Burung merbuk di tepi pekan,
Pipit tuli mati terjerat,
Buah mabuk jangan dimakan,
Pokok berduri jangan dipanjat.
Liza sangat gembira ditukarkan kenegeri tumpah darahnya negeri kelahirannya.
Kini dia sudah semakin hampir dengan keluarganya. Liza anak manja, anak
kesayangan Encik Abu Hanifah dan Puan Maimun..anak perempuan yang paling cantik
jika dibandingkan dengan kakak dan adik perempuanya. Itulah sebabnya emak dan abahnya
melebihkan dia dari adik beradiknya yang
lain. Kebetulan pula hanya dia yang keluar dari kampung untuk bekerja dengan
kerajaan. Seorang kakaknya sudah
berkeluarga dan seorang adik perempuannya pula hanya bekerja kilang
disekitar negeri Johor. Abang-abangnya pula hanya bekerja dikebun kelapa sawit kepunyaan
abahnya yang agak luas. Liza begitu bangga dengan kelebihan yang ada pada dirinya...cantik
dan bekerjaya.
Gembira hatinya tambah
berganda bila emaknya beria-ia mahu menjaga
anaknya. Suaminya juga mengizinkan. Walaupun suaminya tidak mahu mereka
tinggal dirumah emak dan abahnya, namun
dia membenarkan anak mereka dijaga oleh emaknya Puan Maimun. Ini bermakna dia
boleh menjenguk emak dan abahnya sekerap yang mungkin. Dia menyerahkan semua hal
ehwal anaknya kepada emaknya.
“Bodoh betul suami kamu tu Liza.. ajak duduk dengan abah dan emak tak mahu.
Apa!! tak cukup besar ke rumah kita ni...kalau tidak boleh jimat duit sewa
rumah..kamu tak pandai pujuk dia agaknya.” Kata Puan Maimun ketika menantunya
sudah pulang dari menjenguk isteri dan anaknya tadi.
“Liza dah pujuk dah..tapi dia memang tak mahu duduk sini..dia tu ada
anginlah mak, keras kepala pulak tu, susah nak cakap dengan dia, asyik kita
saja yang nak dengar cakap dia.” Liza membayangkan sikap suaminya kepada
emaknya..abahnya juga mendengar, dia ada disisi memandang sahaja isterinya yang sedang menukar lampin pakai
buang cucunya.
“Liza kalau suami kamu tak mahu tinggal kat sini. Carilah jalan supaya Liza
dapat balik selalu jumpa emak dan abah.”
Itulah cadangan Puan Maimun emak Liza.
“Apa caranya mak.”
“Tinggalkan saja anak kamu tu disini..nanti dapatlah kamu balik selalu.”
itu pula yang keluar dari mulut abahnya yang hanya mendengar perbualan isteri
dan anak perempuan kesayangan mereka sedari tadi.
“Ialah, nanti minggu depan dia datang Liza cakap macam tu dengan dia.. mahu ke, tak mahu ke Liza mesti
pujuk sampai dia setuju.” bersemangat Liza menyetujui cadangan kedua emak dan
abahnya.
Kedatangan suaminya minggu itu sangat dinantikan oleh Liza. Dia ingin
menyuarakan segala rancanganya.
“Bang minggu depan ni Liza mula kerjakan?”
“Ialah..jomlah kita balik rumah sewa kita...kita sama-sama cari pengasuh
untuk Halim.”
“Liza rasa tak payahlah kita bawa Halim tinggal dengan kita..dia tu kecil
lagi, nanti apa pula yang dibuat oleh pengasuh pada dia”.
“Nak buat apa pulak..tak ada apanyalah..semua orang buat macam tu, hantar
pada pengasuh..tak jadi apa pun.”
“Liza tak mahu..sebelum jadi apa-apa, Liza nak berjaga-jaga, nanti kalau
dia dah besar sikit tak apalah..lagi pun emak sanggup jaga..abah tu sayang
sangat dengan Halim..maklum lah dari lepas dia keluar lagi, abah dah mengadap
dia..ini nak berpisah, abah kata dia tak sanggup.” Liza memancing simpati
suaminya menggunakan nama abah nya.
