p/s: ni memang tak sempat nak semak...esok sahaja
Selesai
solat Nur Hidayah berdoa panjang. Mohon
dirinya dilindungi dari segala bisikkan syaitan
dan memohon dipelihara kesucian dirinya dari segala kejahatan kepada
yang tuahannya yang Maha Penyayang dan Maha Melindungi. Dia tahu dirinya mungkin
dalam bahaya bila berdepan dengan Tengku Faris yang manis berkata-kata. Lagi
pun Tengku Faris lelaki yang sangat berpengalaman tentang wanita. Dari gayanya
pun kita sudah tahu, ditambah lagi bila mendengar cerita orang, dia berpuluh tahun dia
duduk diluar negara. Dia memohon juga hatinya tenguh dengan pengangan yang
dipengang selama ini. Ketika dia sampai dimejanya,Tengku Faris sudah
menghabiskan makananya. Semua makanan yang dihidang tadi habis licin di
bedalnya, termasuk nasi yang dipinggan Nur Hidayah. NurHidayah menghambiri papa
bos nya dengan ayat Seribu Dinar dan ayat Kursi yang dibaca didalam hati.
“Mana
nasi saya?”. Sampai sahaja dia dihadapan Tengku Faris pertanyaan itu yang
keluar dari bibirnya.
“I
dah habiskan . Sedap betul asam pedas dia Hidayah. Rugi kalau tak dihabiskan”.
Buntang lagi mata Nur Hidayah memandang Tengku Faris yang berwajah selamba dengan jawapannya. Melihat riaksi Nur Hidayah bila mendengar jawapannya, dia beranya semula..
“Kenapa??
You nak lagi ke nasi you tu?”. Sungguhlah Nur Hidayah tak terkata dengan tindakkan Tengku Faris yang tidak dapat nak di teka.
“Ni
air you I tak habiskan. I rasa sikit air fresh mangga you sedap..rasa kita makan buah mangga habiskan lah..sayang kalau tak dihabiskan”.
“Tak
mahu I tak dahaga”.
“You
tak nak. Ok I habiskan ye”. Belum sempat Nur Hidayah menghalang perbuatan
Tengku Faris, strow minuman sudah dibibir Tengku Faris. Rasa nak pengsan Nur Hidayah
dengan perangai papa bosnya.
“Apalah
Tengku kedekut sangat..sisa-sisa orang Tengku makan dan minum”.
“Tak
apa sisa orang yang I sayang”.Memang sesak nafas Nur Hidayah dengan perangai
Tengku Faris. Perbuatan dan perkataanya tak terjangkau dek akalnya yang waras.
Untuk mengelakkan perkara perkara pelik yang akan dilakukan oleh Tengku Faris ada
baiknya dia mengajak Tengku Faris pulang
semula ke Kuala Lumpur.
“Semuanya dah habiskan Tengku.. jomlah kita balik.”
“Hidayah! apa kata kita balik besok sahaja”.
“Haa balik esok??Tengku ada hal ke kat
Melaka ni. Kalau ada hal tak apa lah saya boleh balik sendiri.” Terkejut Nur
Hidayah mendengar perkataan yang keluar dari bibir Tengku Faris yang mengatakan
hendak balik esok.
“Tak ada hal apa pun, saja..nak
tenguk-tenguk Melaka Bandar bersejarah ni. Dulu I pernah juga I datang Melaka ni, tapi keadaannya tak lah morden
macam ni. Rasanya hotel ni pun tak macam ni. Cepat betul Melaka ni membangun
kan.”.
“Kalau macam tu..Tengku
tenguk-tenguklah, saya balik dulu.
Sampai KL nanti saya naik teksi balik hotel..kereta saya pun masih kat hotel
lagi”. Nur Hidayah
bangun memusing badannya mahu mencari pintu keluar. Cepat sahaja tangan tengku Faris menyambar
pergelagan tangan Nur Hidayah.
“Hei..Hei tunggu”..
“Tengku!! dah berapa kali saya
cakap jangan sentuh saya sesuka hati
Tengku, saya tak suka”. Perbuatan mereka dipandang oleh pengunjung kafe..dihati
mereka mungkin berkata sigadis muda mungkin sedang merajuk
dengan pasangannya.
“Tunggulaah..kalau you tak suka I sentuh,
jangan buat tindakkan melulu. Ni menonong pergi tentulah I pegang. I takut you
lari tinggalkan I. Nanti I yang disalahkan kerana you hilang. Kalau you nak tahu, you tu
pekerja kesayangan Farid dan daddy I”.
