Lemak pedas sipulut panggang,
Lemak manis sipulut inti,
Emak ayah datang meminang,
Dapat sudah sijantung hati.
Musim pertunangan mereka yang telah
dipersetujui selama sembilan bulan berjalan dengan lancer, walaupun tiada pertemuan
tiada kata-kata mesra. Namun kedua mereka seakan redha dengan keadaan seperti
itu. Kini hanya tinggal dua bulan sahaja lagi hari bahagia mereka akan
menghampiri. Malam itu dibulatkan tekad.. Farhan cuba menghubungi tunangnya.
“Assalammualaikum orang disana apa khabar.”
“Waalaikumsalam..baik..kenapa tak SMS saja.” bila
mendengar Fatin berkata begitu Farhan ingin mencari bicara bagai mana mahu
Fatin melayani berbicara didalam telefonnya.
“Kakak janganlah letak telefon abang nak dengar suara
kaka malam ni. Lagi pun tidak lama lagi
akan serumah, jadi abang rasa abang nak kepastian dari kakak.”
“Kepastian
yang macam mana tu?” jika didengar dari
bicara suaranya..Farhan mengakui kata-kata Fatin sendiri tempuhhari..bahawa suaranya
membayangkan dia seorang yang garang. Ahh..tak mengapalah aku dah kata aku suka
orang yang macam tu.
“Pasti
ke kakak terima abang ni? Kakak tak
menyesal nanti? .”
“Habis tu, dah kakak hulur jari untuk disarung cincin ni, nak
bukti apa lagi??.” Terdetik hati Farhan
bila mendengar suara tunaganyanya dihujung talian. mungkin
kah dia akan kena ‘Queen control’ bila mereka sudah sah menjadi suami isteri
nanti. Gaya bahasa Fatin menunjukkan dia seorang yang garang dan sombong. Tiada
kelembutan dan tiada juga gaya manja mengoda.. Farhan mula bimbang namun
dipujuk hatinya agar bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Itulah yang ada
didalam hatinya Farhan.
“Kalau
macam tu apa perasaan kakak pada abang
sekarang ni..kakak sayang abang ke?.”beraninya Farhan bertanya terus ke dasar
hatinya.
“Tak” sepatah perkataan yang keluar dari mulut Fatin…
terkedu Farhan dihujung talian bila mendengar jawapan Fatin, tunangnya yang
bakal serumah tidak lama lagi. Yang bakal berkongsi hidup selama hayat
dikandung badan…mungkinkah nanti mereka akan duduk dibilik berasingan seperti
yang dilihat cerita-cerita dikaca tv. Ohh sabarkah dia nanti jika itu yang terjadi. Lama dia
terkedu namun dia masih mahu mencari kepastian..
“Kasih pada abang?”
“Tidak juga..dan cinta pun tidak.” Fatin terus sahaja
menyambung kalau itu yang akan ditanya oleh tunangnya. Hati Farhan mula
bertanya kepada dirinya sendiri..mugkinkah Fatin menerima dirinya kerana
paksaan dari ayah dan ibunya. Apakah yang akan terjadi dihari depan. Farhan
makin bimbang.…
“Habis macam mana agaknya kita nak duduk serumah esok
ye..kalau kakak tak sayang abang.”
“Dari dulu lagi saya dah tanamkan tekad..saya akan
bercinta dan berkasih sayang selepas akad
nikah…saya juga dah cakap dengan ibu ..walaupun jika ditakdirkan saya
tak kahwin sampai tua, saya tidak akan mencari cinta sebelum nikah..itu
pegangan saya”. Farhan menarik nafas lega bila mendengar jawapan dari tunanganya.
Tidak ke haru mau dia ‘frust menonngeng’
jika ditakdirkan sememangnya Fatin terpaksa menerima dirinya. Bertambah malang jika
penerimaan dirinya di paksaan orang tua dan hingga keakhir cintanya juga tidak
lahir untuk dirinya, sedangkan dia sudah teramat suka dengan gadis yang bernama
Fatin Najihah.
