~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 31 July 2012

Bab 21. Jangan ada rahsia


                                                


Hujan rintik-rintik,
Mari berteduh di pokok sena;
Jangan dipandang kerana cantik,
Tenguk dulu budi bahasanya.


Sudah hampir sebulan Tengku Farid menemani isterinya Diana dan  selama itu jugalah Diana tidak dapat kekelab berjumpa kawan-kawanya untuk melakukan aktiviti yang menjadi kebiasaan mereka. Lama kelamaan dia sangat rindu pada kegiatanya itu. Diana nekad untuk berjumpa kawan-kawanya walau apa pun halangan dari suaminya. Dalam diam dia mencari jalan bagaimana dia akan dapat meloloskan diri dari kongkongan suaminya.Untuk membawa suaminya pergi bersama itu tidak mungkin, keadaan suaminya sudah jauh berbeza dulu dan sekarang. Kalau dulu sebut sahaja kelab mana yang hendak dikunjungi, dia akan dengan gembira bersetuju, malah dia pula yang tidak menyempat untuk menmghabiskan waktu bekerja untuk mereka mengunjungi kelab-kelab hiburan itu. Mereka akan berhibur hingga kelab memberi pengumuman untuk ditutup. Tetapi sekarang jejak sahaja di kelab malam belum sempat untuk menyapa kawan-kawan,suaminya sudah sibuk mengajaknya pulang dengan alasan… letihlah… mengantuklah.

Rindu yang membara tidak dapat dibendung lagi.Bagai  terasa sudah bertahun dia tidak pergi berhibur dan berjumpa kawan-kawanya. Jika dia keluar makan dengan suaminya biasanya selepas habis makan sahaja suaminya akan mengajak nya pulang.Sampai dirumah mereka akan menonton tv atau dvd lepas itu mereka akan tidur.Rutin kehidupan seperti itu bagi Diana sangat membosankan. Hanya sebulan sahaja dia mampu bersabar dan malam ini dia tidak akan bertolak ansur lagi.

Sudah seminggu Diana memerhatikan kebiasaan-kebiasaan yang dilakukan oleh suaminya.Dia sudah boleh menjangkakan lama mana waktu yang diambil oleh suaminyamelakukan rutinya setiap hari.Seperti kebiasaan  suaminya akan berzikir sedikit selepas solat fardhu,hari ini pula hari Khamis malam Jumaat biasaanya suaminya akan membaca Surah Yasin selepas solat Magrib dan selepas itu terus saja solat Isyak pula. Kesempatan ini tidak disiakan oleh Diana untuk dia keluar tampa suaminya menemaninya.Ketika Tengku Farid menerjakan solat Isyak Diana keluar memandu kereta Suzuki Swiftnya sendiri.Dia memilih waktu begini kerana suaminya tidak dapat menghalangnya ketika di sedang mengerjakan solat.Selesai solat dan berdoa Tengku Farid mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Diana.

“Assalamualaikum, Diana kenapa you tak sabar tunggu I sekejap….you kat mana sekarang ni?” keras bunyi suara suaminya.

“I..dengan Anita dan Sharon tengah tunggu Bella ni kitaorang nak pergi makan.”

“Kenapa you tak tunggu I sahaja..I dah habis solat…tunggu di situ I datang.”

“Tak payah..tak payah, nanti I nak terus ikut dia orang.. you tak payah temankan I makan malam ni…you makan sendirilah atau ajak Halim.“ Diana memberi candangan.

“Ok..kalau you tak mahu I ikut you, I balik rumah Jannah.” Tengku Farid cuba mengugut Diana.

“Pergilah I tak kisah.” ugutan suaminya tidak mendatangkan kesah pada Diana.Sebenarnya bagi Diana kasih sayang kawan-kawannya lebih bermakna dari kasih suaminya, terutamanya Bella yang memberinya lebih belaian kasih dan kemanjaan kepada Diana.

“Diana you tu mengandung jagalah sikit tingkah laku, jaga kesihatan you..cubalah dengar sikit nasihat I ni …I ni kan suami you.”

“I bukan nak buat apa, I hanya nak hiburan saja, I bosan duduk dirumah asyik muka you dan tv saja yang dapat I tengok..I perlukan kawan-kawan.”

