“Nanti Lut aku cerita satu-satu, aku
kenal Maisarah masa kami sekolah menengah lagi, masa tu aku dengan dia.. kata
orang tu ‘couple’, cinta monyet zaman sekolah, dia tingkatan empat dan aku
tingkatan lima”.
“Aku dah tahu cerita kau itu, kau dah
cerita duuulu. Aku hanya nak tahu kenapa sampai hati kau mainkan perasaan Nuri.
Nuri tak layan kau dengan baik ke atau sebab dia tak dapat mengandungkan anak
kau, itu yang kau nikah lain, lepas tu nikah curi-curi pulak tu. Aku tak suka
kau buat dia macam tu, aku rasa bersalah, sebab aku yang bagi nombor dia pada
kau, sampai dia terjerat dengan kau. Kalau aku tahu kau akan buat Nuri macam ni
mati hidup balik aku tak akan bagi Syuk. Aku meyesal Syuk menyesal
sangat-sangat”.
“Tapi kau kena dengar cerita aku dulu kenapa
aku terpaksa nikah dengan Sarah ni. Aku habiskan cerita aku dulu. Aku cakap aku
dah lupakan dia dulu tu memang betul, aku dah tak ada apa-apa perasaan dengan
dia. Tapi bila dia menghubungi aku balik, aku jadi serba salah. Pada mulanya aku
hanya nak jadi tempat dia meluahkan masaalah dia saja. Tapi mana tahu enam
bulan lepas dia datang jumpa aku, minta kerja. Kebetulan kerani aku pula
berhenti secara mengejut jadi aku offer dia kerja kat sini. Inilah kesilapan
aku. Bila dah kerja kat sini kau
tenguklah, dalam bilik ni hanya aku berdua saja dengan dia Lut, perkara yang
tak baik kalau nak berlaku tak ada siapa yang
nampak. Pekerja kat bawah tu memang jarang naik, kecuali masa ambil gaji
sahaja…
…Bila dia dah kerja kat sini dia buat
aku macam dulu, macam masa kami sekolah menengah dan kolej, kemana aku pergi
dia akan ikut, kalau boleh masuk tandas pun dia akan ikut aku. Aku seba salah
sebetulnya, aku ada juga hint kat dia supaya dia cari kerja lain, tapi dia tak
faham, aku nak cakap terus terang aku tak sampai hati. Bila dah lama kerja kat
sini orang pun mula pandang serong kami berdua. Aku tak ada pilihan aku
terpaksa demi maruah dia, aku kesihan dia image dia dah tercalar, aku
dengar ada orang cakap aku buat dia
sebagai perempuan simpanan.Tapi salah aku juga aku yang sewakan apartmen untuk
dia…
….Tapi aku pun terpaksa sewakan ruamh
untuk dia. Selama beberapa bulan dia sampai kat sini dia sewa bilik. Kerana nak
yang murah dia menyewa rumah yang bercampur lelaki dan perempuan. Aku suruh
juga cari yang pennyewanya perempuan sahaja, tapi dia kata ada tapi mahal, dia
tak ada duit. Aku kenal dia Lut aku tak sampai hati melihat dia membahayakan
diri dengan duduk lelaki dan perempuan dalam satu rumah, walaupun bilik mereka
asing-asing. Jadi aku sewakan dia apartment. Masa tu hati aku bercampur dengan
hasutan syaitan. Detik hati akau yang jahat ni.. pada aku dah berhabis untuk
dia baik aku jadikan dia isteri aku, itu
yang aku ikut hati jahat aku. Aku nikah”.
“Aku nak tanya ni kau jawab dengan jujur,
kenapa kau masih layan dia walaupun kau
dah ada Nuri. Ini kesalah kau!
sepatutnya bila kita dah kahwin, kita kena jaga hati dan pergaulan kita.
Perhubungan lelaki dengan wanita yang bukan muhrim walaupun dengan apacara
sekali pun walaupun hubungan dengan telefon yang tak ada perjumpaan,
lama-lama akan menimbulkan rasa. Pertama
rasa sayang kalau dah ada sayang mesti
rasa rindu. Atau satu lagi rasa rasa tak lengkap hari kalau kita tak dengar
suara dia atau tak pandang wajah, itulah
yang bahayanya perhubungan wanita dan lelaki yang bukan muhrim. Bukan
muhrim ni kau tahu apa maknanya?.”
