“Entahlah bila ada anak-anak yang mengharapkan kasih kita, kita jadi rindu pada mereka pula itulah yang saya rasa bila tak jumpa anak-anak awak. Sekarang ni rindu saya dah terlerai saya nak baliklah. Nak bagi peluang awak dengan anak-anak awak pula. Saya mesti sedar diri, saya hanya menumpang kasih anak orang saja”.
“Ehhh jangan lah macam tu esokkan baru
hari Ahad, awak memanglah dah ok. Tapi budak berdua ni yang tak ok lagi
rasanya, mereka belum puas lagi nak merasa awak memanjakan mereka. Tenguk tu
mereka lena pun kat pangku awak. Apa kata esok kita jumpa abang awak kat
Gemencih bincang dengan dia. Dua minggu lagi saya dah pergi kerja. Bulan satu
lagi masa saya cuti kita nikah. Boleh?”. Sungguh Mizan sangat berterus terang
orangnya.
“Ehh awak ni mudahnya. Takkan awak tak
nak bincang dengan emak ayah awak kat dalam tu. Jangan paksa mereka terima saya
sebagai menantu. Kali ni kalau saya nikah saya nak nikah dengan keluarganya
sekali. Saya tak mahu kahwin dengan anak sahaja. Saya nak mereka memang rela
menerima saya dari hati mereka yang tulus.
Saya tak akan terima jika hanya anaknya sahaja yang sukakan saya tapi
keluarga dia terpaksa menerima saya. Terus terang saya katakan saya dah tak ada
ibu ayah, saya ni macam sebatang kara kat dunia ni, ada adik beradik pun dah
menyisihkan saya, saya perlukan kasih sayang keluaga mentua”.
“Yang itu awak jangan bimbang saya
memang dah bincang dengan keluarga saya. Dan mereka memang setuju sangat
menerima awak. Esok jadi ye kita keGemencih jumpa abang awak”.Sarah memandang
wajah yang dihadapannya. Ada riak harapan disitu.
Pagi Ahadnya seperti yang telah
dipersetujui Sarah dan Mizan keGemencih mendatangi abang sulong Sarah untuk
membolehkan Sarah bernikah berwalikan abang kandungnya. Masuk sahaja kekereta
Mizan hati mula Sarah berperang gedebak gedebuk. Terkesan pada riak wajahnya
yang dia sedang takut bila tanganya tidak berhenti meramas antara satu sama
lain.
“awak ni
kenapa, takut dengan saya ke?”.
“Kenapa saya
nak takut dengan awak. Awak ada kes ke? Perogol bersiri atau orang sedang
dicari oleh polis kerana membunuh?”
“Hssy awak
ni muka saya ada dalam kategori itu ke?”
“Tak
lah..tapi awak cakap saya takut dengan awak, biasanya kita takut dengan orang-orang
yang macam tu. Orang-orang yang macam ni hatinya kering tak ada belas kasihan
langsung.”
“Tak adalah..
kalau awak tak takut dengan saya, jadi awak takut nak jumpa abang awaklah.
Takkan jumpa abang sendiri awak takut. Kalau betul awak takut bacalah selawat
keatas nabi banyak-banyak, InsyaAllah akan tengang hati kita.”
“Terima
kasih diatas tunjuk ajar awak”.
“Sama-sama kasih. Tapi kenapa awak nak takut nak jumpa
abang sendiri?”.
“Entahlah
terus terang saya katakan saya tak mesra langsung dengan abang-abang saya ni.
Kami jarang berkumpul, sebab dia selalu duduk rumah nenek sebelah ayah kami.
Masa sekolah sahaja dia duduk dengan kita orang. Saya sebenarnya kagum dengan
kemesraan ahli keluarga awak.”
“Keluarga
saya memang macam tu mungkin emak ayah anak tak ramai. Macam kak Maya dia anak
sulong tentu emak ayah sayang dia, saya pula anak lelaki sorang, dan Yam anak
bungsu diaorang. Saya yang sebetulnya nak jadi macam emak ayah saya kahwin
sampai tua bersama dengan isteri yang kita yang sama-sama mengalami apa-apa pengalaman
yang pertama hingga keakhir tetapi
takdir. Siapa yang boleh melawan takdir, saya redha dia pergi, tapi saya kena
mencari fitrah hidup saya sendiri. Fitrah kita, setiap yang hidup mesti berpasangan. Dan anak-anak perlu
ibu ayah untuk merasai kasih sayang.
