Ada rasa sayang, ada
rasa kasih dan ada juga rasa rindu itukah CINTA
Pertemuan
tengah hari Sabtu itu atas permintaan Loqman, Amirah menurut sahaja.. Kalau
diikutkan, dia tidak mahu keluar kerana
banyak kerja projek tahun akhir yang hendak di lunaskan. Tetapi Loqman yang
beria-ia hendak berjumpa. Katanya telah lama mereka tidak berjumpa dan ada hal
peribadi yang hendak ditanyakan. Itulah katanya sebagai alasan. Padahal baru
dua minggu mereka tidak berjumpa. Pening kepala Amirah mengikuti ragam Loqman.
“Assalamualaikum..apakahbar
Mirah.”
“Waalaikumsalam..baik, abang
Man tak balik PD minggu ni?.”
“Hisyy takkan tiap-tiap
minggu nak balik, minggu lepaskan abang baru balik... Mirah Sabtu ni kita
jumpa, lama rasanya kita tak jumpakan.”
“Mirah banyak kerjalah abang
Man assiment Mirah tak siap lagi ni, minggu
depan dah nak kena hantar... rasanya tak payahlah.”
“Alah Mirah kita jumpalah
sekejap..abang ada benda nak cakap ni..kita jumpa ye, sekejap aje,lepas
cakap-cakap abang hantar Mirah balik ok yee.”
“Kerja Mirah banyak ni..Mirah
takut tak siap nanti..Cakap dalam telefon tak boleh ke?”
“Hal peribadi takkan nak
cakap dalam telefon..lagi pun dah lama sangat kita tak jumpakan..kita jumpa
ye.. kesiankanlah kat abang ni..janganlah hampakan abang Mirah.” mendengar
rayuan Loqman yang beria-ia, Amirah menjadi tidak sampai hati. Akhirnya dia
mennurut sahaja.
Sebenarnya
Loqman dan Amirah masih ada tali
persaudaraan disebelah ibu mereka. Ibu Loqman Puan Sharifah merupakan kakak
sepupu ibu Amirah Puan Halimah. Mereka berasal dari Rembau Negeri Sembilan. Kebetulan pula setelah kedua ibu dan bapanya Puan Halimah meninggal dunia, dia menumpang
dan dipelihara oleh nenek Loqman sebelah ibu. Nenek Loqman jugalah yang berusha meneruskan persekolahanya yang
terkendala, kerana kesempitan keluarga- nya.
Setelah meningkat dewasa dia dikahwinkan dengan seorang pegawai polis
dibawah jagaan ayah Loqman. Melihat
keperibadian orang yang dibawah jagaanya pendiam, kuat berpegang pada ugamanya
dan tekun pada kerjanya Encik Abdul Majid mencadangkan kepada isterinya, agar
pemuda itu dijodohkan dengan adik sepupu isterinya Halimah. Setelah mereka
berkahwin dan mempunyai anak-anak mereka
masih tinggal dan bertugas dikawasan yang sama.
Loqman dan Amirah adalah rakan sepermainan sewaktu
mereka kecil-kecil . Mereka duduk di kuarters polis yang sama, kerana ayah
mereka berdua adalah anggota polis. Yang membezakan mereka hanya ayah Loqman
sudah berpangkat sarjan ketika itu dan tinggal di kuarters pegawai, sedangkan
ayah Amirah hanya sebagai pegawai polis biasa
dan tinggal di kuarters biasa sahaja.
Tetapi kawasan permainan mereka sama. Diwaktu petang sehabis waktu
persekolahan, biasanya Amirah akan
membawa adik-adiknya ketepi padang untuk melihat kawan-kawanya bermain. Ketika
itu juga Loqman akan turun ke tepi padang yang sama untuk memastikan Amirah
tidak diganggu oleh budak-budak lelaki
lain.
