Jalan
cepat-cepat,
Jangan sampai
lambat,
Lipat siku
lipat,
Siapa cepat dia dapat.
Pertemuan kali ini rupanya Loqman mahu
bertanyakan tentang lamarannya sekali lagi. Sudah dua kali Loqman menyuarakan
hasrat hati ingin melamar dirinya. Bagai sudah tidak sabar-sabar lagi Loqman
mahu dirinya diberi tanggungjawab
sebagai suami.
Kadangkala Amirah merasa takut dengan
sikap Loqman. Walaupun tiada perlakuan sumbang yang dilakukan terhadap dirinya
tapi renungan, sikap prihatin dan kata-kata romantisnya mendebarkan hati gadisnya. Dia rimas dengan
keadaan itu.
“Abang Man kenapa abang Man pandang
Mirah macam tu?, Mirah tak sukalah.” Dengan muka memuncung dia menyatakan apa
yang ada dihatinya.
“Abang rindu pada Mirah.. ni sementara
Mirah ada kat depan mata, abang pandanglah lama-lama untuk sampai kita jumpa
lagi, jadi taklah rindu sangat abang nanti. Mirah tak rindu pada abang ke?”
Jika pertanyaan itu yang keluar dari mulut Loqman, Amirah hanya menundukkan
wajahnya sahaja. Tiada jawapan yang akan keluar dari mulutnya dan tiada juga
senyum telukis dibibirnya tanda gembira ada orang yang rindu akan dirinya.
Amirah bukan gadis yang suka dengan
kata-kata yang memujuk rayu, kata- kata rindu atau kata-kata romantis. Dia juga
tidak suka jari-jemarinya disulam dan di genggam atau di ramas-ramas. Apatah
lagi untuk seorang lelaki meletakkan tangan dibahunya. Dia tidak akan merelakan
sama sekali. Dia tidak akan megizinkan dirinya disentuh oleh sebarang lelaki
yang bukan muhrim nya, walaupun orang itu Loqman sekali pun, orang yang telah
dikenalinya sejak dari dia kecil lagi. Mereka tetap bukan muhrim. Yang salah
dan haram tetap haram. Dia tidak akan sewenang-wenangnya menghalalkan cara
untuk kepuasan dirinya. Dia selalu
mengingatkan dirinya dengan pesanan kedua ibu dan ayahnya agar berpegang
pada ajaran ugama. Itulah penganganya. Loqman akur dengan pendirian Amirah
itu..jadi sementara ada didepan mata dia akan merenung wajah kekasihnya, selama
mungkin.
Sebenarnya Amirah belum
bersedia untuk berbicara soal hati. Dia juga belum bersedia untuk dijadikan
kekasih kepada sesiapa pun. Padanya perjalanannya masih jauh dan tanggung
jawabnya masih banyak. Biarlah dia menghabiskan dulu pengajian dan kemudian
bekerja, barulah soal hati difikirkan.Itulah peta minda yang terancang didalam
hatinya. Sudah ditanam didalam mindanya
pelajaran sangat penting pada setiap orang. Dengan adanya ilmu didada seseorang
itu akan bersikap matang dan tidak
terburu-buru menangani sesuatu perkara.Dia juga ingin melihat semua
adik-adiknya berjaya dalam pelajaran hingga kemenara gading. Tiada yang lebih penting lagi dalam hidupnya
kini selain dari membantu ibu dan ayahnya. Kini dia sudah duduk dimenara
gading, dia mengharapkan semua adik-adiknya akan mengikuti jejaknya. Itulah
azamnya. Bukankah itu lebih penting dari melayan perasaan. Dia berjanji kepada
dirinya sendiri, akan menjadi anak yang berjaya dalam pelajaran dan menjadi
contoh yang baik kepada semua adik-adiknya.