“Tahu yang halal nikah”.
“Dah tu kenapa kau buat?”.
“Aku mengaku memang salah aku, betul
apa yang kau cakap. Masa tu kalau dia tak call, aku yang akan call dia nak tahu
perkembangan emak dia taupun dia, nak tahu apa masaalah dia hari itu. Tapi masa tu aku hanya nak bantu legakan perasaan
dia saja Lut, aku ambil berat sebagai seorang kawan, sebagai seorang yang aku
kenal dengan rapat sebelum tu. Tapi betulah apa yang kau cakap, bila dah selalu
bersama walaupun tak ada rasa cinta tapi aku rasa kesian. Haaai” Syukri mengeluh berat.
“Apa yang menyebabkan kau rasa kesian
pada Sarah?”
“Kau tahu sebab apa dia datang kat KL
ni, sebab dia nak diperkosa oleh abang iparnya sendiri, harta dan rumah
peninggalan iabu ayahnya semua dibolot oleh kakak dan abang-abangnya. Duit
simpananya pula habis tanggung masa emak dia sakit dulu dia tak ada tempat
berlindung itu yang aku rasa kesian dengan dia”.
“masa kau nikah dengan dia, kau cakap
tak kau dah kahwin”.
“Awal-awal lagi aku dah cakap Lut, pertama
kali kami berhubungan selepas putus hampir dua tahun aku cakap aku dan kahwin
dan dah ada isteri, hanya belum ada anak saja”.
“Dia tak menangis atau cakap dia
kecewa”.
“Taklah pulak, siap dia kata tahniah
lagi. Itu sebabnya aku rasa dia memang dah tak ada rasa dengan aku. Enam bulan
lepas emak dia meniggal dunia, dia
datang jumpa aku, masa itulah kami berjumpa
semula. Empat bulan berlalu dia kerja dengan aku tampa ikatan apa-apa,kau boleh
rasa tak apa yang aku rasa sebagai seorang lelaki normal.. kau tenguklah
keadaan pejabat kami ni, dengan tingkah laku dia yang manja dengan aku, aku
takut aku yang tak dapat kawal diri,
takut jadi apa-apa yang keji jadi aku nikah dengan dia…tujuan utama aku
nak elakkan terjadi perbuatan yang tak sepatutnya saja, Lut..”
“buakn sebab Nuri belum dapat
melahirkan anak kau, kau nikah dengan dia Syuk”.
“Tak Lut, betul aku nikah ni bukan
pasal anak, pada aku anak tu rezeki dari Allah kalau Dia belum nak bagi nak
buat macam mana, aku berserah dan berdoa sajalah. Lagi pun kami dah pergi buat
pemereksaan doctor pakar sakit puan aku dan Nuri normal tak ada masaalah
apa-apa..”.
“Entahlah, tapi sampai hati kau buat
Nuri macam ni. Aku kesian dia, dia anak yatim piatu Syuk tak ada tempat nak
mengadu. Kalau aku tahu dulu macam ni jadinya, aku tak akan bagi kau kenen dia.
Sebetulnya dulu selepas habis belajar dia nak ikut abang dia duduk Australia,
tapi bila kau pinang dia, dia Tanya pendapat aku, akulah yang recommend kau
baik-baik. Akhirnya dia tak jadi pergi. Kalau dulu aku tak cakap apa-apa pasal
kau mungkin dia dah pergi. Kalau dia
pergi kan bagus tak lah dia rasa apa
yang emak aku rasa. Aku kecewa Syuk,
kecewa sangat kau luka hati dia macam ni. Aku minta sungguh-sungguh dengan kau,
kalau kau memang dah tak sayang dia kau lepas kan dia cara baik, aku tak suka
kau persiakan hidup dia. Aku dah lihat sendiri penderitaan emak aku , aku tak
mahu melihat lagi orang yang hampir dengan aku menderita macam tu..”.
