kawan-kawannya dibuah gerai. Bila melihat kawan-kawannya makan bunyi
berderup-derup, kerak goreng pisang yang disertakan bersama goreng pisang dia
juga mencuba..memang sedap kerak gorang pisang yang masih panas dan garing.
Tetapi selepas setengah jam tekaknya mula meloya..dia duduk didalam bilik air
mengeluarkan segala makanan yang dimakanya tadi. Akibatnya malam itu kerjanya
dibantu oleh kawan yang bertugas dengannya. Dia lembik keletihan didalam bilik
rehat.
Selera makannya juga
bergantung kepada makanan, apa yang dia makan.
Dia menghubungi ibunya meminta bantuan nasihat keadaan dirinya. Dia
berazam memastikan kesihatan dirinya, kerana kesihatan dirinya bukan untuk dia
seorang sahaja bahkan untuk anaknya dan untuk suaminya juga. Dia kasihan
memikirkan keadaan suaminnya yang tidak mendapat perhatin darinya selama dia
dilanda masaalah alahan mengandungnya. Malam itu Amirah menghubungi ibunya.
“Assalamualaikum ibu…apa khabar ibu, ayah dan
adik-adik?"
“Waalaikumsalam.. ibu, ayah dan adik-adik kat sini semuanya
sihat..kakak sihat?”
“Alhamdulillah..sihat..lama kakak tak cakap dengan ibu, nak
balik Pilah pun susah juga sebab cuti tak sama dengan abang Man.”
“kakak.. tak payahlah fikir nak balik kampung sekarang ni.
Jaga diri kakak dan suami kakak elok-elok..sekarang kakak dah kahwin, syurga
kakak kat tapak kaki suami..kalau suami kakak redha Allah juga redha kat kakak
ingat tu .”
“Insyallah kakak ingat pesan ibu...bu kakak ni masih tak
ada selera makanlah bu..hari tu abang
ada tanya mak long dia kata kakak mabuk ni hanya tiga bulan saja tapi ni dah
masuk empat bulan kakak masih loya juga kalau makan...Ada sekali tu kaka makan
gerak pisang goreng..lepas setengah jam kakak makan, kakak muntah sampai
lembik..malam tu kawan kakak yang tolong buat kerja kakak.”
“Memang macam tulah awal mengadung … makanlah makanan yang
tak berminyak, yang direbus ke. paksa sikit-sikit untuk makan bukan untuk kita
sahaja tapi untuk anak kita juga, cuba makan sikit walau sesuap.. esok sikit
lagi …ibu dulu macam tu juga..tapi kita kena lawan Kalau kita ikutkan sangat rasa loya tu takut
nanti kakak tak cukup darah pulak..kalau kita tak cukup darah nanti..baby pun
tak cukup darah.. kata nurse ibu dulu.. darah ni penting untuk membawa oksigen
mengalir kedalam otak bayi..bila banyak oksigen masuk keotak bayi IQ anak kita
akan tinggi dan Insyaallah anak kita pandai nanti. Lagi satu kalau kita tak
cukup darah bersalin susah nanti..takut-takut kita akan tumpah darah. Bahaya
kakak tumpah darah ni boleh membawa maut.”
“Macam mana pula tu bu?”
“Kalau kita tak cukup darah waktu kita bersalin...akan
menyebabkan uri melekat..itu yang bahaya..jadi sedaya upaya cubalah makan untuk
menambah hemoglobin dalam darah kita.”
“Ialah bu kakak akan cuba makan..makan yang elok untuk kakak
apa agaknya bu.”
“Sebab kakak tak boleh nak makan cuba kakak makan
buah-buahan dulu macam betik tapi jangan beli banyak sangat, beli sikit dulu
kalau sesuai tak muntah barulah beli banyak. Kemudin bayam merah kata orang
bayam merah ni boleh tambah darah tapi bayam tu masak rebus saja, kalau tumis
takut kakak boleh sebab ada minyak, semuanya kakak cuba sikit dululah kalau ok
barulah makan banyak sikit”.
“Betulah ibu cakap tu sebab bayam merah ni mengandungi
protin, lemak, karbohidrat, kalium zat besi dan juga vitamin A B dan C. Kakak
ada terbaca dalam majalah wanita dulu. Kakak akan cubalah bu”.