“You bosan tenguk muka I ni…. kenapa Diana you dah tak sayang I lagi ke?” sedihTengku Farid mendengar apa yang dituturkan oleh isterinya Diana.Terasa segala pengorbananya selama ini tidak bererti kepada Diana.

“I sayang you tapi cara kehidupan you sekarang, I rasa bosan….oklah..oklah Farid, Bella dah sampai ni I pergi dulu.” Cepat-cepat Diana memutuskan talian.Tengku Farid termangu sendiri. Bagi Diana dia tidak mahu bertelefon dengan suaminya jika Bella ada dihadapanya..Bella akan cemburu…dan mula tidak memperdulikkan dirinya nanti.

Sebenarnya Tengku Farid jugabelum  makan malam, rancangnya tadi dia akan makan bersama Diana  selepas solat Isyak.Dia merancang lewat sedikit untuk keluar makan malam kerana malam itu Khamis malam Jumaat dia ingin membaca Yassin.Dia mahu kondo kediamannya di alunkan surah Yassin didalamnya agar Rahmat Allah memberi cahaya keimanan kepada penghuninya.Dalam  keadaan dia termangu dia memutuskan untuk pulang sahaja kerumah NurJannah. Sudah menjadi kebiasaan, jika Diana keluar dengan kawan-kawanya pukul satu pagi belum tentu dia akan pulang. Jadi untuk apalah dia menunggu Diana umpama menanti buah yang tak gugur..lebih baik dia kerumah NurJannahDia mencapai kunci keretanyauntuk pergi kepangsapuriisterinya yang satu lagi.. Lagi pun dia sudah lama tidak bermalam dirumah NurJannah.

Sesampai didepan pintu pangsapuri NurJannah, Tengku Farid membuka pintu utama menggunakan kunci yang ada padanya. Sebelum masuk dia memberi  salam perlahan dia mendengar sayu suara isterinya sedang mengaji. Dia menapak kepintu bilik dan menolak perlahan daun pintu bilik mereka, dilihatnya husyuk sungguh isterinya itu membaca ayat-ayat yang sedang dibacanya, lalu Tengku Farid duduk dibirai katil. Apabila terpandang sahaja suaminya NurJannah mengakhirkan bacaanya, dengan bacaan Sadaqallahul `Azim dan megalunkan doa selesai membaca Quran, Tengku Farid juga sama megalunkan apa yang keluar dari mulut isterinya..Allahummar hamna bil_Quran,wajalhu lana imamaun wanuraaun wa hudaun wa rahmah, Allahumma dzakkirna minhuma nasina wa’allimna minhuma jahilna, warzuqna tilawatahu ana’ allaili wa athrafannahar, waj’alhulana hujjatan, ya Rabbal’alamin. Apabila selesai berdoa isterinya menoleh kepadanya, dia memberi salam sekali lagi.


“Assalamualaikaum sayang…”

Doa tadi bererti..Ya Allah rahmati kami dengan Quran, jadi ia imam kami dan cahaya petunjuk dan rahmah. Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarkan apa yang kami jahil, kurniakan kami membaca sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya, jadikan ia perisai kami. Wahai Tuhan seluruh alam.

“Waalaikumsalam.”NurJannah meletakkan Al-Quranya diatas meja lalu tangan suaminya dicapai dan menciumnya.

“Abang dah solat?” tanya NurJannah sambil menanggalkan telekungnya.

“Dah, abang solat kat rumah tadi...dah habis ke Jannah baca Yassin?” dia tahu selepas solat Isyak isterinya yang iniakan mengaji, apatah lagi malam itu hari Khamis malam Jumaat tentu dia membaca Yassin tadi, NurJannah menoleh memandang suaminya.Dia sudah selesai melipat dan menyidai telekung di penyidai ditepi dinding. Dia menghampiri suaminya…

“Malam ni Jannah  bacasurah Yassin dan surah Mariam.”sambil tangannya memeluk leher suaminya dan mencium pipi suaminya pula, bahagia Tengku Farid diperlakukan begitu oleh isterinya.

“Abang dah makan?” dia memandang suaminya sambil memberikan sebuah senyumanmanis.

