Bab 8 rasa macam sikit sangat cerita tentang Nuri jadi mak teh postkan bab 9 ni, harap anda yang membaca tak bosan.
Seperti yang dijanjikan pukul
Sembilan setengah pagi lagi Nuri membawa nenek busu ke supermarket berdekatan
kampong mereka dengan Honda Feastanya. Mereka kepekan Sungai Buluh membeli
keperluan dapur, yang basah dan yang kering.
Memang sudah banyak barang keperluan nenek yang sudah habis, akan
terabai begitukan dia kelak, itulah yang ada dibenaknya.
Sampai dirumah Nuri menolong nenek
busunya berkemas. Dia tidak sampai hati membiarkan nenek busu berkemas seorang
diri bila melihat nenek busunya bagai tidak berdaya. Dia juga bercadang hendak masak selepas dia berkemas. Sedang mereka berkemas
barang-barang yang baru mereka beli, kedengaran bunyi motorsikal berhenti
dihalaman rumah nenek busunya.
“Tu bunyi motor atuk kamu tu,
nampaknya nenek kena buka puasa lah Nuri, kita puasa sunat ni kena minta izin
dengan suami, kalau tak yang kita dapat
hanya lapar dan dahaga saja. Sebab redha suami tu lagi dipandang oleh Allah
dari amalan sunat yang kita kerjakan, tau Nuri. Esok kalau Nuri nak puasa sunat
kat rumah minta izin suami dulu. Ni dah nak masuk bulan Syaaban bulan ni juga
elok kita berpuasa sunat, sebagai persediaan kita berpuasa diRamadan pula”.
Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah
bin Zaid mengapa Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban.
Baginda SAW menjawab dengan sabdanya:
“Bahawa Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada
Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya
amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad.)
.
Berpuasa dalam bulan Syaaban selain
menjadi persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan di bulan
Ramadan, ia juga mempunyai kelebihan, antaranya:
.
1. Berpuasa
sehari.
a. Diharamkan
Allah tubuhnya daripada api neraka.
b. Dimasuk
syurga
c. Menjadi
rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d. Dianugerahi
seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s, dan
Nabi Daud a.s.
.
2. Berpuasa
tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir
Syaaban.
a. Mendapat
pahala 70 orang nabi,
b. Seperti
orang beribadah 70 tahun .
c. Jika
mati pada tahun itu seperti mati syahid.
3. Berpuasa
tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa.
a. Di
ampunkan oleh Allah.
b. Diberkatikan
rezeki.
c. Allah
Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.
4. Berpuasa
pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a. Dosa
yang telah lalu, diampunkan Allah.
b. Akan
dimasukkan ke dalam syurga.
5. Berpuasa
pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT
6. Berpuasa
sebulan.
a. Dimudahkan
Allah akan saat mati,
b. Terlepas
dari kegelapan alam kubur,
c. Bebas
dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d. Allah
menutupkan aib di hari kiamat,
e. Diwajibkan
masuk ke syurga.
Kelebihan yang Allah berikan dalam
bulan Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan
inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai
perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu
kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat
ialah ikhlas mencari keredaan Allah SWT.
Oleh;
Shafiqolbu
Tidak lama kemudian kedengaran suara
garau memberi salam.
“Assalamualaikum Hasanah ! kau kat
mana? aku datang ni”.
“Ada kat dalam ni tengah berjalanlah
ni”. Dengan terbungkuk-bungkuk dan berjalan perlahan nenek busu menuju ke
pintu. Kelihatan nenek menghulur tangan untuk mencapai tangan tua atuk untuk
dicium seperti kebiasaan.
Tiada
pertanyaan yang keluar dari bibir nenek untuk bertanyakan kenapa suaminya sudah
lama tidak menjenguknya, juga tiada aduan yang menyatakan yang dia tidak sihat
dua tiga hari lepas. Hati Nuri menjadi sangat pedih..beginikah dia nanti bila
hidupnya sudah tidak berdaya dan kemudian disisih dari suami. Nenek busu masih
bernasib baik dia mempunyai anak-anak untuk melindungi dirinya. Dia nanti
bagaimana kah, sudahlah tiada anak .
Jika
dengan pernikahan baru ini suaminya akan memperolehi anak, makin erat ikatan
suaminya dan isteri barunya. Tetapi dia mungkin
makin jauh dia dari kasih sayang suami.
Air mata Nuri yang bergenang ditubir mata mengalir lesu lalu cepat-cepat
disapu agar tiada siapa yang nampak.
