Perjalanan pulang dari KLIA keJelebu tidak
dilepaskan begitu sahaja oleh Syarifah Aminah.Padanya lebih baik dia menghalang
hubungan itu dari dari Nur Hidayah dari menahan rasa hati anak terunanya
sendiri.
“Dayah!!”
“Ia
mak long”.
“Ada tak
along cakap dia sukakan kamu”.
“Tak
adalah pula..kenapa mak long”.
“Dia
ada cakap dengan mak long yang dia kesiankan kamu duduk sorang.Dia nak Dayah
jadi isteri dia. Tapi mak long bukan apa..kamu berdua tu sepupu. Kawinsepupu ni
tak berapa elok..nanti anak tak pandai”.
Itulah kata-kata mak long untuk menghalang hubungan mereka dari
diteruskan.
Nur Hidayah tidak terkata bila Syarifah
Aminah emak sudaranya sendiri yangberkata begitu.Walaupun yang sebenarnya
dihatinya juga sudah ada rasa sayang kepada abang sepupunya yang bernama Syed
Borhan. Mana hatinya tak dijentik rasa sayang bila Syed Borhan yang hati baik hati dan kacak selalu
mengambil berat tentang diri dan mamanya.Dia seorang yang penyayang dan sabar
orangnya.Bukankah itu ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan imam
hidupnya.Bila melihat Nur Hidayah hanya membatu Syarifah Aminahmelanjutkan kata-katanya.
“Mak
Long harap sangat, jauhkan diri Dayah dari Along. Mak Long tak mahu kamu berdua
meneruskan hubungan yang tak sampai kemana ni ye”.
“Tapi
mak long..”
“Tidak
Dayah..kalau mak long kata tak suka ..mak long tak suka. Mak long suka berterus
terang dengan kamu, mak long tak suka kamu jadi menantu mak long.Mak long nak
jaga keturunan mak long.Mak long tak mahu keturunan mak long akan dipandang
hina..kamu tahukan siapa diri kamu”.
Kata-kata maklongnya seperti asid asitek (cuka getah) menyimbah rasa Nur
Hidayah, terus mati rasa sayang yang bercambah.Ha itu barulah isi hati Syarifah Aminah yang
sebenarnya. Mendengar jawapan maklong Nur Hidayah tidak jadi bersuara.Tidak
guna dia berkata lebih-lebih itu akan menyakitkan hati sendiri.
Walaupun mereka jarang berjumpa bertentang
mata namun seringkali SMS nasihat dihantar kepadanya.Ketika dia belajar diUiTM
seringkali SMS mengingatkan supaya pandai menjaga diri dan belajar rajin-rajin
datangnya dari Syed Borhan.Sikap ambil berat Syed Borhan menjadikan dirinya
rasa disayangi.Tampa sedar sayang abang sepupunya dibalas oleh hatinya dengan
rasa sayang juga. Tetapi sekarang dia sedar, yang sepatutnya dia tidak harus
membajai rasa sayangnya bila dia tahu
siapa dirinya.
Yang sebenarnya tadinya Nur Hidayah mahu
mengatakan, kebanyakkan ahli keluarga mereka berkahwin antara sepupu untuk
mengekalkan gelaran keturunan Syed dipangkal nama mereka. Dari datuk dan nenek
mereka lagi perkahwinan anatara mereka telah bermula.
Pedihnya tusukkan kata-kata ibu saudara nya
sendiri ditelan dengan rasa insaf dan sedar.Itulah kenyataan dirinya.Dia anak tak sah taraf atau anak luar nikah.
Dengan kata-kata mak longnya mulut Nur Hidayah jadi terkatup rapat, rapat seperti digam dengan gam gajah. Melihat anak
saudarnya yang mendiamkan diri sambil terus memandu dengan kelajuan sederhana SyarifahAminah menyambung kata-katanya.
