“Kita kena kesian diri kita sendiri dulu.. tak kan
sebab dia, abang nak buat pinjaman bank dengan kadar bunga yang tinggi. Rasanya
kalau kita buat pinjaman peribadi kadar bunganya lebih tinggi dari kalau kita
buat pinjaman untuk beli rumah. Abang ni kalau boleh nak mengelakkan dari
berhutang. Dayah kan tahu hutang ni kalau tak terbayar akan menyekat semua
kebaikan kita untuk dihisap.. kita tak tahu bila umur kita berakhir sayang.”.
“Ialah bang memang tak elok kita berhutang ni. Bang!!
kalau Dayah nak tolong dia boleh tak. Duit simpanan Dayah ada, cukup kalau dia
nak RM 50 ribu. Yang sebenarnya duit ni duit simpanan mama untuk Dayah. Dia
kata kalau Dayah perlu Dayah boleh guna.
Untuk masa ni rasanya Dayah tak
nak digunakan untuk apa pun, jadi Dayah
nak buat saham akhirat.. ”.
“Banyak ke duit yang mama Dayah tinggalkan untuk Dayah.
Ingat Dayah kalau Dayah keluarkan simpanan Dayah abang tak jamin akan dapat
balik duit tu”.
“Dayah tolong ikhlas dan tak harap pun duit tu dapat
balik pada Dayah. Dayah hanya mengharapkan balasan Allah sahaja. Tolong orang
dalam kesusahan ni kan dapat pahala bang. Allah dah janji doa orang dalam kesusahan akan dimakbulkan.. Manalah tahu Natasya akan doa yang baik-baik
untuk kita..kan bagus tu bang”.
“Entahlah dayah pada abang kalau dengan Natasya ni tak
payahlah Dayah nak bersusah payah. Tolong
Natasya ni macam melepaskan anjing tersepit..silap haribulan kita pula yang
dikata bukan-bukan”.
“Tak apalah, Dayah ikhlas nak tolong dia. Balasan Allah kan ada, janji kita ikhlas segala
kebaikan akan Allah beri ganjaran. Lagi pun pertolongan ni Dayah kira sedekah
atas nama mama dan papa Dayah. Boleh ye bang”.
“Kalau Dayah kata macam tu boleh juga. Berapa yang
Dayah nak bagi”.
“RM50 ribulah macam yang dia minta”.
“Dayaah terus terang abang cakap ni, kalau 50 ribu yang
Dayah nak bagi abang tak boleh nak tolong tau, sebab duit abang dah abang
untukkan untuk kegunaan kita dan anak-anak..
Cuba Dayah tenguk sekarang sara hidup kita kat bandar besar makin
tinggi, jadi abang nak bersiap sedia
dari sekarang”.
“Tak apa bang, memang Dayah tak harapkan duit abang, Dayah
tahu abang bayank tanggungan kehidupan kita hari-hari pun abang yang tanggung
semuanya.. nanti Dayah ambil buku simpanan Dayah ye”. Nur Hidayah bangun mengambil buku-buku
simpanan nya.
“Haa yang ni duit mama yang dia simpan untuk Dayah
campur dengan duit sewa apartment yang kat Cheras tu dan sikit duit gaji akhir
arwah papa..yang ni duit simpanan kita. Duit gaji Dayah.. Dayah simpan untuk
kita berdua sahaja. Anak-anak abang dah simpankan..jadi Dayah simpan untuk kita
pula”.
“Maksud Dayah KITA tu abang sekali ke?”.
“Ialah kita dua orang.Johan Hamdi dan Nur Hidayah”.
“Kenapa Dayah simpankan untuk abang”.
“Bang setiap kali Dayah pergi kerja dengan niat nak
bantu abang mencari rezeki kerana Allah sebab Dayah nakkan pahala..jadi bila
Dayah dapat gaji, gaji Dayah tak terusik Dayah simpanlah untuk abang sekali”.
“Untuk bulan setereusnya tak perlu lagi simpankan untuk
abang, Dayah gunalah untuk keperluan Dayah”.
