Tengku Farid yang memandu kereta datuknya, manakala
Tengku Faris duduk dibelakang. Dalam perjalanan ke masjid mereka berbual.
Tengku Faris membuka ceritanya.
“Bulan lepas Ris buka facebook Ris yang dah lama Ris
tak buka.”
“Apa yang Ris jumpa dalam fb Ris tu”.
“Katerina dia minta Ris call dia denga nombor yang dia
bagi”.
“Habis Ris call dia”.
“Pada mula nya Ris nak abaikan, tapi rasa tak sampai
hati pula”.
“Ris nak mula balik dengan dia ke?”
“Tak lah daddy..Ris rasa berbaloi juga Ris buka fb Ris
tu, akhirnya Ris dapat tahu kuman ADIS
Ris ni Ris dapat dari dia”.
“Siapa Katerina tu papa”.
“Bekas isteri papa kamu Farid. Kenapa yang Ris kata Ris
dapat Adis dari dia”.
“Pada mulanya dia kata nak datang Malaysia..dia nak
jadi isteri Ris balik. Jadi Ris cakaplah yang Ris hidup dah tak lama, sebab Ris
dah ada HIV positive dah nak masuk dua tahun. Kemudian barulah dia cerita lebih
kurang empat tahun dia dah dijangkiti dengan kuman tu. Dia dapat kuman tu dari
teman lelakinya yang bernama Gorge. Yang sebentulnya selepas dua tahun kami
nikah, Gorge ada datang jumpa dia dan mererka mengulangi zaman mereka bercinta.
Masa tu Gorge ada virus tu. Tapi masa tu Katerina tak tahu bekas teman
lelakinya dah ada HIV positiv”.
“Ertinya masa dia bercerai dengan Ris tu dia dah ada
HIV positivlah”
“Dah daddy tapi dia tak tahu.. Sakit hati betul bila tahu dia curang di belakang Ris,
kemudian bagi penyakit kat Ris. Lepas tu Gorge datang sekali lagi, membawa pada
perpisahan kami. Kat kata mereka berdua
masih saling mencintai. Bodoh betul Kat, dia percaya buta-buta pada
janji manis Gorge. Padahal dia hanya nak menggunakan Kat sebagai sumber
pendapatan sahaja”.
“Apa maksud Ris Kat dijadikan sumber pendapatan pada
Gorge”.
“Yang sebenarnya
dia datang pada Kat bukan kerana cinta
tapi dia nak mengguna Kat untuk menyara kehidupan dia.. Bisnes dia yang kat
Kanada tu dah mula goyah..dia tahu bisnes dia akan tumbang bila-bila masa
sahaja.Itu sebabnya dia mula cari Kat semula untuk bantu dia menyara kehiudupan
dia. Lagi pun masa tu, kesihatan dia dah mula lemah. Dia tahu kuman Adis nya
dah mula aktiv. Dengan keadaan kesihatan yang makin lemah dia perlukan ada
orang membiayai kehiudupan dia.
Harapanya hanya pada Kat kerana dia tahu Kat semenagnya sangat mencintaikan
dia. Kat pula pujuk sikit puji sikit dah cair dan percaya semua kata dia. Kan
bbodoh mananya. Ni dia nak jadi isteri Ris balik. Ris tak bodoh macam dia, Ris
tahu dia datang pada Ris sebab nak Ris tanggung kehidupan dia. Ingat Farid
berhati-hati lah dengan wanita..tak ada wanita yang jujur pada kita. Mereka
hanya nak kesenagan kita sahaja. Berhati-hatilah ”.
“Pada daddy..apa yang kita buat itulah yang pasangan
kita buat. Kemana kita pergi kesitu jugalah pasangan kita pergi. Pada atuk kan
Farid Jannah sebaik-baik wanita dan sebaik-baik isteri. Jaga dia baik-baik. Dia
dah ubah hidup Farid dari bercelaru jadi yang macam ni. Dia dah lahirkan ni nak
masuk tiga orang anak-anak Farid. Dia jaga lagi anak Farid yang dengan wanita
lain dengan baik. Hargai dia Farid”.
“Betul tu tuk..papa! rasanya tak semua wanita macam X
isteri papa tu. Tapi yang sebetulnya Farid sungguh berterima kasih dengan atuk,
sebab pilihkan wanita yang sangat baik untuk jadi isteri Farid. Farid sangat
beruntung dan Faris sangat bahagia sekarang”. Mereka berdiam diri sebentar.
Bila Tengku Faris menyambung ceritanya tentang Katerina bekas isterinya.
“Semalam dia call Ris lagi daddy. Kat kata Gorge dah mati
bunuh diri. Sebab dia dah tahan nak tanggung kehidupan dia. Dengan sakit yang
berpanjangan. Dia ditumbuhi kudis dan kulitnya melepuh-lepuh”.