“Kakak dah pergi klinik buat pemeriksaan tiap-tiap bulan
ke?”
“Belum lagi.. rasanya minggu depan baru kakak nak mula
pergi.”
“Kalau macam tu, bila pihak klinik bagi ubat vitmin..makan
ye..pil vitamin yang dibagi kat kita tu elok. Kalau tak boleh makan
siang...makan masa kita nak tidur, siapkan benda-benda yang boleh hilangkan
rasa ubat tu, gula-gula hacks ke..tapi jangan makan asam atau ceruk atau asam
boy, benda-benda macam tu tak elok untuk anak yang dalam kandungan. Ada orang
cakap kat ibu dulu bahan yang untuk membuat jeruk atau asam boy ni boleh
meyebabkan anak kita kuning atau pun
slight jaundice.” Panjang lebar Puan Halimah memberi ceramah ibu-ibu
mengandug kepada anaknya Amirah..nasihat
seorang ibu yang berpengalaman.
“Baik bu, kakak ingat pesanan ibu.”
“Ingat makan…jangan
tak makan untuk kita, kalau Mirah sihat anak pun akan sihat juga dan suami kita
juga terjaga..kemudian mintalah pada Allah akan kesihatan kita ni…kita berusha
dulu kemudian minta pada ALLAH supaya dimudahkan segala urusan kita..kakak
kalau kita ingat, kita akan reda..cuba kita bayangkan kita ni hendak melahirkan
seorang manusia yang akan menghuni dunia ini..tentulah ada cabaran sikit..ni
namanya cabaran kerana kita akan melahirkan seorang manusia. Seorang anak yang
akan menyambung keturunan kita nanti.”.
“Terima kasih bu..Insyallah kakak akan berusha untuk makan
bu Assalamualaikum.” Amirah memutuskan talianya dia merasa lega setelah
berbual-bual dengan ibunya.
===========================================
Masa berjalan
begitu pantas. Loqman sudah tidak menghiraukan isterinya lagi. Kemana-mana
sahaja Amirah pergi, dia akan pergi sendiri.Terutama pergi pemerikasaan
kandungan setiap bulan, dia juga akan pergi sendirian. Apabila sekali dua dia
meminta pertolongan suaminya, tetapi bagai susah benar untuk suaminya memenuhi
permintaanya, Amirah berlapang dada mungkin suaminya bebar-benar sibuk.
“Bang esok Mirah nak pergi klinik.”
“Untuk apa?..Mirah sakit ke?”
“Tak lah sakit, tapi nak buat pemeriksaan ibu-ibu
mengandung.. abang boleh temankan tak?”
“lain kali kalau nak
abang teman kan cakap awal-awal, senang abang nak ambil cuti, ni tidak.. dah
malam macam ni office pun dah tutup. Kenapa pula nak teman, tak boleh pergi
sendiri ke?”
“Mirah rasa tak pandailah nak pergi pertama kali ni.”
“Apa susahnya Mirah pergilah naik teksi, kemudian bagi tahu
pada pemandu teksi mana kita nak pergi
sampai sana nanti tanya lah orang...takkan itu pun tak pandai.” Loqman
sekarang bukan lagi Loqman yang dulu yang penuh dengan kasih sayang, kini sudah
tiada nada lembut lagi bila dia
berkata-kata dengan isterinya, suaranya bernada sinis dan tegas. Rasanya
kandungan rasa kasih sayang pada nada suaranya suaminya sudah berkurangan pada
pendengaran telinga Amirah..betulkah begitu atau dirinya yang berperasaan
begitu mungkin kerana ‘pembawaan budak’ istilah orang tua-tua dan dirinya
merasa ingin dimanja.
“Oklah Mirah pergi sendiri.” pertama kali dia membuat
pemeriksaan suaminya tidak mahu pula menemani.
Walau pun dia
juga tidak tahu, tetapi digagahi mencari dan bertanya nanti. Terasa sedeh
menjerut tangkai hatinya, bila dirasakan suaminya sudah tidak ambil peduli pada
dirinya lagi..tapi ditelan sahaja rasa kecewa itu dengan seribu rasa.
