Buah langsat kuning mencelah,
Keduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Ketika kembar Nur Saleha dan
dato’ Fuad datang terkedek-kedek kerunag tamu..melintas rasa kesal dihati
doctor Fitri..jika Nur Saleha masih isterinya mungkin kembar itu miliknya.
Menurut cerita keluarga dari sebelah ibunya keturunan mereka ada yang kembar…Arwah
moyang mereka kembar sepasang...mungkin Nur Saleha yang mendapat genatik itu.
Nur Shamila
menghampiri Nur Saleha yang masih termangu mendengar jawapan anak-anaknya. Dia
juga terkedu dengan langkah kaki anak-anaknya meninggalkan ruang tamu.
“Nur
tolonglah pujuk dioarang supaya diorang nak duduk dengan kami..Nur pun dah anak
lain”.
“apa maksud
Mila…Untuk pengetahunan Mila anak-anak saya tidak akan ditukar ganti, semuanya
ada tempat dihati saya. Walau pun akan sepuluh orang lagi yang akan saya
lahirkan..tapi tidak akan dapat
menggantikan tempat Syira, Dina dan Am”.
“Jangan
macam tulah Nur... Biar diorang tu duduk dengan kami , kami akan jaga mereka
dengan lebih sempurna“.
“Apa?? selama
ni hidup mereka tak sempurna dibawah jagaan saya ke?. Nak kata tak ada
ayah, tu Abang Fuad dah jadi ayah yang
sempurna pada anak-anak saya.. nak kata tak cukup makan, ada Mila tenguk
budak-budak tu macam tak cukup zat?”. Sakit hatinya mendengar apa yang keluar
dari mulut bekas madunya.
“Tak lah
macam tu..pada Mila, Nur janganlah tamak sorang, jangan nak pentingkan diri
sendiri, mereka juga anak abang Fitri”. Sebenarnya doctor Nur Shamila sudah
terdesak..bila mengetahui dia tidak boleh mengandung. Sudah tiga kali dia
mengujungi pakar sakit puan yang mengesahkan harapanya untuk dia mengandung
hanya ada 10% sahaja. Dia mahu mengambil anak angklat tetapi suaminya mahukan
anaknya sendiri.
“Saya tak
pernah nak nafikan hak abang Fitri dan saya tak pernah nak halang dari dia
menjenguk anak-anaknya…tapi sekarang..apa yang saya faham.. Mila yang nak
menafikan hak saya, nak ambil anak-anak
dari saya betulkan?”. Selepas
berkata demikian Nur bangun menghilang diri….
“Macam nilah
Fitri..yang sebetulnya bagilah pilihan pada anak-anak..mana mereka nak
duduk..kita jangan memaksa sangat, takut buruk jadinya. Nanti takut mereka
memberontak susah kita dibuatnya. Kalau
Fitri nak anak-anak sayang kat kita..berilah perhatian. Tak semestinya duduk
serumah, ambil berat hal mereka. Kalau ada masa calllah tanya khabar ke tanya
tentang pelajaran dia ke ..Macam yang Syirah kata tadi..sekolah akan membaca
Yassin dengan semua ibu bapa anak-anak yang akan mengambil peperiksaan besar.
Tanya mereka bila majlis tu diadakan untuk kan masa menghadiri majlis tu..
Tanya mereka bila mereka nak periksa..Syirah tahun depan tingkatan lima dan
Ikram pula tahun depan darjah enam ambillah peluang masa tu. Semuga kita dapat
memberi sedikit semagat pada mereka...rasanya
itu pun sudah cukup memadai. Kemudian sesekali luangkan lah masa ajak mereka
berjalan-jalan, pergi bercuti ke.. untuk menunjukkan kasih sayang kita pada
mereka... mungkin dengan cara begitu mereka akan rasa mereka masih disayangi
dan kewujudan mereka kita hargai..masih ada banyak peluag lagi Fitri. ”
Dato’ Fuad
sebagai seorang yang telah berpengalaman memberi nasihat. Kelihatanya Dato’
Fuad seorang yang penyayang dan bersikap lemah lembutnya, anak-anaknya juga Nampak
tidak janggal atau nkekok bila berhadapan bapa tiri mereka. Dia memberi nasihat kepada mantan suami
isterinya..Maklumlah dia sudah mempunyai empat orang anak yang sudah
remaja..anaknya yang bungsu Nur Iman Saffiyah juga sudah habis belajar hanya
menuggu hari graduationnya saja. Dia graduan Universiti Sains Pulau Pinang
dalam jurusan FIZIK. Anaknya yang ketiga masih belajar menyambung Masternya diAustrilia.
