Selesai mandi Tengku Faris menyiapkan diri.
Dia memakai t-shirt polo dan seluar jean berjenama LEE. Ketrampilan dirinya
yang santai memperlihatkan dirinya lebih muda dari usianya yang sebenar.
Sememangnya Allah memberi kelebihan dari segi rupa paras kepada Tengku Faris.
Walaupun sudah berumur 51 tahun namun rambutnya belum lagi ditumbuhi uban dan
perutnya masih belum kelihatan maju kedepan. Sememangnya dia masih kelihatan
masih muda jika dibandingkan dengan usia nya yang sebenar. Hampir pukul tiga petang Tengku Faris tiba dipejabat
daddynya. Terkejut Tengku Faizal menerima kunjungan anaknya. Dia yang sedari pagi bekerja tampa berehat
hingga terlepas waktu makan tengahharinya tersenyum bangga. Perut yang pedih
kerana kosong tidak terasa dek kerana hatinya yang sangat gembira.
“Alahmdullilah
Ris datang..penat sangat daddy hari ni Ris..nak makan pun tak sempat”.Adu
Tengku Faizal kepada anaknya yang sudah tercogok didepan mata.
“Daddy
belum makan tengahari lagi?”.
“Belum
Ris..daddy sorang hari ni. Farid tak jenguk daddy pun dari pagi tadi. Entah ada
entah tidak dia tu hari ni”.
“Pergilah
daddy makan dulu..nanti sakit perut daddy tu”.
“Ni
penyata kewangan ni nak kena semak, tak beberapa hari lagi dah nak cukup
bulan. Ris tolong lah daddy ni..tak
mampu rasanya daddy dengan Farid buat kerja..”
Mendengar kata-kata daddynya
terus Tengku Faris bangun, kelihatannya dia sudah mahu beredar. Melihat fail bertabur
dimeja daddynya dia tidak berminat untuk bekerja. Yang sebenarnya dia sudah merasa selesa makan
tidur- makan tidur selama lima bulan yang lalu.
“Ialah
nantilah Faris fikirkan, mungkin sebulan dua lagi Faris kerjalah, daddy jangan
bimbang. Ni Faris nak tenguk Farid sekejap. Daddy pergilah makan dulu..”.
“Jomlah
kita pergi makan sekali”.
“Ris
baru lepas makan dengan mommy kat rumah tadi..daddy pergilah makan”. Tengku Faris
sudah bangun mahu meneruskan langkahnya..
“Ris!!
Call lah Farid tu dulu, kalau dia tak ada nanti..penat sahaja Faris pergi
tempat dia.” Nasihat daddynya dituruti..Tengku Faris tidak jadi keluar, dia duduk semula dikerusi
lalu mencapai telefon diatas meja..
Tengku Faris menghubungi anaknya menggunakan
telefon atas dimeja daddynya. Kedengaran suara lembut menyapa telinga yang
menyambut panggilanya. Hatinya bagai digaru mahu bertentang mata dengan si
empunya suara yang melayaninya. Itulah Tengku Faris Ikhwan sifatnya yang tidak
boleh berpisah dengan wanita. Dia menjadikan wanita alat hiburannya.
Kalaulah tunggul kayu disolek dan
menjadi cantik seperti wanita tentu itupun akan digomolnya untuk dijadikan alat
hiburanya juga.
“Hallo..pejabat
Tengku Farid disini, apa yang oleh saya bantu”.Suara lembut dihujung talian
bagaikan magnet menarik naluri lelakinya untuk melihat figuranya. Itulah suara
yang menyambut panggilan buaya darat Tengku Faris.
“Tengku
Farid ada..sambungkan saya pada dia”.
“Hari
ni Tengku Farid tak ada..dia call pagi
tadi dia tak sihat”.
“Kenapa
awak tak bagi tahu..dia tak sihat. Ni dah tanya baru nak bagi tahu”.
“Dia
menghubungi saya tadi, dia kata, dia sendiri yang akan bagi tahu Dato’ tentang
MC nya..”