“Tapi...” belum lagi suaminya menghabiskan kata-katanya cepat-cepat Liza
memotong kata-kata itu...
“Tak..tak.. emak dan abah dah sepakat nak jaga Halim..Liza dah setuju.. sebab
Liza tak sanggup nak hampakan harapan mereka.Lagi pun emak dan abah takut jadi
apa-apa kat Halim kalau orang lain yang jaga dia.” Akhirnya Loqman mengalah
dengan kemahuan Liza dan kedua mertuanya.
Setelah dia kembali kenegeri
kelahirannya dan berdekatan pula dengan emak dan abahnya Liza kembali semula ke perangai asalnya. Sifat
malasnya menjadi-jadi. Suka makan diluar dan kain bajunya juga dihantar kedobi,
mengemas rumah jauh sekali. Mungkin sudah terbiasa masa didalam pantang
semuanya dia sediakan oleh emakya.
Kini dia sudah menempah sebuah kereta VIVA
untuk kegunaan nya sendiri. Katanya supaya senang dia menjenguk anaknya
dikampung, tidaklah dia mengharapkan
suami sahaja untuk menghantarnya. Itulah alasannya. Loqman hanya membiarkan
sahaja apa yang dilakukan oleh isterinya. Jika ditegah dia akan memberontak dan
mengadu itu ini kepada orang tuanya.
Sikap keluarga mertuanya yang sering masuk campur dalam hal mereka
suami-isteri juga, menjadi Liza semakin mengada-ngada dan keras kepala. Loqman
hairan dengan sikap kedua mertuanya yang
tidak pernah nampak kesalahan anak perempuan kesayaagan mereka dan tidak pernah menasihati atau
menegur akan ketidak matangan sikap anaknya.
Walau pun kini nama Amirah
sudah jarang kedengaran keluar dari mulut Liza tetapi perkara lain pula yang
timbul, sikapnya yang kuat melawan dan mudah merajuk. Makin hari makin teruk
perangai Liza. Loqman merasa tidak lagi
tahan dengan perangai isterinya sungguh mencabar. Pernah juga Loqman menegur
sikap lama isterinya yang sudah diamalkan semula sejak mereka berpindah
keJohor...tetapi lain pula jawapan isterinya.
“Liza..abang perhatikan Liza dah tak nak masak kat rumah lagikan..baju-baju
pun hantar dobi. Kitakan ada mesin basuh, pakai sajalah..tak payahlah buang
duit, kita ni perlu berjimatlah dari sekarang. Kita ni dah ada anak, banyak nak pakai duit...nak beli susu anak,
nak beli lampain, kita kena menyimpan juga untuk saat kesusahan nanti”.
“Abang tu yang kena berjimat dan beringat..baju Liza yang hantar dobi tu
Liza yang bayar pakai duit Liza bukan duit abang, tapi lampin dan susu anak,
abang lah yang kena tanggung sebab itu anak abang. Kalau abang nak jimat, abang
makan lah kat rumah masak sendiri. Liza malas nak masak jadi Liza makanlah kat
kedai.” Begitu mudah kehidupan Liza bukankah perkahwinan itu satu perkongsian,
bukan dibilik tidur sahaja berkongsi, tapi apa-apa berkenaan hidup harus
dikongsi bersama.
Loqman mearasa sungguh susah membentuk Liza untuk
menjadi isteri impianya. Sekali dia berkata ada sahaja jawapan yang tidak
selesa telinganya mendengar. Tetapi jika
dibiarkan makin melampau-lampau perangainya..Loqman mula merasakan cara
kehidupan harian isterinya dan dirinya jauh berbeza..tidak seperti dengan Amirah dulu..mereka serupa.
Setelah mendapat kereta
bertambah panjang langkah Liza. Pantang ditegur sedikit dia akan merajuk balik
kampung, dia berkerja berulang alik dari rumah emak dan abahnya dikampung.
Tinggallah Loqman sendirian berhari-hari.. Sudah hampir setahun Loqman menahan
sabar dengan perangai isterinya.