“Belum…Jannah dah makan?“soal suaminya kembali.Tangan suaminya sudah dipinggangnya.

“Sudah tapi rasa lapar lah pulak bila nampak abang…jomlah kita ke dapur tengok apa yang boleh kita makan.”Tengku Farid mengikuti  langkahisterinya NurJannah kedapur..

“Mmmm…abang nak makan nasi..ke mee goring.Mee kuning ada dalam peti sejuk tu kalau abang nak tunggu sekejap Jannah masakkan.”

“Apa-apa yang senanglah..abang tak kisah janji boleh tarik selimut malam ni sudahlah.”Tengku Farid teringat kata-kata NurJannah suatu ketika dulu lalu diulanginya.Nur Jannah ketawa bila mendengar kata-kata dari suaminya.Tengku Farid membuka tudung saji diatas meja untuk melihat lauk isterinya malam itu.

“Abang ni ada ke macam tu..makan biarlah makan betul-betul kita ni perlukan tenaga untuk  kerja esok pagi kan”. Ketika Tengku Farid membuka tudung saji…

“Ni masih ada lauk lagi ni.”

“Jannah masak cincai saja hari ni bang..masak lemak tauge dengan daun kucai  dan masak sambal sotong.”

“Oklah ni Jannah… abang rasa nak makan nasi..sajalah.”

“Kalau macam tu tunggu sekejap Jannah buat telur dadar.”Sambil mengoreng telur dadarnya NurJannah bertanya tentang menunya esok pagi.

 “Bang esok pagi nak makan apa?” sesekali suaminya ada dirumah dia suka berbincang apa-apa saja yang akan dilakukan kesokan harinya, seperti makan pagi atau bertanyakan suaminya apa yang diingini oleh suaminya esok.

“Apa-apa sajalah..Jannah masak apapun abang tak kisah..abang makan saja.” bagi Tengku Farid kesuadian isterinya menyediakan makan pagi untuknya pun dia sudah cukup bersyukur..sekarang dia tidak pernah rasa lapar ketika pergi bekerja..tidak pernah lagi NurJannah tidak meyediakan sarapan pagi sebelum mereka ketempat kerja. Dia bahagia diperlakukan begitu terasa dirinya diperlukan, dimanja dan diberi perhatian.

“Kalau macam tu apa kata kita makan mee goring.”NurJannah mengeluarkan sebungkus mee kuning dan sawi dari dalam peti sejuknya.Ketika itu suaminya sudah mengambil pinggan dan menyenduk nasi didalam periuk. Sekarang ini Tengku Farid akan megambil sendiri bila dia hendak makan. Dia tidak mengaharapkan isterinya menyediakan untuknya.

“Ehh kata nak makan mehlah kita makan..itu esok boleh kita buat.” tapi Nurjannah masih lagi dengan menunya untuk esok pagi.

“Abang nak mee pedas ke tak pedas.”NurJannah masih bertanyakan selera suaminya.

“Pun ikut selera chef,kalau kata  chef dia nak pedas assistant ikut pedas jugalah.” Setelah membaca Bismillah dan doa makan Tengku Farid memulakan suapan pertamanya kerana dia sudah rasa lapar. Perutnya bertambah lapar dengan bau harum telur dadar yang dicampur dengan bawang besar yang membangkitkan seleranya.Hari sudah menjelang pukul sembilan setengah malam. Pada kebiasaannya dia makan antara pukul enam hinggah lapan malam ini sudah terlewat satu jam perutnya sudah lama berbunyi minta diisi.

“Ok esok kita masak mee, bubuh kicap banyak sikit biar dia hitam,kita masukkan sawi banyak sikit dan udang ..Jannah rasa nak makan mee yang pedas sikit biar dia kauw.berasap telinga ok kan bang.” celoteh isterinya di dengari dengan rasa yang ceria dan bahagia.Kemudian NurJannah duduk dihadapan suaminya dia, sudah kenyang sebenarnya tapi untuk menemani suaminya dia makan sedikit.

Selepas makan mereka duduk diruang tamu sambil berbual, NurJannah menyandarkan badanya kebadan suaminya.

“Kenapaabang tinggalkan Diana malam ni.”

Pertanyaan itu tidak dijawab oleh suaminya..dia pula disoal.