“Lut, tak terlintas kat hati aku ni
nak lepas kan dia dan aku janji tak akan mempersia-siakan hidup dia. Aku sangat
menghargai kehadiran Nuri dalam hidup aku Lut, dari aku tak ada apa-apa, dari
aku comot dengan minyak hitam dia terima aku. Dia terima aku ikhlas seadanya
sampai aku senang macam ni. Takkan aku nak persiakan dia Lut. Aku bukan orang
yang tak bertimbang rasa. Aku nikah dengan Sarah hanya kerana nak mengelak perbuatan maksiat
saja Lut.”
“Aku takut kau yang terlupa pada janji
kau Syuk, yang kat depan kau sekarang orang yang pernah kau cinta, bertahun kau bercinta dengan dia kan?. Aku
takut secara tak sengaja Nuri akan tersisih, macam emak aku. Susah payah
bersama bila dapat yang lebih muda emak aku tersisih, bukan aku tak tahu apa
yang abah aku buat kat emak aku. Tapi apa yang kita boleh buat, antara anak dan
suami, suami lagi berkuasa dan berhak
pada seorang wanita yang berkgelar isteri. Kelebihan emak tiri aku dia lebih
muda, macam Nuri dan Sarah, Kelebihan Sarah dia yang lebih dulu kau kenal dan
cinta, tentu kau lebih menyayangi dia.
Aku takut secara tak sedar Nuri akan tersisih, secara tak sedar kau abaikan dia
itu yang aku takut. Macam abah aku mungkin dia tak sedar dia abaikan emak aku.”
“Tak Lut pada aku Sarah aku kesian. pada Nuri aku cinta dan sayang.”
“Macam mana kau bezakan antara kesian
dengan cinta dan sayang”.
“Entahlah tapi aku kesian bila tenguk
Sarah tu.”
Setelah
mendengarkan apa yang diperkatakan oleh sahabat dihadapanya, Syukri menyedari
sekarang ini akan perasaan dan hatinya, untuk
sebulan lebih selepas dia bernikah kali kedua. Hatinya sering teringat
kepada isteri pertamanya Nurizana. Kadang-kadag rindunya membuak-buak seakan
tidak dapat ditahan lagi. Kini setiap tengahhari jika isterinya tidak bekerja
dia akan pulang kerumah, sambil makan tengahari sambil dia melepaskan rindu.
Hatinya menjadi tenang bila dapat menatap wajah lembut Nuri. Mungkinkah itu
tanda cintanya masih utuh untuk Nuri. Jadi dimana kebenaran kata-kata Ahmad
Lutfi yang dia akan mempersia atau menyingkirkan Nuri dari hidupnya. Sedang dia
terkelip-kelip menandang sahabatnya didepan mata timbul pula permintaan dari sahabat baiknya..
“Syuk aku minta izin kau, aku nak
jumpa Nuri sekejap”. Walaupun Ahmad Lutfi merupakan pak cik Nuri tetapi selepas
dia berkahwin dia wajib meminta keizinan suaminya untuk bertemu anak
saudaranya.
“Jomlah, ku pun memang nak balik, sekarang ni
kalau Nuri tak kerja atau kerja malam aku makan tengahhari kat rumah”.
“Kau bawa Sarah sekali ke???”.
“Tak lah aku pun tahu macam mana nak
jaga hati isteri-isteri aku, kalau mereka belum bersedia nak berjumpa dan
berkenalan aku tak akan paksa mereka,
aku tahu Nuri memang belum bersedia”.
“Habis macam mana dia nak keluar makan
nanti…”
“Kami pergi kerja naik kereta
asing-asing, kalau dia nak makan nanti dia boleh pergi sendiri. Pagi tadi pun
aku dari rumah Nuri rasanya dia kerja malam malam ni. Jomlah kita tenguk apa
yang Nuri masak tengahhari ni.”
“Nuri tahu kau balik makan?”
“Tahu, jom”.
Mereka
berdua beriringian keluar dari bilik Syukri. Syukri menghampiri meja isterinya
Sarah. Lutfi hanya memandang dari pintu
keluar… ‘cantik patutlah cinta yang
bekubur mekar kembali’.
“Sarah abang nak kelaur makan dengan
kawan abang, macam biasalah Sarah makan sendiri, kalau bawa kereta hati-hati ye.”
“Hari ni Sarah nak keluar makan jauh
sikit, boleh ye bang”.
“Dengan sapa?, ada teman ke?”.