Pada awak salah ke saya mencari penganti arwah isteri yang telah pergi dan dia
tak akan kembali lagi untuk memenuhi fitrah hidup, saya dan anak-anak?”.
“Jika awak
sebut tentang fitrah, awak tak salah. Tapi kalau awak sebut setia awak salahlah
kerana menduakan dia”.
“Tapi dalam
AlQuran ada menyatakan, Allah menjadikan makluknya tu berpasangan. Kalau
berpasangan tentu kedua-duanya tu hidup dan bernyawa supaya dapat antara satu
sama lain itu memenuhi fitrah yang Allah dah kurniakan. Nafsu tu kurniaan
Allah. Dengan nafsu setiap pasangan dapat
hidup berkasih saying, supaya dapat melahirklan zuriat untuk menyambung
kehidupan yang seterusnya, maksudnya lagi supaya mahluk Allah didunia ni tak
pupus. Dah dinyatakan dengan jelas setiap yang hidup ni akan mati, jadi sebelum
hidup ni berakhir diwajibkan kita meninggalkan zuriat penyambung kehidupan akan
datang.” Wah panjang lebar ustaz Mizan
Khir berceramah. Yang sebetulnya dia cuba membantu Sarah melupakan apa yang
sedang bergolak didalam hatinya. Mizan tahu Sarah gemuruh untuk menemui abang
sendiri. Mungkin abang Sarah ni seorang yang garang atau tegas itulah sebabnya
dia takut untuk memintanya menjadi wali kepada dirinya.
“Jadi awak
tak naklah setia hingga kehujung nyawa pada arwah isteri awak tu”.
“Saya akan
setia hingga kehujung nyawa kalau dia bernyawa macam saya ni. Saya memang tak
berniat hendak menduakanya kalau dia masih hidup. Sekarang dia dah tak ada,
sedangkan saya masih ada fitrah saya kerana saya masih bernyawa. Saya terpaksa
juga meneruskan kehidupan saya kerana anak-anak memerlukan saya untuk hidup
mereka dihari hadapan. Dan mereka pun ada fitrah sebagai anak-anak sebelum
mereka dewasa. Fitrah mereka perlukan seorang ibu untuk mereka menerima kasih
sayang. Itu fitrah anak-anak. Pada saya bukan anak manusia sahaja yang perlukan
kasih sayang, cuba awak tenguk anak kucing, anak ayam itu yang kita boleh
nampak dengan jelas, mereka perlukan kasih sayang ibu dan perlindungan dari
ibu. Yang sebetulnya anak-anak memerlukan ibu lebih dari ayah mereka. Kerana
fitrahnya ibu lebih banyak masa bersama mereka dari ayah”.
“emm” Tetapi
didalam hati Sarah berdetik.. hebat juga duda disebelahnya ni kalau dah
berkata-kata. Luaran nampak garang dan tak pandai berkata lembut tetapi
berkenaan hidup di perhatikan dengan bersungguh. Dalam pada berbual kini mereka
sudah menghampiri pekan Gemencih. Melihat papan tanda Gemencih hati Sarah
berdebar semula.
“Awak! Saya
rasa kita pergi mini market dialah. Biasanya dia akan duduk dimini market dia
kalau hari-hari cuti macam ni”.
“Ok”. Mizan
mengikuti tunjuk arah Sarah untuk sampai kemini market abang sulong Sarah yang
letaknya dikawasan perumahan Pekan Gemencih. Akhirnya mereka sampai juga
dihadapan sebuah mini market agak sederhana besar kepunyaan abang sulong Sarah.
Mizan
memberhentikan keretanya dihadapan bagunan dua tingkat. Terpampang dengan jelas
tulisan yang bertulis Zamri and Son
dihadapan rumah kedai sederhana besar sederhana
besar milik keluarga arwah ayah Sarah. Mizan yakin rumah kedai milik keluarga
Sarah bila milihat nama yang tertulis dengan nama Zamri. Bukankah Zamri itu
nama arwah ayah Sarah.
Sarah turun
dari kereta terus menuju masuk kelama mini market diikuti oleh Mizan
dibelakangnya. Sarah menemui salah
seorang pekerja didalam mini market itu.
“Encik Zul
ada tak? Boleh saya jumpa Encik Zul?”
“Puan ni
siapa. Encik Zul ada dipejabatnya”.
“Saya
Maisarah, saya adik dia. Tak apalah saya pergi jumpa dia”.
“Saya kena
bagi tahu dia juga jomlah ikut saya”.
