~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 14 January 2016

81 Nur Hidayah





“Kenapa papa call..nak suruh abang balik Melaka ke?”

“Haah..dia kata Natasya dah meninggal”.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Ehh baru empat hari  lepas dia call abang, abang kata suaranya kedengaran ceria..dah meninggal??. Ehh jomlah cepat kita balik Melaka..anak-anak kita tinggal ye bang”.

“Habis cuti kita macam mana..”

“Tak apalah kita dulukan lah yang perlu kita dulukan..menziarahi orang meninggal  yang patut kita dulukan. Bercuti ni bila-bila masa pun boleh kita pergi bercuti”.

(Mak teh saja bubuh kalau terasa nak baca bacalah ini tak termasuk dalam cerita mak teh sebab menziarahi  sakit dan orang meninggal sangat besar pahalanya,)
  Adab Menziarahi Jenazah (daripada pembacaan, pengamatan dan pengalaman): Apabila kita menerima berita tentang kematian seseorang Muslim, sama ada yang kita kenali mahupun tidak kita kenali, adalah sunat kita menyebut, “innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)
Mengelakkan bergurau senda dengan rakan-rakan/tetamu yang hadir semasa berziarah dan tidak digalakkan meninggikan suara ketika berbual-bual. Ini kerana ia mungkin akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Hormatilah ahli keluarga jenazah yang bersedih. Mereka tidak mungkin akan faham kenapa orang lain masih boleh tersenyum dan ketawa apabila mereka sedang berduka. Kita haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan, “Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal.”
Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud, “Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca surah Yasin.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT dengan mengucapkan “Allahummaghfirlahuwarhamhu” ertinya, “Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”
Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian atau menyediakan makanan untuk keluarga si mati. Digalakkan agar menghulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.
Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.
Melahirkan perasaan dukacita kepada waris di atas kembalinya ke rahmatullah.
Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah.
Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah.
Tidak menceritakan aib jenazah.
Disunatkan membanyakkan membaca al-Quran dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan.
Segerakan pengurusan jenazah.
Sembahyangkan jenazah dan mengiringinya ke kubur.
Kebaikan/hikmah Menziarahi Jenazah:
Berpeluang menzahirkan perasaan simpati kepada keluarga jenazah,
Mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahli keluarganya,
Dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga jenazah,
Menunaikan fardu kifayah iaitu memberikan hak sebagai seorang muslim keatas muslim yang lain,
Melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita tentang kematian itu pasti menjemput kita suatu hari nanti,
Mengingati bahawa kematian adalah sebahagian daripada qadha Allah yang wajib diterima oleh semua makhluknya.
Bermuhasabah diri tentang ibadat yang telah kita lakukan selama ini. Kita akan terfikir, adakah ibadah kita selama ini mencukupi untuk di buat bekalan di akhirat nanti…
 “Ya Allah jadikanlah akhir kehidupan kami dengan kebaikan dan rahmat-Mu dan jangan jadikan akhir hidup kami dengan keburukan dan kemurkaan-Mu”. Amin

Tampa berlengah Johan Hamdi dan isterinya Nur Hidayah ke Melaka. Usai menyalami dan bertanya khabar  mommynya, dia digesa kehospital.

“Apa cerita Didi ni mommy. Empat hari lepas Didi ada call Jo, Jo dengar suaranya sihat dan gembira sahaja. Dia kata nak buat kimo untuk kali ketiga”.

“Ehh dia buat kimo dia kena sakit barah ke Jo?. Tapi  mommy dengar cerita papa dah dua hari Didi demam, bila demamnya makin teruk itu dia call papa minta bawakan  Didi  pergi hospital. Bila dah sampai hospital papa balik..Tadi masa kami solat subuh berkali-kali telefon bunyi rupanya aunte Killa yang  call, dia minta tolong papa datang hospital.  Dia kata Didi nazak dia tak tahu macam mana nak buat..tak lama papa pergi papa call mommy,  dia kata Didi dah meninggal. Dah lah Jo pergilah  hospital temankan papa. Papa kata aunte Killa pengsan bila doctor sahkan anak dia dah meninggal”.

“Ialah.  Dayah tunggu kat rumah dengan mommy. Nanti apa hal abang call.”.

“Ok..pandu kererta elok-elok ye bang, jangan lupa  Baca ayat Seribu Dinar dan Ayat Kursyi”. Pesanan biasa untuk suami  yang di kasihi.

“macam mana pa..jenazah ada kat mana sekarang. Jomlah pa kita jumpa aunte Kila.” Ketika Johan tiba papanya  ada menunggu di perkarangan hospital besar Melaka

“Biarkan lah dia..Malas papa nak dengar bila dia asyik nak salahkan papa.  Sedar sahaja dari pengsan terus sahaja dia serang papa”.

“Salahkan papa kenapa?”.

“Dia salah kan papa tak dapat pujuk Jo supaya kahwin dengan Didi. Dia kata sebab Didi bukan isteri Jo menyebabkan dia nak cepat-cepat buat kimo. Dia nak cepat sihat sebab nak pulangkan duit yang Jo bagi..Papa nak tanya ni, yang sebenarnya Didi ada sakit apa. Semalam aunte Kila cakap Didi demam..baru tadi dia cakap Didi buat kimo. Kemudian dia cakap Jo ada bagi hutang kat Didi. Tak faham papa..”.

“Yang sebetulanya Didi balik sini sebab nak sambung rawatan kenser payu daranya.  Pada mulanya dia buat rawatan kat luar negara, bila duit simpananya habis buat kos rawatan kat sana, dia balik sini nak cari sponser kat sini. Itu sebabnya dia nak nikah dengan saya, dengan tujuan saya boleh tanggung kos rawatan tu. Tapi papa yang sebenarnya duit tu bukan duit saya, manalah saya ada simpanan sebanyak tu jadi Dayah keluarkan simpanannya. Dia kata dia ikhlas sedekah sebab nak tolong Didi. Bila Didi tahu duit tu, duit Dayah dia  tak mahu terima sedekah dari Dayah nak juga dia bayar, jadi saya nak buat macam mana. Perkara dah senang dia yang suka menyusah diri…”.

“Ohh dia kena barah payu dara. Aunte Kila tahu ke dia sakit tu”.

“Mungkin dia tahu itu yang beria suruh Didi nikah dengan saya. Kalau saya dah jadi suami tentu menjadi tanggung jawab saya menanggung kos rawatan anaknya”.

“Emm..Jo! sebab Didi sakit ke Jo tak nak nikah dengan dia”.