“Bang niat Dayah setiap kali pergi kerja, sahaja aku pergi
bekerja kerana membantu suami ku mencari rezeki kerana Allah Taala, bukan kerana manusia yang boleh sewenang-wenangnya kita pesongkan janji
kita kearah lain. Tak salahkan kalau
Dayah bantu abang, Dayah dapat pahala. Abang tak suka ke Dayah mendapat
keredahaan Allah setiap kali keluar rumah kerana kerja membantu abang…Ab”.
“Ya Allah.. terima kasih”. Tidak sempat habis kata-kata
Nur Hidayah dirinya sudah ditarik kedalam pelukkan suaminya. Kemudian hangat
umbun-umbun dengan kucupan oleh bibir suaminya.
“Boleh ye bang Dayah keluarkan duit mama ni untuk
tolong Natasya”.
“Suka hati Dayahlah. Abang ok sahaja kalau tak menjadi
bebanan pada Dayah dan kita sekeluarga”.
“Bang! sebab duit ni duit simapan mama, jadi
Dayah nak niatkan bersedekah untuk arwah mama dan papa..jadi duit
diorang tu bermenefaat untuk mereka”. Lima puluh ribu simpanan Nur Hidayah
berpindah ke akaun Diana Natasya binti Sufian keesokkan harinya.
Seperti
yang dirancang mereka pulang keMelaka pada hari Sabtunya. Melihat kereta
Volkswegen Jetta Nur Hidyah menjalar masuk kehalaman rumahnya, cepat-cepat
Encik Johari menghubungi isteri arwah sahabatnya puan Syakila.
“Hello Asalamualaikum Kila!! Didi ada kat rumah ke?”.
“Ada.. dia ada dalam bilik. Hari tu dengar dia berbual
dalam telefon macam nama Jo yang disebut. Kemudian dua tiga hari ni nampak riang sahaja muka dia tu”.
“Ohh ye ke..aku call ni pun sebab Jo baru sampai tu
ha..masih kat bawah riuh dengan Yah tu. Kau suruh lah Didi datang sini dan
kalau boleh suruh dia pakai baju kurung ye,
mana tahu kok Jo makin terpikat dengan Didi nanti”.
“Ialah”. Cepat sahaja Diana Natasya bersiap bila
disuruh oleh mommynya. Dia kerumah keluarga Johan dengan berbaju kurung dan
menyanggul rapi rambut perangnya, mommynya menyuru dia melilit kepalanya dengan
sehelai tudung, namun nampak sedikit jambulnya. Nipis sahaja sapuan mekap diwajahnya dan
sedikit lipstiuk untuk menyembunyikan bibirnya yang pucat.
Sedang
mereka mejamu selera dengan masakkan yang dimasak oleh Puan Maria kedengaran
sebuah kereta berhenti di halaman rumah mereka. Encik Johari keluar menjenguk.
Mendengar jemputan Encik Johari mempelawa tetamu masuk tahulah seisi rumah yang
datang adalah Diana Natasya.
“Naiklah..naiklah Didi..Jo ada kat dapur tu tengah
makan dengan mommynya”.
“Dia balik sorang ke Uncle”.
“Tak dia balik dengan isteri dan anak-anaknya. duduklah
dulu. Uncle panggilkan Jo.”.Encik Johari kedapur untuk memanggil anaknya bagi
melayani bekas isterinya.
“Jo! Didi ada kat depan tu pergilah layan dia”.
“Jom Dayah jumpa Natasya. Ikhsan ngan Ikram duduk dengan nainai
ye..baba ngan umi nak jumpa kawan kejap.” Johan dan Hidayah keruang tamu
setelah Hidayah menyalami dan bertanya khabar dia mahu kedapur semula.
“Ehh Dayah mehlah teman abang kat sini”.
“Tak apalah abang berbuallah dengan Tasya, Dayah nak
kedapur kesian pula mommy jaga Ikhsan dan Ikram tu”. Nur Hidayah menuju kedapur
semula, membiarkan suami dan Natasya berbual.
“Baiknya isteri you bagi peluang kita berduaan”.
“Dia memang baik dan sangat memahami, itu sebabnya I
sayang dia dan I tak mampu nak lukakan hati dia. You datang melawat keluarga I ni
kebetulan dengan I balik sini ke?”. Natasya hanya mencebik mendengar jawapan
dari bekas suaminya berkenaan sayang menyayang mereka suami isteri.