“Sekarang lepaskan tangan saya. Saya
nak cari bas. Waktu makan pun dah lama tamat. Pasal saya hilang Tengku
jangan bimbang..negara ni Negara saya dan saya berbangsa Melayu kat Melaka ni
orang bukan Melayu pun faham bahasa Melayu. Kalau saya sesat saya boleh tanya
orang..jadi jangan bimbang.”.
“Jomlaaah temankan I jalan-jalan kat
Melaka ni..dah alang-alang kita sampai ni kita enjoylah sikit”.
“Tengku..saya temankan Tengku pun
diatas arahan bos saya, yang menyuruh temankan Tengku makan. Kalau Tengku dah
habis makan selesai dah tugas saya. Kalau lebih dari itu saya tak boleh. Saya
tak mahu duit gaji saya menjadi haram kerana sedikit sahaja perbuatan saya yang
tergelincir”. Tengku Faris terkedu dengan jawapan Nur Hidayah.
“Nur Hidayah I kan merangkap bos you
juga. I yang arahkan you temankan I sekarang.” Tengku Faris buat suara garang
supaya Nur Hidaya mengikuti arahanya.Tetapi tidak menjadi..
“Tidak Tengku, bos saya Tengku Farid.
Dia tak pesan apa-apa pun tadi. Jadi saya mesti pulang..”. Begitu tegas jawapan
Nur Hidayah. Memang dengan Nur Hidayah tidak boleh dia hendak main-main. Nur
Hidayah orang yang mempunyai pendirian dan tegas orangnya.
“. Emm ..oklah I nak balik juga. Dah
orang tak sudi nak temankan apa boleh buat. Tunggu, duduk dulu ye, I bayar dulu.(Tengku Faris
memastikan Nur Hidayah duduk sementara menunggu bil namun masih mencuba mencari peluang)...tapi yang sebetulnya I
dah minta dengan Farid, you kerja half day hari ni”.
“Tengku!!saya ok sahaja kalau balik
naik bas pun. Saya dah biasa berjalan sendirian. Tengku jangan bimbang Malaysia
ni Negara selamat..”
“Bukan saya bimbangkan you, tapi I nak
you temankan I berjalan-jalan kat Melaka ni. Boleh you bagi tahu tempat-tempat
kat Melaka ni. You jadi tourist guide I
lah hari ni.”.
“Saya ni bukan pemandu pelancung dan
saya pun bukan tahu sangat tentang Melaka. Untuk pengetahuan Tengku campur yang
ni baru dua kali sahaja saya datang ke Melaka ni. Walau pun dia sebuah negeri
didalam Malaysia dan tak jauh dari Kuala Lumpur, tapi saya tak ada kepentingan untuk
datang sini. Itulah pasalnya saya tak datang sini. Kalau setakat nak makan asam
pendas kat kafe kita pun diorang ada masak asam pendas. Tapi
Tengku kena tenguk menu masakkan Malaysia lah jangan menu western Tengku cari asam pedas pula.” Kena sebiji
Tengku Faris disinis oleh Nur Hidayah.
“You sindir I ke ..I tak lah nak makan
asam pedas sangat, tapi tadi tiba-tiba melintas rasa nak tenguk A Farmosa. Memang
lama I nak tenguk tapi memanjang tak sempat”. Dan kata-kata akhirnya cuba memancing jika jerat nya
mengena. Memang panjang akal Tengku Faris
nak menjerat gadis yang kelihatan polos dan naïf dihadapannya. Tetapi Nur
Hidayah sudah terlebih dahulu menghidu sikapnya dan dia sudah bersiap sedia
menangkis.
“Kalau macam tu, pergilah Tengku
tenguk-tenguk , mungkin ada lagi tempat-tempat yang bagus diMelaka ni. Dah sampai ni jalanlah puas-puas..kalau dah
balik KL dah mula kerja nanti tak sempat nak pergi lagi”.
“Habis you tu pun dah alang –alang
sampai kan”.
“Saya lain, saya ni hanya pekerja. Dan
sekarang adalah waktu bekerja saya. Saya kena balik. Saya tak suka ambil
kesempatan diatas kebaikkan majikan saya”.
“Hidayah I dah cakap dengan Farid
tadi. I mintakan you half day hari ni”.
“Tak apa lah lain kali saya pergi
sendiri”.Sekali lagi Nur Hidayah bangun dan memulakan langkahnya yang terbantut
tadi. Keluahan kecewa keluar dari mulut Tengku
Faris. Memang wajahnya nampak kecewa.