“Tak  papa bukan sebab dia sakit saya tak dapat terima dia..tapi sebab sikap dia. Satu yang bagus Didi ni, dia tak pandai nak berpura-pura atau berlakon. Dari dulu lagi Didi memang tak suka mommy.. sejak dia menjadi menantu mommy saya tak pernah nampak Didi  duduk berbual atau tanya-tanya  mommy.  Papa nampak tak, bila dia datang rumah kita kali terakhir, ada dia jumpa mommy, bersalam tanda kita hormat. Saya tak boleh terima wanita yang tak suka mommy saya.  Itu sebab pertama saya tak boleh nak terima dia.Yang kedua sikap dia dari zaman kanak-kanak sampai dia dah dewasa ni memang tak berubah. Dia tidak suka cakapnya dibantah. Dia tak suka kehendak di dihalang dan kemahuannya mesti dicapai walau dengan apa cara sekali pun. Yang ketiga kehidupan mewahnya tak dapat nak diubah, walau pun dia tahu kita tak ada duit, barang pakaianya mesti yang berjenama tinggi”.

“Mana Jo tahu..kita jangan pandang pada apa yang dia pakai..masa ni dia mampu dan dia pula duduk luar negara barang-baranbg macam tu murah kat sana”.

“Saya belajar sikap dia bila saya duduk sebumbung dengan dia, dan barang-barang tu  bukan murah walau pun dia beli kat luar negara.  Saya dah ada pengalaman bila ikut dia memilih barang.  Yang keempat Didi ni tak tahu nak jaga air muka orang.. kalau dia kata tak boleh dia akan membentak dan terjerit-jerit tak kira kat mana.  Saya takut dengan sikapnya  akan menghalang saya berjumpa dengan anak-anak yang sedia ada. Saya takut gagal adil pada Hidayah. Terus terang saya katakan dan papa jangan terasa hati, saya tak mahu anak-anak saya merasa apa yang saya lalui dan saya sangat takut Dayah menjadi seperti mommy.  Peritnya kehidupan yang kami lalui dulu mengajar saya menghargai anak isteri yang sedia ada. Saya tak akan mencari tanggung jawab lain papa.  Saya sangat bersyukur kerana Allah masih memberi Rahmat dan Hidayahnya kepada saya.  Kalau tak kerana doa mommy  mungkin saya dah tersungkur dalam perjalan dunia yang sangat banyak cabarannya”.

“Jo maafkan papa dengan sikap papa dulu,  yang mengabaikan  mommy dan Jo."

"Dah lama saya maafkan papa. Lagi pun saya nampak papa memang sayang mommy saya, buktinya papa masih boleh ,menerima mommy walau pun mommy tak sihat macam dulu..hanya saya sekarang cuba mengelak perkara yang boleh saya elak.". 

"Betulah tu. Jo! Sebebarnya papa sangat bosan dileteri. Arwah nenek Jo dulu sangat kuat berleter, tak kena pada citarasanya dia akan berleter berhari-hari. Dia tak pernah berkenan dengan pilihan papa, dijodohkan papa  dengan wanita yang sangat kuat cemburunya.   Dengan dua wanita ini menyebabkan papa tak mampu nak berjalan diatas kemahuan papa. Ditambah bila mak cik bersalin dia akan jadi murung. Papa rasa kemurungan mak cik Jo tu disebabkan nenek yang kuat berleter. Bila mommy keluar dari kuartes polis,  diikuti dengan kematian papa Didi, menyebabkan papa tak tahu kat mana nak cari mommy lagi. Bila aunte Kila SMS alamat mommy dua tahun lepas, papa rasa sangat terhutang budi pada dia. Itu sebabnya papa cuba pujuk Jo bila aunte Killa minta tolong Jo jadi suami Didi. Dia minta sungguh-sungguh Jo jaga Didi,  dia kata Didi tak dapat terima lelaki lain sebab dia masih sayangkan Jo. Tak sangka pula dalam kesungguhan aunte Kila ada muslihat lain. Maafkan papa Jo.”.

“Tak apalah pa perkara dah jadi. Mungkin ada kebaikan dengan rentetan kehidupan saya yang macam tu. Saya menyayangi mommy dan saya lebih menghargai isteri dan anak-anak yang  didepan mata. Papa! Saya sayang Dayah sebab dia sayang mommy sejak mula dia jumpa mommy. Saya selalu memohon pada Allah saya hanya nak seorang sahaja isteri didunia ni.. ”.  Lama mereka dua beranak berbual di luar bangunan hospital. Bila telefon bimbitnya bergetar didalam poket seluarnya Dr. Johan memeriks, tertera discreen panggilan dari isteri tersayang.

“Assalamualikum..abang dah jumpa papa..apa cerita Didi bang.”

“Waalaikumsalam..Dah papa ada dengan abang ni. Didi memang dah meninggal,  jenazahnya sedang diuruskan. Mungkin dalam pukul 10 nanti sampailah”.

“Jenazahnya nanti nak dibawa kemana bang..ada ke adik beradik dia yang nak uruskan mandi dan kapankan jenazahnya nanti. Nak harapkan aunte Kila tentu dia tak boleh nak berfikir dengan waras sekarangkan.  Kalau abang tak nak susah minta pihak hospital mandi, kapan  dan solat kan jenazah sekali nanti sampai kita boleh terus kebumikan”. Pengalamannya menguruskan kematian mamanya dulu dijadikan pengajaran oleh Hidayah.

“Ok nanti abang bincang dengan papa..kejap lagi abang call Dayah Asalamualaikum”.

“Waalaikumsalam”.

“Macam mana pa. Kalau kata Didi dah boleh bawa balik, kita mesti siapkan tempat nak mandikan dan kapankan. Jangan jenazah dah sampai kita baru nak cari orang  mandikan jenazah dan baru nak cari kain kapan. Papa dah hubungi anak-anak aunte Kila ke.”

“Ini yang susahnya Jo, aunte Kila kata dia call abang dan adik Didi dari semalam lagi tapi tak ada yang angkat. Bagi SMS pun tak berbalas. Susah betul dapat anak-anak yang tak boleh dibawa berbincang masa susah”

“Kalau macam tu tak apalah kita uruskan semuanya. Papa duduk sini kalau-kalau aunte Kila nak kan pertolongan papa. Biar saya pergi taman perumahan mereka bagi tahu jiran dan iman mereka tentang kematian Didi. Sebelum tu jom kita  minta kunci rumah aunte Kila, boleh nanti Dayah dan mommy berkemas apa yang patut kat rumah dia.”