“Saya tak
bermaksud nak ambil anak-anak dari Nur..saya hanya nak sedikit kasih sayang
dari mereka.” Luah doctor Fitri lembut sedikit suaranya, bila didengar suara
suami bekas isterinya menasihati dengan ikhlas..
Yang sebenarnya Muhammad Fikri
merasa sangat sunyi bila waktu-waktu cuti duduk hanya berdua sahaja bersama
isterinya doctor NurShamila. Hati mula rindu dengan keriuhan suara anak-anak
ditambah lagi bila memandang kemesraankeluarga jiran disebelah rumahnya yang mempunyai liuma
orang anak remaja.
Kemesraan mereka jelas
kelihatan bila melakukan semua kerja bersama-sama..mencuci kereta, menanam
bunga malah berjoging pun bersama. Dikala petang riuh kawasan rumahnya bila
mereka bermain badminton. Walaupun tiada net dan courtd badminton jalan tar
juga sudah memadai mereka sama-sama bermain untuk mengeluarkan peluh. Dikala musim perlawanan bola sepak
pula kedengaran riuh jeritan gool dari dalam rumah mereka…Muhammad Fikri dapa
membayangkan betapa seronoknya menonton perlawanan bola sepak beramai-ramai
bersama anak-anak. .tidak perlu bersusah payah berhimpit-himpit kestadium.
“Ialah..abang
tahu tu, tapi mungkin dari gaya bahasa yang kita sampaikan menyebabkan Nur
salah faham.”
‘jika didengar dari apa yang
disampikan oleh doktor Shamila itulah maksudnya’. Kata-kata itu hanya bergema didalam
hati Dato’ Fuad sahaja.
Itulah doctor Sharmila walaupun berpelajaran tinggi ..namun tidak berapa
sensitive berkenaan bahasa dan cara-cara untuk menjaga perasaan orang disekelilingnya.
Setelah lama sebumbung barulah Fitri menyedari isterinya yang sekarang ini agak
keras sedikit dengan kata-katanya,
agak terlebih cemburu orangnya.
Dulu sikap cemburu itu disukai oleh doctor Fitri kerana terasa dirinya sangat
disayangi tetapi sekarang sikap cemburu isterinya terasa mengongkong
kehidupanya pula. Kerana sikap cemburu Nur Shamila dia menceraikan Nur Saleha
dahulu.
“Saya minta
diri dululah bang..maaflah Farhan, Edlan kalau mengganggu pertemuan you all
dengan Nur…terima kasih bang kerana bagi kasih sayang pada anak-anak
saya..sebenarnya sayalah yang bersalah selama ini kerana membiarkan mereka.”
Edlan dan Farhan sungguh insaf dengan kisah perpecahan rumah tangga Muahammad
Fikri dan NurSaleha. Mereka bapa muda yang baru mula hendak membina
keluarga. Mahu anak-anak yang terdidik dalam pelajaran dan hidup dengan penuh
dengan kasih sayang dari ayah dan ibu, supaya dengan cara itu anak menjadi
angkatan yang berguna pada ugama, bangsa, Negara dan keluarga. Dihati mereka
menanam azam tidak akan mengulagi kesilapan Muhamamad Fikri.