Memandangkan
atuknya baru muncul setelah empat hari membiarkan isteri tuanya sendirian, pada
tanggapan Nuri tentulah nenek mahu melepaskan rindu pada suaminya yang selalu
dinanti kedatanganya. Nuri bercadang setelah menolong neneknya berkemas dia
ingin pulang kerumahnya sendiri di Kampung Subang. Semenjak dia bekerja dan
bengkel suaminya bertambah maju, mereka sepakat membeli rumah teres disekitar
Kampong Subang. Sudah setahun mereka tinggal disitu. Tidak lama kemudian
atuknya menjengah dapur..
“Oh kamu Nuri, bila kamu sampai, itu
atuk nampak ada kereta depan rumah nenek kamu, ingatkan ada siapa-siapa yang
balik. Mana Syukri dia tak balik sama ke?” Mungkin kerana atuk memikirkan ada
anak-anak yang balik menziarahi isterinya lalu dijenguk isterinya. Jika tidak
mungkin nenek kelaparan kerana barang dapurnya semuanya hamper kering. Itulah
yang ada di hati Nuri. Hati jadi betambah
sebal mengenangkan nasib isteri-isteri yang dimadu.Kepalanya laju berfikir
bersama laju langkahnya menghampiri atuk
untuk bersalaman dan mencium tangan tua atuknya.
“Petang semalam tuk, Nuri balik
sorang, dia banyak kerja dah nak puasa tak lama lagi nak raya orang mula nak
service kereta tuk, itu yang tak cukup tangan tu”.
“Ohh!! bila kamu nak balik..” itulah
soalan atuknya, bagai dia tidak suka dia dirumah neneknya. Atuk sememangnya
tidak mesra alam orangnya, sebab tulah juga dulu Nuri cepat sahaja menerima
lamaran Syukri. Dia ingin mencari tempat berlindung, tidak mahu neneknya dimarahi
kerana kehadiran dirinya, tetapi lain
pula jadinya.
“Kejap lagi tuk habiskan kemas ni dulu,
kemudian solat Zohor dulu.” Nenek sudah kedapur semula dia sudah mengambil
bakul bawang, dia juga mengambil sayur sawi bunga yang dibelinya tadi. Nenek
sudah mahu memulakan masak tengahharinya. Dia mula memasak dan berbuka dengan kedatangan
suaminya. Tidakkah atuk tahu betapa nenek menjaga kepentingan atuk dan menerima
kealpaan atuk tampa banyakl soal. (Alpa kerana terlupa menjenguk nenek hingga
barang dapurnya hamper kering. Semalam nenek makan pucuk ubi dan ikan kering
sahaja. Pagi tadi Nuri memasak nasi, beras dilam bekas beras hanya tinggal tiga
put berasa sahaja). Jika tiada siapa yang menjenguk nenek dan atuk juga terlupa
untuk menjenguk nenek apa akan jadi pada nenek????.
“Eh kenapa cepat sangat nak
balik, duduklah semalam lagi kata Nuri
cuti tiga hari”. Nenek menyampuk bila mendengar perbualan suami dan cucu
saudara suaminya. Tangannya masih laju mengopek bawang.
“Biarlah kalau dia dah nak balik, dia
tu bini orang tak baik nak halang Hasanah.”bantah atuk, bila kepulangan cucu
saudaranya dihalang oleh isterinya.
Tetapi dengan jawapan atuk bertambah kuat lagi hasrat hati mahu
pulang sekejap lagi.
Nuri
sampai dari kampung dengan menaiki Honda Fiesta pukul tiga setengah petang.
Setelah masuk kerumah dia memandang sekeliling rumahnya, terasa kosong. Mungkin
rasa hatinya yang kosong menyebabkan keadaan sekeliling terasa kosong juga,
tiada rasa teruja seperti selalu. ‘Sampai
hati abang buat diri Nuri sekosong ini’ desis hatinya yang pilu. Air
matanya bergenang ditubir mata namun segera diseka. Dia harus tabah untuk dua
ketiga bulan lagi, dalam masa ini dia tidak mahu duka menyelubungi hatinya. Dia
mahu meneruskan hidupnya. Dia harus berfikiran positive, sebelum dia
membebaskan diri dari Syukri dan mencari bahagianya sendiri.
Tadi
sebelum dia pulang dia sempat mengambil sedikit pucuk ubi dan pucuk paku yang
tumbuh liar dibelakang rumah neneknya. Tekaknya teringin masak lemak pucuk paku
hari ini. Dia keluar semula kesupermaket berhampiran untuk membeli santan dan
bahan basah yang lain.