Setelah meningkat remaja mereka terpisah, apabila
ayah Loqman ditukarkan ke negeri
lain untuk bertugas. Itulah irama
kehidupan anak-anak anggota polis, sering berpindah jika ayah mereka ditukarkan
kekawasan lain. Apabila hidmat mereka diperlukan disatu-satu tempat mereka
wajib memenuhi perminatan dan rela ditukarkan kemana sahaja yang
diarahkan. Tetapi ada juga baiknya
kerana mereka mendapat ramai kawan dari berbagai negeri, dapat mengalami duduk
diberbagai tempat, mengetahui berbagai cara hidup dan memahami loghat bahasa
yang berbagai.
Walaupun sudah tidak duduk ditempat yang sama
mereka masih juga bertemu pada hari-hari
tertentu... terutama dihari raya atau dihari perkahwinan ahli keluarga mereka. Dari
pertemuan-pertemuan menjelang remaja melahirkan rasa sayang dihati Loqman kepada Amirah. Kalau
dulu sewaktu mereka masih kanak-kanak rasa sayang Loqman kepada Amirah hanya
sayang sebagai seorang adik sahaja, tetapi setelah meningkat remaja rasa sayang
Loqman pada Amirah lain pula rasanya.
Ada rasa sayang, ada rasa kasih dan ada juga rasa rindu. Itukah yang dinamakan
CINTA. Entahlah.. tetapi ketika itu mereka masih terlalu muda. Dia masih
lagi ditingkatan lima dan Amirah pula ditingkatan tiga. Yang menjadi Loqman
tertarik padan Amirah adalah sifatnya yang matang. Itu yang mencetus kan rasa yakin
dihatinya. Timbul harapan dihatinya agar suatu hari nanti Amirah dapat memenuhi
ruang dalam hidupnya.
Loqman suka melihat keperibadian Amirah yang
sentiasa bersahaja, tidak tergedik-gedik dan menonjolkan kecantikkan dirinya.
Tidak seperti kebanyakan anak gadis lain yang seusia denganya atau sebahagian
kecil sepupunya yang sudah pandai bersolek untuk menonjolkan kecantikkan diri
mereka. Amirah juga tidak suka berbual perkara-perkara yang tidak berfaedah,
cerita-cerita mengenai teman lelaki, atau menceritakan kekacakkan seseorang
lelaki kemudian ketawa mengilai-ngilai. Dia lebih suka membantu
makcik-makciknya didapur. Itulah yang dipandang oleh Loqman.
Sewaktu dia masih mengikuti Latihan polis diPULAPOL Jalan Semarak Kuala Lumpur
untuk menjadi seorang inspektor polis, papanya ditukarkan lagi, tetapi kali ini
papanya ditugaskan dikampung halamanya, di Port Dickson. Ayah Amirah pula sudah
lama bertugas di kampung halamannya
diKuala Pilah. Hubungan persaudaraan mereka yang terputus terjalin
semula malah lebih rapat lagi. Setiap
kali hari raya kedua keluarga ini sering berkunjugan untuk merapatkan lagi
hubungan silaturrahim antara mereka yang
sedia ada.
Masa yang tidak pernah berhenti, bertukar hari
kepada bulan kemudian tahun pula.. tidak terasa umur pun meningkat. Kini
anak-anak mereka sudah meningkat dewasa. Loqman sudah pun menjadi Instpektor polis percubaan dan manakala Amirah sedang menuntut dipusat
Pengajian tinggi diUiTM diShah Alam
Selangor. Hari raya menjelang lagi. Keluarga
Encik Abdul Rahim dikunjungi oleh tetamu. Ramah puan Halimah melayani
tetamu diruang tamu. Amirah dan adik –adiknya sudah kenal siapa mereka. Sedang Amirah dan
adiknya Atirah sedang sibuk menyiapkan hidangan makanan juadah harirayanya
tengahhari itu. Tetamunya menjengah kedapur.
“Mirah, Tirah tak payahlah susah-susah mak
long masih kenyang lagi, meh lah kita duduk kat depan tu, dah lama mak long tak
jumpa Mirah, banyak mak long nak tanya Mirah ni.”