“Tak ada apa
yang nak diterima kasihkan ..pada abang kalau mereka anak-anak Nur mereka dah
jadi anak-anak abang juga, macam mana Nur sayang anak-anak abang.. macam tulah
abang sayang anak-anak Nur…tapi ingatlah kita ni yang dah jadi ibu bapa, masa
anak-anak masih kecil mereka sangat memerlukan kasih sayang kita..masa tu
jangan abaikan mereka, carikan waktu untuk mereka semoga bila besar nanti mereka
tak lupakan kita. Abang ni bapa yang dah berumur dan dah ada anak-anak yang dah
besar. Tak ada apa lagi yang abang perlukan harta tak menjanjikan apa-apa..
bahagia kita tak boleh dibeli dengan wang ringgit. ….sesungguhnya kasih sayang mereka
yang abang harapkan dapat kita bertukar-tukar pendapat, teman kita berbual-bual
waktu lapangan..pada abang itulah sebenarnya kebahagian kita. Fitri abang
sebenarnya rasa sungguh bertuah Nur menerima abang menjadi suami..Nur
sebenarnya penuh dengan sifat keibuan..anak-anak abang bersyukur menerimanya
sebangai ibu tempat mencurahkan rasa dan tempat bermanja.” Itulah nasihat
Datu’Fuad kepada bapa-bapa yang ada
diruang tamu rumahnya. Doktor Muhammad Fitri pulang dengan rasa kesal dihatinya.
Di mula membayangkan kehidupan
dulunya..Dia dan Nur Shamila merupakan pasangan kekasih sewaktu mereka menuntut
di Abedeen Scotland.. Diakhir pengajian
mereka berselesih pendapat..apabila Nur Shamila memilih untuk terus tinggal
disana mengikuti kedua ibu dan ayahnya yang telah lama bermastautin disana.
Tetapi bagi Muhamad Fitri dia mesti pulang..itu adalah permintaan ibu dan
ayahnya. Dia merupakan anak lelaki tunggal keluarganya. Walaupun masih ada lagi
dua orang kakak dan adik perempuanya tinggal bersama ayah dan ibunya tetapi
tanggung jawabnya sebagai anak lelaki lebih besar.Dengan percangahan pendapat
itu mereka berpisah.
Tiba diMalaysia dia
diperkenalkan kepada NurSaleha yang ayu, lemah lembut dan menutup aurat. Keperibadian
itu yang memikat hatinya yang sedang kosong kerana putus kasih. Dia menerima
dengan hati yang terbuka cadangan
keluarga mereka untuk menyatukan mereka sebagai suami isteri. Tidak disangkanya
setelah sepuluh tahun hidup bahagia bersama pilihan keluarga, Nur Shamila
muncul didepan mata. Rupanya dia pulang keMalaysia bila merasa bosan tinggal
dinegeri orang..Dia menagih cintanya kembali. Bemula dari itu cinta Muhamad
Fitri yang layu segar kembali. Dia lebih memilih cinta pertama dari, cinta
anak-anak dan isteri pilihan keluarganya.
Tamat
p/s untuk memenuhi janji mak teh.. InsyaAllah mak teh akan sambung kisah tidak terkikis kesal dihati di blog ni sampai habis.
umpama yg dikejar x dapat..yang dikendong berciciran kan mak teh
ReplyDeletebegitulah kiranya..tapi biasanya jika masih didepan mata kita tak nampak istemewanya kalau dah tak ada baru nmpak semuanya.
ReplyDeleteLagi stu mak teh nak pesan jangan agungkan sngat cinta pertama..kdng tak sampai kemana pun.
Kadangkala bila kita kehilangan barulah menyesal.lumrah kehidupan.
ReplyDeleteTerima kasih mak teh kerana menyajikan karya yg penuh dgn nasihat.
ReplyDeleteKenapa Bab29 & 30, saya tak dpt nak access/masuk dan baca?
Entahlah mak teh dah cuba buat tapi tak boleh juga kena tunggu anak mak teh balik 2/8 ni nampaknya...sorry ye
ReplyDelete