“ok tak apalah..nanti saya datang office
dia”.Talian diputuskan. Dihatinya sudah muncul RASA..Rasa ingin memandang wajah
dan rasa ingin berkenalan dengan suara simanis ditelefon tadi. Kalau semuanya
sudah. Dia rasa ingin di angkutnya
sigadis kekelab malam menemaninya berhibur. Kalau dah mesra nanti dia rasa mahu
diangkutnya keatas katil pula. Itulah tadi ada disebut dia akan datang
kepejabat anaknya Tengku Farid.
“Kenapa
Ris nak marah..siapa yang jawab call”.
“Entah
..perempuan… agaknya PA Farid.”
“Oh
Nur Hidayah lah tu. Jangan kamu marah dia Ris. Hidayah tu baru sahaja jadi PA
Farid..Dari Akauntan dia rela jadi PA”.
“Kenapa
daddy tukar kan dia akautan jadi PA pula ..dia tak pandai buat kerja dia ke?”
“Bukan
tak pandai..tapi PA Farid berhenti secara mengejut. Farid pula tengah tak sihat
ni, dia demam. Agaknya penat sangat mana nak kerja nak tenguk anak lagi. Anak
kecik-kecik tak kan nak harap Jannah sorang jaga anak.”
“Kenapa
tak cuti sahaja.Daddy bagilah dia cuti settlekan hal peribadi dia. Kalau
semuanya dah selesai barulah boleh buat kerja dengan tenang”.
“Apa
nak disettelkan pasal anak Ris, tiap-tiap tahun keluar sorang. Ni kata mommy
entah-entah Farid demam nak dapat anak sorang lagi. Itu yang daddy minta Nur
Hidayah jadi PA, Farid memang memerlukan sangat PA. Semalam dia MC.. demam. Kesian daddy pada dia, tak cukup
rehat sampai demam dia. Hari ni tak tahulah dari pagi dia tak jenguk daddy,
agaknya dia cuti lagi. Tapi tak apalah sejak Hidayah jadi PA Farid..banyak kerja Farid dia
selesaikan. Dulu masa mula-mula dia dapat anak,
dua minggu Farid tak kerja semua kerja-kerja Farid dia yang selesaikan.
Kalau ada dokumen yang perlu tandatangan oleh Farid, dia bawakan pada daddy dia
terangkan kemudian daddy tandatangan sahaja tak payah daddy nak baca ke semak
lagi..jadi tak ada kerja yang tertangguh..dia memang cekap Faris.”.
“Lamanya
Farid cuti sampai dua minggu”.
“Masa
tu cuti uruskan Diana bersalin.Kemudian urus Nur Jannah yang tiba-tiba bersalin
pulak. Anak dia yang bersama Diana tu
pula sejak balik hospital asyik menangis sahaja, tak tahulah apa yang tak
kena.” Rupanya Tengku Faris tidak
ambil endah apa yang diberitahu oleh
daddynya tentang kesusahan anaknya Farid.Kepalanya sibut membayangkan PA
anaknya.
“Percaya
sangat daddy dan Farid dengan orang luar..kalau dia belot habis kita.”
“Orang
luar? Siapa yang Faris maksudkan”.
“Nur
Hidayah tulah daddy..dia kan orang luar kenapa percayakan dia sangat”.
“Dah
tak ada siapa yang daddy nak harapkan, daddy terpaksa percayakan dia. Lagi pun
memang dia cekap dalam kerja dia. Nampak baik orangnya dan bertanggung
jawab. Daddy harap sangat Faris kerja
dengan daddy. Kalau kita bertiga tentulah lega sikit kerja kita. Kita sama-sama
jaga perniagaan kita ye Ris.”.
“Nantilah
daddy..Ris sattlekan dulu masaalah perasaan Ris ni. Kemudian Ris akan
tolong Farid dengan daddy”.Faris
mengangkat punggungnya mahu keluar dari bilik daddynya. Hatinya bagai digaru,
tidak sabar matanya mahu melihat figura wanita yang dipanggil Nur Hidayah oleh
daddynya tadi.
“Haaa
Ris nak kemana tu”.
“Ris
nak pergi ke pejabat Farid. Farid tak datang hari ni kata PA dia tadi. Faris
nak tenguk apa yang boleh Faris buat..”.