Sudah
lama dia tidak memasak. Sejak mengetahui suaminya ada isteri lain selain dari
dirinya dia bagaikan mogok untuk makan. Dirinya yang sememangnya kurus tambah
melidi dengan selera makan sudah tumpul dibalut masaalah yang menimpa. Hari ini
dia ingin memasak untuk dirinya sendiri. Lagipun sememang dia sendirian
dirumah, suaminya mungkin tidak pulang kerana sudah diberitahu dia dikampung
selama tiga hari.
Mendengar
azan Asar yang berkumandang Nuri mandi membersihkan diri dan berwuduk. Selesai
solat Asar dia doa yang panjang meminta agar dirinya tabah dengan ujian yang
diberi. Selesai semuanya dia mula kedapur. Dia tidak mahu meluangkan masa
memikirkan perkara-perkara yang menyakitkan hati, memikirkan kasih suaminya
yang sudah berbahagi-bahagi. Azamnya dia cuba bertahan untuk tiga empat bulan
akan datang. Mahu menguji sekuat mana ketahanan hatinya dan mahu melihat
dimanakah kedudukan dirinya dihati suaminya.
Dalam
separa sedar akhirnya siap sudah set lauk berbukanya Magrib nanti. Masak lemak
putih pucuk paku dan ikan tenggiri goreng belada. Dua menu itu cukup untuk dirinya. Untuk
manisanya pula dia memasak pengat pisang (serawa pisang) dicampur dengan sedikit sagu
mata ikan yang hanya seperiuk kecil sahaja. Pisang masak itu juga dibawa dari
rumah nenek busunya tadi.
Ketika
dia mengutip pucuk paku dan pucuk ubi dibelakang rumah neneknya, dia terlihat
setandan pisang nangka yang sudah masak, setengah tandan sudah dimakan burung
itulah rezeki burung. Dia sendiri yang menebang pokok pisang dan menyisirnya.
Niat dihati memang dia mahu membawa pulang pisang itu. Entah kenapa keinginanya
hendak makan pisang nangka goreng begitu meluap-luap bila terpandang pisang
yang sudah masak di atas pokok. Dia juga jadi tamak dan mengikutinya sahaja
bila neneknya menyuruh membawa kesemua pisang yang telah disisirnya tadi. Entah
mengapa seleranya tiba-tiba menginginkan banyak makanan hari itu, mungkin
sedikit masaalahnya sudah diluahkan kepada neneknya malam tadi. Mungkinkah Nuri
Setelah
mengemas dapur, Nuri kedalam biliknya pula
mencari baju-baju kotor lalu memasukkan kedalam mesin basuh. Cadar dan
selimutnya juga ditarik lalu diganti dengan yang bersih. Dia mencucui semuanya. Sementara mesin basuh
mencuci pakai dan cadarnya, dia keruang tamu mula mengelap habuk yang sudah terkumpul.
Sudah agak lama dia tidak berkemas rumah. Kemudian dia kebilik air pula, dia
menyembur sedikit Mr Muscle kedinding yang sudah agak kekuningan lalu
disentalnya sedikit. Selesai disitu dia kemangkuk tandas pula.
Setelah
menyidai kain yang telah dibasuh diteduhan yang memang sudah disediakan Nuri keruang tamu, dia ingin menyusun segala
majalah dan surat khabar yang agak tidak tersusun. Dia ingin membuang sedikit
majalah dan surat khabar lama yang berpusu-pusu dibawah meja kopi. Hari itu dia
menjadi bibik yang mengemas seluruh rumah dari dapur, kebilik dan ruang tamunya
menjadi bersih. Yang sebenarnya Nuri menyibukkan dirinya untuk melupakan
masaalah yang melanda dirinya. Dia ingin memenatkan diri agar malam nanti dia
mudah terlena.
Sedang
dia leka menyusun majalah kedengaran sebuah kereta berhenti dihadapan rumah,
kemudian kedengaran lagi pintu pagar dibuka, keenderaan masuk dan pintu kereta
ditutup. Namun Nuri tidak bangun untuk menjengah, dia meneruskan kerja menyusun
dan mengumpulkan majalah yang mahu dibuangnya. Dia tahu siapa yang pulang.
Mengapakah suaminya pulang, jika dia
tahu dia dikampung.
macam-macam selera Nuri. mengandung ke?
ReplyDeletesuaminya pulang dgn isteri baruker
ReplyDeleteBab mengandung tu tnggu dlu ye. bagi tertnya2 bru youall nak baca crita makteh yg tak seberapa ni, hee jahat mak teh ni ye.Biasanya yg baru lagi pandai goda dan layannya. Wlupun pd mula nak berlaku adil, tpi suami slalunya akn cair dng ruyuan yg baru.
ReplyDelete