Dilain pemeriksaan
Amirah bertanya suaminya lagi..
“Bang boleh tak teman kan Mirah buat pemeriksaan ibu
mengdung?”
“Bila?”
“Tiga hari lagi.”
“Hari tu kan boleh pergi sendiri.. ni dah tak boleh pulak?
Mirah tu tak lama lagi dah nak jadi emak jangan nak manja-manja, nanti macam
mana nak jaga anak kalau emak nya manja.” berdesing telinga Amirah bila
suaminya mengatakan dia manja..tetapi apa salahnya dia bermanja dengan
suaminya.
Amirah tertunduk
menyembunyikan rasa. Air matanya sudah ditubir mata menanti saat hendak menitis
keluar. Dia berpusing untuk melangkah pergi...dia hendak kedalam biliknya untuk
menyembunyikan air mata yang sudah tidak dapat dibendung lagi, sebolehnya dia
tidak mahu menganis dihadapan suaminya. Bila dia mendengar suaminya
berkata-kata, dia menoleh kearah suaminya untuk memberi perhatian apa yang
diperkatakan oleh suaminya.
“Mirah cuti tahun kita ni kalau boleh jimatlah sikit, nanti
kalau ada apa-apa kecemasan senang nak cuti, FAHAM..jadi esok Mirah pergi aje
sendiri. Abang nak jimat cuti abang yang dah tinggal beberapa hari lagi untuk
sampai akhir tahun ni.” Bila melihat mata isterinya berair Loqman mecebikkan
bibirnya.
“Hai cakap macam tu pun dah nak menangis” tiada pujukkan
keluar mulut suaminya untuk meredakan kesedehan hatinya. Cebekkan bibir
suaminya yang terpamir makin menghiris hatinya. Amirah melangkah pergi menjauhi
suaminya dirunag tamu. Dia mencari ruang tersembunyi untuk melepaskan kesedehan
hatinya.
Banyak pula alasan Loqman. Sebenarnya memang
dia tidak mahu menemani isterinya keklinik untuk pemeriksaan ibu mengandung,
sekarang ini waktunya sangat berharga..dia lebih suka ditempat kerja...dari
diklinik yang sentiasa sibuk dan bising.. itulah yang ada difikiran Loqman.
Sejak itu Amirah tidak pernah lagi meminta dirinya ditemani.. dia akan pergi
bersaorangan. Dia cuba berdikari.
Kini Loqman sudah pandai keluar
makan malam sendirian. Katanya masakkan Amirah sudah tidak memenuhi kehendak
seleranya lagi. Petang itu sepulangnya dari kerja, sampai sahaja dirumah dia
bersiap-siap mandi. Selepas solat Magrib dia bersiap mengenakan t-shirt jenama
polo berwarna putih dan berseluar jean biru. Dia menjengah kedapur untuk
memberitahu isterinya dia hendak keluar makan malam. Ketika itu isterinya sedang menyediakan makanan untuk
makan malam mereka.
“Mirah…Mirah masak untuk Mirah sorang saja lah..abang nak
keluar makan dengan kawan malam ni.” malam itu Amirah masak rebus bayam merah,
telur dadar dan ikan bilis digoreng dengan bawang besar dan cili hijau yang
dimayang besar-besar, itulah selera Amirah malam itu.
“Kenapa Mirah masak tak sedap ke malam ini?”
“Cuba kau tenguk apa kau masak malam ni? Sedap ke?..
jadi Mirah makanlah sendiri masakkan
Mirah tu..abang dah nak keluar ni.”
Sekarang
ini Loqman sudah semakin kasar jika dia berbicara dengan isterinya. Entahlah
ada sahaja rasa yang tidak kena jika dia berbicara dengan isterinya..rasa
semacam tidak puas hati..tetapi tidak puas hati kenapa?.. soalan itu selalu
berlegar didalam kepalanya... mungkin tidak puas hati kerana isterinya
mengandung terlalu cepat.. dalam hal ni siapa yang bersalah agaknya.
