Tak kenal, maka tak cinta.
Malam itu
tidur Nur Jannah dalam pelukkan Tengku Farid suaminya. Nur Jannah tersedar apa
bila kedengaran laungan azan subuh dari masjid berdekatan. Selesai mandi dan
berwuduk Nur Jannah mengejutkan suaminya.
“Abang bangunlah dah subuh ni”.
“Nanti abang bangun, Jannah pergilah sembayang dulu jangan tunggu abang”.
Nur Jannah berlalu kebilik sebelah untuk menunaikan
kewajipanya sebagai hamba kepada Allah yang Maha Esa.Tengku Farid bangun juga, setelah
selesai mandi dia duduk diruang tamu mencuri dengar suara isterinya mengaji
selepas sembahyang. Entah mengapa alunan suara isterinya memberi ketenagan pada
jiwanya.Terasa lapang dadanya. Suara gemerik itu mengalunkanbait perkataan dia
tidak diketahui apa ertinya, tetapi
mengapa telinga suka mendengar dan mindanya pula menjadi lapang. Lama di
menekur diruang tamu sendirian. Tiba-tiba timbul pula perasaan berdosa dan
bersalah menujah-nujah hatinya, tetapi dia tidak tahu apa yang harus
dilalukanya sekarang. Ingin saja dia menolak pintu bilik dimana isterinya
sedang mengaji.Dia tidak tahu perasaan apa bergelojak di hatinya sekarang.
Tetapi perasaan itu sangat mendesak.
Lama dia termangu dan bingung sendirian ruang tamu...kerana
tidak tahan dengan desakan hati yang semakin mendesak, dia melangkah juga
kepintu bilik, dimana isterinya ada didalamnya. Tengku Farid menolak perlahan
pintu bilik dia tidak mahu menggangu isterinya yang sedang mengaji. Bila melihat suaminya
menghampiri, cepat-cepat Nur Jannah menghabiskan bacaanya.. lalu menoleh
kesisi, dimana Tengku Farid duduk berteleku mengadapnya dengan wajah tertunduk.
Nur Jannah meletak Al-Quran diatas meja yang
terletak disisinya. Sebenarnya Al-Quran itu
dibawanya dari kampung walaupun
sudah berwarna kekuningan dan koyak sedikit tapi Nur Jannah amat menyanyanginya.
Dia ada kenangan bersama Al-Ouran itu. Al-Quran itu adalah hadiah dari datuk
dan neneknya sewaktu naik Al-Quran dahulu.Waktu itu umurnya 10 tahun.
Nur Jannah duduk mengadap dan memegang kedua belah tangan suaminya yang
duduk berteleku dengan meletakan tangan diatas lututnya. Ditariknya tangan itu
lalu dikucupnya. Tengku Farid menandang wajah tenang isterinya. Isterinya itu masih
bertelekung redup pandangan matanya memandang kepadanya dengan senyuman
manisnya. Begitu senang dia mamandang wajah bersih dihapannya, Betapa dia ingin
memiliki ketenangan yang tergambar diwajah isterinya...Tengku Farid bersuara
untuk meluah kan apa yang menjadi bebanan didalam hatinya.
“Jannah abang nak cakap tapi tak tahu nak mula dari mana……rasa malu pun ada.”
Tengku Farid berterus terang sambil memandang
isterinya yang duduk hampir dihadapanya dengan pandangan sayu.
“Cakaplah..kenapa nak malu, Jannah kan isteri abang, lagi pun kalau malu
nanti sesat jalan… kalau sesat dah jauh sangat..nanti susah nak cari jalan balik.”
Jannah ni kalau sesekali bercakap macam sasterawan pulak.
“Kalau boleh jangan ada rahsia antara kita bang….baik buruk sesuatu itu
biarlah kita kongsi bersama..supaya kita memahami antara satu sama lain.” sambung
isterinya lagi, kedengaran ikhlas ketika mengucapkan. Oleh kerana desakkan hati
Tengku Farid meluahkan juga apa yang terbuku dihatinya. Sejak dia terpandang
wajah isterinya yang bersih, tenang dan menyenangkan dipagi malam pertama
mereka di hotel dulu, ingin sekali Tengku Farid merasa ketenagan seperti itu.