“Ohh… Macam tu..abang juga macam tu, abang akan bercinta
selepas nikah..tapi sekarang ni perasaan sayang abang dah ada untuk
kakak..abang betul-betul mengharapkan Fatin dalam hidup abang ni dan abang mengharapkan Fatin sudi menjadi teman
abang di dunia dan akhirat.” Kerana terlalu gembira lintang pukang ayat yang
tujukan kepada tunangnya…sekejap-sekejap kakak dan sekejap Fatin..Farhan ..oh cuba
dibawa bertenang. Cool Farhan cool.
“Itu InsyaAllah..tapi sebelum tu saya nak tanya..
kenapa pilih saya?.” Soalah cepu emas dari Fatin disambut gembira oleh Farhan
dihujung talian. Walau mereka berbicara panjang malam itu, namun Fatin tidak
pernah memanggil abang untuk ganti nama Farhan…mungkin dia malu.
“Sebab tak ada yang nak pada abang ..dah lama abang
tunggu tapi tiada gadis yang tersangkut hati kat abang ni. Agaknya dimata orang
abang ni banyak kekurangan.”Jawap Farhan merendah diri.
“Ialah tu…entah-entah memilih..saya takut tersalah
pilih nanti dari nak pilih tebu yang bersari manis tiba-tiba terpilih ruas tebu
yang keras kedengkang… masa tu barulah terlopong. Saya bukan apa..yang
sebetulnya saya ni banyak kekuranganya..saya cakap jujur..saya banyak sangat kuranganya..jangan
mengharap sangat nanti kecewa pulak.”
“Kurang yang macam mana..kurang dari fizikal ke? kaki
kakak panjang sebelah tapi abang tak nampak pun kakak jalan
terdengkut-dengkut..tapi kalau pun macam tu abang tak kisah.”
“Kurangnya… jari kaki dan jari tangan kakak tak sama..ada yang panjang dan ada yang pendek
tapi cukup sepuluh..dan tak lebih dari itu”. Lama Farhan diam terkedu mencerana
apa yang cuba disampaikan oleh Ftain. Tetapi tiba-tiba terdengar suara Farhan
mengekek dihujung talian..terdetik dihati pandai juga Fatin berjenaka..hatinya
bahagia reda ketawanya...Farhan menyambung bicaranya..
“Ia ke kalau macam tu abang kurang jugalah sebab jari
abang pun tak sama panjang..tapi cukup sepuluh jari tangan dan sepuluh jari
kaki…Tapi abang dengar kakak pandai masak.”
“Alah masak nak hidup..makan sendiri boleh lah…itu pun
sebab ibu kerja..kalau tak pandai masak nasi, goring telur mati kebuluran
jawabnya..masak macam tu adik saya yang kecik tu pun pandai dari tingkatan satu
lagi dia dah pandai masak nasi.”
“Ialah tu ..atau kakak saja cakap kakak tak pandai
masak.. supaya abang tak suka kakak.”
“Betul ke macam tu kalau saya tak pandai masak dah
jadi tak suka kat saya”. Soalan Farhan dijawap dengan solan dari fatin pula.
“Tak ..abang tak macam tu, kalaupun kakak tak tahu
masak pun abang suka juga..abang bukan nak jadikan kakak tukang masak abang, abang
nak jadikan kakak teman hidup abang..lagi pun tadi kakak kata kakak tahu masak
nasi… itupun jadiah, tahu juga masak tuuu”.
“Jangan sekarag kata tak apa.. dah serumah menyesal
pulak..sebab saya cakap betul, jujur ni ikhlas dari hati. Saya tak mahu diharapkan
menggunung tinggi nanti kecewa pulak, saya cakap sungguh-sungguh..saya hanya
pandai masak nasi, goring ikan atau ayam, tumis sayur dan masak kuah saja..saya
tak pandai nak masak yang macam-macam lebih dari itu.” bersungguh-sungguh Fatin
memperkatakannya kebenaran dirinya. Dia tidak mahu bakal suaminya mengharap dia
pandai masak itu dan ini akhirnya kecewa sebab dia tidak tahu.
“Íalah tu abang percaya..tapi pandai jugalah
masakkan..nanti kalau kita dah satu rumah kita makan nasi putih dengan kicap
pun dah cukup..ertinya tidaklah abang kebuluran tak makan..sebab abang ni masak
nasi pun tak pandai, maklumlah ibu abang kan suri rumah. Masak yang macam-macam
tu masak apa?” Farhan ingin tahu.