Tingkahlaku
suaminya yang mula berubah, kadang-kadang menimbulkan tanda-tanya dihati
Amirah. Tapi apa yang harus dilakukan. Untuk bertanya kepada suaminya akan
kesalahan atau kesilapannya, itu tidak mungkin. Dia tidak suka dirinya diherdik
dan dia juga tidak suka mendengar suara tinggi suaminya. Tetapi suara itulah
yang akan akan didengar bila suaminya
berbicara denganya. Dia merasakan sejak dia mengandung dirinya agak sensitive
sedikit. Betulkah begitu? Atau sememangnya suaminya yang sudah berubah..tapi
mengapa..mungkin suaminya belum dapat menerima lagi dirinya mengandung dan
tidak lama lagi mereka akan mempunyai anak begitukah?. Lama dia memikir keadaan
rumah tangganya.
Dia
juga sedar dan mengakui masakkanya sekarang ini memang bukan cita rasa suaminya
selama ini. Yang dia tahu suaminya suka makan masak lemak cili api. Kalau dapat
makan masak lemak daging salai campur dengan buah bacang, memang tak menoleh
lagi lah dia. Amirah berjanji dalam hatinya dia akan memasakkan juga masakkan
kegemaran suaminya nanti. Mungkin esok dia akan kepasar atau supermaket untuk
membeli daging dan santan, itu azamnya dalam hati.
===========================================================
Kursusnya yang
dijalani selama lapan bulan telah berakhir, kini Amirah sudah mula bekerja. Semua kawan-kawannya termasuk dirinya sudah
ditempatkan di tempat-tempat yang telah ditentukan. Amirah ditempatkan
diPetaling Jaya tetapi bekerja mengikut giliran. Mengikut apa yang diberitahu,
waktu giliran bermula dari pukul lapan pagi hingga kepukul enam petang dan
keesokkan harinya pula bermula pada pukul enam petang hingga kepukul lapan pagi
keesokan harinya. Ini bermakna ada satu hari yang dia terpaksa bekerja waktu
malam hingga kepagi. Kemudian dia akan di beri rehat dua hari.
“Bang.. Mirah dah habis kursus..minggu depan Mirah dah mula
kerja..dalam seminggu ini Mirah akan bekerja waktu pejabat, tapi esok-esok
Mirah kerja ikut syif..ada kerja malam”.
“Oklah..”itu sahaja jawapan suaminya acuh tak acuh. Itulah
sikap suaminya sekarang. Suaminya sudah tidak mahu berbual lagi dengannya.
Kadang-kadang hanya ‘Hemm’..sahaja yang keluar dari mulutnya bila dia
memberitahu sesuatu perkara. Mengapakah susah benar suaminya mahu berbual
denganya sekarang ini, atau sekarang ini suaminya sudah kehabisan cerita..untuk
dia bercerita dengannya.
Amirah mula menyedari suaminya kini sudah
tidak mahu bercakap banyak atau berbual denganya lagi. Hanya sepatah sepatah sahaja jawapanya bila
dia bertanya atau memberi tahu sesuatu perkara. Seakan kemesraan antara mereka
telah beransur pergi dari kehidupan rumah tangga mereka. Kadang-kadang dia
tercari-cari sifat kasih-sayang dan prihatin suaminya masa mereka baru bernikah
dulu. Sekarang ini jika mereka ada bersama-sama dirumah, suaminya seakan ingin
menjauh dari dirinya. Dia tidak lagi mahu duduk berduaan dan berbual atau
memeluk dirinya. Dia selalu ingin menyendiri didalam bilik atau di anjung
rumah. Telefon tangannya sentiasa digemgaman. Dia selalu berSMS atau berbual
dalam telefon. Jika suaminya berbual
didalam telefon pula, suaranya akan diperlahankan atau dia akan duduk didalam
bilik dengan pintu bertutup. Jika dia masuk kedalam bilik perbualan akan
cepat-cepat dihentikanya. Amirah menyedari kini suaminya sudah ada rahsia
dengannya.
