~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 29 August 2012

Bab 32. Jangan ada rahsia





Pokok cempedak di tepi tangga,
Berbuah sebiji gugur terbuang;
Janganlah mudah berasa bangga,
Bilalah diri dipuja orang.


             Didalam biliknya Diana mengamat-amati jika masih ada suara tangisan anaknya, bila sudah pasti Tengku Farid telah keluar bersama anaknya, Diana keluar dari biliknya dan masuk kebilik mommynya pula. Dia memanjat katil mommynya, Dia mengikuti apa yang dilakukan oleh mommynya duduk menyandarkan dirinya dikepala katil menyelesakan diri, sambil melunjurkan kakinya. Dia bertanya kepada mommynya...

 “Mommy …mommy nampak tak, selepas Farid ceraikan Didi tadi dia menangis”.

“Nampak.. dia duduk kat sofa sambil menutup mukanya dengan tapak tanganya, masa mommy letakkan anak dia dalam bilik, mommy dengar dia menangis kuat sampai teresak-esak..haa itu tandanya dia menyesal ceraikan lu Didi, sekarang biar dia ingat”.

“Padan muka dia.” balas Diana pula dengan rasa angkuh.

“Ya..padan muka dia, dah ada isteri cantik macam lu dia buat tak tahu..dia ingat senang ke nak dapat bini cantik..ingat Didi kalau dia ajak kahwin lagi jangan mahu, biar dia merayu sekali pun, kecuali kalau dia ceraikan bini dia yang kat sana  tu”.

“Kalau dia ceraikan bini yang  sana tu pun.. belum tentu Didi nak dia lagi, mommy.”dengan angkuh Diana menyatakan isi hatinya.

Dia membayangkan Tengku Farid akan datang semula kepadanya dengan muka tak malu dan merayu-rayu dengan menyatakan kekesalan menceraikan dirinya. Dia datang hendak rujuk semula, sebab apa Diana berfikiran begitu..kerana dia merasakan dirinya cukup sempurna dari segi wajah, bentuk badan dan kecerdikkannya. Siapa yang tidak terpesona dengan wajah dan bentuk badan yang dimiliki oleh Diana Natasya binti Sufian wanita yang cukup sempurna dimata semua orang. Wanita dambaan lelaki lah katakan. Kata-kata pujian yang sering diterimanya menyebabkan dia bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada dirinya.

“Rasa lega dan aman sikit, dia dan anak dia tak ada kan Didi.” Dua beranak duduk menyandar dikepala katil sambil melunjurkan kaki. Bagai orang kelegaan dua beranak itu bersantai diatas katil dengan mata terkebil-kebil seperti memikir sesuatu. Mungkinkah mereka memikirkan perkara yang sama...

“Didi!! apa yang lu dapat setelah bercerai dengan dia? Lu mesti minta kereta yang lu pakai tu, kalau boleh rumah ni pun minta tau.” belum pun sampai 24 jam perceraian anaknya, mommy Diana sudah mengira-ngira bahagian harta untuk anaknya.

“Kereta tu memang atas nama Didi tapi rumah ni tak tahulah sebab hari tu tak sempat nak tukar nama.”
“Itulah lu Didi..lambat sangat bertindak..kalau dia tak bagi minta..sampai dia bagi tau”. Diana juga memikir perkara yang sama, sambil matanya terkelip-kelip mungkin kesal kerana tidak berkeras menukar hak milik kodominium keatas namanya selepas mereka nikah dulu. Tiada sedikit pun rasa terkilan atau pun sedeh diatas perceraian yang baru terjadi, sibuk pula dirinya memikirkan harta yang bakal didapatinya kelak.

===============================

Manakala Tengku Farid pula setelah dia keluar dari kondo bersama anak yang masih merah terkial-kial memandu keretanya hanya menggunakan sebelah tangan. Tangan yang satu lagi mendukung anaknya yang sedang menangis dengan kuat. Dalam keadaan jiwanya yang kacau, serasa dia belum lagi dapat menerima kenyataan sebentar tadi. Dia tidak dapat memberi tumpuan dijalan raya.  Hampir dia terbabas bila secara tidak sedar dia terpulas stering kereta, bila hatinya kalut hendak menepuk belakang anak yang menangis. Matanya pula kabur digenangi air mata. Sepanjang jalan itu anaknya menangis tidak berhenti sama seperti dirinya. ‘Perkara sudah berlaku apa yang hendak ditangiskan lagi’. Itulah seru hatinya yang menyedarkan. Barulah dia tersedar dia memandu dalam keadaan merbahaya..bahaya pada dirinya dan juga pada diri anaknya, anak yang baru hendak memandang dunia. Dia beristifar berkali-kali dia mencari kekuatan dan semangat.

