“Kalau
abang rugi rasanya tolak orang yang macam Syed Borhan tu. Dahlah kacak banyak
duit pula tu. Tadi mak long Dayah cerita, along kerja sebagai jurutera di
sebuah kapal yang berpengkalan di perairan Sabah..gajinya mencapai 20 ribu lebih
sebulan. Pada abang kalau dah berpendapatan macam tu punya banyak, nak tanggung
4 isteri pun boleh”.
“Haa
itulah lelaki kalau duit banyak sikit mulalah nak berbini lebih. Seronok dia
sahaja yang dia ingat, ingat kita orang perempun ni takada perasaan ke. Abang Farid!
kalau orang lelaki nak selalu isterinya disisinya, begitu juga dengan orang
perempuan. Bukan Dayah sahaja tau semua isteri kalau boleh hari-hari nak mengadap
muka suami duduk sama-sama berbual, jaga anak sama-sama. Ni kalau dah berbini
lebih dari satu tentu sahaja kena bergilir, kalau tak nanti suami jadi tak adil.
Dayah tak terbayang masa cuti duduk kat rumah sorang-sorang,terkena bila anak
sakit bila bukan giliran kita kita jaga
anak sakit sorang-sorang.. Macam tu baik tak berlaki baik macam Dayah sekarang
ni lagi senang. Hati tak sakit, bila mengenang dia bergelak ketawa dengan bini
dia, kita termangu-mangu duduk sorang, terkial-kial jaga anak sorang-sorang”.
Beremosih pula Nur Hidayah ni bila dibuka cerita bab berpoligami.
“Amboi
Hidayah ni..abang cakap sikit Dayah balas macam peluru mesen gun. Tak sempat
abang nak mencelah. Abang bukannya apa..sayang Dayah lepaskan orang yang
berpakej sempurna (Kacak dan berduit) macam Syed Borhan tu..Abang yang baru
sekali jumpa dah tahu dia tu baik, tanggung jawab, lepas tu
kacak pula orang nya”.
“Dayah
tak harap kacak sahaja abang Farid.Kacak pun kalau hak orang nak buat apa.
Entahlah Dayah tak mampu nak berkonsi suami. Duit banyak itu rezeki dia. Memang
betul kalau dia beristeri empat pun dia mampu. Bab bertanggung jawab memang dia
anak yang bertangggungjawab. Along ni sejak ayah dia meninggal dialah yang
tanggung mak long sekeluarga dan sekolahkan adik-adik dia. Mak long memang suri
rumah sepenuh masa. Dulu dia pernah bekerja jadi guru sekolah rendah, sebelum
dia kahwin dengan pak long, tapi berhenti bila dia melahirkan along. Dia
terpaksa berhenti kerja sebab tak ada orang nak jaga anak. Along tanggung
adik-adiknya sampai adik-adiknya dapat kerja. Yang Dayah tahu sampai sekarang
pun hanya along yang bagi duit kat ibunya. Itu yang mak long mengelabah minta
tolong Dayah pujukkan along supaya jangan tinggalkan dia tadi tu. Kalau along
merajuk dengan dia habislah punca pendapatan dia. Nak harapkan anak-anak lain
kalau ada duit gaji lebih barulah nak bagi ibunya.. tapi memanjang tak
berlebih..”
“Ohh
jadi Hidayah takutlah kalau you jadi isteri dia, you akan berkongsi duit dengan
mak long dan isteri tuanya tu”.
“Dayah
tak pernah fikir macam tu, malah kalau seorang suami mahu membantu ibunya Dayah
akan sokong 100%.. Menanggung ibuayahnya adalah tanggung jawab seorang anak
lekaki..sampai kemati tanggug jawab anak lelaki pada keluarganya tak akan
terhenti bang. Tapikan abang Farid kelebihan orang yang bertanggung jawap pada orang
tuanya..dia murah rezeki. Dayah tenguk memang along ni murah sangat rezeki dia.
Kalau nak dibandingkan dengan adik adiknya yang lain dia mudah sangat dapat
kerja gaji banyak pula tu. Dulu lepas habis belajar sahaja dia dipanggil
bekerja kat tempat dia buat LI dulu (Latihan Industri). Kiranya dia memang tak
rasa menjadi penganggur tau bang. Jadi
kita jangan kedekut pada emak ayah kita kan.”
