Syukri dan Sarah sampai dirumah jam
sudah menunjukkan pukul 130 pagi. Hendak meninggalkan Sarah yang kelihatan
lemah tidak sampai hati pula. Hendak menghubungi Nuri dikuatiri mengganggu
tidur isterinya itu. Dia membuka laptopnya dilihat keadaan rumah Nuri.
SUNYI. Tentu Nuri dan Wafi sedang lena
itu yang ada dikepala Syukri. Akhirnya
dia merebahkan diri disebelah Sarah yang sudah lena. Tidak lama kemudian
dia juga terlena hingga ke pagi.
Disebelah paginya pula di menyiapkan
dahulu keperluan Sarah.
“Sarah nak makan apa pagi ni”.
“Nasi lemak boleh tak bang”.
“Hssy takkan nasi lemak kan ada sambal
tu,makan rotilah ye, makan roti dengan kaya sedap juga nanti abang beli”.
“tapi Sarah rasa lapar sangat ni.”
“Masa mula-mula ni Sarah makanlah roti
dulu, kemudian sikit-sikit baru makan nasi lemak takut sakit perut lagi, kalau
cepat sangat makan sambal”.
“Ialah. Tapi bang kalau nak beli roti
kena tunggu, Sarah dah lapar sangat ni lemah rasa seluruh badan, boleh tak
abang belikan Sarah kueh manis dengan nasi lemak. Kalau abang beli nasi lemak
beli biar lebih, boleh bang”. Rengek Sarah manja menerangkan keadaan dirinya.
Syukri
kedapur untuk menjerang air pula, isterinya yang ini nak membuka api dapur pun
dia takut. Sebenarnya Sarah fobia pernah dahulu dia membuka api dapur tiba-tiba
api menyambar ke mukanya bila gas pada penunuh yang satu lagi sudah terbuka
agak lama.Kejadian itu terjadi ketika dia ditingkatan tiga. Kejadian itu
terjadi bila mahu mempraktikkan ajaran guru ERTnya. Sejak itu emaknya melarang
dia membuka api dapur.
“Ok abang pergi beli dulu, Sarah
tengukkan air kalau dah masak tutup apinya”.
“Sarah takutlah bang, Sarah takut nak
tutup api”. Itulah Sarah, takutnya membawa ketua. Syukri mematikan api dapurnya
walaupun air yang dijerang belum masak lagi, dia akan memasaknya sekembalinya
dari membeli keperluan Sarah. Ada kelauhan yang kelaur dari mulutnya. Sarah
mendengarnya.
“Sarah minta maaf bang, tapi Sarah
betul-betul takut, Sarah minta maaf ye”
“Oklah tu..abang nak pergi sekarang,
Sarah pergilah baring dulu”.
Sudah
makan pagi Syukri menanti pula makan tengahari. Hatinya berbelah bagi, hendak
meninggalkan isterinya yang tidak sihat. Jadi sebelum dia meninggalkan,
dia akan memastikan keperluannya terjaga
dahulu barulah dia kerumah isteri yang satu lagi. Lagi pun dia tahu isteri
tuanya bekerja office hour hari ini. Dia sudah membuka lap topnya pagi tadi
rumah Nuri nampak kosong, Nuri tidak ada dirumah.
Sebagai persediaan, bahagian pengurusan isterinya
telah memasukkan Nuri bekerja waktu pejabat di hari hampir due nya. Itulah yang
diberitahu oleh Nuri tempuhhari. Dan hari ini adalah hari pertama isterinya
bekerja office hournya. Dia bercadang akan datang waktu petang sahaja.
Setelah
keperluan Sarah di sediakan, dia cuba menghubungi isteri tuanya. dua tiga kali
dicuba asyik masuk kevoice mail box sahaja. ‘Bateri habis ke atau dia tak
dengar ni’ bisik Syukri yang kegeraman. Akhirnya dia bangun menuju pintu.
Melihat suaminya bangun menuju pintu Sarah menegur.
“Abang nak kemana?”
“Abang nak jenguk Nuri sekejap”.
“Kalau Sarah muntah lagi ni macam
mana? Sarah nak jalan pun tak daya ni”.
“Sarah ni, abang nak jenguk Nuri
sekejap. Lagipun Sarah kan dah makan, sekejap lagi datanglah tenaga Sarah tu.
Dahlah abang nak jenguk Nuri sekejap.
Abang risau, kenapa abang call dia tak
angkat”. Isteri mudanya memang manja orangnya. Syukri seakan tidak percaya untuk membiarkan dia
bersaorangan. Tetapi caranya telah mengabai seorang lagi isterinya tetapi dia
tidak sedar.