Tidak ada gunaya dia menangis, mungkin semuanya sudah tersurat untuk dirinya, dia cuba belajar menerima sesuatu yang diuntukkan untuknya, ‘mungkin ada manis disebalik kepahitan yang dirasa sekarang’..dia teringat akan kata-kata isterinya tidak lama dulu.. Dia memberhentikan keretanya dibahu jalan. Dengan membaca selawat keatas Nabi..ditepuknya belakang anaknya perlahan, dia meletakkan anaknya dikerusi sebelah dalam keadaan meniarap, seakan memujuk anaknya sambil menepuk lembut punggung anaknya, dia berkata dengan anaknya agar dia memahami keadaan diri mereka. ”sekejap ye sayang..kejap lagi kita sampai..papa nak bawa kereta ni..sayang jangan nangis ye.” diusapnya kepala anaknya dengan perasaan sedih dan penuh kasih. Dia mula memandu dengan cermat. Sepanjang jalan itu Tengku Farid tidak berhenti membaca Surah Al-Fatihah dengan kuat seolah-olah menyanyikan anaknya dengan surah itu. Alhamdulliah anaknya menangis tidak lah sekuat tadi.

                Sampai sahaja mereka dipintu pagar rumah banglo dua tingkatnya..Tengku Farid membunyikan hon keretanya sebanyak dua kali kerana pintu pagar sudah berkunci dan lampu diruang tamu juga sudak gelap, itu menandakan penghuni rumah itu sudah masuk kebilik masing-masing. Jika dia memberi salam dari luar pagar mungkin suaranya tidak didengari oleh penghuni rumahnya. Dia keluar dari kereta sambil mendukung anak yang masih menangis. Tangannya tidak berhenti-henti menepuk-nepuk belakang anaknya dengan perlahan. Dia berdiri dihadapan pintu pagar yang sudah berkunci.

Selepas solat Isyak dan makam malam keluarga mama Nur Jannah dan Tengku Faizal suami isteri yang berkunjung kerumahnya tadi sudah ansur pulang. Nenek dan datuknya juga sudah masuk kebilik mereka. Nur Jannah pula sedang menyusukan anaknya NurAisyah. Apabila terdengar ada kereta berhenti dihadapan rumahnya, tidak lama kemudian hon kereta pula berbunyi dua kali, Nur Jannah  meletakkan anaknya yang sudah kenyang menyusu kekatil bayi. Dia berjalan perlahan kebilik datuk dan nenek yang berada di sebelah biliknya, dia mengetuk pintu bilik.

“Atuk…atuk macam ada orang berhentikan kereta kat depan rumah kitalah tuk.” datuk dan neneknya keluar dari bilik. Nenek membuka lampu luar dan menuju kepintu utama lalu membuka pintu. Dilihatnya Tengku Farid dihadapan pagar rumah mereka sedang mendukung seorang bayi yang sedang menangis. Cepat-cepat nenek mencari kunci dan membuka pintu dan pintu pagar diikuti oleh datuk dibelakangnya.
“Ya Allah ..ya Allah.” kata nenek sambil  menghulur tangan untuk mengambil bayi dari dukungan Tengku Farid. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu lalu dihempuskan ketelinga bayi tadi kiri dan kanan. Begitu juga datuk berbuat perbuatan yang sama lalu dihembus kekepala bayinya pula. Rupanya mereka berdua membacakan Ayat KURSI.

“Kesian budak ni Farid, masuk angin agaknya dia, dengan tak berstokin, tak bertutup kepala tak bersarung tangan, atuknya cuba pegang sejuk kaki tangannya ni.”  becok nenek berceloteh. Tengku Farid hanya diam termangu tidak tahu apa hendak diperkatakan untuk membalas kata-kata nenek isterinya.

“Dahlah tu..bawa masuk cepat.”arah datuk pula.

Nur Jannah menerpa kemuka pintu juga tetapi dia tidak keluar, neneknya berpesan orang belum habis pantang bersalin (44 hari) tidak boleh sewenang-wenang keluar rumah terutama waktu malam. Katanya takut diganggu oleh mahluk halus. Kata datuk pula siang untuk manusia  berkeliaran mencari rezeki mereka, manakala malam pula untuk mahluk Allah yang kita tak nampak berkeliaran  mencari rezeki mereka.

