Namun sesekali ada juga seorang anak
saudaranya Syarifah Jamilah yang bersimpati menjenguk untuk melihat keperluan
dirinya.Maklum lah dia duduk seorang diri dirumah arwah emaknya kerana
NurHidayah perlu menghabiskan pengajianya di Shah Alam Selangor. Anak saudara yang baik hati adalah anak kakak
sulongnya yang sulong yang diberi gelaran Along, nama sebenarnya Syed Borhan.
Dia tua tujuh tahun dari Nur Hidayah.Baru duatahun bertukar kerja.Dulu dia
bekerja sebagai seorang jurutera di darat, cutinya pada hari Sabtu, Ahad dan
hari kelepasa am, tetapi kini sebagai
jurutera disebuah kapal minyak diperairan Sabah. Kerjanya sebulan diatas kapal
dan sebulan lagi bercuti di darat.
“Mak
su hari apa khabar. Lama rasanya tak tenguk mak su.” Yang sebenarnya Syed
Borhan menjenguk mak su nya sambil mahu menjeling sepupunya Nur Hidayah.Ada
RINDU yang terselit dihatinya.Entah mengapa makin dilarang hatinya tersangkut
pada sepupunya itu makin datang rindunya.Makin dilarang keras oleh ibunya dari
bertemu, makin galak matanya mahu bertentang mata. Sememangnya hati manusia ni
tak boleh nak diterka rentaknya. Ialah hati hati yang mempunyai rasa dan hati
yang punya keinginan.Itulah sebabnya manusia mempunyaimempunyai perasaan.
Yang sebenarnya penyakit Syarifah Jamilah sudah dipenghujungnya. Dirinya
sudah kelihatan lemah dengan sakit yang ditanggungnya.Barahnya yang sebenarnya
sudah tidak dapat diubati lagi. Hayatnya
bertahan hanya kerana semangatnya sahaja. Semangat yang mahu melihat
anaknya menamatkan pengajianya di Univertisi.
“Alhamdullilah
baik, bila along sampai..ni balik cutilah ye”.Lemah sahaja suara Syarifah
Jamilah mengalu-alukan kedatangan anak saudara yang baik hati.
“Balik
cuti sebulan mak su..mak su sihat ke..nampak macam pucat sahaja mak su ni”. Sedeh
juga Syed Borhan melihat keadaan mak sunya yang sudah kurus melidi, wajahnya
cengkung tidak bermaya.Dulu mak sunya cantik orangnya, kulitnya kuning lansat,
badanya sedang-sedang elok tidak terlalu gemuk dan tidak juga terlalu kurus,
berhidung mancung dengan mata bulat dan bulu mata yang lentik, keningnya pula
tebal seperti kening Elfira Loy.
“Sihat
macam nilah long. Mak su tak boleh nak makan..itu yang rasa letih ni. Along
boleh tolong bawakan mak su pergi
hospital tak? Minggu lepas sepatutnya mak su kena pergi hospital untuk
rawatan...tapi mak su tak pergi..”.
“Kenapa
mak su tak pergi?”.
“Mak
su tunggu Dayah balik, ingatkan minta Dayah hantarkan mak su, nak drive sendiri
rasa tak larat pula.Tapi mak su terlupa pula yang sebetulnya Dayah tengah
periksa ni. Tiga hari lepas dia ada call mak su dia tak dapat balik minggu ni. Dia
tengah periksa..”.
“Ohh..Kenapa
mak su tak call Along sahaja..along tengah cuti ni dah tiga hari along kat
rumah.”.
“Mak
su tak tahu along ada. Tapi along bukan tak tahu ibu along tu tak suka kalau kamu datang sini selalu..ni
dia tak tahu tak along datang jenguk mak su ni”.
“Entahlah ibu tu banyak sangat yang tak boleh..nak
jenguk mak su sendiri pun dilarangnya”. Sememangnya dirinya dilarang keras oleh
ibunya Syarifah Aminah dari menziarahi mak su dan sepupunya walaupun rumah
mereka tidak jauh mana. Hanya terpisah dengan sebatang parit
sahaja.
“Dia
larang bersebab long, jangan salahkan ibu along tu. Tak apa mak su pun tak
kecik hati kalau along tak boleh nak jenguk mak su. Lagi pun mak su ok sahaja
lagi ni. Masih boleh berjalan dan masih boleh buat kerja lagi..”
“Jangan
macam tu mak su..mak su kan sakit tinggal sorang pula tu”.
“Tak
apa..tapi hari ni mak su nak minta tolong along.. tolong hantarkan mak su pergi hospital..boleh
ye long.”