“Abang
dengar Dayah cerita tentang along tak ada yang buruk, semuanya baik..abang rasa
Dayah memang suka kan along. Kalau dah suka jangan lah tolak lamaran dia. Fikir
betul-betul baru buat keputusan. Lagi pun sementara mak long Dayah restu ni,
kalau dia dah ubah fikiran nanti Dayah juga yang melepas. Dayah juga yang akan
menyesal seumur hidup”.
“In
Syaa Allah Abang Farid Dayah dah tak terdetik nakkan dia lagi. Sebab pertama sebab mak long memang tak suka Dayah jadi
menantu. Dayah tahu restu mak long sekarang kerana teraksa sahaja bila along
ugut dia. Setuju bukan dari rasa yang dari hatinya sendiri.. Abang Farid rasa
kalau restu yang macam tu baik ke untuk Dayah..Dayah rasa tak... Setuju yang
macam ni akan mendatangkan masaalah kemudian hari. Yang kedua sebab along
dah jadi suami orang. Tadi dia ada juga tanya sebab apa Dayah tolak dia..”
“Hidayah
jawap apa?..you berterus terang ke sebab dia dah dah ada isteri jadi you tak
nak dia..”.
“Hiss
tak adalah..di buatnya dia ceraikan isteri dia sebab nak kan Dayah tak ke
haru.Dayah jawab tadi sebab status Dayah..tapi yang Dayah terfikir tadi memangnya
itu. Sebetulnya memang mak long tak dapat nak terima Dayah sebab status Dayah
abang Faid”.
“You
nak lelaki yang macam mana untuk dijadikan suami you Hidayah”.
“Dayah
nak yang sederhana sahaja. Dapat sediakan tempat tinggal untuk kami berlindung,
dapat menyediakan makan pakai yang patut-patut pun dah cukup. Tapi yang paling
penting nak dia sentiasa ada dengan Dayah kalau dia tak ada urusan lain
berkenaan kerja. Yang Dayah nak dari seorang suami adalah kasih sayangnya abang
Farid. Bukan duitnya yang melimpah untuk Dayah. Biar pun Dayah dijanjikan
sebuah rumah mewah, kereta mewah dan duit untuk shopping hari-hari tapi kalau
semuanya Dayah menikmati hanya dengan anak-anak sahaja, rasa semuanya tak
bermakna. Dayah nak semua perkara yang kita kerjakan dengan suami. Rasa bahagia
Dayah kalau suami kita sentiasa ada tak kira masa. Macam dengan papa dulu…pergi
kerja sama-sama, pergi solat sama-sama. Terus terang Dayah cakap, Dayah tamak dengan masa suami Dayah. Dalam
ertikata lain hendak dia selalu disamping Dayah..habiskan masa selepas kerja
bersama-sama. Dayah tak mahu ketiadaan suami disisi kerana kerana mengurus
isteri lain. Masa suami Dayah adalah hak Dayah seorang. Abang Farid seorang
lelaki dan seorang suami, suka ke masa kak Jannah dikongsi dengan orang yang dia
sayang selain dari abang”.
“Mana
boleh orang perempuan kahwin dua Hidayah oii”.
“Ialah..ialah..cuba
abang letakkan diri abang ditempat orang perempuan yang dimadu oleh
suaminya..mampu ke abang membayangkan diri kita ditinggalkan.. kerana suaminya
memenuhi gilirannya dirumah isteri yang lain..”.
‘Memanglah
tak suka tapi kami para suami diberi hak oleh Allah kahwin lebih dari satu”.
“Ilah
tu..tapi kalau abang Farid letakkan diri kat tempat isteri, tentu abang pun tak
tergamak nak madukan kak Jannahkan”. Memang tak sanggup detik hati Tengku Farid
yang sudah merasa penatnya hidup mempunyai dua isteri yang pernah dilaluinya dulu.
“Dayah
kalau you tak suka pada suami orang..kenapa Fahmi pun you tolak juga. You pun
tahu dia kan masih bujang. Kalau you kata tak mahu yang kaya, I rasa dia tak
kaya lagi, baru nak menapak membina kerjaya..houseman baru nak mula..kalau nak
susah bersama, inilah masanya”.
“Entahlah
abang Farid, Dayah tak terfikir jadikan dia tu suami, mungkin tak ada kimia
antara kami. Dayah anggap dia tu macam adik Dayah sahaja..kebetulan umur Dayah
jauh lebih tua dari dia. Kedua Dayah tak mahu meletakkan auntie Hana rasa
kekok..bila dia tahu siapa Dayah”.