“Abang kata semalam, hari ni dia kerja office hour kan”. Sarah cuba menahan lagi, dengan rengekkan
manjanya. Sememang itulah niat dihatinya, dalam keadaan dia tidak sihat, dia
inginkan bermanja sedikit.Dia mahu suaminya ada disisinya. Dia sebenarnya tidak suka ditinggalkan
bersendirian. Padanya setelah dia bersuami tentulah ada suami menemaninya
setiap masa, tetapi dia lupa dia berkahwin dengan suami orang.
“Ialah, tapi apa pasal dia tak angkat call abang, dia
marah abang ke sebab tak datang malam tadi. Abang hanya nak pastikan dia
sahaja. Abang nak tanya Kak Ton, kejap”.
“Kalau dia marah abang sebab tak
datang giliran dia malam tadi, abang nak
marah dia ke?” Tanya Sarah mendunga hati suaminya.
“Sarah suka ke abang bergaduh dengan
Nuri?” Itu pula yang keluar dari bibir suamiya. Tadinya dia ingin menduga, tapi
dia ditanya pula.
“Abang ni taklah macam tu. Bang!!
Kalau Nuri kerja abang ambil Wafi ye?”. Sarah tahu dia sudah tersalah tanya.
Dia cuba memesongkan tumpuan suaminya.
“Jangan nak cari pasal Sarah, kan Nuri
tak suka Wafi datang sini, lagi pun Sarah kan tak sihat, macam mana nak jaga
Wafi. Dah Sarah rehat cukup-cukup biar cepat sihat.”. Mendengar jawapan
suaminya yang sudah lembut suaranya, dia bagai ada harapan untuk menjaga anak
tirinya hari itu.
“Bolehlah bang, Sarah boleh jaga kan,
Sarah dah makan tadi, tak lama lagi
Sarah sihatlah.” Rengek Sarah lagi dia tahu suaminya cepat cair bila dia
merengek-rengek manja.
“Jangan nak cari gaduh Sarah, jangan
dengan perkara ni abang gaduh lagi dengan Nuri”. Sebenarnya sudah mempelajari
watak Nuri yang sebenarnya. Walaupun wajah Nuri nampak lembut namun dia tegas
pada pendirianya.
“Hmmm”. Itulah yang keluar dari mulut
Sarah sambil memandang langkah suaminya kemuka pintu, yang hendak menjenguk
madunya. Yang sebenarnya ada rasa tidak puas hati dihati Sarah. Padanya sewaktu
dia tidak sihat sepatutnya suaminya dipayahlah sibuk-sibuk menjenguk madunya,
untukkanlah waktu bersamanya supaya dia cepat sihat.
Sebenarnya
Syukri pula sudah tidak sedap hati sejak malam tadi lagi, hatinya bedebar-debar
tetapi tidak tahu apa puncanya. Itulah
sebabnya dia mengeraskan hatinya dengan rengekkan Sarah tadi tetapi biasanya
dia kan cair dengan gaya manja Sarah.
Bila
sampai dihadapan rumah Nuri, Syukri melihat kereta Nuri didalam pagar, hati nya
mula tertanya-tanya. Tidak bekerjakah
isterinya hari ini atau dia bekeja di giliran malam. Tetapi apa yang diberi
tahu tempuh hari Nuri memulakan kerja officer hournya hari ini. Dia kepintu
pagar, pintu pagar masih berkunci.
Syukri
mula membuka kunci pagar kemudian grill dan akhir sekali pintu rumah, sunyi
sahaja keadaan dalam rumahnya. Tiada suara isterinya atau suara anaknya. Masih
tidurkah mereka. Jam ditangan dikerling sudah menunjukkan pukul 1230
tengahhari. Bukan kebiasaan Nuri bangun lewat begitu. Sakitkah dia tu pula yang
melintas dihatinya. Hatinya jadi berdebar bila terfikir lintasan terakhir tadi.
Degup laju jantungnya seiring dengan
laju langkahnya menuju bilik tidur mereka. Bila pintu dibuka nyata tidak
berpenghuni.
Syukri
mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor Nuri ditekan, bila bersambung kedengaran
deringan telefon diatas peti televisyen. Ohh..Syukri memejamkan mata, telifon
Nuri diatas peti televisyen mereka. Keluahan kasar keluar dari bibirnya. Adakah
peristiwa setahun lalu berulang kembali.
Keluahan kasar keluar dari bibirnya sekali lagi sambil
mengeleng-gelengkan kepalanya. Ya Allah!! dimana aku dihatimu Nuri. Itulah
keluhan yang bergema dihatinya.