Syed
Borhan menghantar Syarifah Jamilah ke hospital.Tidak disangka rupanya lewat ke
rawatan seminggu mendatangkan padah pada dirinya. Dia ditahan di wad untuk
pemantauan.
“Along..pergilah
balik mak su kena duduk wad dua tiga hari ni doctor kata nak stabilkan apa
entah tadi tu..”
“tapi..mak
su tak ada siapa yang jaga kat sini”.
“Tak
apa kat sini ada nurse dan doctor yang tengukkan mak su, nanti marah pula ibu
along, kalau along lama sangat hantar mak su ni. Tadi kamu cakap tak pada ibu
kamu, kamu hantar mak su pergi hospital”.
“Tak
apa along boleh SMS ibu kejap”.
“Dah
baliklah. Mak su dah ok kat sini. Lagi satu jangan bagi tahu Dayah mak su masuk
wad ye. Dia tengah periksa ni, tinggal dua kertas sahaja final examnya ni. Tolong
ye long jangan bagi tahu dia.”
“ialah
along janji tak bagi tahu Dayah. Along balik dulu ye mak su. Tapi kalau ada
apa-apa tentang kesihatan mak su..mak su
call along ye. Mana lah tahu mak su dibenarkan balik esok, call sahaja
along..along memang tak pergi mana.”
“ialah..
kalau mak su dah boleh keluar wad, mak su call along”.
Memang benar tiga hari kemudian dia
dibenarkan keluar dari wad. Syed Borhan sekali lagi yang mengambilnya di
hospital. Kini Nur Hidayah juga sudah pulang semula kepangkuan mamanya setelah
tamat peperiksaannya.Gembira hati dua beranak dapat berkumpul semula seperti
dahulu. Yang sebenarnya dalam keadaan dirinya yang sudah lemah Syarifah Jamilah
sangat mengharapkan kepulangan anaknya. Kini semua kerja rumah anak tunggalnya
yang akan melakukan untuk dirinya. Dirinya benar-benar berehat.
Dua bulan mereka mengecapi hidup berdua dengan rasa gembira dan bahagia.
Malang tidak berbau, tapi mungkin itu juga
yang mahu dijadikan sebab. Suatu hari Syarifah Jamilah terjatuh ketika
melangkah keluar dari bilik air. Dia jatuh tersadung kain buruk pengesat kaki,
akibatnya dia pengsan tidak sedarkan
diri. Dalam kekalutan Nur Hidayah menghubungi talian kecemasan 911.Tidak lama sebuah
ambulan dan pasukkan kecemasan tiba bersama seorang pembantu perubatan, lalu
dibawa Syarifah Jamilah keHospital Tengku Jaafar.Dua hari Syarifah Jamilah
tidak sedarkan diri. Nur Hidayah yang menunggu hingga mamanya sedar. Dihujung
hari kedua Syarifah Jamilah mengerak-gerakkan kelopak matanya dan akhirnya dia
bersuara perlahan menyeru nama anaknya.
Dayaaah...” dengan suara yang perlahan dan
terketar Syarifah Jamilah memanggil anaknya.
“Alhamdullilah mama dah sedar.Kejap ma Dayah
panggilkan doktor. Doktor pesan kalau mama sedar sahaja panggil dia..kejap ye.”.
Cepat-cepat Nur Hidayah memanggil doctor
untukrawatan selanjutnya. Setelahselesai pemerikasaan Nur Hidayah duduk
disisi mamanya semula.Keadaan Syarifah Jamilah makin hari makin pulih.Kini
sudah dua hari Syarifah Jamilah sedar dari pengsanya.
“Mama
rasa ok tak hari ni..”Tangan mamanya digengam dan diciumnya sekali.
“Oklah
sikit”..
“Kalau
mama rasa dah ok, mungkin esok atau pun lusa mama dah boleh keluar dari
hospital kan ma. Kali ni kalau duduk rumah ..mama kena hati-hati. Panggil Dayah
kalau mama nak berjalan pergi mana pun..ye”.Kelihatan ceria wajah anaknya.
“Dayah
suka ke mama keluar hospital”.
“Sukalah..kita
boleh balik. Nanti Dayah masakkan mama bubur
lambok. Kita campur lada hitam..Dayah nak bubuh udang kering yang
digoreng dalam bubur tu ma.Tentu sedapkan ma. Mama mesti rasa resepi baru Dayah
ni, Dayah belajar ni khas nak suruh mama rasa.”.
“Kat
mana Dayah belajar masak bubur macam tu”.