============================
“Abang Man fikirlah..tapi Mirah cakap jujur
dengan abang Man ..walau macam manapun Mirah kena tolong ayah Mirah dulu”.Bagi
Amirah dia tidak pernah mencari cinta seorang lelaki yang mungkin untuk
dijadikan kekasih. Dihatinya hanya ada satu tekad sahaja..membantu kedua ibu
dan ayahnya.
Lama Loqman mendiam diri, sambil
merenung gadis kesayangan dihadapanya.
Memikir akan kebenaran apa yang di perkatakan olehnya tadi. Dia akur
akan kesempitan keluarga Amirah. Dalam diam dia kagum dengan sikap tanggungjawap dan timabang rasa Amirah
kepada keluarganya. Loqman juga kagum dengan kegigihan kedua ibu dan ayah nya
walaupun mereka susah, namun pelajaran anak-anak meraka tidak diambil sambil
lewa. Mereka bersungguh-sungguh memberi pelajaran hingga ketahap yang termampu
oleh anak-anak mereka.
Amirah merupakan anak sulung dari lima
orang adik-adik. Adiknya yang kedua baru menerima keputusan SPM. Dia cemerlang dalam keputusan itu. Dia masih
menunggu untuk ditawarkan kemana-mana IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam)
atau IPTS(Institut Pengajian Tinggi Swasta).
Jika dia memilih untuk menerima IPTS lagi banyak duit yang diperlukan
sebagai pendahuluan, sebelum diadapat
menerima apa-apa pinjaman atau biasiswa.
Walaupun sementara dia menunggu keputusan SPMnya tempuhhari, Adnan adik Mirah
yang nombor dua itu bekerja disebuah supermarket berdekatan kampung mereka, katanya
untuk menambah-nambah bayaran jika dia berjaya kemana-mana pusat pengajian
tinggi nanti.Tetapi banyak manalah sangat gaji pekerja sementara. Sememangnya
anak-anak Encik Abdul Rahim anak-anak yang bertimabangrasa dan tahu bagaimana
mahu meringankan tanggunagan ayah mereka.
Bagi Amirah, dia amat
bersyukur, ketika dirinya diterima masuk ke UiTM dulu, tidak lama dia menunggu
bantuan kewanagan dari kerajaan. Dua bulan dia diterima menjadi penuntut UiTM,
dia sudah ditawarkan biasiswa JPA. Duit itulah yang digunakan untuk kos sara
hidup di Shah Alam, dia tidak meminta wang belanja dari ayahnya. Dengan wang
biasiswa itulah dia berjimat-jimat untuk makan, membeli bahan untuk dia belajar
dan bayaran yuran semestanya. Dan pada setiap permulaan semesta dia akan
memohon untuk duduk di kolej. Untuk dia mendapat tempat dikolej yang
disediakan, dia diwajibkan bergiat cergas dalam apa-apa kegiatan di kampusnya
maupun di kolejnya.
Tidak seperti Loqman, dia merupakan
anak bungsu dari tiga adik beradik. Kedua ibubapanya bekerja, ayahnya berpangkat sarjan manakala ibunya pula
seorang guru sekolah rendah. Dua orang abangnya sudah mempunyai pekerjaan tetap
dan mantap. Abang Sulongnya seorang
pensyarah di Universiti Utara di Sintok Kedah. Abang Ngahnya pula seorang
jurutera Petronas yang bertugas di Kuala Terengganu. Mereka berdua sudah
pun berkeluarga sendiri, hanya Loqman sahaja yang belum berkahwin.
Loqman hanya mempunyai tiga orang adik
beradik. Kesemuanya lelaki. Dia merupakan anak bungsu. Jarak usia antara Loqman
dan abang-abangnya agak jauh sedikit kerana setiap anak yang dilahirkan oleh
Puan Sharifah mama Loqman melalui pembedahan. Doktor menasihatkan agar dia
tidak mengandung lagi setelah tiga kali pembedahan. Ini bertujuan
untuk menjamin keselamatan diri dan anak yang kandungnya.