Tetapi diwaktu yang sama, ada pula rasa keliru dan rasa ingin memberontak atas
paksaan nikah dengan orang tidak dicintainya. Sebab itulah dia mengikut sahaja
rasa hati untuk tidak memperdulikkan NurJannah ketika itu.
“Sebenarnya sudah lama abang tak sembahyang Jannah….dan abang lupa macam
mana nak sembahyang. Masa zaman budak-budak ketika itu duduk dengan grandpa,
memang abang sembahyang tapi bila abang duduk UK abang tak senbahyang lagi”.Terang
Tengku Farid mengenai dirinya, Nur Jannah termangu mendengar penjelasan
suaminya. Nur Jannah masih lagi memegang tangan suaminya dan memandang tepat kearah
suaminya yang masih tertunduk mungkin dia malu setelah menyatakan kekurangan
dirinya.
=============================
Pagi itu,
Tengku Farid mula belajar dan mengingati apa yang telah dia belajar dulu. Dia
menunaikan solat subuh dengan linangan air mata. Dengan sabar NurJannah memberi
tunjuk ajar disisi..Itulah solat pertamanya setelah lama meninggalkannya. Walaupun
kurang sempurna namun hatinya merasa lega. Kelegaan yang tak dapat untuk
digambarkan dengan kata-kata. Jika inilah ketenangan dan kelegaan yang dia
dapat, dia berjanji selepas ini dia tidak akan meninggalkan solat lagi.. Itu
janji Tengku Farid pada dirinya sendiri didalam hati. Tahukah Tengku Farid
bukankah solat itu satu kewajipanya untuk setiap hamba sepertinya. Kewajipan yang
tidak ada alasan untuk ditinggalkan dengan sewenag-wenagnya. Kewajipan insan
untuk bersolat ada diterangkan didalam AlQuran....Untuk mengambarkan wajibnya
Nabi menyatakan...jika tidak mampu untuk berdiri solatlah secara duduk jika
tidak berdaya untuk duduk maka solatlah secara baring. Jika sudah baring juga tidak
mampu untuk membuat pergerakkan mengakat tangan..kita juga masih wajip
menunaikan dengan hanya mengerakkankan kelaopak mata. Solat merupakan tiang
agama.
Selesai
Tengku Farid bersolat, dia menadah tangan berdoa memohon keampunan dengan rasa
insaf. Dia menangis teresak-esak sambil berdoa. Selesai berdoa Tengku Farid masih
lagi menangis dengan wajahnya disembamkan dipangkuan isteri yang masih setia
menemani disebelahnya. Ketika itu isterinya juga turut menangis. Bagi Tengku Farid dia menangis
kerana dia sangat bersyukur kepada yang Maha Mengasihai, dia masih diberi hidayah
dan kesempatan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba. Masih diberi
masa untuknya memohon keampunan dari segala kesalahan yang telah dilakukan. Dia
merasa sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan NurJannah untuk menunjukkan
semula jalan kebenaran.
“Terima kasih Jannah...abang betul-betul bersyukur
kepada Allah..dijodohkan abang dengan
Jahhah untuk menyedarkan abang dari kelalaian abang selama ini”.
“Jangan cakap macam tu bang kita manusia kena ingat
mengingati antara satu sama lain, apatah lagi Jannah isteri abang..bukan memang
sudah sepatutnya kita akan sama-sama dalam semua hal”.
“Abang dah terlalu lalai Jannah..abang dah lama
tidak menjadi hamba yang taat pada perintah Allah”.
“Kalau macam tu sembahyang lah sunat taubat dengan
ikhlas banyak-banyak bang..semoga Allah menerima taubat abang”.
“Mahu ke Allah menerima taubat abang yang banyak
berdosa ni Jannah.”
“Insyaallah..Allah kan Maha Pengasih dan Maha
Penyayang kepada semua hambanya..Ini juga dari Rahmat kasih sayang Allah pada
abang, abang tersedar dari kelalaian abang”.