“Mak
long harap Dayah keluarlah dari rumah nenek tu.Rumah tu bukan hak mama Dayah
sebenarnya. Semua adik beradik kami ada hak keatas rumah tu. Yang sebetulnya
kami hanya kesian dengan mama kamu kerana dia sakit sahaja. Sekarang
kembalikanlah hak kami. Dayah kena keluar juga dari rumah pusaka tu dalam
tempuh sebulan ni.
…Dayah
pun dah habis belajar pergilah cari kerja yang sesuai dengan kelulusan Dayah.
Dayah dah ada Ijazah takkan tak dapat kerja kot.Mak Long harap Dayah pergi
sebelum along balik bulan depan.Rasa cukup
dalam masa sebulan ni kamu berusha cari
kerja”. Makin pedih rasa hatinya. Sudahlah rasa hatinya disiram dengan
asid..dia juga dihalau. Walaupun maklong berkata-kata dengan suara biasa namun
kata-katanya mengadungi erti yang menghancurkan perasaanya.
Tergia-gia kata mamanya dulu..’Dia mahu memebeli rumah kerana jika mereka
berdua dihalau dari rumah neneknya mereka sudah ada temapat berlindung’.
Tapi sekarang dia belum lagi sempat membeli rumah mamanya juga baru sebulan
meninggalkan dirinya..Ohh mak long dimanakah rasa hati mu.Tidak terfikirkah
oleh mak longnya akan keselamatan dirinya jika dia keluar dari rumah. Tidak
ditanya dimanakah dia akan melindungi diri sebelum dia dapat mencari rumah. Tidak
ditanya akan dirinya mempunyai kawan atau pun tidak untuk menumpagkan diri
sementara dia belum mendapat kerja. Oh Tuhan lindungilah aku dari segala mara
bahaya. Keluh Nur Hidayah didalam diam. Lalu dia teringat kan arwah
neneknya..Jika neneknya masih hidup tentu mak Longnya tidak berani untuk
menghalau dirinya keluar dari rumah neneknya.Tapi betulkah begitu. Rasanya
neneknya juga tidak berapa menyukai dirinya kerana status diri..Siapa yang suka
pada anak yang bergelar anak tak sah taraf atau dengan perkataan lain ANAK LUAR
NIKAH.
Akirnya perjalanan dari KLIA ke Jelebu yang
mengmbil masa 4 jam lebih..itu kerana
Nur Hidayah yang memandu, sampai juga.
Nur Hidayah menurunkan mak long dihadapan rumahnya. Di tadah telinganya
dengan mulut tertutup bila mak long mengulangi permintaanya supaya dia keluar dari rumah arwah neneknya.Sememangnya
mak longnya bersungguh-sungguh.
“Mak
long harap Dayah keluar dari rumah nenek tu sebelum along balik ye.Ingat jangan
bagi tahu along kemana Dayah pergi. Kalau along tahu juga Dayah kat mana taulah
apa yang mak long nak buat. Sebagai bantuan ni mak long bagi RM 3,000.00 gunalah.Jangan nak kata mak long ni kejam.Duit
ni mak long bagi bukan nya hutang.” Wahh
kini mak long sudahlah mengugut…kemudian
dia tidak mahu pula dikatakan dirinya kejam.Tidak kejamkah kerana tidak
memikirkan keselamatan nyawa dan maruah anak sudaranya sendiri. Tidak kejamkah
keselamatan dan maruah anak saudaranya hanya dinilai 3 ribu ringgit sahaja..gaji anaknya along pun lebih dari itu.
Tidak mahu memikirkan sikap mak longnya, malam
itu juga Nur Hidayah mengemasi sedikit kain bajunya, sijil-sijil dan barangan
yang berharga untuk dibawa pergi.Tekad hatinya keesokan harinya dia sudah
keluar dari rumah arwah neneknya.