“Ialah mak long, siap ni
nanti Mirah duduk depan.” janji Amirah tetapi tangannya tidak berhenti dari
membuat kerja menyusun lemang yang telah dipotong kedalam pinggan besar.
Sebenarnya Amirah rasa
keberatan untuk duduk sama berbual dengan mak longnya, ditambah Loqman ada sama
pada kedatangan hariraya kali ini. Dia rasa malu bertentang mata dengan abang
Loqmanya yang sudah menjadi seorang pemuda sekarang ini. Setelah mak longnya
keluar semula keruang tamu, Amirah meluahkan apa yang ada didalam hatinya
kepada adiknya Atirah. Atirah masih
diingkatan tiga. Tetapi anak-anak Puan Halimah walau pun masih kecil sudah
terbiasa dengan kerja-kerja rumah tangga. Mereka tidak kekok jika setakat
untuk menyediakan seteko air, memasak
yang senang-senang atau menghidang makanan.
“Tirah kakak sebetulnya seganlah nak duduk depan.
Kalau abang Man tak ada tak apalah..ni abang Man ada tercongok kat depan tu,
kakak seganlah.” Suaranya diperlahankan, takut-takut kedengaran oleh tetamu
yang datang.
“Alah apa salahnya pulak,
bukan kita tak kenal dengan abang Man tu...masa kecik-kecik dulu kita pun
selalu main dengan diakan.”
“Itu dulu..sekarang ni dah
lain..kakak tak biasa dengan dia lagi..lagi pun sekarang ni mana kita selalu
jumpa dia. Kakak seganlah Tirah.”
Amirah mula terbayang sewaktu kecilnya ketika itu
dia dan abang Loqmannya ditepi padang memerhati kawan-kawan Loqman bermain bola
sepak. Ketika itu Loqman lebih suka menemani dirinya menjaga adik-adik yang masih kecil ditepi padang dari sama
bermain bola bersama kawan-kawan sekolahnya. Ditambah pula perwatakkan Loqman
yang agak lembut sedikit. Dia tidak suka permainan yang kasar dan lasak. Bila kawan-kawan memanggilnya untuk sama bermain,
Loqman akan menolak dengan berbagai alasan.
“Man meh lah kita main Man..
kami tak cukup orang ni”.
“Tak maulah aku tak bawa
kasut hari ni, takkan nak main pakai selipar..nanti putus pulak selipar jepun
aku ni.”
“Tanggallah
selipar tu, kami main pun tak pakai kasut Man..meh lah.”
“Tak maulah aku, nanti
terpijak kaca luka pulak kaki, lagi pun kalau tak pakai kasut nanti cacing
kerawit masuk dalam perut kita melalui kaki tau.” Dengan gaya lembutnya dia
menjawab.
“Alah kau tu ada saja
alasan..macam pondanlah kau ni..ajak main bola pun tak nak..jomlah” rayu
kawannya lagi tidak berputus asa..bila mendengar kawannya mengkata dia seperti ‘pondan’ makin
sakit hati Loqman.
“Kau peduli apa.. aku nak
main ke, tak nak main ke, suka hati akulah yang nak main ni kaki aku bukan kaki
kau.” Loqman bercekak pinggang dan memberi jelingan tajam tanda marahnya kepada
kawannya. Terus sahaja dia pulang, dia ajaknya sekali Amirah pulang kerumah
bersamanya.
“Mirah jomlah kita balik,
main kat rumah… nanti adik kau tu kena bola pulak.”
“Kenapa abang Man tak nak
main sama diaorang.”
“Malas abang... buat penat
saja.. main bola tu bukan ada faedah.. baik kita baca buku cerita ke.. tenguk
tv kat rumah lagi baguskan… Mirah kita main masak-masak nak?”