“Tadi papa you bagi tahu mommy I, dia kata you balik, dia yang minta I datang sini jumpa you. Terlanjur kita jumpa ni, teruslah kita
bincang hal kita. Terlebih dulu I nak ucapkan terima kasih sebab dah masukkan
duit. You nak kita nikah lepas I buat kimo ke atau sebelum kimo, kalau sebelum
kimo kita ada masa dua tiga hari sahaja lagi..kalau nak tunggu lepas kimo kena
lamalah you tunggu I, boleh ke”. Ceria wajah Diana Natasya bercerita.
“Siapa yang cakap I nak nikah dengan you. I masukkan
duit yang you perlukan tu ikhlas nak tolong you sahaja”.
“Ehh takkan ihklas sahaja Jo, 50 ribu tu..bukan 50
ringgit atau 5 ringgit. I tak senang hati kalau you bagi sahaja atau you anggap
sebagai hutang”.
“Tak.. I tak anggap itu hutang, memang ikhlas nak bagi”.
“Tak kan nak bagi saja-saja”.
“Kenapa you ni orang dah ikhlas nak bagi you tak
percaya pula”.
“Taklah hari tu you kata you tak ada duit simpanan..
alih-alih tak sampai tiga hari you masukkan 50ribu, kat mana you dapat
duit..you pinjam dari siapa atau you pinjam bank. Kalau you pinjam bank tentu
you akan dikenakan interest berapa ratus
you bayar bulan-bulan”.
“Tahu pun you apa yang harus I tanggung, kalau I buat
pinjaman bank, kemudian nikah pula
dengan you, hujung bulan kami anak beranak makan pasir. Tak berbaloi sungguh..”.
“kenapanya yang sampai you all kena makan pasir”.
“Terus terang I cakap gaji I tak banyak mana. Kalau
kita nikah makan pakai dan tempat
tinggal you, I juga yang kena tanggung. Mana nak bayar hutang bank lagi nak tanggung you lagi.
Kesudahannya I anak beranak makan pasir”.
“Kalau macam tu..lepas kita nikah I duduk Melaka dengan
mommy I, jadi tak payahlah you cari rumah untuk I, you jenguk I masa you cuti
jadilah”.
“I tak nak menyusahkan diri I, nak datang jenguk you
masa cuti. You pun tahu cuti I tak
banyak dan masa cuti tulah I nak bersama anak-anak I, nanti diaorang tak kenal I ni ayah dia. Dah lah Didi terima
sahaja duit tu, tak payah nak tahu kat mana I dapat duit tu untuk you dan
jangan sebut pasal nikah dengan I lagi. I memang tak mahu nikah dengan you,
walau pun I dah bagi you 50 ribu”.
“I tak sedap hatilah kalau tak tahu kat mana you dapat
duit tu. Cakaplah Jo kat mana you dapat duit tu”.
“You ni tak ubah macam kaum Nabi Musa dengan sapi
betina..dah orang bagi senang nak yang susah pula. Terus terang I cakap duit tu
memang bukan duit I, orang tu nak bagi
ikhlas, duit tu tak dianggap sebagai hutang atau pun pinjaman dan dia tak nak
balasan apa-apa. Sebagai balasan you doakanlah dia dengan doa yang baik-baik.
Kalau you buat macam tu ‘hamba Allah’
kata itu pun sudah cukup.”.
“Ada ke orang yang macam tu Jo..bagi saja duit 50 ribu
ringgit..bukan 50 ringgit atau lima linggit. Makin bertambah keinginan I nak
mengenali orang tu. Kaya sunguh dia ye, sampai sanggup bagi duit sebanyak tu
pada I. Cakaplah siapa orang nya Jo. Boleh I ucakpakan terima kasih pada dia.”
“Tak apa ucapan terima kasih you nanti I sampaikan pada
dia”.
“Jo cakaplah, I nak ucapkan terima kasih sendiri pada
dia, sebab dia dah bagi pinjaman kat
I”.
“You kan memang tak faham bahasalah..orang tu kata
ikhlas, nak juga you kata dia pinjamkan you duit. Dia pesan dengan I, dia tak
nak dikenali”.