Usai solat subuh Nur Hidayah kedapur
menyiapkan makan untuk dirinya makan pagi dan makan tengahari.Dia menanak nasi
untuk dijadikan nasi goring.Dia ambilnya sebuah bekas dimasukkan nasigoreng
untuk bekal makan tengahharinya.Yang tinggal sedikit dijadikan sarapan
paginya.Dia megemasi seluruh rumah.Selelasi berkemas dia menyiapkan diri
pula.Segala dokumen penting sudah dimasukkan kedalam beg pakainya dan sudah pun
di sumbat kedalam boot keretanya malam tadi.Selesai semuanya dia kerumah emak
saudaranya, untuk berpamitan dan menyerahkan kunci rumah dan berpesan serba
sedikit.
Dia memberi salam..Terjengul sahaja mak
longnya dimuka pintuterus sahaja dia menyampaikan isi hatianya.
“Mak
long! Dayah dah nak pergi ni. Ni kunci rumah dan ini duit mak long yang mak long bagi semalam. Rasanya Dayah tak
patut ambil duit mak long, sebab selama ni pun mak long banyak tolong Dayah.
Pasal mak long suruh Dayah keluar dari rumah nenek itu memang sepatutnya lah,
sebab itu rumah nenek bukan rumah mama Dayah. Lagi satu ada tinggal sedikit barang
makan dalam peti sejuk tu, mak long
ambillah takut rosak nanti membazir sahaja”.
“Dayah!duit
tu ambillah untuk belanja Dayah sebelum Dayah dapat kerja. Kalau Dayah nak sewa
rumah pun kena nak bayar deposit rumah juga jadi ambillah..Jangan jadikan mak
long ni emak saudara yang kejam tak bagi Dayah duit langsung setelah suruh kamu
keluar dari rumah nenek.”.
“Kalau
dah macam tu kata mak long Dayah ambil..terima kasih diatas penjagaan mak long
pada Dayah.” Di atas desakkan Syarifah Aminah
Nur Hidayah mengambil duit
pemberian emak saudaranya. Dia malas
mahu berbalas kata dengan emak saudaranya takut dia terkurang ajar pula nanti.
Walau seburuk mana layanan mak long terhadap dirinya, sebagai anak saudara, dia perlu
juga menghormati emak saudaranya, jika bukan emak saudara pun dia harus menghormati
orang yang lebih tua darinya..
Setelah
bersalaman Nur Hidayah menuju ke keretanya. Dimulakan dengan Bacaan Bismillah dan Al-Fatihah terus dia memanas
kan injin kereta. Sambil itu sempat lagi
dia t membaca membaca doa, membaca ayat seribu Dinar dan ayat Kursi. Tiada
tempat dia menyerahkan hidupnya hanya
pada Allah Pemilik jasad dan rohnya. Dia
harus bertolak pagi kerana dia tidak tahu apa yang akan berlaku hari itu.
Kepalanya penuh dengan tanda tanya..pekerjaan apakah yang mesti dipohon dan
dimanakah dia mahu menumpang tidur malam itu. Kemana arah yang hendak
dituju.Dia memulakan perjalannya..sambil memandu keluar dari jalan kampungnya sambil
dia fikir kemana keretanya mahu di arahkan.
Akhirnya nalurinya mengarahkah dirinya menuju kebandar Seremban. Kerumah disewa yang disewa
oleh mamanya kira-kira 7 tahun dulu. Dia
kesitu mengikut gerak hatinya.. Doanya
semoga jiran sebelah rumah sewa mamanya masih mengenali dirinya. Dia bercadang jika tiada tempat untuk dia bermalam, dia mahu menumpang barang semalam dua dirumah
jiran lamanya itu, sementara dia dapat menyewa rumah ataupun bilik lain..Dulu
rumah jiran sebelah rumah yang selalu dipesankan oleh mamanya untuk menenguk-nengukkan
dirinya ketika mamanya ditempat kerja. Suaminya jiran sebelah mereka dulu bekeja
sebagai pembantu makmal disekolah, manakala isterinya pula seorang suri rumah
tangga sepenuh masa, namun bersambilan mengambil upah menjahit baju tempahan.