Ketika Sarah
masuk kepejabat Zulkifli terus sahaja dia disapa…
“Lama kau
menghilang, kau kat mana sekarang ni?”
Sarah menghulur tangan bersalaman
dan mincium tangan abangnya penuh hormat diikuti dengan Mizan.
“Sekarang ni
saya kerja kat Damansara bang” .
“Ada apa hal
kau nak jumpa aku. Siapa pula yang kau
bawa ni”. Berengkau dan aku sahaja abang
siSarah ni memang tiada aura kemesraan antara abang dan adik detik hati Mizan
yang hanya mendengar perbualan mereka. Lepas tu garang sahaja kedengaran
suaranya.
“Er..Er..Sarah
sebenarnya..” Tidak lancar bicara Sarah untuk menyatakan tujuan mereka datang,
mungkin mendengar suara abangnya yang garang menyebabkan dia takut. ‘Lemah semagat juga siSarah ni, kalau cakap
dengan aku pandai juga dia melawan ni depan abang dia tergagap pulak.’ detik
hati Mizan. Mizan memahami keadaan Sarah.
Dia membantu Sarah.
“Bang
sebenarnya kami datang ni nak minta tolong. Saya nak nikah dengan Sarah, saya
minta tolong abang sudi menjadi walinya nanti.”
“Engkau ni
bujang lagi ke atau laki orang ?” ohh sungguh berterus terang abang siSarah ni,
bujang tak bujang apa kena mengena dengan aku nak nikah dengan adik dia bebel
hati Mizan. Namun untuk meghormati abang Sarah Mizan menjawab dengan jujur.
“Saya dah
duda, dah ada anak pun”.
“Haa!! kau
Sarah.. kau yang menyebabkan dia ceraikan isteri dia ke, supaya kau dapat
kahwin dengan lakinya.”.
“Tak bang
isteri saya meninggal sebelum saya kenal Sarah lagi. Dia meninggal kerana sakit
jantung”.
“Kenapa dia
sakit jantung, sebab tak tahan dengan perangai kau ke yang suka main perempuan?”. Astaghfirullah bahasa abang Sarah ni
membolehkan Mizan diserang sakit sakit jantung secara tiba-tiba ni. Mizan mengucapkan Astaghfirullah
berulang kali untuk menenangkan hatinya. Tadi dia yang menyuruh Sarah membaca
selawat suapaya hatinya tenang, kini dia pula yang harus mencari ketenangan
bila mendengar kata-kata abang Sarah.
“Tak bang
dia mula dikesan ada sakit lemah jantung bila mengandung anak kami yang pertama
dan tidak digalakkan mengandung lagi lepas tu. Tapi ialah lepas mengandung anak
pertama mugkin dengan kecuaian saya dia termengadung lagi. Bila saya suruh dia gugurkan dia tak mahu dia
sayang anak yang dah jadi dalam rahim dia. Jadi dia teruskan kandunganya hingga
lahir walau pun dia tahu risiko yang bakal dihadapai. Empat bulan selepas dia
melahirkan anak kami yang kedua dia meninggal”.
“Aku yang
sebetulnya, tak akan berkerjasama kalau Sarah nak kahwin dengan laki orang
dengan jalan yang salah. Aku tak mahu ada anak-anak yang jadi macam aku dan
Zuhairi. Kau tahu tak aku dan Zuhairi tersisih dan terpinggir dari pemerhatian
ayah kerana emak kau Sarah. Kalau tak, kami pun macam kau juga dapat pergi
belajar lebih tinggi lagi taklah setakat tingkatan lima sahaja.”
“Kenapa pula
abang nak salahkan arwah emak pula bukan ke emak tu emak kita. Tak baik kita
cakap macam tu pada emak yang dah melahirkan kita bang.”
“itu emak
kau bukan emak aku” Terkejut Sarah dan Mizan mendengar suara tinggi Zulkifli
yang kedengaran marah.
“Maksud
abang??” Tanya Sarah ingin tahu. Yang sebenarnya Sarah tidak tahu kisah emaknya.
“Kita hanya
adik-beradik satu ayah sahaja. Emak kau tu dulu mengunakan cara tak baik untuk
mendapatkan arwah ayah. Bila dah dapat ayah aku, dia fitnah emak aku pula hingga
mati emak aku dibuatnya kerana fitnah dari emak kau”.
“Fitnah..”