“Baiknya orang ni, lepas tu tak nak dikenali. Kaya
sungguh dia ni bagi ikhlas sahaja duit 50 ribu”. Tak berhenti-henti Nayasya
mengatakan kekagumannya dengan kekayaan sipemberi duit.
“Dia memang baik dan tak suka menonjol diri. Dia tak
suka pemberianya disebut-sebut nanti timbul riak dihati, itu katanya pada I”.
“I makin nak tahu orang nya Jo. Bagi tahulah Jo. I nak balas budi baik dia walau dengan apa
cara sekali pun. I tak pandailah menerima budi orang tampa membalasnya. I tak
suka nanti orang kata I tak pandai membalas budi.” Natasya begitu mahu tahu
orang menghulur bantuan untuknya hingga sanggup melurut tubuhnya duduk
dihadapan Johan dan mencapai tangan
Johan tanda dia bersungguh.... Sungguh terkejut Dr. Johan dengan perlakuan
bekas isterinya.
“Ehh…ehh Didi..apa you buat ni, duduk balik kat kerusi
you. Ok..ok I bagi tahu.. yang sebetulnya itu duit simpanan Hidayah, dia ikhlas
nak sedekah kat you..ok puas hati.
Dengan cara apa you nak balas pemberian dia. You nak jadikan dia anak ikan you
ke??”.
“Jo!! You jangan nak perli I lah. Kenapa yang dia nak
bersedekah dengan I, I bukan fakir miskin yang dia nak sedekah dengan I”.
“Kita orang Islam ni kalau kita bagi dengan niat ihklas bersedekah dapat pahala. Kalau diniatkan nak
bagi pinjam dikira hutang dan orang yang dia bagi pinjam wajib membayarnya.”
“Ok.. I akan bayar balik duit dia. Lepas kimo ni I akan
pergi lagi cari show. Dapat setahun dua lagi duduk London atau LA cukuplah. I
kumpul nak duit dan hidup senang bila I balik semula ke Malaysia ni”.
“Niat you nak nikah dengan I macam mana?”.
“Ehh you kata bukan duit you kan, takkan I nak nikah dengan you”. Jawapan Natasya diiringi oleh ketawa besar Johan
Hamdi..
“Kenapa yang you ketawa pula”.
“Saja suka dengan jawapan you. Kita yang sebenarnya
hanya sesuai sebagai kawan sahaja”.
“Betullah Jo, kita yang sebetulnya hanya sesuai sebagai
kawan”.
“Didi! sebagai
seorang kawan..I rasa I patut ingatkan you sebelum you terlambat.”.
“Terlambat apanya Jo”.
“You tak terfikir ke..Allah dah bagi sakit untuk you,
ertinya Allah dah bagi peringatan untuk you, kadang-kadang Allah bagi kita sakit itu sebagai
peringatan supaya kita ingat pada Nya”.
“Sakit I bukan sakit kronik yang dah tak boleh nak
bangun. I masih boleh berjalan makan dan minum tampa bantuan orang lain. Lagi
pun sakit I ni masih ada ubatnya. Lepas kimo nanti I akan ok. Jangan lah you
bimbang. Waktu I masih panjang lagi. Satu lagi mana you tahu hati I ni ingatkan
Allah ke tidak, walau pun I macam ni dalam hati I sentiasa ingat pada Dia tau.
Jangan you pandang luaran sahaja Jo”.
“Didi..cara mengingati Allah yang dikiktiraf dan
diterima adalah dengan solat lima waktu bukan ingat gitu-gitu sahaja”.
“You nak cakap I tak solat lah tu..Mana you tahu I tak
solat. Jangan you samakan I dulu dengan I yang sekarang. I dah berubah Jo”.
“I
pandang pada kuku dan rambut karat you tu”. Natasya memandang kesepuluh jarinya
yang bercat kuku berwarna ‘pink’ cair,
warna seperti warna kuku. Hairan hatinya bila Dr. Johan masih menyedari kukunya
dicat. Tajam sungguh pandagan mata Dr. Johan mengenai dirinya. Hatinya mulalah
timbul rasa girang kerana dirinya
diperhati dengan teliti.
