~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 25 January 2015

Nur Hidayah 8





Perjalanan pulang dari KLIA keJelebu tidak dilepaskan begitu sahaja oleh Syarifah Aminah.Padanya lebih baik dia menghalang hubungan itu dari dari Nur Hidayah dari menahan rasa hati anak terunanya sendiri.

“Dayah!!”

“Ia mak long”.

“Ada tak along cakap dia sukakan kamu”.

“Tak adalah pula..kenapa mak long”.

“Dia ada cakap dengan mak long yang dia kesiankan kamu duduk sorang.Dia nak Dayah jadi isteri dia. Tapi mak long bukan apa..kamu berdua tu sepupu. Kawinsepupu ni tak berapa elok..nanti anak tak pandai”.  Itulah kata-kata mak long untuk menghalang hubungan mereka dari diteruskan.

Nur Hidayah tidak terkata bila Syarifah Aminah emak sudaranya sendiri yangberkata begitu.Walaupun yang sebenarnya dihatinya juga sudah ada rasa sayang kepada abang sepupunya yang bernama Syed Borhan. Mana hatinya tak dijentik rasa sayang bila Syed Borhan  yang hati baik hati dan kacak selalu mengambil berat tentang diri dan mamanya.Dia seorang yang penyayang dan sabar orangnya.Bukankah itu ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan imam hidupnya.Bila melihat Nur Hidayah hanya membatu Syarifah Aminahmelanjutkan  kata-katanya.

“Mak Long harap sangat, jauhkan diri Dayah dari Along. Mak Long tak mahu kamu berdua meneruskan hubungan yang tak sampai kemana ni ye”.

“Tapi mak long..”

“Tidak Dayah..kalau mak long kata tak suka ..mak long tak suka. Mak long suka berterus terang dengan kamu, mak long tak suka kamu jadi menantu mak long.Mak long nak jaga keturunan mak long.Mak long tak mahu keturunan mak long akan dipandang hina..kamu tahukan siapa diri kamu”.  Kata-kata maklongnya seperti asid asitek (cuka getah) menyimbah rasa Nur Hidayah, terus mati rasa sayang yang bercambah.Ha  itu barulah isi hati Syarifah Aminah yang sebenarnya. Mendengar jawapan maklong Nur Hidayah tidak jadi bersuara.Tidak guna dia berkata lebih-lebih itu akan menyakitkan hati sendiri.

Walaupun mereka jarang berjumpa bertentang mata namun seringkali SMS nasihat dihantar kepadanya.Ketika dia belajar diUiTM seringkali SMS mengingatkan supaya pandai menjaga diri dan belajar rajin-rajin datangnya dari Syed Borhan.Sikap ambil berat Syed Borhan menjadikan dirinya rasa disayangi.Tampa sedar sayang abang sepupunya dibalas oleh hatinya dengan rasa sayang juga. Tetapi sekarang dia sedar, yang sepatutnya dia tidak harus membajai rasa sayangnya bila  dia tahu siapa dirinya.

Yang sebenarnya tadinya Nur Hidayah mahu mengatakan, kebanyakkan ahli keluarga mereka berkahwin antara sepupu untuk mengekalkan gelaran keturunan Syed dipangkal nama mereka. Dari datuk dan nenek mereka lagi perkahwinan anatara mereka telah bermula.

Pedihnya tusukkan kata-kata ibu saudara nya sendiri ditelan dengan rasa insaf dan sedar.Itulah kenyataan dirinya.Dia  anak tak sah taraf atau anak luar nikah. Dengan kata-kata mak longnya mulut Nur Hidayah jadi terkatup rapat, rapat  seperti digam dengan gam gajah. Melihat anak saudarnya yang mendiamkan diri sambil terus memandu dengan kelajuan sederhana  SyarifahAminah menyambung kata-katanya.

“Mak long harap Dayah keluarlah dari rumah nenek tu.Rumah tu bukan hak mama Dayah sebenarnya. Semua adik beradik kami ada hak keatas rumah tu. Yang sebetulnya kami hanya kesian dengan mama kamu kerana dia sakit sahaja. Sekarang kembalikanlah hak kami. Dayah kena keluar juga dari rumah pusaka tu dalam tempuh sebulan ni.
…Dayah pun dah habis belajar pergilah cari kerja yang sesuai dengan kelulusan Dayah. Dayah dah ada Ijazah takkan tak dapat kerja kot.Mak Long harap Dayah pergi sebelum along balik bulan depan.Rasa  cukup dalam masa sebulan ni kamu  berusha cari kerja”. Makin pedih rasa hatinya. Sudahlah rasa hatinya disiram dengan asid..dia juga dihalau. Walaupun maklong berkata-kata dengan suara biasa namun kata-katanya mengadungi erti yang menghancurkan perasaanya.

