Dah ada ni mak terus post sbab tkut mlm nanti tak sempat..tapi tak semak lagi.
“Bersyukurlah pada Allah yang menghantar saya
pada Tengku untuk menjadi cahaya pentunjuk pada Tengku..lagi pun nama saya Nur
Hidayah ertinya Cahaya petunjuk”. Sememang nya Tengku Faris bersyukur bertemu
dengan Nur Hidayah. Jiwanya jadi tenang, hidupnya mula teratrur. Dia sudah
menjadi manusia biasa yang malam waktu tidur dan siang waktu bekerja.Mereka
masuk ke kereta, Tengku Faris mahu menghantar Nur Hidayah kerumahnya.
“Hidayah!
Kalau I ceritakan masa silam I, masih mahukah you pada I ni yang banyak sangat
dosa”.
“Tengku!
Saya hanya manusia biasa, hanya seorang hamba kepada Allah tuhan yang maha berkuasa.
Saya tak boleh nak menghukum orang. Tentang mahu tu dah lain cerita, sayakan
dah janji jika Tengku dan keluarga Tengku terima saya seadanya, saya juga akan
terima Tengku seadanya juga. Itu janji saya..sekarang ni jika Tengku ceritakan
kisah silam Tengku, saya masih lagi terikat dengan janji saya, sebab ianya tidak ada kena mengena dengan
penerimaan Tengku dan keluarga Tengku pada saya walau pun setelah mereka tahu
status diri saya. Seorang muslim jika
mengingkari janjinya dia akan disamakan orang munafik. Kalau setakat masa silam Tengku saya menjadi
orang munafik saya tak sanggup. Tengku
nak tahu siapa itu munafik…Kaum Munafikin adalah ancaman terbesar bagi umat
Islam, mereka menikam dari belakang laksana musuh dalam selimut, merekalah punca
kekalahan kaum muslim kepada orang-orang kafir. Mereka menolak penegakan syariat
Islam. Kerana itu penting bagi kita untuk mengetahui ciri-ciri mereka agar
dapat terhindar dari tipu dayanya.
…Sesungguhnya
orang-orang munafik itu ditempatkan didasar neraka yang paling bawah. Mereka tidak akan mendapat seorang penolong pun diakhirat
kelak. (An-Nisa’ 145) Jadi saya akan pegang janji saya selagi saya terdaya..jangan lah
Tengku bimbang..saya mahu menjadi Islam sejati”.
“Mulai
dari sekarang I berjanji dengan diri sendiri..I nak bertaubat”.
“Eloklah
tu..bertaubatlah kerana Allah dengan bersungguh-sungguh, In Syaa Allah Allah
akan menerima taubat kita”.
“Mahu
kah Allah menerima taubat I Hidayah,
dosa I ni bertimbun-timbun”.
“In
Syaa Allah..Allah akan membukakan pintu taubat untuk hamba-hambanya walau pun dosanya sebesar
gunung …
Katakanlah:
Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri
(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat
Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah
jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah az-Zumar: 53).
“Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan,
sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau
seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila
engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur:
Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa
Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan
selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat
kepada-Nya).”(HR. at-Tirmidzi).
Astagfirullahal ‘adzim, ampunilah dosa
kami ya Allah..tutupi aib kami…. betapa selama ini kami mudah tergelincir dalam
dosa namun tak bersegera memohon ampun kepada-Mu. Aamiin...
Hanya satu dosa yang Allah tak akan terima taubatnya”.
“Dosa
apa Hidayah”.
“Dosa
orang menyekutukan Allah..seorang yang memohon sesuatu selain dari Allah.. dosa
tu memang Allah tak ampunkan. Itu
sebabnya orang-oranmg yang murtad Allah tak terima taubatnya..”.
“Kalau
macam tu..tolong lah I nant, I betul-betul nak bertaubat kepada Allah”.
“In
Syaa Allah”. Ketika Nur Hidayah keluar
dari keretanya sekali lagi Tengku Faris mengigatkan..akan temu janji mereka
dengan doctor..untuk pemeriksaan HIV.
Hanya satu lagi syarat yang perlu lakukan untuk mereka bernikah..Ujian
darah untuk memastikan mereka bebbas dari HIV. Mereka kehospital kerajaan untuk
ujian itu. Bagi Nur Hidayah yang tiada masaalah kesihatan keputusan diterima
pada hari itu juga, namun bagi Tengku Faris dia mempunyai masaalah sedikit. .Dia
dikehendaki hadir tiga hari kemudian untuk keputusan yang bakal diperolehi. Tetapi
dihari selepas keputusan diperolehi Tengku Faris menghilangkan diri. Tiada
siapa dapat menjejaki kemana Tengku Faris pergi. Malah Tengku Faizal sekeluarga
buntu mencari kemana pergi anak tunggal mereka. Adakah dia pulang semula keluar Negara(London)
. Tengku Farid mencari hingga kekelab
malam yang sering dikunjungi oleh papanya di atas permintaan Tengku Faizal.