“Sayang nenek… saaayang nenek” sambil menepuk-nepuk belakang bayi tadi nenek membawanya masuk kerumah diikuti oleh Nur Jannah, datuk dan Tengku Farid dibelakang sekali. Nenek membawanya kedapur lalu membuka pili air dia membasahkan tanganya. Terdengar nenek berselawat tiga kali lalu menyapu muka bayi tadi dengan tangannya yang basah. Bayi yang menangis beransur tenang, nenek menuju bilik Nur Jannah dan membaringkan bayi tadi diatas katil.

“Jannah hulurkan nenek vicks.” arah nenek kepada cucunya. Sambil tanganya tidak berhenti bekerja membuka butang baju bayi tadi. Kemudian dia menyapu sedikit vicks keperut sambil mengusap-usap seolah-olah mengurut perlahan perutnya kemudian  kekakinya pula.

“Jannah ada stokin budak lebih..kesian kakinya sejuk ni…Farid!! sini” nenek memanggil Tengku Farid tapi pandangannya masih tertumpu kepada bayi dihadapannya.

“Lain kali budak kecik macam ni, pakaikan stoking kalau tak pakai nanti masuk angin perut jadi kembung. Kepala ni bubuh minyak kelapa dibahagian umbun-umbunnya. Itupun untuk mengelakkan dari masuk angin kemudian tutup sikit dengan topi ke, dengan kain ke. Farid!! ni namanya umbun-umbun tempat yang lembut ditengah kepala. Alahai Jannah tengok ni umbun-umbunya lekuk tanda dia lapar ni Farid.” Nur Jannah memanjangkan lehernya melihat apa yang dimaksukkan umbun-umbun oleh neneknya dia juga tidak tahu, inilah pertama kali dia memegang bayi itu pun kerana itu anaknya. Tengku Farid baru tersedar dia terlupa membawa susu anaknya tadi.

“Nek nak bagi apa nek..Farid lupa bawa susu dia..nanti Farid balik kejap..nak ambil susu.” Tengku Farid berpaling hendak keluar dari bilik Nur Jannah.

“Bang tak payah bang...biar Jannah susukan.”

“Jannah ingat ye kalau susukan anak tutup kemaluanya.”

 “ Kenapa nek??”. Serentak Tengku Farid dan NurJannah bertanya hairan.

“Orang tua-tua kata kalau sampai ada air susu kita terkena pada kemaluan bayi kita..nanti besar dia akan jadi gatal miang..nafsunya tak terkawal...Itu hanya cakap orang tua-tua, tak tahu lagi kebenaranya tapi bagi nenek kita harus jaga juga nanti kalau dah terjadi susah nak cari ubatnya”.

“Oooo” berbentuk bulat mulut NurJannah dan Tengku Farida diatas penerangan neneknya.

“Ialah InsyaAllah Jannah ingat tu”

 Nenek menghulur anak yang masih dipangkuanya kepada cucunya agar dapat disusukan. Tampa berlengah NurJannah mengambil anak suaminya  dan diletakkan dipangkuanya untuk disusukan. Bila bibir Arif tersentuh sahaja puting susu Jannah dia menyusu dengan lahapnya. Mungkin benar kata nenek anaknya itu lapar susu, apa tidaknya sepanjang jalan Arif menangis tentu tekaknya menjadi kering dan dahaga. Keadaan menjadi tenang bila Tengku Arif Daneal berhenti dari menangis.

“Lapar ye anak ibu ni.” tangan Jannah mengusap-usap kepala anak suaminya penuh kasih.

“Abang panggil apa kat anak abang ni.” Nur Jannah memandang suaminya yang sedang terpegun melihat perlakuannya. Sebenarnya Tengku Farid bagaikan tidak percaya Nur Jannah menyusukan anaknya.

Tengku Farid menghampiri isterinya, lalu memeluk bahu dengan rasa bersyukur dan terharu   perasaan itu bercampur aduk didalam jiwanya. Dia merapatkan kepalanya kekepala isterinya matanya sudah berkaca-kaca dengan sebak didada dia membisikan...
“Terima kasih Jannah ..terima kasih kerana susukan anak abang...abang panggil anak abang ni Arif.” nenek hanya memandang dengan perasaan bangga dan terharu. Dimuka pintu datuk  juga memandang dengan perasaan yang sama.

“Tak apa  bang, anak abang anak Jannah juga..Jannah gembira nenek, Jannah mengandung  tujuh  bulan saja, tapi dapat dua orang anak lelaki dan perempuan nenek ..atuk” Nur Jannah menuturkan dengan kekhilasan. Keikhlasanya jelas terpancar diwajahnya, sambil dia memandang nenek dan datuknya dimuka pintu.