Mempunyai 4 orang anak yang masih lagi belajar. Ketika
dia memakir keretanya dihadapan rumah teres, makcik yang selalu
menenguk-nengukkannya dulu keluar menjenguk.
“Assalamulaikum..”
“Walaikumsalam..eh
ni macam Hidayah betulke ni Dayah”. Belum berjawab lagi soalan..
dia diterpa dan dipuluk erat. Alhamdullilah..dia masih mengenali dirinya. Mungkin
wajahnya tidak banyak berubah dari wajahnya 7 tahun dulu. Kali terakhir mereka
duduk menyewa disitu ketika umurnya menjangkau 15 tahun.
“Alhamdullilah
..makcik masih kenal saya. Betulah saya Nur Hidayah yang menyewah rumah sebelah
ni”.
“Ehh
apa tak kenal muka Dayah tak banyak berubah.Hanya mak cik nampak Dayah lebih
tinggi dan kurus sikit…masuklah- masuk.Dayah dah habis belajar ke, belajar kat
mana.Ehh mama nya apa kahbar dia sekarang masih kerja jadi nurse lagi ke”.Terungkai
sahaja pelukkan puan Salmah dia menyuruh Hidayah masuk kerumahnya.Sambil
menyuruh Hidayah masuk mulut puan Salmah menceceh dan meletup-letup dengan
berbagai soalan hinggat tak dapat nak mencelah untuk memberi jawapan.Apa yang boleh dilakukan oleh Hidayah hanya tersengih
sahaja.
Dari sengihan meletus juga tawa kecil nya.Nur
Hidayah duduk disofa memandang mak cik Salmah. Melihat tingkah Nur Hidayah yang
ketawa tetapi tidak menjawap segala solannya barulah berhenti cecehan puan Salmah,
dia memandang hairan melihat Nur Hidayah yang hanya ketawa sahaja.Tawa Nur
Hidayah berbunga dibibirnya kerana dia merasa sangat lega bila masih ada lagi
tempat dia meminta bantuan.
“Kenapa
Dayah hanya ketawa pandang mak cik?”
“Gembira
sangat jumapa mak cik.Tak sangka mak cik masih boleh ingatkan Dayah.Rasanya
masa Dayah pindah dari sini Dayah dalam tingkata tiga, sebab mama nak pergi
kerja kat Arab.”
“Ohhh..
Dah lamanya ye, tapi muka Dayah ni tak banyak berubah. Apa khabar mama Dayah,
mama nya masih kerja kat Arab lagi ke..”.
“Mama
dah meninggal mak cik..baru bulan lepas dia meninggal. Dia dah berenti kerja
kat Arab, bila tahu dia kena Barah paru-paru tahun lepas”.Meluru puan Salmah
mendakap Nur Hidayah bila mendengar cerita sedihnya. Dengan sebutan Inalillah
wa Inna ilaihi rajii’un” maksudnya, “dari Allah kita datang dan kepadanya kita
kembali.”
Bila
ada apa-apa musibah (bukan kematian sahaja) kita diajar oleh Rasulullah SAW
untuk mengucapkan “Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un”.
“Orang
yang baik selalu dijemput cepat oleh Allah.Dayah sabar ye.Sekarang Dayah duduk
dengan siapa”.Reda tangisanya itu yang keluar dari bibir mak cik Salmah..
“Duduk
sorang-sorang mak cik, nenek Dayah pun dah meninggal masa Dayah tingkatan empat
lagi. Inilah Dayah nak cari kerja cepat
ni. Tak kiralah kerja apa”.
“Kesiannya
Dayah..mak cik tak tahu nak tolong macam mana”.
“Tak
apa mak cik.Dayah ingat nak cari bilik
atau pun rumah sewa. Ada tak orang nak sewakan bilik kat kawasan taman kita ni
mak cik.”