“Hisyy abang Man ni..Abang
Man tukan lelaki, takkan nak main masak-masak, lagi pun abang Man kan dah besar..malu lah nampak dek orang”.
“ Kalau tak nak main
masak-masak.. apa kata kita main cikgu-cikgu .. jom Mirah datang rumah abang
kita main cikgu-cikgu...nak?”
“Tak maulah..Mirah nak balik
rumah, adik Izat nak kencing katanya.” Amirah menjaga adiknya Atirah yang
berumur enam tahun dan Aizat yang baru
berumur tiga tahun ketika itu. Sementara
adik lelakinya yang besar sedikit Adnan yang dalam darjah dua bermain kejar-kejar
dengan rakan sebayanya dihujung padang.
Ibu Amirah yang sarat mengandung duduk dirumah
menghabiskan tempahan menjahit baju. Dia mengambil upah menjahit baju-baju jirannya
yang menempah baju dengannya. Hanya dengan cara itu sajalah dia dapat meringankan
sedikit tanggunagan suaminya yang hanya menjadi polis biasa sahaja ketika itu. Walau pun Amirah masih didarjah empat ketika
itu, tapi fikiranya matang. Itulah sebabnya ibunya mengharapkan dia menjaga
adik-adiknya yang masih kecil. Kenangan waktu kecil bersama Loqman terhenti..
bila suara gesaan dari adik menyentuh gegendang telinganya.
“Dahlah... pergilah kakak
kedepan dah tinggal sikit ni.” adiknya
menggesa dia keruang tamu, untuk menghormati dan menunaikan permintaan mak
longnya tadi.
“ Kakak seganlah Tirah.”
dengan muka berkerut-kerut mencari simpati adiknya.
“Janganlah
macam tu nanti mak long dan pak long kata kakak sombong... ini tentu dia
nak tanya pasal kakak dah masuk UiTM..pergi lah dah tinggal sikit ni. Kakak susunlah pinggan nak makan ketupat dan
lemang ni kat depan tu. Tirah buat air ..pergilah nanti apa pulak kata mak
long. Kalau Tirah dah sudah ni nanti, Tirah temankan kakak duduk kat depan...
pergilah.” pujuk adiknya lagi. Mereka berdua agak rapat, kerana hanya mereka berdua
anak perempuan Encik Abdul Rahim dan Puan Halimah. Tiga orang lagi adik beradik mereka adalah anak lelaki.
“Ialah...” akhirnya Amirah keluar juga
menyusun pinggan diruang tamu.. setelah
selesai menyusun dia menjemput tetamu makan.
“Pak long, mak long, abang
Man jemput makan.” Amirah berpaling untuk masuk
kedapur semula.
“Mirah duduklah sini mak
long teringin nak dengar cerita Mirah kat Universiti tu, Mirah ambil kursus
apa? Mirah duduk luar ke duduk kolej?” Mahu tidak mahu Amirah terpaksa juga
duduk bersama keluarga Mak long dan Pak longnya
yang ingin menemuramahnya.
Pada Loqman inilah masanya dia memandang dengan
sepuasnya wajah gadis yang dipujanya
selama ini. Dirumah tadi dia meminta pertolongan mamanya agar dapat Amirah
dapat duduk berbual bersama mereka. Puan Sharifah yang sudah lama tahu isi hati
anak teruna bungsu nya menuruti sahaja kehendaknya. Dulu ketika Loqman masih
mengikuti latihan PULAPOL di Jalan Semarak Kuala Lumpur, jika ada kesempatan,
dia akan meronda-ronda di sekitar Shah Alam terutama dikawasan UiTM atau
bedekatan di kawasan kolej kediaman pelajar perempuan. Dia mendengar cerita
mamanya.. Amirah sudah diterima masuk keUiTM Shah Alam Selangor. Tujuan utrama
hanya untuk terserempak dengan gadis pujaanya hatinya. Sudah setahun dia
melilau-lilau tetapi tak pernah dia terjumpa.
