Pulang anaknya dari luar Negara kali ini bertubuh agak
kurus, mukanya cengkung dan pucat.
“Kenapa dengan Didi ni..mommy tenguk kurus sangat.
Teruk sangat ke Didi berdiet, kalau kurus sangat pun tak cantik Didi. Ni
tenguklah ni muka pun dah naik cengkung dan pucat”. Dia menegur bila melihat anaknya hanya menjamah dua tiga sudu
makanan masuk kemulutnya.
“Bukan dietlah mommy tapi Didi tak selera nak makan, ni
pun rasa nak muntah dah”.
“Didi ada apa-apa ke?”.
“Hsyy mommy ni mana ada..Didi tak ada ‘boyfrendlah’ mommy”.
“Habis kenapa yang sampai nak muntah”.
“Mommy..duit simpanan mommy ada berapa ribu mommy”.
Tiba-tiba Natasya bertanyakan duit simpanan mommynya.
“Mommy mana ada duit simpan Didi..duit mommy habis
untuk belanja makan dan bayar duit kereta sahaja..lu nak buat apa duit sampai
beribu”.
“Didi nak sambung berubat kat sini mommy”.
“Lu sakit apa? jangan kata nak besarkan lagi payu dara
lu..”.
“Tak mommy..Didi ada barah payu dara. Didi dah buat
rawatan masa kat Paris, itu sebabnya semua duit simpanan Didi habis. Didi balik
ni nak sambung rawatan kat sini. Kat mana kita nak cari duit ye mommy..kalau
buat di hospital kerajaan pun kena bayar juga kan mommy..lagi pun kena ikut
giliran rasanya. Didi tak mahu terlambat kata doctor yang merwat Didi sel barah
Didi ni aktiv sangat. Didi tak mahu mati muda mommy”. Diana Natasya mengongoi
dibahu mommynya bila membayangkan saat kematian bakal menjengah dirinya jika
dia lambat bertindak. Terkedu Puan Syakila mendengar cerita anaknya. Mula
kepalanya mencari akal mahu mencari duit yang diperlukan..
“Kalau kita jual kereta PESONA tu agak-agak laku berapa
ribu mommy”.
“Tak berbaloi Didi, hutang dengan banknya belum habis
lagi. Lagi pun kalau kereta dijual macam mana mommy nak jumpa pelanggan mommy”.
“Mommy! Cuba mommy tanya dengan abang dan adik kalau diaorang
boleh tolong”.
“Emm entahlah Didi mereka berdua tu macam dah terlupa
yang mommy ni mommy dia, nak bagi RM 100 ringgit sebulan pun mommy dapat hanya
dalam mimpi saja”.
“Kat mana kita nak cari duit mommy”.
“Didi!! Apa kata lu kahwin balik dengan Johan..tentu
dia boleh tanggung kos rawatan lu. Tak payah nak berhutang bagai. ”.
“Johan tu bukan ada duit mommy”.
“Siapa kata dia tak ada duit..dia tu kan doctor tentu
gaji besar..yang mommy tahu sekarang dia pakai kereta mahal..Volkswegen Jetta
itu yang papa dia cerita dengan mommy”.
“Itu kereta bini dialah mommy”.
“Ehh bini diakan hanya pekerja hotel sahaja, takkan
mampu beli kereta mahal”.
“Bininya tu dulu bekas bini orang kaya mommy”.
“Ohh ia ke.”
“Kat mana kita nak cari duit ni”..seru Natasya perlahan
suaranya sayu meruntun hati ibu disebelahnya.
“Rasanya tak ada
cara lain..lu kena kahwin juga dengan Johan”.
“Tapi mahu ke Johan kahwin dengan Didi lagi”.
“Kita cubalah dulu..nanti mommy call uncle Johari minta
dia pujukkan Johan kahwin dengan lu”. Terus sahaja Puan Syakila menghubungi
sahabat baik arwah suaminya untuk berjumpa bagi
menjalankan misinya. Diakhir pertemuan dia tersenyum gembira bila
misinya seakan akan menemui kejayaan. Itulah cerita mengapa Puan Syakila begitu
beria mahu Johan Hamdi menjadi menantunya semula.
Sambil
matanya memandang langkah perlahan isterinya yang bertongkat fikirannya
melayang pada pertemuan dengan isteri arwah kawan baiknya di sebuah gerai makan
beberapa hari lalu.