Syukri
bergegas kerumah Kak Ton pengasuh anaknya untuk menyiasat. Bunyi riuh sahaja
suara tawa didalam rumah. Meriah sungguh rumah Kak Ton anak-anaknya pulang
bercuti agaknya. Kedengaran pula suara jeritan anaknya, mungkin mereka sendang
bermain dengan Wafi. Telah Syukri. Tetapi dimana isterinya Nuri??. Syukri
melaung memberi salam. Bila pintu rumah dibuka yang terjengul anak perempuan
Kak Ton yang dipanggil kak lang yang sedang menjalani kursus pembantu perubatan
di Ipoh Perak sedang mendukung anaknya Wafi.
“Ibu!! abang Syukri datang”. Tidak
lama lepas itu Kak Ton pula menjengah muka kepintu.
“Kenapa Syukri? Ada yang tak kena
dengan Nuri ke?” terkejut Kak Ton dengan kunjugan Syukri tengahhari itu.
“Kak Ton Nuri pergi mana?..saya tenguk
kereta dia ada tapi orangnya tak ada pula”
.
“Ehh dia tak bagi tahu Syukri ke?”.
“Bagitahu apa??”
“Dia dah bersalin malam tadi. dekat
pukul 2 pagi dia selamat masuk wad, kamu dapat anak perempuan Syukri. Anak
akak, along yang iqamatkan.” Hah terlepas lagi tanggung jawabnya mahu mengazan
dan menqikamatkan anaknya sendiri. Sedeh mencucuk hatinya. Malu dengan dirinya
sendiri.
“Pukul berapa dia pergi hospital, dia
pergi hospital naik apa?”.
“Dalam pukul 9 malam rasanya, along
yang hantarkan. Mulanya dia nak naik teksi, tapi akak tak bagi, bahaya malam
pula kan, takut dia apa-apa orang Syukri. Sekarang kita kena hati-hati
lagi-lagi dengan orang tak kenal. Kebetulan along ada kat rumah, akak dengan
alonglah yang hantar dia naik kereta dia pergi PPUM. Ingatkan dia dah telefon kamu bagi tahu.” Syukri
memutar kembali kejadian semalam, pada pukul lapan malam dia menghubugi Nuri
untuk memberitahu dia tidak dapat datang pada giliran Nuri malam itu kerana
membawa Sarah keklinik.
“Nak talifon apanya, handfon dia pun
tinggal kat rumah, kak. Ni haa telefon dia”. Syukri membawa telefon Nuri
bersamanya ditunjukkan kearah kak Ton.
“Oh ye ke, tertinggallah tu, malam
tadi tu dengan muka pucat dia dukung Wafi datang rumah akak. Tergesa-gesalah tu
ataupun dah sakit sangat, itu yang tertinggal telefon.” Mendengar penerangan
Kak Ton makin Syukri rasa bersalah pada dirinya sendiri. Mengapa dia dahulu
yang bercakap ketika itu, mengapa dia tidak medengar dahulu apa yang mahu disampaikan
oleh Nuri. Walaupun dia tahu dia yang menghubungi Nuri tetapi pada diawal
percakapan seakan Nuri mahu menyampai sesuatu padanya.
“Ahhh” keluh Syukri, hatinya dibaluti
rasa kesal. Dia teringat perbualanya malam tadi, Nuri ada mengatakan
Alhamdullilah merujuk kepada dia menghubunginya, tapi kerana tidak sabar terus saja dia menyampaikan
kesusahan yang dialami kerana Sarah keracunan makan. Makin kusut kepala Syukri
memikirkan kesilapanya.
“Kalau Syukri nak jenguk dia masih
sempat lagi ni, waktu melawat rasanya sampai pukul 2 petang..pergilah cepat”.
Kak
Ton memberi nombor bilik dan wad yang menempatkan Nuri di PPUM. Bergegas Syukri
menemui Nuri. Ketika dia sampai Nuri sedang baring dengan mata terpejam anaknya yang berbalut kain disisinya. ‘tidur agaknya’Detik hati Syukri.
Kelihatanya dikiri dan kanan katil Nuri ramai pelawat yang melawati mungkin
saurada mara mereka. Hanya katil Nuri sahaja yang tidak berpelawat. Timbul rasa
sedeh dihati Syukri. Seakan terpinggir isterinya. Dihampiri isterinya dengan
rasa sebak. Sudahlah dia duduk diwad biasa..ohh sungguh terabai isterinya ini dari
pemerhatianya.
“Asalamualaikum”. Salam diberi dengan
perlahan. Nuri membuka mata.
“Walaikumsalam..ehh abang..Sarah dah
baik ke?” Itu pula soalan yang keluar dari mulut Nuri. Sambil cuba bangun untuk
menyandarkan diri. Cepat-cepat Syukri membantu isteritnya. Soalan isterinya
tidak dijawap.
“Bila boleh keluar ni?”.