Setelah anaknya yang bunsunya
membesar..Entah mengapa sifat anak lelakinya yang ini agak lembut sedikit dari perwatakkan anak
lelaki biasa dan juga dua orang abangnya. Mungkinkah kerana keinginan melahirkan anak perempuan untuk suaminya, ketika Loqman
dalam kandungan, menyebabkan Loqman bersifat begitu. Hati puan Sharifah dan
Encik Abdul Majid dipagut bimbang, mereka sebagai ibu bapa sering mengingatkan
Loqman bahawa diri seorang lelaki.
Setelah mendapat ijazah dalam bidang
kejuruteraan di sebuah universiti tempatan, dia digalakkan oleh mamanya memohon
untuk menjadi polis seperti papanya. Ini bertujuan supaya Loqman menjadi lelaki
yang bertingkah dan berfizikal keras.
Alhamdulillah dia berjaya mendapat jawatan inspektor polis. Tidak lama Loqman
menjadi penganggur rupanya. Kini dia
sudah selesai menjalani kursus dan
latihan. Dia bertugas sebagai Inspektor polis percubaan di Shah Alam
Selangor.Ini bermakna Loqman dan Amirah
keduanya berada di Shah Alam. Seorang
berjawatan Inspektor polis dan seorang lagi pelajar diUiTM Shah Alam.
Amirah sudah ditahun tiga, dia belajar
diUTiM Shah Alam dalam bidang Sarjana Sain Matamatik. Jika dahulu mereka akan
hanya bertemu ketika hariraya atau ketika saudara mara mereka berkahwin sahaja,
tetapi kini mereka boleh berjumpa pada bila-bila masa sahaja. Bagi Loqman waktunya sentiasa ada untuk
Amirah. Setelah berdekatan, hati Loqman sentiasa meronta ingin berjumpa.
Rindunya pada Amirah tak mengira masa, walaupun boleh dikatakan setiap minggu mereka
berjumpa. Hubungan mereka semakin rapat.
Tadi sekali lagi Loqman menyuarakan hasrat
hatinya kepada Amirah, makin serbasalah Amirah dibuatnya. Pertama kali kali
Loqman meluahkan isi hatinya dan erti Amirah dalam hidupnya ketika Amirah
ditahun dua lagi. Rahsia hati terluah disebabkan Amirah cuba menyampaikan salam
kawan serumahnya...
=====================
Perjumpaannya pagi itu Amirah membawa salam
dari kawan serumahnya yang tertarik
kepada Loqman. Sudah dua tiga kali rakan
serumah Amirah terserempak dengan Loqman, ketika Loqman menunggu Amirah dipintu
pagar kolej mereka. Dimata gadisnya Loqman sungguh tampan dan memikat..penuh dengan ciri-ciri lelaki
idaman gadis. Dengan ke tinggian 175, berbadan sederhana, hidung mancung dan
bibirnya yang merah kerana dia tidak merokok.Tetapi yang menjadikkan Loqman
yang tampan menjadi bertambah kacak,
bila wajahnya dihiasi dengan misai yang sedikit tebal, walaupun tidak
setebal misai Datuk K suami penyanyi Siti Nurhaliza dan sedikit janggut
didagunya seperti janggut Fahrin Ahmad.
Dia kelihatan seperti seorang lelaki maskulin.
Petang itu dia terserempak lagi dengan
lelaki yang mendebarkan hati gadisnya. Lelaki itu sedang bersandar keretanya MYVI berwarna krim di tepi pagar kolej mereka. Dia tahu lelaki itu
menunggu Amirah tetapi untuk menegur dia merasa malu, dia hanya mampu menjeling
dan memuji didalam hatinya sahaja. Dia
ingin menyatakan hasratnya untuk
mengenali Loqman kepada Amirah. Dia perlu pantas..nanti ada orang lain pula
yang memintas keinginannya.