Amirah
ingin berusha mengembalikan keharmonian rumahtangganya. Untuk megambil hati
suaminya tengahhari itu dia memasakkan masakan kegemaran suaminya.. masak lemak
cili api daging salai, walau pun tiada buah bacang seperti resepi selalu. Dia
mengharapkan suaminya menghargainya. Kebetulan Amirah bercuti. Untuk memulakan
kerja mengikut giliran dia di beri cuti selama sehari..selepas itu dia akan
bekerja mengikut giliran. Dia juga masak goreng belada ikan tenggiri. Untuk
sayurnya pula Amirah memasakkan sayur campur yaitu kobis,lobak merah, kacang
buncis dan jangung muda di tumis bersama udang hidup. Amirah bersyukur kini
sudah boleh kedapur, mungkin alahan mengandung sudah berkurangan.Tengahari itu
mereka makan bersama sambil makan Amirah cuba berbual kerana rasanya sudah lama
mereka tidak berbual.
“Bang ok tak masak lemak daging ni, tapi tak cukup
bahannyalah...tak ada buah bacang..susah rupanya nak cari buah....” belum
sempat habis ayatnya suaminya sudah memotong ..dengan menjengilkan mata
kearahnya.
“Kalau makan cuba jangan bercakap boleh tak..dahlah kuah ni
pedas..ikan goring berlada ni pun pedas..tersedak nanti tak
pasal-pasal pulak.” terkedu Amirah mendengar leteran suaminya.
Sebenarnya Amirah
seorang yang pendiam bila ditegur begitu terus mati bualannya. Dia tidak
menjawab. Dia meneruskan suapanya. Walaupun didalam hatinya berbagai soalan muncul tetapi tidak terkeluar
dibibirnya... Bukankah dulu itulah lauk kegemaran suaminya. Lagi pedas lagi
sedap, maklumlah anak orang negeri Sembilan mana boleh tidak pedas.
Tengahhari
itu dia hanya makan bayam masak rebus bersama sesudu nasi dan ikan bilis goring
sahaja. Hanya itu yang selalu dimakan oleh Amirah kerana lauk itu sahaja yang
tidak menyebabkan tekaknya mejadi loya dan termuntah selepas makan. Walaupun
dirasakanya alahan mengandung sudah berkurangan tetapi dia tetap berhati-hati
ketika makan.
Sudah seminggu dia memulakan kerja mengikut giliran. Hari
pertama dia berkerja malam Loqman sudah
mencurigai dirinya.
“Mirah..Mirah ni kerja ke pergi mana?..awak tu kelulusan
Universiti, kerja dengan kerajaan.. macam mana boleh kerja syift pulak..yang
aku tahu orang kerja kilang saja yang kerja ikut syift.” Suaminya bertanya
...mungkin hatinya merasa ragu dengan kerjanya.
“Mirah nak pergi mana lagi bang dengan perut besar macam
ni…betul Mirah pergi kerja.” Dengan muka yang masam mencuka suaminya
menghantarnya hingga kepintu pagar pejabat Amirah. Kini perut Amirah sudah
kelihatan besar kerana kandunganya sudah memasuki usia enam bulan.
“Esok kau balik pukul berapa?”
“Diaorang cakap pukul 810 pagi..tapi agaknya keluar dari
pejabat dalam lingkungan 830pagi.”
“Haa ada apa pulak tu.. dah habis 810 pagi teruslah
balik ni nak berlengah-lengah lagi buat
apa?”
“Sebelum kita balik ada perjumpaan dengan kawan yang akan
menggantikan tugas kita..nak terangkan tugas yang telah kita buat pada kawan
yang akan mengantikan tempat kita pula.”
“Kalau macam tu kau balik sendirilah tak larat aku nak
tunggu”.
“Bang sebelum pergi kerja esok minumlah dulu..Mirah dah
siapkan sarapan abang.. kat atas meja.”
“apa yang kau siapkan?”
“Roti..kalau abang nak makan kaya ada dalam peti sejuk kalau
abang nak makan dengan majerin, majerin ada kat atas meja..air panas dalam
thermos tu baru tadi Mirah ganti sampai esok rasanya masih panas lagi tu.”
“Kalau setakat makan roti dengan kaya dan majerin kemudian
bancuh air sendiri..baik tak payah, biar aku makan kat tempat kerja saja..hulur
duit orang dah siapkan depan mata.”
itulah jawapan suaminya..bukankah ditempat kerjanya ada Liza. Makan
bersama Liza sambil dapat memandag wajah Liza yang ayu dan mendengar suaranya
yang gemersik makan pun lebih berselera. Amirah menahan sabar, dia hanya
mendiamkan diriya sahaja. Sebenarnya dia tidak suka mendengar suara tinggi
suaminya jika dia berkata lebih dari yang diperlukan. Kini Loqman sudah semakin
kasar jika dia berbicara dengannya. Perkataan aku untuk ganti dirinya sudah
sering terkeluar dari bibir suaminya.