“tenguklah kalau anak dah buang air
besar, petang nanti boleh lah balik”. Sedang mereka berbual-bual anakn ya
merengek. Nuri mengambil anaknya untuk dipangku, tidak lama anak dipangkuanya
diambil pula oleh Syukri lalu dicium lembut pipi anaknya.
“Kita dapat anak perempuan kata kak Ton,
anak baba nak susu ye” Bila anaknya tetap merengek diserahkan semula anaknya
kepangkuan isterinya. Kemudian Syukri cuba membetulkan duduk isterinya agar dia
selesa menyusui anak..
“Susah nak bagi susu, orang tengah
ramai, hendaknya baliklah petang ni..” Sungut Nuri perlahan tapi masih didengari oleh Syukri. Nuri
memasukkan anaknya kedalam baju untuk disusui.. tetapi anaknya enggan membuka
mulut dan tetap merengek.
“Kenapa tak ambil kelas satu”. Syukri
bangun dari duduknya menarik sedikit lansir bagi melindungi isterinya yang mahu
menyusukan anaknya dari pandangan pelawat lain.
“Diaorang kata dah penuh”. Sambil
menyuapkan puting susunya dia menjawab pertanyaan suaminya. Tetapi anaknya
masih tidak mahu membuka mulut. Nuri masih mencuba memasukkan putting susnya
kemulut comel anaknya. Syukri juga cuba membantu
“Kenapa tak ambil hospital swasta? abang
bayarkan”. Nuri memandang suaminya. Melihat pandangan Nuri, Syukri tahu dia
marah. Selama ini adakah dia ambil berat tentang dirinya? Dia hanya sibuk
dengan isteri yang didepan mata sahaja(merujuk Sarah kerana Sarah bekerja
dengannya) Satu perkataan jahat menyelinap dalam kepala Nuri. Kalau benar dia
ambil berat tentu dia menyelidiki dirinya, bila sudah terasa ada perubahan pada
dirinya sendiri. Padanya dia tidak akan memberitahu jika tidak ditanya. Jika
suaminya sudah mencari isteri lain selain dia, dia tahu dirinya sudah tidak
istimewa dimata suaminya. Dia juga tidak
akan menyorong diri untuk menagih kasih atau memaksa kasih suaminya kepadanya.
“Ok..oklah, Nuri pun dah selamat
bersalin, abang nak call mak sekejap.”
“Tak payahlah call emak..”
“Kenapa pula?”
“Saya tak nak menyusahkan emak..”.
“Nuri suka ye abang kena marah, sebab
tak bagi tahu Nuri dah bersalin, Nuri mengadung abang tak bagi tahu emak pun
emak dah marah abang tahu”. Mendengar
jawapan suaminya makin terguris hati Nuri. Lawatan suaminya seakan-akan
terpaksa hanya kerana tanggung jawab
atau takut dimarahi oleh emakanya.
Syukri
menghubungi emaknya diPengkalan Hulu dihadapan Nuri. Selesai dia berkata-kata
dia mendekati anaknya yang sedang dibuka bedungannya oleh isterinya. Nuri mahu
memastikan adakah lampin anaknya basah yang menyebabkan dia merengek.
“Alhamdullilah, dia dah buang air
besar, mungkin petang ni saya boleh balik.”
“Ohh ye ke? hitamnya najis dia” Inilah
pertama kali dia lihat najis pertama anaknya. Dia sudah terlepas pandang untuk
Wafi dahulu.
“Nuri dah bagi nama anak kita ke”.
“Belum lagi, tak ada siapa nak
daftarkan, kalau tak menjadi keberatan dan susah pada abang nanti abanglah
tolong bayar dan daftarkan nama anak kita boleh. Duitnya saya dah sediakan”. Selesai
Nuri membersihkan anaknya, dia mengambil segala dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran nama anaknya. Dia menghulur kad mengandung, kad pengenalan dirinya dan duit untuk bayaran bill kepada suaminya.
“Nuri !!kenapa Nuri cakap macam tu
pada abang. Anak ni bukan abang ke?. Pada
Nuri siapa abang ni”. Syukri sangat berkecil hati dengan perkataan Nuri. Pada
Nuri hatinya yang sentiasa sakit, menyebabkan perkataan yang dikeluarkan diluar
sedar itulah sebabnya dia lebih banyak membisu kerana itu lebih bagi dirinya
dan utntuk suaminya juga. Sudah dicubanya untuk redha dengan ketentuan namun
sukar benar.
“Bila boleh bayar bill, sekarang ke?”. Semua dokumen diambil dari
tangan isterinya kecuali duit.
“Tunggu pemeriksaan doctor sekejap
lagi, kalau kata doctor dah boleh balik baru bayar billnya. Kalau abang rasa
lama pergilah abang balik dulu. Kalau dah boleh balik nanti saya call abang”.