Keluarga Liza juga memainkan
peranan mengapa perangai Liza menjadi lebih teruk. Emak dan abah Liza sering
masuk campur dalam menangani masaalah rumah tangga mereka suami isteri. Mereka
selalu memenangkan anak mereka. Liza menjadi bertambah manja dan keras kepala. Tidak terfikir oleh Loqman
sebelum ini, perpindahannya ke Johor Baharu menambah berat masaalah yang ada.
Ingatkan dia dapat menyelesaikan masaalahnya, kerana Liza dekat dengan
keluarganya dapatlah mereka menasihatkan anak mereka. Loqman kini ‘umpama lari dari mulut harimau masuk pula kemulut buaya’. Keluh
kesah hatinya hanya dia seorang yang menanggung. Untuk berkonsi masaalah dengan
mama dan papanya itu tidak mungkin. Semua yang terjadi adalah kesilapannya.
Kini Loqman berpegang ‘berani buat beranilah
tanggung’.. Dia akan menanggung selagi masih mampu dia menganggungnya.
Selebihnya dia berserah nasibnya perkahwinanya kepada Allah yang Maha Esa.
Sabar Loqman sebagai seorang
manusia biasa ada batasnya. Akhirnya kesabaran yang ditahan tidak dapat terus
bertahan. Meletus juga kemarahanya bila Liza bagai mencabar kesabaranya. Api pertengkaran kini sering memercik dalam
kehidupan rumahtangga mereka.. jika mereka bertengkar mulalah terungkit perkara
lama. Perkara yang selama ini ingin dilupakan oleh Loqman. Dia sudah berazam
untuk menerima Liza seadanya diatas nasihat Amirah ketika dia sakit dulu. Tapi tampa bantuan Liza, Loqman tidak berdaya
untuk melakukanya sendiri. Dia tidak dapat melembutkan hatinya dan menerima apa
yang telah ditakdirkan untuknya. Penerimaan diri Liza dalam hidupnya perlu ada
kerjasama dari Liza sendiri, kerana perkara ini Lizalah yang menjadi
perancangnya.
=======================================
Liza baru saja pulang dari
kampongnya setelah beberapa hari merajuk, kerana ditegur oleh Loqman tempuh
hari. Loqman sebenarnya seorang yang pembersih dan pengemas, kerana itulah
ajaran papa dan mamanya.. Sewaktu dia masih kecil lagi setiap kali cuti sekolah
atau dihujung minggu kedua papa dan mamanya mengerah dia dan dua orang lagi
abangnya memabantu mengemas rumah, mencuci bilik air dan juga menyapu
sekeliling luar rumah.
“Along, angah, Man bangunlah tolong mama kamu berkemas tu..hari cuti macam
ni janganlah nak tidur saja..kita ni kalau duduk dalam rumah yang bersih dan
kemas minda kita jadi bersih, cergas dan cerdas.” Papanya yang agak pendiam
berbanding mamanya mula berleter bila melihat anak-anak masih dibawah selimut.
Mereka dipaksa untuk membantu berkemas.
Tetapi setelah berumahtangga
bersama Liza keadaan rumah mereka seakan rumah yang sudah lama ditinggalkan. Dari
dapur, keruang tamu hinggalah kebilik tidur mereka yang tidak berkemas. Jika
didalam bilik air usah dicakap lagi lumut sudah menghijau menyaluti dinding, terasa
sungguh tidak selesa jika hendak menggunakan bilik air. Loqman seringkali
menggunakan tandas officenya untuk melakukan aktiviti tandasnya. Sampah dan
habuk yang bertaburan, didapur pula cawan yang tidak bercuci hampir penuh satu
tempat basuhan pinggan dan dibilik tidur mereka pula bantal tidak bersusun dan
selimut pula tidak berlipat. Kerana sudah tidak tahan dengan keadaan rumahnya,
akhirnya dia menegur isterinya yang sedang bersandar disofa menonton drama
bersiri dikaca telivesyen. Sudah diperhatikan itulah aktiviti istetinya
sekembalinya dari kerja.