Walaupu pada mulanya cucunya itu agak keberatan..
“Tuk
Farid tak mahu lagi jejak kelab malam..Farid tak mahu mengulangi kisah yang Farid
dah tutup tuk..”
“Atuk
mintya sekali sahaja..atuk kesian tenguk nenek menangis sahaja..dia tak makan
dah dua hari. Atuk takut kesihatan nenek terjejas Farid. Sekali sahaja Farid
pergi.. bawa Razali..masa pergi tu baca ayat Kursyi dan baca ayat Seribu Dinar
seperti yang selalu dipesan oleh atuk Ibrahim
tu. In Syaa Allah atuk tahu Farid dan pandai memilih baik buruknya untuk
kehidupan kita dan keluarga Farid kan..” Tengku Farid mengikuti arahan datuk
nya. Namun hampa Tengku Faris tidak disitu.
“Entah
kemanalah papa Farid ni. Atuk takut dia pergi keparangai lama. Manalah tahu
sebelum dia mengahiri zaman dudanya ni dia nak meraikan dengan kawan-kawannya
dulu. Nauzubillah..Atuk berdoa siang malam Farid janganlah papa Farid buat macam
tu lagi. Cuba Farid bagi cadangan..kemana lagi kita nak cari dia Farid”.
“Entah
lah tuk. Tapi kalau atuk suruh Farid pergi kelab malam lagi Farid tak sanggup.
Tuk! papa tu biarlah, selama ni pun dia selamat sahaja lagi di duduk kat London
sorang diri.”
“Ialah
kita tunggulah sehari dua lagi, kalau papa Farid tak balik lagi kita report
polis. Pasal nenek tu nanti atuk cakap. Nak buat macam mana kita dah habis
ikhtiar dah.. tak tahu nak cari kat mana lagi. Ehh Farid kamu ada risik-risik dengan
Hidayah ada ke mereka bergaduh yang menyebabkan papa kamu lari ni”.
“Dah
tuk Farid, siang-siang hari lagi Farid dah tanya dia. Dia kata ok sahaja..mereka
tak bergaduh dan tak bertekak pun”.
Itulah kekecohan keluarga Tengku Faizal bila kehilangan
anak tunggalnya yang sudah masuk hari yang empat. Yang sebenarnya dia kasihan
melihat isterinya yang kerisauan dirumah, bila anak nan seorang sudah tiga empat
hari tidak pulang seperti kebiasaan. Tengku Faridah tak senang duduk. Tidurnya
pun tidur-tidur ayam sahaja. Bila mendengar deringan telefon terus sahaja dia
menerpa kearah telefon. Bila mendengar kereta menderum diluar rumah terus
sahaja dia menjengah luar rumah…Hati seorang ibu yang kerisauan tentang
anaknya..biar pun anaknya sudah tua bangka masih dirisaukan juga. Entahlah itu
mungkin hati semua ibu-ibu didunia ini agaknya.
Pagi
itu Nur Hidayah dikejutkan oleh sebaris SMS dari Tengku Faris. Dia mahu hanya Nur Hidayah sahaja menemuinya
di perkarangan masjid Negara. Nur Hidayah kebilik pejabat Tengku Faizal menunjukkan SMS
dari Tengku Faris dan apa mahunya.
“Ok
pergilah..tanyakan apa masaalah dia. Yang sebetulnya tak pernah pula dia tak
balik rumah sejak dia pulang dari luar Negara. Walaupun kadang-kadang baliknya
pukul 2 ke 3 pagi, tapi dia tetap
balik”.
“Baik
dato’ saya akan cuba tanya apa masaalah dia”.
“Hidayah!!
I nak bagi tahu awak satu perkara. Ini penting untuk you menerima Faris kelak.
Biar pun dia anak I, tapi I tak sanggup memperjudikan masa depan you. Yang I
takut Faris balik keperangai asal. I cakap terus terang jika you tak sanggup
menerima dia sebagai suami I tak kisah, sebab I tahu siapa anak I”. Agak
lama Tengku Faizal mendiamkan diri. Dia
menarik nafas panjang dan melepaskanya perlahan-lahan mencari tenang..
“Yang
sebenarnya kehidupan Faris sejak dari dulu lagi agak liar..dia pernah bernikah
lima kali selama ini, tapi semuanya berakhir dengan peceraian. Dan terus terang
saya katakan hanya selepas dia berniat nak mengambil Hidayah menjadi isteri, dia
belajar bersolat..harap Hidayah maklum apa yang mahu saya sampaikan”.