“Mak
cik rasa kamu lebih selamat sewa bilik sebab kamu tu anak dara.Rumah Haji
Hakimi dan mak cik Enon tu rasanya boleh sebab mereka tinggal berdua
sahaja.Tentu dia nak cari kawan.”
Rumah
nenek enon yang belakang rumah mak ci ni ke?”.
“Haah
lah..atuk yang Nampak garang tu”.
“Oh
oklah nanti Dayah pergi Tanya.Mak cik! Mak cik Nora tu masih buat catering lagi
ke mak cik”. Dia teringat ditaman perumahan mereka ada sebuah syarikat katering yang mengambil tempahan untuk majlis khenduri dan jamuan makan dipejabat-pejabat.
“Ehh
apa tak buatnya makin maju cetering dia tu..haa dia memang tengah nak pakai
orang ni. Tak lama lagi cuti sekolah, musim orang kahwin ni.”.
“Untuk
sementara Dayah nak minta kerja dengan dialah makcik ok tak”.
“Eloklah
tu..”.
Berkali-kali Nur Hidayah mengucapkan syukur
kerana segala urusannya berjalan dengan lancar. Dia sudah mendapat pekerjaan
sebagai Pramusagi disyarikat catering Makcik Nora dan dia juga dapat menyewa sebuah bilik dirumah pasangan Haji
Hakimi dan Hajjah Ainun. Nur Hidayah tidak mengira apa pun kerja biar pun tidak
menepati dengan kelulusan yang dia ada. Tengahhari itu dia dijamu makan
tengahari oleh Makcik Salmah.
Kini sudah hamper dua tahu dia menjadi
pekerja Syarikat Katering mak cik Nora. Dia ditugaskan sebagai pramusaji yaitu
penghidang makan. Biar kemana pun dia diarah kan bertugas dia akan melakukan
dengan bersungguh hati. Perniagaan catering
mak cik Nora menmgambil upah untuk menyediakan makanan untuk kenduri
kahwin dan majlis-majlis dipejabat-pejabat. Dia seronok bekerja dengan Syarikat
makcik Nora.Biar pun gajinya tidak menepati piawai gaji seorang yang mempunya
Ijazah.Walau bagaimana pun dia tetap memohon jawatan yang bersesuaian dengan
kursus Akauntan yang diambilnya selama 4 tahun di UiTM dulu.
Bila musim cuti sekolah kerjanya bertambah
sibuk kerana masa itu ramai orang mahu mengadakan keduri kawin.Untuk melebihkan
upahnya kadang-kadang Nur Hidayah membantu makcik Nora dan para pekerja tukang
masaknya menyediakan bahan-bahan yang untuk dimasak.Tetapi biasanya Nur Hidayah
ditugaskan untuk mengopek bawang.
Tidak luas mana rupanya Negeri Sembilan dan
tidak jauh mana antara Sremban dan Jelebu.Hendak dikatakan jodoh agaknya.Yang
sebenarnya kerana kesibukkan tugasnya dia sudah melupakan saudara-maranya yang
berada diJelebu Negeri Sembilan..entah apa perancangan yang Allah aturkan. Hari
itu syarikat makcik Nora memenuhi tempahan untuk sebuah keluarga di Seremban
2.Dan di majlis itu dia terserempak dengan maklongnya berlima beranak .Terkejut
dia bila bahunya di tepuk dari belakang. Bila ditoleh seorang jejaka yang
disuruh dilupakan sedang memberi seyuman manis kepadanya. Memang manis senyuman
Syed Borhan kepadanya..semanis gula-gula lolipop. Dadanya berdebar kencang,
memandang pemuda kacak dihadapannya.
“Ohh
Dayah kerja dengan catering ni ke”. Syed Borhan boleh meneka bila Nur Hidayah
mengenakan pakaian seragam syarikat katering yang bertulis nama syarikat
dibelakang bajunya.
“Astagfirullah..ehh
along..along datang dengan siapa”.
