Tikar pandan
tikar mengkuang,
Dianyam
disemat dengan teliti
Jika
berdagang di rantau orang,
Baik-baik
menjaga diri.
Kini
Amirah sudah mula bertugas, kerana cuti bersalinnya selama 60 hari sudah sampai kepenghujung. Walaupun hatinya berat untuk meninggalkan sikecil dibawah jagaan ibunya
diKuala Pilah dia terpaksa rela. Amirah akur dia duduk ramai dirumah sewa tentulah tudak sesuai untuk membwa anaknya yang masih bayi lagi. Dia duduk bersama kawan-kawan serumahnya dulu Siti,
Ain dan Ida. Mereka gembira dapat berkumpul semula seperti masa waktu mereka
mula berkerja dulu.Kerja mengikut giliran rupanya banyak memberi keistimewaanya
pada Amirah. Jika dia ingin pulang ke kampung dia akan mengatur jadual tugas
dan mengumpulkan cuti kelepasan am kesatu masa. Ini membolehkan dia bercuti lebih panjang dari
cuti mingguan pekerja ‘office hour’.
Masa berlalu
tampa boleh disekat. Diam tak diam sudah hampir satu tahun umur Ain Nur Syifa
buah hati Amirah. Tidak lama lagi hari raya puasa akan menjelang. Tidak sabar
Amirah menanti kunjugan hari raya kali ini.Inilah kali pertama dia merayakan
hari raya sebagai seorang ibu. Dia sudah membeli kain ela berkongsi dengan anaknya untuk dijadikan baju
kurung rayanya nanti. Kain baju ibu ayah dan adik-adiknya juga telah dibelinya
sedikit demi sedikit dari awal tahun lagi.Tapi yang menjadikan dirinya tidak
sabar adalah kerana ingin melihat anaknya yang sudah pandai berjalan jatuh
memakai baju kurung yang dijahitnya sendiri.Dia begitu teruja. Ibu Amirah
memang pandai menjahit baju, kebiasaanya baju kurung mereka sekeluarga akan
dijahit oleh Puan Halimah sendiri. Ini juga salah satu cara Puan Halimah
membantu suaminya mengurangkan perbelanjaan ketika menjelangnya musim perayaan.
Pagi
itu sepulangnya dari bekerja syift malam, Amirah bersama kawanya Ida ke Jalan
Masjid India dimana terdapat banyak gedong membeli belah yang menjual kain ela
untuk dibuat baju melayu atau baju kurung.Dia ingin membeli kain ela. Kebetulan
hari itu mereka bekerja disyift yang sama. Amirah mengajak Ida membeli belah
untuk hari raya. Kerana digiliran kerja akan datang Amirah sudah mengumpulkan cutinya.
Dia akan pulang kekampungnya seminggu.
“Mirah…kau rasa tak cepat sangat ke kau beli kain untuk buat
baju raya ni.”
“Aku rasa taklah..kalau lambat sangat nanti takut ibu aku
tak sempat nak jahit..nak jaga Syifa lagi..ni bolehlah dia jahit sikit-sikit..banyak
emak aku nak jahit ni”.
“kau nak beli berapa pasang.”
“Aku nak belikan semua lah hari ni..aku bukan ada banyak
masa nak datang lagi. Ayah, Adnan, Aizat, Amran, Ibu dan Atirah.Aku dengan anak
aku sama warna cantik tak.”Amirah mengira-ngira didepan Ida.Amirah nampak
teruja. Mungkin membayangkan dia dan anak berbaju sama.
“Cantiklah tu ibu dan anak sedondon.”
“Bukan sedondon tapi satu kayulah” mereka berdua ketawa
kecil di kedai kain ela.
“Kau ni sekarang lain
lah Mirah..asal ada cuti panjang sikit kau balik kampong, mentang-mentang
kampung kau dekat sikit dari kampung aku yang kat..Kelantan tu.”
“Betul kata kau Ida, aku sekarang ni dah lain, tapi bukan
sebab kampung aku dekat tapi sebab aku dah ada anak..tak sama dengan masa anak dara dulu. Aku ni kalau boleh nak peluk
anak aku saja tau..bila jauh macam ni rindu rasanya nak peluk dia Ida.” Bila
melihat wajah Amirah sudah sedeh Ida cepat-cepat menukar topik perbualan
mereka.
“Ehh tapi memang banyak ibu kau nak jahit ni sempat ke
dia..Mirah?”