“Kat
mak cik yang jual kat tepi pagar rumah sewa Dayah ma..bubur dia sedap sangat”. Nur
Hidayah bercerita ceria tentang rancanganya.Namun tidak mendapat sambutan ceria
dari mamanya.
“Dayaahh..kalau
apa-apa terjadi pada mama semua dokumen mama dah asingkan dalam satu fail dalam
laci almari baju kita. Ada sedikit wang simpanan mama… pun mama dah pindahkan
dalam akuan Dayah. Hanya mama harap pandai-pandailah Dayah gunakan duit tu.
Fikirkanlah masa depan Dayah..”
“Mama
kenapa mama cakap macam ni..jangan tinggalkan Dayah ma”.
“Tidak
Dayah, ini sudah janji Allah… setiap yang hidup akan menghadapi mati..hanya cepat dengan lambat sahaja. Mama
rasa masa mama semakin hampir. Mama tahu selepas ni Dayah akan mengharungi
hidup ni sendirian jadi tabahlah.Ingat Allah
sentiasa ada untuk kita ye nak.Kalau Dayah nak mengadu mengadulah dengan Nya.
Jangan sekali mengadu pada manusia terutama lelaki yang tiada ikatan dengan
kita.”.
“Mama!!”Nur
Hidayah memeluk erat mamanya yang terbaring.Terasa fizikal mamanya yang sudah
mengecil. Hanya tulang dan kulit sahaja rasanya.
“Dayah!
Dengar mama cakap..kalau mama meninggal nanti biarlah mama dimandikan
dihospital, biasanya kalau dah dimandikan mereka kat sini akan disolatkan
sekali. Kalau tak ada orang kampung yang nak solatkan mama pun tak apa ye
Dayah. Dayah hanya minta tolong orang kebumikan mama sahaja”.Suara Syarifah Jamilah
yang tercungap-cungap, menjadikan kata-katanya terputus-putus.
“Mama
janganlah cakap macam ni.Bukan kah menguruskan jenazah sesama Islam itu wajib.
Setiap muslim wajib menguruskan jenazah Islam yang lain ma, mama janganlah
bimbang tentang tu. Kalau mereka tak buat satu kampong akan berdosa ma..” .
“Dayah!sebab
apa mama cakap macam ni..sebab mama takut tak siapa sudi nak mandikan mama
nanti. Mama takut kesilapan mama dulu menyebabkan orang tak sudi nak
menguruskan jenazah mama.”
“Kalau
tak ada orang pun yang nak menguruskan, Dayah boleh buat ma..Dayah dah pernah
pergi kursus mengendalikan jenazah ma”.Nur Hidayah sudah teresak-esak didada
mamanya yang sedang berbaring ketika itu.
“..Lagi
satu jangan tangisi pemergian mama..Teruskan kehidupan Dayah dengan iman.”
“Dahlah
mama jangan cakap lagi..doktor pesan tadi dia suruh mama rehat. Mama pelukan
rehat. Jangan stress sangat nanti mudarat pada mama..sepatutnya mama boleh
keluar wad..daaah kena tahan lagi..dah ye
ma rehat ye.” Pujuk Nur Hidayah lagi. Biar pun dia berkata begitu namun
air matanya yang bercucuran tidak mahu berhenti..begitu juga mamanya. Syarifah
Jamilah menangis kerana insafnya menjadi
gadis yang tersilap jalan, dan mengenangkan anak gadisnya akan berkelana
sendirian didunia ini dengan status hina yang dia beri.
“Tak
Dayah..mama tahu waktu mama makin singkat.. mama takut tak sempat nak cakap
dengan Dayah”. Ketika sedang mereka
bercakap-cakap kedengaran seruan azan melaung mengajak seluruh umat manusia
bersolat mengingati Allah tuhan seluruh
alam...
“Dayah
tolong mama ambil wuduk, Dayah”.
“Boleh
ke mama bangun..rasanya mama tak payah solatlah
ma.. sebab mama tengah uzur ni”.