=====================================
Selepas itu mereka bersama-sama kedapur untuk
menyediakan sarapan pagi mereka.
“Abang nak makan apa pagi ni.”
“Abang tak kisah apa-apa pun boleh, janji perut abang kenyang.” Sememangnya
Tengku Farid tidak pemilih orangnya.
“Hmm…ingat nak makan lempeng cicah sambal sardin tapi sambal sardin dah
habis semalam.” sambil membuka peti sejuknya mencari-cari apakah menunya pagi itu..Nur
Jannah berkata perlahan tapi masih didengari oleh Tengku Farid. Tengku Farid
tersenyum semalam dia makan bertambah dua kali kerana sambal sardin dan sayur
bayam masak rebus begitu sedap di lidahnya. Walau nasi dipinggannya telah habis..
namun dia masih meratah ikan dan bawang yang masih berbaki didalam mangkuk lauk
petang semalam. Sesekali makan makanan yang lain dari biasa dia jai berselera
pula.
“Jannah
bawang ni sedaplah rangup.”Bawang yang menghiasi sambal sardinnya hanya
setengah masak..menyebabkan bila dimakan masih terasa rangup dan manis. Sengaja
Nur Jannah menghiris bawang besar agak tebal sedikit supaya ia tidak cepat layu
dan lembek.
“Emm..Kalau bawang nak rasa rangup jangan masak lama sangat dia akan jadi
lembik..goreng sikit-sikit saja lepas tu cepat-cepat angkat, nenek kat kampung suka
buat macam ni itu yang Jannah ikut tu. Abang nak nasi lagi ke?” Bila melihat
nasi dipinggan suaminya telah habis, namun suaminya masih meratah bawang dan
ikan sadin yang berbaki didalam mangkuk..kemudian sekejap-sekejap dia menghirup
kuah sayur bayam..sedangkan sayur bayamnya telah habis.
“Tak mahulah abang dah kenyang tapi rasa bawang ni sedap abang nak meratah
saja.”
“Habiskan lah..”Dia yang menghabiskan lauk dan juga air bayam merah itu
semalam. Ketika sedang dia tersenyum-senyum mengenangkan tingkahnya semalam, kedengaran suara isterinya di belakangnya.
”Oklah kita makan mihoon Singapore nak?.“ berterbangan bayangan kisahnya
petang semalam bila mendengar suaranya isterinya dibelakangnya.
“Amboi jauhnya.”
“Apa yang jauh?” soal isterinya tidak faham.
“Tu mihoon Singgapore..kata Jannah.”
“Ohh..namanya saja mihoon Singgapore..tapi masak dan makannya kat sini. Masak
Mihoon ni Mak Milah yang ajar Jannah.”
“ohoo” bulat mulut Tengku Farid menerima jawapan dari isterinya.
Pagi itu NurJannah memulakan masakkanya..yang diberi
nama mehoon Singgapore yang dipelajarinya dari Mak Milah pembantu rumah
nendanya.
Diambilnya mehoon cukup untuk dua orang direndam bersama air supaya lembut.
Sedikit lada hitam atau lada sulah akan ditumbuknya sehingga hancur bersama
bawang putih dan bawang merah. Udang sederhana besar, sedikit kobis, daun kucai
dan setengah biji carrot yang dihiris halus. Dia memulakkan masakkanya.Tengku
Farid duduk disudut dapur tidak jauh dari isterinya hanya memandang apa yang
dilakukan oleh isterinya. Setelah mehoonnya
siap dimasak dia kelihatan berwarna putih tetapi dihiasi carrot yang
menyebabkan mihoon seperti hiasi oleh warna hijau daun dan warna oren nampak
berseri dan menyelerakan. NurJannah mel;etakkanya dia atas meja, kemudian dia
menumbukkan lima enam biji cili padi dan seulas kecil bawang putih dicampur
dengan sedikit kicap, sambal seperti itu dipanggil sambal kicap untuk rasa
pedasnya. Rupanya isterinya suka pedas. Mereka makan bersama sambil berbual....
“Jannah suka pedas ke?..kata orang, orang Negeri Sembilan yang suka pedas.