“Ohh
ye ke, tak ada siapa bagi tahu daddy
Farid tak datang..demam lagi lah
tu. Semalam lagi kata dia demam”.
“Nak
kena agaknya PA Farid ni, kalau tak tak tahu kerja jangan kerja. Tadi Ris marah PA dia, daddy marah. Tenguklah
ni macam tak tahu buat kerja sahaja, tak
tahu kerja PA agaknya. Nak bagi tahu bos dia tak datang pun tak tahu..”.rugut
Faris. Tapi dimulut lain dihatinya lain.
“Apa
Faris nak marah-marah ni. Ingat!! jangan marah Hidayah tu..budak tu ok. Hanya
silap sikit sebab dia tak bagi tahu daddy tetang Farid tak datang sahaja
mungkin dia terlupa, tentang kerja dia cekap. ..budaknya baik tak banyak songeh.
Walaupun dia akauntan dia tak membantah pun bila disuruh buat kerja PA”.
“Itu
yang dia tak pandai buat kerja PA sebab bukan bidang dia. Apa Daddy ni letak
pekerja salah tempat. Nanti dia buat salah kita juga yang susah”.
Taak
dia ok..alah ni masaalah kecil sahaja.. kerja dia ok malah lagi cekap kerja dia
dari PA Farid yang lama. Cubalah Ris pergi tenguk kalau ada kerja Farid yang
tertangguh.. kalau boleh Ris sattlekan settlekanlah. Tapi jangan dimarah budak
Hidayah tu”. Berkali-kali Tengku Faizal menghalang dari Nur Hidayah dimarahi.
“Ialah”.Yang
sebenarnya sengaja Tengku Faris tunjuk garang didepan daddynya. Hatinya ingin
sekali mengenali gadis yang menjadi PA sementara anaknya. Namanya juga sudah
melekat dihatinya bila daddynya sebut sekali tadi. Dari suara yang berdengung
tadi Tengku Faris membayangkan dia seorang yang manis dan seksi..kerana
suaranya begitu berkeyakinan tetapi lembut dan manja pula. Ketika tiba dipejabat anaknya, ada tiga buah meja
yang berdekatan dengan pintu bilik anaknya.
Terus sahaja dia kemeja pekerja
yang paling hampir dengan pintu pejabat anaknya.. Kelihatan kebayangkan pekerja
disitu menjalan kan tugas dengan tekun sekali.
“Boleh
tahu mana satu PA Tengku Farid”.Tengku Faris berdiri disalah sebuah meja yang
berhampiran dengan pintu.
“Saya..saya
PA pada Tengku Farid..tapi hari ni dia tak ada ..dia tak sihat katanya pagi
tadi”
“Tadi
dia datang sini ke?”
“Tak..dia
bagi tahu melalui telefon”.
“Kenapa
you tak bagi tahu Tengku Faizal dia tak sihat”.
“Sebab
dia kata dia nak bagi tahu Dato’ sendiri”. Wah nampak berkeyakinan PA Farid ni.
Kata-kata yang keluar dari bibirnya tidak tergagap, walaupun dia tunjuk garang.
“Oklah,
saya ni Tengku Faris Ikhwan papa Tengku Farid. Saya
nak masuk pejabat dia tolong bukakan pintu”.
Rupanya
apa yang dibayangkan oleh Tengku Faris tadi meleset sama sekali. PA
anaknya yang hadapan mata ni berpenampilan berbungkus. Itu pada mata Tengku
Faris yang biasa melihat wanita-wanita seksi dedah sana dedah sini dan terbelah
disana sini, jadi bila nampak wanita bertudung dan berbaju kurang serasa
berbugkus pula wanita itu. Kemudian dia melihat gadis tadi seperti tidak
berseri, nampak pucat. Tidak seperti kebanyakkan wanita yang biasa dipandang
nya, yang berbibir merah dan basah, matanya galak digariskan celak, pipinya pula
bersemu merah jambu nampak gebu dan berbau wangi. Kewangianya walau pun duduk
beberapa kaki keharuman masih boleh dihidu. Wanita yang dihadapanya berlainan
sekali tidak berbau apa pun. Tetapi
entah kenapa seperti ada tarikan untuk dia terus memandang.