“Uzur
yang dibolehkan tak solat adalah uzur ketika kita sedang haid atau nifas
sahaja..yang lain tak boleh. Dalam solat tiada pengecualian walau pun kita uzur
sakit macam ni.Selagi kita bernyawa kita
diwajibkan solat. Tapi kita diberi kelonggaran, kalau kita tak mampu berdiri
kita dibolehkan duduk, tak boleh duduk kita dibolehkan baring hinggakalau dah
tak mampu mengerakkan anggota badan, kita dibolehkan solat dengan isyarat mata
sahaja, tapi kita mesti solat.Betapa solat ini sangat diberatkan Dayah.Ingat
Dayah jangan sekali tinggalkan solat ye.Solat tiang ugama.Segala kebaikkan kita
bergantung pada solat kita.Walaupun kita berbuat baik tetapi kita tak solat
segala kebaikkan kita tidak akan diterima oleh Allah. Semua ni paman Dayah yang
cakap dengan mama. Mama bersyukur berjodoh dengan dia Dayah.”.Dengan
terketar-ketar dan suara yang tenggelam timbul Syarifah Jamilah menasihati
anaknya tentang ibadah solat.
Hampir seminggu Syarifah Jamilah dihospital
sejak dia jatuh dan pengsan.Kini
kelihatan nya dia sudah beransur pulih. Entah dimana silapnya, di hari
keenam dia mengalami sesak nafas.Bersungguh-sungguh para daktor dan jururawat
membantu Syarifah Jamilah, namun kuasa Allah siapa yang boleh
menghalangnya.Biar secanggih mana ubat dan alatan perubatan jika sudah
ditetapkan ajal yang sampai, sesaat pun tidak boleh kita nak menangguhkannya.
Nur Hidayah menerima dengan redha apa yang disampaikan oleh doctor kepadanya.Mamanya
sudah pergi kealam baka’ mengadap Illahi.
Seperti apa yang diminta oleh
mamanya, setelah siap dimandikan, dikapankan dan disolatkan oleh seorang ustaz
sebagai imam tiga orang kakitangan
hospital dan dirinya sendiri, jenazah Syarifah Jamilah dibawa kekampungnya
untuk disemadikan ditanah perkuburan kampong mereka.Walaupun di hospital
jenazah nya sudah disolatkan namun bila tiba dirumah, sekali lagi jenazah
disolatkan oleh kariah kampong mereka, itu diatas permintaan Syed Borhan. Segala
urusan pengkebumian diuruskan oleh anak saudaranya Syed Borhan.
Hampir
sebulan pemergian Syarifah Jamilah kerahmatullah. Tinggallan Nur Hidayah
dirumah pusaka arwah neneknya sendirian sekali lagi. Hidup sendirian dirumah
pusaka itu sudah menjadi perkara biasa untuk Nur Hidayah.Setiap pagi Nur
Hidayah akan ke kubur mamanya. Segala perbuatanya diperhatikan oleh Syed Borhan
dari tingkap rumahnya. Kasihan dia melihat Nur Hidayah yang tidak dipedulikkan
oleh ibu, mak-cik dan pak cik mereka yang lain. Dia tahu mengapa sepupunya itu
dibenci oleh ibu, bapa dan emak saudaranya yang lain…kerana dia anak tak sah
taraf atau anak luar nikah. Namun rasa kasih yang sememangnya sudah lama
bertapak dihatinya tidak memandang pada kekurangan yang tidak seberapa
dimatanya. Makin hari kasihnya makin subur. Rindunya juga makin hari makin membuak
menanti mahu dilepaskan dari perdu hatinya. Tetapi dia tahu hasrat hatinya
tidak akan mendapat persetujuan dari ibunya.
Dia mata Syed Borhan Nur Hidayah seorang
gadis yang sangat bijak dan pandai
menilai baik dan buruk. Dia juga dalam peliharaan Allah sentiasa. Mengapa dia berpandangan
begitu..Yang dia tahu sejak kecil lagi Nur Hidayah pandai mengatur kehidupannya sendiri. Dia sudah
sering dibiarkan sendirian sejak disekolah rendah lagi. Seusia tujuh tahun dia
sudah diharapkan hidup sendirian ketika ibunya bekerja.Kerana ketika itu nenek
mereka sudah tidak mahu menjaga dirinya.
“Milah kamu ambilah Dayah ni duduk dengan
kamu. Emak dah tak sanggup nak jaga dia lagi. Cukuplah enam tahun emak jaga
dia. Emak ni dah tua bila lagi emak nak kesurau dan bercampur dengan orang,
jika asyik nak jaga anak kamu sahaja”.
“Tapi mak macam mana Milah nak kerja”.
“pandai-pandai kamulah Milah..anak kamu jagalah
sendiri”. Terdetik dihati Syarifah Jamilah jika anaknya adalah anak yang sah
taraf kelahirnya tentu emaknya tidak menolak untuk menjaga cucunya yang comel
itu.Memang Nur Hidayah seorang budak yang comel. Berkulit putih gemu, hidungnya
mancung, matanya agak sepet dan berambut
hitam yang lurus, sekali pandang dia seperti anak Cina pula. Dia juga seorang
budak yang periang dan bijak. Diakhir tadikanya dia sudah pandai membaca buku
cerita, mengira dan boleh mengenali nilai duit. Bermula dari situ Nur Hidayah
dibiarkan sendirian dirumah selepas waktu sekolah.