 “Jannah.. kalau dah kenyang siAriff ni bedung ya, biar nyenyak tidurnya.”pesan nenek sambil bangun untuk keluar dari bilik Nur Jannah. Tiada riak marah atau benci diwajah datuk Ibrahim mahupun nenek Zubaidahnya. Sungguh bersih hati mereka, menerima anaknya seperti cicit mereka sendiri. Rasa bertuah Tengku Farid menjadi keluarga Nur Jannah, dari datuk,nenek hinggalah kecucunya berhati bersih.

“Ok nek..Nur Jannah terus menyusukan anak suaminya sambil membelai rambut lebat anak suaminya. Kemudian dia memandang suaminya  yang masih  memandang anak yang sedang menyusu dipangkuannya dengan pandangan kasih, dia bersuara.

“Bang kalau abang tak keluar lagi pergilah masukkan kereta dan kunci pintu pagar rasanya dah malam sangat ni.” Nur Jannah teringat kereta suaminya masih diluar pagar lagi semasa mereka kecoh-kecoh tadi.

“Ohh ya dah dekat pukul duabelas rupanya..abang masukkan kereta dan tutup pagar dulu ya.” Selesai Tengku Farid mengunci pintu utama dia masuk semula kebilik isterinya. Nenek dan datuk sudah pun masuk kebilik mereka. Dilihatnya isterinya sedang membalut anak yang sudah lena kekenyangan dengan sekelai kain.

“Kenapa Janna buat macam tu.”

“Ini namanya “bedung” baby yang baru lahir elok di bedung, dia rasa macam didakap atau dipeluk dan rasa selamat. Ialah kan dia baru lahir mungkin terasa kedaan lapang dan tak selamat baginya, sedangkan dalam rahim ibunya pula kecil dan sempit. Lagi satu bang kata nenek bedung mengelakkan dia dari berjalan kengkang bila besar nanti. Cuba abang tenguk ni Jannah ikat pada peha sampai kekakinya, cara ni mengelakkan dia jalan kengkang nanti. Kalau kengkang nanti dahhh...orang panggil Arif kengkang pulak.” Boleh diterima pakai juga apa yang dikatakan oleh Nur Jannah ni.. fikir suaminya, tapi bila terkena pada ayat yang terakhir suaminya jadi lucu pula.

“Isteri abang ni luculah.” dia ketawa sambil memicit hidung isterinya kemudian mencium pipi isterinya. Itulah satu sikap isterinya yang sangat disenangi oleh Tengku Farid disaat-saat hatinya hiba ada sahaja perkataan yang membuatkan dia boleh ketawa. Dia merasa lega.

“Alah itu kepercayaan saja, tapi Jannah percaya yang pertama tu, janji anak kita tak menangis, tak kisahlah..ye bang.” sambil tangannya tidak berhenti terus membedung anak suaminya yang sudah terlena.

“Hmm.. iya…” Tengku Farid duduk dihujung katil sambil memandang Nur Jannah meletakkan anaknya yang sudah lena di atas katil bayi bersebelahan bayi perempuan mereka Tengku NurAisyah.

“Lupa pulak nak tanya, abang dah makan kebelum. Kalau belum jomlah kita kedapur tenguk apa yang ada.” Nur Jannah memandang suaminya yang leka memerhatikan dirinya membedung anaknya tadi, yang kini sudah lena tak berkutik.

“Belum ..abang pun lupa nak cakap bila Arif menangis tadi lupa semuanya..ni baru terasa lapar”

“Kalau macam tu.. jomlah Jannah temankan abang makan.”

“Tak apalah abang boleh ambil sendiri, Jannah tidurlah dah malam ni.” suaminya bangun menuju ke pintu.

“Tak apa Jannah temankan abang makan, Jannah pun nak buat air milo biar banyak air susu ni..lagi pun Jannah rasa lapar juga ni.” kedua-duanya beriringan kedapur. Sebenarnya Tengku Farid belum makan malam lagi, tadi ketika keluarga mereka berkumpul menyambut kepulangan Nur Jannah dari hospital dia tidak sabar-sabar ingin pulang menjenguk Diana dan anaknya Arif yang sudah hampir seminggu ditinggalkan. Hatinya berdebar-debar bagai ada yang tidak kena, apatah lagi teringat kata-kata ugutan dari Diana tempuh hari. Tapi apakan daya apa yang dikejar rupanya sebuah perpisahan yang tidak pernah dijangkanya. Tetapi setelah melihat anaknya mendapat susu ibu, susu kurniaan Allah yang tidak dapat disangkal lagi khasiatnya, Tengku Farid jadi reda diatas ujian yang Allah beri kepadanya. Walaupun dia kehilang cinta isteri, namun anaknya mendapat kasih sayang seorang ibu.