“Hidayaah tunggulah I pun nak balik
juga”.
“Kata Tengku nak jalan-jalan tadi,
pergilah. Betul saya tak apa. Saya pun dah biasa naik bas. Dari zaman belajar
lagi saya naik bas Tengku.Tak ada hal lah”.
“Tak apalah I balik dengan you sahaja.Tadi
kita datang berdua takkan balik kita sorang-sorang”. Memang susah untuk mencari
waktu berduaan dengan Nur Hidayah rupanya.
Tidak disangka gadis naïf dan polos
yang pada sangkaannya mudah jatuh kepangkuanya, sangat tegas dalam pendirianya.
Sambil keluar dari hitel sambil Tengku
faris mencari peluang bagai mana mahu meluahkan perasdaanDalam perjalan pulang
nanti dia mahu meluahkan apa yang ada di hatinya. Dia tidak akan melepaskan
peluang yang ada memandangkan sikap Nur Hidayah, yang sangat sukar untuk
didekati.
Mereka berjalan ke kereta. Setelah
mereka duduk didalam kereta dan memasang tali pinggang keledar…Tengku Faris
mengunci pintu.
“Hidayah..apa pandangan you pada I”.
“Pandangan yang macam mana?”
“Ialah you nampak I ni tua sangat ke
untuk dijadi kan teman you..I sebenarnya sukakan you”.
“Saya yang sebetulnya tak faham apa
maksud Tengku. Suka yang macam mana dan
teman yang macam mana. Kalau setakat untuk dijadikan teman untuk bercakap-cakap
atau teman makan, teman berjalan-jalan..saya tak boleh dibuat macam tu. Saya ni
berugama Islam yang berhukum ..lelaki dan perempuan yang tiada ikatan, haram
menjadi kawan apa tah lagi ‘kawan tapi mesra’. Sebab bila menjadi kawan kita
akan mesra bila dah mesra mungkin akan melakukan perkara-perkara yang dilarang.
Itu sebab adanya hukum haram lelaki perempuan yang tiada ikatan menjadi kawan”.
“Jadi macam mana I nak kenal you dan
you nak mengenali I kalau kita tak jadi kawan dulu. Pada I biar kita jadi kawan
dulu kalau kita ada keserasian I nak jadikan you teman hidup I. Ni selalu you
mengelak pula bila I ajak you keluar. Lama I fikir mungkin kerana usia I, you
rasa I tak sesuai dengan you betul ke”.
“Tengku!!!”.Tinggi suara Nur Hidayah,
sebenarnya dia geram dan marah.
“You marah ke Hidayah..tapi kenapa you
marah sebab I kata I suka you atau sebab I kata nak nak jadikan you Teman. Itulah
I kata kalau you tak boleh nak terima I jadi teman you, kita jadi kawan lah
dulu.Kita boleh menilai sesuai ketidak kita menjadi pasangan. Nanti you boleh
menilai I dan boleh bezakan I dengan lelaki lain yang lebih muda dari I”.
“Memang saya tengah marah ni.Saya
dengar dari tadi..dari mula kita nak makan
Tengku sebut tentang kawan dan Teman. Tengku yang sebetulanya nak buat
saya APA sebenarnya. Dalam Islam lelaki
dan perempuan memang diharamkan jadi kawan apatah lagi teman. Sebab apa Allah mengharamkan lelaki dan
perempuan yang tiada ikatan haram bersama-sama berdua-dua macam kita sekarang
ni ..Kerana Allah telah mengurniakan setiap mahluknya nafsu. Nafsu ni Allah
bagi pada setiap mahluknya. Tak kira binatang atau pun manusia asalkan dia
bernyawa dia akan mempunyai nafsu.Tapi untuk binatang Allah tidak memeberi akal
fikiran dan nafsunya boleh dilepaskan kepada sesiapa sahaja dikalangan
mereka.Tetapi Allah memberi akal pada manusia dan nafsunya hanya boleh
dilepaskan pada yang halal untuk mereka sahaja. Bukan boleh ditabur-tabur pada yang dia suka sahaja. Kalau dia buat
macam tu juga ertinya samalah dia macam binatang juga. Itu sebabnya Allah
menetapkan hukum lelaki dan wanita yang tiada ikatan dan bukan mahram, haram
duduk bersama-sama lebih-lebih lagi jika duduk mereka jauh dari pandagan mata
manusia lain. Itu yang membezakan kita dan binatang.”