“Dato’
sebebarnya saya tak ambil kisah tentang masa lampau Tengku. Asalkan dia berubah
dan istikomah dengan perubahan itu, saya akan terima dia seadanya. Saya juga
mengharapkan keluarga dato’ menerima saya ikhlas. Saya tak semulia keluarga
dato’ yang berketurunan, saya sedar diri saya anak luar nikah yang tak
didipandang oleh sesiapa pun. Kalau keluarga dato’ tak dapat menerima saya, cakaplah terus terang. Biar pun sememangnya Tengku Faris sukakan saya..tapi
dato’ boleh menolak kehendaknya, janganlah diikutkan sangat demi untuk keturun
dato’ juga
….
Saya tak mahu jika sudah lahir satu lagi jenerasi, saya dibuang dengan tanggung
jawab. Saya mungkin boleh membesarkan anak saya, tapi saya kasihan anak yang hidup dalam keluarga yang tak sempurna
seperti saya. Sebab itu saya minta, kalau dato’ dan datin tak suka saya, cakap
awal-awal. Untuk kehidupan saya, dato’ jangan bimbang. Rezeki Allan ni luas, dalam Malaysia ni
sahaja saya boleh mencari rezeki untuk
kehidupan saya. Sedangkan para pendatang pun boleh hidup selesa mencari rezeki
kat Negara kita, apatah lagi kita rakyat tempatan..”. Nur Hidayah juga mahu tahu penerimaan Tengku
Faizal suami isteri.
Pada pandagan mata Tengku Faizal, dia melihat
Nur Hidayah didepan yang hadapanya berlainan sekali dengan Nur Hidayah
pekerjanya dulu. Nur Hidayah yang bakal
menjadi menantu nya amat petah berkata-kata. Nampak berkeyakinan dan berwibawa sekali orangnya.
Dulu dia seperti orang yang naïf polos, pendiam dan tidak suka bergaul dengan
para pekerja lain terutama lelaki.
“Hsyy..jangan
lah sampai nak larikan diri dari Faris, Hidayah..Hidayah! jangan bimbang, I tak
pandang apa yang kurang pada Hidayah. Apa
keturunan Hidayah sekali pun I tak kisah. Kalau Faris dah suka, kami pun suka. Lagi
pun sekarang ni Faris dah pandai pilih wanita yang nak dijadikan isteri, tak
macam pada sebelum-sebelum ni. Lagi satu
yang I pandang adalah kelebihan you, sejak
Faris kenal Hidayah, dia mula berubah. Berubah menjadi apa yang kami inginkan
sejak lama dulu. I harap Hidayah dapat membantu Faris mengekalkan perubahan
yang baik pada dirinya.” Ketika mereka
bercakap-cakap pintu diketuk dari luar, bila daun pintu terkuak terjengul pemandu Tengku Faizal yang bernama
Razali. Rupanya dia ingin memberi tahu…
“Bos
dah siap bos”.Tadi Tengku Faizal menyuruh pemandunya menyiapkan kereta untuk
menghantar Nur Hidayah menemui Tengku Faris.
“Kamu
tunggu kat bawah, kejap lagi Hidayah turun”..
“Baik
bos”.
“Dah
lah Hidayah pergilah cepat jumpa Faris, I nak tahu apa masaalah dia dan kenapa dia tak balik dekat seminggu ni. Entah
kat mana dia tidur. I harap dia tak mengulangi perangai buruknya lagi. Dah lama
dia tak keluar malam.. dah lulus kursus
kahwin berubah pula perangainya..dah
sampai tak balik. Entahlah Hidayah. I sebetulnya pening memikirkan hal
Faris ni..walau pun dah tua tapi perangai macam budak remaja lagi.”. Tampa
sedar di mengeluh dan meluahkan rasa
hatinya dihadapan Nur Hidayah bakal menantu.
Nur Hidayah bersama pemandu Tengku Faizal
menuju tempat yang diperkatakan oleh Tengku Faris didalam SMSnya sebentar tadi. Bila tiba dilokasi yang
diberitahu dari jauh Nur Hidayah nampak Tengku Faris duduk ditangga masjid.
“Haa
itu macam dia kan Encik Lee” Razali memperlahankan kereta dia memandang ke arah
tunjukkan Nur Hidayah.
“Haah
itu memang Tengku Faris tu. Cik Hidayah nak turun kat mana?”.
“Haa
kalau macam tu..berhentikan saya kat sini sahaja Encik Lee..En..balik lah dulu.
Tengku kata tadi dia tak nak ada orang lain ikut saya, nanti lari pula dia bila
nampak Encik Lee bersama saya”. Nur Hidayah menyuruh pemandu Tengku Faizal
pulang semula kepejabat mereka.
“Ok,
ada apa-apa hal call lah saya ye..kalau nak minta hantar kemana-mana ke juga
call saya ye… Saya tak pergi jauh kawasan-kawasan sini sahaja.”