“Ialah masak..korma ke, ayam tandore ke..nasi minyak
ke nasi beriani ke semuanya saya tak tau … tahu makan saja.”
“Abang pun tak harap kakak pandai masak yang mcam tu.
Lagi pun takkan nak makan hari-hari makanan macam tu nanti gemuk gedempung abang
ni. Kalau dah Obesti nanti, banyak
pulak penyakit yang singgah kat kita”. Terdengar ketawa kecil dihujung
talian..Fatin ketawa tetapi ditahan..Dia membayangkan Farhan yang menjadi gemuk
gedempung. Sudah ada rasa bahagia menjengah dua teruna dara yang bakal serumah
tidak lama lagi.
Hari bahagia Farhan dan Fatin tidak lama lagi akan
menjelang tiba. Bila hariraya menghampiri ini bererti hari pernikahan mereka
juga sudah hamper. Telah dipersetujui oleh kedua belah keluarga dua minggu
selepas hariraya Aidil Fitri mereka akan disatukan. Kini hari raya juga sudah
tiba harinya. Ini bermakna hanya tinggal 2 minggu sahaja mereka akan disatukan.
Pada pagi hari raya pertama Farhan menyuarakan hasrat hatinya kepada ayah dan ibunya.
Ketika itu mereka baru pulang dari bersembahyang sunat hariraya.
“Ayah ibu kalau
Han nak ajak kakak datang rumah kita boleh tak agaknya.”
“Han pergilah rumah ayah dan ibu dia tanya..majlis Han
tu pun hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi, lagi pun Han tak pernah ajak kakak
keluarkan selama ni..ibu rasa boleh kot. Lagi pun bukan pergi mana rumah kita
sajakan atau Han nak ajak kakak pergi tempat lain.”
“Tak lah bu rumah kita saja..Yang sebenarnya bukan Han
tak ajak dia keluar tapi Fatin yang mahu keluar dengan Han. Ada juga Han ajak
dia pergi makan atau minum sama kat tempat kerja itu, pernah juga Han ajak naik
kereta sama tapi tak pernah nak sudi kalau Han ajak..kenapa agaknya dia tak
sudi nak sama-sama dengan Han bu.”
“Eloklah macam tu dia nak jaga batas-batas sebelum dia
sah jadi isteri Han..ibu setuju cara dia yang menjaga maruah dia walau dia dah
jadi tunangan Han..dia tahu menjaga batas dia”. Sokong ibunya kepada bakal
menantu. Farhan hanya mendiamkan dirinya sahaja.
Diatas galakkan ayah dan ibunya Farhan memberanikan
dirinya berkunjung kerumah bakal mertuanya pagi itu.
Ada debaran yang mengamuk didalam dadanya kerana
menahan rasa malu. Ketika dia memberi salam, salamnya disambut oleh suara yang
ramai dari dalam rumah. Bertambah berdebar hatinya.
“Ohh..Farhan..masuklah..masuklah..” dia disambut oleh
abang Fatin yang tua..Farhan masih mengenali abang tunangnya itu. Dia menghulur
tangan untuk bersalaman.
“Selamat Hari Raya, lama tak jumpa..apa khabar.”Melihat
keramahan abang Fatin hatinya menjadi lega sedikit.
“Selamat Hari Raya ialah lama tak jumpa..khabar baik”
jawap abang Fatin yang bernama Amal Hamry.
“Sekarang kat mana?”Setelah duduk diruang tamu Farhan bertanya
berbasa basi supaya dia tidak terlalu canggung memasuki keluaraga yang bakal
menjadi keluarganya juga nanti.
“Saya diIpoh itu yang jarang balik…kalau cuti panjang
bolehlah balik jenguk keluarga, itupun kalau cuti lebih dari empat hari, kalau
setakat dua tiga hari berat juga rasa nak balik..ialah terasa penat kat jalan
saja, belum puas kita kat rumah dah nak balik kesana balik. Tapi sekarang Alhamdulillah
sejak ada keretapi express senang sikit hanya nak sediakan duitnya saja.”
“Ialah kita dah ada kehidupan sendiri..kenalah
berdikari.”
“Tapi macam Farhan untunglah dapat kerja dekat dengan
ibu dan ayah..tak susah-susah nak balik kampong.”
“Alhamdullilah dapat yang dekat itulah kelebihanya.”