“Kalau kita tak jadi kawan atau pun
teman macam mana you nak menilai I”
“Nak menilai yang macam mana. Pada
saya seseorang itu tak dapat kita adili sifatnya selagi kita tidak duduk
serumah dengan nya. Adakah Tengku mengajak saya duduk serumah supaya dapat saya
menilai baik buruk Tengku?. Kalau itu yang Tengku maksudkan yang pasti, saya
akan mendapat menilai yang buruk pada Tengku.” Tengku Faris tak terkata
mendengar perkataan yang bertubi-tubi keluar dari bibir Nur Hidayah yang sedang
marah dan geram.
Kalau dah marah tentu perkataan yang
keluar bertali-arus memang dia tak sempat hendak mencelah.Tetapi yang paling
tidak disangka wajah yang kelihatan pendiam tidak banyak cakap sekarang ini
sangat berbeza.Perkataan yang keluar pedas dan tajam.Orang yang keliahatan
lemah lembut begitu tegas memper tahankan pendirianya.
“Saya tahu Tengku lama duduk di luar
negara. Perkara duduk serumah tampa ‘Ikatan’
perkara biasa disana. Tetapi saya ni berugama Islam walau kat mana saya tinggal, dilangit
mana yang saya junjung, perkara duduk serumah tampa ikatan yang halal
adalah HARAM untuk saya. Juga lelaki dan perempuan yang berduaan yang macam
kita lakukan sekarang ini adalah haram. Saya mengikuti arahan manusia tampa
berfikir tadi. Dan sekarang saya sedang mengumpul dosa. Kenapa saya tak
berfikir, sebelum saya menerima arahan. Bodoh betul saya. Kerana takutkan
rezeki saya hilang sanggup saya mengumpul dosa kerana menemankan Tengku yang
bukan mahram untuk saya. Tak terfikir itu hasutan sayitan..Allah”. Suara Nur
Hidayah makin lama makin perlahan seorlah-olah bercakap dengan dirinya sendiri
dan kelihatan wajah yang menampak kan dia kesalnya. Kemudian kelihatan mulutnya
terkumat kamit mengucapkan astagfirullahaladzim berulang kali.
Tengku Faris rasa tepukul bila
mendengar rasa kesal sigadis kerana keluar menemaninya makan. Tidak pernah
selama ini teman wanita yang menemaninya berhibur merasa kesal. Malah sehingga
mereka menemaninya tidur pun tidak ada dilihat ada rasa kesal, mereka gembira
bersama.
“Hidayah you rasa kesal keluar dengan
I..tapi I memang nak Tanya you..I hanya nak cari peluang Tanya you”.
“Peluang yang menambah dosa..astagfirullah”. Nur Hidayah
memejamkan mata Nampak wajah kesalnya.Tangan Tengku Faris mula diangkat mahu
menyentuh dan meggengam tangan Nur Hidayah untuk menenangkan dirinya namun
perbuatannya terhenti bila teringi kata-kata keras yang Hidayah tidak suka
disentuh oleh lelaki yang bukan mahramnya.
“Hidayah! I hanya nak tanya boleh tak
I menjadi teman you. I hanya nak tahu pandagan you pada I. I hanya nak kita
mencuba boleh tak kita menjadi kawan sebelum kita melangkah kearah yang lebih
seruis. You tak pernah nak bagi peluang diri you mengenali diri I. I harap you
jangan pandang pada usia I sahaja, untuk kita mencari kesuaiaan. Sebab I
betul-betul serius nak menjadi kan you teman I”. Rasa mahu meletup kepala Nur
Hidayah mendengar kata-kata orang yang tak tahu bahasa orang disebelahnya.
Bukan tak tahu bahasa tetapi tak tahu hukum. Tadinya dia sudah agak reda
sedikit marahnya kini mencanak naik darahnya sekali lagi.
“Teman yang macam mana Tengku maksudkan. Kalau kata
Tengku teman hidup..pertama teman yang duduk serumah. Ada lelaki dan perempuan
duduk serumah tapi tiada ikatan yang halal nama bersekedudukkan. Kedua teman
perempuan yang disara sepenuhnya makan minumnya dan dikunjungi sekali sekala
itu dikatakan perempuan simpanan. Dan
yang ketiga teman yang sudah ada ikatan halal itu dinama kan isteri. Jadi
Tengku nak jadikan saya sebagai apa..hanya untuk jadi teman wanita seperti di
perkara satu dan dua sahaja kah?..kemudian menambah lagi bilangan anak luar
nikah.” Tengku Faris terkedu mendengar apa yang keluar dari bibir Nu Hidayah.