“Ia.. dia
fitnah emak aku ada hubungan dengan sepupu ayah sendiri, kebetulan pakcik aku
tu ada masaalah kewangan. Ayah pula tampa usul periksa percaya dengan segala
apa yang diceritakan. Apa lagi naik kaki
tanganya kat badan emak aku hingga mak aku keguguran. Lepas tu dia tak balik
lagi. Cerita finah ni terbongkar bila pakcik aku tu buka rahsia mereka. Ialah
mengunakan duit hasil fitnah tak akan senang sampai bila-bila. Bila dah
terbongkar dan ayah mula sedar tapi dah tak berguna emak aku pun dah mati. Emak
kau kata untuk menebus salah dia konon, dia minta bela kami dua beradik. Rupanya
dendamnya pada emak aku tak habis lagi walaupun ayah dah dalam genggaman dia
dan emak aku dah masuk dalam tanah. Kau tau tak apa yang dia buat pada kami?.”
“Abang tak
cerita Sarah tak tahu. Sebenarnya Sarah tak pernah tahu yang kita ni adik
beradik satu ayah. Arwah emak tak pernah cerita pada Sarah, walaupun Sarah anak
yang paling lama duduk dengan dia dan Sarahlah yang jaga dia sampai dia
meninggal”.
“Emak kau
memang licik Sarah, dimata orang dialah wanita paling lembut. Tapi bila kita
dah rapat dengan dia tahulah perangai dia macam mana. Kau nak tahu apa yang dia
buat pada aku dan Zuhairi”.
“Ceritalah
bang Sarah nak tahu supaya boleh dijadikan sempadan untuk hidup Sarah masa
hadapan”.
“Aku nak
ceritalah ni, sebab aku nampak peranagai kau tak macam peragai emak kau. Kau
nak tahu masa depan arwah ayah, emak kau sangat baik dengan kami. Cakap pun
lembut. Makan pun apa yang dia makan
itulah yang dia bagi pada kami. Tapi kalau ayah tak ada, dia keluarkan
kata-kata kesat. Perkataan bodoh untuk kami
tu dalam sehari entah berapa kali keluar dari mulut dia. Dia dera
perasaan dan fizikal kami. Kami yang akan melakukan kerja-kerja rumah membasuh
mengemas. Bila ayah dah nak balik dari kedai barulah kami disuruh berehat.
Itulah sebabnya aku akan lari duduk rumah nenek kalau cuti sekolah. Itu
sebabnya nenek pun benci dengan emak kau anak beranak termasuklah engkau
sekali”.
“Kenapa
abang tak mengadu dengan ayah emak buat abang macam tu”.
“Cakap pun
tak guna.. ayah tak percaya. Sebab arwah nenek pernah cakap apa yang emak kau buat pada kami dua
beradik dengan ayah tapi ayah tak percaya. Bila emak kau dapat tahu nenek
mengadu kat ayah, lagi teruk kami dibuatnya.
Dia menghasut ayah suapaya kami tak dapat sekolah lebih dari tingkatan
lima kau tahu tak. Emak kau tu memang licik.
….Yang aku
hairan kalau depan emak kau, ayah macam tak boleh nak berfikir dengan waras.
Hanya setahun sebelum dia meninggal ayah tersedar dengan perangai emak kau.
Itupun kerana terjumpa ketika itu emak kau tengah memakihamum kami dua beradik,
katanya lama dia diluar rumah mendengarkan kata-kata kesat yang emak kau
tujukan pada kami. Allah tu Maha Pengasih.. perbuatan jahat ni tak boleh nak
sorok selamanya. Masa tu ayah balik lebih cepat dari biasa, dan masa tu mungkin
emak kau tak sangka ayah balik. Barulah ayah sedar apa yang emak kau buat pada
kami selama ni. Untuk menebus segala kesalahan ayah, ayah serahkan mini market
ni pada aku dan kebun kelapa sawit yang kat rumah nenek tu pada Zuhairi, dengan
syarat kami terpaksa memberi sedikit hasil kebun dan hasil kedai sampai emak kau mati. Dan aku
dah tunaikan syarat tu. Lepas mak kau mati kau tak ada hak lagi untuk mini
market ni atau pun kebun kelapa sawit Zuhairi. Kalau kau tak percaya ayah ada
buat satu surat perjanjian dan ditanda tangani oleh peguam sekali. Surat ni
buat didepan mak kau sekali tau. Itu sebabnya mak kau tak boleh nak cakap
banyak pasal harta yang ayah bagi pada kami berdua”.
