Yang sebetulnya malam tadi internet kat rumah mak the bermasaalah. Ini
post kat tempat kerja, takut malam nanti Intenet kat rumah tak ok lagi.
Sikit
saja ni, susah juga nak cari cerita spontan
hanya ini yang dapat. Tapi mungkin ada satu lagi bab..bab Nuri balik kampong tapi pun belum ada ayat sikit pun, lama lagi
kot nak post. Nak juga cari cerita Sarah yang tersangkut dengan abang Maryam
seperti yang anda minta tapi tunggu dulu ye. Nak cari watak dulu.
===========
“Akak
ni kadang-kadang tak percaya…Suami akak
kata dulu dia mula ada rasa cinta dengan akak sejak akak ditingkatan tiga lagi.
Masa tu dia ditingkatan lima. Lepas itu dia
kata tak pernah nak suka dengan orang lain. Dia dah tetapkan hatinya hanya untuk akak seorang sahaja.”
“Kiranya
akak ni cinta pertama dia lah ye”.
“Haah
Nuri, cinta yang tak mungkin dilupakan, kata orang, tapi tetap juga
bermasaalah. Kalau nak dikira punyalah lama suami akak menjalin rasa cintanya dengan akak, dari akak lima
belas tahun sampai akak kahwin dengan dia, umur akak masa tu dua puluh dua
tahun. Tapi baru 8 bulan akak sah
menjadi isteri dia, akak diceraikan dalam keadaan akak mengadung pulak tu. Masa
akak bersalin masa tu dia nikah dengan girlfriend dia. Tapi akak dah tak rasa
apa pun sebab akak dah bercerai masa tu. Akak terima takdir akak.”.
“Akak
pernah bercerai dengan dia?”.
“Hmm
Akak bercerai, 5 tahun akak jadi janda. Tiga tahun dia kahwin dengan girlfriend
dia bercerai, lepas tu dia merayu nak balik dengan akak, sampai masuk campur
keluarga. Akhirnya akak nikah dengan dia balik. Akak sebenarnya dah tak percaya
pada perkahwinan dan cinta sebetulnya waktu tu. Tapi ialah bila dia bersungguh,
keluaga kami pun bersungguh dan anak perempuan akak perlukan kasih sayang ayah. Akak fikir kalau kita kahwin dengan orang lain anak kita dapat ayah tiri. Itulah demi anak Nuri
akak nikah balik dengan dia.Kita ni Nuri bila dah jadi emak macam nilah...
…Anak
dia dengan perempuan tu pun akak jaga, sekarang dah tingkatan lima budak tu.
Mukanya ada iras-iras emak dia. Kalau ikut kan rasa sakit hati setiap hari akak
sakit hati, bila nampak muka anak tiri akak tu. Tapi akak tak nak ikutkan
sangat sebab bukan salah budak tu. Lagipun pada akak setiap anak wajib diberi
bimbingan kalau dia dah lahir kedunia, supaya dia menjadi insan yang berguna. Kalau
dia jadi sampah masyarakat, bukan kita sahaja rugi masyarakat rugi Negara kita
pun rugi. Dari mana datang nya ‘RUGI’ itu... dari sikap akak yang menjadi ibu dia, kerana tak didik dia
menjadi insan yang berguna.. Akak tak mahu menjadi kan RUGI itu berpunca dari
akak. Jadi akak mengkhlaskan diri sama mengajar dia bersunggah-sungguh.Nuri
faham tak apa yang akak nak sampaikan. ”
“Faham
kak..kalau semua insan berfikirangn macam akak rasanya tak akan ada anak yang terbiar
kak. Ok kak kita sambung pasal dugaan
akak ye..dah bercerai tak pula putus hubungan akak dengan dia”. Sebenar nya
Nuri teruja hendak mendengar dugaan rumah tangga kak Mirahnya.
“Nak
putus macam mana kami ni ada pertalian keluarga. Dia tu abang dua pupu akak.
Kami tak boleh lari dari bertembung setiap kali hari raya, setiap kali ada
majlis perkahwinan sanak saudara kami. Tak boleh nak mengelak. Kaum kerabat kami sama
kan. Tapi mak dia baik. Akak ambil kira kebaikan emak dialah akak nikah balik
dengan dia Nuri. Harap Nuri pun macam tu juga. Emak mertua ni sama macam emak
kita juga. Apa tah lagi Nuri masih anak
menantu dia, jadi jagalah hatinya. Balik lah beraya sama dengan dia. Orang ni
kalau dah tua tak ada yang diharapkan, kepulangan anak cucu. Kepulangan kita
sekleluarga itulah kebahagian mereka, mereka
tak harapkan duit ringgit Nuri. Walaupun duit ringgit tu penting tapi bukan
keutamaan..