“Dia tak berubat ke?”
“Nak berubat
apanya daddy.., nak makan pun tak ada duit, inikan pula nak buat rawatan. Kata Kat dia juga pun dah tak ada punca
pendapatan. Dia dah diberhentikan kerja bila selalu sakit. Nak jual tubuh pun
dah tak laku bila tengah layan pelanggan dia terbatuk-batuk. Dah sebulan lebih
batuknya tak baik-baik. Dia kat sana tak ada siap nak diharapkan. Emak ayahnya
dah tak nak terima dia lagi sebab sakitnya tu. Itu yang dia merayu pada Ris,
dia nak jadi isteri semula.”.
“Habis Ris nak buat macam mana dengan nasib bekas
isteri Ris tu. Ris nak terima dia lagi ke?”.
“Rasa kesian juga. Kami pernah hidup sebumbungkan. Lima
tahun kami jadi suami isteri. Tapi bila mengenangkan dia curang masa masih jadi
isteri Ris dan dialah yang bagi kuman ni pada Ris.. Ris serik. Jadi Ris rasa biarkanlah dia kat sana. Ris
tak mahu nak tanggung beban orang daddy. Lagi pun dia dah murtad..bukankah
orang yang murtad taubatnya tak akan diterima oleh Allah lagi. Sekarang Ris tak
nak fikir lain dah, Ris nak bertaubat bersungguh-sungguh”.
“Kalau dah macam tu kata Ris eloklah. Ris jaga
kehidupan Ris elok-elok. Bertaubatlah bersungguh-sungguh sementara Ris boleh
bertaubat”.
“Ialah daddy..Tapi Ris minta tolong dengan daddy dan
Farid, kalau Ris dah tak ada kat dunia ni tolong jagakan Hidayah ye. Farid
tolong jaga adik Farid. Dia memang adik Farid.
“In Syaa Allah papa, Farid memang percaya dia adik
Farid dari mula dia datang lagi Farid dah rasa macam Farid sayang dengan dia.
Tapi yang menjadikan Farid berdebar.. sekali imbas muka dia ada macam muka
papa, Farid ada cakap dengan atuk macam tu kan tuk”.
“Haah..atuk pun terkejut juga..tak sangka kita memang
ada pertalian darah”.
“Kalau ikut cerita Katerina kuman yang ada dalam badan
papa ni dah dekat lima tahun..Jadi tarikh luput nyawa papa pun dah semakin
hampir. Kalau lah ada lelaki yang memang betul-betul ikhlas nak ambil dia jadi
isteri alangkah baiknya. Ris selalu berdoa agar Hidayah dapat jodoh yang
betul-betul ikhlas meneriman dia. Tapi makbul ke doa orang yang banyak dosa
macam Ris ni daddy. ”
“Ris jagan bimbang tentang Hidayah,
dia pandai jaga
diri. Dan daddy berjanji dengan nama Allah selagi hayat daddy ada, Hidayah tak
akan menghadapi kesusahan. Macam tu juga Farid ye, jaga keturunan kita. Kamu hanya ada dua beradik sahaja didunia ni.
Kamu berdualah keturunan atuk.” Rasa tenang sedikit perasaan Tengku Faris
mendenganr janji daddy dan anaknya.
=======================================================
Putaran
alam.. matahari timbul dan tenggelam mengikut kitaranya. Masa yang berganti tiada siapa yang mampu untuk
diberhentikan. Sudah hamper dua tahun Nur Hidayah menjadi menantu
tunggal pasangan Tengku Faizal dan Tengku Faridah. Kini dia terpaksa melakukan dua kerja semula.
Oleh kerana kesihatan Tengku Faris semakin merosot, dia dinasihat kan oleh
doctor supaya banyak berihat dan jangan terlalu terdedah pada masyarakat diluar
rumah. Oleh kerana batuk yang berpanjangan diikuti dengan demamTengku Faizal
menyuruh anaknya bercuti beberapa hari. Dan pagi itu hanya Tengku Faizal dan
Nur Hidayah sahaja yang ketempat kerja.
“Hidayah!
atuk rasa Hidayah kena ambil balik
kerja-kerja akaun tu semula. Atuk nak papa kamu tu berihat lama sikit. Kesian
juga tenguk dia tu dahlah batuk tak baik-baik, ni demam pula.. kemudian puasa
lagi. Pagi tadi banyak tak dia bersahur”.
“Tak
banyak tuk, makan dua suap sahaja kemudian dia kata tak ada selera. Dayah suruh
dia makan oat dan minum susu. Kemudian makan tiga biji kurma untuk tenaga. Dia
makan jugalah”.
“Nak
kata jangan puasa..dia kata nak puasa..Tak apalah sehari dua ni kalau dia rehat
mungkin baiklah demam dia”.