“Jannah duduk sorang ni tak boring ke?”

“Jannah ada banyak benda nak buat. ..Jannah belum habis lagi nak jahit sarung bantal baby. Minggu lepas Jannah beli bantal baby kat pasaraya depan tu,kemudian Jannah kirim beli kain ela kat kakak yang kerja di ofis Jannah tu. Jannah nak cuba buat sarung bantal kecil dah siap satu tinggal satu lagi dengan bantal goleknya comel sangat Jannah tenguk tau bang..nanti Jannah ambil abang tenguk cantik tak.” Nur Jannah bangun menuju kebilik untuk mengambil apa yang di ceritakan kepada suaminya.

“Yang dah siap ni Jannah dah sarungkan kat bantal cantik tak bang warnani.” kain berwarna biru lembut bersama bunga-bunga kecil bewarna merah jambu sudah tersarung dibantal kecil..

“Jannah suka warnani ..abang suka tak?”

“Suka..tapi  kenapa Jannah susah-susah nak jahit sendiri kan senang beli saja”.

“Bukan susah nak jahit ..Satu ni dah siap.…tengok ni jahit tepi ni dan tepi ni dah jadi sarung bantal.Jannah bukan apa, inikan anak perama kita, Jannah nak memaknakan untuk menyambut  kelahirannya.”sambil Nur Jannah menyandarkan kembali badannya kebadan suaminya, tanganya pula sibuk membelek bantal kecil yang sudah bersarung dengan sarung bantal hasil jahitanya.

Tengku Farid memeluk dan mencium rambut isterinya dengan berbagai rasa… ada rasa bahagia dan rasa terharu bergumpal menjadi satu.Terdetik dihatinya mengapa Diana tidak seperti NurJannah.Apa yangTengku Farid nampak, NurJannah begitu gembira dan teruja akan kehadiran cahaya matanya. Dia begitu teliti menjaga anak yang didalam kandunganya..dia mengaji untuk memastikan anaknya diberkati Allah…tapi Diana bagai tidak bermakna akan kehadiran anaknya nanti.

“Bang …Jannah tanya ni, janji abang jangan kecil hati…ya…”

“Tak..tanya lah.”sambil tangan Tengku Farid membelai rambut isterinya.

“Kenapa malam ini abang balik sini..abangtak bimbang tinggalkan Diana seorang diri kat rumah.”

“Abang sebenarnya kena tinggal tadi…sedang abang solat, Diana dah pergi makan dulu,jadi abang pun balik sini”.

“Jadi abang biarkan Diana makan dengan kawan-kawan dia…abang tak risau ke dia balik malam”.

“Risau juga tapi nak buat macamana Diana tak bagi abang ikut dia, lagi pun Diana bukan nak dengar cakap abang..dia kuat melawan”.

“Itu mungkin ‘pembawakan budak’, abang kena sabar, kalau boleh ikutkan saja apa yang dia nak, InsyaAllah dah bersalin nanti oklah tu.” lama mereka mendiamkan diri.

“Abang nak balik tenguk Diana ke?”soal NurJannah.

“Kenapa Jannah tak suka abang tidur sini ke?”

“Abang ni ..sejak isteri-isteri abang mengandung, abang mudah ‘kecil hati’ ini pun agaknya‘pembawa budak’ juga.”Suaminya ketawa terkekeh-kekeh bila isterinya kata begitu.

“Jannah ni …suka dia usik abangkan”.

“Jannah bukan apa…Jannah tenguk muka abang risau..jadi Jannah tak mahu abang serba-salah kalau abang nak balik tak apa..baliklah, kalau tidur sini Jannah lagi suka.” Tengku Farid menarik isterinya dalam pelukkanya.

Apabila suaminya memperkatakan “abang nak tidur sini” NurJannah melonggarkan pelukan suaminya dan menjarakkan duduknya. Suaminya memandangnya dengan pandangan hairantetapi  NurJannah memandang suaminya dengan senyuman sambil menepuk-nepuk pehanya mengisyaratkan supaya suaminyameletakkan kepalanya diatas ribaanya.

“Kata abang rindu nak baring di riba Jannah, baring lah biar Jannah picit kepala abang”.