            Tergia-gia kata mamanya dulu..’Dia mahu memebeli rumah kerana jika mereka berdua dihalau dari rumah neneknya mereka sudah ada temapat berlindung’. Tapi sekarang dia belum lagi sempat membeli rumah mamanya juga baru sebulan meninggalkan dirinya..Ohh mak long dimanakah rasa hati mu.Tidak terfikirkah oleh mak longnya akan keselamatan dirinya jika dia keluar dari rumah. Tidak ditanya dimanakah dia akan melindungi diri sebelum dia dapat mencari rumah. Tidak ditanya akan dirinya mempunyai kawan atau pun tidak untuk menumpagkan diri sementara dia belum mendapat kerja. Oh Tuhan lindungilah aku dari segala mara bahaya. Keluh Nur Hidayah didalam diam. Lalu dia teringat kan arwah neneknya..Jika neneknya masih hidup tentu mak Longnya tidak berani untuk menghalau dirinya keluar dari rumah neneknya.Tapi betulkah begitu. Rasanya neneknya juga tidak berapa menyukai dirinya kerana status diri..Siapa yang suka pada anak yang bergelar anak tak sah taraf atau dengan perkataan lain ANAK LUAR NIKAH.

        Akirnya perjalanan dari KLIA ke Jelebu yang mengmbil masa  4 jam lebih..itu kerana Nur Hidayah yang memandu, sampai juga.  Nur Hidayah menurunkan mak long dihadapan rumahnya. Di tadah telinganya dengan mulut tertutup bila mak long mengulangi permintaanya supaya  dia keluar dari rumah arwah neneknya.Sememangnya mak longnya bersungguh-sungguh.

“Mak long harap Dayah keluar dari rumah nenek tu sebelum along balik ye.Ingat jangan bagi tahu along kemana Dayah pergi. Kalau along tahu juga Dayah kat mana taulah apa yang mak long nak buat. Sebagai bantuan ni mak long bagi RM 3,000.00  gunalah.Jangan nak kata mak long ni kejam.Duit ni mak long bagi bukan nya hutang.” Wahh kini mak long sudahlah  mengugut…kemudian dia tidak mahu pula dikatakan dirinya kejam.Tidak kejamkah kerana tidak memikirkan keselamatan nyawa dan maruah anak sudaranya sendiri. Tidak kejamkah keselamatan dan maruah anak saudaranya hanya dinilai  3 ribu ringgit sahaja..gaji anaknya along  pun lebih dari itu.

Tidak mahu memikirkan sikap mak longnya, malam itu juga Nur Hidayah mengemasi sedikit kain bajunya, sijil-sijil dan barangan yang berharga untuk dibawa pergi.Tekad hatinya keesokan harinya dia sudah keluar dari rumah arwah neneknya.

             Usai solat subuh Nur Hidayah kedapur menyiapkan makan untuk dirinya makan pagi dan makan tengahari.Dia menanak nasi untuk dijadikan nasi goring.Dia ambilnya sebuah bekas dimasukkan nasigoreng untuk bekal makan tengahharinya.Yang tinggal sedikit dijadikan sarapan paginya.Dia megemasi seluruh rumah.Selelasi berkemas dia menyiapkan diri pula.Segala dokumen penting sudah dimasukkan kedalam beg pakainya dan sudah pun di sumbat kedalam boot keretanya malam tadi.Selesai semuanya dia kerumah emak saudaranya, untuk berpamitan dan menyerahkan kunci rumah dan berpesan serba sedikit.

Dia memberi salam..Terjengul sahaja mak longnya dimuka pintuterus sahaja dia menyampaikan isi hatianya.

“Mak long! Dayah dah nak pergi ni. Ni kunci rumah dan ini duit mak long  yang mak long bagi semalam. Rasanya  Dayah tak patut ambil duit mak long, sebab selama ni pun mak long banyak tolong Dayah. Pasal mak long suruh Dayah keluar dari rumah nenek itu memang sepatutnya lah, sebab itu rumah nenek bukan rumah mama Dayah. Lagi satu ada tinggal sedikit barang makan dalam peti sejuk  tu, mak long ambillah takut rosak nanti membazir sahaja”.