“Tuuu
ibu dengan adik-adik along”. Selang beberapa meja kelihatan mak long sedang
memandag kearahnyanya begitu juga adik-adik Syed Borhan yang lain.
“Ni
rumah sedara along ke ni”.
“Haah
rumah sepupu arwah ayah..tu yang kami datang semua tu”.
“Ohh..along
duduk makan lah Dayah kerja ni, nanti marah pula bos Dayah, kalau Dayah sembang
lama sangat”.
“Ok
..nanti along call Dayah..Ehh Dayah tukar nombor ke..along call manjang tak
dapat”.
“Haah..hand
fond Dayah hilang..kena beli lain”. Sebelum mereka pulang Nur Hidayah dirapati
oleh mak long dan anak-anaknya. Setelah bercakap-cakap dan bertanya khabar
mereka pulang meninggalkn Nur Hidayah dengan kerjanya.
Dua hari selepas Nur Hidayah terjumpa dengan
kelaurga maklongnya, dia dikejutkan lagi dengan kemunculan Syed Borhan yang
datng kerumah atuk Hakimi. Syed Borhan datang meminta izin Haji Hakimi untuk menemuinya
dirumah Haji Hakimi. Setelah memperkenalkan diri kepada tuan rumah Syed Borhan
diajak masuk oleh atuk Kimi itu panggilan Nur Hidayah pada tuan rumah yang
sudah berusia 70 tahun lebih.
“Ohh
anak ni abang sepupu Dayah..kerja apa?.”
“Jurutera
pak cik”..
“Ehh
apa pula panggil pak cik..atuk ni..Non panggilkan lah Dayah, ni abang sepupu
dia datang ni”. Kebetulan hari itu tiada tempahan untuk Syarikat Makcik
Nora..jadi Nur Hidayah duduk berehat dirumah. Setelah dipanggil dia keruang
tamu…
“Ehh
along..pandai pula along memandu ke rumah atuk Kimi ni. Macam mana tahu alamat
rumah atuk Kimi ni..siapa yang bagi”. Dek kerana terkejut dengan kemunculan
orang yang mahu dipadam dalam ingatan tu yang soalan keluar berderet-derat dari
mulutnya.
“Dayah
ni macam along tak pandai nak Tanya, sekarang
semuanya BOLEH kalau kita berusha Dayah.Along Tanya Puan Nora bos Dayah tu, dia
cakaplah.”. Melihat kemesraan dan sifat biasa Nur Hidayah atuk Hakimi yakin
pemuda segak yang dipanggil along dihapanya berkata benar, dia adalah abang
sepupu pada Nur Hidayah.Biar pun begitu dia tidak ditinggalkan berduaan sahaja
oleh atuk Hakimi.
“Ðayah
tak minta kerja lain ke”.
“Minta..borang
SPA pun Dayah dah isi, tapi tak dapat
lagi lah Long.Belum ada rezeki Dayah lagi..untuk sementara ni tak apalah, Dayah
pun suka kerja kat sini. Tak payah nak fikir pasal makan..hanya cari duit untuk
bayar sewa dan api air sahaja”.
“Ialah
untuk sementara tak apalah..tapi ushakan lah cari kerja dengan kursus yang
Dayah ambil masa kat Universiti. Rugi tau belajar susah-susah lepas tak guna
ilmu yang kita dah dapat. Lagi pun kerja tu mungkin lebih menjamin masa depan”.
“Ohh
Dayah pernah masuk Universiti”. Sampuk Haji Hakimi yang ada berasama mereka
dirunag tamu.
“Haah
tuk, Dayah ni ambil Akauntan, masa kat UiTM Shah Alam Selangor dulu tu. Bukan
sekejap dia belajar 4 tahun itu tak masuk dia masuk Matrik lagi.Kalau atuk nak tahu Dayah ni bagus dulu tiap-tiap tahun dia dapat ANUGERAH DEKKAN.”.