“Tak apa, abang boleh tunggu atau Nuri
tak suka tenguk abang tercongok kat sini”.Perkataan yang terkeluar dari mulut Syukri juga kerana hatinya sakit dengan tingkah isterinya yang seperti tidak memerlukan dirinya.
“bang! saya tak ada apa-apa kalau
abang duduk kat sini pun, abang tak boleh dan buat apa-apa, saya dah selamat
lagi pun kat sini doctor dan nurse yang boleh tolong saya. Saya sebolehnya tidak mahu mencuri masa Sarah
bersama abang. Dia duduk rumah kan? dia pun tengah tak sihat dia perlukan
abang.Jangan tuduh saya tunjuk baik pulak. Kenapa abang tak faham saya. Kenapa
makin lama kita kahwin abang makin tak
faham saya?.” Syukri membisu mendengar kata-kata isterinya.
“..kenapa dikhalayak ramai pun kita
masih nak bertengkar, mengapa dengan saya abang rasa tak puas hati. Sekarang
buruk sangat perangai saya dimata abang?”. Rendah suara Nuri, menunjukkan dia
sedang marah. Sekarang Syukri tahu sifat isterinya yang satu ini. Dia marah
dengan suaranya yang rendah. Syukri hanya membisu mencerana kata-kata isterinya
yang didepan mata. Tetapi mengapa dia tidak puas hati dengan Nuri?.. bukan…
bukan, dia tidak marah dengan Nuri dia marah dengan dirinya sendiri.
bagus nuri...luahkn rasa hati yg sakit tu...biar si syukri rasa.. si sarah pun mengada dn poyoh lebih. sengaja nk lagakn si syukri bengap dgn nuri.
ReplyDeletesi syukri mmg bengap habis...mmg tak layak jadi imam dlm kluarga...ada ke tanya nuri nape tak bersalin di hospital swasta...bkn ke itu tanggunjwb dia. mmg sah dia tak pernah mbawa nuri pergi check up mengandung walaupun nuri dh beri dia kad periksa ngandung.
sungguh tak prihatin.
nuri luahkn habis habis segala yg terpendam dlm hati.
-dibah-
Dah bersalin ni tuntut je cerai. Dera perasaan Syukri yang tak pernah sedar kesalahan sendiri. Perempuan mcm Sarah tak layak jadi madu Nuri. Nuri jadi hamba Syukri, Syukri pulak jd hamba Sarah. Baik Nuri sendiri. Ramai lagi yang sudi menolong berbanding laki yang lemah dgn rengekan bini mudanya tu. Klu sarah mengandung mesti dia ikat syukri habis2an. Baik Nuri cari bahagia lain.
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu next part.
syukri ni dah terhantuk baru terngadah. tapi kesalnya sekejap cuma. Nuri luahkanlah segala yang terbuku dihati dihadapan syukri biar dia tahu dan berpijak dibuu nyata. Biar hati nuri lapang dan lega. Andai segala telah terluah tapi masih tidak berubah juga perangai si syukri tu nak undur diri pun tak rasa cuak dah. Kalau nak buat sesuatu keputusan biar kita fikir dengan waras jangan masa hati tengah panas. Bukankah nuri seorang yang beriman.. Minta petunjuk Allah. Sebab dapat kita lihat setiap kali mahu minta cerai Allah takdirkan Nuri mengandung. Pasti ada hikmah disebaliknya. Mana tahu sinar bahagia masih ada.Kesiah anak-anaknya.. Syukri tu biarlah diberi petunjuk agar buka mata mana yang terbaik nuri atau sarah..
ReplyDeleteKenapa Syukri tak pasang cctv utk pantau Sarah pula baru dia tahu perangai Sarah belakang dia betul ke sakit atau sebaliknya. Rasanya Nuri dah boleh bertindak sekarang. Berpisah jer dengan Syukri tu. Biar Syukri sedar perangai Sarah sebenarnya.
ReplyDeleteSarah ni licik. Dalam menggeleser(pd syukri manja) dia sebenarnya busuk hati. Bila entah syukri nak sedar. Dia kena pilih satu. Sayang bagaimana pun sorang mesti dilepaskan. Dah terbukti ketidakmampuan dia beristeri dua. Harta yg dikumpul bersama Nuri, Sarah yang senang lenang. Kalau sarah yang dilepaskan merempat la dia.
ReplyDeleteHmmm.... begitulah asam-garam hidup bermadu... Nampak agak ringan tetapi berat sungguh hati menanggung.
ReplyDeleteIngat senangker beristeri byk. X betul gaya byk tanggung dosa. Contoh istri pertama elok menutup aurat tp isteri ke 2 kain pun x cukup. X ke cr dosa. .biar isteri x menutup aurat. Itu yg nampak nyata. Fikir2 kan la.