“Tak
payah tunggu..pergilah balik. Biar saya sorang selesaikan masaalah Tengku ni”.
“Betul
ke ni. Nanti susah pula Cik Hidayah nak pergi kemana-mana”.
“Ehh
teksi kan ada. Dahlah pergi En. Lee balik. Nanti saya call Dato’ saya yang suruh
En. Lee balik office”.
Setelah kereta yang dipandu oleh Razali
berlalu pergi Nur Hidayah berjalan menghampiri Tengku Faris yang sedari tadi
asyik menundukkan kepalanya sahaja. Tengku Faris masih tetap duduk ditangga
masjid, biar pun Nur Hidayah sudah berdiri dihadapanya. Dia hanya memanggungkan
kepalanya memandang kearah Nur Hidayah bila melihat sepasang kaki wanita berdiri
dihadapanya. Nur Hidayah memberi salam namun salamnya tidak berjawab, mungkin
hanya dijawab didalam hatinya sahaja.
Dipandangan mata Nur HidayahTengku Faris
kelihatan lesu dan tak bemaya, seperti orang yang berjaga semalaman. Kedaaanya tidak
terurus seperti geladangan ditepi jalan sahaja rupanya. Kalau orang tak kenal siapa dia, tentu orang
akan mengatakan di salah seoprang pengemis yang kepenatan setelah merayau dan
memunggah tong sampah mencari rezeki. Bajunya kumal dan tidak kemas lansung.
Rasanya bajunya pun tidak berganti..rambutnya juga kusut masai. Berlainan
sungguh dengan Tengku Faris yang biasa dilihat ketika kepejabat yang kemas dan
bergaya. Jika mengikut apa yang dilihat memang benarlah kata daddynya Tengku
Faizal, Tengku Faris sudah hamper seminggu tidak pulang kerumah.
“Tengku!!
Tengku kenapa ni.” Nur Hidayah merasa hairan biar pun dia sudah berdiri
dihadapannya tapi pandangan Tengku Faris kearahnya seperti kosong tak bermakna.
Bila ditanya juga tiada jawapan yang keluar dari bibir Tengku Faris. Berbagai
pertanyaan yang berlegar dikepala Nur
Hidayah.. adakah Tengku Faris sedang truma kerana dirompak. Atau dia hilang
ingatan kerana kepalanya dipukul oleh orang yang menyerangnya namun rasanya
tiada sebarang kecederaan dikepalanya.
Pandagan
mata yang memandang kearah Nur Hidayah kelihatanya sayu. Dia masih duduk ditangga masjid tak
bergerak..
“Tengku!!...”
Nur Hidayah mencangkung (bertinggung) sambil mengulangi panggilannya sekali
lagi. Dia sudah sangat dekat dengan Tengku Faris untuk lagi dekat atau memegang
tangan Tengku Faris itu tidak mungkin, walaupun mereka sudah ada sijil
perkahwinan yang diperolehi ketika menghadiri kursus perkahwinan hamper dua
minggu sudah. Tiba-tiba tampa mengerakkan badannya Tengku Faris bersuara perlahan..
“I am
hungry..very hungry.” kedengaran sungguh lemah suaranya.
“Tengku
nak makan kat mana? jom saya temankan.” Tampa dirayu Nur Hidayah menawarkan
diri menemankan Tengku Faris, tetapi tawaranya seakan tidak disambut dengan
gembira seperti tiga bulan yang lalu.. malah Tengku Faris menundukkan wajahnya
semula kelantai tangga.
“Tengku
jomlah saya temankan Tengku makan.” Lembut suara Nur Hidayah bagai memujuk
lelaki yang kelihatan bermasaalah dihadapanya. Pada perkiraan Nur Hidayah elok
dia membawa Tengku Faris makan bubur..supaya perutnya tidak terkejut dengan
makannya yang keras. Jika melihatat dari keadaan Tengku Faris saat itu mungkin
sudah lama dia tidak makan. YA... Kata Tengku Faizal sudah hamper seminggu
anaknya tidak pulang..
Walaupun tidak membalas kata-kata Nur Hidayah,
tetapi apa yang dilakukan oleh Nur Hidayah duruti oleh Tengku Faris seperti
anak kecil mengekor ibunya. Nur Hidayah bangun berjalan menuju kekereta Volkswagen Jetta milik
Tengku Fais yang dipakir tidak jauh dari tangga masjid. Kereta Tengku
Faristidak berkunci. Nur Hidayah membuka pintu disebelah kerusi penumpang untuk
Tengku Faris.
Adakah Tg Faris dah tau bhw Hidayah adalah anaknya melalui ujian darah? Atau dia menghidap penyakit HIV +? Jeng...jeng....jeng....
ReplyDeleteApa masalah Tgku Faris kali ni yer...
ReplyDelete