Setahu abang Jannah ni bukan orang Negeri Sembilan...orang Selangor”.
“Tentang makan ni rasanya tak kira orang negeri mana bang..pada Jannah
dengan rasa pedas ni menghilangkan rasa.... sedap ke tak sedap ke masakkan kita,
sebab kalau lidah kita sibuk dengan rasa pedas..terlupa nak rasa makanan yang
kita makan tu sedap ke tidak..yang sebetulnya Jannah ni bukan pandai sangat
masak..cuba abang tenguk dari tadi Jannah seehaa..seehaa kepedasan tak sedar
mehoon Jannah dah nak habis”. Ketika itu mereka sedang menikmati sarapan pagi
mereka.
“Ialah tu...tapi abang rasa memang sesap mehoon ni.” Tengku Farid ketawa
lucu melihat gaya spontan isterinya...semakin dia mengenali isterinya hatinya
menjadi terhibur. Rupanya isterinya seorang yang lucu bila dia berkata-kata.
Selepas bersarapan mereka
keruang tamu, untuk memulakan pembelajaran lagi, kali ini cara-cara mengambil wuduk.
“Kata atuk Jannah kan bang...wuduk adalah perkara asas untuk kita memulakan
solat, kalau tak betul wuduk kita maka solat kita pun tak sah walau pun bacaan
kita betul..Ok kita mula dengan cara nak ambil wuduk, sebelum kita berwuduk
seeloknya kita buang air kecil dulu, semasa bersuci berdehemlah tiga kali
supaya air kencing yang ada disaluran kencing keluar semua, masa
kita nak basuh.. kita sertakan niat dalam hati “sahaja aku bersuci dari kencing kerana Allah Taala”.Lepas tu
berwuduklah seperti biasa...
“Atuk ada cerita dengan Jannah dulu... cerita di zaman Nabi Muhammad...ada seorang
sahabat yang kuat beribadat tapi yang hairannya bila meninggal dia mendapat
seksaan kubur.Masa zaman nabi bila orang meninggal nabi dapat dengar apa yang
terjadi didalam kubur. Nabi pun bersabdalah pada para sahabat yang menghadiri
pengkebumian itu. Katanya sahabat yang meninggal itu mendapat siksaan kubur. Bila
sahabat yang lain bertanya kenapa dia mendapat siksaan kubur sedangkan dia
rajin beribadat...nabi menjawab semasa hayat nya dia tidak betul-betul suci
ketika bersuci masa buang air kecil.” Nur Jannah bercerita kepada suaminya apa
yang diceritakan oleh datuk kepadanya suatu masa dulu.
Selepas belajar berwuduk mereka membaca muqaddam
pula, surah yang pendek-pendek sahaja supaya senang di baca dalam solat zohor nanti.
Bermula
dengan surah Al-Fatihah dan seterusnya surah lazim yang pendek-pendek sahaja. Disebabkan
Tengku Farid pernah membaca dan belajar mengaji dulu jadi tidaklah sukar untuk dia
belajar semula. Dia masih boleh mengingatinya sedikit-sedikit apa yang
dipelajarinya dahulu. Ketika membaca surah Al-Iklas NurJannah menceritakan pula keistimewaan
surah itu. Dahulu ketika dia masih dikampung selepas sahaja sembahyang Magrib datuknya
akan bercerita tentang kisah nabi Muhammad, hadis-hadis nabi dan apa-apa juga berkenaan
ugama Islam. Salah satu ceritanya adalah tentang keistimewaan Surah Al-Ikhlas.Walaupun Surah Alklas pendek dan
senang diingat tapi fadhilatnya tinggi. Iamerupakan surah akidah. NurJannah mula
bercerita kepada Ulama ada menerangkan suaminya…
“Menurutsaturiwayatadaseorangsahabatnabi,
padawaktukematiannyaalammenjadikelammacammendung.ApabilaNabibertanyakepadamalaikatJibril,
mengapaalammenjadisuram, MalaikatJibrilmenjawabinikeranaramainyaparamalaikatturunkebumi
member penghormatankepadasahabat yang
meninggalitu.Harimenjadimendungkeranakepak-kepakparamalaikatyangmenutupicahayamatahari.Menurutriwayatparamalaikatinimempunyaikepak.SepertiJibrilmempunyai
60 pasangkepakdankepak-kepakinimenunjukkanbetapatinggidarjatnyadisisi
Allah.MalaikatJibrilmerupakanketuaparaMalaikat.Sahabattadimendapatpenghormatanmalaikatkeranasemasahayatnyadiabanyakmembaca
surah Al-Ikhlas.Itu yang datukJannahceritalah.Wallahualam”.NurJannahmengakhiriceritanya. Tidak
puas-puas Tengku Farid mendengar cerita isterinya.