“Memanglah
you lebih tua dari dia..tapi fizikal you dan raut wajah you tak menampakkan you
tua dari dia Hidayah, Nampak dia lebih tua dari you adalah. Abang harap you tak
rasa serik untuk bersuami. Abang tak mahu tak ada siapa jaga you masa tua nanti.
Nanti tak ada siapa nak sedekahkan AlFatihah dan Yassin masa kita dalam kubur”.
“Kalau
tak ada jodoh Dayah..Dayah harap dapat menumpang dengan anak-anak abang,
boleh”.
“Boleh
tu boleh lah..tapi anak saudara tak akan sama dengan anak sendiri Hidayah..”.
Dalam pada berbual perjalanan mereka sampai juga.
“Dayah
terus rumah abang lah ye..esok kita pergi kerja sama-sama”.
“Emm
nampaknya Dayah tumpang tidur lagi rumah abang Farid ye”.
“Abang
lagi suka kalau you terus duduk rumah abang..kecil-kecil dulu kita tak dapat
serumah, ni dah besar baru boleh kita duduk sama Hidayah. Abang dulu cemburu
bila tahu Jannah ada adik. Ni macam dah terkabul doa abang, bila tahu Dayah
adik abang.”. Tiba dirumah Tengku Farid ada sebuah kereta yang tersadai
diperkarangan rumhnya..dan secara tiba-tiba Nur Hidayah mengigil ketakutan..Terus
sahaja tangan Nur Hidayah memengang lengan Tengku Farid yang sedang memandu.
“Bang-bang
berhenti bang, turunkan saya kat sini..” Belum berhenti seperuhnya kereta
Tengku Farid, Nur Hidayah sudah membuka pintu kereta dan kakinya sudah
dijulurkan keluar pintu.
“Hidayahh!!
Kenapa ni..bahaya you buat macam ni”. Tampa mendengar bebelan Tengku Farid
terus sahaja Nur Hidayah keluar dari
kereta.
“Tak
apa..tak apa..saya turun kat sini sahaja”. Bersama perbuatannya bersama
perkataanya tindakkan spontan Nur Hidayah menyebabkan Tengku Farid terkaku.
Jejak sahaja
kakinya dijalan tar dia melangkah laju menjauhi pintu pagar. Bila Tengku Farid
memandang kedalam pagar, barulah disedari kereta datuknya Tengku Faizal ada
terpakir didalam pagar. Dan dia tahu punca mengapa Nur Hidayah ketakutan. Tengku
Farid memusingkan keretanya untuk mengejar Nur Hidayah yang sudah laju menjauhi
rumahnya. Dia menghentikan keretanya dihadapan Nur Hidayah. Cepat-cepat Tengku Farid
membuka pintu kereta. Bila Nur Hidayah meneruskan langkahnya..
“Nur
Hidayaah berhenti!!”. Jerit Tengku Farid sambil keluar berlari menghalang
pergerakkan Nur Hidayah. Dia berdiri dihadapan Nur Hidayah.
“Masuk
kereta..masuk kereta sekarang”. Tengku Farid memberi arahan tegas. Tanganya
menuding kearah keretanya.
“Tapi
saya nak balik rumah saya”.
“Ialah,
masuk kereta.. abang hantar pergi Cheras..cepat”. Tengku Farid melembutkan
suaranya dia tahu adiknya sedang ketakutan. Nur Hidayah mengikuti arahan
abangnya dia masuk kekerta Tengku Farid semula..bila didalam kereta Tengku Farid
menceceh-ceceh meleteri adiknya.
“Jangan
dibuat macam tu lagi tau bahaya..kalau jatuh tadi kan naya..Tadi dialah yang paling
garang bila cerita bab bermadu, tapi bila melihat sahaja kereta atuk..dia jadi
takut macam nampak hantu..apa yang you takutkan sangat Hidayah”.
“Tak
ada apa..”
“Habis
kalau tak ada apa jomlah masuk rumah abang. Tidur rumah abang malam ni, esok
kita pergi kerja sama-sama.” Tengku Fari memperlahankan keretanya saja mahu berlakon
mahu mengorek isi hati adiknya yang ketakutan, bila membayangkan kehadiran
neneknya Tengku Faridah.
“Tolong..tolong
Tengku..tolong saya nak balik rumah
saya..Kalau Tengku tak boleh hantar tak apa saya boleh cari teksi kat depan
tu”. Tanganya spontan mahu membuka pintu kereta..tetapi Tengku Farid sudah
bersiap sedia mengunci pintu keretanya.