Selesai makan dan berkemas.. mereka beriringan masuk kebilik semula...

“Abang pergilah tidur bilik kita kat atas...pasang aircond selesa sikit..dah dekat seminggu abang tak rehat dengan betul sebab uruskan Jannah.” Prihatin Nur Jannah  akan kepenatan suaminya.

“Tak apalah itukan tanggungjawb abang..abang yang sebetulnya rasa bersalah dengan Jannah sebab abang asyik lebihkan Diana selama ni..Jannah sakit sorang-sorang”.

“Ehh..janganlah abang rasa bersalah, itukan takdir..takdir anak kita lahir tak cukup bulan sekarang dah selamat pun..kita patut bersukur..Jannah tak ada rasa apa-apa pun..Jannah lagi kesian tengok abang terkejar-kejar uruskan Jannah. Ni dah selamat semuanya..abang rehatlah betul-betul..pergilah tidur kat bilik kita kat atas..abang kena sihat abang dah banyak tanggug jawab..anak dah dua nanti nak kerja lagi”. Sesungguhnya NurJannah seorang isteri yang sanagt memahami..terharu Tengku Farid mendengar kata-kata isterinya.

“Tak apa sayang, sebetulnya abang lebih selesa tidur dengan Jannah dan anak-anak kat bawah ni..kat atas tu abang tidur sorang-sorang rasa tak boleh tidur pula.”

“Jannah  pasang kipas saja ni kesian anak-anak kita nanti sejuk pulak kalau kita pasang aircond.”
“Pun tak apa.. abang tak kisah, janji Jannah ada kat sisi abang.” Tengku Farid tetap merebahkan badannya disisi isterinya.

                  Malam itu Tengku Farid tidur dibilik Nur Jannah dan anak-anaknya. Dia tidur diatas katil sementara dua orang anaknya berkongsi katil bayi yang telah disediakan ditepi katil mereka.

“Esok nampaknya kita kena beli satu lagi katil bayi untuk Arif pula ye Jannah.”

“Kalau tak payah beli pun tak apa.. masih muat untuk mereka berdua tu bang.”

“Masa ni kongsi tak apalah  mereka tak lasak lagi ..tapi kalau dah besar sikit, abang takut anak dara abang yang kecil molek tu kena lanyak dek abang dia.”

“Suka hati abang lah..Jannah ikut sahaja baik pada abang baik juga pada Jannah”

Lama kelamaan Tengku Farid terlena. Dia tidur nyenak malam itu fikiranya lapang terasa segala masaalah nya sudah terbang jauh.  Sememangnya dia keletihan sepanjang  minggu sejak dari Diana bersalin hinggalah ketika Nur Jannah tiba-tiba pula bersalin dia tidak dapat berehat dengan sempurna. Tidak pada NurJannah dia bagaikan tidak boleh terlena asyik teringatkan anak-anaknya, takut kalau anak-anaknya lapar hendakkan susu dia ditidak tersedar maklumlah pertama kali dapat anak… dua ornag pulak tu. Sekejap-sekejap menjenguk kekatil bayi disebelahnya, diangkatnya NurAisyah disuapkan puting susunya kemulut anaknya...’Aisyah ni kerja asyik tidur sahaja, kalau tidak disuapkan puting susu kemulutnya alamat tidur sampai kepagi lah dia’,Nur Jannah berkata-kata didalam hati. Atas nasihat jururawat yang merawatnya dihospital tadi, katanya..kalau nak cepat nampak anak  puan ni berisi rajin-rajin lah bagi susu. Tapi yang seeloknya bagilah susu badan kerana susu badan dah siap dengan anti body, zat yang diperlukan dan sentiasa segar. Itu pun salah satu sebab mengapa Nur Jannah tidak lena tidur. Setiap dua jam sekali dia akan menyuakan puting susunya kemulut anaknya NurAisyah. Arif  juga lena tidurnya tidak lagi meragam bila dia bangun untuk menyusu kemudian dia tidur lagi sampai kepagi.



1 comment:

  1. Untung Janah ! Suami ,anak jadi hak dia. Pada muka Diana.Best .

    ReplyDelete