“Ok..jomlah”. Tapi bila melihat sahaja  encik Johari  dirinya terus diterpa dan dipeluk oleh puan Syakila.  Fikirannya bagai tidak berfungsi. Sambil memeluk dia  menangis mengogoi di dada encik Johari tampa rasa malu. Encik Johari pula yang  malu bila mata-mata jururawat dan doctor  memendang kearah mereka. Johan hanya memenadang dari jauh. Jika dia yang menghampiri entah apa pula tindakan yang diambil oleh bekas emak mertuanya. Mungkin juga dia akan  dipukul kerana tidak puas hatinya.

“Dahlah Kila sabar lah. Malu aku kau buat aku buat macam ni. Cuba kau tenguk semua orang pandang kita”. Encik Johari memujuk dan menenangkan isteri arwah sahabatnya selain itu menyedarkan perlakuan Syakila,  mereka bukan mahram.

“Anak aku dah mati Ri..anak aku dah mati..kesianya aku..hu..hu”. Rintih puan Syakila yang tidak dapat menerima kenyatan dengan kematian anak perempuan tunggalnya.

“Ialah aku tahu..kau duduk sini aku nak uruskan jenazah Didi lah ni, kau bersabar ye..ini hanya ujian Allah tabah ye. Mana kunci rumah kau, aku nak tolong kemas rumah kau sebelum  jenazah dibawa balik”.

“Didi yang pegang kunci rumah..Didi kenapa Didi mati dulu dari mommy. Ri kenapa Didi mati dulu dari aku Ri”. Memang kepala puan Syakila tidak dapat berfungsi lagi. Encik Johari mendudukkan puan Syakila di kerusi berhampiran kemudian terus dia mendapatkan Johan semula.

“Jo macam mana ni Jo papa tak dapat kunci. Ada ke dia kata kunci rumah pada Didi. Aunte Kila macam dah tak boleh nak berfikir. Macam mana ni Jo..apa kita nak buat, kat mana kita nak letak jenazah ni nanti.”.

“Macam nilah pa kita minta pihak hospital, mandi, kapan dan solatkan sekali jenazah. Nanti bolehlah jenazah singgahkan sekejap kat surau taman, kalau kariah taman nak solatkan sekali lagi pun boleh.. tak payah solat pun boleh, sebab jenazah dah disolat kan kat sini..tinggal kebumikan sahaja, jadi tak payahlah jenazah masuk rumah aunte Kila”.

“Boleh ke macam tu”.

“Boleh pa..uruskan jenazah ni kan yang seeloknya harus segera dikebumikan..ok saya nak  balik dulu. Kita kena bagi tahu imam taman pereumahan aunte Kila juga kan tentang kematian Didi, lepas tu nak minta orang siapkan lubang kubur. Papa kena uruskan yang kat sini jumpa pegawai yang bertugas buat permohonan mandi, kapan dan solatkan jenazah sekali. Lagi pun kalau aunte Kila nak apa-apa  pertolongan nanti.”.

“Ialah.. pergilah Jo tenguk apa yang patut nak buat..lagi pun tak kan mommy dan Dayah yang pergi cari imam dan penggali kubur pula..Papa nak jumpa pihak hospital. Kalau kita buat dua urusan sekali harung tentu cepat selesai”. Memang tidak boleh terpandang kelibat encik Johari puan Syakila mula menangis dan mengongoi siap peluk lagi dengan kata-kata yang meruntun hati.

“Ri anak aku dah mati Ri.. anak aku dah mati”.

“Kila apa guna  kau menangis mengogoi macam ni, bukan Didi boleh hidup semula. Cuba kau baca Fatihah sedekah pada Didi ada juga faedahnya”. Bila makin kuat tagisan puan Saykila Encik Johari meninggalkan nya sahaja disitu. ‘biarlah dia berhenti sediri menangis” bisik hatinya yang kerimasan dengan perlakuan isteri sahabat baiknya yang tidak terjangka.

Sebelum urusan memandikan jenazah dimulakan seorang ustaz dan seorang ustazah datang menemui encik Johari.

“encik ..apa kaitan jenazah dengan encik ke  dan dia Islam ke?”.

“In Syaa Allah Islam..yang sebetulnya dia anak kawan saya, saya hanya tolong menguruskan sahaja”.

“Oh..yang sebtulnya saya nak minta izin nak cukur rambut dan nak buang kukunya yang bercat. Ialah kita nak berjumpa Allah  Tuhan Yang Maha Agong tentulah nak suci dari segala hadas. Warna rambut dan cat kuku ni akan menyebabkan mandi hadas dan wuduk kita tak sah”.
(Tak termasuk dalam cerita siapa yang tahu tolong kongsi dalam ruangan komen..ini hanya pengalaman, mak teh dulu ada dengar satu cerita..hamba Allah wanita ni meninggal kemalangan sebelum dimandikan kuku yang bercat kena dicabut betul ke)

“Tak boleh ke cat kukunya tu dibuang dengan cecair yang boleh menaggalkan cat?”.

“Kalau nyawa masih dibadan boleh tapi bila jasad dah sejuk cat kuku tak boleh nak ditanggalkan lagi..jadi terpaksalah kita cabut kukunya. Kita buat bukan untuk menyiksa mayat tapi untuk kebaikan dia juga..”.

“Ialah buatlah ustaz”.

“Perkara macam ni jadikah iktibar, ini untuk mengingatkan diri saya juga..kalau kita ada nak-anak perempuan tegahlah dia dari memakai cat kuku. Kadang-kadang anak-anak perempuan ni nak melawa dicatnya kukunya masa dia sedang uzur sareii. Tapi  ialah ajal maut kita tak tahu..muda belia, sihat segar bugar pun boleh malaikat ambil nyawa kita kalau dah sampai ajal kan”. Sungguh terkesan apa yang dilalui oleh encik Johari hari itu. Insaf dirinya.

Diatas pebincangan antara Dr. Johan dan imam surau jenazah Natasya akan disolatkan sekali lagi oleh kariah taman  selepas waktu zohor.  Dr. Johan, isteri dan mommynya berkampung disurau taman menanti ketibaan jenazah. Bila telefon Johan berbunyi..

“Siapa yang call bang, Papa ke? jenazah dah nak balik ke bang”.

“Dah Dayah mereka tengah siapkan van jenazah, mungkin sempat kita Zohor dulu.  Dayah siap-siaplah ambil wuduk  masuk waktu kita solat. Kata imam tadi dia nak jenazah disolatkan oleh kariah taman.”