Untuk kemudahan isterinya Loqman sengaja menyewa rumah berhampiran
dengan tempat kerja isterinya. Itulah sebabnya Liza lebih lewat keluar rumah
diwaktu pagi dan
lebih awal sampai kerumah diwaktu petang. Padanya biarlah dia jauh dan
susah sedikit tidak mengapa diakan lelaki. Tetapi Liza tidak pernah melihat
akan segala perbuatan baik suaminya untuknya. Rutin kehidupan harian tidak boleh
diubah. Setiap pagi waktunya lama dihadapan cermin merias wajahnya sebelum
ketempat kerja. Bila petang pula sepulang dari kerja dia akan bersantai dihadapan
tv mengikuti drama bersiri hingga sampai waktu pergi makan malam. Dia tidak
akan meringankan tulangnya untuk berkemas atau membasuh pakaianya. Sepatutnya
suaminyalah yang menyediakan orang gaji untuk melakukan segala kerja kemas
mengemas dan cuci mencuci untuknya.
Yang sebenarnya Liza
mengharapkan selepas dia berkahwin kehidupannya akan bertambah mewah dan
senang. Dia sering membayangkan suaminya akan menyediakan rumah yang besar
berserta berperabut yang cantik siap dengan orang gaji. Dia pula akan menghias
diri. Segala makan, pakai, mencuci mencuci dan kemas mengemas ada yang
melakukan untuknya. Tugasnya sebagai
isteri akan melayan suami dibilik tidur sahaja. Dia ingin sekali merasai
kemewahan seperti cerita-cerita didalam novel, apabila seorang wanita yang
cantik seperti dirinya berkahwin dengan anak-anak orang kaya atau orang kaya.
Mereka akan menghadiahkan sebuah rumah yang besar cukup dengan perabut mahal
dan mewah, dapat pula bercuti keluar negara setiap tahun..Liza oh Liza berhentilah berangan-angan, jangan hidup didunia fantasi,
bila tersedar nanti kita akan kecewa.
Loqman sudah tidak tahan
dengan keadaan rumah yang bersapah tidak berkemas. Badan dan matanya menjadi bertambah
letih, lebih-lebih lagi ketika dia baru sahaja pulang dari kerja. Dia sering
membayangkan rumah yang kemas teratur ditambah dengan seyuman isteri yang
menyambutnya kepulanganya.. itulah perlakuan mamanya ketika menyambut papanya
pulang dari kerja yang sering disaksikan nya dulu. Dia merasakan walau pun dia
kepenatan dia merasa bahagia dan ingin cepat sampai kerumah..bukankah ada orang
mengatakan ‘rumah itu syurga ku’.
“Liza..cuba Liza pandang rumah kita ni.. tak pernahnya yang kemas, pagi
bangun tidur terus Liza mengadap cermin berjam-jam.. awak tu dah kahwin nak
goda siapa lagi bersolek cantik-cantik.”
“oh abang ingat kalau dah kahwin bolehlah pergi kerja comot-comot
berserabai aje. Kelihatan cantik ni untuk keyakinan diri, biar sedap orang
memandang.”
“Bersolek tu boleh..tapi ala kadar sajalah. Ni harga make-up tu dahlah mahal
buat apalah membazir duit, tak ada faedahnya..cantik untuk orang pandang, bukan
dia orang tolong bagi duit nak beli make-up tu.” Loqman pernah sekali,
mengikuti isterinya membeli sebatang gincu bibir, bedak muka dan dua lagi
barang yang Loqman tidak tahu kegunaannya, bila dia membayar harga barangan
tersebut dikaunter pembayaran, harganya lebih mahal lagi dari belanja dapur
sebulan ketika dia hidup sebumbung dengan Amirah dulu. Sejak itu dia tidak akan
mengikuti Liza lagi jika dia ingin berbelanja untuk dirinya atau kepusat
rawatan muka dan badan.
“Bersolek apa kalau ala kadar saja..bersolek biarlah betul-betul baru
nampak hasilnya. Mahal tak apa tapi terjamin mutunya tidak lah rosak kulit muka
kita nanti.”