“Mama.. susah betul nak
nampak Mirah sejak dia dah dewasa ni kan mama, dah lama Man tak nampak dia, kat rumah nenek pun dah jarang dia datangkan
mama.., Man teringin nak tenguk muka dia yang dah besar ni..agaknya masih macam
muka dia masih kecik ke mama?.”
“ Ialah Man.. dia tukan dah
belajar jauh. Dia dah masuk UiTM kat Shah Alam mungkin tak dapat cuti. Lagipun
pak su Rahim tak ada kereta, kalau dia nak naik bas sorang-sorangkan susah.. bahaya
pada dia. Itu yang ayah dan ibunya tidak mengalakkan dia datang sendiri. Kalau
ramai-ramai naik bas tak apalah. Kenapa Man tanya..Man suka kat Mirah ke?”
Ketika itu malu juga Loqman ingin meluahkan perasaan hatinya kepada mamanya.
Sambil tersenyum malu dia memandang wajah mamanya meminta simpati. Dia bertanya
tadi pun kerana tidak tahan dengan desakkan hatinya.
“Raya nanti mama ajak dia berbual kat ruang tamu
ye. Man janganlah malu dengan mama..
kalau Man suka, mama pun suka Mirah tu jadi menantu mama.” Pengakuan tulus dari Puan Sharifah,
mencetuskan lagi harapan dihatinya. Betapa girangnya hati Loqman bila mendengar
pengakuan mamanya, makin menggunung harapannya terhadap Amirah. Kunjugannya
kali ini Puan Sharifah akan cuba membawa Amirah berbual diruang tamu agar anak
teruna bungsunya dapat memandang gadis pujaan hatinya. Itulah niat Puan
Sharifah yang sebenarnya. Keluarga mak longnya bertanya itu dan ini kepada
Amirah. Amirah pula menjawabnya dengan jujur.
Kini tercapai juga hajat Loqman memandang gadis
pujaannya yang sudah yang sudah dewasa. Sangguh manis gadis itu dimatanya
walaupun masih berbaju basahan dan tidak bersolek. Kini Amirah sudah bertundung
wajahnya dilihat bertambah ayu. Wajahnya yang bujur hidungnya mancung, matanya
berbentuk panjang tetapi tidak pula sepet, alis matanya tebal, bibirnya comel
agak nipis disebelah atas dan tebal disebelah bawah, seperti seulas limau. Dia
bertudung Turki bertanah hitam, mungkin kerana warna tudung itu menampakkan kulitnya yang putih-kuning nampak lagi meyerlah. Loqman meneliti setiap inci wajah gadis pujaan
dihadapannya.Tetapi nampaknya Amirah agak pemalu..setiap kali dia ketawa dia
akan menutup mulutnya dengan tapak tangannya dan suara tawanya tidak
kedengaran. Amirah Oh Amirah makin bergetar jiwa Loqman memandangnya.
==============================================================================
Setelah tamat latihan kepolisianya Loqman ditugaskan dan tinggal di
Shah Alam. Ini bermakna, kini dia sudah hampir dengan dengan adik dua pupunya yang belajar di UiTM
Shah Alam juga. Tidak kering doa didalam
hatinya agar dia terserempak dengan gadis impianya jika dia keluar makan atau
meronda di kawasan Shah Alam terutama jika berdekatan dengan kampus UiTM. Kalau sudah jodoh tidak kemana, akhirnya doanya
dikabulkan juga. Dia terserempak dengan
Amirah yang ketika itu sedang leka memilih lauk untuk makan malamnya bersama
seorang kawan serumahnya. Hari itu Amirah keluar untuk makan malam agak jauh sedikit. Mereka ke medan selera
seksyen tujuh Shah Alam. Amirah membonceng motosikal kawan perempuanya yang
sudah mempunyai motosikal ketika itu.