“Kenapa atuk Jannah kata surah ni surah akidah.”
“Cuba kita baca erti surah ni..Surah ini menerangkan: Dialah Allah yang
Maha Esa ertinya Allah hanya Satu. Tidak beranak dan diperanakkan ertinya Allah
tidak mempunyai ibu dan bapa. Dan tidak ada yang setara dengan Nya, ertinya
ditidak boleh dibandingkan dengan apa-apa pun. Erti-erti itulah yang kita
tanamkan kukuh dalam hati kita sebagai satu pegangan..itulah sebabnya surah
dipanggil surah akidah. Jika seseorang tidak mempercayainya ertinya dia bukan
seorang Islam”.
Tengku Farid begitu teruja
mendengar cerita isterinya dan begitu teruja hendak menunaikan solat Zohor.Petang
itu selesai sahaja azan Zohor berkumandang Tengku Farid menunaikan solat Zohor dahulu
sambil dibimbing oleh isterinya disisi. Dengan linangan air mata Tengku Farid menyempurnakan solatnya. Tidak terungkap dengan perkataan perasaannya
ketika itu, rasa sebak yang menujah-nujah dadanya. Rasa insaf, rasa bersyukur bergumpal
menjadi satu dalam hatinya. Walaupun begitu
dirasakan hatinya menjadi begitu lapang, puas dan tenang.
Kebetulan hari itu hari Sabtu
selepas sembahyang zohor, NurJannah kedapur untuk menyediakan makan tengahari. Inilah
pengalaman pertama Tengku Farid membantu orang memasak.
“Apa abang nak buat ni Jannah?”
Walaupun semuanya dia tidak tahu. Dia
ingin juga membantu isterinya. Tengku Farid mencuba menolong isteri nya memasak
kerana dia merasa seronok dan bahagia bila berdekatan dengan isterinya kini. Mungkin
kerana aura isterinya yang membuatkan dia merasa ceria dan bahagia.
“Haaa tolong kopek bawang bang.” Kata
isterinya sambil menghulur sebilah pisau beberapa ulas bawang putih dan beberapa biji bawang merah.
NurJannah menunjukkan suaminya cara-cara mengopek bawang. Meleleh jugalah air
mataTengku Farid apabila matanya dimasuki oleh asid bawang yang dikopeknya. Baru
dua biji bawang merah yang dikopeknya matanya sudah mula berair kepedehan, diikuti
pula hingus yang sudah mula terbit dihidungnya. Bila diamati seakan Tengku Farid
menagis pula. NurJannah memandang lalu mengusik suaminya.
”Kesian kena dera sampai
menangis anak mama … sedih yee”.
Terkekek-kekek suaminya
ketawa bila di usik begitu… dalam hatinya terdetik lucu juga Jannah ni. Dia merasakan
ketawa gembira yang ini tidak sama dengan ketawa gembiranya ketika di bersama
Diana dan kawan-kawannyad ikelab malam. Tawa gembira bersama isterinya gembira dengan
rasa bahagia dari hatinya, tetapi tawa gembira bersama Diana dan kawan-kawan
ketawa yang hanya terlahir dibibir sahaja. Dengan tawanya yang masih bersisa…
“Jannah ni suka usika bangkan”.
“Usik sikit aja,
jangan nagis lagi ye”.