‘dia ni kalau
bermake-up sikit tentu lebih cantik,tak pakai mekap pun nampak manis..’. Sambil matanya memandang hatinya berkata
kata. Tampa sedar Tengku Faris menerung Nur Hidayah atas bawah- atas bawah
dengan pandangan SUPERMAN yang boleh tembus sampai kedalam. Tengku Faris
memandang pergerakkan NurHidayah dari di mula berjalan kearah pintu bilik
anaknya sehinggalah dia membuka pintu. Sehinggakan NurHidayah jadi tersipu bila
ditenung sebegitu oleh seorang lelaki.
Dihati Nur Hidayah pula berbisik oh nilah
orang yang diberi bernama Tengku Faris Ikhwan..patutlah ramai wanita tertawan
padanya. Walaupun sudah berusia namun masih kelihatan segak dan kacak. Orangnya
tinggi, kulitnya putih kemerahan berbadan tegap..setegap badan Fahrin Ahmad.
Raut wajahnya seakan tersenyum. Sekali
imbas seperti wajah Adam AF yang berkahwin dengan Fiza Elite.Tapi sikapnya
memang seperti buaya darat bila menenung wanita macam nak diterkam sahaja.
“Sila
lah masuk Tengku”. Jelajahan mata Tengku Faris terhadap diri NurHidayah
terhenti, bila mendengar suara menyapanya rupanya sambil merenung dia
berkhayal. Yang sebetulnya khayalnya menelanjagi figura Nur Hidayah jadi
terbatas, bila baju kurung yang agak longgar melindungi tubuh gadis itu. Itu
sebabnya dia merenung dengan bersungguh-sungguh sebab dia cuba membayangakan
berapa besar nasi lemak didada Nur
Hidayah nasi lemak yang berharga lima puluh sen atau pun seringgit. Dia tidak
dapat membayangkan lekuk, ketak dan benjolah ‘nasi lemak’pada tubuh gadis
itu…semuanya terlindung dek baju dan tudung..
“Thank
you”..Tengku Faris masuk kebilik anaknya. Sampai dibilik terus sahaja dia duduk
di kerusi anaknya. NurHidayah pula hanya setakat di ambang pintu sahaja
kemudian dia berpusing dan duduk semula di mejanya menyambung tugasnya.
“Dayah!!..siapa
tu?” rakan sekerja yang duduk di
hujung mejanya ingin tahu.
“Syyyt
.. duduk lah itu ayah bos”..
“Ia
ke, tak pernah tenguk pun kan?”
“aku
tenguk macam garang sahaja orangnya… tapi dasyatlah orangnya, aku tenguk tadi
semacam sahaja dia renung kau. Seram aku..” sedang mereka bercakap-cakap
intercom dimeja Nur Hidayah berbunyi..
Yang sebenarnya Tengku Faris mencari jalan
utnuk memandang gadis yang polos dan naïf. Entah mengapa naluri lelakinya bagai
tidak puas untuk menatap PA sementara
anaknya. Ahh teruk juga seleranya sekarang, gadis yang berbungkus pun
menjadikan selera lelakinya meluap. Dulu
dia sukakan gadis atau wanita yang terdedah. ..barulah ada sedap untuk
ditatap. Tidak menunggu lama bila datang
ideanya dia terus sahaja dia menekan intercom menghubungi Nur Hidayah…
“Boleh
tolong buatkan saya air”. Nur Hidayah terpaksa masuk kebilik bertanyakan selera
ayah kepada bos nya yang nampak agak angkuh.. Dia mengetuk pintu sekali dan
terus dibuka. Nur Hidayah berjalan menghampiri meja bosnya..
“Tengku
nak air apa? minuman panas atau minuman sejuk?..atau kalau mahu yang lagi
istimewa jemputlah Tengku ke kafe..tak jauh hanya ditingkat satu sahaja..
Tengku boleh pilih minum petang hotel Tengku ni”.
“Ohh
boleh juga..boleh awak temankan saya”.