"Hssy taklah tiap-tiap tahun long..jangan lebih-lebih pula cakap pasal Dayah".
"Hssy taklah tiap-tiap tahun long..jangan lebih-lebih pula cakap pasal Dayah".
“Oh ye ke..Ialah
Dayah sayang kalau kamu tak guna Ijazah kamu tu.. tapi kena cepat cari kerja
sebab setiap tahu para graduan yang kelaur Unversiti beribu orang”.
“Haa
dengar tu..Kalau Dayah suka bagi resumi Dayah pada along nanti along mintakan kat
syarikat along kerja. Mana tahu ada rezeki Dayah kat situ”.
“Tak
mahulah..nanti Dayah kena kerja kat atas kapal pula. Dayah takut laut.”.
“Ehh
apa pula atas kapal..Ijazah Dayah kan akautan, yang pergi ketengah laut tu jerutera sahaja. Kalau akautan kerjanya di bahagian
pengurusan lah.. Bahagian pengurusan syarikat along ni kat KL bukannya kat laut. Lagi pun krew atas
kapal tu semuanya lelaki. Mereka tak ambil perempuan kerja atas kapal tu.”
“Kalau
macam tu nanti Dayah emelkan kat along resumi Dayah tu”.
“Haa ok along tunggu. Dayah 2
hari lagi along dah pergi naik kapal semula. Kerja elok-elok ye..In Syaa Allah
along doakan Dayah dapat kerja yang sesuai dengan Ijazah Dayah”.
“Terima
kasih long doa kan Dayah”.
Setelah berbasa basi lebih kurang Syed Borhan
meminta diri pada tuan rumah. Hatinya gembira hingga kelihatan diwajahnya yang
ceria. Hingga dirinya sampai semula dirumah keluarganya di Jelebu wajah cerianya
masih terpamir diwajahnya. Dan kecerianya kedapatan oleh ibunya yang sedari
tadi risau bila anak sulong keluar rumah terlalu lama. Dia keluar dari pagi hingga petang baru pulang..Sudahlah
tidak memberitahu ibunya dia hendak kemana.
“Along pergi mana dari pagi, ni baru nampak
muka. Rasanya along keluar lepas minum pagi tadi..”.
“Pergi Seremban.”.
“Beli apa sampai jauh ke Seremban”.
“Bukan beli barang..jumpa kawan sahaja”.Dari
jawapan dan wajah ceria anak sulongnya Syarifah Aminah
boleh meneka siapa kawan yang dijumpai oleh anak sulongnya di Seremban. Sementalah dua hari lepas mereka terjumpa Nur Hidayah di majlis kenduri kahwin salah saorang saudara sebelah arwah suaminya.
Sedihnya..sampai hati maklong menginaya darah daging sendiri..anak yatim piatu tu..semuga di permudahkan perjalanan hidup dayah..tak semestinya dayah kena apply kerja kerajaan, kalau ikutkan banyak je vacancy di private, mungkin bkn seorang accountant..asalkan ada pengalaman bekerja di office, seperti saya bermula sebagai kerani akaun kerana tiada pengalaman, kemudian account executive dan sekarang penolong accountant..asalkan ada pengalaman bekerja, senang untuk naik kerana dayah ada degree..biar terbuka mata mak long..semuga dayah di jodohkan dgn sebaik2 lelaki n keluarga mentua sgt menyayangi beliau..biar mak long mendapat menantu hantu n selalu berperang dgn besan..biar dia tau tinggi rendahnya langit..
ReplyDeleteBtul kta anda dimana ada kmahuan distu ada jln. Suka bca lomptan kerja anda..membayakan adan seorang yg ckal. Tpi pngalaman mak teh lah kalau tak ada yang tlong ajar atau cakap kita kdang2 tak tahu lngkah permulaan.
ReplyDeleteGeram pulak dengan makcik Jamilah yang tak berubah ni.
ReplyDelete