ReplyDeleteMelampau lah sarah, nak tutup api dapurpun tak berani. Perempuan jenis apa tuh. Agaknya kalau syukri tinggalkan dia merempat juga dia nih. Tak logik langsung umur dah 30 tahun tapi tak tahu apa-apa pasal dapur. Nak masak airpun tak reti. Mengada2 betul. Mata syukri ni dah tertutup hanya dengan kemanjaan dan kejelitaan sarah je agaknya. Sampai bila harus begitu? Andai dia ceraikan Nuri pasti dia akan menyesal tak sudah nanti..
ReplyDeleteMmang btul istri bnyak bukanya snang, tpi knapa lelaki suka bristri lbih dri stu. Nak tnjuk jantan ke apa. tpi tk smua ada juga yg tk ska. kwan mak teh llaki muda lagi dlm 32thn. dia kta beristri lebih dri stu ni penat, msa utuk dri sndri tak ada.tu msa muda.klu dah tua bini syang lagi ke tak? dah msa muda kita skitkan hti dia bila kta dah tua tak berdya boleh ke di syang kita.
ReplyDeleteIni contoh lelaki matang walaupun usia muda tapi boleh berfikir dengan tepat kemampuan diri. Tp ada ramai juga yang poyo mcm si syukri ni.
Deletesakit jiwa tgk si suami n si isteri muda...
ReplyDeletesebenarnya syukri mmg tak layak bermadu kalau gini la caranya melayan isteri2...
saya pernah kenal seorang wanita yg berhati tabah..
orangnya memang beriman..
tetapi bila bermadu dia minta diceraikan sebab suaminya walaupun orangnya agak warak tapi tak bole berlaku adil..
melebih2kan isteri muda yang berperangai macam si sarah ni...
jadi isteri tua tak mahu suami senget bahu sebelah kerana tidak adil..
dah dia pun tak mahu menanggung dosa kerana berperasaan marah terhadap suami dah madu..
jalan yg sebaik2nya bagi dia ialah bercerai..
sekarang dia sangat bahagia kerana tidak perlu memikirkan suami dan tidak perlu rasa bersalah dan berdosa sekiranya dia tidak redha melayan suami ketika dia didalam keadaan marah..
Mmang ada wtak suami mcam syukrilahkn, mmang mat tek nak gmabr syukri mcam tu. Yg sbnarnya dia hnya ksihankan Sarah. tpi tk bleh mnolak bla srah mregek. Nuri jnes diam.ingat suami dia ok. Dia memang nak bercerai tpi trikat bla mngandung. dia nk bercerai tpi suami tk nak lepaskan mcam mna? Itulh yg mak teh nak gambarkn. kta fikir sama2
DeleteMungkin syukri sebenarnya bukan jodoh untuk nuri.kadang kala daripada dibiarkan diri kita yang tidak redha dan juga suami yang tidak berlaku adil menanggung dosa baik bercerai dan nuri blh hidup berdikari kerana dia kuat.mcm dlm drama tv3 yg lelaki tu kahwin dgn isteri pertama kemudian jumpa balik kekasih lma lepas tu kahwin dan bermadu.tp perangai mcm syukri.tak adil.kemudian dia minta fasakh.syukri akan lebih berdosa nanti kerana tidak layak beristeri dua.nanti azab didlm kubur je yg dapat.mungkin jodoh nuri dgn lelaki lain.tak semestinya suami yg kita kahwin itu jodoh kita.kadangkala ada jodoh lain selepas ujian ini.
Deleteobviously si syukri berat sebelah. dah tak paya nak fikir panjang jumpa aje di makamah. rasanya dia dah nikat itu sebab tak nak mak mertuanya datang. dia ingin berdikari. sakit hati betul dgn isteri muda dan si suami. yg saru dengki dan yg satu asyik cari kesalan isteri tua bukan nak membantu. benci2 cepat2 lah sambung ada bonus ke.
ReplyDeleteAndai syukri bercerai dengan Nuri pasti dia dia akan kena bahagikan setengah dari hartanya kepada Nuri kerana sepencarian. Lagipun bangunan tempat perniagaannya sekarang adalah milik nuri. Alangkah bodohnya Syukri andai dia melepaskan nuri. Mesti maknya akan melenting lagi. Bila maknya datang nanti biarkan nuri beritahu mak mertuanya yang dia nak berpisah dengan syukri biar mak dia basuh syukri cukup-cukup dan beritahu apa yang telah mak sarah katakan pada nya dulu. Biar syukri sedar diri. Kata orang tua-tua bila suami isteri bermadu andai diceraikan isteri pertama dia akan mendapat kesusahan dihari muka. Sekarang dia senang nanti kesenangan itu akan ditarik balik oleh Allah. Banyak perkara itu terbukti benar tambah-tambah lagi sekiranya isteri pertama seorang yang baik.