“Ri tolonglah aku Ri, dulu aku dah tolong lu.Sekarang lu
tolong aku pula”.
“Kau nak aku tolong apa, cakaplah kalau aku boleh
tolong”.
“Didi ada kat rumah tu, dia baru balik dari Paris..tapi
asyik termenung sana..termenung sini, bila akau tanya dia putus cinta ke?
dia kata dia tak pernah bercinta selepas
dia bercerai dengan Johan dua tahun dulu”.
“ehh anak aku tu pernah kahwin dengan anak kau ke”.
“Yah tak cerita dengan lu ke Ri, dulu masa Johan duduk
luar negara lagi mereka dah kahwin”.
“Kau macam tak kenal Yah tu, kalau tak ditanya mana ada
dia nak buka mulut”.
“Emm memanglah dia macam tu, dari sejak sekolah lagi
dia macam tu lah, sebab itu dia tak ada kawan. Yang aku tahu kawan baik dia, kawan
yang nak bercakap dengan dia, hanya aku sorang..emm biarlah dia. Haa Ri yang aku nak cakap ni bab Didi termenung tu
dia kata dia rindukan Johan..tapi ialah takkan dia yang nak datang
terhegeh-hegeh pada Jo cakap dia rindu.. malulah dia”.
“Habis aku nak buat apa..”.
“lu tolonglah cakap-cakap sikit suruh Johan kawin balik
dengan Didi”.
“Kau tak tahu ke, Johan kan dah kahwin sekarang”.
“Aku tahu, Didi ada cakap dua tahun dulu, lepas tu
mereka bercerai. Masa tu Didi balik sebab nak jumpa Johan…tapi Johan buat tak layan rupanya dia
dah kahwin. Aku rasa Johan tu dah kena ilmu guna-guna bini dia lah Ri..sebab
sebelum Johan kahwin dengan perempuan tu Johan tak macam tu dengan Didi. Kerja
macam Didi kena selalu keluar ikut permintaan kat mana dia diminta nak gayakan pakaian..
bila dia balik Johan masih mesra dengan
Didi, masih boleh terima layanan Didi..tapi bila dia kahwin dengan perempuan tu
dia dah macam tak kisah dengan Didi. Lu tahu tak bini Johan tu janda sebelum
kahwin dengan Johan. Aku dengar dia kahwin dengan orang kaya..dah dikikisnya
duit orang kaya tu, dia minta cerai kemudian dia kahwin pula dengan Johan. Lu
baik berhati-hati Ri.”.
“Ye ke..Yah tak pernah pun cerita pasal ni dengan aku”.
“Lu bukan tak tahu perangai Yah tu,kalau tak di tanya
dia tak akan buka cerita. Tapi janganlah suruh Johan ceraikan isterinya..sebab
mereka tu kan dah ada anak-anak kesian pula anak-anak dia”.
“Habis tak kan Didi sanggup jadi bini nombor dua”.
“Kata Didi dia tak kisah jadi bini nombor dua. Lagi pun
kerja Didi tak kira masa dan tempat, dia terpaksa tinggalkan Johan kalau
permintaan agensi dia memerlukan khidmat dia. Kalau Johan masih ada bini satu
lagi taklah Didi rasa bersalah nak tinggalkan Johan lama.”
“macam tu pula”.
“Ia..itulah
tanda sayang Didi pada Johan yang mendalam Ri. Dia tak kisah kongsi Johan
asalkan Johan bahagia”.
“Kenapa Didi tak cari lelaki lain Killa..aku rasa muka cantik
macam Didi tu berebut lelaki nak”.
“Itulah masaalahnya...bukan tak ada orang yang nak kan
dia, Mat Salleh ada, orang Malaysia ni pun ada.. anak orang kaya lagi, tapi katanya
perasaan sayangnya tak boleh nak pindahkan pada lelaki lain. Tolonglah Ri ye
aku kesian dengan anak aku tu. Dia soranglah anak perempuan aku Ri dah tiga
puluh tahun lebih umurnya masih tak ada suami lagi…sebab dia masih mengharap
pada Johan.. Ri.”
“Nantilah aku cuba”.