“Ialah..Mommy sebelum orang datang surau ni kita ambil wuduk dulu.. nanti senang.” Selesai berwuduk  Puan Maria dan Hidayah duduk diruangan yang dikhaskan untuk wanita.”

“Mommy bawa telekung?”.

“Tak Dayah..mommy lupa tadi bila hati libang libu  dengar  Didi dah meninggal”.

“Tak apa mommy pakai baju kurung ni pun dah ok..Ni pakai sarung tangan dan sarung kaki Dayah, Dayah memang sentiasa bawa lebih dalam handbag Dayah ni. Alang-alang handbag ni besar Dayah sumbat semua barang. Kalau bawa Ikran dan Ikhsan Dayah sumbat pempes dan botol susu”. Mereka bersiap-siap sambil berbual-bual.

 “Mommy! Abang kata imam kat sini nak solatkan jenazah sekali lagi. Kalau  disolatkan sekali lagi nanti, kita ikut solat ye mommy.”.

“Ehh boleh ke kita yang perempuan ni solatkan jenazah Dayah, yang mommy nampak solat jenazah ni orang lelaki sahaja yang buat”.

“Boleh mommy, dulu masa Dayah kat Mekah, Dayah tenguk orang perempuan pun buat solat jenazah..jadi Dayah tanya pada paman Dayah yang duduk kat sana. Dia kata, kalau kita ada peluang solatkan jenazah buat lah. Sebab  Allah janjikan pahala yang banyak tak kira siapa yang buat mommy…..” Nor Hidayah mula menceritakan kelebihan solat jenazah dan mengajari cara-cara melakukan solat jenazah pada ibu mertuanya.

“Tapi mommy tak pandai macam mana nak solat jenazah Dayah”.

“Senang sahaja mommy. Kita niat dalam hati dalam bahasa Melayu atau bahasa apa pun tak apa tapi dengan erti  Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir, fardhu kifayah kerana Allah taala. http://www.ustaznoramin.com/2011/01/solat-jenazah.html
 Baca niat kemudian dengar imam, bila imam takbir kita ikut, lepas takbir pertama baca surah Alfatihah. Takbir kedua baca selawat keatas nabi.
Takbir ketiga baca  Allahummaghfirlahuwarhamhu”   ertinya, “Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.” tapi kalau kita tak tahu, dengar sahaja imam baca, lepas tu bila imam bagi salam kita pun bagi salam.
Ingat ye mommy solat jenazah ni kita berdiri sahaja..tak ada ruku’ atau pun sujud.”

(Tak termasuk dalam cerita, mak teh masukkan cara solat jenazah supaya kita tahu Untuk lebih sempurna solat kita bukalah google cara-cara solat jenazah..sebab takut mak teh tak betul pula.. Kebiasaan diMalaysia orang perempuan tidak digalak kan solat jenazah, (termasukkalah suami mak teh dia tak bagi mak teh nak solatkan arwah ibu mertua mak the tapi masa tu solat jkenazah dibuat dirumah. Sekarang ni kalau pergi masjid kadang-kadang terjumpa solat jenazah dan mak the tidak akan melepaskan peluang.) Sedang kan sangat besar pahala bila kita menuaikan solat jenazah..jadi jangan kita melepaskan peluang pahala dan  keredaan Allah selagi kita mampu dan boleh mendapatkannya.)
Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti solat jenazah berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah selepas disolatkan oleh orang lelaki.
Cara melakukan solat ini adalah dengan berdiri betul, rapat dan berniat melakukan solat sunat jenazah serta terus berkeadaan berdiri sambil melafazkan bacaan tertentu sehingga salam, tanpa melakukan rukuk dan sujud.


1.  Niat: Niat solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati
2. Lepas Takbir Pertama Baca Surah Al-Fatihah
3. Lepas  Takbir Kedua. Membaca Selawat;
4. Salam
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa mengurus jenazah orang Muslim atas rasa iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menguruskan pengebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat; satu qirat kira-kira sebesar bukit Uhud. Dan sesiapa mengikut solat jenazah sahaja, kemudian dia pulang sebelum dikebumikan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat." (Riwayat al-Bukhari, jil. 1, no.0039)

Tunai sudah solat jenazah untuk Diana Natasya binti Sufian..

            Ketika ditanah perkuburan sedang talkin dibacakan barulah tiba dua orang  anak-anak puan Syakila yaitu abang dan adik Diana Natasya. Dengan suara yang garang mereka bertanya pada orang yang ada disitu.
“Siapa encik Johari”. Tadi ketika mereka tiba dirumah mommynya dia bertanya pada jiran disebelah rumah mommynya. Jiran itu mengatakan jenazah adiknya sudah dibawa ketanah perkuburuan dan segala urusan diuruskan oleh encik Johari. Setahunya Johari adalah sahabat arwah ayahnya, tetapi dia sudah ingat-ingat lupa wajahnya.

“Saya!..encik hormatlah sikit imam tengah baca talkin tu”.

“Macam mana  I nak hormat, kalau hak I you  langar macam tu sahaja”.

“Hak you apa..ni datang terus nak menyerang ni kenapa? Nanti  dah habis baca talkin kita  bincang..elok-elok.” Mereka menyisih jauh sedikit dari kedudukan imam.

“Nak bincang apanya. You tahu tak I ni abang Didi dan yang ni adik adik Didi..kenapa uncle pandai-pandai terus nak tanam mayat Didi tampa tunggu kitorang balik dulu. Dia masih ada adik beradik yang boleh uruskan mayat dia”.

“Salah aku ke..kata mommy you dia call you tapi tak angakt, SMS pun tak balas..cuba you tenguk berapa miss call dan berapa SMS dari mommy you. Dia kata sebelum Didi mati lagi dia dah call you berdua, tapi you tak angkat. Itu sebabnya dia panggil aku  minta tolong”.

“Ialah tapi tunggulah sekejap, ni sampai sahaja terus tanam”.

“Rumah mommy you berkunci jadi jenazah nak letak mana? takkan nak letak tepi jalan..ni kami letak kat surau nak menantikan selesai solat zohor tau. Kami terus kebumi, sebab jenazah dah dikapan disolatkan di hospital lagi, dan satu lagi sebab kami takut  you berdua tak balik”.

“Ahh alasan”.

“Itu terserah..segala tanggung jawab I sebagai umat sesama  Islam dah I tunaikan.. kalau you tak puas hati terserah pada you. Nak korek lubang kubur yang dah kambus pun itu terserah”.