“Dayah!duit tu ambillah untuk belanja Dayah sebelum Dayah dapat kerja. Kalau Dayah nak sewa rumah pun kena nak bayar deposit rumah juga jadi ambillah..Jangan jadikan mak long ni emak saudara yang kejam tak bagi Dayah duit langsung setelah suruh kamu keluar dari rumah nenek.”.

“Kalau dah macam tu kata mak long Dayah ambil..terima kasih diatas penjagaan mak long pada Dayah.” Di atas desakkan Syarifah Aminah  Nur Hidayah  mengambil duit pemberian emak saudaranya. Dia  malas mahu berbalas kata dengan emak saudaranya takut dia terkurang ajar pula nanti. Walau seburuk mana layanan mak long terhadap dirinya, sebagai anak saudara, dia perlu juga menghormati emak saudaranya, jika bukan emak saudara pun dia harus menghormati orang yang lebih tua darinya..

                  Setelah bersalaman Nur Hidayah menuju ke keretanya. Dimulakan dengan  Bacaan Bismillah dan Al-Fatihah terus dia memanas kan injin kereta.  Sambil itu sempat lagi dia t membaca membaca doa, membaca ayat seribu Dinar dan ayat Kursi. Tiada tempat dia menyerahkan hidupnya  hanya pada Allah Pemilik jasad dan rohnya.  Dia harus bertolak pagi kerana dia tidak tahu apa yang akan berlaku hari itu. Kepalanya penuh dengan tanda tanya..pekerjaan apakah yang mesti dipohon dan dimanakah dia mahu menumpang tidur malam itu. Kemana arah yang hendak dituju.Dia memulakan perjalannya..sambil memandu keluar dari jalan kampungnya sambil dia fikir kemana keretanya mahu di arahkan.

              Akhirnya nalurinya mengarahkah dirinya  menuju kebandar Seremban. Kerumah disewa yang disewa oleh mamanya kira-kira 7 tahun dulu.  Dia kesitu mengikut  gerak hatinya.. Doanya semoga jiran sebelah rumah sewa mamanya  masih mengenali dirinya. Dia bercadang  jika tiada tempat untuk dia bermalam,  dia mahu menumpang barang semalam dua dirumah jiran lamanya itu, sementara dia dapat menyewa rumah ataupun bilik lain..Dulu rumah jiran sebelah rumah yang selalu dipesankan oleh mamanya untuk menenguk-nengukkan dirinya ketika mamanya ditempat kerja. Suaminya jiran sebelah mereka dulu bekeja sebagai pembantu makmal disekolah, manakala isterinya pula seorang suri rumah tangga sepenuh masa, namun bersambilan mengambil upah menjahit baju tempahan.

Mempunyai  4 orang anak yang masih lagi belajar. Ketika dia memakir keretanya dihadapan rumah teres, makcik yang selalu menenguk-nengukkannya dulu  keluar menjenguk.

“Assalamulaikum..”

“Walaikumsalam..eh ni macam Hidayah betulke ni Dayah”. Belum berjawab lagi soalan.. dia diterpa dan dipuluk erat. Alhamdullilah..dia masih mengenali dirinya. Mungkin wajahnya tidak banyak berubah dari wajahnya 7 tahun dulu. Kali terakhir mereka duduk menyewa disitu ketika umurnya menjangkau 15 tahun.

“Alhamdullilah ..makcik masih kenal saya. Betulah saya Nur Hidayah yang menyewah rumah sebelah ni”.

“Ehh apa tak kenal muka Dayah tak banyak berubah.Hanya mak cik nampak Dayah lebih tinggi dan kurus sikit…masuklah- masuk.Dayah dah habis belajar ke, belajar kat mana.Ehh mama nya apa kahbar dia sekarang masih kerja jadi nurse lagi ke”.Terungkai sahaja pelukkan puan Salmah dia menyuruh Hidayah masuk kerumahnya.Sambil menyuruh Hidayah masuk mulut puan Salmah menceceh dan meletup-letup dengan berbagai soalan hinggat tak dapat nak mencelah untuk memberi jawapan.Apa yang  boleh dilakukan oleh Hidayah hanya tersengih sahaja.