Sudah
biasa Loqman ditinggalkan seorang diri dirumah, ketika isterinya bekerja malam.
Tapi kadang-kadang dia merasa seronok pula ditinggalkan begitu, kerana segala
kegiatanya tidak siapa yang akan menghalang. Kini dia sudah ada rutin harianya
sendiri. Jika isterinya bekerja malam, dia akan keluar makan malam bersama
Liza. Mudah sahaja untuk mengajak sigadis manis ini menjadi penemannya, gadis
itu tidak pernah menghampakan permintaannya. Liza tidak banyak soal dan sanggup
menemankannya kemana sahaja. Kekerapan dia bersama Liza juga menimbulkan rasa
sayang dihati Loqman. Bagi pihak Liza pula sememangnya itu yang diharapkan.
Sejak dia terpandangkan Loqman hatinya sudah terpikat. Peluang yang ada tidak
akan dilepaskan begitu sahaja, walau pun dia tahu Loqman sudah beristeri dan
isterinya sedang mengandung.
“Isteri you tak marah ke keluar dengan Liza malam ni.”
sekarang ini Liza sudah tidak memanggil Loqman dengan panggilan ‘encik’
seperti dulu lagi. I dan you terdengar lebih mesra. Maklum lah sudah
biasa tentulah sudah ada mesra.
“Dia tak ada malam
ni.. dia kerja malam..lagi pun takkan dia nak marah. Dah dia kerja macam mana
nak temankan I makan.. I carilah teman. Lagipu salah ke I keluar makan dengan
kawan I. Kalau tak boleh, janganlah pergi kerja..temankan saja suaminya ni ye
tak?” tu hanya alasan Loqman sahaja..kalau betul dia hendakkan makan berteman
cari sajalah kawan lelaki bujang bukannya tak ada..punyalah ramai polis lelaki
yang masih bujang di tempat kerjanya.
mendengar jawapan Loqman, Liza tahu dia sudah ada didalam hati Loqman. Liza ketawa bahagia. Ketawanya itu
ramai warga lelaki dipejabatnya yang ingin mendengarnya.. kerana suara tawanya
kedengaran sungguh romantic. Loqman juga suka mendengar suara tawa itu.
Sedang
mereka menanti pesanan sampai.. tiba-tiba telefon bimbit Loqman berbunyi..bila
dilihat, terpapar nama Amirah diskrin telefon bimbitnya. Loqman menjawab dengan
malas. Sekarang bagai tiada semangat apa-apa, jika berkaitan dengan Amirah
mengapakah begitu. Tidak seperti dulu
suara itulah yang paling ditunggu. Mungkinkah kini isterinya umpama habis manis
sepah dibuang..tetapi bukankah itu isterinya.
“Assalamualaikum..abang kat mana ni?” Amirah mendengar bunyi
bising orang bercakap-cakap Amirah
bertanya, dimana suaminya.
“Abang kat luar ni tengah nak makan.”
“Kan Mirah dah siapkan makan abang bawah tudung saji..abang
tak makan kat rumah ke?”
“Lauk tu lauk semalamkan. Lagi nak makan sorang-sorang mana
sedap..ni abang keluar makan dengan kawan.” Amirah tidak menyoal lagi, kerana
terlebih tanya takut nanti dia diherdik oleh suaminya pula. Sebab sekarang ini
suaminya sudah tidak seperti dulu lagi. Loqman bukan suami yang penyayang dan penuh pergertian lagi. Dia
mudah marah jika bersamanya atau menjawap pertanyaanya.
Sememangnya lauk
itu lauk semalam. Dia memasakkan suaminya masak lemak cili api daging salai.
Tetapi pada kebiasaan keluarga mereka sememangnya lauk itu dimakan lebih dari
sehari..makin lama lauk itu makin sedap rasanya, kerana sudah menjadi pekat dan
dagingnya juga sudah semakin lembut. Jika tidak dimakan bersama nasi mereka
akan memakannya bersama cucur bilis atau lempeng sahaja. Kebiasaan keluarga
mereka adalah sama.