ReplyDeletebenar tu....akak pun ada tdgr camtu...isteri tua jgn di aniaya. krrna susah sng dia le yg ada...istri muda masa sng je.
Delete-dibah-
Nuri seorang yang amat baik, mak syukripun berkenan dan sayang sangat. Pernah hidup susah bersama sebelum senang. Manakala Sarah pernah ibunya bersumpah tak izinkan walau apa jua dia tak izinkan kahwin dgn syukri begitu juga dgn mak syukri pernah meluahkan kata tak akan setuju lagi untuk pinang sarah walaupun gaji syukri berjuta ringgit. Restu ibu amat mustahak. Syukri patut muhasabah diri pasal ni. Pastinya kalau dia ceraikan nuri itulah detik kejatuhan syukri dalam hidupnya. Kesian tak kemana, tapi syukri ni saya rasa bkn sekadar kesian tapi tetap cinta maklumlah cinta pertama. Setahun dua masih boleh tahan dgn manja tapi bila dah lama manja kemana bila dah letih layan perangai tak semengah sarah tu. Tak ada kualiti langsung sebagai perempuan kecuali nafsu semata-mata. Sampai bila nak makan kedai? Semua tak pandai. Orang bodoh saja kalau masih tak boleh nilai ini semua.
ReplyDeleteYe la. Makin lama makin teruk sisarah gedik ni. Syukri pulak masih tak boleh nak menilai. Tak menyesal salahkan Nuri masa maknya marah sarah. Manja konon. Ni pemalas tahap gaban namanya.
ReplyDeletemak teh, tak sabar nk tau seterusnya....
Saya pn merasakan bahawa syukri mmg cintakan sarah lebih dari nuri n lebihkan nafsunya kerana hanya setakat mendengar rengetan sarah saje sudah melupakan nuri yg banyak berkorban untuk dia...
ReplyDeleteTerus terang ckp dia bkn suami yg adil...yg paling x boleh diterima bila nuri bersalin dia boleh bersuka ria dgn bini muda di langkawi...dan sampai sekarang nuri tidak tahu..oohhhh betapa kejamnya jenis lelaki gini..lagi satu dia sanggup tengking nuri semata2 kesian tgk sarah tidak dilayan ketika beraya dikampungnya..andaiannya seolah2 nuri saja mengenakan sarah..itu pn sudah bernaksud yg dia masih belum kenal hati budi nuri yg luhur itu..
Jadi pada saya dia memang tidaj layak untuk nuri yg serba pakej ini...saya berharap nuri dilepasakan n bertemu dgn lelaki yg lengkap pakej seperti nuri..seorg yg beriman, bertanggung jwb, ada rupa..ada harta n berkerjaya..biar syukri menyesal seumur hidup..hanya bole pandang saje nuri tp x bole didekati.
Seperti kata pembaca2 lain murah rezki syukri kerana nuri..jd bila dah berpisah dgn nuri walaupn tanpa rela syukri..mmg akan menjejaskan tumpuannya terhadap bisnes..kita tgk jela nnt macamana sarah pulak yg akan mengadap syukri..jd kenyangla nnt syukri dok mndengar rengetan sarah..biar dua2 makan pasir..saya orang pertama yg akan ucapjan tahniah pd mereka berdua. :-P
Syukri hanya pentingkan perasaan sndiri & sarah je. Mgkin lepas jmpa sarah semula kasihnya pada Nuri semakin kurang. Tapi sebab kesusahan bersama dlu & budi Nuri pdnya buat dia rasa tak sanggup nk lepaskan Nuri.Anak2 pun mengikat juga. Lagi satu Nuri ni rajin masak. Dia blh oder je nk makan apa. Nampak sgt dia pergunakan Nuri utk kepentingannya saje.
ReplyDeleteAllah nak tunjuk biarpun melayan nafsu sarah pada giliran Nuri disiang hari namun rezeki nak dpt anak takde. Andai ada anak bersama sarah pasti sarah lebih gedik.
Yang pasti dan nyata: apa-apapun sebenarnya 'mak teh tetap dihati kami'... hehehe... sentiasa teruja nak baca n3 seterusnya nak tahu cerita lanjut pasal nuri-syukri -sarah. Tertunggu-tunggu. adakala setiap jam buka blog. Mak teh selaku pengarah dipohon pertimbangan agar biarlah nuri akhirnya bahagia mcm kak amirah abd rahim dia.. Biar ada yang syukri tersungkur kecewa bila tersedar apa yang telah dilakukan pada nuri tu amat merugikan dirinya. Seronok setiap hari dapat baca sambungan. apasalahnya mak teh bagi 2-3 bab sehari. kami tetap teruja nak baca dengan perasaan membara di dada terbakar jiwa. Rasanya setakat ni tak ada lagi rasa gembira. Sentiasa terbakar je perasaan. Rialiti sebenar kehidupan, Allah tidak terlalu zalim mahu menghukum seorang hamba yang baik seperti nuri sepanjang masa. Pasti ada bahagianya. Udahlah semenjak kahwin sentiasa terlalu besar pengorbanannya terhadap syukri sanggup jatuh bangun bersama walau dia tahu syukri berada pada tahap kosong. MAK TEH THE BEST.