“Mirah kau cuba asam pedas
dia..hari tu kata Dira asam pedas ayam dia sedap. Kau jangan campur lauk kau
dengan nasi, minta bungkus asing.. Aku dah bungkus kari ni, nanti kalau ada
lebih kita cicah dengan roti, boleh kita makan sama-sama malam nanti kalau
lapar.” bisik kawanya di tepi telinga Amirah. Itulah kehidupan pelajar..jika
mereka terpaksa mengulangkaji hingga larut malam kadang-kadang perut meragam
pula minta diisi.
“Ok juga tu”. Kemudian
kawanya yang sudah siap membeli menuju kemotorsikalnya yang dipakir tidak jauh dari situ.
Sedang Amirah menanti lauk yang diigininya
dibungkus tiba-tiba terdengar ada
suara orang lelaki memberi salam di belakangnya.
“ Assalamualaikum....ini Amirah Abdul Rahim
ke?”
Seperti kilat Amirah
menoleh kebelakang mencari suara yang begitu hampir denganya. Bila
matanya bertembung dengan wajah yang dikenali dia jadi tergagap..seiring dengan
kelajuan degupan jantungnya.
“Ohh aa..abang Man..Wa..Waalaikumsalam”
kesiannya.. kerana terkejut Amirah jadi tergagap ha.ha.ha. Jika siapa tidak
mengenalinya tentu sudah hilang segala keayuannya.
Dia tidak menyangka akan bertemu orang yang
dikenalinya disitu. Setelah memilih dan membayar harga makananya, Amirah menyisih ketepi sedikit diiringi oleh
Loqman.
“Mirah cakaplah dengan kawan
Mirah tu biar dia balik dulu, abang nak tanya Mirah sikit ni.”
Yang sebenarnya ketika Loqman keluar dari kereta tadi dia berjalan
dibelakang dua orang gadis. Dari perbualan mereka berdua Loqman meneka mereka
berdua adalah pejar UiTM. Bila salah
seorang menyebut nama Mirah hatinya berdebar kencang. Mungkinkah Amirah gadis dicari
selama ini...
“Ehh. Tak..tak..tak apalah
abang Man..Mi..Mi Mirah dah nak balik ni.”
‘Ehh bila pula Amirah ni gagap.. dulu
rasanya tak gagap dia ni..agaknya terkejut jumpa aku itu yang tergagap..”
detik hati Loqman. Dia gembira teramat sangat malam itu. Berkembangan bunga didalam hatinya
ditambah dengan rama-rama berbagai warna yang berterbangan. Gambaran bahagianya
terlukis dibibirnya yang tersenyum lebar hingga ketelinga.
“Janganlah macam tu
Mirah..kesiankanlah kat abang ni.. tolonglah Mirah jangan balik dulu, abang nak
tanya sikit kat Mirah ni, nanti abang hantar Mirah balik.. abang janji
sekejaaap saja”. Dengan terpaksa Amirah berjalan mendekati kawanya yang sedang
menanti.
“Imah kau balik dulu, aku
terjumpa dengan abang dua pupu akulah..
dia suruh aku tunggu dia kemudian dia akan hantar aku balik, sorry ye.”
“Ok tak apa..Ohh itu abang
dua pupu kau rupanya, ingat aku pakwe kau tadi.. aku tak sangka ada juga kau
sedara kat Shah Alam ni.”
“ Alahh kau ni macam kau tak
kenal dengan aku ni..selama ni mana aku
ada pakwe. Yang sebetulnya aku pun tak tahu bila dia pindah sini..dulu rasanya
dia di pusat latihan polis kat...PULAPOL Jalan Semarak kat KL.”
“Alaah buka jauh sangat
antara KL dan Shah Alam ni..lagi kalau ada keenderaan sendiri..itu yang dia
cari kau kat sini tu ..dia polis Mirah”
“Haaah ..dia tu Inspektor
polis. Buat apa dia cari aku ..ni mungkin terjumpa secara tak sengaja. Kau
balik dulu ye..tak sedap pula aku tolak pelawaan dia, sebab dulu masa
kecik-kecik aku selalu main dengan dia, nanti dia cerita kat emak dia tentu mak
dia kata aku sombong pulak, dengar dek ayah aku lagi parah.”.