…
Jangan ikutkan sakit hati kita. Suatu masa nanti kita pun akan tua macam mereka
juga. Takut Allah balas anak menantu kita pula tak nak balik jenguk kita. Atau
asyik nak balik rumah emak bapa mereka sahaja, anak kita pula tak bertegas
nanti kita tua sorang-sorang Nuri.”. Nuri termangu mendengar cerita kak
Mirahnya.Memang ada kebenaranya.
Rupanya dalam bahagia, dia juga
pernah diduga lagi hebat dari dirinya. Ialah diceraikan ketika sedang
mengandung dan suaminya nikah lain ketika dirinya sedang sakit hendak
melahirkan. Tapi masih sanggup nikah semula dengan suami. Oh para isteri
dimanakah hati mu dimanakah perasaan mu. Demi untuk kebahagian orang-orang
disekeliling mereka sanggup berkorban. Tapi mengapakah ada wanita yang sanggup
mula-mula menumpang kasih kemudian merebut kasih dan akhir sekali kalau boleh menyigkir
pula.
“Kak
cuba kak cerita anak tiri akak tu. Dari kecil ke akak jaga dia?”
“tak
mulanya dia dijaga oleh bekas isteri suami akak. Kata suami akak bekas iteri
dia yang berkeras nak jaga. Masa dalam jagaan bekas isteri dia nak jenguk pun
tak boleh keluarga bekas isteri dia tak bagi. Tapi bila budak tu dah
bermasaalah dia serah kat keluarga suami akak kat PD. Jadi dia duduk dengan kami masa umur dia 10 tahun.
Akak cerita bukan untuk mengeji atau
menghina tapi untuk kita jadikan pengajaran. Teguhkan pendirian jangan dibuat
main perkara yang satu dan jauhkan perkara yang satu ni kalau dah betul-betul
dah jalan mati tak ada jalan keluar baru
pilih jalan yang ini.”
“Akak
ni buat saya tertanya apa lah yang akan maksudkan ni”
“CERAI
Nuri. Elak kan dari perceraian sebab kalau ada anak merekalah yang akan jadi
mangsa macam anak tiri akak nilah. Kadang-kadang kita tak sedar perasaan
anak-anak kita. Ok akak cerita pasal anak tiri akak ni. Tapi yang sebenarnya
akak tak suka sebut anak tiri bunyi macam tak sedap sangat. Akak lebih suka
cakap anak suami akak.”
“Ok ceritalah anak suami akak ni.”
“Masa
mula dia duduk dengan kami dia dalam darja 4. Tapi nak membaca masih macam
budak darjah satu. Mengeja, merangkak-rangka, Kalau mengaji pandai lagi adik
dia yang berumur 6 tahun masa tu, naik anginlah suami akak ajar ajar anak dia
sendiri.. Lepas tu sikap dia liar, kalau
dah berkawan dan bermain tak ingat nak
balik. Susah rupanya nak ajar anak yang bukan dari mula acuan kita. Suatu hari tu ayah dia rotan cukup-cukup,
kalau buat pengaduan mahu suami akak kena penjara kerana dera anak. Masa tu
bukan dia saja kena rotan dengan akak sekali kena Nuri. Berbalar tangan akak ni
kena rotan kerana nak selamatkan anak suami akak.”
“Macam
mana akak pun kena rotan”
“Dah
dia lari kat kita minta perlindungan, ayah dia pulak dah naik hantu masa tu”
“Kenapanya
yang sampai teruk sangat suami akak mengamuk”.
“Entah
katanya anak dia tu jadi samseng sekolah. Kemudian dia burukan akak, dia kata
emak tirinya yang tak bagi dia duit, tu lah sebabnya dia minta duit kat orang”.
“Akak
pun melenting masa tu.”
“Tak
lah. Kita tengah nak ajar benda baik memang selalu dapat tentangan. Memang
betul akak tak bagi semua anak-anak akak duit belanja sekolah. Bukan kita tak
mampu nak bagi duit belanja, kalau hanya sekadar seringgit dua untuk sehari. Tapi
kita cubalah masukkan kefahaman kenapa kita tak bagi dia duit belanja..