“Bersiap-siap ni
nak kemana Mirah?” Farah Adibah bertanya bila melihat Amirah sudah siap
bertudung, berseluar jean biru dan memakai t-shirt muslimah
yang selalu dipakainya. Rakan-rakan serumah Amirah sudah tahu jika
Amirah memakai pakaian itu dia hendak keluar. Amirah tidak mempunyai koleksi
pakaian yang banyak..hanya tiga atau empat helai baju sahaja, baju untuk keluar
berjalan. Jika hendak kekelas pula dia akan mengenakan baju kurung.
“Abang Man aku call tadi, ajak keluar...masa kau masuk
tadi dia dah sampai kebelum? masa dia call tadi dia kata ‘on the way’ nak
datang sini.”
“Oh pak we
hensem kat pagar masuk kolej kita tu ke?..orangnya tinggi lampai ada misai dan jangut sikit, itu abang Man kau
ke?..handsomenya. Itu bukan pak we kau ke Mirah?” Farah Adibah menyelidik.
“Ehh bukan lah,
dia tu abang dua pupu aku..dia tu Inspektor polis kerja kat sini juga, itu yang
selalu kita orang jumpa tu.”
“Oh..macam tu.
Mirah aku ada satu permintaanlah boleh tak kau tolong?”.
“Kalau yang
boleh aku tolong, aku tolonglah..nak minta tolong apa cakaplah.”
“Boleh tak kau
kenalkan aku dengan abang dua pupu kau tu..aku memang minat orang yang ada
misai macam tu, lagi pun dia tu nampak macholah Mirah..boleh ye...boleh ye.”
penuh harap Farah Adibah, memohon.
“Insyaallah aku
sampaikan nanti..tapi aku tak tahulah nak cakap macam mana.. kadang-kadang dia
tu berangin sikit..kalau datang angin
tak baiknya ..dia tu garang semacam lah Dibah.”
“Alah ..kau
cakaplah aku nak kenal kat dia..tadi aku lalu depan dia..takkan dia tak perasan
kut.” Tadi walaupun tadi Farah Adibah cuba memberi senyuman kepada Loqman,
tetapi Loqman seakan tidak memandang kearahnya. Dia memandang kearah lain.
“Oklah nanti aku
cuba..aku pergi dulu ye nanti lama pulak
dia tunggu aku, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam
jangan lupa tau.. aku mengharap ni.” Pesan Farah Adibah mengingatkan lagi.
Sudah menjadi kebiasaan setiap hujung
minggu, jika Loqman tidak bertugas,dia akan mengajak Amirah berjumpa. Mereka akan pergi
makan-makan disekitar Shah Alam kemudian mereka akan duduk berbual-bual. Hari
itu Amirah akan cuba menyampaikan hasrat hati kawan serumahnya tadi.
“Abang Man kawan
Mirah kirim Assalamualaikum pada abang Man..dia teringin nak berkenalan dengan
abang Man.” Amirah menyatakan begitu kerana dia pernah mendengar satu ceramah
ugama..jika seseorang berkirim salam..katakanlah mengirim ASSALAMUALAIKUM. Agar orang mengirim salam dan orang yang menerima salam juga mendapat
pahala.
“
Waalaikumsalam...Yang mana satu..abang pernah jumpa dia ke?”
“Tadi masa abang
Man tunggu Mirah kat pagar kolej, dia lalu depan abang Man.”
“Ohh yang pakai
baju merah jambu ketat dan berseluar jean biru tadi tu..dia tak pakai
tudungkan, rambutnya lurus sampai kebahu yang itu ke?”
“ Ialah dialah
tu..nama dia Farah Adibah. Dia cantikkan.. secantik namanya kan abang Man.
Abang Man nak tahu dia tu banyak peminat tau..dahlah cantik pandai pulak tu. Walaupun
dia anak orang berada tapi tak
sombong..dia ambil kos fesyen.. dia kata kalau dah grad nanti dia nak buka
butik sendiri..” penuh perasaan Amirah melobi kawan serumahnya. Dia berharap
agar Loqman dapat menerima rakan yang dikira agak rapat juga dengan Amirah.