“Tak bang Sarah tak berniat nak tuntut apa-apa dari
harta pusaka yang tak di untukkan pada Sarah bang”.
“Eloklah
kalau macam tu. Haa ni satu lagi aku nak cerita. Tanah yang kau kongsi dengan Hadizah
ni pun sekarang ni tengah nak direbut oleh Kamal. Aku harap kau jangan pergi
rumah Ijah takut kalau Kamal paksa kau tanda tangan surat yang membolehkan dia
ambil tanah pusaka tu. Nanti kau adik deradik dapat ‘habok’ sahaja”.
“Ehh
kenapanya yang jadi macam tu? Abang Kamal kan suami kak Ijah kenapa dia nak
berebut dengan isteri sendiri pula”.
“Kau tahu
tak..Hadizah dapatkan Kamal tu cara tak baik. Cara emak kau. Emak kau ni
pantang nampak orang berada sedikit semua ditariknya menjadi ahli keluarga dia
termasuklah Kamal. Kebetulan Kamal pernah datang rumah emak kau sebab dia kawan
satu tempat kerja dengan Ijah. Entah macam mana dia boleh tersangkut dengan
Ijah sedangkan dia dah bertunang masa tu, aku dengar dari cerita orang tunang Kamal
ni cantik dan warak orangnya. Itulah sebabnya emak ayah Kamal tak setuju anaknya kahwin
dengan Ijah. Bila niat diteruskan juga, emak dan ayah Kamal buang dia dari
senarai penerima harta keluaraga dia. Sekarang ni Kamal salahkan Ijah yang menyebabkan
dia tak dapat harta keluarga. Sebagai ganti dia nakkan rumah dan kebun
kepunyaan kau berdua tulah, sekarang ni pula Kamal dah bawa kekasih dia duduk
kat rumah pusaka kau tu. Ijah tak tahan duduk serumah dengan kekasaih suaminya.
Aku dengar dia lari duduk menyewa rumah lain.
..Aku cerita
banyak-banyak ni bukan nak mengutuk emak kau yang dah tak ada tapi akau nak
jadikan cerita emak kau sebagai pengajaran pada kau. Jangan ambil hak orang, kalau
kita ambil hak orang Allah akan balas, tak pada kita, pada cucu cicit kita. Kau
tenguk sendiri Ijah mungkin dia macam tu kerana perbuatan emak kau. Aku kesian
kat kau Sarah, kalau kau nak merebut laki orang aku tak akan bekerja sama atau
membantu Sarah. Aku nasihatkan..Pada aku, biar aku tak kahwin dari kita
mengambil hak orang. Yang aku takutkan adalah sumpah orang yang tak redha.
Macam mak aku, aku tahu dia tak redha sampai dia mati Sarah.”
“Tak
bang, yang beria nak nikah dengan Sarah
saya bang. Saya yang nak carikan emak untuk anak saya”.
“Oklah, aku
pun nampak kau yang beriya siapa nama kau tadi”.
“Mizan bang..
Mizan Khir”.
“Kalau betul
kau nak nikah dengan Sarah berwalikan aku datang Isnin esok kat pejabat ugama,
aku tak suka tangguh-tangguh, takut perkara tak baik berlaku pada Sarah. Aku
harap kau ikhlas nikah dengan dia”.
“Isnin bila
bang?”.
“Hari ni
hari Ahad kan esoknya Isnin. Isnin itulah. Kenapa kau rasa berat pula ke nak
nikah dengan Sarah ni.”
“Tak..Ok
kami datang Isnin ni, saya akan bawa emak ayah saya sekali”.
“Ok Isnin ni
dipejabat ugama, kamu berdua tak payah datang sini lagi, tapi aku nak pagi,
agak-agak 830 pagi. Aku suka cepat..kerana aku ni banyak hal nak diselesaikan.
Ingat ye pukul 830 pagi”.
“InsyaAllah..kami
balik dulu”. Selepas bersalaman dan mengucapkan salam Sarah dan Mizan pulang
semula keMelaka. Berbagai rasa yang timbul dihati Sarah. Rasa malu, rasa kesal
dan rasa bersalah dengan perbuatan emaknya. Dia tidak mengenali emaknya secara
mendalam rupanya. Walaupun setengah dari
umurnya duduk sebumbung dengan arwah emaknya dahulu. Benar kata abangnya
emaknya seorang yang licik. Dia pernah mendengar kata-kata penghinaan arwah
emak kepada bekas emak mertuanya walaupun sudah lama namun kata-kata arwah
emaknya tidak mampu dilupakan oleh bekas emak mertuanya. Pada ketika itu dia
melihat wajah emaknya yang berkata dengan wajah yang sambil tersenyum namun
perkataanya pedas dan menghiris hati.