Tiap-tiap pagi kami akan mewajibkan anak-anak makan sarapan pagi. Kemudian
mereka dibawakan bekal dari rumah. Itulah
usha kami nak ajar anak-anak berjimat. Perkara macam ni kena ajar dari kecil. Nanti kalau dah terbiasa
dah ada duit sendiri pun dia akan tahu nak berjimat...
Tapi
Alhamdullilah lepas ayah dia rotan dia mula berubah, tak liar lagi dan
bertanggung jawab pada pelajaran dia.. sampai akhir sekolah rendah dia dapat 4A
1B dalam UPSR dan dapat 7A dalam PMR dia.
Memang lepas kena rotan dia berubah, dia ada niat nak belajar Ugama. Itu yang
akak usha ajar dia supaya dia lulus ujian masuk sekolah menengah Ugama. Itu
yang akak cukup kagum dengan sikap dia, jarang budak-budak ada kesedaran ugama
tara-tara umur dia kan Nuri. Berbaloi rasanya akak kena rotan sama dia Nuri.”.
“Macam
mana akak didik anak-anak , saya dengar anak-anak akak pandai dan baik-baik”.
“Pandai
tu tak lah sama saja macam anak orang lain”.
“
Tak pandai apanya setiap tahun akak naik pentas ambil hadiah kecemerlagan anak akak.”
“Akak
yang sebetulnya kan Nuri, nak anak yang mendengar kata tapi kalau dicampur
dengan pandai ALHAMDULLILAH. Kalau pandai saja tak guna. Anak kalau dia
mendengar kata dia mudah dibentuk dan mudah diajar. Maksud mendengar kata bukan
ikut sahaja cakap kita, tapi mendengar kata mereka akan memikirkan segala
tunjuk ajar dan nasiahat kita. Nuri nak tahu anak perempuan akak yang sulong tu
kalau kita cakap mesti melenting mesti cakap ‘ibu ni semua orang tak boleh buat. Kawan orang emak dia tak kisah pun,
boleh aje keluar tenguk wayang, kak long hanya nak pergi Alamandar dengan
diaorang itu pun ibu tak bagi’.
..Dia
ingat Alamandar tu macam Seremban..Seremban pun akak takut Nuri Seremban
sekarang penuh dengan pendatang asing, dengan Bangaladishlah dengan Myamarnya
lagi, akak tenguk kalau dia pandang betis-betis yang tak bertutup, dada-dada
yang terjujul macam nak terkeluar mata
dia orang. Kat Malaysia ni rasanya macam tak selamat kalau kita tak
berhati-hati. Itu akak kena jelaskan satu-satu, agar dia faham kenapa kita tak
kasi dia bebas sangat. Sehari dua memang dia muncung dengan kita tapi lama-lama
dia ok. Ertinya dia faham sebab apa kita tak kasi mereka keluar merayau”.
“Ohh.
Sekarang dia belajar kat mana”.
“Alhamdullilah
dia kat Mesir, ambil medic. Akak harapkan dia pembakar semagat adik-adik dia kuat
belajar”.
“Untung
akak dapat anak pandai”.
“Alhamdullilahlah
tapi payah juga nak sampai ketahap tu, kita yang jadi ibu ayah ni kena bantu
dia belajar bagi semangat doa tak pernah putus. Nuri doakan lah dia Berjaya sampai
habis pengajian. Akak nak bagi satu petua macam mana nak buat anak kita
mendengar kata.”
“Haa
ceritalah kak petua akak tu. Saya nak juga anak-anak yang mendengar kata.”
“Masa
kita masak basahkan lidah kita dengan surah TOHA ayat 1-8.Kata orang surah ni
dapat melembutkan hati, kena lancar lah surah tu. Jadi ertinya kita kena selalu
masaklah, biar anak-anak selalu makan air tangan kita.
…Ehh
akak tadi nak cakap pasal elakkan satu perkara yaitu perceraian. Akibat peceraian
biasanya anak-anak yang menerima akibatnya. Kalau nasib tak baik akan menjadi
seperti anak suami akak. Kalau dia terus terbiar apa akan jadi dengan masa
depannya. Lagi perceraian ni akan merosakkan jiwa anak-anak. Yang tak tahan
mereka akan memberontak, kadang-kadang dah dibagi segala kemewahan, dibagi
semua keperluan tapi masih juga memberontak. Bila ditanya apa hendaknya dia pun
tak tahu apa yang jiwanya mahu. Tapi pada akak mungkin dia nakkan kasih sayag
ibu bapa kandung nya. Walaupun mungkin dia dapat kasih sayang ayah atau emak
tiri tapi mana sama dengan ibu bapa kandung. Lain kalau ibu atau bapanya
meninggal itu lain. Kalau mereka masih hidup dan ada adik-adik lain disisi
mereka, mereka yang tak dapat kasih akan menunjukkkan protes. Kadang-kadang
protes mereka merosakkan diri mereka sendiri”.