“Harap muka saja cantik tapi rumah dia bersepah tak berkemas nak buat apa..cuba
Liza pandang dalam bilik tu..tak pernahnya kemas, cuba susunlah sikit
bantal-bantal tu, lipat selimut tu bukanya susah. Ni habuk kat atas tv tu..atas
meja ni depan mata Liza tak nampak ke, habuk dah tebal macam ni.. sedap ke mata
memandang macam ni?” Loqman menguis jarinya kemeja dan atas peti televisyenya
dan menunjukkan habuk dijarinya kemuka isterinya.
“Abnag ni habuklah masuk hidung nanti Liza selsema.” Liza menepis tangan
suaminya yang menunjukkan habuk di jari telunjuknya.
“Tau pun habuk ingatkan tak tahu...Kat dapur abang dah kemas, dah cuci
pinggan cawan..Liza tolonglah buat yang kat depan ni pulaklah sikit.”
“Kat dapur tu abang yang selalu masak, abang yang guna..memang patut abang cuci.
Bantal dan selimut ni kan tak berapa jam lagi kita dah nak tidur, buat apa nak
susun kita nak guna juga nanti, kalau habuk tu…abang rajin abanglah yang lap,
Liza penatlah baru balik kerja abang dah membebel macam mak nenek”.
“Abang rasa kat rumah ni abang sorang saja yang kemas, Liza kalau ada masa
saja balik kampong, Sabtu Ahad balik kampung jadi bila masa nya nak kemas.
Tenguk rumah ni macam rumah tinggal..apa guna kita kahwin kalau abang sorang
buat kerja, abang masak, abang kemas. Sepatutnya kita buatlah kerja sama-sama.”
“Liza balik kampong tenguk anak…dah anak kita kat kampug kenalah tenguk.”
itulah alasan Liza mengapa dia tidak mahu membawa anaknya tinggal bersama
mereka.
“Liza ni memang banyak alasan, ni haa balik kerja ada masa sikit bukan nak
masak pun, kalau dah tak masak kemaslah sikit, takkan nak pegang penyapu sikit
pun penat, abang balik kerja juga lagi jauh tempat kerja abang, boleh juga
abang kemas kat dapur masak lagi, jadi Liza kemas pula kat depan dan bilik kita
tu …ini duduk saja”.
“Bisinglah
abang ni, itu pasallah Liza malas Liza nak duduk dengan abang.. macam ni Liza
nak balik kamponglah, duduk dengan emak lagi bagus tak ada orang nak bising.”
Liza mencapai beg tangannya kembali lalu mencari kunci kereta VIVAnya, untuk
keluar semula. Liza lebih senang duduk dirumah emaknya. Rumah abah dan emaknya
lebih besar dan cantik dari rumah sewa mereka. Maklumlah abahnya mempunyai beberapa ekar ladang kelapa sawit. Mereka
boleh diketegorikan dikalangan orang berada. Semua peralatan dirumah emak dan
abahnya berjenama dan canggeh. Dia begitu berbangga menjadi anak ketua kampung
yang disegani.
“Liza nak kemana tu.. jangan nak cari alasan..kenapalah Liza ni tak boleh
abang cakap sikit dah nak balik kampong.” Loqman sudah menghampiri Liza dan
memegang tangan isterinya.
“Liza tak tahan.. abang asyik nak berleter saja, baik Liza balik rumah
emak..tepilah orang nak balik ni.” sambil menepis tangan suaminya dia keluar
dari rumah dan menuju kekeretanya.
“Liza..Liza..dengar abang nak cakap ni.” Liza tidak menghiraukan panggilan
suaminya, dia terus memasuki dan menghidupkan injin keretanya. Loqman sudah
tidak dapat menahannya lagi, meluncur keretanya keluar dari perkarangan rumah
mereka.
‘Entah berapa harilah dia merajuk
tu.Baru balik dua tiga hari dah merajuk lagi. hmmm’ Loqman berkata sendirian, dia sudah masak
benar dengan perangai isterinya yang pantang ditegur.