Tetapi apa yang terjadi sebaliknya pula.
“Abang tak
terasa ingin nak berkenalan dengan dialah
Mirah.” selamba Loqman mempamirkan wajahnya yang tidak berminatnya.
Pada Loqman dia tidak tertarik dengan
penampilan kawan serumah Amirah tadi. Biar pun wajahnya cantik tapi pada
pandagan mata Loqman, kawan Amirah itu mempunyai sifat kepura-puraan. Dia juga
tidak suka kepada gadis yang nampak
tergedik-gedik seakan mahu memikat dan mengoda.. tadi ketika gadis itu
melintas didepanya, dia seakan mempamirkan lenggok tubuh yang mengiurkan.
Ditambah dengan pakainya agak ketat menampakkan bentuk badannya yang seksi
kerana dia berbadan agak gempal sedikit. Gadis itu juga melemparkan senyuman
manis bak madu untuknya seakan mahu memikat. Tetapi Loqman rasa berat pula
hendak membalas, dimemalingkan wajahnya ketempat lain..Hairan sungguh dengan
sikap Loqman... Bukankah kebanyakkan
lelaki suka pada gadis yang menarik dan tertarik kepadanya dan bukankah
kebanyakkan lelaki suka memandang gadis-gadis yang seksi.. kalau hati dah tak
suka berbagai alasan yang timbul didalam kepala.
“Kenapa..sebab
dia tak pakai tudung ke? ..nanti Mirah cakapkan pada dia.. abang Man suka orang
yang pakai tudung..kalau Mirah cakap macamtu tentu dia akan pakai tudung.. memang
dia naaak sangat kenal dengan abang Man. Yang sebetulnya dah dua tiga kali dia
cakap dengan Mirah nak kenal abang Man,
tapi Mirah ni asyik terlupa nak sampaikan. Mirah minta maaf ye.”
“Mirah...dalam
hati abang ni dah terisi satu nama..abang tak nak serabut kepala.. nak sumbat
dua tiga orang perempuan dalam hati
abang...gadis ni saja pun dah penuh ruang dalam hati abang ni..yang lain dah
tak boleh masuk.”
“Oh..abang dah
ada mak we rupanya...dia tahu ke abang Man jumpa Mirah ni, takut dia salah
faham pulak nanti..kalau abang Man ada masa nanti kenalkan Mirah dengan mak we
abang Man tu ye. Tapi macam mana ye Mirah nak bagi tahu kawan Mirah tu, yang
abang dah ada pilihan?”
“Cakaplah macam
yang abang cakap tadi” kemudian lama mereka mendiamkan diri. Sebenarnya Loqman
menunggu Amirah bertanya siapakah gadis yang bertahta dihatinya. Tapi Amirah
bukan gadis yang suka mengambil tahu atau menyebuk hal orang lain.
“Abang Man
rasanya dah lama kita kat luar ni..jomlah kita balik dah nak Asar ni.” Amirah
ingin meminta diri, kerana hatinya bimbang penerimaan kekasih abang dua pupunya
terhadap dirinya nanti. Tetapi selalunya jika mereka keluar berjalan-jalan hampir magrib barulah
Loqman menghantar Amirah pulang kekolejnya.
Mereka akan menunaikan sembahyang Zohor dan Asar diMasjid
atau surau yang mereka jumpai. Hari itu cepat sahaja Amirah mahu dirinya
dihantar pulang. Dan dia juga tidak mahu diajak keluar jauh dari kawasan Shah
Alam.
“Alah Mirah
ni..nanti kita sembahyanglah kat masjid. Lepas kita makan malam abang hantarlah
Mirah balik kolej jangan takut.”