“Terima
kasih kak, akak menyedarkan saya. Sebetulnya niat saya nak minta cerai masih
ada. Ni tertangguh sebab anak perempuan saya tu melekat sangat kat
baba dia. Tak jumpa sehari badan dia akan panas mungkin rindu baba dia.
Entahlah yang perempuan lain betul dengan abang dan adik dia. Yang lelaki walaupun
manja dengan baba dia tapi tak lah teruk sangat.”
“Lain anak lain sikap dia. Mungkin
dia penyelamat rumahtangga ibu ayah dia. Sebab masih ada niat tulah yang malas Nuri nak balik kampong suami tu”.
“Macam
tulah kira-kiranya”
“Kalau
akaklah nak bercerai ni bergantung dengan keadaan. Tapi kalau masih bermadu memang akak tak sanggup, akak lebih rela
jadi ibu tunggal dari bermadu. Sebab bermadu ni menyiksa kita. Pada sakit hati
memanjang baik kita hidup sorang. Kadang-kadang anak-anak yang jadi mangsa demi
kita nak lepaskan rasa marah kita tu betul tak”.
“Betul
tu kak, saya dah ada contoh nenek busu saya bermadu tapi bertahan kerana anak
sebab dia tak ada sumber pendapatan lain. Sampai ketua dia tahan rasa sakit
hatinya. Tapi dia seorang isteri yang sungguh sabar demi kepentigan pelajaran
anak-anaknya dia bertahan. Alhamdullilah anak-anak dia Berjaya dalam hidup. Saya
tak mampu jadi macam dia. Sakit hati sampai ketua, bila masa suami lebih pada
yang muda, nak berkeras kita dah tua dah tak berdaya. Nasib isteri yang dimadu,
siapa yang boleh tolong, anak-anak pun tak boleh nak tolong kak. Hanya diri
sendiri. Saya ambil pendekatan sebelum kita tak berdaya macam tu baik kita berundur.”
“Tapi suami Nuri dah berceraikan dengan madu
Nuri tu kan.”
“Memang
dah bercerai tapi sakit hati saya ni entah bila nak sembuh”.
“Sakit
hati bermadu makin lama makin sakit
Nuri. Tapi Sakit hati bekas dimadu boleh diubat dengan masa. Pada pandangan akak kalau suami Nuri dah betul-betul berubah janganlah teruskan
niat, lagi pun sekarang hanya Nuri sahaja isteri dia kan. Ubatlah sakit hati
Nuri tu dengan masa. Berzikir dan solat sunat, lagi satu solat berjemaah dengan
suami, pada akak ini terapi yang paling baik.Diawal pernikahan semula dengan
suami akak, akak pun masih lagi sakit hati bila kita teringat kenapa kita
diceraikan tampa alasan, tapi bila kita solat berjemaah, selesai solat dan selesai doa kita cium tangan dia,
ada rasa lain kat situ Nuri, hati akak jadi tenang, itu yang akak rasa.. tapi
Nuri tak tahu lah. Jadi akak tak akan lepaskan peluang solat berjemaah dengan
dia. Itu salah satu cara akak mengubati luka hati akak dulu. Akak pun Nampak dia
bersungguh balik kesisi kita. Jadi akak pun bersungguh nak lupakan apa yang dia
buat pada kita.”
“Saya
rasa pun macam tu juga. Sekarang ni saya dah bolehlah makan semeja, suap anak
sama-sama dengan dia. Hanya kalau nak berbual tu macam dah tak ada cerita
dengan dia. Bila saya nak mula bercakap saja, melintas apa yang dia buat kat
saya, cerita tu jadi hilang. Entahlah kak sampai bila agak nya suasana dulu
sebelum saya dimadu ni akan pulih saya. Saya pun tak mahu tapi hati saya ni
yang tak mampu nak melupakan.”
“Itulah
perlahan-lahan. Buat apa yang akak cakap tadi, agar hati kita lembut balik
dengan dia. Atau mungkin bila Nuri dah amalkan surah TOHA tu akan terubat luka hati
Nuri tu”.
“Saya
akan cuba kak. Tapi sekali lagi dia buat hal saya tak akan teragak-agak dah kak”.