ReplyDeleteNak bagi 2-3 bab tak boleh lah, ni pun curi-curi msa nak habiskan stu bab. Mak teh ni bkan pnulis. Mak teh krang crita ni sja2 nak luah perasaan yg trpendam. Tapi terima kasih kpd anda semua diatas komen.
ReplyDeleteterima kasih mak teh pada novel mak teh yg superb ini..
Deletebanyak pengajaran yg kita dapat untuk menjadi seorang isteri dan suami yg benar2 bertangggung jawab..
Biar mcmni pun karangan makteh x perlu ayat berbunga.. Kami faham. bila bab sedih..mai abih ayor mate kate orang peghak.. Bengkak mata sungguh. Cerita mak teh byk teladan.. tambah2 mcm saya ni..xderla di tinggal suami kerana perempuan tp suami lebih2 kan kekawan. Dia kata hari mi.nggu masa dgn keluarga tp bila berjalan. . Tgn dok ralit balas watsup group rakan sekerja. Nipun tgh mlm. isteri dgn anak tinggal kat umah, boleh plak temankan kawan kerja bengkel tgh malam. Sini bengkel kereta rajin buka sampai subuh. Ada la kejadian 1 mlmtu. Saya tidur mimpi bukan2 dan keguguran. taktau betapa sedihnya. Adala baiknya x keluar mlm. ni baru dah okay sket..start balik keluar teman kawan. Sakit hati tu kurangla pasal kawan lelaki cerkalo perempuan mau perang dunia ke 3
ReplyDeleteDugaan dlm rumahtngga mcam2, byakkn sbar. mak teh pun thu yg pngdang dan dengar tak sama dng yg mngalami.mak teh rsa mcam tu masa bru khawin dulu. ialh orng bru dpat kusa jdi ktua. suami mk teh kta tiap hri mesti cuci baju msa tu bsuh bju pkai tangan blum ada mesen bsuh. dah kring nanti gosok jng longgok smpai sminggu. mak teh tngah mngandung msa tu bersila gosok baju duduk kat bangku basuh kain pinggang rasa nak patah. dia duduk brorak kat luar dng kwan2. bila tnya knapa lyan kwan dari tenguk kta. dia tak mahu orng mengata bru dpat bini memerap mdlm bilik.
ReplyDeleteKalau awal2 kahwin kita fahamla makteh ni yg dah berpuluh tahun kahwin pun masih mcmtu utamakan kawan tp ada suami cerita. Kawannya.. Jenis beranak kerap.. Rapat plaktu. Suami hairan kenapa lepas habis kerja x balik rumah tp boleh gi memancing. Boleh kawannya jawab. . Balik awal rimas.. Anak anak mcm2 ragam. Terkejut suami saya. Waktu petang2la nak layan anak xkan nak harap isteri sorang. Isteripun letih juga balik kerja. Xkan mak mertua nak jaga. Dahka dr pagi waktu kerja mak mertuanya jaga xkan sampai ke mlm pun mak mertua nak tengok anak2 dia. Itulah kalaulah isterinya tau mau kecil hati isterinya. Saya hanya diamkan aje. Walhal isterinya 1 pejabat dgn saya. suaminya dgn suami saya 1 tmpt kerja.
DeleteDlu msa mak teh krja kat hangkyu jaya msa tu mak teh 1thn lpas SPM cari krja tak dapat krja kat situ. ada soragn pkerja llaki bercinta dng sale girl mcam mak teh. yg gadis muda lagi dri mak teh cantik tpi yg lelaki dah 30an dah kahwin dah ada anak. bila mak teh tanya kenapa becinta dng lki orng. dia kata kesian. pak we dia cakap kat rumah dia tak dpat layan sbab isteri dia asyik berkepit dng ank. ank dia semuanya masih kcil. yg gdis ni dah bertunang tpi ialah ayat llaki dah berpengalaman tentu cair gadis yg bru keluar dri kmpung. lgi pun muka lelaki tu punyalah baik bak kata orng pijak semut tak mati.carring habis. cita ni mak teh masukkan dlm crita bimbang kisah farhan dan fatin.
ReplyDelete