“Oklah aku balik dulu
Assalamualaikum”.
Setelah Amirah memberitahu
kepada kawanya, Amirah menghampiri Loqman yang sedari tadi asyik memandangnya
dengan senyuman yang tidak putus terukir dibibirnya. ‘Kena sawan senyum ke dia ni..senyum dari tadi tak penat ke pipi tu’
kutuk Amirah dalam hati. Hatinya jadi tidak tentu arah bila langkah asyik
diperhatikan. Amirah malu diperhatikan begitu.
“Mirah temankan abang
makan, kita makan sama-sama boleh?”
Amirah tidak menjawap pelawaan Loqman, dia hanya menunduk memandang hujung jari
kakinya sahaja. Tetapi hatinya sibuk mengutuk Loqman..
“Ahh mengada-ngadalah pula dia
ni.. Nak mengadap muka dia ni pun aku dah malu, ini pula nak makan didepan
dia, mahu tergigit jari ni nanti..
betul-betullah dia ni ‘dah diberi betis nakkan
peha’, kata sekejaaap.. ni kalau
tunggu dia makan mahu se jam..kalau dia makan macam tuan puteri, kunyah dulu
sampai empat puluh empat kali baru telan ,mahu tidur sini nampaknya aku malam
ni’ getus hati Amirah. Dia sudah tidak dapat melarikan diri lagi. Kawan
yang menumpangkan dirinya tadi telah berlalu pergi. Dia mula gelisah, nampak
diwajahnya yang tidak tentu arah. Loqman mengerti kegelisahan Amirah.
“Mirah duduk sini dulu ye, abang nak
bungkus makanan abang.” Lembut Loqman
berbicara ...sekali dengar romantik pula tetapi bila ayatnya panjang sedikit
seperti lelaki lembut yang diistilahkan sebagai ‘sotong’ pula.
‘ Ehh abang Man ni dah jadi ‘sotong’ ke..nauzubillah’ janganlah
hendaknya kesian mak long’
Meremang bulu roma Amirah mendengar bicara lembut
Loqman ditambah dengan senyuman lawa
yang tersungging dibibirnya, mungkin senyuman
itu dikhas untuknya, itu yang
terlebih manis macam terminum setong
madu. Bagi Loqman malam itu malam yang paling bahagia untuknya.
Pada pandangan mata Loqman, Amirah yang ditemui sekarang ini, masih
Amirah yang ditemui dikampung halamanya..seorang gadis yang cukup sederhana.
Malam itu dia hanya mengenakan sehelai tee muslimah warna coklat gelap dan tudung
Turki yang biasa dipakainya dikampung. Wajahnya juga tidak tercolet sebarang
make-up..bibirnya kelihatan agak kerimg kerana
tidak berlipstik. Walaupun sudah dewasa dan jauh dari pandangan kedua
ayah dan ibunya, dia tidak mengubah cara pemakainya. Sudah rezeki agaknya
dengan tidak disangka berjumpa dara pujaan hati disitu. Dulu niat dia mencari
hendak berjumpa tidak pula berjumpa, malam ni tampa disangka tuan punya badan
berdiri didepan mata..Alhamdullilah syukur Loqman didalam hati. Amirah setia
menanti Loqman membungkus makananya. Dia
berdiri disatu sudut.
Ketika didalam kereta Loqman bertanya itu dan ini
kepada Amirah tentang pelajaran dan teman-temanya. Malam itu dia menghantar
Amirah hingga kepintu pagar kolejnya. Amirah duduk diKolej Teratai. Ketika Amirah membuka pintu kereta, Loqman
meminta nombor telefon.
“Mirah bagi nombor telefon
Mirah kat abang..senang nanti kalau abang ada apa-apa hal, boleh abang call Mirah.”
‘Mirah tak ada handfon.”