“Ehmm.. ada apa Mirah call ni?” Amirah tersedar dari
kemuskilanya bila suaminya bersuara.
“Ohh ialah..Mirah nak tanya abang ni,esok abang ada kat
rumah ke?..”
“Kenapa pulak kau tanya?…nak balik kampong ke?…abang ada
kerja esok.” Belum sempat Amirah memberi sebab..suaminya sudah memperkatakan
dia bekerja esok.. tinggi pula nada suaranya, mungkin untuk menunjukkan
ketegasanya atau pun dia marah kerana hari esoknya dia akan diganggu.
Terdetik difikiran
Amirah esok hari Sabtu…bukan kebiasaan Loqman bekerja di hari Sabtu. Jika ada kes-kes tertentu
sahaja dia dikehendaki kepejabat. Itu juga Amirah tidak bertanya dia hanya diam
memikir sahaja walau pun ada kemuskilan dihatinya. Dirasakan kepalanya asyik
sahaja memikir tentang keluarbiasaan suaminya kini.
“Kalau macam tu Mirah balik lewat sikit esok, oklah Mirah
nak tanya itu saja Assalamualaikum ”
talian diputuskan bila ditunggu tiada soalan lagi dari suaminya. Amirah
menjangkakan tentulah suaminya akan bertanya mengapa dia pulang lewat esok.
Kini diakui suaminya sudah tidak kisah akan dirinya lagi.
Setelah talian diputuskan Liza yang duduk dihadapan,
tersenyum-senyum dan berkata....
“Ohh isteri you dah buat spot check..nampaknya.” Liza cuba
menusuk jarum halus..tetapi Loqman tidak terasa kerana jarum terlalu halus dan
tajam.
“Jangan you fikir I ni boleh diQueen control oleh isteri I.”
itulah tujuan Liza yang sebenarnya.., bila Loqman berkata begitu. Liza
tersenyum gembira tetapi manja dan mengoda dimata Loqman. Liza tersenyum kerana
hatinya gembira tusukkanya sudah terkena sasaranya. Itulah tujuan sebenar Liza.
Dia mahu Loqman terasa isterinya mahu menyekat kebebasanya dirinya.
Kelewatan
isterinya pulang dari kerja esok menimbulkan banyak rancangan dikepala Loqman.
Lagi pun dia mahu membuktikan kepada Liza dirinya bukan dibawah telunjuk
isterinya. Loqman mula merangka agenda esok bersama Liza untuk berseronok. Dia
ingin mengajak Liza keluar bersarapan esok pagi dan selepas itu mereka akan
berjalan-jalan kemana-mana sahaja untuk ‘mencuci mata’
.
Kini hati Loqman rinag bila bersama Liza.
Dimata Loqman, Norliza memang seorang yang sangat memahami dirinya, tidak jemu
dipandang mata kerana dia pandai bergaya dan cantik. Norliza kecil molek
orangnya, dengan ketinggian 150 cm dengan berat badan 51kg, Liza kelihatn
berisi dan sedap mata memandang. Dia
suka berpakaian yang mengikut bentuk
badan, tetapi tidak pula terlalu ketat, berkulit putih, hidungnya
mancung. Dia pandai mengenakan gincu bibir yang tidak terlalu menyerlah, itu
menyebabkan bibirnya kelihatan sentiasa
merah basah. Ditambah pula dengan suara dan tingkah lakunya yang manja,
membuatkan hati Loqman sentiasa ingin bersamanya. Jika dibandingkan dengan
Amirah, isterinya itu seorang yang suka berdikari, mungkin dia anak yang sulung
menyebabkan dia bersikap begitu. Dari segi kecantikan.. Amirah cantik juga tapi kecantikannya asli, tidak
seceria kecantikan yang ditambah dengan alat solek yang nampak lebih ceria dan
berseri.
Bagi Liza ajenda
bersama Loqman memang selalu dinanti. Dia benar-benar rasa gembira, Loqman
sentiasa menguntukkan masa untuk bersamanya.
No comments:
Post a Comment