“Semua baju ni aku suruhlah ibu aku potong..kemudian aku
tolong dia jahitlah, baju kurung ni senang nak jahit kalau baju yang berfesyen
susah sikit. Jahit leher, jahit bawah dan jahit tangan aku bawa sini. Masa rest
day dan kerja malam bolehlah aku jahit sikit-sikit. Sebenarnya aku kesian
dengan ibu aku tu ..Syifa dah lasak sekarang. Dia dah pandai merangkak, celik
saja matanya dia merangkak keliling rumah. Kena
ditengukkan selalu, kalau tidak dia akan kutip makan apa saja yang ada
dilantai, yang paling kami takuti dia dikutip tahi cicak tak pasal-pasal
keracunan pulak anak aku tu.” Sekejapan
itu juga mood Amirah berubah ceria bila bercerita tentang gelagat anaknya.
“Teringin aku nak tenguk muka Syifa anak sedara aku tu
Mirah..tentu comelkan..macam muka siapa muka dia Mirah.” secara tak sengaja Ida
terlontar soalan itu. Amirah terdiam..bila Ida menyedari
kesilapanya…cepat-cepat dia menukar tajuk perbualan mereka lagi. Sungguh
bertuah Amirah mendapat kawan-kawan dan keluarga yang prihatin. Mereka sering mengambil
berat tentang dirinya dan tidak akan membiarkan dirinya bersedeh. Amirah
menyedari itu semua, dengan adanya sokongan dari keluarga dan kawan-kawannya
dia berusha akan kuat dan tabah dengan apa yang telah ditakdirkan kepadanya.
“Kalau tahu dek Siti dan Ain tentu dia marah, kita beli baju raya ni tak bagi tahu
diaorang..dia tak dapat ikut kita pulak tu. Nanti kita sorok dululah baju-baju
kau ni Mirah. Aku tak sanggup nak dengar mereka tu berleter nanti, tentu macam
mak nenek mahu bocor telinga kita.” Amirah ketawa mendengar celoteh
kawanya..dia bertanya pula pada Ida.
“Macam mana nak sorok cik Ida oii..bukan sikit ni, lagi pun
bawah katil Ain tu dah penuh. Bilik kau pula sempit nak sorok kat mana lagi”.
“Kau ni pun satu kok ia pun nak sorok taklkan bawah katil
Ain..tentu tentu dia nampak”.
“Ia tak ia pulak”.Kemudian mereka ketawa bersama ...Selesai
membeli belah mereka pulang.Senang hati Amirah baju-baju raya untuk keluarganya
sudah dibeli semuanya.
Minggu
berikutnya seperti yang telah dirancang Amirah pulang kekampungnya dengan
menaiki bas.Seminggu dia dikampung dimenefaatkan untuk menolong ibunya. Ada
masa terluang sahaja Amirah akan menjahit baju-baju yang telah dipotong oleh
ibunya. Bagi Amirah tidak susah pun menjahit baju kurung. Ibunya telah memberi
tunjuk ajar dan rahsia-rahsia bagai mana sehelai baju kurung itu selesa untuk
dipakai.Sejak dari dulu lagi Amirah sudah menolong ibunya menjahit baju kurung
tetapi untuk memotong baju dia tidak pernah dicubanya lagi. Bagi Puan Halimah
pula dia tidak akan mengambil tempahan untuk baju berfesyen atau baju kebaya,
Dia tidak mahu turut bersubahat mempamirkan bentuk tubuh wanita dikhalayak
ramai. Itu pendapatnya. Dia akan hanya mengabil upah menjahit baju kurung
sahaja.
“Ibu tolong ajarkan kakak potong baju Syifa ni bu.”
“Kalau nak belajar potong baju jangan kain cantik macam ni,
salah nanti sayang saja. Bila kakak pergi beli lagi nanti, belilah kain yang
murah sikit, kalau salah pun tak lah rasa terkilan”.
“Ia tak ia pulak kan bu, nanti tak pasal-pasal Syifa pakai
baju senget pulak.” tangannya sudah menggapai anaknya yang mula menghampiri
mereka berdua, lalu didudukkannya
didalam pangkuanya.
Hari
raya kian menghampiri umat Islam. Amirah rasa begitu teruja, kerana ini adalah
kali pertama dia berhari raya sebagai seorang ibu.Terbayang wajah comel anaknya
memakai baju kurung yang dijahitnya, tentu cantik bila dia dan anak memakai
baju yang sama corak dan warnanya dipagi hari raya.
Tetapi
sayangnya apabila tiba Hari raya Amirah
tidak dapat pulang kekampung di hari raya yang pertama. Dia dikehendaki
bertugas kerana salah seorang kawanya terpaksa pulang kekampung untuk
menguruskan hal keluarganya secara tiba-tiba. Walaupun rasa terkilan namun dia
tetap bertugas seperti biasa. Dia sudah
bersiap sedia sejak dari awal-awal lagi, keadaan itu seperti itu akan ditempuhi
oleh setiap pekerja yang bekerja mengikut sistem giliran seperti mereka. Bagi
orang-orang yang bekerja mengikut giliran harus ada sikap tolak ansur dan
tanggungjawap.Supaya tugas yang diamanahkan dapat dijalankan dengan lancar dan
sempurna.Setelah hari raya keempat barulah Amirah dapat pulang
bercuti.Kesempatan ini diambil untuk merayakan hari raya bersama keluarga dan
anaknya.