“Abang ingat Jannah tak suka abang tadi.”

“Hisyy..abang ni ‘pebawa budak, dia berlebih-lebih pulak.” Kedua-duanya ketawa..mengambarkan isi hati mereka.

Dengan tidak membuang masa Tengku Farid merebahkan badannya dan kepalanya sudah dipangkuan isterinya.Sambil memicit kepala dan membelai rambut suaminya, NurJannah memberi pandangan apa yang harus lakukan oleh suaminya.

“Abang berdoalah banyak-banyak dengan penuh pengharapan agar anak abang dan Diana selamat. Allah itukan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Mendengar kalau kita ikhlas memohon kepadaNyaInsyaAllah  selamat anak dan isteri abang dari segala kejahatan.”tutur NurJannah ikhlas. Tersentuh hati Tengku Farid dengan keikhlasan isterinya  itu. Di capai tangan isterinya yang sedang memicit kepalanya lalu di cium penuh kasih. Hatinya sangat tersentuh dengan pegucapan ikhlas isterinya, kedengaranya tidak ada  rasa marah atau dengki dihatinya terhadap madunya.


Malam itu entah pukul berapa Diana  balik. Diana kalau sudah berjumpa kawan-kawannya dia macam lupa diri, Tengku Farid tahu benar sikap Diana.Walau bagaimanapun denyut hati seorang suami tetap risau.Pagi itu selepas solat subuh Nur Jannah menyediakan sarapan pagi.Diatas permintaan Tengku Farid mereka kepejabat lebih awal dari biasa,kerana suaminya ingin menjenguk isterinyayang satu lagi dikondonya sebelum dia memulakan kerja hari itu.

“Jannah tak kisah ke sampai awal sangat ni.”

“Tak apa …Jannah nak mengaji sikit…Jannah nak mulakan Surah Yusuf,kemudian solat Duha, hari ni  sepuluhminit sebelum pukul  8 pagi dah masuk waktu Duha. Dapat cepat sikitlah Jannah solat Duha hari ini..pukul sepuluh nanti tak payahlah solat lagi, boleh Jannah buat kerja lain…abang jangan risaukan Jannah.” NurJannah mencapai tangan suaminya dan menciumnya.Nur Jannah sememangnya seorang isteri yang senang diajak berunding dan pandai mengisi waktunya dengan perkara yang berfaedah dan tidak membuat hati suaminya risau.

Semasa Tengku Farid sampai dikondonya, Diana masih belum bangun lagi dari tidurnya. Tengku Farid tidak baring dibilik,dia hanya menanti  Diana bangun, dia duduk sambil menyandarkan dirinya di sofa ruang tamu. Bila Diana keluar dari biliknya…

“Ehh..you tak kerja ke Farid.”tegur Diana apabila terpandang suaminya tersandar di sofa ruang tamu.Sebenarnya dia terkejut melihat suaminya ada di situ, tidak menjangka suaminya akan pulang kerumahnya pagi itu.

“Diana pukul berapa you balik malam tadi?” tanyaTengku Farid dengan mata merenung tajam kearah Diana.

“I tak tenguk jam…balik saja I terus tidur tapi rasanya awal lagi I balik.”itulah Diana kalau pukul satu pagi masih awal baginya.Dia menjawab pertanyaan suaminya dengan muka tidak bersalahnya.

“Awal tu pukul berapa..pukul sepuluh atau pukul satu pukul dua.” sindir Tengku Farid geram hatinya dengan perangai isteri mudanya, yang tak mahu berubah walaupun bakal menjadi ibu tak lama lagi.

“Diana cubalah berubah, kita ni tak lama lagi nak dapat anak…” rayu Tengku Farid dengan suara yang sudah dikendurkan agar isteri mudanya mendengar kata-katanya.

Diana yang berdiri sambil menyandarkan diri dipintu bilik mereka memandang kearah suaminya tersenyum. Apabila melihat Diana tidak menjawap atau membalas kata-katanya, dia bertanya kerana dia teringat kata-kata Diana malam tadi…

“Diana..you tak sayang I lagi ke?” sambung suaminya dengan  suara yang sayu.

“Kenapa you tanya I macam tu..sepatutnya I yang tanya you macam tu…sebab you ada dua isteri…mana yang you lebih sayang. Pada I…I memang sayang you….I love you very much.”