“Kenapa
dengan rambut I. Cantek ke ? itu you baru nampak hujung nya sahaja (Jambul
rambut yang tersembul keluar macam rambut datin Rosmah Mansur)..Ni I buat kat
London sebelum I balik sini. Warnanya
tahan lama dan hujung rambut I buat ikal
sikit..macam fesyen Farrah Fawcett Charlie's Angels tu. Tapi dia ni dah mati
sebab kancer, tapi tak apalah I suka. Orang kata I nampak seksi dengan fesyen
rambut ni. You nak tenguk”. Beria-ia
Natasya bercerita tentang fesyen rambut terkininya.
“Tak
payah Didi..tak payah, I nampak jambul rambut you tu pun I dah berdosa..I bukan
nak kata cantik, tapi mewarnakan rambut ni menyebabkan mandi wajib kita tak
sah. Kalau dah mandi wajip tak sah ertinya kita berhadas besar
sentiasa..sedangkan nak sah solat kita kena suci dari segala hadas apatah lagi
hadas besar”.
“Jo I ni
tak ada suami mana pula I nak berhadas besar..I tak pernah pun ‘main’ dengan lelaki nak puaskan nafsu I
ni tau ..baik tak I ni”.
‘emm tak main dengan lelaki tapi main dengan wanita dah
menyamai perbuatan kaum nabi Lut lagi lah dilaknat Allah’ kata-kata Dr. Johan hanya bergema dihatinya, kerana dia
tahu bekas isteri suka atau bercinta dengan kaum sejenisnya.
“Didi
hadas besar ni bukan sahaja dengan perlakuan jima’. Setelah kering darah haid
you, you kena mandi hadas besar juga. You tak didatangi haid setiap bulan ke?
Setahu I yang tak didatangi haid dan nifas hanya Siti Fatimah Az-Zahra anak Rasulullah
sahaja.”.
“Ahh you
macam alim sangat..”
“I
mengingatkan you sebagai seorang kawan. Solat lah, solat ni tiang agama.
sementara kita diberi waktu. Kalau nyawa dah diumbun umbun dah tak guna”.
“Jo..tak
payah nak bagi ceramah pada I Jo..I tahu apa yang baik untuk diri I.”
“I hanya
nak mengingatkan, ajal maut ditangan
Allah, bila sampai masanya tak terlewat walau sesaat nyawa kita akan ditarik
dari jasad kita. Kita tak dapat nak lari kemana. Kita ni hanya seorang hamba
Dia yang Maha berkuasa keatas diri kita. Ingatlah Didi, rebut peluang yang Dia
bagi. Bukan untuk sesiapa untuk diri kita sendiri dialam kubur nanti”.
“Jo!
kalau mati nanti, kita pun bukan satu kubur,
I tahu nak jaga kubur I sendiri. Jadi you jaga kubur you I jaga kubur I.
Ehh yang you melalut bagi ceramah tentang kematian kat I ni kenapa. I belum nak mati lagi
lah. I Masih muda”.
“Kematian
ni bukan boleh nak dikira tua ke muda..you tenguk sahaja anak sultan Johor umur
baru 25 tahun dan meninggal, tapi banyak kebaikan yang dia buat..kita baca pun
sejuk hati”.
“Cukup
lah Jo benci I dengar cerita you. Dah
lah I nak balik, cakap dengan wife you
jangan bimbang I akan bayar balik duit dia. Cakap dengan dia tiga kali show I
boleh dapatkan balik 50 ribu untuk bayar duit dia. Tarik baliklah niat sedekah
dia tu”. Sebelum Dr Johan menyambung
ceramahnya cepat-cepat Diana Natasya angkat
kaki.
(Saja
mak teh masukan artikal ini untuk pengetahuan kita tak termasuk dalam cerita.)
“Taukah Anda siapa Wanita didunia ini yang tidak pernah
mengalami Haid..? Jawabnya adalah Siti Fatimah Az-Zahra Binti Muhammad
Shalallahu’alaihi Wasallam bin Abdullah bin Abdul Muthalib…Isteri dari Sayidina
`Ali Bin Abu Thalib Ibu Sayidina Hasan
& Husain..
Keistimewaan ini menjadikan Rasulullah memberikan gelar
khusus kepada Fatimah, yaitu “Al-Batul” salah satu maknanya adalah “ORANG
SUCI”.