“Jadi macam mana abang nak
call Mirah?”
“Kalau penting sangat..
boleh je call pejabat, bagi tahu nama no.Metrik kemudian tahun berapa dan corse
apa, dia orang akan cari. Abang Man ada kertas
dan pen Mirah tuliskan.”
“Susahnya..habis macam mana
abang nak jumpa Mirah lagi ni?”
“Tak payahlah jumpa, kita
jumpa kat kampung sajalah..lagipun abang Man kan kerja nanti sibuk buat apalah nak jumpa
Mirah kat sini.”
“Amboi.. sombongnya Mirah
ni.”
“Mirah bukan sombong..tapi
nak buat apalah abang Man susah-susah nak jumpa Mirah kat sini.”
“Mirah... kita nikan masih
sedara lagi, kalau dah dekat macam ni.. bolehlah kita ambil tahu antara satu
sama lain..bagi abang taklah abang rasa sorang-sorang lagi kat Shah Alam ni. Nanti kalau abang ada apa-apa
kesusahan, Mirah ada, betul tak... kalau macam tu..nah ambil ni abang punya.”
Loqman menghulurkan telefon bimbitnya kepada Amirah.
“Ehh.. tak payah lah abang
Man.” Amirah mengensot sedikit, dia sudah bersiap sedia hendak keluar dari
kereta. Cepat-cepat Loqman mengcapai plastik bekas makan Amirah ditangan Amirah. Amirah terkedu.. Dia keluar dari kereta
Loqman..namun plastik yang berisi makananya sudah ditangan Loqman. Loqman
merampasnya tadi. Amirah menutup pintu kereta dia menanti Loqman menghulurkan
plastik yang berisi makannya. Loqman memasukkan telefon bimbitnya kedalamnya.
Bila bag plastik berukar tangan. Amirah mengambil telefon yang dimasukkan oleh
Loqman tadi.
“Abang Man ..sebenarnya
Mirah tak memerlukan sangat telefon, kalau Mirah nak telefon kampung, Mirah
guna telefon awam saja. Bagi saja nombor abang Man kat Mirah, nanti Mirah
call.” sambung Amirah. Dia menghulurkan telefon Loqman ditanganya. Loqman sengaja memasukkan kedua tanganya kedalam
poket seluarnya. Dia memandang Amirah dengan pandangan sayu seakan memohon
simpati.
’Kalau dilihat dari sikap pemalu
Amirah, kalaupun aku bagi dia nombor telefon pun mustahil dia akan telefon aku,
, baik aku bagi telefon aku ni, aku pakai yang lama kat rumah tu’ bisik
hatinya lagi. Amirah jadi serba salah. Loqman tetap memasukkan tangan kedalam
poket seluarnya. Seakan memberi tahu dia tidak mahu mengambil telefonnya
ditangan Amirah.
“Tolonglah
Mirah..abang merayu ni ambillah.. senang abang nak call Mirah nanti, abang ada
lagi satu kat rumah sewa abang”.
“Nanti kalau ada orang call abang Man macam mana?..kan
susah”
“Tak adanya susah..Mirah
jangan jawab... tapi kalau Massage
bacalah.” dalam hati Loqman dia akan meghantar SMS malam ini.
Bermula dari
pertemuan itu, pertemuan yang lain menyusul. Menjadikan hubungan mereka semakin
rapat. Setiap ada kelapangan sahaja mereka akan berjumpa..tetapi yang lebih
beria-ia adalah Loqman. Sejak pertemuan yang tidak disangka-sangka hati
berbunga bahagia.. bertambah bahagia jika dihujung hari itu hari Jumaat..kerana
hari Sabtu dan Ahad adalah hari untuknya berjumpa, mengubati rindu hatinya.
Kini sudah menjangkau dua tahun hubugan abang dan adik dua pupu. Pada Amirah
dia menganggap Loqman tidak lebih dari abang dua pupunya.
No comments:
Post a Comment