Dari sengihan meletus juga tawa kecil nya.Nur Hidayah duduk disofa memandang mak cik Salmah. Melihat tingkah Nur Hidayah yang ketawa tetapi tidak menjawap segala solannya barulah berhenti cecehan puan Salmah, dia memandang hairan melihat Nur Hidayah yang hanya ketawa sahaja.Tawa Nur Hidayah berbunga dibibirnya kerana dia merasa sangat lega bila masih ada lagi tempat dia meminta bantuan.

“Kenapa Dayah hanya ketawa pandang mak cik?”

“Gembira sangat jumapa mak cik.Tak sangka mak cik masih boleh ingatkan Dayah.Rasanya masa Dayah pindah dari sini Dayah dalam tingkata tiga, sebab mama nak pergi kerja kat Arab.”

“Ohhh.. Dah lamanya ye, tapi muka Dayah ni tak banyak berubah. Apa khabar mama Dayah, mama nya masih kerja kat Arab lagi ke..”.

“Mama dah meninggal mak cik..baru bulan lepas dia meninggal. Dia dah berenti kerja kat Arab, bila tahu dia kena Barah paru-paru tahun lepas”.Meluru puan Salmah mendakap Nur Hidayah bila mendengar cerita sedihnya. Dengan sebutan Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un” maksudnya, “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali.”
Bila ada apa-apa musibah (bukan kematian sahaja) kita diajar oleh Rasulullah SAW untuk mengucapkan “Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un”.

“Orang yang baik selalu dijemput cepat oleh Allah.Dayah sabar ye.Sekarang Dayah duduk dengan siapa”.Reda tangisanya itu yang keluar dari bibir mak cik Salmah..

“Duduk sorang-sorang mak cik, nenek Dayah pun dah meninggal masa Dayah tingkatan empat lagi.  Inilah Dayah nak cari kerja cepat ni. Tak kiralah kerja apa”.

“Kesiannya Dayah..mak cik tak tahu nak tolong macam mana”.

“Tak apa mak cik.Dayah ingat nak cari  bilik atau pun rumah sewa. Ada tak orang nak sewakan bilik kat kawasan taman kita ni mak cik.”

“Mak cik rasa kamu lebih selamat sewa bilik sebab kamu tu anak dara.Rumah Haji Hakimi dan mak cik Enon tu rasanya boleh sebab mereka tinggal berdua sahaja.Tentu dia nak cari kawan.”

Rumah nenek enon yang belakang rumah mak ci ni ke?”.

“Haah lah..atuk yang Nampak garang tu”.

“Oh oklah nanti Dayah pergi Tanya.Mak cik! Mak cik Nora tu masih buat catering lagi ke mak cik”. Dia teringat ditaman perumahan mereka ada sebuah syarikat katering yang mengambil tempahan untuk majlis khenduri dan jamuan makan dipejabat-pejabat.

“Ehh apa tak buatnya makin maju cetering dia tu..haa dia memang tengah nak pakai orang ni. Tak lama lagi cuti sekolah, musim orang kahwin ni.”.

“Untuk sementara Dayah nak minta kerja dengan dialah makcik ok tak”.

“Eloklah tu..”.

             Berkali-kali Nur Hidayah mengucapkan syukur kerana segala urusannya berjalan dengan lancar. Dia sudah mendapat pekerjaan sebagai Pramusagi disyarikat catering Makcik Nora dan dia juga dapat  menyewa sebuah bilik dirumah pasangan Haji Hakimi dan Hajjah Ainun. Nur Hidayah tidak mengira apa pun kerja biar pun tidak menepati dengan kelulusan yang dia ada. Tengahhari itu dia dijamu makan tengahari oleh Makcik Salmah.

           Kini sudah hamper dua tahu dia menjadi pekerja Syarikat Katering mak cik Nora. Dia ditugaskan sebagai pramusaji yaitu penghidang makan. Biar kemana pun dia diarah kan bertugas dia akan melakukan dengan bersungguh hati. Perniagaan catering  mak cik Nora menmgambil upah untuk menyediakan makanan untuk kenduri kahwin dan majlis-majlis dipejabat-pejabat. Dia seronok bekerja dengan Syarikat makcik Nora.Biar pun gajinya tidak menepati piawai gaji seorang yang mempunya Ijazah.Walau bagaimana pun dia tetap memohon jawatan yang bersesuaian dengan kursus Akauntan yang diambilnya selama 4 tahun di UiTM dulu.

                Bila musim cuti sekolah kerjanya bertambah sibuk kerana masa itu ramai orang mahu mengadakan keduri kawin.Untuk melebihkan upahnya kadang-kadang Nur Hidayah membantu makcik Nora dan para pekerja tukang masaknya menyediakan bahan-bahan yang untuk dimasak.Tetapi biasanya Nur Hidayah ditugaskan untuk mengopek bawang.