“Cuba sungguh-sungguh ye Ri aku memang harap sangat
dengan siJohan tu untuk jaga Didi”. Bila mendengar isteri sahabat baiknya merayu-rayu
mahukan anaknya jadi menantu encik Johari menjadi kasihan pula sementelah
memang mereka berempat memang rapat dulu.(Sufian arwah suami Syakila, Maria dan
Johari)
Bila meminta pertolongan isterinya menolak, dia cuba meminta pertolongan menantunya pula.
Dalam diam-diam Encik Johari menghubungi Nur Hidayah.
“Helo! Assalamualaikum Hidayah..ni papa ni”.
“Walaikumsalam.. papa dan mommy apa khabar..lama Dayah
tak jenguk papa dengan mommy kat Melaka”.
“Kami kat sini semuanya baik Dayah..papa call Dayah ni
ada hal yang papa nak minta tolong dengan Dayah ni”.
“Tolong apa papa kalau boleh Dayah tolong In Sya Allah
Dayah tolong”.
“Emm Dayah tahu tak sebelum Johan kahwin dengan Dayah
dia pernah kahwin dengan kawan sepermainannya dulu”.
“tahu abang Johan ada cerita dengan Dayah”.
“Ohh...macam ni..papa minta tolong dengan Dayah tolong
pujukkan Johan supaya dia terima cadangan kami supaya dia nikah sekali lagi
dengan bekas isterinya Didi”. Bagai bom yang meledak ditepi telinga mendengar
permintaan bapa mertuanya dihujung talian. Mengapakah begitu mudah seorang
lelaki meminta dirinya merayu suaminya supaya dia bernikah lain. Tahukah
seorang lelaki permintaan itu seperti menyorong dirinya kedalam mulut buaya
atau mulut harimau. Mana ada seorang isteri dengan rela hati mengizinkan
dirinya dimadu..MADU sememangnya kedengaran manis madu yang disebut. Tetapi untuk seorang isteri madu bermakna
santau yang menyiksa. Bila merasakan kebisuan menantu dihujung talian Encik
Johari bersuara
“Hari tu Johan balik Melaka, papa dah cakap hal ni..tapi mungkin kerana dia
takutkan Dayah dia tak terima cadangan kami, tapi Dayah kena tahu..bekas isteri
Johan dah lama kenal Johan dan mereka saling mencintai.. dan bekas isteinya tak
mampu nak terima lelaki lain menjadi suami. Papa kesian tenguk dia. Hidayah!
sebenarnya bekas isteri Johan tu adalah anak kawan baik papa tapi kawan papa ni
dah meninggal jadi Didi ni anak yatim itu yang papa kesiankan dia. Papa harap
Dayah tak meghalang kalau Johan nak nikah semula dengan bekas isterinya tu.
Kalau Dayah memberi kebahagian pada suami dengan merelakan dia nikah lain In
Syaa Allah Allah akan ada ganjaran pahala pada Dayah diakhirat nanti” Mendengar
kata-kata papa mertuanya Nur Hidayah tersedar dari rasa terkejutnya.
“Dayah tak tahu cerita ni sebab abang Johan tak cerita
dengan Dayah selepas dia balik dari Melaka hari tu”.
“Jadi kalau Johan nak nikah sorang lagi, Dayah tak
membantahlah ye”.
“Kalau untuk kebahagian abang Johan boleh sahaja”.
“Kalau macam tu Dayah sendiri yang kena cakap dengan
Johan.. yang Dayah rela Johan nikah semula dengan Didi”. Bila panggilan
diputuskan Nur Hidayah termenung mengenangkan apa yang diperkatakan oleh bapa
mertuanya sebentar tadi. Terasa kosong dunianya. Akan bermadukah dirinya dimasa
akan datang. Jika dia memilih untuk berpisah dalam waktu ini itu tidak mungkin
kerana di sedang mengandung untuk kali kedua. Fikiran yang kusut terbawa-bawa
hingga kerumah. Setelah dua kembarnya
tidur Hidayah duduk sambil menyandar dikepala katil. Suaminya datang
menghampiri lalu duduk rapat disebelahnya.
“Kenapa Dayah, penat sangat ke hari ni. Abang tenguk sejak
dari balik kerja tadi Dayah tak ceria macam selalu. Muka pun nampak letih. Tak
banyak cakap, makan pun sikit kenapa?.”. Kebetulan hari itu Johan menghadiri kursus jadi dia bekerja diwaktu
pejabat. Dia yang mengambil isterinya
pulang dari kerja.