Ketika dia berjalan mengekori Mizan hingga kekereta
NISSAN ALMERA kepunyaan Mizan, dia
berjalan seperti orang yang sedang berkhayal. Bila Mizan berhenti untuk menoleh
kebelakang Sarah dengan tidak sengaja melanggarnya. Sehingga dia di tegur oleh
Mizan.
“Awak ni kenapa, awak masih dibumi atau dah sampai langit
yang ketujuh”.
“Apa maksud awak?. Pada saya kalau saya dah sampai kelangit
yang ketujuh ertinya saya dah mati tau. Awak suka ke saya mati. Kalau awak rasa
berat hati nak ambil saya jadi isteri awak. Beritahu, saya tak akan berkecil
hati, dan saya tak akan merayu pada yang dah tak sudi.” Entah mengapa dia jadi
sensitive pula saat itu.
“Iss iss awak ni emo pulak datang bulan ke. Dah cepatlah
masuk, cepat kita sampai Melaka cepat kita uruskan apa yang patut kita sediakan
untuk ajenda esok pula”.
Sarah mengikuti arahan
Mizan dia masuk kekereta yang sudah dibukakan pintunya oleh Mizan. Ahh gentleman pulak duda sorang ni detik hati
Sarah bila Mizan membukakan pintu sebelah penumpang untuknya.
Bila kereta mula bergerak Sarah mula memcari ayat untuk memastikan
keyakinan Mizan terhadap dirinya.
“Awak!, setelah awak dengar cerita arwah emak saya, awak
masih dengan niat awak ke”.
“Niat yang macam mana?”.
“Ehh awak ni, niat awak apa..niat awak nak nikah dengan saya
lah”. Sebenarnya Sarah agak tidak sabar dengan perangai Mizan yang seperti
mempermain-mainkan dirinya bila dia berkata-kata.
“Cakap tu kasi terang, mana tahu saya ada niat lain yang saya
cakapkan pada awak tapi saya terlupa, nanti jadi salah faham pula. Bab nak
nikah dengan awak saya tak akan berpatah balik, sekali saya lafaz saya akan
teruskan, saya tak akan mungkir janji.”.
“Awak tak takut ke saya akan jadi macam emak saya yang
mempersiakan anak-anak tirinya”.
“Saya percaya awak sayangkan anak-anak saya dari hati awak
yang tulus. Awak sayangkan mereka bukan kerana nak jerat saya jadi suami.
Betulkan macam tu”.
“Saya tak boleh nak kata ‘betul’
untuk menunjukkan saya jujur. Tapi sungguh saya tak sangka ayah Zurin dan Zira
semuda awak”.
“Kalau saya muda, awak tak berkeyakinan dengan saya untuk
jadi suami awak”.
“Awak ni pandai betul nak putar belit ‘kata’ kan. Saya jadi takut
dengan cara awak bercakap.” Sarah jadi geram dengan bahasa yang keluar dari
bibir Mizan, dia seolah-olah sedang mencari kelemahanya. Jika sekiranya dia
tidak sudi untuk mengambil dirinya dia rela. Dia akan mengundur diri dengan
senang hati.
Salam mak teh. Kesian jugak pada sarah ya. Harap-harap dia tak ikut perangai mak dia yang tak semengah tu. Harap dia masih kekal dengan kasih sayang pada zurin dan zira mcm anak kandung sendiri.
ReplyDeleteAbang2 Sarah ni bukan la jahat@tamak harta. Tapi semua berpunca dari kejahatan maknya. Ok la tu Mizan dah tau semua. Lepas ni hubungan adik beradik dapat dipulihkan.
ReplyDeleteOooo gitu iye kisah family sarah..
ReplyDeleteCerita makin menarik mak teh..
Cara abang Sarah bercakap macam dia tau je sebelum ni sarah kawin dengan laki orang.
ReplyDeleteSarah sendiri banyak tak tau sejarah kekejaman ibunya.
Mungkin dia ingat emak n kakak sarah buruk perangai..sanggup guna cara apa pn asalkan kehendak tercapai...jadi dia ingat sarah pn sama walau pn adalah sikit2 menurun perangai dia masa dia nak lalaikan syukri time dulu2 sampai lupa anak bini sekejap..
ReplyDelete