==========================
Setelah beberapa hari di
rumah ibu bapanya, Liza kembali kerumahnya semula. Dia mengharapkan kemarahan
suaminya telah reda. Tapi petang itu bila melihat Liza melangkah masuk rumah
mereka sahaja, Loqman mencurahkan isi hatinya yang disimpan sekian lama. Loqman
sudah tidak dapat bersabar lagi dengan perangai isterinya. Sejak pindah keJohor
Baharu tinggal berdekatan keluarga sifat
Liza yang degil semakin menjadi-jadi.
“Liza…kau ingat aku ni apa haaa..boleh kau tinggalkan aku bila-bila masa
kau suka…balik bila rasa kau nak balik..kau ingat aku ni tunggul ke.” Loqman
sudah ber ‘engkau’ dan ber ‘aku’
ini bermakna dia sudah tidak mempunyai kesabaran lagi. Kesabarannya yang
selama ini di tahan kini sudah terbang. Hari itu dia ditugaskan ke luar daerah
setelah tugas-tugasnya selesai dia terus pulang kerumah, itulah sebabnya dia
sampai agak awal sedikit dari biasa.
“Yang abang nak marah-marah ni kenapa.. tak nampak ke orang baru balik
kerja..langsung tak berhati perut.”
“Siapa yang tak berhati perut engkau ke aku??” Perasaan rindu Loqman kepada
isterinya sudah hilang walau pun sudah hamper seminggu mereka tidak berjumpa.
Rasa ingin bermesra juga sudah lama dingin, diulit dengan rasa marah yang
bertimpa-timpa.
“Abang ni kenapa..tiba-tiba naik hantu.”
“Liza kau tak tahu salah kau rupanya, dengar sini aku nak cakap...kau
tinggalkan aku sorang-sorang. Makan pakai aku ada kau ambil tahu..kalau macam
ni apa guna aku kahwin ..kalau aku tetap tinggal sorang.. makan aku, aku masak
sendiri dan pakaian aku, aku sendiri yang cuci.” berang Loqman sudah sampai
kekemuncaknya, garang suara tiada kelembutan lagi. Tapi suara garang Loqman
tidak menimbulkan rasa gerun dihati Liza..dia sudah bersiap sedia, jika naik
saja tangan Loqman keanggota badanya, dia akan lari kerumah emak dan abahnya, pintu rumah keluarnya sentiasa
terbuka untuk dirinya.
“Ohh.. jadi kalau aku jadi isteri kau, aku kena jadi orang gaji kau lah
ya..hey tolong sikit aku bukan Amirah yang boleh kau kudakan..ingat senang nak
kudakan orang.” kini Liza juga menggunakan perkataan seperti suaminya juga ber
‘engkau’ dan ber ‘aku’.
“Ohh..selama ini kau rasa jadi orang gaji akulah ya..kalau aku tahu macam
ni sikap kau...”
“Kalau kau tahu sikap aku ..kenapa..kenapa…kau menyesal kahwin dengan aku.”
balas Liza juga becekak pinggang dengan muka yang marah.
“Memang aku menyesal sangat kahwin dengan kau..lama aku sabar..semoga kita
boleh serasi, lama aku pendam peristiwa perkahwinan kita, tapi kau langsung tak
membantu aku menerima kau.. kau yang membuat kan aku teringat cara perkahwinan
kita.”
“Cara perkahwian yang macamana??” Liza bagai menuang minyak keatas api yang
memangnya sudah marak.
“Kau lupa Liza..kau yang perangkap aku menjadi suami kau..kau yang perangkap aku.”
“Tapi kau suka jugakan..suka sebab dapat kawin free…”
“habis dah kau nak sangat jadi isteri aku, takkan nak ceraikan kau pulak
masa tu.. aku berkorban nak jaga nak jaga ‘air
muka’ kau dan keluarga kau.”
“Alasan jaga ‘air muka’ konon..tapi sampai sekarang kau tak ceraikan aku pun.”
Walaupun Liza berkata dengan perlahan namun masih didengari kata-katanya oleh
suminya dan kata-kata itu bagai mencabar kesabaran Loqman yang kian nipis.