“Tak ada apalah bang. Dayah tak penat pun.”.
“Dayah kena jaga kesihatan..jangan stress nanti
terkesan pada baby. Kalau rasa penat sangat mintalah cuti dengan abang Farid.
Ataupun Dayah tah payah pergi kerja masa Dayah mengandung ni..abang boleh
cakapkan dengan atuk dan abang Farid minta Dayah duduk rumah. Nanti lepas
bersalin Dayah kerjalah balik”.
“Tak Dayah tak kisah tentang kerja…Dayah hanya jaga
akaun sahaja. Abang nak tahu abang Farid
memang dah kurangkan sangat kerja Dayah.
Tapi kalau tak ditolong langsung kesian abang Farid kerja sorang..”
“tapi kenapa hari abang nampak Dayah macam letih. Tak
aktiv macam selalu”.
“Taaak Dayah sebenarnya sedang berfikir macam mana nak
cakap dengan abang ni”. Nur Hidayah mengambil keputusan untuk menyelesaikan apa
yang ada dikepalanya supaya mudah. Apa pun keputusan suaminya dia akan
menuruti. Padanya sesuatu itu datang dari Allah maka terimalah dengan reda.
“Nak cakap apa, cakaplah macam lah kita baru kenal
semalam yang Dayah susah sangat nak cakap dengan abang”.
“Bang! Tadi papa call Dayah”.
“Haa papa call..jangan dia nak minta tolong Dayah
pujukkan abang sudah”.
“Pujuk abang kenapa?”
“Dua hari lepas kan papa suruh abang balik Melaka. Yang
sebenarnya dia nak abang terima cadangan dia supaya abang nikah semula dengan Natasya. Tapi abang tak mahu,
abang ingat perkara tu dah selesai..jadi abang tak lah cerita dengan Dayah. Dayah
jangan kecil hati ye. Jadi papa call tadi nak apa? nak suruh kita balik ke?
Kalau balik hanya nak cakap pasal suruh nikah dengan Natasya semula abang
malas..”.
“Bukan suruh balik,
tapi papa minta Dayah merelakan kalau abang nikah dengan Natasya”.
“Dayah nak rela buat apa? abang yang tak nak..abang dah cakap dengan dia
yang abang tak mahu nikah semula dengan Natasya”.
“Janganlah macam tu bang..Natasya tu kan kawan abang
dari kecil lagi. Papa kata abang dengan dia saling mencintai, dan Natasya masih
sayangkan abang sampai sekarang. Dia tak boleh nak terima orang lain sebab dalam
hatinya masih ada abang”.
“Entahlah Dayah.. abang sebetulnya tak percaya dengan
cinta dan sayang Natasaya pada abang. Tapi
Dayah jangan bimbang biarpun cinta dan
sayangnya pada abang setinggi gunung, abang pun tak mampu nak nikah semula dengan
dia.”.
“janganlah abang risaukan penerimaan Dayah, sebab Dayah memang
rela kalau abang nak nikah balik dengan dia. Selain dia kawan abang yang abang
dah kenal sejak kecil dia tu anak yatim..berbuat baik dengan anak yatim dapat pahala bang.”.
“Ehh Dayah ni dah kenapa, abang kata abang tak mahu…Dayah
kena fahamlah. Banyak lagi cara lain yang boleh buat pahala Dayah. Dayah! abang tahu setakat mana kemampuan diri abang
ni..abang tak akan paksa diri abang membahagiakan orang lain kemudian abang
pula yang menderita. Tiga tahun abang jadi suami dia abang dah tahu perangai
dia macam mana.”
“Abang tak nak nikah dengan dia bukan sebab Dayah ye.
Dayah nak tahu kenapa abang tak nak nikah semula dengan Natasya tu..Dulu Dayah
tenguk Natasya tu sangat cantik, putih, tinggi..Dia tu kacukkan ke bang”.
“Apalah Dayah ni
asalkan cantik sahaja boleh dijadikan isteri. Itu ke ciri-ciri wanita yang Dayah pilih untuk dijadikan isteri kalaulah
Dayah ni seorang lelaki. Dayah suka ye pada wanita yang berambut karat dan
nampak ketiak nampak alur kat dada macam tu.. cubalah fikir jauh sikit. Papa pun cakap macam. Pada
abang cantik bukan jaminan boleh memberi kita kebahagiaan. Dia tu kacukkan Cina
Baba, Portugis dan Melayu..arwah bapanya
yang Melayu.”.