“Dah janji semalam, dengan
Mariam..” ‘Suaranya pun manja patutlah Syukri tak dapat melupakan’. Itulah
tanggapan Ahmad Lutfi bila mendengar suara Sarah.
Sekarang
ini Sarah sudah mempunyai kawan, dia sudah ada kawan tempat meluahkan
perasaannya. Walaupun di sudah mempunyai suami dia tetap memerlukan kawan untuk
berkongsi masaalah. Apa yang didengarinya tadi harus diluahkan. Sebelum dia
turun untuk membeli minuman untuk suami dan tetamunya Maisara menelinga dipintu
yang bertutup rapat. Dia ingin mengetahui siapakah pelanggan yang berkelakuan
ganas dan mengapa dia jadi begitu. Ada rasa pilu bila mendengar perbualan
antara pakcik Nuri dan suaminya. Kini dia tahu siapa dia dihati suaminya.
Setelah
bertemu dua tiga kali direstoran dihujung bagunan sederet dengan bengkel
suaminya mereka menjadi mesra. Itulah teman berbual Sarah Maryam namanya. Maryam
merupakan pekerja disebuah sarikat hartanah dikawasan itu juga. Dia seorang
yang periang dan peramah, jika mereka bertemu ada sahaja lawak jenaka yang
kelaur dari bibirnya. Mungkin sebab itulah Sarah yang berat mulut serasi
denganya.
Sampai
dirumah Nuri menyambut mereka dengan gembira. Sudah lama Syukri tidak melihat
senyum lebar isteri pertamanya. Dia kelihatan sungguh gembira bila melihat pak
sunya datang..
“Wah what so suprise…bila pak su
sampai? dah berapa hari kat darat ni? mak su dah bersalin?” Berderet-deret
soalan yang keluar dari Nuri yang gembira. Itulah wataknya dulu, dulu sebelum
adanya Sarah diantara mereka berdua detik hati Syukri.
“Wahh Nuri, satu..satulah..polis nak
menyiasat pun tak tanya soalan bertubi-tubi macam ni tau, tak tahu mana nak
jawab dulu, sampai terlupa paksu apa yang Nuri tanya”.
“Nuri masak apa hari ni, kami datang
ni nak makan” Syukri juga mula mengusik isterinya.
“Hari ni Nuri masak pucuk pegaga
dengan udang, ikan keresi goring dengan
sambal pecal..” Sambal pecal itu dipelajari dari nenek busunya yang memang
pakar jika dia masak sambal pecal, masakkan orang jawa.
“Senduk lah nasi Nuri abang dah lapar
ni, Jomlah kita makan Lut sebelum masuk waktu Zohor ni, lepas ni kau nak pergi
mana balik Selangor jumpa mak kau ke terus balik Seremban”. Ahmad Lutfi menetap
di Seremban setelah dia bernikah hampir empat tahun lepas, kerana isterinya
seorang guru mengajar dibandar Seremban.
“Jomlah, aku pun nak cepat ni, aku nak
singgah Kuala Selangor kejap nak jenguk emak aku”.
“Elaoklah pak usu jenguk nenek tu
kesian nenek tu hari tu masa Nuri sampai dia tak sihat, dah dua tiga hari dia
tak sihat…”
“Atuk tak bawa dia pergi klinik ke?”.
“Entah… nenek kata dah empat hari atuk
tak jenguk nenek..kesian nenek tu.” Ahmand Lutfi memandang Syukri dengan
pandangan yang penuh makna ketika itu Nuri didapur menyenduk kuah untuk
dihidang dimeja makan. Syukri sungguh memahami pandangan sahabatnya, dia tunduk
memandang meja. Adakah rasa kesal dihati?.
Sedang mereka menjamu selera
kedengaran azan Zohor berkumandang dari masjid berhampiran..
“Syuk aku nak tumpang sembayang sekali ye…”
“Ok juga, boleh kita solat berjemaah, Nuri sekali ambil berkat sembahyang
berjemaah”. Ketika di metrikulasi dulu selalu juga Syukri menjadi iman dibilik
mereka yang dihuni dengan empat orang pelajar dalam satu bilik. Itulah yang
dipandang oleh Ahmad Lutfi dulu ketika dia bersetuju, Syukri mahu berkenalan
dengan anak saudaranya.
No comments:
Post a Comment