“In Syaa
Allah tuk”.
Kini
sudah tiga hari dia bercuti batuknya sudah mula berkurangan, dan demamnya sudah
mula kebah hanya badan nya yang letih sedikit mungkin kerana makannya yang
sedikit maka sedikit juga lah tenaga yang dihasilkan. Semalam sehari lagi dia diberi cuti oleh
daddynya. Selesai solat Isyaknya sebelum Nur Hidayah masuk kebiliknya Tengku
Faris memanggil..
“Hidayah..Sejak tahu Hidayah adalah anak papa.Papa tak
pernah anggap Hidayah isteri papa. Walau apapun papa minta maaf sangat-sangat
dengan kelahiran yang menyebabkan Hidayah dipandang hina oleh orang lain”.
“Tak apa papa, Dayah reda semuanya. Dayah dah tak kesah
apa orang nak pandang Dayah, sebab sekarang Dayah bahagia sangat. Papa nak tahu
kenapa..sebab Dayah ada papa, Dayah ada atuk
dan nenek dan Dayah ada abang. Lengkap kehidupan Dayah bila Dayah memiliki
semuanya pa. Dayah sayang papa, itu sebabnya Dayah sanggup nikah dengan papa. Untuk
Dayah duduk dengan papa sebilik macam ni tampa dosa.” Air mata Tengku Faris
sudah bergenang ditubir mata mendengar jawapan tulus dari Hidayah.
“Kenapa papa sedeh?”
“Takkk.. papa tak sedeh papa bahagia. Papa bersyukur Allah pertemukan papa dengan ‘Hidayah’ papa. Biar agak terlambat namun
papa sempat…” Tengku Faris sudah teresak..Nur Hidayah menghampiri lalu dicapai
tangan papanya digengam erat lalu dikucup.
“Dah lah pa itu semua ketentuan Allah, kalau kita reda kita akan diberi pahala.. Ingat ye papa sebelum tidur nanti baca selawat keatas
Nabi supaya kita dapat syfaatnya diakhirat kelak. Beristifar banyak kali semoga
dosa-dosa kita diampunkan. Kemudian bacalah
syahadah supaya jangan lari akidah kita”. Selesai dia memperingatkan papanya dia
mengucup tangan papanya. Sebelum menutup pintu salam dihulur mendoakan
kesejahteraan papanya.
Yang
sebenarnya Tengku Faris sudah ditegur oleh mommynya. Bagi Tengku Faridah dia
kasihan melihat anaknya yang beristeri namun seperti tidak beristeri. Anaknya tidak dilayan sebagai suami oleh sang
menantu muda. Dia tidak percaya kepada kata-kata anaknya.. dia yang tak
menginginkan layanan seorang isteri. Sedangkan dulu anaknya adalah raja
penaalok wanita. Begitu mudahkah
nafsunya dapat ditundukkan atau dia terpaksa menahan nafsunya kerana keengganan Nur
Hidayah melayaninya.
Setelah lama berbaring didalam biliknya Tengku Faris
merasa bosan.Ialah sedari pagi dia melayani rasa letihnya dengan berbaring
diatas katil. Bangunnya hanya untuk solat Zohor sahaja. Bila dilihat jam sudah keangka
tiga petang dia mengangkat tubuhnya yang lemah turun dan baring disofa ruang
tamu. Melihat anaknya berbaring disofa Tengku Faridah menghampiri.
“Demam
Ris dah ok Ris”.
“Rasa
ok sikit mee. Dah tak rasa panas sangat.
Batuk Ris ni pun dah kurang sangat, hanya sesekali sahaja rasa nak batuk”,
“Emm
elok lah tu..Ris! Ris yakin sangat Hidayah
tu anak Ris kan”.
“Ris yakin me, sebab dia ada tunjuk gambar lama mama
dia dan memang dia girlfriend lama Ris”.
“Untuk apa dia tunjukkan gambar lama mama dia..dia nak
ugut Ris”.
“Dia nak pastikan Ris kenal tak dengan mama dia, sebab
mamanya hanya sebut Tengku Faris sahaja
bukan nama penuh bila dia tanya siapa ayah dia. Tapi cuba mommy tenguk
betul-betul dia ada iras muka Farid, dia ada iras muka daddy. Pada Ris yang
kenal mama dia, memang dia tiada langsung iras muka mamanya”.
“Ris masih ingat wajah mamanya. Kalau Ris kata dia
tiada iras muka mamanya mungkin dia bukan anak
betul mamanya..mungkin dia hanya anak angkat sahaja.”.
“ingat mommy..mommy ingat tak masa Raihana putuskan
pertunangan kami dulu. Sebab dia terserempak Ris dengan Syarifah
Jamilah..dialah mama Hidayah mee. Dan masa tu rupanya dia dah mengandungkan
anak Ris. Ris yakin me memang dia anak Ris..anak yang dikandung oleh Syarifah
Jamilah.”