               Tidak luas mana rupanya Negeri Sembilan dan tidak jauh mana antara Sremban dan Jelebu.Hendak dikatakan jodoh agaknya.Yang sebenarnya kerana kesibukkan tugasnya dia sudah melupakan saudara-maranya yang berada diJelebu Negeri Sembilan..entah apa perancangan yang Allah aturkan. Hari itu syarikat makcik Nora memenuhi tempahan untuk sebuah keluarga di Seremban 2.Dan di majlis itu dia terserempak dengan maklongnya berlima beranak .Terkejut dia bila bahunya di tepuk dari belakang. Bila ditoleh seorang jejaka yang disuruh dilupakan sedang memberi seyuman manis kepadanya. Memang manis senyuman Syed Borhan kepadanya..semanis gula-gula lolipop. Dadanya berdebar kencang, memandang pemuda kacak dihadapannya.

“Ohh Dayah kerja dengan catering ni ke”. Syed Borhan boleh meneka bila Nur Hidayah mengenakan pakaian seragam syarikat katering yang bertulis nama syarikat dibelakang bajunya.

“Astagfirullah..ehh along..along datang dengan siapa”.

“Tuuu ibu dengan adik-adik along”. Selang beberapa meja kelihatan mak long sedang memandag kearahnyanya begitu juga adik-adik Syed Borhan yang lain.

“Ni rumah sedara along ke ni”.

“Haah rumah sepupu arwah ayah..tu yang kami datang semua tu”.

“Ohh..along duduk makan lah Dayah kerja ni, nanti marah pula bos Dayah, kalau Dayah sembang lama sangat”.

“Ok ..nanti along call Dayah..Ehh Dayah tukar nombor ke..along call manjang tak dapat”.

“Haah..hand fond Dayah hilang..kena beli lain”. Sebelum mereka pulang Nur Hidayah dirapati oleh mak long dan anak-anaknya. Setelah bercakap-cakap dan bertanya khabar mereka pulang meninggalkn Nur Hidayah dengan kerjanya.

Dua hari selepas Nur Hidayah terjumpa dengan kelaurga maklongnya, dia dikejutkan lagi dengan kemunculan Syed Borhan yang datng kerumah atuk Hakimi. Syed Borhan datang meminta izin Haji Hakimi untuk menemuinya dirumah Haji Hakimi. Setelah memperkenalkan diri kepada tuan rumah Syed Borhan diajak masuk oleh atuk Kimi itu panggilan Nur Hidayah pada tuan rumah yang sudah berusia 70 tahun lebih.

“Ohh anak ni abang sepupu Dayah..kerja apa?.”

“Jurutera pak cik”..

“Ehh apa pula panggil pak cik..atuk ni..Non panggilkan lah Dayah, ni abang sepupu dia datang ni”. Kebetulan hari itu tiada tempahan untuk Syarikat Makcik Nora..jadi Nur Hidayah duduk berehat dirumah. Setelah dipanggil dia keruang tamu…

“Ehh along..pandai pula along memandu ke rumah atuk Kimi ni. Macam mana tahu alamat rumah atuk Kimi ni..siapa yang bagi”. Dek kerana terkejut dengan kemunculan orang yang mahu dipadam dalam ingatan tu yang soalan keluar berderet-derat dari mulutnya.

“Dayah ni  macam along tak pandai nak Tanya, sekarang semuanya BOLEH kalau kita berusha Dayah.Along Tanya Puan Nora bos Dayah tu, dia cakaplah.”. Melihat kemesraan dan sifat biasa Nur Hidayah atuk Hakimi yakin pemuda segak yang dipanggil along dihapanya berkata benar, dia adalah abang sepupu pada Nur Hidayah.Biar pun begitu dia tidak ditinggalkan berduaan sahaja oleh atuk Hakimi.

“Ðayah tak minta kerja lain ke”.

“Minta..borang SPA pun Dayah dah isi,  tapi tak dapat lagi lah Long.Belum ada rezeki Dayah lagi..untuk sementara ni tak apalah, Dayah pun suka kerja kat sini. Tak payah nak fikir pasal makan..hanya cari duit untuk bayar sewa dan api air sahaja”.