Di memandang kearah Nur Hidayah...
“Jadi yang Tengku maksudkan yang mana
satu”. Sekali lagi Nur Hidayah bertanya mencari kepastian..tapi sebenarnya
Tengku Faris berjenis orang yang tak
faham bahasa maka itulah yang keluar dari bibirnya, walau sudah di beri
bayangan oleh Nur Hidayah tadi.
“Terserah pada you..you nak yang mana.
I akan tunaikan mana yang selesa bagi you.”
“Kalau itu jawapan Tengku pada
saya..saya senang sahaja, jadikan saya PEKERJA Tengku sahaja..itu lagi senang
untuk saya. Saya sanggup sampai bila-bila pun menjadi pekerja di Hotel
kepunyaan keluarga Tengku”. Terkedu Tengku Faris mendengar jawapan dari Nur
Hidayah..Suaranya agak tinggi adakah dia marah. Adakah dia sudah tersalah cakap
menyebab kan gadis yang diharapkan menjadi TEMANnya menjadi marah.
“Kenapa you nakmenjadi sebagai pekerja I sahaja. Yang I harapkan you
boleh menjadi teman, kalau tak boleh pun sekurang-kurangnya menjadi kawan
I..Kenapa you tak suka jadikan I sebagai teman you sebab I dah tua ke?”
“Tidak!!bukan pasal usia..tapi saya
lebih selesa menjadi pekerja sahaja”.
“Hidayah..janganlah macam ni tolong
beri saya peluang.Saya akan jaga Hidayah dengan baik. Bab makan pakai dan
tempat tinggal Hidayah I akan tanggung sampai bila-bila, you jangan bimbang”.
"Yang sebetulnya Tengku nak jadi kan saya ni sebagai apa???..sebagai teman wanita tapi kalau sampai Tengku tanggung kehidupana saya maksudnya Tengku nak jadikan saya perempuan simpanan.Begitu kah maksudnya??”Makin berasap kepala Nur Hidayah dengan situa bangka disebelahnya yang tak faham bahasa. Sudah tinggi suara NurHidayah sebab dia geram sedari Tengku Faris hanya mahukan dirinya sebagai teman sahaja. Adakah itu yang tersirat dari hatinya. Jika memang itu yang ada didalam hati memang Tengku Faris juga memandangnya hina seperti juga orang lain memandang pada dirinya hina. Dia hanya layak dijadikan teman sahaja, tidak dijadikan teman hidup yang bererti isteri. Lama Tengku Faris menoleh memandang kearahnya. Nasib baiklah kereta belum berjalan lagi masih ditempat pakir. Menyedari tiada gunanya marah pada situa disebelahnya Nur Hidayah menurunkan tahap kepanasan kepalanya kerana bengang..Dia bersuara sopan...
“Tengku!! Dalam Islam ada caranya untuk menentukan jodoh seseorang...tak perlu kita berkawan atau menjadi teman bagai..cara macam tu hanya mendatangkan dosa sahaja..Kita minta petunjuk Allah cara itu lagi tepat. Ambil wuduk dirikanlah solat Istiharah dua rakaat In Syaa Allah Allah akan tunjukkan. Kalau solat kali pertama tak nampak buat kali kedua ketiga dan seterusnya tapi kalau tak nampak juga petunjuk .. itu menandakan seseorang itu tidak sesuai untuk kita..JADI REDHALAH dia tidak sesuai untuk kita..Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik untuk hamba-hambanya. Mungkin yang kita suka itu tidak baik untuk diri kita dikemudian hari. Sekarang jalan..balik sekarang. Dari tadi kereta Tengku tak berjalan Tengku tak sedar ke?”. Nur Hidayah memberi arahan tegas. Tengku Faris menghidupkan injin kereta untuk memulakan perjalanan pulang.
Terima kasih makteh kerana menyambung jln cerita. Hahahaha.... lucu pulak membaca si Tg Faris yg tak dpt tangkap maksud pertanyaan Hidayah.
ReplyDeleteBetul ker si Hidayah tu anak Tg Faris di luar perkahwinan?
Rasa nak ketuk je kepala Tgku Faris ni. Hehehe... Dah tak tau hukum, pastu tak faham bahasa pulak.
ReplyDeleteBaru tahu Tengku Faris langit tinggi rendah... mama Dayah bolehlah diayat manis2 tapi Dayah bukan sebarangan wanita.
ReplyDelete