Aisyah berkata bahwa Rasulullah Shalallahu’Alaihi
Wasallam bersabda:
“Ketika aku dalam perjalankan ke langit, aku dimasukkan
ke syurga, lalu berhenti di sebuah pohon dari pohon-pohon syurga. Aku tidak
melihat yang lebih indah dari pohon yang satu itu, daunnya paling putih,
buahnya paling harum. Kemudian, aku mendapatkan buahnya, lalu aku makan. Buah
itu menjadi nuthfah di sulbi-ku. Setelah aku sampai di bumi, aku berhubungan
dengan Khadijah, kemudian ia mengandung Fatimah. Setelah itu, setiap aku rindu
aroma surga, aku menciumi Fatimah.”(Tafsir Ad-Durrul Mantsur tentang surat Al-Isra’:
1; Mustadrak Ash-Shahihayn 3: 156)
Kepentingan
menjaga solat.
1.
Mengenalkan identiti sebagai hamba kepada Allah سبحانه و تعالى. Sabda Rasulullah ﷺ, “Antara hamba
dan kekufuran ialah meninggalkan solat.” Seseorang solat kerana mengaku dirinya
hamba kepada Allah سبحانه و تعالى., tetapi
seeorang yang sengaja meninggalkan solat, maka dia tidak layak menjadi hamba,
dan tidak diikitiraf Allah سبحانه و تعالى sebagai
hamba-Nya.
2. Untuk
berada dalam keadaan memenuhi janji yang di ambil dari Allah سبحانه و تعالى. Kalau dia meninggalkan solat, maka dia dianggap orang
yang mengingkari janjinya kepada Allah سبحانه و تعالى. Dalam hadis
Nabi Muhammad ﷺ, riwayat Imam Ahmad bin Hambal r.a., “Jangan kamu
sekali-kali meninggalkan solat dengan sengaja, jika kamu melakukannya, akan
terangkatlah tanggungjawab Allah dan Rasul-Nya daripada kamu.” Yakni dia tiada
dilindungi, atau dipelihara lagi oleh Allah سبحانه و تعالى kerana
meninggalkan solat yang merupakan ikat janji antara seseorang dengan Allah سبحانه و تعالى. Dalam satu riwayat dikatakan, “Barangsiapa menjaga
solat, dia akan dijaga Allah. Barangsiapa tidak menjaga solat, dia tidak akan
dijaga Allah.”
3.
Penghapus dosa – dalam hadis Nabi Muhammad ﷺ, “Orang yang
solat 5 waktu, maka akan dihapuskan dosa-dosanya.”
4. Wasilah
untuk dipenuhi harapan dan doa kita kepada Allah سبحانه و تعالى. Dalam Al-Quran, Allah سبحانه و تعالى berfirman, “Mintalah pertolongan Allah dengan solat
dan sabar.” Solat ialah wasilath untuk mendapatkan bantuan Allah سبحانه و تعالى. Rasulullah ﷺ sifatnya, jika
menghadapi masalah atau perkara yang berat akan terus solat dan berdoa kepada
Allah سبحانه و تعالى.
Alangkah
banyaknya keperluan kita kepada Allah سبحانه و تعالى? Alangkah
perlunya kita kepada solat sebagai wasilah untuk meminta bantuan kepada Allah سبحانه و تعالى. Ambillah pintu solat untuk dimasuki sebagai memohon
bantuan kepada Allah سبحانه و تعالى. http://www.islamituindah.my/hikmah-solat-dengan-khusyuk
Al-Habib
Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
Taman
Syurga, TVAlhijrah
Khamis
& Jumaat [9:30PM
Menyampah pulak kat En Johari ni Makteh. Dia pulak yang over. Dia bukan tau cerita yang sebelum ni.
ReplyDeleteSi Didi ni pulak nape duk mintak² kat Johan, dah tau sengkek. Nape tak mintak kat Tg Farid ye? Anak dia pun kan ada bawah jagaan Tg Farid+Jannah.
Emak Didi dah biasa dengan Johan jadi dia tak malu sangat klu Tg Farid hanya Didi sahaja yg knal. Lagi pun mak teh nak bayangkan yg jdi mastermind hidup Didi adalah emaknya ada tak emak yg macam tu.
ReplyDelete