“Untuk
tunjukkan dimana kafe boleh, tapi untuk temankan Tengku minum rasanya tak
boleh”.
“Kenapa
pula tak boleh..sayakan merangkap bos awak juga”.
“Saya
hanya pembantu untuk kerja-kerja pejabat sahaja. Lagi pun masa nikan Tengku
Farid tak ada, jika ada apa-apa keperluan nanti, tak ada siapa yang tolong
memberi maklumat”.
“Kalau
macam tu awak tolong ambilkan saya air
mineral sahaja”. Nur Hidayah keluar dari bilik bosnya untuk mengambilkan apa yang dikehendaki oleh ayah
kepada bosnya. Ada dua buah fail diatas meja Tengku Farid namun dipandang sepi
oleh Tengku Faris. Mindanya sibuk menganalisa wajah Nur Hidayah yang baru
sebentar tadi ditatapnya…
Walaupun wajahnya tidak disolek, namun wajah
bersih itu nampak cantik dan ayu. Berbadan lansing dan tinggi, kulitnya putih mulus
walaupun tidak seputih kulitnya. Bentuk muka yang bujur menampakkan
hidungnya panjang dan mancung. Matanya
agak sepet…Tetapi jika sekali imbas mengapa ada imbasan Tengku Farid pula
dibayangan wajah Nur Hidayah. Ohh ini mungkin tujuh wajah manusia yang seakan
sama tetapi dalam dua versi..lelaki dan wanita pula.
Tengku Faris tersenyum sendiri. Tersenyum dengan akal yang berkata pada
dirinya sendiri. Sedang dia berkhayal membayangkan wajah Nur Hidayah pintu
bilik di ketuk. Dua kali ketuk terus terkuak dan tercongol NurHidayah menatang
dulang kecil, didalam nya terletak sebotol air mineral, gelas dan sedikit buah-buahan didalam piring.
Tengku Faris memandang Nur Hidayah dari mula di masuk pintu dan
berjalan dengan menatang dulang dengan cermat, dia meletakkan hidangan diatas
meja. Kemudian dia tolong membuka dan menuang air kedalam gelas. Segala
perbuatan Nur Hidayah diperhatikan oleh Tengku Faris satu persatu. Matanya
bagai susah mahu mengalihkan pandaganya memandag ketempat lain. Wajah itu bagai
tidak jemu untuk dipandang..Dirinya mula membayangkan dia sedang dilayan oleh
seorang isteri. Pandangan mata Tengku Faris menyebabkan rimas pada Nur
Hidayah..rasa nak cepat keluar sahaja bila dirinya ditenung sebegitu oleh
seorang lelaki. Cepat-cepat Nur Hidayah menyelesaikan kerjanya. Selesai
kerjanya dia menjemput ayah bosnya minum (Mak teh nak banyangkan macam mana
orang lelaki gatal bila tenguk perempuan
tapi rasanya macam tak jadi pula)
“Jemput
minum Tengku”..Setelah Nur Hidayah
keluar dari bilik, Tengku Faris mula mengambil gelas yang sudah berisi air.
Biar
pun hanya air mineral sahaja tetapi terasa manis pula airnya. Istimewa sungguh
air mineral yang di tuang oleh Nur Hidayah.
Ahhh Tengku Faris sudah berlebih-lebih pula..Ialah mungkin dirinya sudah
lama tidak mendapat layanan dari seorang isteri, naluri lelakinya mula mencari.
Tetapi dulu isterinyanya hanya melayani dirinya diatas katil sahaja. Bab tuang
menuang air pelayan restoran yang buat. Dan kalau bab menyuap dia yang akan
menyuap isterinya konon adigan romatik. Sambil meneguk air bibirnya mengulum
senyum penuh makna. Hingga keakhir waktu bekerja, Tengku Faris dibilik pejabat
anaknya. Sambil dia menyelak-nyelak isi kandungan fail bibirnya masih
tersenyum..tapi tidak tahu apa yang mengembirakan hatinya..