“Diana …I sayang you macam dulu tak berubah…. tapi malam tadi kenapa you cakap you bosan dengan I?” Melonjak gembira hati Diana bila dia melihat ada keresahan diwajah suaminya bila ada perkataan bosan yang keluar dari bibirnya semalam..ini mungkin satu lagi kelemahan suaminya. Ia akan digunakan pada masa yang perlu..suaminya akan jadi tidak tentuarah jika dirinya tidak mendapat kasih sayangnya nanti. Bila tiba masa yang sesuai nanti, dia akan meminta suaminya melepaskan antara mereka berdua, tetapi dia akan memastikan suaminya akan memilih dirinya. Senyum tersungging dibibir penuh makna.
.
“Entah lah sejak akhir-akhir ni, cara kehidupan you berubah, you lebih banyak sembahyang dan mengaji…I rasa macam you tak hiraukan I lagi..kita dah tak banyak lagi berbual..kalau you duduk disofa atau dibalkoni you lebih banyak termenung….I rasa you asyik teringatkan dia saja. Walau pun you duduk sebumbung dengan I tapi fikiran you pada dia. Betul tak?”
Sudah lama Diana menyedari perubahan pada diri suaminya sejak diawal pernikahanmereka lagi.Dia juga merasakan suaminya seakan terpaksa menikahi dirinya.Dari segi raut mukanya dia tidak begitu gembira dihari mereka bernikah. Jika ditimbang dan dikira tentulah Tengku Farid akan lebih berat kepadanya… kerana bernikah denganya adalah permintaan Tengku Farid  suatu ketika dulu...tetapi sebaliknya pula. Sering juga hatinya bertanya adakah kedudukkan dirinya disamping Tengku Farid akan tergugat kelak. Untuk mengelak semuanya itu terjadi dia akan cuba menghalang suaminya bertemu madunya..itulah sebabnya dia mencari berbagai helah supaya Tengku Farid tidak kerumah NurJannah. Diana bimbang lama kelamaan dirinya akan diketepikan. Dia sungguh tercabar jika kasih dan cinta suaminya akan berubah arah. Tetapi itu hanya perasaanya sahaja kini ternyata suaminya begitu bimbang jika dirinya tidak mendapat cinta dan kasih darinya.

“Itulah you I ajak you sama-sama solat dengan I, you tak mahu, nak tunggu sampai serulah..tunggu sampai pintu hati terbukalah…Diana kita orang Islam kita wajib sembahyang. Sembahyang itukan tiang agama, berdosa kalau tak sembahyang”.

“Farid kalau itu yang you nak cakap kat I pagi-pagi macam ni baik tak payah, you tengok jam pukul berapa ni …I dah lambat…I nak mandi..I nak siap pergi kerja.”Diana berjalan menuju kebilik air. Hatinya jadi panas jika babsembahyang disentuh oleh suaminya.

Tengku Farid mengeluh sendirian diruang tamu sambil mengikuti langkah isterinya dengan pandangan mata..Setiap kali dia mengajak isterinya Diana mengerjakan solat pasti dia akan naik angin dan mencari seribu alasan.Tidak lama menunggu Diana madi dia sudah keluar dari bilik air.‘Dia ni mandi ke hanya cuci tahi mata saja’ detik Tengku Farud didalam hati.Sebaik isterinya  keluar dari bilik air.

“Diana!!!“ tegas Tengku Farid bersuara..Dia ingin memberi peringatan pada isteri mudanya…

“Ehh…I ingatkan you dah pergi kerja..dah nak dekat pukul sembilan ni you tak kerja ke?”

“I belum habis cakap dengan you lagi. Diana…lepas ni you tak boleh lagi keluar malam, pergi kelab atau jumpa kawan-kawan, kalau you nak pergi juga I temankan …I ni suami you ..I ada hak nak larang…remember I am your husband..”dengan suara yang tegas Tengku Farid memberi amaran dengan  jari telunjuknya lulus ke muka Diana, tergamam Diana di buatnya.Sesekali kalau suaminya tunjuk garang ‘kecut perut’  Diana dibuatnya.



No comments:

Post a Comment