~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 22 February 2015

Nur Hidayah 31







Tengku Farid yang memandu kereta datuknya, manakala Tengku Faris duduk dibelakang. Dalam perjalanan ke masjid mereka berbual. Tengku Faris membuka ceritanya.

“Bulan lepas Ris buka facebook Ris yang dah lama Ris tak buka.”

“Apa yang Ris jumpa dalam fb Ris tu”.

“Katerina dia minta Ris call dia denga nombor yang dia bagi”.

“Habis Ris call dia”.

“Pada mula nya Ris nak abaikan, tapi rasa tak sampai hati pula”.

“Ris nak mula balik dengan dia ke?”

“Tak lah daddy..Ris rasa berbaloi juga Ris buka fb Ris tu, akhirnya  Ris dapat tahu kuman ADIS Ris ni Ris dapat dari dia”.

“Siapa Katerina tu papa”.

“Bekas isteri papa kamu Farid. Kenapa yang Ris kata Ris dapat Adis dari dia”.

“Pada mulanya dia kata nak datang Malaysia..dia nak jadi isteri Ris balik. Jadi Ris cakaplah yang Ris hidup dah tak lama, sebab Ris dah ada HIV positive dah nak masuk dua tahun. Kemudian barulah dia cerita lebih kurang empat tahun dia dah dijangkiti dengan kuman tu. Dia dapat kuman tu dari teman lelakinya yang bernama Gorge. Yang sebentulnya selepas dua tahun kami nikah, Gorge ada datang jumpa dia dan mererka mengulangi zaman mereka bercinta. Masa tu Gorge ada virus tu. Tapi masa tu Katerina tak tahu bekas teman lelakinya dah ada HIV positiv”.

“Ertinya masa dia bercerai dengan Ris tu dia dah ada HIV positivlah”

“Dah daddy tapi dia tak tahu.. Sakit hati  betul bila tahu dia curang di belakang Ris, kemudian bagi penyakit kat Ris. Lepas tu Gorge datang sekali lagi, membawa pada perpisahan kami. Kat kata mereka berdua  masih saling mencintai. Bodoh betul Kat, dia percaya buta-buta pada janji manis Gorge. Padahal dia hanya nak menggunakan Kat sebagai sumber pendapatan sahaja”.

“Apa maksud Ris Kat dijadikan sumber pendapatan pada Gorge”.

 “Yang sebenarnya dia datang pada Kat bukan kerana  cinta tapi dia nak mengguna Kat untuk menyara kehidupan dia.. Bisnes dia yang kat Kanada tu dah mula goyah..dia tahu bisnes dia akan tumbang bila-bila masa sahaja.Itu sebabnya dia mula cari Kat semula untuk bantu dia menyara kehiudupan dia. Lagi pun masa tu, kesihatan dia dah mula lemah. Dia tahu kuman Adis nya dah mula aktiv. Dengan keadaan kesihatan yang makin lemah dia perlukan ada orang membiayai kehiudupan dia.  Harapanya hanya pada Kat kerana dia tahu Kat semenagnya sangat mencintaikan dia. Kat pula pujuk sikit puji sikit dah cair dan percaya semua kata dia. Kan bbodoh mananya. Ni dia nak jadi isteri Ris balik. Ris tak bodoh macam dia, Ris tahu dia datang pada Ris sebab nak Ris tanggung kehidupan dia. Ingat Farid berhati-hati lah dengan wanita..tak ada wanita yang jujur pada kita. Mereka hanya nak kesenagan kita sahaja. Berhati-hatilah ”.

“Pada daddy..apa yang kita buat itulah yang pasangan kita buat. Kemana kita pergi kesitu jugalah pasangan kita pergi. Pada atuk kan Farid Jannah sebaik-baik wanita dan sebaik-baik isteri. Jaga dia baik-baik. Dia dah ubah hidup Farid dari bercelaru jadi yang macam ni. Dia dah lahirkan ni nak masuk tiga orang anak-anak Farid. Dia jaga lagi anak Farid yang dengan wanita lain dengan baik. Hargai dia Farid”.

“Betul tu tuk..papa! rasanya tak semua wanita macam X isteri papa tu. Tapi yang sebetulnya Farid sungguh berterima kasih dengan atuk, sebab pilihkan wanita yang sangat baik untuk jadi isteri Farid. Farid sangat beruntung dan Faris sangat bahagia sekarang”. Mereka berdiam diri sebentar. Bila Tengku Faris menyambung ceritanya tentang Katerina bekas isterinya.

“Semalam dia call Ris lagi daddy. Kat kata Gorge dah mati bunuh diri. Sebab dia dah tahan nak tanggung kehidupan dia. Dengan sakit yang berpanjangan. Dia ditumbuhi kudis dan kulitnya melepuh-lepuh”.