“Hisyy Jannah ni mana ada abang menagis..tolong
capaikan tisu tu.” Tengku Farid masihketawa kerana terasa lucu mendengar suara
lakunan isterinya memujuk seolah-olah dirinya anak kecilnya yang sedang menangis.
“Bang.. hari ni kita makan
lambat sikit nampaknya....abang dah lapar ke?”
“Belumlah lapar sangat…lagi
pun kita dah makan mihoon pagi tadi..abang selalu pun tak makan pagi. Sebetulnya
kalau abang ginihari baru bangun tidur. Itulah bila terasa perut dah lapar barulah
nak bangun. Lepas tu kena mandi dulu siap-siap.. tak kan bangun tidur terus nak
pergi cari tempat makan dengan tahi mata yang berselepat mahu lari semua orang..
kalau Jannah waktu macam ni Jannah dah makan ke?”
“Biasanya Jannah makan
tengahhari pukul 1230 tengahhari.. ginihari Jannah dah golek-golek atas katil.”
“Jannah buat apa atas katil?”Tengku
Farid ingin menyelidiki apakah kegiatan harian isterinya.
“Dah duduk sorang-sorang
kadang-kadang Jannah baca novel..kadang-kadang Jannah jahit baju yang dah
terberetas jahitanya.. tapi yang selalunya Jannah buat tahi mata.” Berderai ketawa
mereka berdua. NurJannah rasa seronok ada teman melayani dia berbual. Tidak seperti
selalu jika dia bersaorangan dirumah bila terasa hendak berkata-kata.. dia akan
membaca surah-surah pendek sambil membuat kerja rumah. Setelah mendengar jawapan
isterinya timbul rasa bersalah dihati Tengku Farid kerana membiarkan isterinya keseorangan
selama ini.
“Masa Jannah belum nikah
dengan abang dulu waktu macam ni Jannah buat apa?.”
“Bila dah sudah makan,
siap kemas ..Jannah duduk dibilik makcik Milah berbual dengan dia.
Kadang-kadang Jannah cabutkan uban makcik Milah..tapi selalunya dia tak bagi.”
“Kenapa dia tak bagi pula..takut botak
kepala dia Jannah kerjakan?.” Berderai lagi ketawa mereka berdua. Mungkin hati
mereka berdua bahagia maka senang sahaja tawa mereka keluar berhambur.
“Tak juga tapi Mak Milah ni pun sama macam
atuk dan nenek Jannah kat kampong tu juga. Mereka tak bagi kita cabut uban
mereka kerana katanya..uban ni adalah tanda peringatan pada kita. Peringatan
yang mengatakan usia kita telah meningkat.. jadi bersiap sedialah.. sebelum
Allah menjemput kita, buatlah ibadat sebanyak yang mungkin untuk bekalan kita dalam
kubur dan hari akhirat nanti.”
Terkedu Tengku Farid mendengar
jawapan isterinya. Dia hanya mendiam kan dirinya sahaja dihati timbul keinsafan..
selama ini dia tidak pernah terfikir tentang kematian. Hidupnya setiap hari hanya
memikir dimana dia ingin berseronok sahaja.
“Bang kita ni sunat memikirkan
tentang kematian..dengan memikir mati kita tak akan membuat perkara-perkara mungkar
atau perkara-perkara yang tidak baik, lagi pun mati bukan untuk yang tua sahaja..
yang muda pun kalau dah sampai masanya Malaikatmaut tak akan bertangguh walau sesaat
pun, dia sangat taat pada perintah Allah.
Walau pun kita merayu mereka tidak akan menunaikan
permintaan kita..”.
Kini mengenali Jannah sedikit
demi sedikit hati menjadi senang. Setiap ,perkataan yang kelaur dari bibirnya mengundang
rasa insaf. Dan setiap cerita ada pengajaran dihujungnya. Tersingkap sedikit
peribadi isterinya.. Apakah Tengku Farid
sudah mengenali isterinya..kini hatinya meronta ingin mengenali peribadi
isterinya dengan lebih jauh lagi. Dirasakan sudah terisi sedikit ruang kosong
dihatinya. Kata orang Tak kenal maka tak cinta..
No comments:
Post a Comment