Jika mamanya bekerja pada syift pagi.
“Dayah! Esok pagi mama kerja tau. Nanti Dayah
balik sekolah Dayah makan ye..nasi dan lauk mama dah masak tenguk bawah tudung saji atas meja. Baju sekolah
Dayah rendam nanti senang mama basuh”.
“Baik ma”.Hanya itu jawapan Nur Hidayah bila
mendengar arahan dari mamanya.
Itu jika mamanya bekerja disyift pagi. Jika
mamanya bekerja diSyift malam pula..sebelum mamanya ketempat kerja dia akan
berpesan.
“Mama nak pergi kerja ni Dayah. Kalau Dayah
dah siap kerja sekolah pergi tidur kat bilik, lampu ni tak payah tutup ye.
Kalau nak tenguk tv pun jangan sampai pukul sepuluh tau..esok mengantuk kat
sekolah. Hand fon mama dah letak tempat biasa esok pagi mama call, kejutkan Dayah. Mama dah siapkan roti atas meja,
kayanya Dayah ambil dalam peti sejuk ye. Airnya dua kotak susu nestle, mama dah
letak meja, satu Dayah minum dan makan dengan roti, satu lagi Dayah bawa bekal.
Bekal air kosong pun mama dah sediakan semuanya atas meja ye ”. Memang
berderet-deret pesanan Syarifah Jamilah sebelum dia ketempat kerja.
“Baik ma” itu juga jawapanya.Itulah rutin
Syarifah Jamilah dan anaknya menjalani kehidupan mereka setiap hari.
Ketika umur 15 tahun di setelah arwah nenek
mereka meninggal, mamanya pula bekerja jauh di Arab Saudi..dia juga tinggal
sendirian mengurus diri. Dan kini dia ditinggal lagi bila mamanya pulang
kerahmatullah. Biar pun dia lahir sebagai anak tak sah taraf dan terbiar begitu,
namun dia tidak menjadi remaja yang liar dan tak bermoral. Dia pandai mendidik
dirinya menjadi gadis yang terpelihara dan menjaga solatnya dia juga anak yang
bijak dalam perlajaran. Bukan sahaja dia menjaga solat lima waktunya, malah
solat sunat juga di lakukan. Mengapa Syed Borhan mengatakan begitu..sebab sudah
dua kali dia terserempak sepupunya baru selesai melakukan solat sunat Duha.
Mungkin ada terkesan kata-katanya pada ibunya
dulu ketika ibunya membuang lauk basi ditepi longkang. Pagi itu selepas mereka semua
bersarapan, ibunya menyuruh dirinya menghantar sepinggan mee hoon goreng
kerumah anak saudaranya yang baru pulang bercuti sekolah.
“Long!! tolong hantarkan sarapan ni pada Dayah. Petang semalam dia balik..tentu dia
belum sempat lagi beli barang nak dimasak tu”.
“Ok,
mana bu”.
“Ni
haa..lepas bagi tu terus balik tak payah nak berlama-lama kat rumah nenek ye.”
“Ok”.
Syed Borhan kehalaman rumah arwah neneknya sambil
menatang sepinggan mee hoon goreng.Dia berdiri dihadapan pintu yang bertutup
rapat. Dia memberi salam hingga tiga kali, namun salamnya tidak berjawab. Adat
orang memberi salam, jika sehingga tiga kali salamnya tidak berjawab kita
dibolehkan balik sahaja. Dia sudah berpaling untuk pulang semula kerumahnya,
kerana Nur Hidayah tidak menunjukkan muka atau menjawab salamnya. Dalam hati
nya berbisik..‘ahh tidur lagi agaknya
anak dara ni..haii apalah nak jadi anak dara ni kalau dah tak ada sesiapa yang
memantau memang tengaharilah bangunnya,
entah subuh entah tidak dia ni’.
Itulah bisiskan yang berbisik dihatinya tentang sepupu yang duduk tidak jauh
dari rumah nya. Baru dia memusingkan
badanya dan memulakan langkah setapak
kedengaran selak pintu rumah berdetak, tanda pintu rumah sedang dibuka..
teruskan berkarya....
ReplyDeleteBaik pula hati emak Syed Borhan tu..
ReplyDelete