Kemudian muncul pula Haji Rasyid dan
Hajjah Noraini, tidak lama kemudian keluar semua bakal iparnya. Terdiri seorang
lagi abang dan tiga orang adik Fatin kesemuanya
lelaki. Mereka bersalaman dan bertanya kahabar. Keluarga ini lebih kurang
keluarganya juga mereka mempunyai anak lelaki yang ramai, yaitu lima orang
hanya bakal isterinya anak perempuan mereka. Setelah berbual-bual dan menjamah
sedikit juadah hari raya..Farhan memberanikan diri untuk meminta izin membawa
Fatin kerumahnya.
“Pak cik dan mak cik saya nak ajak Fatin kerumah saya
sekejap boleh?” Itulah ayat yang telah dilancarkan sejak kakinya melangkah
menuju kerumah Haji Rasid tadi. Alhamdullilah lancar sahaja bunyinya. Kalau
tersangkut atau tergagap tadi tidak tahu dimana mahu disorokkan mukanya.
“Boleh..” jawab Haji Rasid tampa ragu..Hajjah Noraini bangun
menuju kedalam rumah untuk memaggil anak daranya keluar. Kedengaran suara
Hajjah Noraini
“Kakak sini kejap…” tidak lama kemudian Fatin muncul
diambang pintu ruang tamu.
“Ada apa bu?”
“Kakak pergi siap.. ni Farhan ajak pergi rumah dia…”
jelas Haji Rasid.
“Boleh ke?”Fatin bertanya kepada dua orang ayah dan ibunya.
“Boleh..pergilah.” jawab ayahnya lagi.
“Sekarang ke?.” Soal Fatin lagi. Hajjah Noraini dan Hajji Rasid berpandagan
dan kemudian memandang kearah Farhan.
“Bila kamu nak bawa Fatin kerumah kamu ni?”Soal Haji Rasid
meminta kepastian.
“Sekarang boleh ke?” soal Farhan pula.
“Bolehlah sekarang..kakak cepat sikit siap.” Tidak
lama menunggu Fatin bersiap.
Mungkin dia sudah bersiap dengan baju
rayanya menyebabkan Farhan tidak lama menunggu. Setelah Fatin bersiap alah
kadar kerana dia sudah pun memakai baju raya. Mereka keluar dan berjalan
beriringan menuju kerumah keluarga Farhan pula. Mereka hanya berjalan kaki
sahaja. Dalam perjalan berjalan kaki Farhan cuba berbual, dia mengambil jalan
disebelah kanan tunangnya, kerana dia suka melihat lesung pipit tunangnya bila
dia bercakap atau tersenyum akan terselah lesung pipit yang menghiasi pipinya..
“Kakak dan bulat hati ke nak terima abang jadi suami
..kalau nak ubah fikiran masih ada masa lagi.” Berani Farhan menduga…namun
didalam hatinya berdoa agar penyatuan mereka berjalan dengan lancer.
“Kenapa?..nak sangat ke orang tukar fikiran.” Garang
suara Fatin menyoal. ‘Dia ni agaknya tak
ada sifat manja kata anak perempuan tunggal tapi kenapa garang sangat…’
detik hati Farhan dengan orang yang beriringan disebelahnya. Fatin menggunakan
ganti nama‘orang’ pula untuk dirinya.
“Tak lah macam tu..tapi abang saja nak bagi kakak
pilihan..sebab kita kahwin nanti dengan tidak ada rasa apa-apa.”
“Kan
kakak dah bagitahu haritu walau dengan siapapun kakak nikah.. cinta, kasih mahupun sayang
orang hanya selepas dinikahkan.”
“Oh kalau macam tu..abang pun sama abang akan bercinta selepas kita nikah..hanya satu abang harap terimalah abang seadanya..sebab abang ni banyak kurangnya.”
“Orang pun sama ..orang pun banyak kurangnya.” sudah
tidak tentu arah Fatin menuturkan untuk ganti nama dirinya..sekejap-sekejak‘kakak’ sekejap-sekejap ‘orang’ Farhan tahu tunangnan gugup
berhadapan dirinya dan dia juga tahu dari gaya percakapanya..tunanganya juga
seorang yang pemalu. Dia juga malu tetapi dia lelaki dia masih mampu
menyembunyikan rasa malunya.
No comments:
Post a Comment