Akhirnya diam juga dua anak-anak puan Syakila. Mereka  menghampiri mommyanya yang lemah. Dia dipapah oleh puan Maria dan Hidayah duduk berhampiran  lubang kubur yang sudah ditimbus sambil mendengar bacaan talkin. Encik Johari juga menghampiri isteri dan menantunya untuk  mengajaknya pulang.

 “Yah jomlah kita balik semuanya pun dah selamat. Jo, Dayah jom kita balik”.

Hampir seminggu selepas kematian Diana Natasya binti Suffian, puan Maria mengajak suaminya berziarah kerumah sahabatnya.

“Bang jomlah kita jenguk Kila..tanya khabar dia”

“Bila ingatkan perangai anak lelaki dia tu malas abang nak jenguk..sakit hati abang ni. Penat kita uruskan semuanya bukan nak cakap terima kasih ni diherdeknya kita kat tengah orang ramai. Abang ni dah tua Yah bukan budak-budak yang nak dimarah. Dia tak tenguk salah dia, asyik nak menyalahkan orang pula”.Yang sebenarnya ayat itu sudah diulang beberapa kali bila isterinya mengajak mahu menjenguk sahabat mereka yang ditimpa musibah.

“Ni dah nak dekat seminggu tentu mereka dah balik rumah mereka. Kita jenguk sekejap sahaja tanya khabar Kila tu, kesian pula dia kalau tak ada siapa yang ambil berat. Tentu dia sedeh sangat Didi meninggal”. Dengan pujukkan isteri akhirnya Encik Johari mengalah, mereka kerumah puan Syakila.
Sampai dihadapan pagar rumah Encik Johari memberi salam namun salamnya tidak berjawab. Setelah tiga kali salam muncul jiran sebelah rumah keluar bertanya.

“Encik cari siapa?”

“Kami ni kawan Syakila..datang saja nak tanya khabar, dia kan baru kematian anak perempuan dia”.

“yang sebetulnya mak cik Kila pun dah meninggal dua hari lepas”.

“Haa ye ke??..tapi tak ada orang pun yang bagi tahu kami”. Terkejut besar Encik Johari suami isteri mendengar cerita jiran puan Syakila.

“Ohh ye pak cik ni yang uruskan jenazah kak  Didi hari tu ye baru cam muka..Macam ni dua hari selepas kak Didi meninggal..aunte Kila jatuh. Masa tu dia duduk sorang kat rumah. Mungkin dah satu hari suntuk dia jatuh baru lah anak nya yang tua tu tahu.  Itu pun kebetulan dia balik. Mereka bawa mak cik Kila pergi hospital. Masa kat hospital mak cik Kila kena pula serangan jantung,  itu yang membawa kematiannya. Lepas tu jenazahnya di bawa kekampung emak dia tak salah kat Durian Daun rasanya..itu kata anak yang bungsu. Dia datang berkemas rumah ni semalam”.

“Kenapanyalah yang anak-anaknya tinggalkan dia duduk sorang sorang kat rumah bukan mereka tak nampak keadaan emak dia selepas Didi meninggal hari tu”.

“Kata anaknya yang tua dia balik nak ambil kain baju..jadi ditugaskan adiknya yang bungsu  jaga makcik Kila sekejap..tapi anak bungsunya nya tu bosan bila makcik Kila asyik menangis dan meratap kematian kakaknya. Dia kata keluar sekejap jumpa kawan-kawannya..tak sangka makcik Kila boleh jatuh pula”.

“ohh jadi jenazahnya memang tak diuruskan kat sinilah ye”.

“Ye pakcik”.

“Terimakasih ye sebab bagi tahu”. Ketika didalam kereta..mereka berbual dan menjadikan kisah sahabat mereka satu pengajaran.

“Kesian Kila tak mampu dia menerima kematian Didi..tak sangka ye bang Kila dah meninggal”.

“Ajal maut ditanga tuhan Yah..kita yang hidup ni bersiap sedialah, menanti kematian. Tapi yang abang takut bila mati kita sorang-sorang tak ada siapa yang membimbing ditepi telinga. Sakit sakaratul maut adalah sakit yang paling sakit..bila tak ada yang membimbing takut tergelincir iman kita”..

“Bang! Dayah ada ajar Yah solat sunat untuk memelihara Iman bang. Supaya Allah boleh jagakan iman kita waktu kita hidup, bila hendak mati dan selepas kita mati bang”. Solat yang dimaksudkan oleh Puan Maria adala solat sunat AWWABIN 6 rakaat dilakukan dengan tiga kali salam.

“Dari mana yang Dayah tahu bab-bab solat ni Yah..semalam Yah cerita dia ajar Yah solat jenazah.. Hari tu dia cakap solat lima waktu untuk kita didalam kubur. Banyak betul yang dia tahu”.

“Dia kata dulu dia  selalu pergi masjid..kan kat masjid selalu ada ceramah itu yang dia dengar tu. Lepas tu dia selalu tanya pada atuk kakak iparnya..apa namanya orang tua tu Atuk Ib ke..masa dia duduk dengan Yah dulu kalau Jo tak kerja hari Khamis malam Jumaat, kami pergi rumah Abang Dayah baca Yassin ramai ramai. Abang nak tahu Dayah ni tak payah tenguk buku kalau dia baca Yassin pun boleh. Kemudian dia baca pun sedap..”.

“Ohh jadinya dia lancar surah Yassin”. Banyaknya kelebihan menantu yang dipandang rendah kerana statusnya bisik hati encik Johari.

Sudah sebulan kematian bekas isterinya. Minggu itu semua isi Tengku Faizal kerumah  Tengku Farid untuk membaca Yassin. Sebelum bacaan Yassin dimulakan Johan Hamdi menghampiri atuk Ibrahin dengan permintaanya.

“Tuk malam ni boleh tak kalau saya nak masukkan tiga  nama”.

“Boleh tulislah namanya supaya atuk senang nak sebut nanti”. Nama yang ditulis Diana Natasya binti Sufian, Nur Syakila binti Ahmad Syahir dan Sufian bin Sharifudin. Bila Tengku Farid terpandang pada nama yang pertama hatinya bertanya-tanya. Diakhir bacaan Yassin dia menarik Johan Hamdi..

“Siapa Diana Natasya binti Sufian pada you”.

“Dia bekas isteri saya. Dah sebulan rasanya dia dan mommynya meninggal. Malam ni tergerak hati nak sedekahkan Yassin pada mereka dua beranak.