“Mirah bukan apa, nanti timbul salah faham
antara abang Man dengan buah hati abang Man tu. Walaupun dia mungkin dia tak
duduk kat Shah Alam ni, dia tak nampak, tapi kalau ada orang sampaikan lagi tak
elok..tak pasal-pasal bergaduh pula abang Man dengan dia, Mirah tak suka pasal
Mirah orang lain dapat susah”.
“Mirah..Mirah”
keluh Loqman perlahan.
Akhirnya Loqman meluahkan juga rahsia hatinya. Itulah pertama kali Loqman menyatakan rasa
sayangnya pada Amirah. Dilihat Amirah sungguh terkejut. Mungkin dia tidak menyangka hubunganya yang seperti adik dan
abang bertukar kepada kepada pasangan kekasih pula.
“Mirah tak nak tahu ke, gadis yang dah
bertahta dalam hati abang ni?” Loqman pula yang mula menyoal, bila ditunggu
Amirah tidak bertanya kepadanya.
“Oklah nak tahu
juga..mak we abang Man tu orang Negeri ke..orang kampung kita ke..atau sedara
kita ke..agak-agak Mirah kenal tak?”
Berbagai bagai yang keluar dari mulut Amirah meneka buah hati abang dua
pupunya.
“Kenal.. Mirah
kenal sangat.” jawab Loqman selamba..sebenarnya Loqman rasa sebal setelah di
tanya baru lah Amirah mahu bertanya siapa gadis yang menghuni dalam hatinya.
Seakan dirinya tidak begitu bermakna pada Amirah betulkah begitu. Bila melihat
riak keberatan Loqman untuk memperkenalkan gadis pujaannya, Amirah terus sahaja
berkata...
“Kalau abang Man
keberatan atau malu nak cakap dengan Mirah tak apa..lambat laun Mirah tahu
juga. Esok-esok kalau abang Man dah
kahwin dengan dia.. mana abang Man nak sorok lagi.” Sambil tersenyum-senyum
Amirah mendongakkan mukanya memandang abang dua pupunya. Bila dia memandang
kearah Loqman dilihatnya Loqman sedang merenungnya dengan pandagan redup penuh
kasih berladung diwajahnya. Berdegup laju jantung Amirah..dia jadi tidak
keruan.
“Mirah, rupanya
selama ini Mirah tak pernah rasa, abang sayang Mirah.” sayu suara Loqman
menutur, pandanganya masih redup memandang Amirah dihadapanya.
“Abang Man ...Mirah
tahu abang Man sayang Mirah ..Mirah nikan adik dua pupu abang Man.. lagi pun
abang Man tak ada adik, dengan Mirah abang Man
rasa macam abang Man ada adik.. Mirah akur tu Mirah tak kisah.”
“Abang tak
pernah anggap Mirah ni adik abang...dah lama abang suka dan sayang pada Mirah.” penuh sayu
Loqman meluahkan isi hatinya agar Amirah memahaminya. Agar dia tahu
tindaktanduknya selama ini melambangkan kasih sayangnya pada Amirah. Bukan sayang abang adik, tetapi
lebih dari itu. Sayang yang ada rasa kasih dan rindu. Betul ke
sayang+kasih+rindu = CINTA. Amirah tidak
tahu itu walaupun dalam kursus matematik yang dipelajari dia ada juga menjumpai
tanda +, - dan =... tetapi itu lain.
“Maksud abang Man..apa?” rupanya Amirah tidak
dapat memahami kata-kata Loqman tadi dan tidak faham tindak-tanduknya selama
ini. Dalam soal hati dan perasaan Amirah
sememangnya‘lurus bendul dan buta kayu’. Itulah perumpamaan yang boleh
disandang oleh Amirah.
“Abang sayang
Mirah.” jawab Loqman lagi. Loqman menundukkan pandangan memandang kehujung kasutnya. Dia merasa malu pula
hendak menyatakan berulang kali. Tetapi sayangnya Amirah masih tidak memahami. Pada
Amirah dia tidak mahu serjap jarang perasaan abang dua pupunya terhadap
dirinya..nanti dia malu sendiri.