“Haa
jangan nak terjun macam tadi..dah jangan takut abang hantar balik Cheras
sekarang”. Bila melihat keadaan Nur Hidayah kereta BMW Tengku Farid yang tadinya seakan mahu
berhenti meluncur laju menuju ke Cheras untuk memenuhi permintaan Nur Hidayah.
PULANG kerumahnya. Sambil memandu Tengku Farid berbual untuk dia tahu apa yang
ada dihati adik berkenaan Tengku Faridah nenek mereka.
“Sebetulnya apa yang you takutkan Hidayah, you
takut dengan nenek kita ke?.. apa yang you takut sangat dengan dia. You tahu tak dia rindu sangat nak
jumpa you. Dia rindu sangat nak dengar suara you. Cakap dengan abang apa yang
Hidayah takut kan pada dia. Cakaplah dengan abang..kalau abang boleh tolong..”.
Sampai pasang cctv dibilik Nur Hidayah kerana Tengku Faridah mahu melihat
perlakuan dan suara Nur Hidayah cucunya. Namun perkataan itu Tengku Farid
menyambungnya didalam hatinya sahaja.
Tadi pun Tengku Faridah yang menghubungi Tengku Farid
menyuruh melihat apa yang menjadikan Nur Hidayah nampak kalut, selepas menerima
panggilan dari seseorang. Selepas waktu makan Nur Hidayah mendapat panggilan.
Tetapi dari pemerhatianya Nur Hidayah lebih banyak mendengar dari
bercakap..hanya kedengaran Nur Hidayah berkata ‘mak long kat mana sekarang ni’ bila talian diputuskan dia
tergesa-gesa berkemas seolah-olah mahu keluar. Rupanya yang menghubunginya
adalah Syarifah Aminah yang memintanya pulang kekampung mereka di Jelebu, untuk
memujuk Syed Borhan yang merajuk dengan tindakkanya.
“Saya
tak boleh nak tahan rasa takut ni, bila datin ada. Serasa dia nak masukkan saya
dalam lokap lagi. saya tak mampu nak bayangkan hidup dalam penjara Tengku. Saya
tak mampu nak mengulangi kehidupan kat sana.. tolonglah saya Tengku.”. Terluah
juga apa yang ada dihati Nur Hidayah.. dia mengangkat kakinya keatas kerusi. Dia
menangis dicelah dua kepala lututnya.
“Sekarang
jangan takut, abangkan ada. Tapi kenapa Hidayah fikir macam tu..nenek cakap dia
tak berniat nak buat Dayah macam tu dulu. Dia kata dia tak sengaja.. fikirannya
bercelaru bila anak tunggalnya masuk hospital. Sekarang ni dia menyesal sangat
buat Dayah duduk lokap. Memang dia menyesal sangat Dayah. Dia nak jumpa Dayah
nak minta maaf atas kesilapan dia..maafkanlah nenek kita Dayah”.
“Memang
saya dah maafkan kalau pun Datin tak minta maaf, lagi pun datin tak salah. Dia
buat macam tu kerana sayangkan anaknya..tapi saya tak mampu nak jumpa datin. Rasa
takut ni datang tiba-tiba bila saya tahu datin ada. Maafkan saya Tengku kerana
menyusahkan..” dengan air mata yang masih keluar, suara terketar dan tengelam
timbul dek esakkan Nur Hidayah menjawab pertayaan abangnya.
“Taak
Dayah tak pernah susahkan abang..Kita ni adik beradik. Kat dunia ni kita hanya
berdua beradik sahaja Dayah, kalau susah biar kita sama-sama tanggung. Apa-apa
yang Dayah nak abang tolong cakap sahaja ye. Lagi satu abang minta tolong cuba
hilangkan perasaan takut Dayah pada nenek kita..kesian dia, dia dah tua Dayah.
Dia kata dia rinnndu sangat kat Dayah tau”.
“In
Syaa Allah saya akan cuba bersungguh-sungguh ..tapi untuk hari tolong hantar
saya balik dulu ye”. Kedengaran suara Hidayah tidak mengigil lagi mungkin rasa
takutnya sudah berkurangan.
“Ialah..ialah..abang
hantar jangan bimbang”.
==========================
Masuk sahaja Tengku Farid ke dalam rumahnya setelah menghantar
Nur Hidayah, dia diterpa oleh datuknya Tengku Faizal diruang tamu. Dia tidak
sabar mahu mendengar cerita Tengku Farid. Apakah keputusan perbincagan bab
nikah kahwin Nur Hidayah dengan sepupunya. Yang sebenarnya Tengku Farid ada menghubungi
dirinya ketika dia masih diJelebu tadi. Tengku Farid mengatakan Syed Borhan sudah
mendapat restu ibu untuk bernikah dengan Nur Hidayah.