“You masih baik dengan bekas isteri you”.

“Alah baik gitu-gitu sahaja. Emak ayah saya kawan baik emak ayah dia  dan kami dulu pun kawan sepermainan.. Masa saya kecil dulu dia selalu tolong kami sekeluarga. Kenapa abang kenal ke dengan Diana Natasya ni”.

“Entahlah rasa macam kenal sahaja namanya ni..Diana Natasya ni nama manja dia Didi ke”.

“betullah siapa yang kenal rapat dengan dia panggil dia Didi”.

“I rasa dia ni bekas isteri I dulu. Emak pada Arief anak I yang tua tu. Kecilnya dunia ni kan Jo. Dulu teringin sangat I nak jumpa lelaki yang sangat setia mencintai Diana. ”

“Siapa yang cakap I sangat mencintai Didi ni. Dia ke yang cakap”.

“Tak mommy dia. Malam yang I ucapkan perkataan cerai untuk dia,  I terdengar mereka berdua bercerita didalam bilik. Mommynya kata Jo anak aunte Maria masih tak kahwin lagi kerana tunggu dia..jadi youlah anak aunte Maria tu. I tak sangka yang jadi adik ipar I adalah bekas suami kepada bekas isteri I sendiri. Kita dah jadi adik dan abang ipar Jo.”.

“Saya nak tanya..sebab saya ke abang ceraikan Didi”.

“tak bukan sebab you. Dia yang minta. Malam tu terjerit-jerit dia minta I ceraikan dia, tambah berani dia meminta bila mommynya sokong dia”. Malam itu dua lelaki yang pernah menjadi suami Diana Natasya binti Sufian membuka kisah lama. Tamat.



P/s: cerita Nur Hidayah hanya sampai disini sahaja. Harap maaf jika ada perkataan yang menyinggung. Cerita ni tak bersangkutan dengan yang hidup mahu yang sudah meninggal dunia. Mak teh hanya mahu mengingatkan diri dan keturunan mak teh agar jangan sampai tersalah laku kerana kesan disebut-sebut orang mungkin sampai jenerasi kita pupus dari dunia ini. Yang baik datangnya dari Allah dan segala keburukan adalah dari salah laku manusia itu sendiri. Terima kasih pada yang sudi membaca dan memberi komen.











Tuesday 12 January 2016

80 Nur Hidayah






“Yang sebetulnya sebelum Johan nikah dengan Dayah lagi, Yah dah tahu siapa Dayah,  Johan dah cerita dengan Yah. Yah terima Dayah bukan paksaan dari sesiapa..tapi Yah terima dia sebab Yah percaya dia boleh bahagiakan Johan dan tak membuang Yah yang tak berdaya ketika tu”.

“ Yah tahukan hanya Johan seorang sahaja anak lelaki kita. Dia tu penyambung keturunan kita. Apa akan jadi dengan keturunan kita kalau dah emaknya  dari keturunan tak baik.  Bab dia terima kita lain cerita, walau macam mana keadaan kita kalau dia dah jadi menantu tentu dia akan terima kita seadanya.  Abang terkilan sebab Yah tak fikir betul- betul sebelum Yah  terima perempuan yang macam tu”

“Mana abang tahu dia dari keturunan yang tak baik”.

“Kalau dia tu anak luar nikah baik ke tingkah laku emak dan bapaknya”.

“Ingat bang,  kita nikan manusia yang tak sempurna, mungkin emak ayahnya tersilap... Tapi sekali silap tak semestinya terus sentiasa silap. Sebab yang Yah tenguk tingkahlaku Hidayah tak lah menunjukkan dia dari keturunan yang tak baik. Dari Yah mula Yah kenal dia dia seorang gadis yang menutup aurat, sopan santun, dan  hormat orang tua. Dan sejak dia jadi isteri Johan dia jaga Johan dengan baik. Tak penah Yah dengar dia meninggi suara dengan Johan, tak buruk pinta. Apa yang Johan cakap dia ikut.”.

“Dia sekarang memang baik, tapi zuriat yang bakal dia lahirkan macam mana. Abang bimbang dengan keturunan kita yang akan datang, macam manalah peranaginya cucu-cucu kita nanti”.

“Tapi pada Yah tingkah laku emaknya adalah cemin pada anak-anaknya akan datang. Kalau baik tingkah laku emaknya anaknya InSyaa Allah akan baik juga, sebab emaklah yang akan mendidik anak-anak. Kan banyak dah para ulama cakap semua  bayi dilahirkan sebersih kain putih. Yang mencorak kehidupannya adalah ibu dan ayahnya.  
…Abang nak tahu sepanjang dia serumah dengan Yah, Dayah tak pernah tinggal solatnya. Malah di ajaknya Yah solat sama. Dia tak malu menolak Yah pergi masjid mencari pahala..mengejar keredean Allah. Punya bersungguh dia memastikan Yah tak tinggal solat, dia balik waktu zohor dan menjadi imam Yah. Dia ajar Yah melancar surah lazim yang senang-senang untuk persediaan Yah solat sendiri. Yah nampak betapa sabarnya dia mengajar  Yah yang dah keras lidah ni bang. Selalu dia memperdengarkan bacaan Yassinnya ketelinga Yah supaya Yah ni terang hati katanya. Abang tahu sebab apa dia buat macam tu”.

“Kenapa??..dia nak beli jiwa Yah supaya sayang kat dia, nanti senanglah dia nak ‘pengang tengkuk Yah,”  Yah ikut  sahaja cakap dia”.

“Kenapa abang suka buruk sangka dengan dia bang. Dia buat Yah macam tu sebab dia kata solat tu tiang agama, supaya Yah tidak ditimpa siksa dunia. Kalau kita selalu tinggal solat kita akan ditimpa siksa dunia. Abang nak tahu siksa dunia tu apa, rezeki yang tak berkecukupan, rasa tak gembira dan bahagia biar pun harta banyak itulah siksa dunia bang. Kemudian dia cerita pada Yah Rahsia solat, rupanya perlakuan yang kita kerjakan dalam solat akan membantu kita didalam kubur. (anggaplah tazkirah bagi yang sudah tahu)
Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.
Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.
Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
Salam memelihara kita di dalam kubur.
Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.

Itu sebabnya dia memastikan Yah tak tinggal solat. Supaya Yah tidak disiksa didalam kubur”.  Bila melihat suaminya terdiam mendengar ceritanya, puan Maria menyambung lagi ceritanya.