“Ialah untuk sementara tak apalah..tapi ushakan lah cari kerja dengan kursus yang Dayah ambil masa kat Universiti. Rugi tau belajar susah-susah lepas tak guna ilmu yang kita dah dapat. Lagi pun kerja tu mungkin lebih menjamin masa depan”.

“Ohh Dayah pernah masuk Universiti”. Sampuk Haji Hakimi yang ada berasama mereka dirunag tamu.

“Haah tuk, Dayah ni ambil Akauntan, masa kat UiTM Shah Alam Selangor dulu tu. Bukan sekejap dia belajar 4 tahun itu tak masuk dia masuk Matrik lagi.Kalau atuk nak tahu Dayah ni bagus dulu tiap-tiap tahun dia dapat ANUGERAH DEKKAN.”.

"Hssy taklah tiap-tiap tahun long..jangan lebih-lebih pula cakap pasal Dayah".

“Oh ye ke..Ialah Dayah sayang kalau kamu tak guna Ijazah kamu tu.. tapi kena cepat cari kerja sebab setiap tahu para graduan yang kelaur Unversiti beribu orang”.

“Haa dengar tu..Kalau Dayah suka bagi resumi Dayah pada along nanti along mintakan kat syarikat along kerja. Mana tahu ada rezeki Dayah kat situ”.

“Tak mahulah..nanti Dayah kena kerja kat atas kapal pula. Dayah takut laut.”.

“Ehh apa pula atas kapal..Ijazah Dayah kan akautan, yang pergi ketengah laut tu jerutera sahaja. Kalau akautan kerjanya di bahagian pengurusan lah.. Bahagian pengurusan syarikat along ni kat  KL bukannya kat laut. Lagi pun krew atas kapal tu semuanya lelaki. Mereka tak ambil perempuan kerja atas kapal tu.”

“Kalau macam tu nanti Dayah emelkan kat along resumi Dayah tu”.

“Haa ok along tunggu. Dayah 2 hari lagi along dah pergi naik kapal semula. Kerja elok-elok ye..In Syaa Allah along doakan Dayah dapat kerja yang sesuai dengan Ijazah Dayah”.

“Terima kasih long doa kan Dayah”.

Setelah berbasa basi lebih kurang Syed Borhan meminta diri pada tuan rumah. Hatinya gembira hingga kelihatan diwajahnya yang ceria. Hingga dirinya sampai semula dirumah keluarganya di Jelebu wajah cerianya masih terpamir diwajahnya. Dan kecerianya kedapatan oleh ibunya yang sedari tadi risau bila anak sulong keluar rumah terlalu lama. Dia  keluar dari pagi hingga petang baru pulang..Sudahlah tidak memberitahu ibunya dia hendak kemana. 
“Along pergi mana dari pagi, ni baru nampak muka. Rasanya along keluar lepas minum pagi tadi..”.

“Pergi Seremban.”.

“Beli apa sampai jauh ke Seremban”.

“Bukan beli barang..jumpa kawan sahaja”.Dari jawapan dan wajah ceria anak sulongnya Syarifah Aminah boleh meneka siapa kawan yang dijumpai oleh anak sulongnya di Seremban. Sementalah dua hari lepas mereka terjumpa Nur Hidayah di majlis kenduri kahwin salah saorang saudara  sebelah arwah suaminya.






3 comments:

  1. Sedihnya..sampai hati maklong menginaya darah daging sendiri..anak yatim piatu tu..semuga di permudahkan perjalanan hidup dayah..tak semestinya dayah kena apply kerja kerajaan, kalau ikutkan banyak je vacancy di private, mungkin bkn seorang accountant..asalkan ada pengalaman bekerja di office, seperti saya bermula sebagai kerani akaun kerana tiada pengalaman, kemudian account executive dan sekarang penolong accountant..asalkan ada pengalaman bekerja, senang untuk naik kerana dayah ada degree..biar terbuka mata mak long..semuga dayah di jodohkan dgn sebaik2 lelaki n keluarga mentua sgt menyayangi beliau..biar mak long mendapat menantu hantu n selalu berperang dgn besan..biar dia tau tinggi rendahnya langit..

    ReplyDelete
  2. Btul kta anda dimana ada kmahuan distu ada jln. Suka bca lomptan kerja anda..membayakan adan seorang yg ckal. Tpi pngalaman mak teh lah kalau tak ada yang tlong ajar atau cakap kita kdang2 tak tahu lngkah permulaan.

    ReplyDelete
  3. Geram pulak dengan makcik Jamilah yang tak berubah ni.

    ReplyDelete