“Ialah bang,
kalau cantik kita pandang hati
rasa senang. Kalau hati dah senang tentulah kehidupan kita menjadi bahagia. Dayah
pandang dia tak jemu. Dayah suka pandang dia..Kan dah ada pepatah yang
mengatakan dari mana datangnya sayang kalau tak dari mata turun kehati.”.
“Pada abang Natasya ni senang dimata tapi sakit dihati
dan wanita yang macam ni abang tak mahu.
Biar sederhana sahaja Dayah..senang dimata
senang juga dihati. Macam Dayah abang
sangat bahagia hidup bersama Dayah. Lengkap sudah kehidupan yang abang impikan,
abang tak perlukan isteri seorang lagi untuk membahagiakan abang. Dayah seorang
pun abang dah cukup bahagia.”
“Abang tak merasa lagi ada dua isteri…” belum sempat
Hidayah menghabiskan ayatnya sudah dipintas oleh Johan Hamdi.
“Dayah! Abang dah ada pengalaman hidup dengan dia…untuk
apa abang mencari dosa kalau memang abang rasa tak mampu nak bimbing dia. Dulu nak suruh dia pakai menutup aurat pun
susah...hanya nak suruh tutup ketiak dia tutup belahan dada dia sahaja pun
susah, apatah lagi nak suruh bertudung yang dia kata berbungkus tu. Bangga
sangat dia dengan rambut karat dia tu.. Rambutnya tu, tak pernah nampak rambut dia berwarna hitam..asal
nampak hitam sikit terus pergi kedai. Dayah tahu tak pewarna rambut ni kalau
kita pakai menyebabkan kita mandi wajib tidak sah. Kalau lelaki bujang boleh lah dia
tak mandi wajib tapi kalau perempuan bujang ke tak bujang ke, tiap-tiap bulan
kan kena mandi wajib. Untuk orang Islam
pewarna rambut yang boleh dipakai hanya INAI
sahaja. Itu yang Ustaz Don cakap. Kalau dah macam tu memang dia sentiasa
berhadas besarlah. Dayah pun tahu kan
setiap orang yang berhadas besar segala ibadahnya tak sah. Jadi elok ke wanita tu dijadikan isteri kalau
kita dah tahu macam mana tingkahlaku dia. Jangan lah pandang pada kecantikannya
sahaja”. Johan Hamdi meneruskan lagi kata-kata bila melihat isterinya termangu
mendengar apa yang keluar dari bibirnya…
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata,
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Allah tidak menerima solat
salah seorang kalian yang berhadas sehingga dia berwudhu.
(Tak masuk dalam cerita..mak the ada dengar ceramah
ustaz Don berkenaan mewarnakan rambut..semua pewarna rambut walaupun yang ada
tanda halal tidak boleh dipakai kecuali inai sahaja.Untuk mengetahui lebih
jelas layari ustaz Don pewarna rambut dan mandi wajib).
“Itu tak cakap bab solat lagi..bila kita ajak solat dia kata uzur. .bila dia asyik
uzur memanjang abang tanya sebab
uzurnya.. rupanya uzurnya hanya kerana
penat campur malas bukan sebab uzur sariie..”. Uzur sarie seorang wanita
bila didatangi haid dan nifas.
“Mungkin dia tak tahu nak solat..abang tak tanya dia ke
kenapa tak nak solat”.
“Dah.. abang dah tanyalah dulu. Kalau dia tak tahu, abang boleh carikan
ustazah ajar dia..dia kata dia malu orang tahu dia tak tahu solat. Bila abang nak ajar..dia kata dia belum
sampai seru nak solat. Tiga tahun
menjadi pembimbing dia menyebabkan abang serik nak mengulanginya. Dayah!
Jahatnya seorang suami dan tak solatnya seorang suami dosanya tak terpalit
sedikit pun pada isterinya.. tapi tak solat seorang isteri, dedahkan aurat
seorang isteri, pendek kata perbuatan mungkar seorang isteri suami akan
menanggung dosanya.. atas alasan suami adalah pembimbing isteri, salah laku
isteri adalah atas bimbingan suaminya. Kalau dia buat salah ertinya suami tidak
dapat membimbing isterinya kejalan yang betul. Pada abang kan menjadikan Natasya isteri, macam menanam
saham neraka untuk diri sendiri. Kalau Dayah sayang abang jangan disebut lagi
perkara ni.”