 “Bang! yang Yah nampak Dayah tak rasa susah bila menguruskan Yah ..Yang Yah paling tak dapat nak lupakan bila dia menguruskan Yah dalam bilik air,  masa  Yah tak upaya untuk menguruskan diri Yah sendiri.  Yah ada tanya dia.. tak rasa jijik ke uruskan Yah yang bukan emak kandung dia. Dia kata menguruskan emak mertua sama ganjaran pahala yang  Allah dah janjikan dengan meguruskan emak kandung sendiri. Yah bersyukur sangat dapat menantu yang tak hanya nakkan anak kita sahaja, tapi dengan kita-kita sekali dia ambil. Dia ambil Yah bukan ketika Yah sihat segarbugar,  tapi ketika yang tak berdaya langsung..masa tu Yah nak gerakkan badan sendiri pun tak berdaya. Apa yang dia buat pada Yah menjadikan Yah rasa dia anak kandung Yah bang. Dulu sebenarnya Yah  terkilan kerana tak dapat anak perempuan yang boleh Yah bergantung hidup masa kita tak berdaya tapi sekarang tak lagi ”.

“Anak-anak perempuan abang kan anak peremupan Yah juga”.

“Memang betul anak abang dengan isteri abang yang lain, adalah anak Yah juga. Tapi bukan abang tak tahu anak-anak abang yang tak mahu terima Yah sebagai ibu.  Dia kata Yah merampas kasih sayang abang  untuk mereka dan emak mereka.”  Bila di tunjuk kan kebenaran tentang tingkah laku anak anak perempuannya Encik Johari mengubah tajuk perbualan..

“Yah macam mana Johan boleh ceraikan Didi”..

“Yang sebenarnya sudah lama Johan menahan sabar. Kata Johan dari masa mereka diluar  negara lagi dia dah selalu kena tinggal, sebab Didi lebih mementingkan kerjayanya sebagai model. Sampai diMalaysia pun sama, baru balik tak sampai seminggu dia dah tinggalkan Jo balik Melaka, alasanya dia tak pandai duduk dirumah setinggan yang serba kekurangan ditambah nak jaga Yah yang baru kena strok ketika tu. Masa tu lagi Johan dah meminta pendapat Yah dia nak bercerai dengan Didi, tapi Yah yang melarang. Yah tak mahu kerana Yah mereka bercerai.
… Yah minta Johan siapkan keperluan untuk kemudahan Didi. Yah minta Johan beli kereta PESONA yang baru dan sewakan rumah di kawasan bandar supaya Didi tak rasa hidup diceruk.. kurang kemudahan. Tapi rupanya apa yang dilakukan oleh Johan juga tidak berupaya menambat hati Didi untuk tinggal dengan kami. Dia sekali lagi  mahu keluar negara menjadi model untuk mencari duitnya sendiri. Dia mahukan hidup yang mewah. Ketika tu Johan belum lagi menjadi doctor dia kerja distesen minyak untuk menampung kehidupan kami. Memang betul  gaji Johan tidak dapat memewahkan dirinya ketika tu. Tapi Didi ni bukan seorang isteri yang mampu bersabar hidup susah bersama suami. Didi bukan tak tahu Johan hanya menanti tiga empat bulan untuk menentukan hospital mana dia dikehendaki bertugas, itu pun dia tak sabar.”

“Dari mana Johan dapat duit beli kereta”.

“Duit muka kereta dan duit muka sewa rumah Johan guna duit simpanan dia. Masa belajar kat luar negara Johan tak pernah balik bila cuti. Siang-siang hari dia cakap dengan Yah, kalau cuti panjang dia akan mengambil ubah petik anggur atau pun epal. Kalau cuti pendek dia ambil upah cuci tandas. Dan dengan duit itu juga dia kirim kat  Yah untuk menambah duit belanja Yah kat sini. Masa tu Yah kerja kat gerai makan..”. Oh susahnya kehidupan anak dan isterinya yang diabaikan. Bisik hati encik Johari. Untuk tidak mendengar lagi cerita penderitaan anak dan isterinya Encik Johari memesongkan cerita.

“Kenapa tak dihalang Didi pergi jadi model, Johan kan suami dia boleh sahaja menghalang kalau isterinya nak keluar dari rumah”.

“Susah kalau beristeri yang pandai tetapi tak tahu dimana letaknya kehidupan seorang isteri. Sebab dihalanglah mereka bercerai. Sebetulnya  Johan dah tak boleh nak  bersabar lagi, bila Didi kata dia nak ikut kawanya keluar Negara menyambung kontraknya menjadi model. Johan kata ‘kalau Didi pergi juga dan dalam masa sebulan dia tak balik akan jatuh talak satu untuk Didi’ . Biar pun Didi dengar apa yang Johan cakap, dia tetap pergi juga..dua tahun lepas tu baru Didi balik.

“Masa yang dia cakap talak satu tu ada saksi ke?”.

“Masa dia cakap tu depan Yah. Tapi dua dua tahun lepas masa Didi balik sini mereka ada pergi pejabat ugama tanya masaalah mereka. Pegawai tu kata lafaz yang Jo cakap tu sah. Ertinya dari saat Didi pergi mereka memang dah sah bercerai. Sekarang baru Yah sedar, sakit Yah ni rupanya ada hikmah yang sangat baik untuk Johan dan Yah..”.

 “Apa hikmahnya yang Yah suka sangat jadi lumpuh separuh badan dulu”.

“Peritnya kehidupan kami masa tu rupanya mahu menjumpakan Jo dengan jodoh yang baik. Allah menjodohkan Johan dengan wanita yang boleh menerima Yah walaupun Yah sangat tidak berdaya ketika tu. Mengenangkan apa yang Dayah buat dulu, membuatkan  Yah tak mampu nak melukakan hatinya dengan memujuk Johan memadukan dia. Kadang-kadang anak sendiri pun tak boleh nak menguruskan emak ayah yang tak berdaya ni bang. Inilah Rahmat Kasih-Sayang  Allah yang Dia kirimkan untuk  Yah. Jadi  Yah tak akan mensia-siakan Rahmat yang Allah dah bagi untuk Yah. Yah tak akan membantu untuk menyakiti hatinya, Yah tak akan membantu menjadikan hatinya menjadi sedeh.”.