“Itu mestilah..
sebab kita kan masih sedara lagi, Mirah pun sayang abang Man juga, sebagai
abang Mirah. Kebetulalan Mirah tak ada abang..jadi dengan abang Man dapat
jugalah Mirah menumpang kasih sayang seorang abang.” Bila Amirah menjawab begitu , ‘Lebih baik aku berterus terang dengan
Amirah’, detik hati Loqman.
“Mirah!! abang
sayang Mirah bukan seperti adik abang..abang sayang lebih dari itu... abang nak
jadikan Mirah surihati abang bila Mirah habis belajar nanti.” terkedu Amirah
mendengar penjelasan Loqman. Matanya membulat memandang Loqman tampa berkelip.
Amirah yang masih terkejut, diasak lagi
dengan permintaan dan harapan Loqman yang mengunung.
“ Hendaknya
Mirah sudi terima abang ..abang betul-betul mengharapkan kehadiran Mirah dalam
hidup abang ni.”
“Ehh boleh ke kita macam tu.. kita kan masih
sedara lagi?” Dengan dahi berkerut-kerut Amirah bertanya.
“Mirah
ni..kitakan bukan muhrim..ertinya kita halal nikah.”Makin terkedu Amirah mendengar jawapan dari Loqman. Panas
membahang rasa mukanya. Dia merasa malu mendengar jawapan itu.
Itulah kali pertama Loqman menzahirkan
isi hatinya kepada Amirah. Selepas itu bertambah galak Lokman megajaknya
keluar. Amirah sudah tidak terkata apa lagi. Pada Loqman dia ingin membiasakan
Amirah kepada dirinya supaya dia dapat mengikis sedikit rasa malu terhadap
dirinya. Tadi tampa rasa malu Loqman menimbulkan tentang lamarannya sekali
lagi kepada Amirah.
“Mirah …..bila Mirah habis belajar… rasanya
tahun ni dah masuk tiga tahun Mirah kat UiTM kan?”.
“Bulan tujuh
nanti baru final exem, grad nanti entah bulan berapa…lepas habis sahaja exam
nanti Mirah nak terus cari kerjalah
..kesian ayah… Adnan belum dapat PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional) lagi . Untuk tiga empat bulan ni semua guna duit ayah tanggung dia.”
Amirah sengaja menceritakan kesempitan keluarganya agar Loqman memahami.
Amirah memperkatakan tentang adik
keduanya. Sudah masuk bulan keempat
adiknya diterima masuk keSain asasi di Universiti Malaya, tetapi masih belum
menerima apa-apa bantuan kewangan atau
pun biasiswa. Semua adik beradik Amirah dalam ketegori anak-anak yang bijak,
anak-anak yang boleh membanggakan kedua ayah dan ibunya. Adiknya yang keempat
baru sahaja mendapat keputusan PMR
tempuh hari. Dia termasuk dalam golongan sepuluh orang murid yang cemerlang
disekolah nya. Adik perempuannya Atirah
pula bersekolah di sekolah Menengah Sains Tuanku Jafaar Kuala Pilah, yang akan
menduduki SPM hujung tahun itu dan adiknya yang kecil sekali sudah ditahun satu
dan mendapat 4A dalam peperiksaan UPSRnya yang lalu.
“Emmm…tapi kalau
kita bertunang dulu tak apakan?” Loqman
bagai tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Amirah. Walaupun Amirah
cuba mematikan topik yang meresahkan mindanya.
Dia masih juga membicarakan persoalan mereka berdua. Kisah tunang kahwin
dan segalabagai yang amat ditakuti oleh Amirah. Akhirnya Amirah hanya tertunduk
mendiamkan diri sahaja. Dia tidak mampu
untuk menjawap pertanyaan abang Loqmannya. Dia merasa serba salah sebetulnya.
No comments:
Post a Comment