“Manalah tahu kalau sekarang dia dah berubah. Dia akan
taat pada kehendak abang bila dia jadi isteri abang kali ni”.
“Kalau dia berubah.. kalau tidak.. abang yang akan
menaggungnya. Abang tak mahu ambil risiko Dayah. Pada abang masa lalu dijadikan
pengajaran untuk kita Dayah”.
“Tapi Dayah tak mahu nanti papa kata Dayah yang tak
izinkan abang nikah”.
“ok ..minggu ni kita balik Melaka. Abang tengah kursus
sampai hari Jumaat jadi abang dapat cuti hari Sabtu. Biar abang sendiri cakap
dengan papa depan Dayah. Jadi papa tak boleh nak tuduh Dayah yang tak izinkan abang nikah.Dah
sekarang kita tidur esok kita nak kerja. Anak abang kat dalam di pun perlukan
rehat supaya dia dapat membesar dengan sihat dalam kandungan ibunya.” Tangan
Johan Hamdi mengusap perut isterinya yang masih kempis.
=============
Selepas
talian diputuskan dan dia mendapat jawapan yang diingini terus sahaja Encik
Johari menghubungi isteri arwah sahabatnya puan Syakila. Dia memberi tahu tentang
kerelaan Nur Hidayah mengizinkan suaminya Johan Hamdi bernikah dengan Natasya.
Diharapkan Natasya sendiri dapat menghubungi Hidayah atau pun Johan untuk
kepastian. Kerana waktu yang menghimpit dan juga gesaan dari mommnya cepat
sahaja Natasya menghubungi Hidayah keesokkan harinya.
“Hello..I
Diana Natasya, you masih ingat I ke, I bekas isteri Johan..papa Johari kata you
izinkan Jo nikah semula dengan I betul ke”.
“Ohh
awak ke yang papa panggil Didi”.
“Yes…I
am Didi..so you izin Johan nikah dengan I kan”.
“Ye saya
izinkan”.
“Ok
thank you, tapi kalau dia tak minta izin
dengan you pun Johan masih boleh nikah
dengan I kan. Oh ye bila Jo nak nikah dengan I ni”.
“Betullah
itu..nikah seorang lelaki tak perlu keizinan sesiapa pun. Bab bila nak nikah saya tak tahu”.
“Ehh you
tanyalah dengan Jo bila dia nak nikah dengan I semula. Dia kan masih suami
you”.
“Apa
maksud awak yang dia masih suami saya. Apa.. selepas dia nikah dengan awak, awak suruh dia cerai kan saya ke?”. Terbayang
semula kejadian dua tahun dulu dimana Natasya terpekek ditengah laman meminta
Johan menceraikan dirinya.
“Ehh.ehh
tak..tak macam tu..I nak nikah dengan dia sebab I masih sayangkan dia. Kalau
dia masih nak dengan you I tak kisah..I hanya nak menumpang kasih sahaja. Ok
lah nanti I tanya sendiri dengan Johan bila dia nak nikah dengan I..tapi
sebelum I tanya dia, boleh tak you bagitahu dia..kalau boleh I nak nikah secepat
mungkin, I rasa dah tak sabar nak hidup dengan dia semula.” Mendengar suara
tegang Nur Hidayah cepat-cepat Natasya melunakkan suaranya memperbetulkan
keterlanjuran kata-katanya..takut nanti Nur Hidayah menghasut suaminya supaya
tidak jadi nikah dengannya. Tetapi memang rasa mendidih darah Nur Hidayah mendengar
bicara Diana Natasya boleh kah dikatakan bakal madunya. Tidak sabar rasanya
mahu memberitahu suaminya tentang Diana
Natasya yang menghubunginya. Cepat tanganya mencari nombor telefon suaminya...
“Assalamualaikum
..Dayah ada hal apa, abang tengah kursus
ni”.
“Nak
cakap Natasya call tadi..baru sekejap ni”.
“Haa
kalau hal dia tu nanti malam kita cakap..abang tak boleh tinggal kursus ni”.
No comments:
Post a Comment