Sewaktu
dia menaiki bas pagi itu orang sudah tidak ramai, kebetulan hari itu hari orang
bekerja.Tiket pula mudah didapati.Sampai sahaja dia dikampung dia disambut oleh
anaknya yang sudah pandai berjalan jatuh.Hanya ibu dan anaknya sahaja yang ada
dirumah.Ayahnya bekerja dan adik-adiknya juga kesekolah manakala adiknya Adnan
sudah pulang kekolejnya dan Atirah pula sudah pulang keasramanya.Dia menyalami
ibunya.
“Kakak minta maaf bu, lambat sangat kakak balik, tak dapat
kakak tolong ibu masak, Syifa lagi.. Syifa ni dah lasak bu..macam mana ibu
masak hari tu…ni dah empat hari raya baru dapat kakak balik..ayah kerja bu.”
Setelah mencium tangan ibunya meminta ampun dan maaf dicium pipi anaknya
bertubi-ubi melepaskan rindunya.Anaknya pula terkekek-kekek kesukaan.
“Tak apa kakak…janji
kakak balik, ibu tak kisah balik raya pertama ke keempat ke ..rayakan sebulan. Masa nak raya hari tu kan
semua adik-adik kakak cuti. Adnan dan Atirah balik, Aizat dan Amran pun
cuti..suka betul Syifa ni tak duduk dia, asyik berdukung sahaja. Berapa hari kakak
cuti kali ni.” ibu Amirah sebenarnya suka cara kerja Amirah kerana jika dia
bercuti biasa tidak kurang dari seminggu dia akan duduk dirumah.
“Kali ni 7 hari kakak cuti, campur cuti raya dua hari jadi sembilan hari bu..”
“Lama tu ..lama lah Syifa
dapat manja dengan ibunya ye.” Puan Halimah mencubit lembut pipi tembam
cucunya. Nanti ibu telefonkan Mak Long..dia kata lama tak jumpa kakak..raya
pertama hari tu dia datang ingatkan kakak dapat cuti raya”.
“Kerja macam kakak ni susah sikit nak cuti raya..tapi raya
haji nanti dia orang dah janji dengan kakak dapat cuti raya pertama”.
Pulang
hari raya itu dia membawa sebuah kamera yang dipinjam dari Siti.Dia mengambil
gambar keluarga tapi yang paling banyak adalah gambar-gambar anaknya yang
berbagai aksi.Gambar itu ditunjukkan kepada kawan-kawan serumah yang telah mengaku
sebagai ibu-ibu saudara anaknya.
“Comelnya anak kau Mirah rambut dia yang specil..keriting
macam maggi..putih anak kau ni Mirah.” Rambut keriting anaknya mungkin mengikut
rambutnya dan rambut neneknya Puan Halimah.Dia juga berambut keriting halus seperti
maggi ketika kecil tetapi semakin usianya meningkat keriting sudah agak kasar
sedikit.
“Tenguklah emaknya..kalau hitam dah sahlah aku tersalah
ambil anak orang.” Amirah bergurau.
“Kalau aku ada anak lelaki nak rasanya aku berbesan dengan
kau Mirah, kalau ibunya penyabar tentu anaknya penyabar juga..beruntungnya anak
aku nanti.”
“Berjanggutlah anak aku tunggu anak you besar Siti, kau
kahwin pun belum.”
“Apalah kau ni Mirah
anak kau nikan perempuan mana ada janggut.” mereka kalau berkumpul alamat riuh
satu rumah, ada saja yang hendak dibualkan.
Mereka
bersyukur ditemukan dengan kawan yang satu kepala dan saling memahami, walaupun
mereka dari negeri yang berlainan.Jika mereka berbual kedengaran berbagai
loghat yang terkeluar.Siti dari Kedah sesekali bercakap terkeluar juga logahat
Kedahnya.Ida pula dari Kelantan logahat Kelantannnya tidak boleh dikikis
walaupun telah lama dia meninggalkan kampung halamannya.Ain pula dari Perak,
dialek Peraknya juga sering disebut oleh rakan serumah kerana terlalu selalu
terkeluar dari mulutnya perkataan kome ayor dan segalabagai.Manakala Amirah
dari negeri Sembilan. Mereka akan tahu jika Amirah sedang marah dan geramkan
sesuatu, akan terhambur bahasa Negeri Sembilannya yang pekat, tetapi tujuan
mereka sama mencari rezeki di Petaling
Jaya.
No comments:
Post a Comment