“Haa
dah sampai pun, tak sabar atuk nak dengar cerita Farid. Mana Hidayah..kenapa
tak masuk sekali. Tadi atuk ada dengar kereta masuk ingatkan Farid yang balik..”.
Sambil bertanya sambil kepalanya menjengah luar rumah ingin memanggil cucu perempuannya
yang tertinggal diluar rumah.
“Ehh
mana Hidayah..kamu tak ajak singgah sini ke Farid”.
“Memang Farid lah tadi tu
tuk..Apa nak disinggahkan nampak sahaja kereta atuk dia dah mengigil ketakutan.
Terus dia terjun dari kereta lari..Alahmdullilah tak jatuh tadi tuk. Kereta tak
berhenti lagi dia dah buka pintu kereta…”. Terkedu Tengku Faizal mendengar
cerita cucunya. Dia tersepit ..tadi isterinya yang beria mahu mendengar cerita
dari cucunya kerana pemergian Hidayah dan Farid ke Jelubu untuk berbincang
perkara nikah kahwin.
“Ohh
Jadinya kamu dah sampailah tadi..?”.
“Dah
tuk ..tapi Hidayah minta dia dihantar balik rumah dia”.
“Kenapa
tak paksa dia singgah tadi Farid..atuk nak dengar dia cerita”.
“mananya
nak dipaksa tuk ..kereta tengah berjalan lagi dia dah buka pintu. Salah Farid
juga tadi tak kunci pintu kereta. Tapi Farid kesian juga tenguk dia tadi, bila
dia terpandang kereta atuk dia ketakutan macam nampak hantu tuk..takut betul
dia dengan nenek.”
“Cuba
Farid selidik kenapa dia takutkan nenek kamu tu Farid. Dia marah dengan nenek
ke?”.
“Farid
ada Tanya dia tadi....Dia kata dia tak marah tapi dia takut. Perasaan dia, mengatakan
macam nenek nak masukkan dia dalam penjara semula itu yang dia takut. Dia tak
mampu nak mengahapuskan rasa siksanya hidup dalam lokap tu tuk.”.
“Atuk
rasa dia tu macam lemah semangatlah..Encik Ib macam mana kita nak pulihkan
semangat Hidayah ni..ada tak caranya”. Yang sebenarnya atuk Ibrahim juga ada
diruang tamu mendengar perbualan Tengku Faizal dan cucunya Tengku Farid.
“Entahlah
ye..cuba kita beri dia minum air Yassin..atau pun kita tanya ustaz yang boleh bacakan ayat yang boleh
pulihkan semangat”.
“Farid!
Farid kena tolong pulihkan semangat adik Farid tu kesian juga atuk tenguk
nenek..atuk kesian juga tenguk Hidayah. Dahlah papa kamu tak ada, dia hidup
sorang sahaja”. Yang sebenarnya Tengku Faridah juga turut mendengar apa yang
diceritakan diruang tamu. Dia menelinga disebalik dinding dapur. Hatinya
tersiat bila mendengar dirinya ditakuti oleh cucu perempuannya sendiri. Dia
terjelepuk menangis teresak-esak. Sedih hatinya bila cucu sendiri merasa takut
untuk menemui dirinya.
“Sabarlah
Tengku..nanti oklah perasaan Hidayah tu”. Nenek Bedah datang menenangkan.
“Sedeh
saya nenek Jannah, bila cucu sendiri takutkan kita”. Makin kuat esakkan Tengku
Faridah. Mendengar tangisan neneknya Tengku Farid datang memujuk.
“Dahlah
nek..nanti Farid ikhtiarkan cari ubat untuk Hidayah..nenek sabar ye”.
Syukurlah tengku faridah dah insaf atas kekhilafannya.... Moga hidayah menemui jalan bahagianya selepas ini.... setuju amat sangat pendirian hidayah yang tidak mahu merampas hak orang lain..... baiknya seorang hidayah... moga dijodohkan dengan insan sebaiknya jua....
ReplyDeletek.mid
Sedih plak tengok keadaan Hidayah yang trauma tu... semoga Hidayah cepar sembuh.
ReplyDeletebila nak sambung ni... tak sabar dah nak baca n3 seterusnya mak teh...
ReplyDeletek.mid