Ketika itu kedengaran riuh kawan-kawan yang baru pulang dari berehat. Mereka
memandang kearah jam didinding, sambil menaikkan kening, kak Mirah bersuara.
“Lama
juga kita berbual ye. Eh Nuri tulis lah cuti raya tu tarikah tutup lagi tiga
hari saja lagi ni. Akak nak cepat rangka siapa dapat cuti banyak siapa yang dapat
sikit.”
“Ialah,
dua hari sebelum raya kemudian empat hari lepas raya boleh kak”.
“Nuri
punya pasal boleh saja. Lagi pun ada dua orang non Muslim tahun ni. Kita lanyak cukup-cukup”.
"Amboi kak ganasnya. Kalau diorang dengan tentu takut."
"Alah akak saja aje. Akak tak sekejam tulah.Balik cuti nanti kita upahlah mereka makan rendang dengan nasi impit, bawakan kueh raya dua tiga jenis. itulah cara kita ucapkan terima kasih betul tak".
"Ialah tu".
Kak Mirah ditugaskan menyiapkan jadual tugas untuk unit mereka rupanya.
"Amboi kak ganasnya. Kalau diorang dengan tentu takut."
"Alah akak saja aje. Akak tak sekejam tulah.Balik cuti nanti kita upahlah mereka makan rendang dengan nasi impit, bawakan kueh raya dua tiga jenis. itulah cara kita ucapkan terima kasih betul tak".
"Ialah tu".
Kak Mirah ditugaskan menyiapkan jadual tugas untuk unit mereka rupanya.
wow..langkah kanan..masuk2 je mak teh dah post cerita baru..terima kasih daun keladi..kalau ada tepek le lagi...hilang rasa rindu di hati ini..
ReplyDeleteTeima kasih mak tok n3 terbaru ni
ReplyDeleteHilang rindu dihati
Hari ni mcm2 kita belajar kisah rumahtangga ni
Bila baca kisah rumahtangga kakak tu dan rumahtangga nuri
Rasa bersyukur sangat kehadrat illahi
Dapat suami baik, bertanggung jwb dan penyayang
Terima kasih makteh menyedarkan walaupn di dalam kisah penulisan sahaja
akhirnya selepas lalu lalang berkali2, dpt baca kisah terbaru nuri..
ReplyDeletetq mak teh..
Tq mak teh. Kot ada lagi 2@3 bab pun tak mengapa. hehehe...
ReplyDeleteCerita mak teh ni lain dari yang lain. Kisah orang biasa²(hidup sederhana). Banyak novel kisah orang kaya². Ada terselit petua² lama, ada juga ilmu yang boleh dijadikan amalan.
setuju sangat tu mak teh. lagi banyak bab dan panjang cerita lagi best. Lagi lapang dada nak baca. Rasa tak nak mak teh berhenti cerita ni selagi tak sampai nuri tua.
Deletewah bestnya. terima kasih mak teh dgn post baru. Rasa tak mau berhenti baca kisah nuri syukri ni selagi anak dia tak dewasa dan sikap syukri tak benar-benar kasih akan nuri dan nuri ternyata bahagia.
ReplyDeleteYippie my breakfast, 10Q Mak The. Sayang dari Zurich
ReplyDeleteSayang mak teh dan terima kasih. Rupanya Nuri sepejabat dengan Amirah. Harap kisah Amirah jadi tauladan buat Nuri dan beri peluang pada Syukri untuk berbaik semula. Asam garam rumahtanggakan.
ReplyDeletecaya lah mak teh..ada problem internet pun masih tak mahu menghampakan kita semua..terima kasih banyak2 mak teh..sayang sangat mak teh dari kami semua...
ReplyDeletemak teh nak cerita pasal sarah kan. bila sarah dah sama office dengan siyam lagi lah senang dia ikut siyam melawat abang siyam tu kan. saya memang ternanti2 gak apa kesudahan si sarah ni mak teh.
ReplyDeletejgn lama sgt ya mak teh...
ReplyDelete-dibah-
Wah mak teh...next bab kali ni mmg betul2 break record ni..ntah berapa puluh kali saya dok jenguk2 nak gak tahu action si syukri tu nak pikat hati nuri..tq in advance ya mak teh tok next n3..sayang mak teh..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemasih tiada bab baru..menanti dgn sabarnya...
ReplyDeletedlm x brape sihat ni pun tetap mengintai ke blog ini....
ReplyDelete-dibah-