“Liza...kau berhajat ke..kalau kau nak sekarang pun boleh.” Liza terdiam mendengar kata-kata
suaminya, dia terbayang kejadian nikah nya bersama Loqman dua tahun lalu memang
itulah kebenaranya.
Waktu itu Liza sudah teringin
untuk berumahtangga. Umurnya sudah menjangkau dua puluh tujuh tahun kawan-kawan yang seusia dengannya malah yang
lebih muda darinya sudah ramai yang berkeluarga. Tapi dia ... berat sungguh
jodohnya. Bukan dia tak cantik, berkerjaya tapi mengapa tiada seorang lelaki
pun yang ingin menyunting dirinya. Bukan tidak pernah ada yang sayang kepadanya
tetapi entah lah...
Ketika dia berumur 24 tahu
dia pernah bertunang..tapi tidak juga berakhir kejinjang pelamin. Ikatan kasih
tunangannya tidak sampai kepenghujung sudah
terlerai dipertengahan jalan . Selepas itu dia bercinta lagi dua kali namun keduanya juga putus
ditengah jalan. Sudah berbagai ikhtir yang dilakukan oleh emak dan abahnya...Mandi bunga pun sudah, tapi
semuanya tidak menjadi, Liza masih
tidak juga bertemu jodohnya.
Ketika Lokman mula rapat
dengannya dulu ditunggu juga Loqman menyatakan rasa sukanya kepadanya. Namun Loqman
tidak pernah menyatakan hasratnya untuk memiliki dirinya. Tidak juga menyatakan rasa suka atau sayang padanya,
walau pun ketika itu Loqman sudah tiga bulan menjadi duda. Dirinya hanya
dijadikan sebagai tempat mengubat rasa sepi kerana ketiadaan isterinya sahaja.
Untuk memudahkan jalan ceritanya, dia berpakat dengan keluarganya memerangkap
Loqman. Peluang itu terbuka, apabila Loqman bertanya kepadanya kemanakah percutian
hujung minggu mereka kali ini. Dia
mencadangkan ke Dangga Bay, dia juga
mencadangkan mereka singgah dirumahnya, walaupun kedudukan pantai itu agak jauh
juga dari rumahnya. Rancangan berjalan dengan lancar tampa disedari oleh
Loqman. Peluang keemasan itu tidak dilepaskan oleh Liza dan keluarganya.
Lamunan Liza tercantas bila Loqman bertanya sekali lagi..
“Kenapa diam?”
Liza hanya mendiamkan dirinya
jika dia terus berkeras dia tahu apa
akibatnya. Suaminya memang sedang marah yang teramat sangat kepadanya.
Pertengkaran itu menjadikan malam mereka hangat membahang. Mereka tidak bertegur
sapa dua tiga hari, bak kata orang engkau..engkau.. aku..aku. Mereka membawa
haluan sendiri, tidur pun dibilik berasingan walau pun mereka suami isterin dan
duduk sebumbung.
Liza juga tidak berusha untuk
mendingin kan rasa marah suaminya. Sekurang-kurangnya cubalah melakukan
perkara-perkara yang disukai oleh suaminya, memasak atau mengemas rumah. Walau
pun dia tahu punca pergaduhan mereka adalah perkara-perkara seperti itu. Liza
tetap dengan sikap pemalas dan sikap kerasa kepalanya. Dia mengharapkan suaminya
yang memujuknya dahulu. Bagi Loqman pula kini dia tidak akan berlembut lagi
dengan isteri yang degil dan pemalas. Jika berlembut Liza makin memijak
kepalanya. Itu pula yang ada dikepala Loqman.
haaaaaaaaa tu la kau.padan muka kau Loqman...
ReplyDeletesesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada berguna....
ReplyDeletekesian gak kat loqman.... tetapi sbg suami dan ketua keluarga, dia kenalah bertegas dan memimpin Liza melayari kehidupan berumahtangga....
Padan muka dua². Cantik saje tak menjamin
ReplyDeletekebahagiaan rumahtangga. Tunggu saje next part.
Apa berlaku nanti.