“Dia tak berubat ke?”

 “Nak berubat apanya daddy.., nak makan pun tak ada duit, inikan pula  nak buat rawatan.  Kata Kat dia juga pun dah tak ada punca pendapatan. Dia dah diberhentikan kerja bila selalu sakit. Nak jual tubuh pun dah tak laku bila tengah layan pelanggan dia terbatuk-batuk. Dah sebulan lebih batuknya tak baik-baik. Dia kat sana tak ada siap nak diharapkan. Emak ayahnya dah tak nak terima dia lagi sebab sakitnya tu. Itu yang dia merayu pada Ris, dia nak jadi isteri semula.”.

“Habis Ris nak buat macam mana dengan nasib bekas isteri Ris tu. Ris nak terima dia lagi ke?”.

“Rasa kesian juga. Kami pernah hidup sebumbungkan. Lima tahun kami jadi suami isteri. Tapi bila mengenangkan dia curang masa masih jadi isteri Ris dan dialah yang bagi kuman ni pada Ris.. Ris serik.  Jadi Ris rasa biarkanlah dia kat sana. Ris tak mahu nak tanggung beban orang daddy. Lagi pun dia dah murtad..bukankah orang yang murtad taubatnya tak akan diterima oleh Allah lagi. Sekarang Ris tak nak fikir lain dah, Ris nak bertaubat bersungguh-sungguh”.

“Kalau dah macam tu kata Ris eloklah. Ris jaga kehidupan Ris elok-elok. Bertaubatlah bersungguh-sungguh sementara Ris boleh bertaubat”.

“Ialah daddy..Tapi Ris minta tolong dengan daddy dan Farid, kalau Ris dah tak ada kat dunia ni tolong jagakan Hidayah ye. Farid tolong jaga adik Farid. Dia memang adik Farid.

“In Syaa Allah papa, Farid memang percaya dia adik Farid dari mula dia datang lagi Farid dah rasa macam Farid sayang dengan dia. Tapi yang menjadikan Farid berdebar.. sekali imbas muka dia ada macam muka papa, Farid ada cakap dengan atuk macam tu kan tuk”.

“Haah..atuk pun terkejut juga..tak sangka kita memang ada pertalian darah”.

“Kalau ikut cerita Katerina kuman yang ada dalam badan papa ni dah dekat lima tahun..Jadi tarikh luput nyawa papa pun dah semakin hampir. Kalau lah ada lelaki yang memang betul-betul ikhlas nak ambil dia jadi isteri alangkah baiknya. Ris selalu berdoa agar Hidayah dapat jodoh yang betul-betul ikhlas meneriman dia. Tapi makbul ke doa orang yang banyak dosa macam Ris ni daddy. ”

“Ris jagan bimbang tentang Hidayah,
 dia pandai jaga diri. Dan daddy berjanji dengan nama Allah selagi hayat daddy ada, Hidayah tak akan menghadapi kesusahan. Macam tu juga Farid ye, jaga keturunan kita.  Kamu hanya ada dua beradik sahaja didunia ni. Kamu berdualah keturunan atuk.” Rasa tenang sedikit perasaan Tengku Faris mendenganr janji daddy dan anaknya.


=======================================================

              Putaran alam.. matahari timbul dan tenggelam mengikut kitaranya. Masa  yang berganti tiada siapa yang mampu untuk diberhentikan.   Sudah  hamper dua tahun Nur Hidayah menjadi menantu tunggal pasangan Tengku Faizal dan Tengku Faridah.  Kini dia terpaksa melakukan dua kerja semula. Oleh kerana kesihatan Tengku Faris semakin merosot, dia dinasihat kan oleh doctor supaya banyak berihat dan jangan terlalu terdedah pada masyarakat diluar rumah. Oleh kerana batuk yang berpanjangan diikuti dengan demamTengku Faizal menyuruh anaknya bercuti beberapa hari. Dan pagi itu hanya Tengku Faizal dan Nur Hidayah sahaja yang ketempat kerja.

“Hidayah!  atuk rasa Hidayah kena ambil balik kerja-kerja akaun tu semula. Atuk nak papa kamu tu berihat lama sikit. Kesian juga tenguk dia tu dahlah batuk tak baik-baik, ni demam pula.. kemudian puasa lagi. Pagi tadi banyak tak dia bersahur”.

“Tak banyak tuk, makan dua suap sahaja kemudian dia kata tak ada selera. Dayah suruh dia makan oat dan minum susu. Kemudian makan tiga biji kurma untuk tenaga. Dia makan jugalah”.

“Nak kata jangan puasa..dia kata nak puasa..Tak apalah sehari dua ni kalau dia rehat mungkin baiklah demam dia”.