“Yah! abang ni bukan apa, jangan sampai Killa kata kita tak pandai mengajar anak mengenang budi. Kita jumpa semula ni pun diatas daya usha Killa yang SMS alamat Yah kat PJ tu. Abang bersyukur sangat dapat jumpa Yah semula. Dah lama abang cari Yah tapi tak jumpa. Sekarang ni dia minta tolong jagakan anaknya kita tolonglah. Abang bukan nak minta tolong Yah suruh Johan ceraikan Dayah..hanya nak minta Yah pujukkan Johan supaya nikah dengan Didi..payah ke”.

“Kalau abang yang menerima budi, abanglah yang membalasnya kenapa pula harus Johan yang membalasnya..”.

“Macam manalah abang nak membalas budi Killa tu Yah. Tak kan abang yang dah pencen ni kahwin dengan Didi,  kena sumpah seranah abang dengan Killa nanti, Yah bukan tak tahu mulut bisa si Killa tu”.

“Janganlah abang nikah dengan Didi tentulah tak padan, nikahlah dengan Killa. Killa pun dah lama sangat menjadi balu. Tentu Didi pun suka dan senang hati nak tinggalkan mommynya bila mommynya dah ada orang yang jaga”.

“Yah ni..Yah  macam tak kisah pula bermadu”.

“Berpuluh tahun Yah bermadu bang dan sekarang ni Yah masih bermadu. Abang jangan lupa isteri abang yang kat Tanjug Rambutan tu, dia masih isteri abang yang sah. Mungkin abang dah lama tak jenguk Laila, menyebabkan anak-anak abang kata Yah yang tak kasi abang pergi jenguk emak mereka. Pergilah abang jenguk, walau pun dia macam tu, dia masih isteri abang, dia masih ada perasaan. Mungkin dengan jengukkan abang dia akan merasakan kasih sayag abang masih ada untuk dia. Mungkin bila abang jenguk dia  dapat meredakan sedikit tekanan dalam jiwa dia. Mana tahu bila reda tekanan dalam jiwa dia dia boleh menjadi isteri seperti isteri-isteri yang lain”. Terkedu Encik Johari mendengar  apa yang keluar dari bibir isterinya. Disebabkan peristiwa hitam yang meragut dua nyawa menyebabkan Nur Laila isteri kedua Encik Johari ditahan kerana sakit mental yang boleh membahayakan orang lain. Dia dimasukkan di pusat rawatan sakit mental di Tanjung Rambutan Ipoh Perak.

Memang benar  sejak dari dulu lagi Maria Ong Abdullah bermadu, dia bernikah sekali lagi dengan pilihan emaknya. Biar pun tidak diceraikan namun  Maria terbiar tampa nafkah zahir dan batin dari dirinya kerana larangan emaknya.  Dia membiarkan seorang isteri terkontang kanteng mencari kehidupan sendiri  dua puluh tahun lamanya. Sekarang baru dia tersedar  kejamnya  dirinya. Dengan apa yang keluar dari dua ulas bibir isterinya menguci dirinya dari berkata-kata.


Sudah tiga bulan kehidupan Dr Johan tenang dari permintaan papanya untuk dia membalas budi yang dihulur oleh bekas ibu mertuanya. Malam itu ketika dia dan isterirnya sudah mahu merebahkan diri telefon bimbintnya berbunyi.

“Sayang capaikan handfon abang tu..  Tengukkan siapa yang call sayang”. Hidayah mengikuti suruhan suaminya, kebetulah telefon tangan suaminya berdekatan dengan dirinya.

“Diana Natasya bang”.

“Emm apalah yang dia ni pulak”. Dengan rasa berat panggilan dijawab juga.

“hallo asalamualikum..I ni. You tak kerja hari ni”. Orang  hujung talian memberi salam dengan suara ceria.

“Waalaikumsalam..I baru balik kerja, tadi  I kerja petang. You apa cerita sekarang,  dengar ceria sahaja suara you”. Rasa hairan berdetik dihati Johan bila bekas isterinya memberi salam tadi.. seperti bukan Diana Natasya binti Suffian pula.

“I ok..saja call nak bagitahu you, yang esok I nak  pergi buat kimo untuk kali yang ketiga.  I rasa kimo kali yang terakhir untuk I. Selesai semuanya I akan pergi jauh Jo. Jadi sebelum I buat kimo ni I nak ucapkan terima kasih pada isteri you dan jangan bimbang duit dia tu I akan bayar secepat mungkin”.

“You tak payah  tergesa-gesa nak bayar. You rehat cukup-cukup biar kesihatan you baik sepenuhnya, barulah you pergi kerja. Duit tu tak apa..”

“Tak, tak, memang selepas kimo kali ni I akan sihat sepenuhnya Jo. I tahulah keadaan diri I sendiri, you jangan bimbang”.

“Ok take care..assalamulaikum”. Dr Johan menutup perbualan.

“Waalaikumsalam”. Kedengaran suara dihujung talian menjawab salamnya.

“Buang tebiat ke dia ni”. gumam Dr. Johan perlahan.

“Kenapa bang? Sampai abang sebut buang tebiat”.

“Tak..rasa janggal pula bila Natasya ni bagi salam dan jawab salam”.

“Ehh abang ni, bagi salam tu kan memang dituntut oleh Islam..kenapa pula kata buang tebiat pula”.

“Ialah tak pernah-pernah nak bagi salam, ni bagi salam pula. Dia ni yang abang tahu hai..hai bye..bye sahaja yang dia tahu”.

“Manusia ni kan boleh berubah bang. Kalau berubah kearah kebaikkan kan satu perkara yang bagus. Jadi kita bersangka baik sahaja lah, mana tahu dengan musibah yang diberi  menjadikan dia ingat dia umat Islam, jadi doakanlah dia dengan perkara yang baik-baik.”.


Pagi itu usai solat subuh Jo dan Hidayah sudah bersiap-siap mengemasi sedikit pakaian untk mereka bawa pergi bercuti. Cadangnya mereka mahu ke Cameron Highland membawa anak-anak bercuti. Kebetulan pula dia sedang bercuti tiga hari. Bila melihat telefon diatas meja solek isterinya bergetar.

“Siapa pula lah ni janganlah ada yang suruh ganti tugas, kita baru nak bercuti”. Sungut Dr. Johan perlahan. Hati Johan sering berdebar bila telefon berbunyi. Kerja sebagai seorang doktor tidak menentu bila berlaku kecemasan atau tiada doktor atau kawan-kawan ada kecemasan mereka akan dipangil untuk betugas, biar pun ketika itu mereka sedang  bercuti. Setelah berbicara dengan pemanggil dihujung talian Dr. Johan merenung ke screen telefonnya yang sudah gelap..

“Siapa yang call bang”.

“Papa”.