“Oh! emaknya ada keturunan Syarifah..lama ke Ris kawan
dengan dia”.
“Lama mee sejak kami disekolah menengah sampai dia
masuk Universiti Sains Pulau Pinang”.
“Ris tak Tanya Hidayah, kenapa dia setuju nikah dengan Ris walau dia
tahu Ris adalah ayah dia. Dia nak tumpang kesenangan keluarga kita ke?.”.
“Dia kata. Dia teringin ada ayah, ayah yang boleh
melindungi dia dari segala kejahatan, ayah yang boleh memberi dia kemanjaan.
Bila jumpa Ris dan tahu Ris adalah papa dia, harapan dia ada ayah yang akan
melindungi dia makin berkobar. Sebab selama ni dia rasa macam dia duduk seorang
kat dunia ni..tapi kerana dia anak luar nikah Ris, dia bukan mahram pada Ris.
Kalau bukan mahram duduk berdua dalam satu rumah akan berdosa. Jadi untuk
mengelakkan dosa dia setuju bernikah
dengan Ris.”
“Tapi kalau dia masih jadi isteri Ris, dia tak akan ada
peluang lain untuk menjadi isteri lelaki lain, walaupun hakikatnya Ris dengan
dia tidak pernah menjalani kehidupan
sebagai suami isteri”.
“Dia tak mengharapkan menjadi ‘isteri
orang’ mommy. Sebab kebanyakkan lelaki yang pernah suka dia, akan menarik
diri kalau tahu status dia anak tak sah taraf atau anak luar nikah. Kalau ada yang
ikhlas walau pun telah tahu dia anak
luar nikah, emak ayahnya pula yang melarang.”
“Bila dengar Ris cerita ni, macam senang sangat dia nak
nikah dengan Ris..Dia yang ajak Ris nikan ke atau Ris yang ajak..kalau dia yang
ajak nikah tentu dia yang goda Ris dulu kan..”
“Mommy!! Dulu masa Ris mula kenal Hidayah tu, Ris nak
ajak dia keluar minum kat kafe kita pun
susah sangat. Macam mana dia nak goda Ris, Ris lah yang ajak nikah mommy. Kalau
mommy tak percaya Tanya Farid atau daddy.. Hidayah ni susah nak rapat dengan
lelaki..sebab dia tak nak jatuh cinta dan takut kecewa. Status dia yang
menyebabkan dia macam tu.”
“Yang dia cakap dia anak luar nikah buat apa..tentulah
orang tak nak.Mommy dulu terkejut juga bila tahu dia anak luar nikah tapi sebab
Ris dah beria nak, mommy terpaksa setuju
juga”.
“Dia tak nak rahsia dirinya terbongkar selepas dia jadi
isteri..kemudian dirinya dicerca dan ditinggalkan selepas dia ada anak..dia tak
mahu anak-anaknya akan jadi macam dia.. tercari-cari kasih seorang ayah”.
“Dah tahu dia bukan mahram Ris bila duduk berdua tu,
dia tak rasa apa-apa perasaan ke dengan Ris.”.
“Dia kata rasa sayangnya pada Ris, sayang sebagai
ayah.Tapi dia kata dia tak akan menolak kalau Ris nak jadikan dia sebagai
isteri.”
“Kalau macam tu jadikan sahaja dia sebagai isteri Ris.
Dalam Islam pun tak mengatakan tak boleh seorang anak luar nikah menjadi isteri
kepada bapa luar nikahnya kan”.
Kalau dulu saya tak suka watak tengku faris yg jahat ni tetapi lama2 saya kesian dekat dia.. Semoga dia kuat
ReplyDeleteTapi dari segi hukum Islam tak boleh menyamakan isteri macam anak atau ibukan... jadi tak sepatutnya ada perasaan anak dan bapa... rasanya perasaan Tengku Faris sekarang kepada Hidayah lebih kepada rasa bersalah dan tanggungjawab bukan nafsu.
ReplyDeleteTapi dari segi hukum Islam tak boleh menyamakan isteri macam anak atau ibukan... jadi tak sepatutnya ada perasaan anak dan bapa... rasanya perasaan Tengku Faris sekarang kepada Hidayah lebih kepada rasa bersalah dan tanggungjawab bukan nafsu.
ReplyDeleteIa betul jngan sesekali menyamakan isteri atau suami kita dengan ibu dan ayah kandung kita. dan rasa brsalahnya pd anak yg tak dterima jadi mnantu oleh maklong nya sndiri.lgi pun dng skit dn usia yg sdah meningkat nafsu buas nya dulu pun dah menurun.lojik tak mak teh bayangkan macam tu.
ReplyDelete