“In Syaa Allah tuk”.

Kini sudah tiga hari dia bercuti batuknya sudah mula berkurangan, dan demamnya sudah mula kebah hanya badan nya yang letih sedikit mungkin kerana makannya yang sedikit maka sedikit juga lah tenaga yang dihasilkan.  Semalam sehari lagi dia diberi cuti oleh daddynya. Selesai solat Isyaknya sebelum Nur Hidayah masuk kebiliknya Tengku Faris memanggil..

“Hidayah..Sejak tahu Hidayah adalah anak papa.Papa tak pernah anggap Hidayah isteri papa. Walau apapun papa minta maaf sangat-sangat dengan kelahiran yang menyebabkan Hidayah dipandang hina oleh orang lain”.

“Tak apa papa, Dayah reda semuanya. Dayah dah tak kesah apa orang nak pandang Dayah, sebab  sekarang Dayah bahagia sangat. Papa nak tahu kenapa..sebab Dayah ada papa, Dayah ada atuk dan nenek dan Dayah ada abang. Lengkap kehidupan Dayah bila Dayah memiliki semuanya pa. Dayah sayang papa, itu sebabnya Dayah sanggup nikah dengan papa. Untuk Dayah duduk dengan papa sebilik macam ni tampa dosa.” Air mata Tengku Faris sudah bergenang ditubir mata mendengar jawapan tulus dari Hidayah.

“Kenapa papa sedeh?”

“Takkk.. papa tak sedeh papa bahagia. Papa bersyukur  Allah pertemukan papa dengan ‘Hidayah’ papa. Biar agak terlambat namun papa sempat…” Tengku Faris sudah teresak..Nur Hidayah menghampiri lalu dicapai tangan papanya digengam erat lalu dikucup.

“Dah lah pa itu semua ketentuan Allah, kalau kita reda kita akan diberi pahala.. Ingat ye papa sebelum tidur nanti baca selawat keatas Nabi supaya kita dapat syfaatnya diakhirat kelak. Beristifar banyak kali semoga dosa-dosa  kita diampunkan. Kemudian bacalah syahadah supaya jangan lari akidah kita”.  Selesai dia memperingatkan papanya dia mengucup tangan papanya. Sebelum menutup pintu salam dihulur mendoakan kesejahteraan papanya. 


Yang sebenarnya Tengku Faris sudah ditegur oleh mommynya. Bagi Tengku Faridah dia kasihan melihat anaknya yang beristeri namun seperti tidak beristeri.  Anaknya tidak dilayan sebagai suami oleh sang menantu muda. Dia tidak percaya kepada kata-kata anaknya.. dia yang tak menginginkan layanan seorang isteri. Sedangkan dulu anaknya adalah raja penaalok wanita.  Begitu mudahkah nafsunya dapat ditundukkan atau dia terpaksa menahan nafsunya kerana keengganan Nur Hidayah melayaninya.

Setelah  lama berbaring didalam biliknya Tengku Faris merasa bosan.Ialah sedari pagi dia melayani rasa letihnya dengan berbaring diatas katil. Bangunnya hanya untuk solat  Zohor sahaja. Bila dilihat jam sudah keangka tiga petang dia mengangkat tubuhnya yang lemah turun dan baring disofa ruang tamu. Melihat anaknya berbaring disofa Tengku Faridah menghampiri.

“Demam Ris dah ok  Ris”.

“Rasa ok  sikit mee. Dah tak rasa panas sangat. Batuk Ris ni pun dah kurang sangat, hanya sesekali sahaja rasa nak batuk”,

“Emm elok lah tu..Ris! Ris  yakin sangat Hidayah tu anak Ris kan”.

“Ris yakin me, sebab dia ada tunjuk gambar lama mama dia dan memang dia girlfriend  lama Ris”.

“Untuk apa dia tunjukkan gambar lama mama dia..dia nak ugut Ris”.

“Dia nak pastikan Ris kenal tak dengan mama dia, sebab mamanya hanya sebut Tengku Faris  sahaja bukan nama penuh bila dia tanya siapa ayah dia. Tapi cuba mommy tenguk betul-betul dia ada iras muka Farid, dia ada iras muka daddy. Pada Ris yang kenal mama dia, memang dia tiada langsung iras muka mamanya”.

“Ris masih ingat wajah mamanya. Kalau Ris kata dia tiada iras muka mamanya mungkin dia bukan anak  betul mamanya..mungkin dia hanya anak angkat sahaja.”.

“ingat mommy..mommy ingat tak masa Raihana putuskan pertunangan kami dulu. Sebab dia terserempak Ris dengan Syarifah Jamilah..dialah mama Hidayah mee. Dan masa tu rupanya dia dah mengandungkan anak Ris. Ris yakin me memang dia anak Ris..anak yang dikandung oleh Syarifah Jamilah.”