Malam itu seperti kebiasaan Tengku
Faris kekelab mencari hiburan.. tetapi entah mengapa hanya wajah polos Nur
Hidayah yang bermain ditubir matanya. Bila dia memandang Syakira wajah Nur
Hidyah yang tertempel disitu. Bila Ane mengesel tubuhnya dilengannya yang
terpandang wajah Nur Hidayah juga. ‘Dah terkena minyak senyonyong agaknya dia’,
detik hatinya. Tapi siang tadi dia tidak bersentuhan pun dengan Nur Hidayah.
Hari itu wajahnya jadi berseri bila senyum yang menghiasi bibirnya tidak pernah
surut. Walaupun begitu dia sayang mahu membuang wajah Nur Hidayah yang mengganggu pandanganya. Sehinggakan dia
tidak jadi meneguk air mabuk kerana dia takut bayangan Nur Hidayah hilang dari
pandagan matanya.
“Happy
nampaknya hari ni Tengku..Happy sangat ke dapat jumpa I”.Gesel Ane lagi.
Menggesel gunungnya dilengan Tengku Faris.. menggoda. Moga dia dapat mendapat
habuan malam itu.
“Mana
pernah I tak happy..I happy selalu Ane”.
“Ialah
tu..tapi malam ni I nampak you lain, happy you nampak lain, happy you dari hati
you. You nak minum apa malam ni”. Manja
melentuk-lentuk dan menggesel-gesel asetnya ke badan Tengku Faris bersambil Ane melayaninya berbual.
“Tak
apalah nanti I oder. Ehh Syakira mana tak Nampak pun..”
“You
niii I depan mata you nak layan you tanya Syakira yang tak ada buat apa. Dia
dah ikut jantan lain tadi..sebab you datang lambat..Biar lah dia. Malam ni I
hanya untuk you seorang”. Belum sempat
habis Ane berkata-kata kelihatan Shakira datang dengan lenggang-lenggoknya.
“Ingatkan
you tak datang tadi. Apa pasal lambat. Nasib baik I tak ikut kepala angin tu
tadi”.
“Apa
pasal you tak ikut”..
“Ehh..malas
lah I, dia tu gelojoh..tak sempat apa dah nak terkam sahaja. Lepas tu kepala
angin..malas I”.
Ane dan Syakira yang mahu melayaninya malam
itu menggesel manja bagai kucing parsi ke kaki tuannya. Dengan dada yang
terdedah menunjukkan betapa pejalnya benjolah
dan berapa dalam lurahnya. Namun yang herannya tidak menarik minat Tengku Faris. Selalunya
bicara dan geselan manja itu membuatkan semangat jantannya jadi berkobar,
tetapi tidak untuk malam itu. Biar pun Ane atau Syakira yang berbicara namun
yang kelihatan dan kedengaran suara Nur Hidayah. Biar pun bibir Tengku Faris
mengukir senyum, namun senyumnya itu yang sebenarnya bukan untuk mereka..bukan
untuk dua wanita yang sedang menggesel badan dilenganya.
p/s untuk malam ni tak ada ye..
p/s untuk malam ni tak ada ye..
Ingatkan Nurhidayah, isteri Halim. Bukan kan Mak teh?
ReplyDeleteTak sabar nak tau kesudahan citer ni. Camne reaksi semua kalau tau hubungan biologi antara Nurhidayah & Tgku Faris.
Dpat teka Hidayah anak luar nikah Tg Faris baca dlm Jangan ada Rahsia ke..tpi mengenai umur mungkin lari sikit..mak teh tak sempat nak kenyot crita..ok kan. Yg sbtulnya tak pernah terfikir nak sambung crita jngan ada rhasia..bila dngar satu kisah mak teh rasa boleh diolah dan dibuat pengajaran kisah tg faris jdi makteh masukka kisah yg mak teh dengar tu untk kita kongsi bersama.
ReplyDeleteJanganlah Tg Faris jatuhnya cinta dengan Nor Hidayah. Anak tu.. walaupun tak sah taraf dan sah nikah tapi alahai tak tergamak rasanya.....
ReplyDeleteBetul tu...walau anak tak sah taraf halal dinikahi tapi keturunan tetap sama..minta dijauhkan.
ReplyDelete