“Oh! emaknya ada keturunan Syarifah..lama ke Ris kawan dengan dia”.

“Lama mee sejak kami disekolah menengah sampai dia masuk Universiti Sains Pulau Pinang”.

“Ris tak Tanya Hidayah,  kenapa dia setuju nikah dengan Ris walau dia tahu Ris adalah ayah dia. Dia nak tumpang kesenangan keluarga kita ke?.”.

“Dia kata. Dia teringin ada ayah, ayah yang boleh melindungi dia dari segala kejahatan, ayah yang boleh memberi dia kemanjaan. Bila jumpa Ris dan tahu Ris adalah papa dia, harapan dia ada ayah yang akan melindungi dia makin berkobar. Sebab selama ni dia rasa macam dia duduk seorang kat dunia ni..tapi kerana dia anak luar nikah Ris, dia bukan mahram pada Ris. Kalau bukan mahram duduk berdua dalam satu rumah akan berdosa. Jadi untuk mengelakkan dosa dia setuju   bernikah dengan Ris.”

“Tapi kalau dia masih jadi isteri Ris, dia tak akan ada peluang lain untuk menjadi isteri lelaki lain, walaupun hakikatnya Ris dengan dia tidak pernah menjalani kehidupan  sebagai suami isteri”.

“Dia tak mengharapkan menjadi  ‘isteri orang’ mommy. Sebab kebanyakkan lelaki yang pernah suka dia, akan menarik diri kalau tahu status dia anak tak sah taraf atau anak luar nikah. Kalau ada yang ikhlas  walau pun telah tahu dia anak luar nikah, emak ayahnya pula yang melarang.”

“Bila dengar Ris cerita ni, macam senang sangat dia nak nikah dengan Ris..Dia yang ajak Ris nikan ke atau Ris yang ajak..kalau dia yang ajak nikah tentu dia yang goda Ris dulu kan..”

“Mommy!! Dulu masa Ris mula kenal Hidayah tu, Ris nak ajak dia  keluar minum kat kafe kita pun susah sangat. Macam mana dia nak goda Ris, Ris lah yang ajak nikah mommy. Kalau mommy tak percaya Tanya Farid atau daddy.. Hidayah ni susah nak rapat dengan lelaki..sebab dia tak nak jatuh cinta dan takut kecewa. Status dia yang menyebabkan dia macam tu.”

“Yang dia cakap dia anak luar nikah buat apa..tentulah orang tak nak.Mommy dulu terkejut juga bila tahu dia anak luar nikah tapi sebab Ris dah beria nak, mommy terpaksa  setuju juga”.

“Dia tak nak rahsia dirinya terbongkar selepas dia jadi isteri..kemudian dirinya dicerca dan ditinggalkan selepas dia ada anak..dia tak mahu anak-anaknya akan jadi macam dia.. tercari-cari kasih seorang ayah”.

“Dah tahu dia bukan mahram Ris bila duduk berdua tu, dia tak rasa apa-apa perasaan ke dengan Ris.”.

“Dia kata rasa sayangnya pada Ris, sayang sebagai ayah.Tapi dia kata dia tak akan menolak kalau Ris nak jadikan dia sebagai isteri.”

“Kalau macam tu jadikan sahaja dia sebagai isteri Ris. Dalam Islam pun tak mengatakan tak boleh seorang anak luar nikah menjadi isteri kepada bapa luar nikahnya kan”.












4 comments:

  1. Kalau dulu saya tak suka watak tengku faris yg jahat ni tetapi lama2 saya kesian dekat dia.. Semoga dia kuat

    ReplyDelete
  2. Tapi dari segi hukum Islam tak boleh menyamakan isteri macam anak atau ibukan... jadi tak sepatutnya ada perasaan anak dan bapa... rasanya perasaan Tengku Faris sekarang kepada Hidayah lebih kepada rasa bersalah dan tanggungjawab bukan nafsu.

    ReplyDelete
  3. Tapi dari segi hukum Islam tak boleh menyamakan isteri macam anak atau ibukan... jadi tak sepatutnya ada perasaan anak dan bapa... rasanya perasaan Tengku Faris sekarang kepada Hidayah lebih kepada rasa bersalah dan tanggungjawab bukan nafsu.

    ReplyDelete
  4. Ia betul jngan sesekali menyamakan isteri atau suami kita dengan ibu dan ayah kandung kita. dan rasa brsalahnya pd anak yg tak dterima jadi mnantu oleh maklong nya sndiri.lgi pun dng skit dn usia yg sdah meningkat nafsu buas nya dulu pun dah menurun.lojik tak mak teh bayangkan macam tu.

    ReplyDelete